THANK YOU

Sunday, December 26, 2010

PENGUMUMAN hari ini

hari ni nani dah nak balik ke melaka....
uruskan posting kakak.... masih byk yg prlu d uruskn...
rmh sewa..brg dapur.....bersihkn rumah..n mcm2...
so dalam 1 @ 2 minggu ni mgkin tiada post t'baru dari nani....
sbb mnggu dpn nani da msk sem baru..msti byk keje d awal sem....
sori smua.... ble ada kelapangan nani postkn entry k...
doa kan Nani selamat pergi n insyaalllah segalanya berjalan lancar k...
semoga pembaca2 d blog nani juga akan sihat sejahtera n moga b'temu kembali d lain halaman...
(hahahahh macam tulis surat cinta plk)...... ceria2kn harimu... snyum slalu....
sabar smua ye............k la....nak g b'siap2.....da nak berangkat ni.....assalamualaikum...

Saturday, December 18, 2010

WARNA HATIKU 17


Setelah seminggu di Pulau Redang, akhirnya kami kembali ke rumah. Adalah juga kami melihat kawasan yang sesuai untuk membangunkan sebuah hotel di sana. Tapi kebanyakan masaku habis dibilik saja. Tg Iskandar? Apa lagi. Mestilah bermadu kasih dengan bakal madu aku. Hari ini, kami masih cuti. Awal-awal pagi aku dah bangun. Mungkin dah terlalu bosan sebab asyik tidur je. ada faedahnya kalau aku turun ke dapur. Dah lama tak praktis masak. Masih pandai masak atau tak aku ni. Menu hari ini adalah bihun goreng. Mmm.... sedang aku sibuk membasuh pinggan mangkuk, Tg Iskandar muncul. Aku kerling jam di dinding. Dah pukul 9. Baru bangun mamat ni.

“good morning”sapa Tg Iskandar.

“selamat pagi tuan”ujar Mak Jah.

“wow, rajinnya”ucap Tg Iskandar menghampiriku.

“kau tak pergi mana-mana hari ni?”soalku padanya.

“malas. Aku nak rehat hari ni” dia tersenyum mesra. Aku diam.

“ada apa-apa nak suruh aku bantu?”soalnya.

“tak kot. Semua dah siap. Ko duduk je lah kat depan tu. Nanti aku hidngkan sarapan.”ujarku padanya.

“mak jah masak apa?”soal tg iskandar.

“bukan mak jah masak tapi cik puan. Mak jah datang, cik puan dah siap masak pun”ujur mak jah. Tg Iskandar pandangku pelik.

“kau pandai ke masak?” soalnya.

“jangan pandang aku tak ada kaki. Sepak kang”ujarku geram. Kau pandang aku sebelah mata ye. kalau Miss SS ko tu aku percaya kalau dia tak pandai masak. Tengok tangan dah tahu. Tg Iskandar mencebik. Kepalanya dijengah ke kuali.

“mmm...bau sedap. Rasa tak tahu lagi” Mak jah tersenyum mendengar usikan Tg Iskandar.

“well kalau aku masak semua sedap. Air tangan isteri katakan. Ye tak Mak Jah?.”ujarku. Tiba-tiba pinggangku di peluk dari belakang. Satu ciuman singgah di pipi. Aku terpana. Langsung tidak dapat berkata apa-apa. Tindakannya terlalu cepat. lidahku kelu. Rasa macam nak bagi sebiji penumpuk, tapi control. Mak Jah ada kat depan. Tak boleh tunjuk aksi ganas depan orang tua.

“terima kasih isteriku.” Tg Iskandar ketawa senang. Dia lepaskan pelukannya

“kalau macam tu mak jah tak payah masak hari ni. Saya nak rasa masakan isteri saya” usik tg iskandar.

“boleh kan?”soal tg iskandar padaku. Perlahan aku geleng.

“kenapa? Tak sudi nak masak untuk aku?”soal tg iskandar.

“malas. Dah bagi betis nak paha pulak.”ucapku. Perlahan aku tinggalkan dapur ke ruang tengah banglo. Tg iskandar masih mengekori.

“Batrisya, kenapa ni?”soalnya. aku buat tak dengar. Kenapa apa?. Malas nak layan. Tiba-tiba tgnku di tarik.

“aku lapar. Jom makan”ajaknya lembut.

“jom la. Kau tak payah masak hari ni.”ujarnya memujuk. Aik, bila masa aku merajuk. Tapi tak apalah. Ditarik tanganku supaya mengikutinya.

“boleh minta tolong tak?” soalku. Aku pandang tangannya yang erat mengenggam jemariku

“tolong apa?” hai kadang-kadang bengap jugak dia ni.

“tolong lepaskan tangan aku boleh. Aku masih mampu lagi jalan. Kau ingat aku buta ke sampai nk kena pimpin?”

“tak nak. Apa salahnya. Beri sentuhan dapat mengekalkan kemudaan wajah tau”

“muka aku masih muda. Tak perlu.”

“aku perlu. Tak lama lagi nak naik pelamin. Tak nak la muka nampak tua. Betul tak?”

“hai.....hari-hari sentuh Miss SS tu, tak muda lagi ke?” sengaja aku memerli.

“itu lain” mmg la lain. Itu dosa. Kalau ini dapat pahala lagi. Betul tak?

“malas layan” aku rentap tangannya. Terus berjalan lurus ke meja makan. Dia hanya mengekori.

Selepas sarapan aku terus menghilang ke bilik. Menghadap laptopku. Membalas semua msj dan juga aku sibuk chating dalam ym. Aku toleh jam di dinding. Tanpa kusedari sudah pukul 2.30 petang. Bosannya. Kucapai novel yang baru ku beli diatas rak. Terus aku keluar dari bilik. Ingin mengambil angin pantai. Mesti seronok duduk di buaian belakang rumah waktu begini. Sampai saja di buaian, aku lihat tengku iskandar sudah berada di situ. Berbaring dibuaian di bawah pokok ru yang rendang. Tempat kegemaranku. Dia sedang asyik mebaca novel bahasa inggeris. Aku ingin berpatah balik.

