THANK YOU

Tuesday, June 30, 2009

Cinta Di Penghujung Hati


“Bila kau nak balik Malaysia? Dah lama kau kat sana. Tak rindu aku ke?” suaranya masih seperti dulu. Manja.

“tak lama lagi aku balik lah”

“bila?”

“tunggu kau kahwin la. Baru aku balik”gurauku.

“serious”

Aku gelak.

“promise?” dia masih menyoal.

“ok” jawabku.

“aku nak kahwin bulan depan. Aku nak kau datang. Kau dah janji nak balik kan” aku terkejut

dengan berita yang baru disampaikan.

“kau gurau kan?”aku seolah-olah tidak percaya.

“tak. Aku serius. Aku nak kahwin bulan depan.” Aku dengar suaranya juga bukan main-main.

“aku nak kau raikan hari bahagia aku nanti. dulu kau kahwin, aku tak ada.” Ujarnya. Dulu aku kahwin di luar Negara. Masih study lagi. Suamiku sudah 2 tahun kembali ke Malaysia. Aku masih di sini walaupun sebenarnya pelajaranku di sini sudah tamat. Kalau boleh aku ingin mencari pengalaman bekerja dahulu di sini.

“kau akan datang, kan?” soalnya inginkan kepastian.

“insyaallah”

Maisara sahabat baikku. Sudah lama aku bersahabat dengannya. Sudah lebih 13 tahun. Dia yang banyak memberi dorongan disaat aku kesusahan. Membesar bersamanya membuatkan aku bahagia. Ah, Maisara.

*************************************

Alif : hi syg, miss u so much

Sha_iza : miss u too. Abg cht?

Alif : tak

Sha_iza: kenapa? Abg demam ke? Dh jumpa doctor?

Alif : abg sakit rindu

Sha_iza : ngada2.

Alif: bila syg nk blk ni? Syg kn dh hbs bljr.

Sha_iza : niza tak sedia lagi nk blk. 6t la

Alif : syg x kesiankn abg ke sorg2 kt cni.

Sha_iza : niza tak nak bincang pasal ni. Please.

Lama aku menunggu balasannya.

Sha_iza : abg msh d sna ke?

Tiada jawapan. YMnya sudah offline. Aku tahu dia merajuk. Dia tidak faham mengapa aku masih ingin disini. Bumi Malaysia banyak mengukir kenangan pahit dihatiku. Tiap kali aku teringatkan negaraku, pasti airmata ini tumpah. Disitu ada banyak kesunyian. Ada banyak kesepian. Aku tiada sesiapa di Malaysia. Keseluruh keluargaku mati dalam satu rompakan. Ayah, ibu, kakak, abang dan adik-adikku semua telah tiada. Tinggal aku sebatang kara di dunia ini. Peristiwa itu sungguh pahit untuk ku ingati. Aku ngeri untuk kembali. Airmataku kembali menitis.

***************************************

5 tahun yang lalu
Aku berjalan perlahan masuk ke banglo mewah milik papa. Terasa penat setelah semalaman bersengkang mata menyiapkan assignment yang berlambak. Kutoleh jam ditangan sudah pukul 12 lebih. Entah mengapa suasana malam ini terasa lain. Cuaca mendung seperti hendak hujan. Dingin bayu menyapa tubuhku membuatkan aku mempercepatkan langkah. Agaknya semua dah tidur. Maklumlah dah lewat malam. Aku membuka pintu perlahan. Gelap. Aku berjalan ke tangga. Namun langkahku terhenti apabila kakiku tersentuh sesuatu. Aku pelik. Aku berpatah balik ke suis lampu. Apabila keadaan sudah terang, alangkah terkejutnya aku apabila ku lihat mama, papa terbaring berlumuran darah di ruang tamu.

“mama” aku menjerit. Aku pangku tubuh mama yang sudah kaku tidak bernafas.

“mama, bangun. Kenapa ni?” namun mamaku sudah tidak dapat lagi mendengar.

