THANK YOU

Saturday, October 23, 2010

WARNA HATIKU 4

Aku siap dengan seluar slack hitam dan kemeja bewarna ungu lembut serta kot. Siap ke pejabat. Rambt pnjgku ku sorok dlm topi hitam. Nampak elegant tapi masih tidak terlihat sifat perempuanku. Aku tidak peduli apabila Tengku Iskandar memandang tajam. Aku tahu dia tidak suka dengan perwatakanku. Peduli apa aku. Dia sudah seminggu bekerja. Sebagai CEO. Aku pula bakal di lantik sebagai penolongnya. Setelah aku diperkenalkan dengan pemegang saham dia membawaku melihat pejabatku. Bertentangan dengan pejabatnya. Besar dan kemas bilikku.

“sekarang kita sedang mengusahakan taman perumahan di Pulau Duyung. Mari aku perkenalkan kau pada jurutera yang terlibat.”ujar tengku Iskandar. Aku hanya mengikut.

“kenalkan Ekmal Hakim. Ekmal ni penolong I Batrisya” aku terkejut. Bagai tidak percaya pada pandangan mataku sendiri. Dia yang berdiri dihadapanku. Sudah bertahun-tahun menghilangkan diri akhirnya dia berdiri didepanku.

“ Ris?” soalnya.

“Ekmal” perlahan suaraku.

“tak sangkakan. Awak apa khabar?” soalnya begitu gembira. Bagai tidak pernah ada sejarah antara aku dan dia

“fine. You?”

“alhamdulillah”ucapnya. Senyumannya terhenti melihat wajah kelatku.

“Dah kenal ke?”soal Tengku Iskandar.

“dulu kami satu sekolah dan lepas tu satu universiti”ujar ekmal. Aku hanya diam.

“Ekmal pengurus projek. Kelak you all akan banyak berhubung. I harap you all dapat bekerjasama dengan baik”ucap Tengku Iskandar. Perlahan langkahnya meniggalkan aku dan Ekmal. Satu persatu kenanagan silam menjengah dalam mindaku.

“I tak sangka akan jumpa you kat sini” Ekmal menghadiahkan senyuman manisnya padaku.

“you tak suka?”

“No. I happy sangat. You makin cantik”pujinya.

“jangan tipu I mal. Kalau I cantik kenapa you tinggalkan I dulu?”soalku. Dia diam.

“itu hal lama. I tak nak ingat lagi” balas Ekmal

“kerana hal itu hidup i tak pernah tenang” kulihat kemuraman di wajah Ekmal. Mungkin dia rasa tak selesa.

“i’m sorry. Kita tak patut cakap pasal tu. Lagipun ini pejabat kan. I masuk dulu.”ujarku. rasanya kalau makin lama aku di situ, makin parah soalan yang akan ku hambur padanya. Kiranya aku sekarang bukannya pelajar sekolah menengah yang sibuk dengan cinta monyet. Bukan lagi siswi yang hangat di lamun cinta. Aku seorang isteri yang perlu menumpahkan taat setia pada sang suami. Aku perlu profesional.

“satu hal lagi. I nak tgk plan projek. Boleh kita bincang kejab?” Ekmal angguk.

“I tunggu kat bilik I”arahku lalu mengatur langkah meninggalkannya. Aku serius mendengar penerangan Ekmal. Tanpa aku sedari sesekali mata nakalnya meratah wajahku.

“so, setakat mana pembinaan sekarang?”soalku. Ekmal kaget. Nyata dia terperangkap sewaktu mencuri pandang ke wajahku.

“oh...er..er..30%”jawabnya gugup.

“ada yang tak kena ke dengan muka I. Comot ke?”soalku.

“tak. I minta maaf. I tak bermaksd apa-apa”

“kenapa? You rasa bersalah?” soalku. dia terkulat-kulat mendengar soalan cepu cemas dariku.

“I dengar you dah kahwin. macamana rumah tangga you?”soalnya mengalih tajuk. Aku kecewa lagi. Ingin dsaja ku dgr alasannya meninggalkan ku dulu.

“macam yang you tengok”jawabku.

“tahniah. Walaupun dah lambat. I percaya you bahagia dengan Tengku. Dia lelaki yang baik” puji Ekmal. Baik? Entahlah.

“kenapa you tinggalkan I dulu, mal? Kenapa you biarkan I tercari-cari ? you biarkan I macam orang bodoh. Apa salah I?”aku mendesak. Soalan yang sudah cukup lama berada dibenakku. Ingin tahu apa yang telah terjadi sbenarnya.

“Ris, boleh tak kalau kita tutup kisah lama?”

“tak boleh. I nak jawapan dari you”

“i tak ada jawapan untuk soalan you” balas Ekmal.

“fine. Kalau you tak nak jawab sekarang tak apa I tak paksa. Tapi ingat Ekmal, I takkan putus asa”ucapku tegas.

“please Ris. You dah banyak berubah. Ris yang I kenal dulu bukan macam ni. Apa dah jadi pada you Ris?” soal Ekmal.

“I berubah kerana you Mal. You yang ubah I sampai macam ni” aku terang-terangan menyalahkannya. Ekmal masih seperti tadi.

“I minta maaf.”

“please tell me why you leave me”separuh merayu kata-kataku. Menagih simpati padanya. Hanya dia satu-satunya lelaki yang berjaya meruntuhkan keegoanku. Sejak dulu lagi. Hanya dia seorang.

“i tak boleh bagitahu you, Ris. Sorry” pantas Ekmal bangkit meninggalkanku. Aku kecewa. Teramat kecewa dengan sikap berdiam diri Ekmal.

Aku termenung sendirian di beranda. Diruang mataku terlakar wajah Ekmal. Bertahun aku menunggumu Ekmal. Aku setia menantimu hingga detik ini. Aku tahu berdosa bagi aku mengingati lelaki lain selain suamiku. Tapi itu adalah hakikatnya. Mungkin benar cinta itu buta. Tidak pernah kenal mana jatuhnya dia. Ah, sukarnya berbicara mengenai cinta. Cinta membuatkan manusia jadi pendusta. Ekmal.......