“Batrisya” panggil Tengku Iskandar. Aku berpaling. Ingatkan dia tak perasan. Nampak khusyuk je.

“sini ”panggilnya. Aku menghampiri.

“mari join” ajaknya. Aku pandang buaian. Memanglah buaian itu besar. Tapi takkan nak berhimpit dengan dia. Aku geleng.

“sinilah” ajaknya sambil melebarkan kain buaian. Pantas tanganku ditarik hingga aku terjatuh ke buaian. Aku cuba bangun. Tapi pantas dihalang.

“duduk la sini” ujarnya menarik tubuhku sehingga terjatuh ke lengannya. Perlahan aku membaiki kedudukanku supaya lebih selesa. Apa salahnya berkongsi buaian. Lagipun dia suami aku. Aik, sejak bila mengaku suami ni. Aku baring di sebelahnya. lengan sasa Tengku iskandar kujadikan bantal. Novel ditangan ku buka perlahan. “kau dah makan?”soal tg iskandar. Suaranya lembut. Aku geleng.

“kau?”soalku.

“dah. Buat apa kat bilik?”

“tak buat apa. Chatting” jawabku.

“kau suka baca novel?” soalnya. Aku angguk.

“aku ingat kau tak suka layan novel cintan-cintun ni.”

“kenapa? Tak percaya?” soalku.

“memang pun. Nampak diluar lain, tapi diri sebenar kau lain kan?” ucapnya.

“kau mana lainnya? Sama je macam manusia lain.”

“kau suka loyar buruk dengan aku kan.”

“mana ada. Kau yang asyik tanya pasal aku ni kenapa? Dah jatuh cinta dengan aku?” saja nak bagi soalan cepu cemas.

“mmm.....”

“tak payah jawab. Dah tahu jawapan kau” aku memintas. Miss SS mau campak mana.

“pandai-pandai je.”

“bila nak kau nak nikah dengan minah tu?”

“aik, dah tak sabar nak hidup bermadu ke?” lain aku tanya, lain pulak jawapannya.

“soalan tu kau pergi tanya bakal bini kau. Aku dengan kau bukan ada apa-apa pun” balasku bersahaja. Novel ditanganku buka.

“kau yakin ke dengan apa yang kau buat ni? Izinkan aku kahwin dengan Linda?” pelik pulak soalan tu. Sepatutnya aku yang tanya dia. manalah tahu tak mampu nak berlaku adil nanti.

“apa masalahnya. Kau cintakan dia dan dia cintakan kau. So, kahwin jelah. Buat apa nak tunggu lagi. Buat tambah dosa je” balasku.

“kau ni kalau bercakap pasal dosa pahala bukan main lagi.”

“terasa ke?” sengaja buat nada menyindir.

“eh, tak adalah. Aku suka. Saling mengingati. Kan bagus. Kau pun apa kurangnya. Tak pakai tudung pun dosa. Tinggikan suara pada suami dosa jugak” novel ditanganku tutup. Riak tenang diwajahku mula bertukar keruh. Rasa tersindir.

“nak gaduh?” soalku.

“kau marah? Aku tolong ingatkan je” memang nak cari gaduh.

“sebelum ingatkan aku, baik kau ingatkan makwe kau tu. Bukan sekadar tak pakai tudung je, siap mini skirt. Baju dedah sana dedah sini. Kenapa tak suruh dia tutup?” bebelku

“dah banyak kali suruh. Dia tak nak. Tapi kau, aku belum suruh lagi kan. Sayang, memang tugas seorang suami untuk membimbing isterinya” lembut benar bicara Tg Iskandar.

“dan memang tugas seorang isteri mengingati suaminya.” Balasku. Amboi dah cakap sampai soal tanggungjawab ni.

“aku malas nak gaduh. Kita baru je berbaik. Dah tak payah nak cerita apa-apa lagi. Kita dah dewasa. Kita pun dah belajar dosa pahala. Halal haram. Sama-samalah kita jaga diri masing-masing. K” nasib baik dia cuba hentiakan. Kalau tak, sah-sah ada yang lebam biji mata. bukan aku tak boleh terima teguran. Tapi cara tenguran yang seolah-olah menyindir itu terasa menyakitkan hati.

“malas nak layan kau. Aku nak masuk”aku cuba bangkit.

“janganlah marah.” Dia tarik tubuhku.

“lepaslah” aku meronta. Dia ni nak main tarik tali pulak.

“janji kau tak marah dulu. Baru aku lepaskan”

“is stopped” jeritku sambil cuba melepaskan cengkaman tangannya. Kaki tangan semua aku angkat. Namun dia tetap buat bodoh. Dia ketawa. Tiba-tiba. “auwwww”kami jatuh dari buaian. Tubuh iskandar terasa berat menghempap tubuh kecilku.

“kau tak apa-apa?” soalnya.

“beratnya. Sakitlah” aku tolak tubuh sasanya.

“berat macam kayu balak” ucapku geram. Terus aku berdiri. Pantas ku sapu belakang t shirt yang agak kotor. Terus melangkah masuk ke banglo dengan wajah bengang.


p/s : sori lama x post entry..... buzy ckt.... enjoy ur reading.....k

Friday, December 10, 2010

WARNA HATIKU 16


Pagi yang indah dan nyaman. Perlahan aku buka mata. tg Iskandar masih lena tidur sambil memeluk bantal golek. Tenang wajahnya. Aku tersenyum. Terus bergerak ke kamar mandi. Selesai menggosok gigi dan membasuh muka terus aku berlalu ke balkoni. Sejuk pulak nak mandi. Sesekali tengok matahari naik seronok jugak. Sedang aku asyik menikmati suasana yang cantik....