“papa”aku goncang tubuh papa disebelah mama. Papa juga seperti mama. Sudah tidak bernyawa lagi. aku kemudian berlari ke bilik kakakku. Kulihat semua adik-beradik yang lain terbaring berlumuran darah disitu. Tangan dan kaki mereka diikat. Entah bila duniaku menjadi gelap. Sedar-sedar aku berada di dalam kamarku. Uncle Khalid, sahabat baik papa bersama isterinya berada disisku.

“Sabarlah Niza” ucap Auntie Maria. Aku menangis tersedu-sedan di bahu auntie Maria. Aku
begitu berharap ini semua hanya mimpi ngeri. Namun reality tetap reality. Aku harus terimanya dengan redha.

********************************************

Ketika aku sampai di Kampung Keramat suasana masih gelap. Baru pukul 6 pagi. Lamanya aku tidak kembali ke sini. Aku cuba mengumpul kekuatan untuk kembali ke tanah air. Nyamannya angin yang bertiup menyapa tubuhku. Tubuhku sedikit menggigil.

“Cik kita dah sampai”ujar pemandu teksi

“oh, ye ke? Terima kasih, pak cik”ucapku.

“sama-sama”

Aku melangkah perlahan ke rumah papan didepanku. Cantiknya suasana dibumiku, Malaysia. Aku rindu.

“Assalamualaikum” aku memberi salam. Aku berdiri tegak menghadap pintu rumah kayu didepan. Rumah itu masih tidak berubah. Masih seperti dulu.

“waalaikum....”seorang perempuan separuh abad membuka pintu.

“Ya Allah Niza, niza dah balik, nak” aku salam tangan Mak Cik Timah. Tubuh gempal itu ku peluk erat. Rindunya aku padanya hanya tuhan yang tahu.

“kenapa Niza lama tak balik, nak. Mak rindu”

“Niza dah balik kan” kusapu airmata di pipi Mak Cik Timah.

“Sara mana, mak?”soalku

“Petang nanti dia sampai. Naiklah Niza.” Mak Cik Timah menarik tanganku. Langsung tidak di lepaskan.

“cantik Niza sekarang. Suami Niza tak ikut” soal Mak Cik Timah. Aku hanya menggeleng.

“Niza nak surprisekan dia, mak”ucapku.

“bang, oh bang. Tengoklah sapa yang datang ni” Laung Mak Cik Timah dari ruang tamu.

“siapa?”

“Niza bang. Niza dah balik”ucap Mak Cik Timah.

“ayah apa khabar?” soalku. Pantas ku hampiri Pak Cik Daud di muka pintu bilik.

“Niza, bila sampai, nak” ada nada sebak pada suara Pak Cik Daud.

“baru je, Ayah. Niza terus datang sini dari airport”

“lama ayah tak jumpa Niza. Niza dah banyak berubah.” Pak Cik Daud hadiahkan senyuman padaku.

“Dahlah tu. Niza mesti penatkan. Mari mak tunjukkan bilik. Niza rehat ye”ujar Mak Cik Timah. Aku angguk sambil mengikut langkahnya.

“mak”panggilku. Mak Cik Timah berpaling.

“terima kasih” ucapku.

“Rehatlah” aku hanya angguk. Mak Cik Timah tutup pintu. Dia ibu dan bapa Maisara. Tapi telah ku anggap sebagai ibu dan bapaku sendiri. Hanya dengan mereka aku meneguk kasih sayang. Dulu papa dan mamaku terlalu sibuk mencari rezeki. Langsung tiada masa untuk anak-anak. Jadi aku sering ke rumah Maisara. Kadang-kala aku mersakan diri ini sebahagian dari keluarga Maisara. Alangkah bagusnya kalau aku ada keluarga sebegini.

********************************************

Maisara masih menangis dibahuku.

“Sara dah la”pujukku.

“mana boleh.”

“habis kau nak jadi Kasim Selamat ke?”soalku.

“sampai hati kau buat aku macam ni”

“i’m here now. Is for you, dear”

“kenapa kau tak cakap kau nak balik. Kenapa lambat bagitahu aku. Kau tahu tak aku rindu sangat kat kau. Kenapa kau langsung tak balik. Kau tak fikirkan aku ke? Mak, ayah?” soal Maisara dalam sendu yang masih segar.

