THANK YOU

Saturday, February 26, 2011

WARNA HATIKU 33


“Puan Batrisya, saya nasihatkan awak ke hospital untuk rawatan lanjut. Suhu bdn awak terlalu tinggi itulah sbb hidung awak berdarah.”ujur doktor hisyam.

“saya akan pastikan dia pergi hospital” ucap Tg Iskandar. Aku tarik muka. Tak suka.

“baguslah. Saya balik dulu” ujar Doktor Hisyam.

“terima kasih doktor”ujarku.

“jangan lupa pesan saya.” Aku angguk. Konon macam nk pergi la. Isk.. tak nak la balik hospital. Makanan tak sedap, bosan pulak tu. Tg Iskandar menghantar Doktor Hisyam ke pintu. 5 minit kemudian dia muncul kembali.

“bersiap sekarang”arahnya.

“nak ke mana?” soalku pelik. Aiyaa lagi mau tanya ka?.

“kau tak dengar doktor tu cakap apa?. Suhu badan kau terlalu tinggi. Kau kena pergi hospital.” tinggi suara tg iskandar. Marah benar dia dengan sikap degilku.

“aku tak nak.” Dah aku tak nak, tak faham bahasa melayu ke?.

“kau nak pergi sendiri atau nak suruh aku heret kau” amboi beraninya suami aku ni. Nak pakai heret segala.

“mama papa aku pun tak kisah. Buat apa kau kisah pasal aku?” balasku. kenapa nama papa dan mama perlu dibangkitkan.

“aku suami kau. Kau tanggungjawab aku.”Tg iskandar mencengkam tanganku.

“tak nak” aku meronta. Namun cengkamannya kuat menarik tubuhku.

“is, lepaskan aku” rayuku

“aku takkan lepaskan kau selagi tak sampai hospital”tengking Tg Iskandar. Macam ni ke cara layan orang sakit. Makin sakit ada lah. Aku diam kali ini. aku tahu walau apa yang aku katakan pun, dia tetap tegas dengan kata-katanya. Mengikut sahaja kehendaknya bukan beerti aku mengaku kalah. Tapi malas nak panjangkan masalah yang remeh.

**********************************************

Aku kembali menjadi penghuni hospital. Tg iskandar menemaniku. Langsung tidak meninggalkanku. Bimbang kalau-kalau aku lari lagi. Bahagianya kalau selalu begini. Terasa diri di sayangi. Tapi rasa bosan tak dapat dielakkan. Maklumlah aku malas nk bertegur dengan Tg Iskandar. Tanda merajuk la konon. Dia pon boleh buat tak tahu lagi. Siap bawak semua kertas kerja ke bilik aku. Bilik tu dah tukar jadi pejabat dah. Lagi satu yang memeningkan kepala aku, hari-hari ada je nurse datang melawat. Setiap 15 minit. Amboi. Mentang-mentang laki I hensem, you’ ll cuba-cuba nak ngorat ye. isk. Cemburu lagi. Dah tak nak fikir pasal dia lagi. Aku pandang sekilas ke sofa tempat Tg iskandar selalu duduk. Kemana agaknya dia. tandas mungkin.

“Assalamualaikum” sapa satu suara. Mahu meletup juga dada aku sebab terkejut.

“weh pusing sana. Aku nak pakai tudung ni” jeritku halus. Zailan ketawa. Pantas ku sarung tudung yang memang berada begitu hampir denganku. Tudung segera. Sarung je. siap.

“ada apa kau datang ni?” soalku. Dia berpaling.

“macam tak suka je?

“bukan tak suka, tiba-tiba terjah. Lain kali bagi ketuk dulu” ujarku. Zailan mencebik.

“Nah” dihulurkan sejambak mawar putih padaku.

“ingat lawat orang mati ke?” gurauku.

“warna tu yang paling cantik. Suka hati akulah. Nasib baik aku nak bagi.” Balasnya.

“dah pandai melawan ye. lain kali bagilah buah ke, biskut ke, cheese cake ke. Sedap jugak dapat makan.”

“sakit-sakit pun selera besar”

“makan untuk hidup” balasku bersahaja. Mawar putih itu ku cium. Mmm harum.

“kenapa tak mesej aku, cakap kau tak sihat?” alahai dah jadi caring pulak.

“sikit je. bos kau tu over tau. Nak jugak paksa aku duduk hospital ni” kalaulah Tg Iskandar ada. Mau merah muka dia, mungkin malu, mungkin juga marah.

“kau kalau sakit mana pernah sikit. Cakap jelah kau tu takut nak duduk lama-lama kat hospital. Nasib baik dia ada.” Ucap Zailan. Sambil melabuhkan punggung ke kerusi.

“kalau kau puji dia melangit pun, gaji kau takkan naik la. Aku ke, dia kawan kau?”

“memanglah kau kawan aku, tapi dia bos aku” Zailan tersengih. Tangannya mencapai sebiji epal di atas rak tepi katil.

“amboi, buah aku pun nak bedal?”

“sebiji pun kedekut ke” Zailan buat muka selamba mengunyah epal.

“Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam” Zailan menjawab. Pantas dia bangun bersalaman dengan Tg Iskandar.

“Dah lama sampai?” soal Tg Iskandar.

“baru je. jemput duduk Tengku” pelawa Zailan. Amboi sopan pulak kawan aku ni.

“tak apa. Aku duduk kat sofa je. Duduk la borak” ucap Tg Iskandar sambil mengatur langkah ke sofa. Aik, selamba je muka. Tak ada perasaan langsung la mamat ni.

“bila kau nak keluar hospital.”

“kalau ikutkan hati sekarang ni jugak aku nak keluar. Tapi dah ada guard pulak yang menjaga” perliku. Ku jeling sekilas pada Tg iskandar. Lelaki itu masih tenang. Langsung tak berkesan kata-kataku. Malah dia perlahan baring di sofa. Isk..geram.