“Good morning” sapa satu suara dari belakangku.

“Dah bangun?” dia angguk.

“awal bangun”

“nak tengok matahari.”

“oooo. Kau lena semalam” aku angguk. Suasana bisu seketika.

“kau pernah jatuh cinta?”soal Tg Iskandar tiba-tiba. Aku pandang wajahnya. Apahal pulak mamat ni. Tiba-tiba je tanya pasal cinta.

“kenapa tanya macam tu. Kau ni mamai lagi ke apa?” soalku. Manalah tahu dia tengah bermimpi.

“aku dalam keadaan normal k. Saja la nak tanya kau. Suasana sekarang ni macam best je kalau boleh berbual-bual” aku mencebik

“jadi, kau pernah bercinta?”

“pernah” jawabku.

“apa yang kau rasa?” soalnya lagi. Ingatkan nak tanya dengan siapa.

“kau pun sedang hangat bercintakan. Apa yang kau rasa?” soalan di balas soalan. Tg Iskandar pandang ke hadapan.

“rasa bahagia bila bersama. Rasa tak jemu untuk berjumpa.” Ucapnya tiba-tiba.

“kenapa kau jatuh cinta dengan Miss SS?” Tg Iskandar ketawa

“sebab dia cantik”

“kalau dia dah tak cantik, kau dah tak cintakan dialah”

“tak jugak. Aku senang dengan dia. seronok”

“oooo....”

“kalau kau tak kahwin dengan aku, agak-agaknya, kau akan kahwin dengan siapa?” soalnya. Siapa ye? belum ada calon kot.

“Ekmal?”

“jangan sebut nama dia” ucapku.

“sori” diam lagi.

“aku ada sesuatu nak tanya kau.”

“apadia?”

“kalau aku kahwin dengan Linda, kau setuju tak?” what? Kahwin dengan Miss SS? Macam tak ada orang lain je.

“kenapa tanya aku?” lain yang bermain difikiran, lain pulak yang keluar.

“sebab kau isteri aku”

“kita ni macam suami isteri ke? Mak ayah kau?” soalku. Dia tertunduk.

“aku tak nak fikir pasal tu. Aku just nak keputusan dari kau. Kau setuju tak” aku tarik nafas panjang. Susah sebenarnya nak buat keputusan. Memang la aku tak cintakan dia. tapi apa pun dia suami aku. Kalau dia kahwin dengan Miss SS, apa yang aku dapat?

“kau akan tinggalkan aku?” soalku.

“tak. Selagi kau tak jumpa teman hidup kau yang baru?”

“kenapa kau tak ceraikan je aku and pastu kahwin dengan Miss SS”

“papa kau dah amanahkan kau kepada aku. Mana boleh aku tinggalkan kau macam tu saja. Lagipun kita kawan kan. Kawan akan selalu menjaga kawannya” aku tersenyum. Terharu sebenarnya.

“kita hanya kawan?” soalku. Dia angguk.

“jadi, kawan selalu ingin lihat kebahagian kawannya. Buatlah apa yang boleh buat kau bahagia” putusku.

“really?” aku angguk. Lepas tu, aku dah tak bersuara. Mataku hanya memandang ke depan.

“terima kasih.” Tiba-tiba bahuku di paut erat. Sama-sama menikmati kehangatan mentari yang sudah mula memancar sinar. Dan saat itu aku mula merasai jantungku sudah berubah rentak.


p/s : mood : sad........ baselah bila p'nulis trt sma b'emosi.... t'pngruh..... pe2 pon slmt m'baca

Thursday, December 9, 2010

WARNA HATIKU 15


Aku duduk sendirian menikmati makan malamku sambil melihat pemandangan di waktu malam. Cantik pemandangan malam di tepi laut ni. Sesekali angin sejuk menyapa tubuh. Malam ni macam nak hujan je. hai, berkurung dalam bilik lagi la jawabnya. Kalau aku tahu macam ni punya bosan, tak nak aku ikut si Is ni. Dia tengah seronok dengan Miss SS, aku ni jugak terkontang kanting sendiri. Tak tahu nak buat apa. Tiba-tiba mataku tertangkap sepasang teruna dan dara yang baru melangkah masuk ke restoren. Amboi bukan main lagi, pegang-pegang tangan. Gesel-gesel. Apa nak jadilah dengan manusia zaman sekarang ni. Dah tak ada rasa malu langsung. Tak takut dosa ke diorng ni?. Isk..isk... Nak tayang sangat la tu dia ada kekasih. Agaknya pak cik kat tepi meja diorang tu nak muntah tengok aksi Miss SS. Bunyi cam jelous je. tak ada maknanya nak jelous. Nak jelous buat apa Miss SS tu statusnya makwe je. bila-bila masa kena tendang. Aku ni isteri. Nak kena tendang kenalah minta permision dari mak bapak dulu. Tg Iskandar tu kan anak mithali. Hahahaha. Tapi sebelum kau kena tendang, aku bagi chance kau bersama suami aku tu. Kesian kau, nasib baik aku ni baik. Dari pada aku duk mengadap diorang tengah gembira sambut birthday, baik aku tengok TV dalam bilik. Untung-untung dapat tengok Brat Pitt yang lagi hensome dari laku aku. Terus aku bangun meninggalkan restoren itu.