“aku pun rindukan kau. Tiap saat, tiap detik aku teringatkan korang. Tak pernah lupa. Tapi hati aku ni Sara. Susah untuk aku terima kenyataan yang aku dah tak ada sapa-sapa kat dunia ni” airmataku menitis jua.
Pantas Maisara meleraikan pelukannya.

“habis aku ni sapa, Niza. Mak dan Ayah aku, keluarga kau juga. Kami semua anggap kau keluarga. Kau bukan sendiri. Ingat tu” tegas Maisara.

“Aku minta maaf”ucapku dalam sendu.

“Dah, jangan nangis lagi. kau kalau nangis bukannya cantik pun” ujar Maisara.

“kau kata aku, abis kau tu. muka kau dah jadi buruk tau. Esok dah nak jadi bini orang”

“kau la buat aku macam ni” Maisara tidak mahu mengalah.

“apa pulak aku, kau lah dari tadi peluk aku. Habis basah baju aku tau”aku juga masih mahu melawan

“ah, takde. Kau jugak salah” maisara sudah berpeluk tubuh.

“Sara, Niza. Mari makan”panggil Mak Cik Tipah.

“baik, Mak”serentak mereka bersuara dan kemudian ketawa mereka berderaian.


***************************************************

“Sara, bakal suami kau tu macam mana orangnya?” soalku sewaktu kami sedang terbaring di kamar pengantin. Suasana sudah gelap dan sunyi. Namun aku dan Maisara masih belum mengantuk.

“emm.. orangnya hensome bagi aku. Dia caring, sporting, sometimes tegas jugak. Dia ok la”ucap Maisara.

“sempurna la?”

“aku sendiri belum sempurna, Niza. Jadi haruskah aku mengharapkan kesempurnaan
darinya?” Maisara memandangku.

“kau sayangkan dia?” soalan cepu emas dariku.

“tentulah aku sayang dia, kalau tak, takkan aku nak kahwin dengan dia” aku dengar Maisara ketawa perlahan.

“aku Tanya je. Manalah tahu kau kahwin kontrak ke. Maklumlah sekarang ni, kalau aku baca novel, banyak betul pasal kahwin kontrak”ujarku

“ke situ pulak kau, mak pesan kalau nak bina masjid, biar betul-betul. Ini soal hidup dan mati tau. Aku kalau boleh aku nak sehidup semati dengan dia” aku tersenyum mendengar tutur Maisara. Aku yakin Maisara betul-betul mencintai bakal suaminya. Maisara bukanlah gadis yang cepat mengatakan sayang pada seseorang. Dia sangat teliti dalam memilih. Bertuah siapa yang menjadi pilihan Maisara.

“kau macam mana? Bila nak ada anak?” soal Maisara tiba-tiba.

“belum ada rezeki. Lagipun aku dah lama tak jumpa dia. Aku balik ni pun dia tak tahu” ucapku.

“kau cintakan dia?”soal Maisara. Aku diam. Teringat penikahan aku yang diaturkan oleh sahabat papa. Katanya itu wasiat papa. Ingin aku dijodohkan dengan anak uncle Khalid dan auntie Maria. Aku yang tengah bingung ketika itu hanya mengangguk setuju. Lagipun itu amanah papa. Biar aku tunaikan kewajipanku sebagai anak. Aku menikah dengan Alif di England. Kami sama-sama menuntut di university yang sama. Setelah tamat belajar, Alif kembali ke Malaysia. Dan selama 2 tahun hanya YM yang menghubungkan aku dengannya. Namun satu yang aku pasti kami belum cukup memahami satu sama lain walaupun sudah hampir 5 tahun kami berkahwin. Aku dengan haluanku begitu juga dia. Namun dalam kesibukan mengejar ilmu, dia tidak pernah lupa pada tanggungjawabnya memberi nafkah padaku. Hanya nafkah zahir. Bukan kerana dia lelaki lemah tetapi aku yang belum bersedia untuk melayari hidup berkeluarga bersamanya. Aku memerlukan masa. Dia tidak pernah mendesak dan setia menanti. Adakah aku mencintainya?

