THANK YOU

Friday, November 25, 2011

Perjalanan Baru Bermula


Tahun baru islam menjelma lagi. Apakah anda semua sudah bersedia dengan azam dan cita-cita untuk tahun yang bakal berganti? Atau masih tercari-cari siapakah anda?, Apa yang ingin anda capai?, Bagaimana kehidupan yang anda inginkan?. Sudah banyak perkara yang kita alami sepanjang perjalanan hidup kan. Ramai juga manusia yang telah pergi dari kehidupan kita. Mungkin antara kita masih mengenangi sejarah lama. Kenanglah. Tetapi jangan lupa terus pandang ke hadapan. Bina cita-cita dan impian anda. Jangan terus-terusan mensia-sia masa dengan kenangan lalu.

Jika ditanya pada nani

Apakah azam untuk tahun baru ini?

Nani dah sediakan jawapannya. Nani nak berusaha menukarkan manuskrip Cinta Darmia dalam bentuk buku dan melihat novel tersebut tersusun indah di kedai buku. Mungkin ramai yang bertanya, takkanlah masa setahun yang dah berlalu, nani masih tak habis-habis dengan CD. Untuk pengetahuan semua pembaca, nani juga tidak menyangka nani mengambil masa yang sangat lama untuk melengkapkan CD. Banyak perkara yang perlu dibaiki dan di tambah. Akhirnya idea yang bergumpal antara satu sama lain dapat nani rungkaikan. Terima kasih nani ucapkan pada Miss Ran yang terpaksa menadah telinga mendengar idea nani. Tak lupa pada rakan-rakan lain yang turut berkongsi rasa dalam nani menyiapkan manuskrip ini. Masz, Akma, Latifah dan rakan-rakan lain. Tak lupa pada pengomen yang setia. Nani sekarang tengah menunggu jawapan dari satu syarikat penerbitan. Jika mereka suka, Alhamdulillah. Jika tidak, terpaksalah nani cari syarikat lain yang berminat. Mohon anda doakan kejayaan CD k.

Perasaan sekarang?

Berdebar-debar tunggu jawapan dari syarikat penerbitan. Rasa bersalah buat semua tertunggu-tunggu karya nani di blog. Apa yang boleh nani katakan sekarang, Nani akan berusaha menyudahkan My Boss My Love di blog. Manakala Warna Hatiku dalam proses memanjangkan cerita ini dan nani nak bekukan dahulu cerita ini. Nani tahu ramai yang akan marah dan kecewa dengan keputusan ini tetapi sebagai seorang penulis, tipulah jika nani tiada perancangan masa depan. Nani punya cita-cita yang besar untuk melihat semua cerita nani di bukukan dan dikongsi dengan lebih ramai manusia di luar sana. Sekurang-kurang nani dapat menyimpan dan merasai hasil titik peluh nani memerah idea untuk menghasilkan sesuatu karya. Jika dahulu memang tujuan Nani buat blog semata-mata ingin berkongsi karya-karya nani dengan pembaca, tetapi sekarang Nani masih ingin berkongsi karya dengan anda tetapi ada sesetengah karya tak dapat nani kongsi sepenuhnya di blog. Kerana nani nak lebarkan sayap dalam dunia penulisan. Tak salah kan?

Apa yang nani ingin pinta dari semua pembaca adalah DOA agar nani berjaya mencapai cita-cita nani dan minta MAAF jika sepanjang nani berblog serta ada coretan nani yang menghiris hati mana-mana pihak.

Rasanya cukuplah nani bercerita perihal nani. Sekarang nani nak tahu pulak dan harap anda sudi menjawabnya. Mungkin nani bukankan blogger yang ramah tetapi untuk kali ini, jom kita berkenalan. Jadi silalah jawab soalan kat bawah ni.

Apakah azam anda untuk tahun baru ini? Dan perasaan anda lepas baca entry ni?

Ada tak yang kenal Naniey TJ kat sini?? hahahaha


p/s : esok perjalanan pulang ke kampung bermula. 8 jam akan berada di dalam kereta. nani mohon doa dari kalian. mudah-mudahan selamat sampai ke destinasi. AMIN.