Nampaknya ramalan cuaca aku tepat. Memang hujan lebat. Siap ada sound effect lagi. Aku dah mula gerun. Ni yang aku tak suka ni. Rancangan Tv dah lama tamat. Jam pun dah menunjukkan ke angka 1 pagi. Tubuh penat, tapi mata enggan tertutup akibat terlalu trauma. Aku menggigil di bawah gebar tebal. Takut dengan dentuman guruh dan pancaran cahaya kilat yang sambung menyambung. Jelas kelihatan melalui cermin tingkap bilik. Peluh terasa memercik membasahi pakaian tidurku. ‘Is mana kau’ dalam keadaan macam ni memang aku sangat berharap dia ada.

“Risya” ada orang menyeru namaku. Siapa? Bukan ke tadi aku dah kunci pintu?.

“Risya” gebar tebal disingkap. Aku pandang wajah dihadapanku sebelum tubuhnya kudakap erat.

“aku ada” dia tenangkan aku. Tangannya menepuk belakangku.

“mana kau pergi?” soalku.

“keluar sekejab.”

“sambut birthday Miss SS?” dia angguk. Sudah gaharu, cendana pula aku ni. Dah thu buat apa nak tanya lagi.

“Dah malam, kenapa tak tidur lagi?”

“aku takut.” Balasku.

“aku ada. Jangan takut.”

“macam mana kau boleh masuk. Padahal tadi aku dah kunci pintu. Kau lagi menakutkan aku tahu” bebelku.

“betul ke dah kunci? Kau biar betul. Baik kau fikir betul-betul.”

“eh, betul la. Memang aku kunci”

“habis macam mana aku boleh masuk. Jangan-jangan....”

“mangkun hayun kau. Jangan nak takut-takutkan aku k” aku tolak tubuh Tg Iskandar.

“mana ada. Apa yang kau fikir hah?” soalnya.

“tak ada apalah”

“kau takut hantu ea?” Tg Iskandar mula mengusik.

“mana ada. Daripada aku takut kat hantu, baik aku takut kat ko.”

“takut kat aku? Jadi perlu ke aku balik bilik sekarang. Maklumlah kau kan takut pada aku. Manalah tahu, kot-kot, aku ni ada nak.......”

“bongok. Jangan nak merepek boleh tak” marah aku padanya. Tiba-tiba berdentum kuat guruh di langit. Pantas tubuh Tg Iskandar ku peluk lagi. Tg Iskandar ketawa kuat.

“dah aku nak balik bilik” ucapnya cuba meleraikan pelukan kemasku.

“janganlah. Aku takut. Kau tak kesian kat aku ke?” aku kemaskan lagi pelukan.

“kan kau takut kat aku”

“aku gurau je. manja betul. Itu pun nak terasa” geram betul aku dengan mamat ni.

“aku penatlah. Nak balik tidur.”

“janganlah. Kau tidur kat bilik aku, k.”

“tak takut ke....”

“alah, tubuh aku ni kan macam batang kayu. Selera pulak kau.” Perliku. Memang itulah kata-katanya dulu.

“kau masih ingat?”

“tak nak cakap lagi. Aku ngantuk. Nak tidur. Tapi kau promise, jangan nakal-nakl k. Tidur sini”perlahan aku lentokkan kepala ke bahunya. Rasa selamat.

“aik, nak aku tidur sini, tapi macam-macam pulak dia. tak payahlah risau.” Ucapnya. Mataku mula memberat.

“Risya” panggilnya. Malas nak nak menyahut. Yakin, dengan kata-katanya. Maklumlah dah berbulan-bulan aku duduk serumah dengan dia. Mataku dah terpejam rapat. Dapat kurasakan tangannya menepuk lembut belakangku. Entah bila aku terlena.

p/s: klu ada masa lebih, silalah lawat blog http://batikwarisan.blogspot.com. selamat membaca.

PENGUMUMAN

Assalamualaikum semua...... oppsss!!! ni bukan p'gumuman utk hntikn mne e-nvl..... huhuhu...
nani nak beritahu kat semua p'baca blog nani ni, sesiapa yg b'minat nak beli sutera crepe dr Terengganu. ni adalah sutera t'baru. kat bawah ni adalah antara sutera crepe yg dijual.




Nak tahu dengan lebih lanjut bagaimana nak m'beli dan melihat lebih banyak sutera crepe, anda bolehlah melawat ke blog
http://batikwarisan.blogspot.com


bleh tengok corak dan warna kain. Pilih lah mana berkenan. ni adalah p'niagaan kecil-kecilan yang nani baru usahakan bersama kakak. baru nak berjinak-jinak. sapa-sapa yang berminat, bleh la email kat
warisanbatik@yahoo.com atau email je kat nani kat nanieytj@ymail.com.

bleh jgk klu nk tinggal psnan kat blog nani

Monday, December 6, 2010

WARNA HATIKU 14


Aku dan Tg Iskandar berjalan beriringan melewati gerai-gerai kraftangan. Sesekali kami berhenti dan melihat-lihat barangan yang di jual.

Tg Iskandar sibuk membelek seutas gelang mutiara.

“cantik, untuk Miss SS ke?” soalku mematikan kelekaannya membelek.

“cantik ke?” soalnya. Aku angguk.

“kau suka?” soalku lagi.

“suka” jawabku. Terus mata aku beralih pada cincin stainless steal. Tiba-tiba tanganku dicapai. Gelang tadi di sarungkan pada tanganku. Aku terkedu.

“mmm nampak cantik. Aku hadiahkan pada kau. Sepanjang kita kahwin belum ada apa lagi yang aku beri kan. Cincin pun tak ada. Tak sempat sarung kau dah lari. Nah ni hadiah perkahwinan.” Ucapnya.

“betul? Tak nak kasi kat Miss SS? Soalku.

“dia tak suka benda murah.” Balas Tg Iskandar selamba. Tengok gaya dah tahu. Sebab tu dia suka laki aku. Maklumlah laki aku ni kira kilang emas.