“Niza, kau dah tidur ke” aku tersentak.

“belum”

“kau dengan dia macam mana?” soal Maisara.

“ok. Dah lah. Esok kau dah nak jadi pengantin. Baik kau tidur. Nanti seri pengantin kau hilang” aku mahu menamatkan perbualan mengenai hidupku.

“ok. Gud nite”ucap Maisara.

“gud Nite”perlahan kelopak mataku tertutup.

*******************************************************

Maisara Nampak cantik berbaju kebaya putih duduk bersimpuh penuh tertib. Diluar sudah riuh dengan suara kompang menandakan ketibaan pengantin lelaki. Maisara genggam erat tanganku. Aku membals. Menyalurkan sedikit kekuatan padanya.

“relax” aku berbisik di telinga Maisara.

Saat aku memandang kedepan, kulihat pengantin lelaki sudah duduk menghadap Kadi. Wajahnya tidak jelas kelihatan pada pandanganku kerana terhalang dengan orang yang ramai.

“Aku terima nikahnya Maisara bt Daud dengan mas kahwinnya RM80 tunai” sekali lafaz saja Maisara kini bergelar isteri. Tubuhnya ku peluk erat.

“tahniah”bisikku. Aku meleraikan pelukan apabila menyedari kehadiran pengantin lelaki untuk menyarungkan cincin. Aku memandang sekilas. Namun mataku lekat pada wajah lelaki itu. Sungguh aku tidak percaya pada pandangan mata ini. Aku bermimpi ke? Dia juga terkejut memandangku. Mulutku terkunci. Saat itu dapat kurasakan hatiku hancur lebur. Airmata cuba ku tahan. Cincin emas putih akhirnya tersarung kemas di jari Maisara. Aku sudah tidak mampu bertahan lagi saat maisara menyalami tangan suaminya dan sebuah kucupan sayang seorang suami hinggap di dahi Maisara. Aku kalah membendung rasa. Aku gagal mengawal perasaan hiba. Airmata tumpah jua. Pantas ku larikan kakiku. Aku tidak peduli. Aku mahu lari dan terus lari.

“Niza, kau pergi mana?”soal Maisara saat kaki aku melangkah ke halaman rumahnya. Aku anggarkan kekuatanku mampu untuk menempuhi segalanya.

“mari sara kenalkan suami Sara”Maisara menarikku. Aku hanya mengikut walaupun hatiku melarang.

“Abang nilah bestfriend Sara, Shaniza”lelaki itu berpaling. Pandangannya menikan jauh kelubuk hati.

“hi” ada getaran di suaranya.

“tahniah”hampir tidak terkeluar suaraku.

“korang borak dulu. Nanti Sara datang”Maisara terus berlalu.

“Bila Niza balik?” soal lelaki itu.
Aku diam. Aku ingin meniggalkannya. Dadaku mula sesak. Namun tangannya pantas mencengkam lenganku.

“lepaslah. Jangan sentuh aku” aku cuba mengawal suaraku. Ditarik tubuhku ke suatu sudut yang agak tersorot.

“Niza, abang minta maaf” suaranya perlahan. Bimbang ada yang mendengar.

“sampai hati abang buat Niza macam ni. Abang madukan Niza dengan kawan baik Niza sendiri.” Airmataku mengalir deras.

“Niza, abang...”

“Niza tak nak dengar” aku rentap tangannya dan pantas aku tinggalkan dirinya sendirian. Petang itu juga aku meninggalkan rumah Maisara. Hatiku sebak dengan pujukan ibu dan bapa Maisara. Tapi apakan dayaku. Aku tidak sanggup melihat suamiku bersama sahabat baikku sendiri melayari malam bahagia mereka. Aku tidak sanggup.

***********************************************

“Abang juga manusia Niza. Abang ada kehendak.” Ucap Alif.

“Abang terlalu selfish” tuturku

“siapa yang selfish? Abang atau Niza? Abang ni suami Niza tapi Niza tak pernah anggap abang begitu. Abang sendiri di sini. Sudah berapa kali abang merayu agar Niza kembali ke Malaysia.tapi Niza..”