“aku nak balik lah. Tadi dah janji dengan akak aku nak pergi shopping” ujar Zailan. Mungkin terasa kurang senang.

“awalnya. Tak payahlah balik lagi. Aku boring lah. Tak ada kawan” ujarku menghalang niat Zailan.

“husband kau kan ada. Kau macam tak tahu akak aku tu, kalau dah membebel bukan reti diam. Chow lu. Rehat cukup-cukup. Nanti dah keluar jangan lupa call aku, aku belanja cendol semangkuk. Bye” terus Zailan berlalu. Kalau terus menanti takut termakan pujukkan ku.

“Lan !” aku memanggil. Isk. Bosan betul lah. Pantas ku capai bunga di atas meja. Mataku menjeling pada Tg Iskandar. Tidur ke?. Perlahan aku turun dari katil. Melangkah dengan tertib ke pintu bilik. Berhajat nak ambil angin. Sesak lama-lama dalam bilik.

“nak kemana?”

“astagfirullah hal azim” terkejut dengan sergahan Tg Iskandar. Ingatkan tidur.

“kau nak pergi mana tu?” soalnya lagi. Kali ini dia bangkit dari posisi baring.

“keluar” balasku ringkas.

“keluar ke mana?”

“suka hatilah” terus ku hayun langkahku. Malas nak memanjangkan soal jawab.

Aku duduk dibangku di taman hospital. Memerhatikan orang yang lalu lalang. Bosannya hidup kalau tak ada kerja nak buat.

“sayang betul kat bunga tu” Tg iskandar melabuhkan punggung disebelahku. Disilangkan kakinya. Turut memandang ke hadapan. Aku pandang bunga di tangan.

“cantik.” Puji Tg Iskandar memancing minatku untuk berbicara.

“kau suka ros putih ye?” soalnya. Perlahan ku geleng.

“habis kenapa usung bunga tu ke hulu ke hilir”

“saja. Tanda menghargai pemberian orang” balasku. ada senyuman puas terukir di bibirnya. Akhirnya aku bersuara jua.

“masih marahkan aku?” soalnya lagi.

“sikit” balasku ringkas.

“aku minta maaf” akhirnya keluar juga perkataan tu. Aku berpaling padanya. Memberi senyuman penuh makna pada Tg Iskandar

“tu bukan bermakna kau boleh keluar hospital hari ni” aik, cam tahu-tahu je apa aku nak cakap. Aku tarik muncung.

“sabarlah. Nanti dah betul-betul sihat baru kita balik k.” Pujuknya.

“B.O.S.A.N. tahu tak?” balasku.

“tulah, aku ada buat tak nampak. Pastu mulalah nak ngadu kat Zailan tu. Kau dengan dia ada apa-apa ke?” soal tg iskandar.

“ada apa-apa? Apa?” soalku kembali.

“alah, kura-kura dalam perahu pulak” ah, Iskandar, masih butakah kau menilai siapa kau dalam hatiku’ bisikku. Aku hanya diam.

“tak payahlah nak segan dengan aku. Kita kan kawan”

“next topic please” balasku.

“oklah. Hari ni, oleh sebab kau dah jadi budak baik, aku akan tunaikan satu permintaan kau. Cepat cakap” aku pandangnya pelik. Permintaan? Nak minta apa ye?. boleh tak saya nak Tg Iskandar? Ah, jangan korang berangan aku nak cakap camtu. Dalam hati je.

“tak ada ke?”

“aku rasa..... aku rasa nak makan nasi goreng ayam Mak Cik Salmah lah” tiba-tiba pulak tekak aku teringin dengan masakan mak cik Salmah.

“uih... kau nak aku import dari rumah kau ke? Mau basi la nanti. Kau ni tak ada permintaan lain ke?” rungut Tg Iskandar. Sampai hati tak nak tunaikan janji.

“kalau tak boleh sudah” aku pantas berdiri.

“janganlah merajuk. Macam budak-budak. Kuat merajuklah awak sekarang. Saya dah kering idea nak pujuk tau. Janganlah merajuk awak.” aik, lain macam je tone suara suami aku ni. Gaya-gaya nyah pulak. Nyampah akak. Aku mencebik. Terasa ingin ketawa melihat gelagatnya.

“kita tak suka tau tengok awak merajuk dengan kita. Kita dahlah tak ada kawan” kali ini jari jemarinya dimainkan dibahukan.

“eiii... gelilah. Jangan buat camtu boleh tak?” marahku. Tapi ni marah sayang.

“dah tak marah ea?” Tg Iskandar angkat kening.

“sikit”

“Jom masuk. Sejuk kat luar ni. Cakap nak balik cepat kan” alhamdulillah, dah normal balik suami aku. Perlahan aku mengikut jejaknya. Baru beberapa langkah dia berhenti.

“jom” Di hulurkan tangannya padaku. Serba salah untuk menyambut. Pantas tanganku diraih ke pegangannya. Mengenggam erat jemariku memimpin ke kamar. Merona merah wajahku. Agak malu bila perasan ada mata yang memandang gelagat kami. Tapi entah kali ke berapa perasaan bahagia menyelinap ke dasar hati.

p/s : i'm back!!!! sori bt anda t'tunggu2.... basela..... nk kte bzy xde la sgt.... lbh kpd kkrungn idea... pe2 pn nani dh tunaikn p'mntaan anda.... sapa nk tunaikn p'mntaan nani??? angkt tgn... good... p'mntaan nani ialah.....SILA komen k.....hahahahhahaha

Monday, February 14, 2011

Aku Merindui mu





Sudikah kalian semua m’baca Kisah Cinta yg ingin nani coretkan di sini????? Sudikanlah diri kalian m’luangkn sedikit masa m’baca kisah cinta ini…. Mudah-mudahan kalian sentiasa dibawah keredhaan Allah. Kisah cinta yang nani ingin coretkan adalah kisah p’jalanan hidup junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. kisah ibu dan bapa baginda……… kisah kehidupan seorang anak yatim yang sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t. marilah sama-sama kita mengenali junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah….