Wednesday, November 16, 2011

DIA ADAMKU

Aku ingin lupakan segala kebodohanku spanjang usia ini
Ingin mensyukuri segala perkara yg sudah berlaku, akan b'laku dan bakal berlaku,
Menerima segala kebodohan itu sebagai suatu pengalaman hidup,
Pernah suatu ketika aku menjadi manusia sombng....
Hidup mendongak ke langit..
Tapi kini aku telah jauh dari kesombongan itu
Kembali menghitung satu persatu kenangan yang tersisa...
Termasuklah dia sebagai kenangan m'genai kebodohanku....
Apakah harapan aku harus putus di sini
Atau aku terus berharap......

Usiaku makin jauh berlari.....
Sejauh pemikiranku yang sentiasa memikirkan realiti....
Kehidupan ini ibarat perjudian...
Kadang-kala kita menang dan tak mustahil kita kalah
Aku telah merasai kemenangan itu dan juga kekalahannya.....
Tapi aku masih perlu meneruskan perjalanan....
Sendirian menemui cinta abadi penciptaku....
Sampai masa dan ketika
Bila tiba janjinya menentukan siapa Adamku....
Aku tak mungkin akan mengulangi sekali lagi kebodohan dalam hidupku.
Kerana aku tahu DIA telah menentukan ADAMKU......

Tuesday, November 15, 2011

Pantun cinta illusi



Pohon selasih daunya rendang

Dipetik orang dibawa pulang

Ku cari kasih ku cari sayang

Tapi kemana ia menghilang


Kayu bakar si kayu arang

Buat hiasan ditepi bendang

Lama ku tunggu kasihnya orang

Ibarat melukut tepian gantang


Tinggi melambai pohonan meranti

Di ambil orang ditepi kali

Aku masih setia menanti

Sudikah dikau untuk kembali


Buah manggis berbuah lebat

Dicuri sebiji oleh si murat

Aku bukan wanita hebat

Memberi cinta tanpa syarat


Hangat lilin membakar diri

Membawa pergi luka dihati

Telahku nanti dikau kembali

Hingga kini aku sendiri


Rasa ini hanya hiasan

Teman hati di waktu pagi

Pergilah kasih pergilah intan

Janganlah dikau menoleh lagi


kelam malam ku tadah tangan

Memanjatkan syukur padaMu Tuhan

Aku masih terus berjalan

Mencari pelangi dibalik awan


Indah sungguh si matahari

Menyinar terang dikala pagi

moga bertemu kasih dicari

Memang itu janji Illahi……….


p/s : nmpk sgt xde bkat b'pntun....kihkih... slme ni suka ciplak org pnye.... xsngka plk ble bt sndri lain jdnya...pe2 pn nk kongsi jgk ngn p'baca..... plisss jgn p'tikaikan.... i malu tau

my bos my love 8


Aku melangkah ke ruang pejabat seperti biasa hari ini. Sedaya –upaya aku cuba melupakan kisah semalam. Hari ini, aku kembali sebagai diriku yang dahulu. Cermin mata purba kembali menghiasi wajah. Aku tidak ingin menjadi Maslin yang baru. Aku lebih selesa begini. Jauh dari pandangan galak lelaki.

“Lin, masuk kejab” aku tersentak. Awalnya dia sampai. Perlahan aku berjalan ke ruang kamar Tengku Hairil. Bersedia mencatat segala arahannya. Lama aku menanti dia bersuara. Namun sepatah pun belum keluar dari bibirnya.

“Hari ni Tengku tak ada apa-apa appoiment. Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu” suaraku begitu dingin. Sudah tidak berminat untuk menunggu lebih lama di situ.

“Lin” panggilan itu menghentikan langkahku. Aku kembali menghadapnya. Tengku Hairil bangkit dari duduknya. Berjalan perlahan menghampiriku.

“you ok?” soalnya. Mestilah tak ok. Kenapalah lelaki ni tak reti bahasa. Isk.

“you dengar tak I tanya ni?”

“macam yang tengku tengok. Saya keluar dulu” Balasku. Canggung untuk berlama di situ. Pantas Tengku Hairil menangkap pergelangan tanganku. Dia ni pantang ada peluang, asyik nak sentuh-sentuh aku je.

“lepaslah.” Aku tarik tanganku. Namun dia buat muka tak bersalah. Makin kemas tanganku dalam genggamannya.

“Tengku tolong hormat saya boleh tak?. Kita sekarang kat pejabat.”

“kau masih marahkan aku”

“forget about it, ok. Saya anggap ia tak pernah jadi” balasku.

“really? Habis kenapa perangai macam ni?” kalaulah aku ni bos, hari ni jugak aku pecat Tengku Hairil kerana menggugat ketenteraman hati aku.