“kot ye pon nak beli hadiah perkahwinan, belilah yang mahal sikit.” perli aku padanya.

“biar murah asalkan cantik” balasnya.

“nah ni, cincin persahabatan” aku ambil sebentuk cincin dan mencubanya dijari Tg Iskandar. Dua kali mencuba barulah jumpa yang muat dengan jari manisnya.

“not bad. Thanks” Tg Iskandar ambil sebentuk cincin yang sama rupa. Di cuba pada jari kelinkingnya sebelum menyarung menyarungkan ke jari manisku. Orang kata kalau muat memang tu jodoh kita. Muat-muat dengan jari aku. Memang la dia jodoh aku kalau tak, mana mungkin aku kahwin dengan mamat ni. Aku terus ke kaunter untuk membayar.

“nak ukir nama tak?” soal jurujual.

“nak?” soalku pada Tg Iskandar.

“ok je” balasnya.

“ok. Tulis R & I” ucapku. Singkatan nama Ris dan Is

“kakak dengan abang tunggu dalam 5 minit ye” ucapnya tersenyum manis. Aku hanya mengangguk. Akhirnya dua bentuk cincin yang serupa tapi berlainan saiz terlekat kemas di jari kami tanda ikatan persahabatan yang mudah-mudahan kekal erat.

Nampaknya kami ke Pulau Redang lebih kepada bercuti dari bekerja. Hari ni masih lagi buang masa di hotel tanpa apa-apa aktiviti. Tg iskandar awal-awal pagi dah hilang. Tak tahu ke mana. Boringnya. Dah jadi penyakit aku sejak berkawan dengan Tg Iskandar. Penyakit bosan. Tak ada teman nak di ajak bersembang. Yelah aku mana la ramai kawan. Selain Ekmal, Tg iskandarlah orang yang paling hampir denganku. Ekmal? Dah lama aku tak bercakap dengan dia. Kadang-kadang rindu juga nak dengar suara dia. tapi bila ingat balik apa yang dah jadi, perasaan tu terus hilang. Kenapa aku jatuh cinta pada kau Mal? Mungkin kerana kelembutan dan kejujuran kau. Jujur? Dulu ya. Tapi sekarang aku mula ragu. Jujurkah kau? Kalau kau jujur kenapa kau tak pernah beritahu aku kau tunang orang. Kenapa kau layan aku dengan begitu baik sampai aku mula rasa sayang pada kau. Ah, sukarnya mendapatkan sesuatu yang memang bukan milik kita. Dari pada aku duk makan hati fikir pasal Ekmal, ada baiknya kalau aku pergi jalan-jalan tepi pantai. Tengok laut lagi best. Terus aku keluar dari bilik. Sedang aku berjalan tiba-tiba je mata aku ternampak my hubby dengan Miss SS. Amboi bukan main lagi. Seronok. Aku tak boleh ni. Tanduk dah tumbuh kat kepala. Patutlah beria nak ke Pulau Redang, aweks dia dah menunggu rupanya. Memang sahlah ni lebih kepada percutian. Nak g kacau ke tak nak ni? Tapi kalau fikir-fikir balik, kesian juga kat husband aku. Asyik kena kacau je. minah tu pulak, sikit-sikit nak merajuk. Kalau aku ni Tg Iskandar dah lama aku tinggalkan dia. sekadar muka cantik perangai hampeh buat pe. Tengok macam aku, dahlah cantik, berbudi bahasa pulak. Cewah masuk bakul angkat sendiri pulak. Mmm... tak apalah, bagi chance dia dating la hari ni. Maklumlah aku ni baik hati, baru tadi cakap. Kan betul... kan? Kan?

“I kenal you” belum sempat aku nak bersembunyi dah ada datang menegur. Aduhai baru nak bagi chance. Nampaknya kena cancel la niat baik aku ni.

“tentulah you kenal I.” Aku buka cermin mata. Tersenyum manis memanjang Miss SS yang cantik berkain kembang paras lutut.

“Batirisya” ucapnya

“you buat apa kat sini?” soalku.

“Is tak beritahu you ye? honey kenapa you tak beritahu bakal madu i ni yang kita nak celebrate my brithday kat sini” nampaknya perempuan ni dah pandai main tarik tali dengan aku.

“oh, really? It ok. I pun malas nak ambil tahu” saja aku gedik-gedikkan tangan ikut style dia. tak suka akak.

“you jelous?”

“i jelous? Buang masa je. dah macam-macam benda i sambut dengan Is. Brithday kucing I, brithday hemster I, brithday ikan mas I.” Banyak betul binatang yang aku bela. Tipu je. aku mana la ada masa nak bela semua tu.

“well, i rasa baik kita pergi sekarang” ajak Tg Iskandar.

“you ingat i percaya dengan kata-kata you. I tak bodoh k”

“bila masa pulak I kata you bodoh. You ni pandai-pandai je mengaku diri bodoh”

“you nak tahu sesuatu tak?” aku menyambung kata

“tak nak” berlagak betul Miss SS ni. Tapi ada aku kisah.

“i tetap nak beritahu.”

“tak payah nak bohong I lagi. Nak cerita kisah malam pertama you pulak ke?”

“nak ke you dengar?.” Aku ketawa sinis. Sengaja mengejeknya.

“Tapi itu next time k. Cerita i sekarang ialah, i mengantuk bila tengok muka you. I nak balik tidur. Bye” terus aku melangkah. Malas nak layan.

“hei perempuan” aku berpaling. Aduhai Miss SS marah nampaknya sebab kata-kata dia langsung tak beri kesan pada aku. Hahahaha... dia ingat aku heran sangat ke dengan dia.