“Boleh kita jadi kawan?” soalnya 2 hari yang lalu

“seorang kawan takkan merahsia sesuatu dari kawannya” balasku.

“tapi seorang kawan perlu menjaga hati kawannya kan?” balas Ekmal. Sungguh pandai dia mematikan madahku.

“you buat I sakit, Mal.”

“jadi izinkan I mengubati sakit you. Walaupun kita tak boleh jadi macam dulu, tapi kita tetap boleh berkawan kan” balasnya. Jika hendak ku fikir-fikir. Ada benar kata-kata Ekmal. Manakan dapat ku putar waktu ke 10 tahun yang lalu. Itu semua mustahil. Tapi tidak mustahil apa yang berlaku 10 tahun lepas akan kembali ke masa hadapan.

“Kenapa you suka bermain tarik tali dengan I?” soalku padanya.

“takkan I nak ajak you main tarik rambut kot” gurau Ekmal. Sudah lama Ekmal tidak bergurau denganku. Aku memberi jelingan padanya.

“friend?” soalnya. Tersenyum manis. Lama aku membiarkan soalan tanpa jawapan.

“tengoklah macam mana” hanya itu jawapan yang kuberikan padanya 2 hari yang lalu.

“jauh kau melamun. Ingatkan buah hati ke” aku tersentak. Aku berpaling. Tengku Iskandar disebelahku. Pandangannya jatuh pada langit yang gelap. Aku terus mengatur langkah.

“aku nak cakap sikit dengan kau”

“apa dia?” soalku malas.

“aku tak kisah kau nak berkawan dengan siapa. Tapi tolong jaga imej aku dan imej kau sebagai suami isteri k” ucapnya langsung tidak memandang wajahku.

“apa maksud kau?”

“Aku tak nak kau terlalu rapat dengan Ekmal di pejabat. Kau perlu tahu bertindak mengikut keadaan” suara Tengku Iskandar masih tenang.

“jangan ganggu privacy aku.” Aku terus mengatur langkah.

“ingat aku suami kau yang sah. Aku ada hak campur tangan.” Balasnya. Namun sedikit pun aku tidak menoleh atau membals. Terus aku masuk ke kamarku.

p/s : terima kasih pd p'baca yg m'yokong.....maaf pada yg kecewa........ sy hnya manusia biasa yg x bisa memenuhi keinginan semua org tnpa m'mikirkn dri sndri..........

Wednesday, October 20, 2010

WARNA HATIKU 3

“kakak jaga diri baik-baik kat sana ye” pesan mama.

“mmm” malas aku menjawab. Tangan mama kusalam dan ku cium. Mama peluk aku.

Aku beralih pada adik-adikku.

“adik minta maaf. Adik tak berniat nak tipu kakak” ujar Puteri Nabilah. Ada airmata bersalah menitis di pipinya. Memang aku agak dingin dengan mereka sejak kejadian hari tu. Perlahan aku kesat airmata yang mengalir dipipi adikku.

“adik tak salah. Sudahlah. Adik jaga diri ye. Belajar rajin-rajin” pesanku. Tubuh Puteri nabilah ku peluk erat. Berat nak tinggalkan dirinya.

“balqis jaga adik ye” pesan aku pada Balqis. Puteri Balqis angguk. Tanganku di salaminya.

Selesai bersalaman dengan ahli keluarga, matanya ku tercari-cari kelibat mak cik salmah. Aku berjalan ke dapur. Mak cik Salmah ku lihat sedang membasuh pinggan.

“Mak Cik” panggilku. Langsung wanita itu tidak menoleh. Tapi telingaku dapat menangkap bunyi esakannya.

“Mak Cik, Sya dah nak pergi ni. Mak Cik taknak peluk Sya ke” soalku tenang.

“kenapa Sya nak tinggalkan mak cik?” soal Mak Cik Salmah.

“nanti Sya janji akan selalu call mak cik ea. Mak cik jaga diri elok-elok.” Pesanku. Tubuh tua itu kupeluk dari belakang.

“Selama ni Sya tak pernah tinggal mak cik. Sya jaga diri ye sayang. Jangan tinggalkan solat. Jadi isteri yang taat pada suami” pesan Mak Cik Salmah. Aku angguk. Perlahan mak cik Salmah memusingkan badannya. Akhirnya tubuhku di peluk erat. Pipiku dicium berkali-kali.

“ingat jaga diri.” Pesannya. Aku angguk.

“Mak Cik janganlah buat Sya nangis” ucapku dalam sendu. Rasanya tidak mahu berpisah dengannya.

“Sya cepat. Nanti malam pulak sampai Terengganu” mama menjengahku di dapur.

“Sya pergi dulu. Mak cik jaga diri tau. Jangan buat kerja penat-penat. Nanti Sya call selalu” mak cik Salmah angguk. Pipi tua itu ku cium sebelum berlalu pergi.

“kami pergi dulu papa” ucap Tengku Iskandar pada papa. Aku buat bodoh. Terus masuk ke perut kereta. Marahku masih bergunung pada papa.

“jaga Sya elok-elok” masih aku dengar suara papa. Pandai pulak suruh orang menjaga aku. Ingat aku tak reti jaga diri sendiri ke.

“Sya, jaga diri” tiba-tiba papa muncul di tingkap kereta sebelah penumpang.

“tahulah” balasku.

Sepanjang perjalanan kami hanya berdiam diri.

Besar banglo yang papa dan tengku Ismail hadiahkan kepada kami. Terletak berhampiran pantai. Cantik. Perabot dan semua barang-barang lain sudah disediakan. Kemas dan cantik suasana di dalam banglo itu. Kami di bawa oleh pekerja papa ke situ. Terus kami di perkenalkan dengan Mak Jah. Penduduk tempatan yang bekerja sebagai orang gaji di banglo itu. Baik orangnya. Seperti mak cik Salmah lagaknya. Aku senang dengan kehadirannya. Sekurang-kurang aku tidaklah tinggal sendirian dengan mamat sengal ni. Aku memilih bilik yang menghadap pantai. Dari situ kulihat pantai yang terbentang luas. Jiwaku tenang. Ku tarik topi di kepalaku. Jatuh terlerai rambut panjang ku. Beralun lembut rambutku dibuai angin petang. Namun ketenanganku terganggu bila ku rasa ada tangan yang membelai rambutku. Entah siapa yang berani berbuat begitu. Kasar ku tepis tangan itu. Tersengih-sengih Tengku Iskandar bila mendapat reaksiku. Ku pandang tajam wajahnya tanda tidak suka.