“Boss, tolong lepaskan tangan saya, please.” Ok, Maslin yang lama dah datang. Mungkin bila perangai macam ni, baru dia tak banyak soal kot.

“kau dah tak marahkan aku?”

“ya”

“dah maafkan aku?”

“ya” bosannya soalan. Berapa lama lagi nak kena mengadap ni?

“kau akan terus kerja untuk aku?”

“ya”

“kita nikah?”

“tidak!” oooo, sesuka hati nak mainkan aku. Aku ni di kategorikan dalam perempuan cerdik dan tak mudah terpedaya tau.

“Hairil……..” kami tersentak. Aduh, bala sudah sampai. Matilah aku. Pantas tangan Tengku Hairil ku rentap.

“I tak sangka ada orang buat drama kat sini” Tengku Malisa melangkah masuk dengan sombong.

“selain setiausaha, you memang dibayar gaji untuk goda tuning orang ye?” soalnya padaku.

“jaga sikit mulut you. Yang you masuk pejabat I tak ketuk pintu ni kenapa?” soal Tengku Hairil.

“I cari you sayang. Semalam kenapa balik awal sangat? Tak sempat nak bergambar pun” cepatnya angin perempuan ni berpindah. Kejab macam hitler kejab jadi minah caring.

"I ada hal" balas Tengku Hairil. matanya melirik ke arahku. meluatnya. sakit betul hati aku dengan dia ni. boleh tak pura-pura hilang ingatan.

"kesian I, bergambar sorang-sorang" aduhai dah macam kucing parsi aku tengok. bergesel-gesel.

“Saya keluar dulu” rasanya itu adalah jalan terbaik sebelum aku muntah darah tengok lagak perempuan ni.

“ok, better you buat kerja you sebagai setiausaha.” Sindir Tengku Malisa. Suka hati kaulah Malisa. Malas aku nak layan. Menyemakkan mata je. Aku terus berjalan selamba keluar dari bilik Tengku Hairil.

********************

Keesokkan harinya.

Pangggg!!!!!

Pipiku terasa perit dan panas. Tengku Malisa memandangku garang.

“ini balasan untuk perempuan yang tak sedar diri macam kau. Kau tahukan Aril tu tunang aku. So, kalau kau berani goda dia lagi siap kau” Tengku Malisa memberi amaran keras padaku. Dia ingat dia siapa. Sesuka hati menampar orang.

“saya tak sangka orang berdarjat macam Tengku sanggup buat benda yang tak bermaruah ni” ucapku dengan senyuman sinis.

“apa kau cakap?”

“saya takkan ulang apa yang saya cakap. Baik Tengku dengar baik-baik. Saya bekerja dengan Tengku Hairil. Jadi kat sini tidak pernah timbul isu mengoda. Sebelum tengku tuding jari pada saya, baik Tengku cermin diri Tengku dulu.” Ucapku lancer. Dia ingat dia boleh pijak kepala aku. Jangan harap.

“kurang ajar” sekali lagi tangannya singgah ke pipiku. Pantas aku cengkam kemas tangannya dari mendarat kali ke tiga ke pipi mulusku.

“Tengku ingat. Negara kita ada undang-undang. Jangan sampai saya failkan kes ni ke mahkamah” ugutku. Mataku garang merenungnya.

“Kau ingat aku takut”

“dan tengku jangan ingat saya tak berani. Ramai yang boleh jadi saksi saya kat sini”

“you are bitch” pantas dia merentap tanganku dan terus berlalu dari situ. Terduduk aku di kerusi. Terkejut menerima tamparan yang tidak ku sangka-sangka.

“Lin, you ok ke?” soal Amy.

“aku tak apa-apa” aku membalas.

“bibir kau pecah ni. Ya Allah perempuan tu memang gila. Habis calar pipi kau. Aku letakkan ubat k” ucap Amy. Aku geleng.

“sikit je. Aku tak apa-apa. Aku nak ambil cuti la hari ni. Kau tolong cakap kat bos k.” ucapku lantas mencapai beg tanganku di meja. Amy hanya mengangguk tanda faham. Malu juga aku lalu di depan Staf yang lain dalam keadaan pipi yang merah dan bibir yang pecah. Namun aku gagahkan juga kaki untuk melangkah.