PERKAHWINAN 'ABDULLAH DENGAN AMINAH Usia Abdul Muthalib sudah hampir mencapai tujuh puluh tahun atau lebih tatkala Abrahah menyerang Makkah dan cuba menghancurkan Ka'bah. Ketika itu umur anaknya, 'Abdullah sudah dua puluh empat tahun, dan sudah tiba masanya dikahwinkan. Pilihan Abdul Muthalib jatuh kepada Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf bin Zuhra - pemimpin suku Zuhra ketika itu yang amat sesuai pula usianya dan mempunyai kedudukan terhormat.

Maka pergilah anak-beranak itu hendak mengunjungi keluarga Zuhra. 'Abdul Muthalib dengan anaknya menemui Wahab dan melamar puterinya. Sebahagian penulis sejarah berpendapat, bahwa mereka pergi menemui Uhyab, bapa saudara Aminah, kerana waktu itu ayahnya sudah meninggal dunia dan dia di bawah asuhan bapa saudaranya.

Lamaran 'Abdul Mutalib itu diterima dengan amat gembiranya oleh keluarga Zuhra. Persiapan pun dibuat untuk melangsungkan hari kebesaran bagi kedua-dua pengantin yang sama padan bagai pinang dibelah dua itu. Pada hari perkawinan 'Abdullah dengan Aminah itu, Abdul Muthalib juga berkahwin dengan Hala, sepupu Aminah. Dari perkawinan ini lahirlah Hamzah, bapa saudara Rasulullah SAW. 'Abdullah bersama Aminah tinggal selama tiga hari di rumah Aminah, sesuai dengan adat kebiasaan 'Arab di mana perkahwinan dilangsungkan di rumah keluarga pengantin perempuan.

Sesudah itu mereka pindah bersama-sama ke keluarga Abdul Muthalib.

Muhammad Al-Amin, dilahirkan pada hari Senin 12 Rabi'ul awal tahun gajah atau bertepatan dengan tahun 570 Masehi. Terlahir dari Ibu bernama Siti Aminah Binti Wahab dan ayahnya Abdullah Bin Abdul Muthalib, keturunan Bani Ismail, putra Nabi besar Ibrahim as yang dijanjikan oleh Allah, dan sekaligus merupakan kakak dari Nabi Ishak, putra Nabi Ibrahim dari Siti Sarah yang menurunkan Nabi-nabi besar untuk umat Israel.

Sang ayah, Abdullah, meninggal di Yastrib dalam perjalanan berdagangnya, jauh hari sebelum Muhammad dilahirkan. Ketika beliau masih bayi, selain menyusu kepada ibu kandungnya, Muhammad juga pernah disusui oleh Tsuwaibah Al Aslamyah dari Bani Aslam yang juga budak dari Abu Lahab, bersama-sama dengan Hamzah bin Abdul Muthalib pamannya yang sebaya usianya dengan Muhammad, dan selanjutnya menyusu kepada Halimah Al- Sa'diyah, dari Bani Sa'ad yang terletak antara Mekkah dan Thaif yang bersuamikan Abu Zuaib. Sejak dari kandungan ibunya, hingga ia lahir, Muhammad sudah menunjukkan berbagai mukjizatnya sebagai tanda-tanda kenabiannya kelak dikemudian hari. Setelah masa penyusuannya usai, Muhammad kembali kepelukan ibunya, Siti Aminah.

Setahun kemudian, Muhammad kecil beserta ibunya dan seorang inang pengasuhnya bernama Ummu Aiman melakukan ziarah kemakam Abdullah, ayah Muhammad dan suami Aminah di Yastrib. Selama satu bulan mereka tinggal di Yastrib dengan menumpang dirumah keluarga mereka dari Bani Najjar. Dalam perjalanan pulang kembali kekota Mekkah, tepat disebuah desa bernama Abwaa', Aminah jatuh sakit dan wafat disana, waktu itu usia Muhammad sudah 6 tahun. Karena jaraknya kekota Mekkah masih cukup jauh, akhirnya jenazah Aminah dikuburkan didesa Abwaa' tersebut dan Muhammad beserta inangnya, Ummu Aiman kembali kekota Mekkah berdua.

Abdullah telah pergi, Aminah pun telah pula pergi setelah keduanya melakukan kewajiban yang diamanatkan kepada keduanya. Anak yang mulia itu kini menjadi yatim piatu seperti kehendak Allah, kehilangan ibu sebagaimana ia telah lebih dulu kehilangan ayah, tidak ada lagi yang akan menolongnya dalam segenap hal selain daripada Allah yang sudah mentakdirkan sekalian takdir.

Sunday, February 13, 2011

WARNA HATIKU 32


Aku duduk sendirian di tepi pantai sambil memeluk lutut. Cuaca agak mendung hari itu. Bayu bertiup dingin menyapa tubuhku. Sedikit menggeletar tubuhku kesejukan. Namun aku tetap disitu melayangkan fikiranku entah kemana. Sedang aku asyik melayan fikiran tiba-tiba sebiji bola bergolek mengenai kakiku. “maaf mak cik”seorang budak lelaki menyapa. Aku mendongok. Aku senyum padanya. Comel.

“tak apa”ujarku menghulurkan bola kepadanya. Budak itu terus menyambut dan berlari-lari mendapatkan ibubapanya tidak jauh dariku. Bahagianya dia. Hatiku berdetik.

**********************************

“papa hari ni ada penyampaian hadiah kat sekolah. Papa datang ye”ujarku pada papa yang sedang bersiap-siap. Waktu tu usiaku 12 tahun. Aku nak mama dan papa datang menyaksikan aku naik ke pantas menerima penghargaan dari pihak sekolah kerana kecemerlangan akademikku.