“garangnya” ucapnya pendek.

“kau jangan cuba-cuba sentuh aku.”aku memberi amaran. Ku tuding jariku ke mukanya. Perlahan ditepis tanganku.

“calm down sayang. Aku just nak bermesra dengan kau. Takkan tak boleh.” Makin lama, boleh kena darah tinggi aku.

“memang tak boleh. Aku tak sudi tengok muka kau. Sekarang berambus dari sini. Jangan tunjuk muka kau kat aku. Aku benci.”ujarku kasar. Menghalau tengku Iskandar dari bilikku.

“nk berambus kemana sayang?. Ini juga bilik aku” bersahaja je rupa mamat.

“tak ada tulis pun nama kau kat pintu” balasku

“well kalau kau tak kisah, kita boleh kongsi.” Aku jeling Tengku Iskandar disebelah.

“ok. Kalau kau nak bilik ni, silakan. Aku akan duduk kat bilik sebelah.”ujarku mula berjalan meninggalkannya. Malas nak melayan karenahnya yang selalu menyakitkan hatiku

“anyway, kau patut bersyukur kita berdua di hantar ke sini.”

“apa maksud kau?” soalku

“Aku rasa dah sampai masa aku berterus-terang dengan kau.”ucap Tengku Iskandar mematikan langkahku.

“aku nak kau tahu aku dah ada kekasih.”ucapnya perlahan.

“so what? Jadi kau nak cakap kat aku, kau pun kena paksa. Macam tu?” sebenarnya aku terkejut dengan pengakuan beraninya tadi. Aku rasa bagai di tipu.

“ Ayah aku tak suka dia. Aku terpaksa kahwin untuk jaga hati parents aku. Ayah aku ada sakit jantung. Aku takut nak lawan cakap dia. Aku tak nak jadi anak derhaka macam kau.” Dia memandangku selamba.

“kau ingat aku ni apa?” soalku tidak puas hati.

“Aku minta maaf. Aku hanya menurut kata ibu bapa aku. Tapi terus-terang aku cakap aku masih sayangkan dia”ucapnya.

“kau memang pengecut. Lelaki macam kau tak patut ada dalam dunia ni. Patutnya kau terus-terang je dengan mak bapak kau. Mengapa harus kau susahkan hidup aku”marahku. Aku geram mendengar kata-katanya. Mudahnya dia berterus-terang denganku.

“itu bukan kehendakku. Jangan kau salahkan aku seorang. Kenapa tidak kau saja yang menolak pinangan keluarga aku?” soalnya sinis.

“pinanagan? Aku sndiri tidak pernah tahu pasal rancangan mama dan papa. Macamna aku nak tolak. Jadi macam mana sekarang?”soalku mengharapkan kata putus darinya.

“kau buat hal kau dan aku buat hal aku. Tak perlu kita ganggu privacy masing-masing. Dan memang itu yang kau hendakkan” Mudahnya. Setelah aku bergelar isterinya baru dia ingin memberitahuku. Kenapa tidak dulu. Kenapa tidak dia mencariku sebelum keadaan bertambah serius. Hatiku merintih. Terima kasih papa. Terima kash atas hadiah papa yg akan menjadi garis luka yg selamanya berdarah di hatiku.

“aku benci jantan macam kau. Tak guna”jeritku. Pantas ku berlari ke bilik sebelah. Kucampak semua barang yang ada dalam bilik itu. Begitulah aku jika ingin melepaskan kemarahanku. Orang kata tangisan boleh menghilangkan melegakan perasaan. Tapi tidak setitik airmataku yang ingin tumpah. Walaupun hatiku sudah terasa sakit bagai dirobek-robek. Agaknya inilah hasil ketabahan yang kubina untuk sekian lama. Ku dengar suara Mak Jah memanggil namaku. Bimbang agaknya. Namun aku tidak peduli. Berselerakan kaca dilantai. Ku sembam muka ke bantal. Menjerit sekuat hati. Lega hatiku. Namun marahku tak mungkin reda.


p/s : setiap kli m'baca komen anda yg b'tnye "knp xde CD?" sayu rse hati nani.... p'baca yang nani syngi sekalian.... rsenye biar la nani b'trus terng dgn p'baca sekalian.... nani punya cita2 utk m'jd pnulis sjk nani umo belsn thn lg.... cmbura rsenye mlht p'nulis2 yg b'jaya dgn buku n novel msing2... jd t'detik la dlm hati nani untuk m'cuba nasib andai kte de rzeki... jd nani mahu m'cuba dgn CD... jd bt mse skrg nani xkn publishkn CD..... tp seandainya CD tidk b'jaya, nani akn smbgkn di blog... harap sgt korang faham..... nani bukn pntgkn diri...tp nani de cita2, de visi n misi nak nani capai dlm hdp ini.....nani mohon doa semua agar cita2 ni dpt nani capai.... bt mse skrg nani gantikn dgn warna hatiku.... harapn nani, moga cerita baru ni m'dpt tmpt kt hati kalian smua sama cm CD.... n nani mnta maaf klu de sapa2 yg kecewa dgn kptsn nani utk offkn dlu CD di blog ini.... nani hrpkn p'gertian smua.... akhir kata, nani harap korg x jemu m'lwt ke blog ini walaupun CD dhntikn utk smntara wktu.... nani hrpkn sokongn smua.....TQ....

Friday, October 15, 2010

WARKAH BUATMU

Bagai hilang sejenak bait-bait kata yg hendak ku coretkan padamu saat ini….

Aku terasa jemari lemah tidak bermaya untuk menari di papan kekunci….