Aku singgah ke tandas terlebih dahulu untuk memeriksa pipi dan bibir yang terasa pedih. Kurang asam boi betul perempuan tu. Habis calar balar pipi aku. Kalau dan kuku macam Pontianak mana tak calar. Apalah nasib aku. Sampai kena belasah macam ni. Apa salah aku agaknya. Ada rasa sedih menyelinap dalam diriku. Kenapa orang kaya selalu nak tindas orang macam aku ni. Kenapa? Tiba-tiba telefon bimbitku nyaring menyanyikan lagu Matahari. Aduhai siapa pulak call sangat emosi aku tengah terganggu ni. Alamak Bos.

“helo” aku menjawab

“kau kat mana?” amboi bos, tak ada salam terus Tanya lokasi aku.

“mmm….on da way nak balik rumah ni. Bos saya atas motor ni. Tak boleh cakap lama-lama. Saya ambik cuti hari ni, ada hal. K bos. Assalamualaikum.” Terus aku matikan talian. Fuh, selamat. Kalau bos Tanya macam-macam nanti tak ke naya aku. Muka yang bercalar ku sabu bedak compak yang selalu aku bawa di dalam begku. Tebal-tebal. Biar tutup semua kesan. Nanti kalau mak aku tengok tak pasal-pasal perempuan kurang asam tu kena belasah. Dah. Setelah puas hati aku terus melangkah keluar.

“aahhhh!!! Hantu tak ada kepala” jeritku terkejut.

“aku orang. Bukan hantu.”

“bos… bos buat apa kat sini?” soalku. Alamak Nampak sangat kantoi aku tipu dia.

“saya pun on the way nak balik” balas Tengku Hairil. Padan muka aku kena perli.

“oh ye ke?”

“apasal tiba-tiba nak cuti?” soal Bos.

“kucing saya sakit perut bos. Nak bawa dia pergi klinik.” Huh. Cam pelik jew. Mamat ni pun dah berkerut dengar alasan aku.

“eh, salah. Maksud saya, mak saya bos. Senggugut” mak aku bukan dah monopus ke. Alahai lantak lah. Aku tengah tak ready nak bagi alasan ni. Alahai bos ni.

“mak kau senggugut ea? Bahaya tu. Jom aku hantar kau balik” tanganku di tarik.

“eh, bos, tak payah..tak payah. Skuter saya dah sedia berkhidmat”

“tak payah. Tinggalkan je. Aku hantar. Takkanlah nak bawa mak kau naik skuter. Kesian Mak kau tu” ya Allah kenapa la mamat ni degil sangat.

“bos, saya boleh balik sendiri.”

“jom. Jangan nak melawan.” Tengku Hairil terus tarik tanganku ke tempat parking. Akhirnya selamat juga aku masuk ke perut Honda Civic miliknya. Terus Tengku Hairil memecut laju keretanya.

“bos nk g mana ni”

“nak g farmasi jab. Kejab k” lambatnya perjalanan. Kalau boleh aku nak cepat sampai rumah. Nak tenangkan jiwa yang kusut. Perlahan ku pejamkan mata yang terasa berat. Entah bila aku terlena. Sedar-sedar aku sorang-sorang kat dalam kereta. Boleh pulak bos bersenang lenang kat depan keretanya. Terus aku buka pintu.

“kita buat apa kat sini bos? Saya nak balik” ucapku.

“dah bangun. Tak sampai hati aku nak kejutkan kau tadi. Mari sini jab” arah Tengku Hairil.

“ada apa bos?” soalku. Terus aku menghampirinya.

“tolong buka” arah bos. Tanpa banyak songeh aku buka buka penutup botal mineral dan aku serahkan kembali padanya. Aku hanya memerhatikan Tengku Hairil membasahkan sapu tangannya.

“apa ni bos?” soalku bila sapu tangan itu menghala ke arahku.

“sini. Duk diam-diam.” Bos tarik tangan aku agar aku berada di depannya.

“tak nak la macam ni bos. Tadi bos kata nak hantar saya” aku membantah.

“mak kau dah ok. Aku baru je telefon dia.”

“hah? Bos telefon mak saya?” kantoi aku menipu. Aduhai. Apa lah nasib aku dapat bos macam ni.

“kenapa tak bagitahu Malisa serang kau?” aku terkejut beruk. Mana pulak mamat ni tahu. Tadikan dia ada meeting dengan Syarikat Qistal.

“mana bos tahu?”

“tak payah Tanya mana aku tahu. Jawab soalan aku”

“sikit je” balasku. Aku tahan tangan bos yang ingin mengelap mukaku.