“papa sibuk.ajak mama ok”ujar papa yang sibuk membaiki tali lehernya didepan cermin. Langsung tidak pandang wajahku.

“mama pun sibuk. Ada mesyuarat persatuan kat Pahang. Lusa baru mama balik.”ujar mama pula sambil membelek pakaian dalam almarinya.

“tapi” aku cuba menyambung kata.

“sya, mama dan papa sibuk, k”ujar mama lagi.

“tapi papa dan mama tak pernah datang. Bolehlah pa, ma. Kali ni je. Lagipun Sya dapat no 1 tau” pujukku. Amat berharap papa dan mama dapat datang.

“Sya, jangan mengada-ngada boleh tak. Ajak jelah Mak Cik Salmah pergi” marah papa. Mana sama perasaannya. Melihat ibu dan ayah bangga dengan pencapaianku adalah salah satu impianku yang tidak pernah tercapai. Sia-sia saja mengajak papa dan mama. Aku kecewa. Amat kecewa. Seingatku tidak pernah sekalipun papa dan mama hadir di saat aku mendapat sesuatu yang boleh di banggakan. Aku letih berusaha agar papa memberi perhatian padaku. Dari darjah 1 sampai aku sekolah menengah aku selalu dapat tempat teratas. Tapi tak pernah sekali papa dan mama pujiku. Sampaikan sewaktu majlis konvokesyen pun mama dan papa tak dapat hadir. Macam biasalah sibuk. Papa di Hong Kong. Mama pula di UK. Aku sendirian tanpa ditemani sesiapa menerima segulung ijazah. Tapi waktu itu aku dah mula muak untuk menjemput mama dan papa. Lansung tidak terkilan kerana aku sudah biasa begitu. Cukuplah dengan ucapan tahniah dari adik-adikku dan juga Mak Cik Salmah. Agaknya itulah nasibku. Hanya adik-adik tempat aku mencurahkan kasih sayang. Aku tidak mahu mereka merasa apa yang aku rasa. Kerana mereka, aku masih bertahan dengan sikap mama dan papa hingga kini. Tapi sekarang adik-adik sudah jauh. Dua-dua tinggal diasrama. Agaknya lebih bahagia bersama kawan-kawan. Macam mana diorang sekarang?. Sihat ke? Ok ke kat asrama? Dah lama tak jenguk diorang. Rindunya.

“Risya?” teragak-agak bunyi suara itu. Aku mendonggak. Ekmal. Disebelahnya Farah. Aku cuba tersenyum.

“assalamualaikum” sapaku sambil bangun dan menyapu pasir yang melekat di seluar.

“wa’alaikumsalam. You look diffrent” mulut Ekmal sedikit melopong. Ayat biasa aku dengar. Farah menyiku sedikit tubuh Ekmal menyedarkan lelaki itu.

“what are doing here?” soalnya lagi.

“tak ada apa. Cuma tengok laut.” Balasku

“lama you hilang. Pergi mana?” soal Ekmal.

“masih dalam Malaysia. Tak kemana pun” balasku cuba meramahkan diri.

“i dengar you sakit?” aku tergelak. Buat apa dia ambil berat pasal aku.

“dah jadi adat orang yang hidup. bukan selalu sihat. Kadang-kadang sakit tu perlu untuk menghapuskan dosa. So, tak perlu hairan” aku lihat wajah Ekmal sedikit berubah. Farah di sebelahnya masih selamba.

“ini tunang I. I rasa you kenalkan?”ujar Ekmal. Aku angguk.

“Tahniah. Tak sangka akhirnya korang bertunnag kan.” aku menyapa sambil tersenyum memandangnya. Tercapai juga cita-cita si farah ni. Walaupun dulu dia sengaja mengatakan Ekmal tunangnya. Tapi tidak mengapalah, aku pun tak mahu merebut seorang lelaki. Apalah erti hidup kalau asyik berebut sedangkan banyak pilihan lain yang menanti

“kami ada hal ni. Sorilah. Tak boleh lama”ucap farah. Aku tahu perasaan cemburu sudah menjalar melihat tunangnya memandangku. Perempuan. Biasalah kalau cemburu

“Batrisya !!!”aku dengar ada suara melaung memanggilku. Aku berpaling. Tg Iskandar berlari mendapatkanku.

“apa yang awak buat kat sini?”soalnya. dia menyedari kehadiran Ekmal di situ. Aku senyum jua walaupun terasa payah.

“ambil angin.”

“what? Ambil angin? Saya dah macam nak tercabut jantung cari awak. Kenapa lari dari hospital?.” Ada nada kemarahan pada kata-kata Tg Iskandar yang masih terkawal.

“saya dah sihatlah. Janganlah bimbang” sengaja aku manjakan suara supaya kadar kemarahannya menurun. Tg iskandar menjamah dahiku. Pantas ku tarik tangannya. Segan bila ada dua pasang mata yang memandang.

“Farah, this is my husband, Tg Iskandar”aku memperkenalkan. Tangan Tg Iskandar ku genggam erat. Farah bertukar senyuman dengan Tg Iskandar. Biarlah dia berasa lega bila dapat tahu aku dah bersuami.

“i pergi dulu”ujar ekmal. Aku angguk. Agaknya dia tak tahan tengok kemesraanku dan tg iskandar. Pergilah Ekmal. Kerana kini hati aku sudah mula lupa kenangan indah kita. Hati ini ingin aku serahkan pada yang lebih berhak. Dia tahu apa yang terbaik untukku kerana dia yang menciptakan aku dan juga seluruh makhluk di alam ini.

“kenapa kau buat macam tu. Kau belum sihat lagi”marah Tg Iskandar sambil memandang tajam wajahku.

“aku ok. Aku nak balik”aku terus berjalan meninggalkannya. Ketenangan aku tadi sudah musnah.