Dimataku terbayang indahnya senyumanmu, tawamu, tuturmu….

Aku ingin bertemu dikau di tanah bersejarah ini …..membawa kau menjelajah….

Bergurau senda bersama…..sayang aku tiada kesempatan itu…

Aku hanya diberi kesempatan melihat dirimu terlantar dengan keadaan yang teruk…

Tidak pernah aku bayangkan pertemuan sebegini….

Saat itu bibirku kelu….apa yang harus ku katakana padamu…

Ucapan apa harus ku titipkan ke telingamu…. Hati aku menangis kala itu….

Walaupun bibirku ukir senyuman manis… aku berharap kau kuat….

Sekuat dirimu dalam memoriku

Sahabatku,

Aku ingin berjuang bersamamu dalam mendidik anak bangsa kita…

Tapi sayang, tiada kesempatan dan peluang untuk itu semua…..

Tapi sekurang-kurangnya aku pernah bersama kau mengejar cita-cita di kaki pelangi…..

Akan ku abadikan kenangan terindah ini selagi kenangan ini masih di ingatanku

sahabatku

Tika ini aku masih berduka…. Sayang untuk aku ucapkan selamat tinggal….

Tapi terpaksa kulafazkan ucapan ini padamu……. Moga kau tenang dan damai di sana…..

Jumpa lagi sahabatku…… aku akan sentiasa merinduimu dan menyayangimu….

AL- FATIHAH buat sahabat nani, SYARIFAH NORASMIRA SYED SALLEHUDDIN yang meninggal dunia

15 OKT 2010…… moga rohnya dicucuri rahmat….. insyallah

Tuesday, October 12, 2010

WARNA HATIKU 2

Ku campakkan semua barang di bilikku. Berselerakan semua. Pecah berderai pasu hadiah mama sewaktu hari jadiku yg ke 20, kulempar ke dinding. Geram. Ku hempas tubhku ke katil. Kepalaku berserabut. Sebentar kemudian aku bangun ke beranda. Ingin lari lagi. Damn!!. Pemuda bertubuh sasa tadi ada di pintu belakang. Berkawal. Banglo ni dah tukar status penjara agaknya Papa betul-betul ingin mengurung aku.

“shit.”jeritku kegeraman dengan sikap papa.

“aku tak sangka inilah Puteri Batrisya. Dengar khabar angin kau perempuan lemah-lembut. Tapi indah khabar dari rupa.”pemuda tadi sudah ada dalam bilikku. Berdiri tegak di hadapanku. Tubuhnya tegap. Badannya sasa. Ada otot-otot yang berketul-ketul di lengannya yang hanya memakai t-shirt tanpa lengan yang sedang berpeluk tubuh. Dengan aset itu sudah cukup menampakkan lelaki itu gagah di mata perempuan. Wajahnya tampan di hiasi dengan kumis tipis di atas bibir. Jelas sekali tanggapanku salah. Dia rupanya masih muda. Mungkin awal 30-an. Tapi betul ke kata papa dia ni jutawan. Entah-entah harta bapak dia.

“ini semua kau punya pasal” marahku. Lelaki itu tetap senyum. Dasar mamat tiga suka. Harap muka je lawa tapi tak normal rupanya. Sakit benar hatiku melihat senyuman itu.

“kita tak pernah salah. Kita hanya terperangkap dalam mainan keluarga.” ucapnya “kau bukan suami aku. Aku tak ada suami”marah ku.

“aku tak tahu kau ni sebenarnya bodoh atau pura-pura bodoh” selamba saja riak wajah lelaki didepanku.

“apa kau cakap?”lelaki itu memang cuba menaikkan berangku. “kalau iye pun kau tak nak kahwin, buat apa blah lepas sain surat nikah. Kenapa kau tak jerit je kat luar cakap kau tak nak kahwin. Aku pun tak perlu kahwin dan kau pun boleh hidup bebas” sindir pemuda itu lagi. Bagiku dia sengaja ingin menaikkan amarahku.

“kau ni apasal hah. Nak cari gaduh dengan aku?”soalku geram.

“aku tak bermaksud macam tu. Jangan berlagak macam jantan boleh tak. Sakit mata aku”

“aku memang macam ni dari kecik lagi. Kenapa? Kau tak suka? Ceraikan aku” tanpa fikir apa-apa pun aku menutur kata.

“tak semudah itu sayang. Hanya dengan menikahi kau je aku akan dapat apa yang aku nak. Aku pun tak selera dengan perempuan yang tak ada bentuk badan macam kau. Macam batang kayu je”. Dia pandang aku atas bawah

“how dare you. Habis kau? Jantan macam kau ni tak ada guna satu sen pun. Aku benci jantan tak guna macam kau. perosak”lantang kata-kataku. Langsung tidak bertapis. Pantas kulihat tangan pemuda itu diangkat. Ingin menamparku. Tapi tidak jadi.

“kenapa? Tamparlah kalau berani” aku mencabar.

“Aku takkan sampai hati nak lukakan kau sayang. Aku tak nak orang anggap aku dayus. Lagipun kotor tangan aku nanti.”ujar pemuda itu lagi. Cepat saja kakinya melangkah masuk ke kamar mandi.

“kau memag jahat. Tak guna”jeritku geram. Lantaklah apa papa nak kata. Apa mama nak fikir. Aku tak peduli. Aku benci dia. Aku benci semua orang dalam rumah ni....