“jadi salama ini abang tak ikhlas mengatakan rindu pada Niza. Pada Niza abang katakana sayang dan pada Sara abang katakan cinta. Betul kan?”tempikku.
Dia diam. Aku tahu dia resah.

“apa perasaan abang pada Sara?”soalku.

“abang...abang..”

“abang cintakan dia kan?” teka ku

“tidak” dia cuba menafikan.

“jangan bohong,bang. Kalau tak takkan abang sudi kahwin dengannya.” Aku tolak tangannya yang melekat dibahuku.

“sekarang abang pilih Niza atau Sara?” aku sudah tidak mahu memanjangkan cerita luka ini. Biarlah dia pilih siapa teman hidupnya.

“abang sayang Niza dan Sara”

“jangan jadi tamak. Niza tak nak hidup bermadu. Dan yang paling menyakitkan hati Niza, abang madukan Niza dengan kawan Niza. Kenapa, bang?”

“Abang tak tahu”

“kalau abang tahu pun, abang tetap akan kahwin lain kan”sinis tuturku.

“kalau abang nakkan Niza, abang ceraikan Sara. Kalau tak abang ceraikan Niza”putusku.

“Niza adalah amanah uncle Shahril pada abang. Abang mesti jaga Niza”

“Niza dah dewasa. Dah tahu jaga diri.”tegasku.

“Niza....”

“abang ceraikan Niza, bang. Tolong jangan seksa Niza”rayuku. Aku tahu berdosa
seorang isteri meminta penceraian dari suaminya. Tapi luka dihati ini terasa begitu menyesakkan dada. Alif diam. Aku terus melangkah pergi. Tidak mahu terus berlama di situ.

*********************************************

Sebulan kemudian...
Aku kini kembali ke England. Aku nekad untuk terus di sini sehingga luka yang bernanah di hati sembuh. Minggu lepas aku telah menerima surat dari peguam Alif. Dia setuju untuk melepaskan aku. Itu bermakna dia mencintai Maisara. Airmata aku bagai hujan di musim tengkujuh. Tidak pernah berhenti. Aku tahu kini aku mencintainya. Tapi untuk apa lagi cinta ini kerana aku sudah terlambat untuk menakluk hatinya. Hatinya kini milik sahabat baikku, Maisara. aku cuba meredhakan segalanya. Biarlah Maisara terus dibelenggu persoalan mengapa aku pergi meninggalkannya tanpa pamitan. Aku tidak tegar melukakan dirinya walaupun dia telah mencalarkan hatiku. Biarlah rahsia ini tersimpan kemas dalam kotak memoriku. Aku terima takdir ini andai sudah tersurat kepiluan itu, maka siapalah aku untuk menghalangnya. Cuma ku harap suatu masa nanti kan hadir mentari menyinari diriku.


p/s : naniey ingat nk smbg CD 13 tapi enth cmne bleh bt taip cerpen ni. so enjoy yourself. harap anda semua dpt beri ckt p'dpt tntg karya ni. khas untuk korang. (jgn lpe sediakn tisu)

Friday, June 26, 2009

Ku harap Kau Mengerti


pernah x korang dengar lagu ni


"dalam khdpn ini yang t'indah

melalui usia remaja...

suka duka senda gurau sering b'ganti..."


ble aq tgk blk lirik kt part ni..

aq rse btl la..

usia remaja ni mmg best..

terasa cptnya zaman tu b'lalu...

dlu aq slalu m'hitung hari..

bilakah tiba usia dewasa..

selalu aq 6tkn detik ini..

nmun itu dulu..

ktika aq msh jahil utk m'genali duniaku..


kini..

aq tlh tingglkn zmn p'sekolhn..

tngglkn shbt2 lmeku..

tngglkn seglanya dlm memori abadi...

rndunya aq pd detik itu...

saat aq dan dia ghairah m'gejar ilmu..

saat aq dan dia berdua m'hadapi susah dan senang..


tapi kini...