“no way. Kau mesti pergi balik ke hospital.” Tegas Tg Iskandar

“tak nak. Jangan busy body ok.” aku tepis tangannya yang memegang tanganku.

“kenapa degil sangat ni?”

“aku tak nak.”entah kenapa airmataku mengalir lagi. Dia mengeluh. Pantas tubuhku di dakap.

“kau buat aku risau. Boleh tak jangan nangis kat sini. Malulah orang tengok” ucapnya. Aku hanya biarkan kata-katanya yang bagai angin lalu

“aku takkan paksa kau. Tapi kalau apa-apa jadi jangan salahkan aku”ujarnya lembut. Tangannya membelai perlahan rambutku persis seorang bapa yang sedang memujuk anak kecil.

“kita balik” ujanya lagi. Tanganku ditarik menuju ke kereta. Tanpa aku sedari ada mata memandang kami dari jauh. Aku terlena di dalam kereta. Tubuhku terasa lesu dan letih. Aku benar-benar tiada kudrat.

*********************************************

Aku sudah berada di katilku sewaktu aku membuka mata. Nampaknya hari sudah malam. Aku pandang sekeliling. Samar-samar cahaya yang menerangi bilikku. Tiba-tiba ku rasa ada cecair mengalir dari hidungku. Aku sentuh hidungku. Darah. Pantas aku bangun ke bilik air. Membasuh darah yang mengalir di hidung. Namun darah itu tetap mengalir. Lebih banyak. Aku mencapai tisu. Mengelap darah yang mengalir. Agak panik aku melihat darah yang masih tidak berhenti keluar dari hidungku. Tiba-tiba pintu bilikku terkuak. Pantas ku sembunyikan tong sampah yang sudah penuh dengan tisu. Tg Iskandar melangkah masuk dengan wajah curiga. “kenapa? Muka kau pucat?” aku geleng. Dia seperti mengesyaki sesuatu.

“Batrisya, tell me what wrong with you?”

“tak ada apa” aku masih menutup hidung dengan tisu. Pantas tangannya menarik tanganku tanpa sempat aku berbuat apa-apa. Di pandang tisu di tanganku.

“Darah? Hidung kau berdarah.” Ada nada kerisauan pada kata-katanya

“aku tak apa-apa.”

“tak ada apa kau cakap?. Apa ni?”marah Tg Iskandar. Handphoneku di capai. Pantas sekali tangannya mendail nombor seseorang.

“hello, Doktor Hisyam” aku dengar dia berbual. Dia menyuruh doktor itu datang ke rumah. Aku memerhatikannya hingga panggilan tamat.

“tulah, aku suruh pergi hospital tak nak. Degil. Tengok sekarang apa dah jadi” bebel Tg Iskandar. Geram dengan perangaiku

“aku tak nak duduk sana. Bosan” balasku

“menjawab. Kalau jadi apa-apa kat kau, aku yang susah.” Ayat yang mengguris hati. Suka mengungkit. Aku angkat punggung. Bercadang untuk ke dapur mencari sedikit ais untuk menghentikan pendarahan.

“nak kemana pulak tu?” soalnya.

“dapur”

“tak payah mengada-ngada. Baring je kat situ sampai doktor sampai” tegasnya dia. aku mencebik tanda protes. Namun kuturutkan juga arahannya. Benci tau!

p/s : kpd p'baca yg arif lg bijaksana.... nani sgt hargai kritikan, pujian, pndpt n sbginya dr anda... cuma nani hrp kalian dpt m'gunakan bhs yg lbh sopn n b'hemah ktika m'gomen.... bahasa jiwa bangsa.....hihihi..... tq atas krjsama anda