Sudah lebih 2 minggu aku dan Tengku Iskandar tinggal bersama. Aku langsung tidak bahagia. Adakah ini yang papa harapkan. Menghancurkan hidup aku. Sepanjang perkahwinan ni juga aku tidak di benarkan keluar kemana-mana. kalau mahu pergi ke mana-mana harus di temani 2 orang pengawal peribadi. Bimbang aku lari lagi. Aku cuba protes di depan papa. Cuba tunjuk sikap kurang ajar pada suamiku sendiri. Langsung tiada hormat buat Tengku iskandar. Tapi kulihat lelaki itu pndi bermain drama. Benci betul. Dia lebih rapat dengan adik-adikku. Papa langsng tak endah apa yang aku lakukan. Sakit. Mama apalagi. Sibuk dengan persatuannya. Sakit hati betul bila segala rancangan aku gagal. Suatu hari papa memanggilku dan tengku Iskandar ke pejabatnya. Seperti biasa aku di temani pengawal peribadi. Aku hanya memakai jeans dan t-shirt. Topi bewarna coklat tetap setia di kepala. Lagak seperti jantan tetap ku kekalkan. Aku tulikan telinga bila mama membebel. Sampai saja di pejabat papa, kulihat Tengku Iskandar sudah berada di situ bersama seorang lelaki sebaya papa. Kemas pakaiannya dengan kot hitam dan kemeja hijau pucuk pisang. Papa pandangku dengan pandangan kurang senang. Aku buat tak tahu. “duduk sya”ujar papa.

“ini Tengku Ismail, ayah mertua kamu”papa memperkenalkan lelaki tadi kepadaku. Aku menoleh. Acuh tak acuh dengan perkenalan kali pertama itu. Namun aku tetap menyambut huluran tangan dari Tengku Ismail

“ada apa papa panggil sya ke sini”soalku setelha menyalami tangan tengku ismail. “papa rasa dah tiba masanya untuk sya bekerja di syarikat papa”ujar papa. Aku terkejut.

“no way papa. Macamne dengan bengkel sya.?”pantas saja aku membantah “Batrisya papa tak nak tahu pasal bengkel kamu. Papa tak prnah suruh kamu buka bengkel tu. Sekarang papa nak kamu uruskan syarikat papa dan ayah di Terengganu bersama Is”ujar papa. Begitu pentingkan dirilah papa aku ni. Yang aku tak suka kena pergi dengan mamat sengal ni. Menyakitkan hati.

“but papa....”

“ayah harap sangat sya dapat pergi”ujar tg ismail. Pertama kali ku dengar suaranya. Lembut sekali. Tidak seperti suara papa yang selalu tegas. Aku terkedu.

“baik. Tapi dengan syarat”ujarku. Pantas pula otakku berfikir. Mngkn inilah satu-satunya cara aku boleh bebas dari kawalan papa.

“syarat? Kenapa perlu ada syarat?”papa tidak puas.hati.

“papa nak sya pergi tak?”

“Syarat apa sya? Cakaplah. Insyaallah ayah akan cuba tunaikan”ujar tg ismail. Masih berlembut denganku. “sya tak nk papa upah bodygurd untuk control sya kat sana. Sya pandai jaga diri. Driver pn tak perlu. Kan papa sndiri cakap yang sya dah besar. Sampai sanggup paksa sya kahwin” ucapku. Merah padam wajah papa. Malu agaknya dgn besannya.

“Batrisya, jaga sikit mulut tu”

“apa yang sya ckp ni betul. Papa yg paksa sya kahwin. Sya dah ikut. Skarang papa nak sya kerja dengan syarikat papa. Okey. Sya setuju bersyarat. Takkan syrat tu pn papa tak boleh tunaikaan.”bentakku geram. Aku mula biadab. Langsung tidak ku peduli renungan Tg Ismail dan Tg Iskandar. Mesti menyesal ambil aku jadi ahli keluarga korang. Peduli apa aku.

“baik. Kalau itu yang sya nak ayah dan papa setuju. Tapi ayah pun ada syarat untuk Sya”ujar tg Ismail tanpa menunggu jawapan papa. Lelaki itu tetap mesra dengan senyuman lembut di bibir. Kulihat papa mengangguk akhirnya.

“apadia?"

" Sya kena janji yang Sya akan duduk kat rumah yang kami sediakan nanti. Tak boleh menyewa tempat lain. Setuju?” soal Tengku Ismail. Isk orang tua ni macam tahu-tahu pulak apa yang ada dalam kepala hotak aku ni. Memang aku tak nak duduk serumah dengan anak dia ni. Menyakitkan hati dan menyakitkan mata je.

“ok. ada apa-apa lg?”soalku.

“papa rasa Is dengan Sya boleh pergi. Papa ada sesuatu nak bincang dengan ayah” aku terus berpaling. Angkat kaki dari situ. Iskandar juga begitu. Perlahan langkahnya membuntuti ku. Kulihat senyuman manis menghiasi bibir setiausaha papa yang cantik jelita apabila kami melintasi mejanya. Mungkin tergoda dengan ketampanan suamiku. Ah pedulikan. Sampai saja di lif, lenganku terus di cengkam kuat oleh tangan kasar Tengku Iskandar. Di tarik ke suatu tempat yang terlindung.

“apa ni. Kau dah gila.” Marahku sambil cuba melepaskan pegangannya yang kejab. “ya aku memang gila. Kalau ye pun kau tak suka dengan pernikahan kita, respectlah sikit orang tua tu.”

“suka hati akulah. Mulut aku. Kau peduli apa?” lawanku.

“kau memang tak sedar diri. Anak jenis apa kau ni tak pandai nak hormat orang tua”marah Tengku Iskandar. Namun suaranya masih terkawal bimbng ada orang yang mendengar. Hormat?. Apa maksd perkataan itu. Siapa yang harus aku hormati. Papa dan mama. Mereka tidak pernah beri apa-apa padaku. Yang mereka tahu hanya mengarah. Buat itu buat ni. Jangan lakukan itu jangan lakukan ini. Menjadikan kami adik-beradik robot. Takda perasaan. Mereka pula 24 jam sibuk. Sebelum kami bangun dari tidur mereka sudah tiada di rumah. Balik pula apabila tengah-tengah malam. Waktu kami nyenyak tidur. Kadang-kadang tak balik langsng 2-3minggu. Pergi outstationlah. Oversealah. Duit tidak pernah kering dari poket kami. Namun kami kekeringan kasih sayang. Aku yang mengasuh adik-adikku bersama mak cik salmah, org gaji di rmh. Dialah ibuku. Namun aku tidak akan memberitahunya.