“baru tadi you pandai sebut nama I. Takkan you ni ada penyakit lupa kot. Well, you hafal dulu nama I, bila dah ingat baru kita sembang panjang je. bye sayang” aku lambaikan tangan pada Tg Iskandar. Miss SS hentak kaki. Geram.


p/s : i'm back!!!!! hahahaha..... akhirnya berjaya m'byr bil internet i. thanks to my mum. sori la ye lama menunggu.....

Thursday, November 25, 2010

WARNA HATIKU 13


Seperti biasa hari ini aku melangkah ke pejabat dengan penuh keyakinan.

“selamat pagi Pn Batrisya” sapa Ekmal sambil tunduk sedikit kepalanya tanda hormat.

“selamat pagi” balasku. Rasa satu kejanggalan menyelinap masuk ke hati. Dia nampaknya mengerti dengan kata-kataku dulu. Seluruh perbualan kami berkisar mengenai hal pejabat. Tiada lagi hal peribadi di bicarakan. Tiada lagi kemesraan dipamerkan untukku. Biarlah. Lebih baik begini.

“Puan Batrisya, Tengku hendak jumpa puan kat pejabat dia sekarang” ucap setiausahaku yag comel lote. Maklumlah mek kelate katakan.

“dia nak pe?” soalku. Pagi-pagi buta dah panggil.

“entahlah Puan. Tak ada pula setiausaha dia cakap apa-apa. Dia nak puan kot” amboi pandai pulak minah ni buat lawak. Dahlah mood aku kurang menjadi ni. Setiap hari pun macam tu. Pantang bertemu Ekmal pasti mood ceria tukar jadi mood sedih plus marah plus tak suka dan macam-macam lagi.

“kelakarlah lawak awak tu. Terhibur saya” ucapku terus berlalu ke pejabat Tg Iskandar.

“boleh I masuk?” soalku. Setiausaha Tg Iskandar angguk.

“Ada apa nak jumpa aku?” soalku. Aku lihat Tg Iskandar tersenyum lebar.

“gembira nampak” ucapku sambil melabuhkan punggung di depannya.

“well, biasa-biasa je”

“yelah tu. Dah berbaik la tu.” Tg Iskandar tergelak. Dah tahu dah. Apa pulak yang Miss SS tu dapat kali ni. Biasalah macam dalam novel tu, perempuan macam Miss SS ni kalau dah dihulurkan harta menimbun terus tak merajuk dah. Dah faham sangat dah. Aku pun baca novel you.

“pandai-pandai je kau ni. Tapi memang la dah baik.”

“senang pulak dia maaf kan kau ye”

“stop it k. Pasni aku tak nak kau gaduh dengan dia. Tolong jangan ganggu hubungan aku dengan dia” eleh. Macam la aku heran sangat dengan hubungan dia dengan Miss SS tu. Poyo la you. Gua tak heran pun. Sebab gua tahu walaupun gua tak cantik tapi gua lebih bijaksana dari Miss SS tu. Percayalah.

“tengok la macam mana. Kau panggil aku ni nak apa?” ucapku selamba.

“oh ya, minggu depan kita akan ke Pulau Redang.”

“Pulau Redang? Honeymoon ke?” soalku

“tak ada maknanya nak honeymoon dengan kau. Kita nak pergi tengok kawasan kat sana untuk projek pembinaan terbaru kita sambil tu boleh lah bercuti.”

“mmm... bagus tu. Berapa lama?”

“seminggu”

“kenapa tak sebulan?” saja nak meloyar.

“why not you stay kat sana je sampai setahun” dah pandai menjawab.

“nanti aku rindu kat kau. Tak ada yang nak merajuk dengan aku.” Balasku.

“bila masa aku merajuk?” soalnya. Macam tak puas hati je.

“kau rasa?” Tg Iskandar bangun dari kerusi empuknya. Langkah kakinya menghampiriku. Dia duduk dimeja berdepan denganku.

“aku rasa buang masa merajuk dengan perempuan macam kau. Tak matang langsung” ucapnya. Aku kecilkan mata.

“berani kau ye. Kau ingat kau tu matang sangatlah. Merajuk sana merajuk sini” geram pulak aku bila dia kata aku tak matang.

“malas nak layan kau. Banyak kerja”

“ingat aku rajin sangat nak layan kau?” soalku kembali.

“ok. See you” balas Tg Iskandar memandang tepat pada mataku. Gaya mencabar ni.

“ok. See you” ucapku. Siaplah kau. Kau kata aku tak matang ye. Nasib la kau dapat tengok perangai pra matang aku ni. Oh... Miss SS, nampaknya kau akan terus jadi mangsa aku. Siaplah kau kalau aku jumpa korang.

******************************************************************************

Wah!! Cantiknya pemandangan di Pulau Redang. Cukup indah dengan pantai yang bersih dan air membiru.

“Jom” ajak Tg Iskandar. Aku mengikut langkahnya. Check in hotel.

“ nah ni kunci bilik kau.” Dia serahkan kunci bilik padaku.

“thanks” ucapku.

“bilik aku sebelah je. Ada apa-apa, ketuk jelah bilik tu ye” terang Tg Iskandar. Aku angguk. Sampai saja dibilik, terus aku merebahkan tubuh di situ. Terasa begitu penat seharian menaiki bot dari jeti Kuala Terengganu ke Pulau Redang. 15 minit masa berlalu, tapi mataku enggan terlelap. Apa kena dengan mata aku ni. Bosanlah pulak sorang-sorang. Tak ada yang boleh diajak berbual. Pergi bilik sebelah lah.

Aku ketuk kuat bilik Tg Iskandar. Lama aku tunggu, tiada tanda-tanda pintu akan terbuka. Terus tombol pintu kupulas. Tak berkunci. Kalau ada perogol masuk, nasib la kau. Isk... mengarut. Buta ke pe perogol tu. Aik mana dia?. Mata aku melilau mencari kelibatnya. Aku melangkah masuk. Manalah mamat ni pergi. Tiba-tiba pintu bilik air terbuka. Tg Iskandar keluar dengan hanya bertuala.