Thursday, February 10, 2011

WARNA HATIKU 31


“Kesian you kan” aku tersentak. Lantas aku berpaling. Miss SS tersenyum sinis padaku yang berdiri di tepi jendela.
“ada apa?” soalku.
“datang melawat bakal madu i. Ops.. rasanya tak sempat kot kita bermadu. You dengan Is kan dah nak bercerai” dia ketawa kecil. Sakitnya hati aku. Istigfar banyak-banyak Risya.
“baguslah kalau dah tahu. Ada apa lagi nak cakap?” itulah rasanya cara terbaik. Usah dilayan orang begitu.
“sakit-sakit pun, perangai tak ubah kan. Patutlah Is nak segera kahwin dengan i. Tak tahan kot hidup lama-lama dengan you” dia makin menyakitkan hati aku. Nak tengok aku marah agaknya. Sorilah. Aku sekarang sedang belajar bersabar walaupun dalam hati, aku rasa nak maki je minah ni. Kalau datang semata-mata nak sakitkan hati aku, baik tak payah datang.
“I rasa you salah bilik lah. Bilik ur future husband kat sebelah sana k” aku tuding jari ke kira menunjukkan arah bilk Tg Iskandar.
“I tahu. I datang jemput dia balik.” Balas Miss SS. Amboi siap berjemput. Dah tak sabar sangatkah dia.
“ok.” Aku kembali menghadap jendela. Merenung pantai yang indah.
“you tak marah i kahwin dengan Is?” soalnya. Lain benar pulak soalan dia. perlu ke dia tanya aku marah atau tak. mungkin geram bila aku langsung tidak memberi tndak balas negatif.
“perlu ke aku jawab soalan tu?” soalku malas.
“memang tak perlu. sebab yang rampas is bukan aku tapi kau” balasnya. Siapa rampas siapa. Aku tak rampas kekasih dia tapi dia rampas suami aku. Jadi siapa yang rampas siapa sekarang ni?
“terpulanglah pada kau nak kata aku perampas ke, penyamun ke. Aku nak rehat. Thanks sebab sudi datang melawat BAKAL ex-wife Is k” sengaja aku tekankan perkataan bakal itu. maksudnya satus aku masih lagi isteri Tg Iskandar.
“ok. No problem. Nak juga i tengok you sebelum kitorang nikah next month. nanti I hantarkan kad undangan yang paling special untuk you. you kena datang tau. I happy tengok you macam redha je. tapi memang patutlah kan. You’ll kahwin pun terpaksa. Is pun bukan cintakan you” nampaknya kami saling menyakiti. Sedap je mulut minah ni. Nak je rasanya aku tenyek dengan cili api. Biar berasap. Belum sempat aku meyambung kata.
“Sayang...” serentak kami berpaling. Tg Iskandar dimuka pintu kemas dengan gaya santai. Hanya bert-shirt putih berkolar bersama jeans biru. Dia nampak cukup bergaya dengan apa gaya sekalipun. Maklumlah pasangannya juga jenis orang yang mementingkan gaya. Tak hairan pun. Lantas ku larikan pandangan mataku dari melihatnya. Masih berjauh hati. Tahu bukan aku yang digelarkan sayang.
“penat I cari you. Ingatkan ke toilet” ucap Tg Iskandar menghampiri kekasih hatinya.
“i saja datang lawat wife you.” Lunak suara Linda sambil tangannya melingkari pinggang Tg Iskandar. Selamba je tak malu langsung. Aku juga makan hati bila melihat kebahagiaan insan di hadapanku. Aku menghadap jendela lagi. Sengaja aku buang jauh-jauh pandangan tadi. Sakitnya hanya tuhan yang tahu.
“ni apasal berdiri kat tepi tingkap. Sejuk. Kau kan sakit” Tg Iskandar menghampiri. Linda hanya memandang sambil mencebik. Aku diam. Kalau aku bercakap bimbang pulak airmata aku tumpah. Mana boleh tumpahkan airmata depan Miss SS ni. Jatuhlah martabat aku.
“aku nak balik. Nanti aku datang lagi” ucapnya lembut. Aku langsung tidak bertindak balas. Terus kaku merenung alam ciptaan tuhan. Tg Iskandar menarik tanganku. Tidak puas hati bila aku langsung tak berkata apa-apa. Angguk pun tak. macam patung cendana.
“kau dengar tak apa yang aku kata ni. Rehat cukup-cukup.” Ujarnya lagi.
“dahlah is. Dia bukan budak kecik. Pandai lah dia jaga diri. Jomlah. Kata nak teman I Shopping” rengekkan Linda membuatkan aku rasa nak baling dia dengan selipar.
“pergilah balik” akhirnya aku bersuara lemah. Lagi lama mereka di situ, lagi merana jiwa dan raga aku. Sakit rupanya bila bertepuk sebelah tangan.
“esok aku datang lagi. Nanti aku belikan piza untuk kau k” ucapnya sambil menghadiahkan senyuman manis padaku. Masih ingat rupanya aku sukakan piza. Aku angguk perlahan. Terubat sedikit hati aku. Tapi sikit jelah tak banyak. Tg Iskandar mula mengatur langkah.
“Is” panggilku. Langkahnya terhenti. Dia berpaling. Aku hulurkan tangan. Lambat-lambat dia menyambut mungkin kerana dihadapan kami ada kekasih hatinya.
“cepatlah is” panggil Linda. Kurang senang melihatku. Terus aku kucup tangan suamiku. Bukankah syurga isteri itu di telapak kaki suaminya.
“jaga diri” pantas tangannya ditarik sebelum dia meraih tangan Linda. Memegangnya erat sambil beriringan berjalan meninggalkan aku. Ya Allah, ujian apakah ini. entah kali ke berapa airmata menitis lagi. Aku mahu jadi tabah seperti Puteri Batrisya yang dulu. Tapi nyata kini aku tak mampu. Aku hilang dalam rasa cinta yang mula berbunga tapi sayang bunga itu dibajai dengan racun. Sakitnya melawan rasa sayang bila hati mula terkenang. Andai dapat ku undur masa, tidak mahu aku jatuh cinta pada dirinya. Tapi cinta itukan buta. Bila tiba saat n ketika, aku terpaksa akur dengan rasa yang hadir dalam jiwa. Tapi mungkin silapku dulu membawa derita kini. Apakah ini hukuman untuk kesalahanku dahulu. Khilafku kerana tidak mengenali siapa dia sebelum aku mengadilinya. Kini segalanya bagai terlambat. Wahai hati.... izinkanlah suamiku bahagia bersama orang yang dia sayang. Aku redha menerima suratan andai antara kami sudah tiada ikatan suatu masa nanti. Menangialah Risya selagi kau mampu menitiskan airmatamu. usah bebankan hatimu andai kau tidak mampu berbuat begitu. Sesungguhnya Allah itu dekat. Dia mengabulkan permohonan orang yang berdoa kepada Nya. Maka hendaklah kamu memenuhi perintahNya dan beriman kepadaNya agar kamu selalu berada dalam kebenaran. Surah Al-baqarah ayat 186. Ya Allah andai dia memang jodohku maka dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku redhakanlah hatiku dengan ketentuanMU.

p/s: sapa yg dh hilang mood tu????.... alahai kesiannya...... cerita belum sampai penghujungnya.... selagi perjuangan blm tamat, masih ada harapan yang tersirat. btl x???? hihihihihi.... 

Assalamualaikum buat semua pembaca dan peminat novel WH (warna hatiku)... dukacitanya nani maklumkan di sini, novel ini dihentikan penulisannya di sini kerana dalam proses membentuk manuskrip untuk dibukukan. buat semua yang rasa sedih dan kecewa nani mohon jutaan kemaafan. buat yang sentiasa bertanya dan tertungg-tunggu WH nani ucapkan ribuan terima kasih. Insyaallah Tengku Iskandar dan Puteri Batrisya akan menemui anda dalam bentuk bercetak... doakan nani berjaya untuk menyampaikan novel ini dengan sangat baik.