“kau jangan cuba nak masuk campur urusan aku. Sebab kau bukanlah sesiapa untuk aku. Sekadar boneka”ucapku. Terus aku tingglkannya disitu. Tidak mahu berlama-lama di situ. Rimas dan menyakitkn hati.

p/s : xbleh la nk publsh selalu... nk kne edit2 juga.... ikt p'kmbngn semasa.... kpd smua p'baca blog nani, nani mntk sedekahkan al-fatihah n doa pada shbt nani yg t'libat dlm kmlngn bas delima ekspres. keadaan dia msh kritikal.... mdh-mdhn dgn doa kalian dia terlps dr keadaan kritikal tu... insyaallah.... tolong ye

Monday, October 11, 2010

WARNA HATIKU


Hari ini bermula sejarah baru hidup aku. Aku bakal menjadi seorang isteri. Ramai saudara maraku yang dari tadi datang. Tidak putus-putus mengunjungi banglo papa dan mama. Hatiku gelisah. Banyak perkara bermain di minda. Aku akan berkahwin dengan seorang jutawan. Tengku Iskandar namanya. Entah macamna orang. Agaknya dah tua bangka. Dah tak laku. Kemeriahan diluar langsung tidak dapat mengusir riak-riak yang makin bergelora di hati. Tidak! Aku tidak boleh memalukan keluarga. Tapi perkahwinan ini bukan kehendakku. Entah bila mama dan papa membuat rancangan. Aku sampai je di rumah semua telah siap. Hanya menunggu aku sebagai pengantin. Langsung tidak memberitahu apa-apa. Papa memang begitu. Baginya soal jodoh urusan orang tua. Kuno betul pemikiran papa. Nama saja Tan Sri. Siapa Tengku Iskandar? Aku sndiri tidak kenal. Menurut mama dia anak kawan papa. Sempat papa mengugutku jika aku tidak mahu berkahwin dengan pilihannya. Aku bukan anaknya dan semua kad kredit, kereta dan semua miliknya yang diberi padaku akan ditarik balik. Begitulah kata papa yang membuatkan aku akur apa yang diminta. Tapi Aku tak nak kahwin. Tolonglah...... hati ini menjerit sendirian.

“kenapa termenung ni. Ni kan hari bahagia kamu” tegur Mak Long. Hari bahagia apa, hari derita adalah. Tanpa sedar aku sudah siap di make-up. Kata Mak Long aku nampak cantik. Kupandang baju kebaja putih yang sudah tersarung di tubuh. Cantik baju pilihan mama. Dihias manik-manik halus bewarna keemasan membentuk corak dibaju. Kenapa mama harus menyokong tindakan papa. Ini tidak adil. Dalam usia aku 24 tahun aku masih belum bersedia memikul tanggungjawab. Hari ini di buat majlis kecil-kecil sahaja. 2 hari kemudian baru dijemput kenalan-kenalan. Dibuat besar-besaran di hotel. Ah aku tak kira. Apa nak jadi pun jadilah. Aku tetap akan laksanakan rancanganku.

“pengantin lelaki sudah sampai” ada suara yg melaung dari luar. Aku makin resah membilang setiap saat. Ada tetamu yang mengusik-gusik ku. Entah apa yang di katakan mereka. Tidak tahan aku dengan flash kamera yang dari tadi mengambil gambarku. Sakit mata aku. Nak saja aku menjerit suruh mereka menghentikan atau lebih senang kalau aku rampas dan aku pecahkan saja.

“Puteri Batrisya” aku tersentak. Anggan-anganku hancur. Ku lihat papa dihadapanku bersama beberapa lelaki yang pastinya bapa saudaraku. Papa sendiri yang akan menikahkan aku dan lelaki yang aku tidak pernah kenal. Da macam cerita dulu-dulu pulak. Entah macamana mamat tu boleh berkenan kat aku.

“papa datang untuk minta persetujuan kamu. Kalau kamu setuju tandatangan disini” ujar papa lembut. Lama aku pandang pen ditangan papa. Aku tak mahu. Jerit batinku. Kupandang papa dengan wajah simpati tapi wajah papa tetap tenang. Tegas dengan pendiriannya. Aku sudah besar kata papa sewaktu aku menelefonnya minggu lalu. Aku mencari wajah mama. Tapi kulihat mama juga buat tak tahu. Kononnya sibuk melayan tetamu. Siapa nak tolong aku.

“Batrisya”tegas suara papa memberi arahan agar aku mengambil pen di tgnnya. “papa...”

“tandatangn kat sini”tegas kata-kata papa. Langsng tidak bersimpati pada anak perempuannya. Ku pandang 2 orang adikku. Mereka tunduk. Menikus. Samada takut dengan papa aatau sedih melihat aku dipaksa kahwin. Mereka juga tidak dapat berbuat apa-apa. mungkin nasib mereka juga seperti aku nanti. Perlahan aku capai pen ditangan papa. Sekali lagi aku pandang wajah papa. Pinta simpati. Please papa. Terpancar suara itu dari mataku. Aku juga dapat melihat perkataan ‘NO’ di mata papa. Aku dah tiada peluang lain. Faham sangat dengan sikap papa yang terlalu tegas. Mahu tidak mahu aku terpaksa menurut. Perlahan aku menurunkan tandatanganku di kertas putih. Kulihat senyuman papa melebar kepadaku. Pipiku dicium lembut oleh papa. Aku benci senyuman itu. Aku benci hangat ciuman papa yang tersa seperti membakar kulit pipiku. Papa turun ke bawah kembali. Aku bangun. “Batrisya kenapa?”soal mama.

“Sya nak pergi toilet ma”ujarku. Mama memandangku. Mencari kebenaran pada kata-kataku. Saudara mara memandang. Ah lantaklah.

“duduklah dulu sekejab Sya”pujuk Mak Long lembut. Eee geramnya. Aku duduk kembali. Tapi tidak sampai 15 minit aku bangun lagi.

“mari mama temankan.”mama bagaikan mengerti kali ini.