“macam ni sikit. Pipi kau ni dah bengkak”

“sakitlah bos” aku cuba melarikan wajahku. Tangan Tengku Hairil masih sibuk mengelap mukaku dengan tisu. Dah banyak kali aku tepis. Namun tangannya ligat bekerja. Sebelah lagi memegang kemas lenganku.

“Tahu pun sakit. Yang kau biarkan dia tampar kau kenapa?”

“bos, tak naklah. Sakit”

“siapa suruh make up tebal-tebal. Nak tanggalkan pun susah”

“saya tak nak mak saya tengok. Nanti dia bising”

“oooo tak nak mak nampak. Biar je mak kau Nampak. Baru padan muka perempuan tu.”

“tak baiklah bos ni. Diakan tunang bos”

“duduk diam-diam boleh tak?” muka bos dah mula serius. Tak boleh langsung sebut pasal tunang.

“kita buat laporan polis k”

“tak nak!” bantahku.

“perempuan gila tu serang kau pun, kau masih nak diamkan diri lagi. Ni la susahnya kalau suka sangat jadi baik hati. Kena tindas pun biarkan je” membebel la pulak mamat ni.

“dah dah la tu bos. Nak buat macam mana dah nasib saya cam ni”

“banyaklah kau. Aku ajak repot kau tak nak. Biarkan je dia tindas kau”

“saya bagi peluang dia ubah sikap dia”

“tak ada maknanya perempuan tu nak berubah. Lagi teruk adalah”

“bos!!! sakitlah!”

“sakit ea? Sori. Muka kau yang cantik ni dah habis calar” puji Tengku Hairil. Alahai malu la pulak. Cepatnya marah kat hati aku ni surut ye. Mana tak surut kalau dah terlebih caring. Terbuai-buai rasa hati. Tapi dia milik orang.

p/s : huhuhuhu

Siapa Di Hati 3


Seminggu kemudian aku berangkat ke Australia menyambung pelajaranku. Pemergianku hanya ku khabarkan kepada keluarga sahaja. Rizal tidak pernah tahu yang aku mendapat tawaran ke luar negara. Sengaja aku rahsiakan darinya. Setahun aku di Australia, aku mendapat khabar, Nadhirah telah mendirikan rumah tangga. Beberapa hari aku menangis. Hatiku hancur lebur kala itu. Tapi aku tetap mendoakan agar Rizal dan Nadhirah bahagia selalu.

Selepas aku habis belajar, aku tidak terus pulang. Aku bekerja setahun di Australia. Menyembuhkan hati yang masih terluka. Masih belum ada keyakinan untuk bertemu dengannya. Akhirnya aku pulang jua ke tanah air. Aku peluk erat tubuh mak dan ayah. Mak menangis di bahuku. Sudah 4 tahun aku tidak bertemunya. Rinduku begitu menebal pada mak. Mata ayah juga merah menahan tangis. Maafkan aku, mak, ayah. Kerana terlalu mengikutkan hati hingga lupa tugas dan tanggungjawabku sebagai seorang anak. Aku kini sudah berubah. Berada jauh dari keluarga banyak mengajarku tentang kehidupan. Aku kini sudah bertudung. Alhamdulillah, Allah bukakan pintu hati dan memberiku hidayah agar berhijrah ke kehidupan yang lebih baik dengan sentiasa melaksanakan amal makruf nahi mungkar. Kalau dahulu rambutku pendek seperti lelaki, kini aku simpan panjang hingga ke paras pinggang. Zaman remajaku sudah tamat. Jadi aku merasakan sudah tiba masanya untuk aku berubah. seminggu lagi hari raya. Tahun ni dapatlah aku sambut raya dengan mak dan ayah serta abang-abangku. And tak lupa jugak kakak-kakak ipar dan anak-anak buahku yang comel. Kesemua abangku yang seramai 4 orang tu dah kawin. Semua dah ada anak kecuali abang Yazir yang masih honeymoon. Baru 3 bulan kahwin.