segalanya sdh b'ubah..

dia juga sdh m'pnyai pgganti diri ini..

saat dukanya tidak prnh ingin d kongsi lagi...

apatah saat sukanya..

jarang sekali hadir menjd halwa telinga..

jauhnya hati kami saat ini...

hingga hadirnya rasa rindu yg t'amat padanya..

dia ada tapi seolah-olah terlalu jauh dariku..

sedngkn aq selalu b'hrp dia sntiasa d sisi..

sme2 m'harungi ribut dan taufan bersama..

m'harap pgngn eratnya akan sentiasa m'hngatkn tgnku..

tapi itu hnya mimpiku...


saat ini hatiku bnr2 terkilan..

parah benar lukanya...

mgapa dia m'ymbnyikn segalanya...

sdngkn aq b'hrp airmata ini tmpah saat dia b'sedih..

dan snyman ini terukir saat dia ketawa mesra...

sahabatku..

aq tdk m'hrpkn apa2 drmu..

hnya ku perlukan engkau dalam hidupku

sprti mana aq m'hrpkan kau juga memerlukan aku..

biar sepedih mna belati m'hiris jiwamu..

akan ku rawat ia...

biar separah mana pisau menikam hatimu..

akan ku ubatinya...

terimalah aku sebaimana aku telah m'nerima hidupmu..

tlh ku phatkan nama di ruangan istimewa dlm hati ini...

dimana layaknya engkau berada...

jangan terus melukakan aku teman..

kerna aku bimbang...

suatu masa aku akan tumbang jua...
p/s : ini luahan hatiku pd seseorg.. klu korng fhn tlg komen ckt...

Wednesday, June 10, 2009

Syuuuhhh..... Abang? 3

Sudah dua minggu aku tidak berjumpa Fiqri. Selepas kejadian hari itu, dia hilang entah kemana. Macam chipsmore. Sekejab ada sekejab tak ada. Rindunya pada dia yang bergelar abangku. Hari ini aku akan memulakan praktikal ku di sebuah Syarikat gergasi, TF Holding. Tingginya bangunan ni. Aku ni adalah gayat. Tapi tak apa demi praktikalku aku sanggup. Langkahku agak canggung kerana hari ini aku pakai baju kurung dengan high heel 1.5 inci. Rasa macam nak tergolek. Satu malam aku duk mengadap almari baju aku. Hanya baju kurung ni saja yang paling sesuai dah tak ada baju lain dah. Baju kurung bercorak abstrak warna ungu pink dan putih ku betul-betulkan. Rambutku yang panjang hingga paras pinggang ku pinkan saja. Berdebar nak jumpa dengan Pengarah Syarikat.

“Cik Shazila, sila masuk” panggil seorang gadis manis.
Aku bangun. Melangkah dengan penuh keyakinan masuk ke bilik Pengarah. Didepanku kini seorang lelaki yang sedang sibuk membelek fail. Wajahnya agak terlindung.

“assalamualaikum, tuan” sapaku.

“waalaikumsalam” mataku tidak berkelip saat salamku dijawab. Terbuntang mataku memandang seraut wajah penuh misteri di depanku.

“duduk” arahnya. Aku masih terpaku.

“hello miss. Are u ok?” soalnya bersama sebuah senyuman. Aku tersedar. Malunya. Perlahan aku labuhkan punggung didepannya.

“so, Cik Shazila, u akan praktikal kat sini selama 6 bulan. I akan letak u bawah Encik Fauzi. Dia ketua jutera kat sini. Kalau ada apa-apa masalah u boleh rujuk dia atau maybe u boleh jumpa i” ujarnya memulakan perbualan. Aku hanya angguk. Lidahku masih kelu.

“selamat menjalani praktikal” ujarnya menghulurkan tangan padaku. Perlahan ku sambut. Erat tanganku di genggamannya.

“terima kasih” ucapku. Dia senyum lagi.

“Zati. Masuk jab” panggilnya melalui intercom. Tidak lama kemudian gadis manis tadi masuk.

“ye, Tuan”

“tolong tunjukkan tempat Cik Shazila ye. Lepas tu bawa dia jumpa En Fauzi.”arah pemuda tadi.