“tak payahlah ma. Sya boleh pergi sendiri” mama bakal merosakkan plan aku. “marilah mama temankan.”pantas mama tarikku masuk kebilikku. “cepat sikit. Mama tunggu kat luar.” Perlahan aku mengatur langkah ke bilik air. 5minit kemudian aku mengintai di luar. Dari tadi mama memanggilku. Nampaknya mama dah tak ada. Mungkin keluar sekejab. Pantas aku keluar. Aku sudah siap dengan jeans dan t-shirt bersama topi. Pakaian kegemaranku. Kugalas beg yang telah kusediakan. Aku keluar ke beranda. Ku paut batang paip yang berada di sebelah bilikku. Dari situ aku turun ke bawah. Mujurlah kedudukan biliku menghala ke belakang rumah. Senang untuk aku lari. Tiada sesiapa yang menyedari kehilanganku. Aku segera membuka pintu kecil di belakang rumah. Motosikal Honda CBR kesayanganku sudah tersedia di balik pohon rambutan tak jauh dari rumah. Aku bebas kini. Lega. Pantas aku menghidupkan enjin motorku. Dari jauh sayup-sayup mendengar orang memanggil namaku. Namun aku makin melajukan motorku. Kuangkat tangan kanan. Melambai ke orang yang sedang mengejarku. Selamat tinggal papa. Aku tidak mahu menjadi korbanmu. Biarlah aku tentukan sendiri hidupku. Destinasi pertama aku tentulah bank. Aku perlu keluarkan duitku sebelum papa menghentikan operasi kad kredit aku. Sempat aku keluarkan seribu. Selamat. Aku tersenyum.

“Hello, kak” aku dgr suara adikku, Puteri Balqis di corong telefon nokiaku. Inilah kali pertama aku menjawab panggilan ahli keluargaku setelah 4 hari aku meninggalkan rumah. Tidak jadi aku mematikan talian. Sayu suara adik bongsuku itu.

“ada apa?” soalku.

“papa kak” pantas garfu ditanganku kuletak.

“kenapa papa?”soalku. mesti ada yang tak kena.

“papa kat hospital,kak. Papa kena heart attack”tangisan Puteri Balqis sudah pecah. Aku terkejut. Sejak bila papa ku ada sakit jantung. Aku bersoal sendiri.

“datang cepat kak. Minta maaf dengan papa sebelum terlambat”pinta adikku. “hospital mana?”soalku. pantas kucapai kunci motor dan topi di meja. Aku pecut laju motorku. Aku berdosa pada papa. Hanya itu yang bergema di telingaku. Aku hanya mampu berdoa agar papaku selamaat.

Aku tercari-cari Puteri Balqis dan Puteri Nabilah. Adik-adikku diruang legar hospital.

“kakak!” ada suara yg memanggilku.

“mana papa?”soalku.

“kami minta maaf kak”ujur adik-adikku. Aku tidak mengerti. Drama apa yg cuba dimainkan. Kulihat 2 org lelaki bertubuh sasa turut mengekori adik-adikku. Aku cuba lari. Namun tubuhku lebih pantas di tangkap. Aku tahu 2 lelaki itu orang suruhan papaku.

“lepaskan aku” aku cuba meronta. Namun tiada daya melawan tenaga 2 lelaki itu. “sampai hati korang aniaya kakak” jeritku pd adik-adikku. Kulihat mereka berdua menangis.

“kami minta maaf” aku tahu mereka dipaksa oleh papa. Aku mendengus marah. Aku dipaksa menaiki kereta. Puas aku meronta. Akhirnya aku di bawa balik ke banglo papa.

“lepaslah”rontaku. Namun mereka tetap menarik tanganku masuk ke banglo. Kulihat papa duduk selesa di sofa sambil membelek-belek akhbar. Sihat pulak orang tua ni. Mama juga di situ. Seorang lelaki lain entah siapa berada di sofa membelakangkanku.

“apa semua ni papa?”soalku. tanganku di lepaskan. Papa memandangku dengan pandangan bengis. Sedikit pun aku tidak gentar dengan pandangan itu. Sudah terlalu biasa. Memang diakui aku adalah anaknya yang paling keras kepala. Aku tidak selembut adik-adikku. Watakku bukan sebagai anak perempuan dalam banglo papa. Tapi aku anak lelaki papa. Anak papa yang dididik seperti lelaki. Marah benar papa padaku. Perlahan papa hmpiriku.

Pangggg !!!! Papa tampar kuat pipiku. Namun tiada setitis airmata yg mengalir dari mataku. Airmata mama dan adik-adik mengalir deras. Simpati padaku atau mungkin takut pergaduhan akan berlaku. Ini bukanlah kali pertama papa menampar pipiku. “anak tak guna. Kau dah conteng arang kat muka aku”ujar papa. Lelaki yang tadi membelakangiku kini sudah berdiri setentang denganku. Wajah pemuda itu langsng tidak menarik minatku.

“kau juga memalukan keluarga suamimu.”ujar papa lagi.

“sya tak pernah kahwin”nafiku. Ku cuba tentang pandangan papa.

“kau dah jadi isteri orang. Ini suamimu. Ubah perangai kau. ”papa masih kasar denganku. Tangannya dituding ke arah lelaki di depanku. Mata lelaki itu tajam menikam wajahku yang merah padam. Aku membalas pandangannya. Memangku akui rupanya begitu menarik dimata mana-mana perempuan. Tapi untuk apa rupanya, langsng tidak dapat ubati sakit dihatiku. Ingin saja ku tinju wajah lelaki itu. Biar lebam Kenapa dia sanggup mengahwiniku. Atau adakah dia juga terpaksa sepertiku.

“mulai sekarang papa tak nak tengok kau berpakaian macam ni. Sudah. Pergi masuk.”arah papa. Ku pandang benci pemuda di depanku

“dia bukan suami sya. Papa yang paksa sya kahwin. sampai bila-bila pun dia bukan suami sya. Baik papa bunuh saja sya” ujarku biadab.

“jangan kurang ajar, Batrisya. Aku ada hak nak paksa kau kahwin. Aku ni papa kau. Apa pun kata kau dia tetap suami kau. Sekarang naik. Masuk bilik kau” aku memandang tajam wajahnya seblm beralih pada wajah papa.