2 hari sebelum raya, Nadhirah dan mak usu datang. Gembira sekali mereka dapat bertemuku. Nadhirah dah ada anak. Mohd Syauki namanya. Umurnya baru setahun. Nadhirah memberitahuku suaminya akan sampai malam raya. Ada hal katanya. Tapi aku pelik, kenapa Nadhirah tidak balik ke rumah Rizal. Tu kan rumah mertuanya. Tapi aku diamkan saja. Bimbang jika dikatakan menghalau. Biar jelah.
Meriahnya. Dah lama tak rasa suasana macam ni. Aku duduk di tangga memerhatikan anak-anak buahku bermain bunga api. Selepas saja mengumuman raya msing-masing dah mula menyibukkan diri. Abang-abangku sibuk membakar lemang, rebus ketupat, buat rending. Macam nak buat sambutan raya besar-besaran. Mungkin juga untuk meraikan kepulanganku. Terasa benar kemeriahannya. Maklumlah esokkan raya. Bising je mulut diaorang berceloteh dengan ayah. Macam DJ radio lagaknya. Mak, mak usu dan Nadhirah pulak dekat dapur sedang buat kuih baulu. Kakak-kakak ipar aku pulak ada yang duk pasang langsir, isi biskut raya dalam balang ada yang sedang pasang sarung kuisyen. Aku je yang duduk termenung kat tangga.

“Chek Su, jomlah main” ajak Faiz, anak abang long. Aku tersenyum.

“Chek Su dah besar. Dah tak boleh main bunga api” saja aku beralasan. Malas sebenarnya nak melayan. Baik aku layan angan.

“assalamualaikum” terdengar suara lelaki memberi salam.Namun wajahnya kurang jelas kerana terlindung dengan asap yang berkepul-kepul. Kulihat abang Yazir bersalam dan menjemputnya masuk. Aku pantas masuk ke rumah. Maklumlah tak ada tudung atas kepala.

“kak, ada orang datang”ujar Nadhirah padaku. Aku angguk.

“tolong bawak air ni keluar” aku sambut dulang yang dihulurkan oleh Nadhirah. Ku atur langkah sopan ala-ala model gitu ke ruang tamu. Entah siapa la datang malam-malam ni. Tak menyempat tunggu esok agaknya. Gumanku sendiri. Namun langkahku terhenti. Wajah yang aku rindu berada didepanku kini. Memandangku dengan pandangan yang susah untuk di tafsirkan. Hampir terlepas dulang dari peganganku. Nasib baik Abang Yazir membuat tindakan pantas dengan mengambil dulang tersebut dari tanganku.

“you apa khabar?” soalku. Cewah, dah pandai ber ‘I’ ‘you’ pulak. Hanya aku dan Rizal di situ. Abang Yazir dan yang lain entah menghilang ke mana.

“sihat. Kau?” Rizal masih seperti dulu. Masih beraku kau denganku. Cuma sekarang dia nampak lebih hansome. Tubuhnya lebih sasa. Wajahnya lebih matang dengan kumis tipis. Agaknya tak balik rumah lagi ni. Dia masih memakai kemeja dan bertali leher. Wajahnya nampak penat.

“seperti apa yang kau lihat” ucapku perlahan. Agak canggung aku berbual dengannya. Padahal dulu aku boleh bercakap tanpa henti dengannya.

“you datang nak jemput Nadhirah ye? Sekejab aku panggil” dah tak betul lidah aku ni. Sekejab I, you, sekejab aku, kau. Isk…. aku bangun dari sofa. Sudah tidak sanggup memandangnya.

“Nur Yasmin Khairiah.” Aku tidak jadi melangkah. Pesal lak sebut nama aku panjang-panjang malam-malam buta ni.

“aku datang bukan untuk jemput Nadhirah. Tapi aku datang untuk lamar kau jadi isteri aku. Will u marry me?” aku tergaman. Keliru pun ada. Tetiba je dilamar.

“kau gila ke?”spontan ayat itu keluar dari bibirku.

“dah 4 tahun aku tunggu kau dan aku tak nak tunggu lagi. I miss u so much”ucapnya.Dia cuba mendekatiku. Tapi aku pantas mengundur. Langkahnya terhenti.

“jangan nak main-main boleh tak? Nanti aku panggilkan Nadhirah.” Nafasku sudah mula tidak teratur dek debaran yang maha hebat.

“kami tak pernah kahwin, kak” entah dari mana Nadhirah muncul.

he love u. Lepas akak pergi abang Riz jadi tak tentu arah. Dia bagai hilang sesuatu yang berharga dalam hidupnya. Dan waktu tu Irah tahu, sebenarnya tempat tu untuk akak. Bukan untuk Irah.”ucap Nadhirah.

“Kalau macam tu siapa suami Irah?” soalku.

