THANK YOU

Sunday, May 30, 2010

Saya PRIHATIN


Remajaku….

Hari ini aku takut melihat kerakusanmu….

Meyelongkar dunia tanpa batasan ini…..

Mana pergi maruahmu???

Mana pergi harga dirimu???

Kerana seekor kumbang perosak kau snggup musnahkan seluruh mimpi dan impianmu….

Wahai remajaku….

Hari ini aku takut memandang matamu….

Terlalu banyak nafsu yang terselit di balik redup pandangan itu….

Hingga kau sanggup gadaikan impian bonda….

Sanggup jualkan harapan ayahnda….

Semata-mata demi hatimu yang tidak pernah puas….

Remajaku….

Hari ini aku menitiskan airmata melihat keberanianmu….

Bukan kerana beraninya engkau melawan musuh….

Tapi beraninya kau menyerahkan diri pada lawan…

Mengapa remajaku?? Mengapa??

Tidak takutkah kau pada balasan tuhanmu???

Tidak takutkah engkau pada hari perhitungan nanti??

Tidak takutkah kau menghadapi hari kemudian??

Remajaku…

Hari ini aku ingin menyatakan sebuah rasa kasih padamu…

Tidak kesiankah kau pada ibu yang membesarkanmu???

Tidak ada belaskah kau pada ibu yang melahirkanmu???

Ibu dan ayah tidak perlukan aku…begitulah tuturmu agaknya….

Tahukah engkau betapa kasihnya seorang ibu hingga sanggup bergadai nyawa demimu…

Tidak terhitung kesakitan yang ditanggung…

Tidak ternilai beban yang tergalas….

Hatimu terlalu rapuh remajaku….

Hingga sanggup kau gadai nilai ketimuran untuk kau beli pandangan kebaratan…

Apakah kau tidak merasa malu pada dirimu sendiri…

Tidakkah kau rasa terhina dengan dirimu sendiri???

Remajaku….

Aku menyayangimu…

Hingga aku terpanggil menulis coretan ini buat tatap insan yang aku saying…

Aku tidak mahu ka uterus belayar tanpa kau kemana tujumu….

Kembalilah remajaku….

Mulakan langkahmu dari sini……

Aturkan kakimu sebaik perancangan diminda berlandaskan iman dan takwa di hati…

Moga kau tiba di destinasi yang menjanjikan cinta sejati…..

Hanya pada tuhan yang abadi……….


p/s : saya prihatin....anada bagaimana???