“Baik, Tuan. Cik Shazila silakan” aku bangkit. Aku sudah tidak betah berada disitu lama-lama. Aku mengekori Zeti dari belakang.

“Cik Shazila ok ke?” soal Zeti.

“saya ok. Tak payah lah bercik-cik dengan saya. Panggil Sha je” ujarku.

“ok, saya Zeti. Saya tengok tadi Sha asyik renung bos je. Berkenan ea?” usik Zeti. Eh, ye ke?

“mana ada pandai-pandai je awak”

“saya Nampak. Alah bukan awak sorang je minat kat dia, ramai orang suka kat bos tu. bos tu je
yang tak layan.” Ucap zeti.

“ye ke?” yelah orang kaya siapa tak nak kan. Kucing mana tolak ikan depan mata.

“kenalkan Encik Fauzi. Ketua jurutera”aku tersentak. Berangan sekejab.

“En Fauzi ni Cik Shazila. Dia akan buat praktikal kat sini selama 6 bulan.” Ujar Zeti.

“saya Shazila. Sila beri tunjuk ajar” ujarku menyambut hulurun tangan Encik Fauzi. En Fauzi tersenyum memandangku. Lama benar tanganku digenggam. Aku rentap perlahan tangannya. Barulah tanganku yang lembut ni terlepas. Bimbang pulak aku tengok perangai en Fauzi ni. Macam gatal je.

“kami pergi dulu En Fauzi nak tunjukkan tempat Cik Shazila pulak” kami berlalu dari situ. Laju saja langkah ku meninggalkan En fauzi yang merenungku tajam. Menegak bulu roma aku. Seronok aku berkenalan dengan staf di sini. Semua peramah. Tak sabar nak mulakan tugas.
*****************************************************************

Sedang aku sibuk meneliti fail-fail penting berkenaan syarikat itu, tiba-tiba telefon dimejaku berbunyi.

“helo” jawabku.

“hello Sha, ni Zeti”

“ada apa Zeti?” soalku.

“bos nak jumpa awak kat lobi sekarang”ujar Zeti.

“buat apa?”soalku pelik.

“entah. Mungkin nak belanja makan tanda ucapan selamat datang kot” ujar Zeti.

“kalau saya tak nak pergi boleh tak. Saya sibuk ni”

“awak cakap sendiri dengan bos k. Saya tolong sampaikan hajat bos je. Baik awak pergi. Nilah
masanya nak bodek bos” ucap Zeti.

“oklah”jawabku. Talian terus ku matikan. Aku bangun dari kerusi mencapai beg ku. Perlahan ku
atur langkah ke tingkat bawah.

“Cik Shazila” panggil pennyambut tetamu.

“ya”jawabku.

“Bos tunggu kat kereta depan sana” tunjuk penyambut tetamu pada pintu masuk TF Holding.

“terima kasih”ucapku. Terus aku berjalan kea rah yang ditunjukkan. Aku perasan pandangan
kurang senang penyambut tetamu tadi. Entah kenapa.
Kulihat sebuah BMW warna silver sudah sedia menunggu.

“masuk” arahnya.

“kita nak ke mana?”soalku.

“masuk la dulu” aku menurut apabila dia membuka pintu sebelahnya. Malu juga apabila banyak
mata yang memandang. Maklumlah sekarang time lunch. Siap lunch dengan bos, siapa tak jelous.

“kita nak kemana?” soalku buat kali ke 2.

“tempat special. Kenapa muka masam je tak suka keluar dengan abang?” soalnya

“Sha tak suka abang tipu Sha macam ni” ujarku. Aku berpaling ke arahnya apabila ku dengar dia ketawa.

“sedap sikit telinga abang ni dengar. Asyik kau aku. Kan Nampak respect sikit panggil abang”
ucapnya. Aku diam. Aku salah cakap ke tadi? Soal ku sendiri. Muka aku dah mula memerah. Tak payah beli blusher.

“bro, aku serius ok” ucapku geram.

“aik dah hilang dah perkataan abang tadi?” dia memandangku sekilas.