“Aaaaahhh!!!!” jeritku. Tercengang Tg Iskandar memandang. Pantas tubuhku palingkan dari menghadapnya. Malu.

“kau buat apa kat sini?” soalnya.

“pintu tak kunci. Jadi aku masuklah” ucapku. Masih membelakanginya.

“kenapa datang sini” hampir betul suara dia ni. Aku palingkan sedikit wajahku. Terkejut melihat dia betul-betul berada dibelakangku. Nasib baik dah pakai pijama. Aduhai sesak nafas aku tengok dia seksi macam tu. Nasib baik imam kuat lagi.

“bosan. Sorang-sorang” balasku sambil menolak sedikit tubuhnya yang menghalang laluan. Aku buka pintu beranda. Wah..... cantiknya.... laut.

“isk. Tak sopan masuk bilik lelaki” ucapnya.

“alah, kau bukannya orang lain” balasku.

“ea? Aku siapa?” soalnya. Sengaja.

“my friend” balasku.

“ingatkan siapa tadi”

“kenapa? Nak suruh aku cakap kau suami aku?”

“tulah. Kalau kau cakap camtu tadi comfirm aku cancel satu bilik.” Usiknya. Aku membulatkan mata memandangnya yang sedang landing di katil.

“gatal ea”

“apa pulak. Cakap suami. Mana ada suami isteri macam kita ni. Tidur bilik asing-asing”

“kitalah suami isteri macam tu. Sudahlah. Kita datang bukan nak honeymoon. Kita datang nak kerja. Ingat tu” aku kembali menghadap pantai. Angin yang menyapa terasa nyaman sekali. Ku lepaskan rambut yang dari tadi tersepit dengan penyepit. Membiarkan ia bernafas ditiup angin. Segarnya.

“you know what?” tiba-tiba je ada tangan sasa mengepung tubuhku.

“what?” soalku. Apa lagilah yang dia nak usik ni.

“aku rasa macam nak honeymoon pulak. Apa pendapat kau?” soalnya dekat dengan telinga aku. Tipu kalau tak rasa seram.

“aku rasa......” sengaja ku alunkan merdu suaraku. Aku palingkan tubuh menghadapnya. Tanganku melekap pada tubuhnya. Aku ukirkan senyuman manis

“apa yang kau rasa?” soalnya mesra.

“mmm aku rasa kan.........” lembut suaraku. Manja.

“mmmmm”

“aku rasa kau nak kena terajang” pantas tubuhnya ku tolak kuat hingga dia terundur beberapa langkah ke belakang.

“nak menggatal ye” aku pandangnya dengan berani.

“garang betul.”

“apa garang-garang. Kalau berani mari la”

“isk.... tak ada masa nak bergusti dengan kau. Buang masa je.” Tg Iskandar ketawa.

“alah takut la tu”

“bukan takut tapi hormat” balasnya. Dia pandang ke laut.

“jom g makan. Lapar lah” ajakku sambil memandangnya.

“aku nak rest. Penat. Kau pergi jelah makan kat bawah.”ucapnya.

“alah, jomlah. Temankan aku makan. Jomlah” rengekku. Dia pandang wajahku.

“aku rasa....”

“apa yang kau rasa?” soalku.

“aku rasa.... kau ni manja la”

“Uweekkkk.... aku? Manja?” Tg Iskandar angguk

“lama-lama aku boleh tergoda tau” nak mengusik lagi la tu

“malas layan kau. Cepatlah siap. Lapar” aku kembali merengek.

“yelah. Tunggu jab” aku tersenyum. Yes berjaya membawa teman untuk makan. Tak adalah aku rasa macam kera sumbang je makan sorang-sorang.


p/s : penat 2 hari di Melaka. Alhamdulillah smuanya selmat......tq krn anda sudi menunggu

Saturday, November 20, 2010

WARNA HATIKU 12

“Ris!... Ris” aku dengar suara Tg Iskandar dari luar. Marah benar suara dia. Gaduh la tu. Pintu bilikku di tolak kuat. Aku masih berbaring sambil baca komik naruto. Malas nak layan.

“kau nak apa?” soalku.

“kenapa kau buat macam tu?” soalan aku dibalas dengan soalan.

“saja. Seronok-seronok”

“seronok. Kau tahu tak, kau dah rosakkan semua plan aku.”

“plan? Nak ajak kahwin ke?” aku ni macam simbah minyak kat bara pulak. Dahlah muka dia macam harimau lapar.

“dahlah aku ni susah nak jumpa dia. Bila jumpa jadi macam ni pulak. Dia dah merajuk. Baik kau jelaskan perkara betul kat dia”

“tentang?”

“tentang kita tidur sebilik”

“tak nak lah. Buang masa.” Balasku.

“oooo.... k.” Tiba-tiba Tg Iskandar melompat ke katilku. Komik di tanganku dicampak ke lantai.

“kau gila ke?” aku cuba bangun. Pantas tangan dia cengkam kemas tanganku ke tilam.

“kau nak cakap ke tak nak?” soal Tg Iskandar.

“tak faham bahasa ye? Aku tak nak”

“degil. Mungkin kita patut tidur sebilik”

“idea yang baik” alah ni taktik nak mengugut. Dah berlambak la taktik macam ni dalam novel.

“betul?” aku angguk. So? Kau nak buat apa hah? Pantas pipi gebu aku di kucup.

“Tengku Iskandar!” tengkingku geram. Dia dah mencemarkan kemuliaan pipi aku. Kurang asam punya jantan.

“tadi kan dah setuju.”