NANIEY TJ

WARNA HATIKU 30


Aku membuka mata perlahan. Kepalaku terasa berpusing. Aku mula terasa mual. Mungkin kerana perutku kosong. Pandanganku samar-samar. cahaya sudah masuk ke ruang bilik. Tubuhku terasa sejuk. Kutarik selimut rapat ke leher. Tangan Tg iskandar yang melingkari pinggangku kemas kubiarkan. terasa tubuhnya begitu rapat dengan belakangku.

“Is..., Is” panggilku. Dia masih lena.

“Is,” aku goyangkan sedikit tangannya. Cuba mengejutkannya

“ada apa?” mamai suaranya.

“dah pagi. Kau tak nak pergi pejabat ke?”soalku lemah. Nak bangun pun aku tiada tenaga. Kepala terasa berpusing-pusing. Peningnya. Terasa peluh sudah membasahi tubuhku.

“aku rasa tak sihat. Aku ambil cuti hari ni”ujarnya perlahan sambil menyambung lena. Pelukannya di kemaskan.

“Is, kepala aku sakit” aduku bila terasa teramat sakit.

“sakit sangat ke?”soalnya dalam mamai. Rasa cam nak menangis pulak bila dia menyoal acuh tak acuh.

“emm”aku angguk. Kembali memejam mata. Terasa tangan kasarnya menjamah kepalaku.

“panas sangat ni. Kita pergi hospital”ujar tg iskandar. Terus dia bangun dari pembaringannya. Aku geleng.

“aku tak apa-apa. kepala je rasa pening”ucapku dengan mata terpejam.

“tapi,tubuh kau panas sangat ni. Aku tak kira, kita mesti pergi hospital” katanya tegas. Tg iskandar turun dari katil. Bersiap seringkas mungkin. Dia tarik tanganku.

“aku tak larat nak bergerak.”ujarku dengan suara yang benar-benar lemah. kepalaku terus terasa berpusing. Tubuhku terasa ringan. Tg iskandar mendukungku ke kereta.

“Ya Allah. Kenapa ni Tuan” kedengar suara Mak Jah cemas sebaik saja sampai di ruang tamu.

“Tolong saya Mak jah. Puan demam” pinta Tg Iskandar. Mak jah hanya menurut. Aku sudah tidak sedarkan diri ketika sampai di hospital. Entah apa yang terjadi aku sendiri tiadk pasti. Yang pasti duniaku gelap.

********************************************

Aku mencelikkan mata perlahan. Rasa sakit sudah berkurangan

“kat mana ni?” gumanku perlahan

“puan dah sedar?” aku lihat di sebelah katil. Seorang jururawat cantik manis tersenyum padaku.

“mana suami saya?”soalku padanya. Entah mengapa dia akan mula-mula melintas dalam fikiranku.

“suami puan ada kat bilik sebelah. Masih tidur”ujar jururawat itu. bilik sebelah. Dah tak ada rumah ke nak tidur kat wad pulak

“kenapa dengan dia?”soalku.

“tak ada apa. Cuma suami puan kurang rehat. Tubuhnya lemah. Tadi dia pengsan.” terang jururawat itu.

“saya nak tengok dia” rasa risau pantas memburu. Aku cuba bangun. Tapi di halang oleh jururawat itu.

“puan kena banyak berehat. Puan demam panas. Lagipun suami Puan tengah tidur. Bila dah sedar nanti saya beritahu” pujuk jururawat itu. Aku kembali berbaring. Berharap Tg iskandar tidak apa-apa. Perlahan ku alih pandangan pada tanganku yang terasa sakit. Kulihat ada jarum yang tertusuk di tanganku. Cecair putih mengalir dari tiub yang bersambung dengan jarum itu. Tanganku terasa sengal. Aku kembali menutup mata. Cuba menghilangkan rasa sakit yang bagai mencucuk seluruh tubuhku. Akhirnya aku kembali lena dengan mimpi indah.

************************************************

“Hai”ada suara yang menyapaku saat aku mula membuka mata. Tg Iskandar duduk di kerusi di sisi katil. Sedang tersenyum padaku. Aku memandangnya. Perlahan tanganku merayap ke dahi kemudian jatuh ke pipi Tg Iskandar.

“kau ok?”soalku bimbang. dia tarik tanganku. mengenggam erat seketika sebelum melepaskannya.

“aku ok. Kau macam mana?”soalnya padaku. Aku angguk.

“tulah main hujan lagi” aku senyum.

“kau lah. Nampak cam kuat. Isk. Tak sangka boleh pengsan”

“sebab kau berat sangat” Tg Iskandar bergurau. Aku mencebik.

“kita makan”ajak Tg Iskandar. Aku angguk. Baru terasa Perutku pedih. Sejak semalam aku tidak menjamah makanan. Tg iskandar membantuku untuk bersandar.

“Tadi Mak Jah hantarkan bubur dan sup ayam.” Tanpa dipinta Tg Iskandar berkata.

“kau dah makan?”soalku.

“belum. Aku tunggu kau”ujar tg iskkandar. Tg iskandar menghulurkan mangkuk kepadaku. Dengan payah aku menyambut. Aku suapkan ke mulutku. Seleps itu ku suakan pula padanya.

“makanlah. Aku tahu kau lapar.”ujarku. dengan selamba Tg Iskandar membuka mulut. Aku tersenyum.

“bila kita boleh balik?”

“aku dah boleh balik petang nanti. Kau mungkin dua hari lagi kat sini.”

“alah aku tak nak duduk kat sini lama-lama.” Rengekku. Berharap dia memahami

“kenapa? Kau akan rindukan aku?” usik Tg Iskandar

“tak ada maknanya nak rindu kau. Cuma aku ni jenis tak suka duduk diam”saja aku beralasan.