“patutla kau beria suruh aku mintak buat praktikum kat situ. Agaknya apa lagi yang aku tak
tahu pasal kau?”aku cuba mengawal suaraku yang sudah mula meninggi. Mendidih benar hati aku. Ini kejutan kedua selepas kejadian kat rumahnya.

“kenapa ni. Tak boleh ke. Sekurang-kurangnya abang boleh tengok-tengokkan adik abang ni, kan” suaranya masih lembut. Aku takrik muka. Tu jelah alasan dia. Bosan.

“tapi aku tak suka, k”

“tak suka kenapa?” soalnya

‘tak suka sebab aku tak nak ada dekat dengan kau’ hatiku menjerit. Kuch kuch hota hai.....

“tak lama pun. 6 bulan je kan. Pastu Sha dah tak payah mengadap muka abang lagi. Abang tahu,
Sha menyampah dengan abang. Sapa lah abang ni kan” aik pelik je bunyi. Merajuk ye bang?

“aku bukan manusia yang suka ambil kesempatan, k. Tadi pun ada yang tengok aku semacam je.
Aku datang nak belajar tapi kalau dah macam ni keadaannya mcm mana aku nak belajar.” aku memberi alasan.

“Abang tak rasa Sha macam tu kan? Lagipun Sha jelah yang sudi tegur abang waktu abang mula-mula masuk kerja dulu. Abang senang berkawan dengan Sha.” Jawabnya lagi. Dia ni tahu je beri jawapan. Aku sendiri tidak tahu mengapa aku harus marah. Mungkin kerana aku berasa tertipu. Tapi bila dia tipu aku. Dia sendiri tidak pernah menceritakan tentang hidupnya. Jadi haruskah aku menyalahkannya?. Entah? Buat apa dia nak cakap kat aku yang dia ni orang kaya? Aku ni siapa? Tunang dia? Bukan. kekasih dia? Jauh sekali. Tapi aku kan adik dia. Bila masa pulak mak dia lahirkan aku. Pokoknya aku ni bukanlah sesiapa pun dalam hidup dia. Ish... pening kepala aku.

“kenapa diam pulak?” soalnya.

“tak ada apa nak cakap”

“merajuk dengan abang ke?”soalnya.

Aku diam.

“abang mintak maaf,k. Tapi apa yang abang buat tu ada sebabnya.”

Aku masih diam.

“selama hari ini semua orang kenal abang sebagai orang kaya. Semua yang rapat dengan abang tak ikhlas. Abang bosan hidup macam tu. and one day, abang jumpa Marina kat satu Restoren. Hati abang dah terpaut. Abang siasat la pasal dia dan abang dapat tahu dia kerja kat kilang tu. so, abang pura-pura kerja kat gerai Pak Dollah semata-mata nak ngorat dia. Manalah abang tahu yang dia tu pun materialistic. Jangan lah marah lagi. I’m sori” Ujarnya.

“Aku tak cakap apa-apa pun. yang ko duk sibuk menerang ni apahal.” Ada rasa simpati menyelit di tangkai hatiku. Aku ingatkan kalau jadi orang kaya best. Tapi kalau dah macam tu, apa ertinya kaya jika hidup sentiasa di temani sepi. Betullah kata mak, walaupun kami tak kaya tapi Tuhan bagi kami bahagia. Bukan semua orang bahagia dalam dunia ni.
Fiqri tersengih.


“macam nil ah adik abang. Hari ni abang belanja Sha makan semperna hari pertama Sha kerja kat syarikat abang” dia girang di sebelahku.

Aku hanya mengukir senyuman tipis.

“Tapi Sha nampak pelik hari ni” ujarnya tiba-tiba.

“pelik?” aku tidak mengerti.

“rupanya adik abang pakai baju kurung hari ni. Abang tak pernah tengok Sha pakai baju kurung. Cantik. Lain kali bolehlah pakai selalu” dia pandang aku sekilas dengan senyumannya.

“ini je yang ada. Aku pakai jelah.” Aduh… bangganya kena puji. First time orang kata aku cantik.