“bodoh. Lepaskan aku” takut pulak aku dengan mamat ni.

“pesal? Tadi bukan main lagi.”

“lepaslah”pantas lututku menghentam perut Tg Iskandar. Jangan main-main dengan aku. Aku ada tali pinggang hitam taewando tau. Tergolek Tg Iskandar ke lantai. Terus aku berdiri atas tilam.

“kau main kasar ye” Tg Iskandar gosok perutnya yang sakit

“nak lawan marilah” aku dah bersedia kalau-kalau dia nak main kasar.

“ok, ada ubi ada batas. Ada hari aku balas” cewah... berpantun pulak. Takut la tu.

“budak-budak main tin, anytime” tak pasal-pasal aku dah mereka pantun sendiri.

“huh” Tg Iskandar terus berlalu dengan mulut muncung 4 depa. Merajuk ke? Tak puas hati la tu. Ada aku peduli.

“makan” ajakku. Tg Iskandar buat bodoh. Langsung tak layan. Amboi sombong. Tak nak sudah. Daging gulai Mak Jah aku makan dengan penuh selera. Tg Iskandar terus ke ruang tamu. Selesai makan aku membasuh pinggan dan terus berlalu ke ruang tamu.

‘wah...sedapnya bau. Harumnya’ aku pandang Tg Iskandar. Amboi enaknya dia makan pizza sorang-sorang. Panas lagi. Sedapnya. Ah... iman aku dah goyah ni. Favourite aku tu. Terus aku duduk sebelah Tg Iskandar. Tersenyum manis.

“nak 1” pintaku. Tg Iskandar pandang. Pantas bekas pizza diangkat. Dia beralih tempat.

“alah. Kedekut. Minta la satu”

“boleh, dengan syarat?” aku tersenyum.

“apa?”

“kau kena minta maaf kat Linda dan beritahu dia hal sebenar” alamak.... tak habis-habis lagi dengan Miss SS dia.

“keje senang. Ok. Tapi sebelum tu aku nak 1”

“betul?”

“mmm.... percayalah” rayuku. Dah nak meleleh air liur aku. Sedapnya.

Tg Iskandar tersenyum akhirnya. Dia kembali duduk di sebelahku. Menghulurkan kotak berisi pizza padaku. Aku tersengih. Pucuk di cita ulam mendatang.

“Sedapnya” ucapku. Tg Iskandar hanya memandang. Habis ku bedal 4 keping pizza dalam kotak.

“tadi kata nak satu”

“Lor... satu tu maksudnya satu kotak. Dah habis. Kenapa kau lapar lagi ke?” soalku.

Dia buat muka lagi.

“oloh siannya. Pergi makan nasi kat dapur k.” Aku ketawa.

“memandangkan kau dah kenyang, sekarang kau kena cakap dengan Linda.”

“besok lah. Hari ni aku dah ngantuk”

“alasan. Sekarang” Tg Iskandar hulurkan telefon bimbitnya.

“yelah” aku sambut. Menanti talian disambungkan. Tiba-tiba talian dimatikan.

“dia dah letak. Tak nak cakap dengan kau” ucapku selamba.

“guna fon kau”

“mana boleh. Kredit aku ada seringgit je”

“besok aku topupkan kau 30 ringgit. Cepat”

“isk... leceh la kau ni” aku serahkan telefonku padanya.

“hello” aku dengar suara Miss SS kat talian.

“Assalamualaikum” mukaddimah. Bagi salam dulu.

“waalaikumsalam. Siapa ni?” alhamdulillah, pandai lagi minah ni jawab salam.

“isk... you ni pun, suara I, you tak kenal?”

“jangan main-main boleh tak?” marahnya

“bila masa I main-main. Ni bakal madu you. Macam mana la you nak jadi madu I ni. Suara I yang merdu ni pun you tak cam”

“hei perempuan, you nak apa hah?”

“bosan betul la ayat you. Penat i beritahu, nama I batrisya k” Tg Iskandar sudah gelisah. Takut la tu.

“cepatlah cakap” gesa Tg Iskandar

“sabarlah sayang” bulat mata Tg Iskandar merenungku mendengar suara manjaku.

“Is ada kat situ ye? Dia suruh you call I kan?”

“pandai la you ni. Is suruh I minta maaf kat you sebab sebenarnya.....” saja aku lambatkan tuturku. Tg Iskandar dah berdebar-debar

“sebenarnya apa?” yang sana pun macam tak sabar je.

“sebenarnya apa yang I cakap kat you tadi tu masih tak lengkap”

“maksud you?” aku bangun. Berjalan ke tangga.

“kitorang bukan je tidur sebilik. Malah sekatil. I’m sorry. I tak berniat nak lukakan hati you. Is dah suruh I jangan beritahu you, tapi I tak sanggup nak berbohong dengan bakal madu I.” Sengaja ku sayukan suaraku.

“RIIIISSSSSSSSSSSSSSSS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Tg Iskandar merampas telefonku.

“IIIIIIIIISSSSSSSSSSSSSSSS!!!!!!!!!!!!!!!” aduh sakitnya telinga dengar pontianak menjerit.

“Sayang, semua tu bohong”

“I hate you” terus talian dimatikan

“sayang” panggil Tg Iskandar. Aku ketawa geli hati. Seronok betul la permainkan perempuan lurus macam Miss SS tu. Hahahhahaha.

“kau...!!!” Tg Iskandar pandangku geram. Aku jelirkan lidah. Pantas aku berlari mendaki tangga ke kamar sebelum apa-apa berlaku. Sorry la ye. Aku bukanlah jenis yang mudah untuk minta maaf.


p/s : minggu dpn mau pergi melaka....ada urusan.... jd ni lmbt la ckit nk post next entry.... doakan nani n kluarga selamat pergi n slmt kmbali ye.... tq