“ni. Syawal namanya” aku pandang lelaki disebelah Nadhirah. Entah bila lelaki itu datang.

“dia abang angkat Irah waktu sekolah dulu”terang Nadhirah.

“terimalah abang Riz. Dia memang untuk akak. Sebenarnya akak tak pernah bertepuk sebelah tangan. Cuma masing-masing ego untuk mengakukan?” Nadhirah sentuh bahuku lembut. aku pandang lama wajah Rizal. Minta kepastian. Adakah aku bermimpi?.

“tanpa kau, aku rasa hidup aku tak lengkap. Separuh dari diriku hilang dan sekarang aku mahu tuntut kembali apa yang kau bawa pergi dari aku. Tolong jadi isteri aku. Please”ujarnya. Lama aku diam. Aku sudah tidak larat berbohong pada diriku lagi. Memang dia yang aku cinta. Dulu, kini dan mungkin untuk selamanya. Perlahan aku angguk dengan deraian airmata kesyukuran dan lepas tu aku dengar sorakkan yang kuat dari belakangku. Rupanya dari tadi aku jadi perhatian semua. Malunya. Ayah dengan mak pun sama macam abang gak. Bukan main seronok lagi. Maklumlah cita-cita nak berbesan dengan jiran sebelah rumah bakal menjadi knyataan. Aku gembira kini.

********************
Aku dan Rizal duduk di tebing sungai. Batu-batu yang ada menjadi alas duduk. Asyik sekali aku memandang anak sungai yang masih setia mengalir.

“i’m sorry” ucap Rizal tiba-tiba.

“kenapa?”soalku hairan.

“sebab biarkan sayang tunggu lama. Sebenarnya sebelum abang nak bertunang dengan Irah dulu, abang dah rasa kehilangan. Abang cuba cari apa yang hilang. Tapi tak jumpa. Waktu abang peluk sayang, sampai sayang tendang kaki abang tu, abg terasa hidup abang bahagia sangat. Tapi waktu tu sayang dah salah sangka. Sayang ingat abang nak buat apa?” usik Rizal padaku.

“abang bukannya boleh percaya. Lagipun berdosa tau peluk anak dara orang”aku menjelingnya.

“sampai bengkak kaki abang.”

“padan muka. So lepas tu kenapa abang menghilang? Kenapa tak kejar saying?” soalku.

“abang tengah keliru. Tapi bila abang dah pasti yang abang cintakan sayang, sayang pulak pergi tinggalkan abang.”bicara terhenti seketika

“kenapa abang tak cari?” aku mahu menduga kesungguhannya.

“abang ada cari tapi tak jumpa. Sebab alamat yang sayang beri kat mak tu, alamat lama. And bila abg dapat tahu sayang balik. Abang terus pergi rumah sayang.”aku tergelak.Betapa lelaki itu hilang arah, hingga sanggup datang ke rumahku lewat malam semata-mata mahu melamarku. Nasib baik ahli keluargaku jenis yang tak berapa kisah.

“tak penat ke terbang dari Sarawak?” soalku mengejek.

“sayang punya pasal, abang tak kisah. Asalkan abang dapat apa yang abang nak dan sekarang memang berbaloi apa yang abang buat.”Rizal tersenyum memandangku.

“alah sayang kesian je tengok abang waktu tu. Dengan muka penat datang, kan” ucapku selamba.

“alah tak mengaku pulak. Tak sangka budak tomboy ni dasyhat jugak kalau merajuk. Sampai bawak hati jauh-jauh lagi.” Giliran Rizal pulak mengejekku.Ni yang aku geram ni. Dia suka buat muka aku jadi pink colour. Malu beb.

“merajuk la tu”usiknya lagi.

“nanti baby yang keluar pun kuat merajuk macam ibu dia”

“tu jelah modal abang. Bosan betul la. Nasib baik sayang pergi belajar je kalau sayang kahwin dengn mat salleh, melepaslah abang” aku pula mahu mengusiknya.

“tak mungkin”

“kenapa pulak”aku memandangnya.

because you only love me”ucap Rizal memeluk bahuku.

and i love u too, sayang” bisiknya lembut ditelingaku. Aku tersenyum bahagia. Tak sangka aku dah jadi isteri Mohammad Rizal and tak lama lagi kami bakal mendapat cahaya mata sulung. Inilah kisah aku. Kesabaranku dulu terbalas jua dengan bahagia yang ku harap akan berpanjangan. Amin.