“papa kejam!” langsung tiada rasa hormat padanya. Secebis rasa hormat yang aku simpan untunya telah hilang entah ke mana. Terus aku berlalu ke tingkat atas.

p/s : dah b'sawang blog ni tnpa apa2 cerita. sori tak dapat postkn CD untuk 1 jangka masa yang lama..... nani gantikn dengan cerita ni. dah 3 tahun cerita ni t'peram dalam laptop nani..... hrp korg suka.......

Monday, October 4, 2010

KETUKAN ROHANI

Dalam mengharungi liku-liku hidup yang makin m’cabar, terbawa aku untuk menulis satu coretan dari sudut hatiku…..

“kenapa manusia slalu bersedih?”

“kenapa manusia selalu berasa takut pada mati?

“kenapa manusia selalu resah membilang hari?”

Hari ini aku m’dgr khabar yang begitu mendukacitakan….. berita mengenai seorang shbt yg m’hidapi kanser otak….. beliau sudah tidak mampu berkata-kata….bagaimana teruknya keaadaan beliau tidak aku ketahui…..bagiku kematian itu lebih baik dari menangung kesengsaraan…. Namun bersediakah kita untuk MATI?

Hati aku benar-benar sedih mendengar khabar sebegitu….. padahal usianya masih muda…diawal usia 20 an. Mengapa pada usia yang begitu telah diuji begitu hebat…. Hati aku terus tertanya-tanya. Barulah aku sedar…..tuhan tidak memandang pada usia…. Siapa pun akan diujinya….. namun marilah sahabat-sahabatku…sama-sama renungkan… mampukah kita m’hadapi ujian yang maha hebat ini….. sakit itu penghapus dosa….kalau hendak dihitung dosa-dosa ini, bagai tidak tertanggung rasanya…… Allah… selamatkan kami….. jauhi kami dari Azab nerakamu yang pedih Ya Allah

Ya Allah…terasa kerdilnya aku….. terasa berdosanya aku bila mendengar mengenai kematian….. Ya Allah…..dosaku seperti pasir-pasir di pantai…. Setinggi gunung-ganang dibumimu ini…. Apakah kau terima taubatku Ya Allah……..

Marilah sama-sama mengucapkan kata Astaghfirullah hal azim….. ampunkan aku Ya Allah…. Sebutlah sebanyak mana mampu kalian……. Allah……aku datang padamu Ya Allah. Aku mohon padamu agar kau tetapkan lah hatiku ini padaMu…..jgn kau blkkan lg ya Allah….. ttpkan lah aku dijalan yang lurus…….

Aku teringat kata-kata sahabatku….. kita takut pada kematian kerana kita merasakan amalan kita terlalu sedikit….belum cukup untuk kita mendapatkan jannah. Tapi banyak @ sedikit amalan bukanlah satu-satunya syarat untuk kita memasuki syurga Allah. Allah yang memilih, mana-mana hambaNya yang layak. Layakkah kita untuk dipilih???? Sedangkan kita selalu alpa n leka dengan nikmat dunia…. Kita terlalu sayangkan dunia…sehingga begitu takut untuk meninggalkannya….. kita lupa pada akhirat yang m’janjikan sebuah kehidupan kekal abadi…….. kehidupan di dunia ini ibarat SEBATANG JARI YANG DICELUP KE DALAM AIR SUNGAI YANG MENGALIR, LALU JARI ITU DIANGKAT, BERAPA TITIS AIR YANG MELEKAT DI JARI, ITULAH NIKMAT DI DUNIA BERBANDING NIKMAT DIAKHIRAT SEPERTI AIR SUNGAI YANG MENGALIR. Bezakalah wahai sahabatku…….. beruntunglah bagi mereka yang menyedari tentang nikmatnya di akhirat…..

Manusia resah menghitung hari..... harta dunia yang diteguk sepuasnya bagai tidak dapat membeli rasa ketenangan dalam jiwa yang bergelora…. Mengapa sahabatku????? Mengapa hati ini selalu resah??? Sebelum kita dilahirkan…..sebelum kita berada dalam rahim ibu…..roh mengakui hanya Allah Tuhanku…. Tapi apabila lahirnya ia ke dunia, pelbagai anasir2 cuba menyesatkan diri mereka…….. maka kembalilah pada Allah….. di situ akan ku temui ketenangan abadi…… hati ku resah kerana aku jauh dari Mu Ya Allah… hati aku gelisah…. Kerana aku melupai Mu Ya Allah….. Hati aku rindu pada Mu Ya Allah… dimanakah jalan untukku kembali Ya Allah…..

Sahabatku, aku menulis coretan ini, bukan hanya untuk tatapan kalian. Malah juga buat diriku yang banyak berdosa. Hidupku penuh dengan kelekaan. Penuh dengan ke alpaan. Berharap akan ada insan yang sudi membimbing. Namun sampai bila harus aku harapkan orang meminpin tangannku. Akhir aku putuskan, untuk aku cari sendiri jalan pulangku…. Aku memohon pada tuhanku…..temukanlah aku jalan pulang…..selamat kembali ke sisi Mu…. Menjadi hamba Mu yang solehah…. Mentaati segala perintahMu… jadikan aku seorang insan yang sentiasa merindui kekasihnya……

WAHAI TUHAN…

KU TAK LAYAK UNTUK SYURGAMU…..

TETAPI AKU TIDAK PULA SANGGUP MENANGGUNG SIKSA NERAKAMU

DARI ITU KURNIAKANLAH, AMPUNAN KEPADAKU

AMPUNKANLAH DOSAKU….

TERIMALAH TAUBATKU……..

SESUNGGUHNYA ENGKAULAH PENGAMPUN DOSA-DOSA BESAR

TUHANKU DALAM TERMANGGU…..

KU SEBUT NAMA MU, BIAR SUSAH SUNGGUH…..

MENGINGAT KAU PENUH SELURUH……

TUHANKU,

PINTUMU KU KETUK….

AKU TAK BISA BERPALING……..

TUHANKU,

AKU HILANG BENTUK….

KEMBARA DI NEGERI ASING……….


P/S :blog ini da mula slow operasinya.... msh tiada mood menulis........