“sori baby,nak tak nak kau kena tinggal sini sampai demam kau kebah ok. Nanti aku datang lawat kau hari-hari takpun aku suruh zailan datang temankan. Ok?.”ujar tg iskandar. Zailan?. Masalahnya aku tak nak tinggalkan hospital lama-lama. Tak suka.

“please Is, kau tolong cakap kat doktor aku nak balik, aku dah sihat ni” rayuku pada Tg Iskandar. Tg Iskandar geleng. Bertegas dengan kata-katanya

“please”rayuku lagi.

“no. Bila dah betul sihat baru boleh balik” kali ini suaranya kedengaran tegas. Maknanya keputusannya muktamad. Aku tarik muka. Mangkuk di tangan ku letakkan ke meja. Sudah tiada selera menghabiskan bubur yang tinggal separuh.

“makanlah lagi”pujuknya. Dia ambil mangkuk di atas mejaku. Aku buat tak tahu. Entah kenapa aku terasa ingin merajuk.

“please, kalau kau sakit aku jugak susah kan. Tengok tadi, kau dah susahkan aku tau”ucap tg iskandar. Aku menyusahkan. Sampainya hati dia cakap macam tu. Aku bukan sengaja nak susahkan dia.

“lain kali kau jangan tolong aku kalau kau rasa aku menyusahkan kau.”marahku padanya. Hati rasa sakit. Tg Iskandar agak terkejut. Dah lama aku tak marah dia.

“ok. Aku tak nak gaduh dengan kau. Ni hospital ok. Tempat orang sakit. Suka hati kau nak makan atau tak. tapi kau tetap kena duduk hospital sampai kau betul-betul sembuh. Aku pergi dulu.” dia mendengus geram dengan sikap degilku yang masih belum berkurangan. Tg Iskandar bangun. Terus meninggalkanku sendiri di bilik. Tanpa sedar cecair hangat mengalir di pipi. Sampai hati kau Is. Langsung tak fikir pun hati aku. Hatiku merintih sayu. Terasa jauh hati dengan Tg Iskandar saat itu. terus aku baring semula ke katil menyelimuti seluruh tubuh dan menangis semahunya. Sungguh aku makin sensitif. Orang kata ayat suci Al-quran dapat lembutkan hati. Mungkin kerana amalan membaca Al-quran tiap-tiap malam berjaya melembutkan hati aku yang dulu seperti batu.


p/s : tq sudi membaca n tinggalkan komen......

NANIEY TJ

Tuesday, February 8, 2011

HILANG


apa khabar hati aku hari ini????

sihat tp sedih.....

aku tak tahu knp perlu bersedih...tp saat ini itulah yg aku rasa.....

smlm aq b'bicara dgn seorg shbtku...

b'tnyakan khabarnya setelah dia khilangan insan yg amat di kasihi....

kataku aku tahu apa yang dia rasa saat itu.... krn aku juga prnh m'galaminya suatu detik dahulu...

tp jwnpnnya pdku..tidak sama... dia hilng tmpt bergntung.... sungguh aq x meragui kata-katanya...

ada kebenaran pada kata-katanya....

gelak tawa dihujung bicaranya bagai sebuah sendu ditelingaku…. Aku dapat merasai perasaannya kala itu….. kerana aku juga sama….

Merasai kehilangan yg cukup payah….

Mata yang mengiringi pemergian dia, insan yang aku sayang sampai kini bagaikan tayangan drama di ruang mata....

biarpun bibir mampu tersenyum tp x siapa tahu hati yg menangis.....

aku benar2 tahu apa ertinya perpisahan itu

kata-kata dia membawa aku jauh mengingti memori luka... memang kehilangan aku tidaklah seperti kehilangannya….. dia hilang tempat bergantung tp aku hilang tempat mengadu….

ku selak satu persatu kamus hidupku....

sungguh dlm beberapa thn ini aku hilang nikmat kegembiraan...

hidup aku di selimuti bayangan ketakutan…kesedihan….

byk airmata aku tumpah krn aku tdk kuat m'hadapi sgla masalah.....

saat ini aku masih mencari diri aku yang tidak pernah ku temui….

Siapakah aku??? kenapa aku tidak mampu menjadi insan dahulu….

Hidup dengan penuh ketabahan…..aku titipkan padanya kata2 agar dia tabah…. Tapi benteng ketabahan yang selama ini kudirikan kian melebur hari demi hari…..

Aku manusia…. Aku perempuan…

punya perasaan n hati yang begitu halus….

Tp siapa yang tahu hati aku???? Kawan? Sahabat? Ibu? Ayah? Kakak? Adik?....

adakah mereka tahu?

Apa Khabar hatiku saat ini????

Sakit……

Dunia ini banyak mengajar aku erti duka…..

supaya aku bisa mencari bahagia….

Duniaku di penuhi warna2 suram….

Oleh itu aku sentiasa m’hiasi alam ciptaanku dengan warna-warna terang…..

nampak indah tp segalanya palsu…..

Dimana lebihnya aku hingga diberi ujian yang cukup berat ini????

Temanku pernah berkata…

Allah akan menguji setiap insan yang mengakui keimanan kepadaNya….

Dan dia tidak akan menguji melebihi kemampuan hambaNya…. Tapi kenapa aku rasa ingin rebah????

Aku buntu Ya Allah…m’cari jalan penyelesaian yang tiada di pandangan….

Aku lemah Ya Allah…. Terus menunggu jawapan yang tersembunyi…..

Hati aku sakit…..

Apa Khabar hati anda detik dan ketika ini?

Mengapa masih mengeluh…… kenapa begini??? Kenapa begitu???

Tidak tahukah kita erti kesyukuran…..

bersyukurlah selagi kita masih mampu memiliki kebahagian….

Kerana bahagia itu bukanlah milik kita yang abadi…

jika tersilap langkah..maka ia akan pergi……


p/s : skdr luahan hati tika bersendiri......