P/S : akhirnya da habis..... enjoy ur reading k....

Monday, November 14, 2011

Siapa Di Hati 2


Lepas hari tu, bermulalah kisah sedih aku sebagai seorang teman yang terpinggir. Rizal benar-benar setia kali ni. Bukan sperti dahulu. Sebulan 2 couple pastu putus. Dah hampir 5 bulan dia couple ngn Nadhirah tak ada pulak tanda-tanda akan putus. Pandai jugak Nadhirah tu kawal si Rizal. Tapi apa nak di hairankan Nadhirah tu boleh dikategorikan dalam golongan wanita yang cantik rupa parasnya. Kalau Rizal lepaskan rugilah sebab ramai lagi yang sedang menunggu.

Masa untuk aku dah mula kurang. Jarang sangat dia bersamaku. Kadang-kadang hendak menyapa pun tiada masa. Rizal sibuk dengan dunia percintaannya bersama Nadhirah. Setiap kali ada aktiviti mesti Nadhirah join. Aku tension. Kenapalah Rizal tak faham-faham perasaan yang terbuku di hatiku. Setiap kali ada masalah dengan Nadhirah, akulah orang yang akan dia cari. Tahu pulak dia minta tolong aku pujuk si Nadhirah tu. Tapi kalau time happy, aku melintas pun dia tak sedar.

“Min..” aku dengar namaku dipanggil.Tak perlu aku berpaling. Suara tu sudah sebati dengan telingaku. Lagipun hanya dia dan family aku je yang panggil aku MIN. Semua orang panggil aku KHAI. Sebab nama panjang aku NUR YASMIN KHAIRIAH.

“apa hal. Kau gaduh ngn Irah lagi?” amik kau soalan cepu cemas dari aku. Muka aku bersahaja. langsung tidak memandang dan berganjak dari anak tangga yang menjadi tempat dudukku.

“wei, apasal ni? Duduk sorang-sorang kat tempat sunyi macam ni. Dah berani sangat?” Rizal duduk disebelahku. Aku diam. Tak ada mood.

“aku cari kau tadi. Tapi diorang cakap kau tak ada. Kau ada masalah ke?” soal Rizal. Memang masalah. Masalah hati dan perasaan.

“ada apahal kau cari aku? Tak keluar dengan Irah malam ni?” soalannya ku balas dengan soalan.

“saja. Dah lama tak sembang dengan kau. Takkan aku nak berkepit 24 jam dengan Irah. Bosan lah” selamba je dia cakap.

“sejak bila dah mula bosan ni? Takkanlah keluar dengan buah hati pun bosan. Lainlah kalau keluar dengan aku” macam kecil hati sangat je jawapan aku ni.

I miss u so much”aku terkedu mendengar kata-kata Rizal. Tangannya memaut bahuku. Aku memandangnya hairan.

“kenapa? Salah ke aku cakap macam tu?” wajahnya berkerut melihat reaksiku. Aku tolak tangannya yang melekap di bahu.

“kau jangan cakap merepek boleh tak?” Aku tidak suka dia berkata begitu kerana hatiku tidak kuat lagi menahan egoku. Ingin saja aku luahkan rasa sayang ini padanya.

“aku ada hal” pantas aku bangun. Wajah terkejut Rizal tidak ku pandang. Langkah ku terhenti bila tangan Rizal mengcengkam tanganku tiba-tiba.

“kau ni kenapa? Asyik nak mengelak dari aku je. Aku ada buat salah pada kau ke?” ku pandang wajah Rizal yang mendung.

“lepaslah” aku cuba meleraikan pegangannya. Namun dia makin erat memegang tgnku.

tell me. What wrong?” soalnya lagi

“siapa yang mengelak siapa? Kau yang dah tak ada masa kan. Sibuk dengan Irah. Irah nak tu, irah nak ni” tanpa sedar marah dan geram ku hamburkan. Rizal ketawa kecil.

“kau cemburu?” soalnya.Cemburukah aku???.

as a friend, yes!. Aku cemburu. Kita dah tak macam dulu lagi.”ujarku sambil menarik tgnku dari pegangan kejabnya.

“aku minta maaf, k. Duduklah dulu. Aku ada hal nak cakap dengan kau” antara mahu atau dengan tidak aku duduk jua. Entah kenapa hatiku cair mendengar suara lembutnya.

“mama Irah suruh kitorang bertunang” bagai petir menyambar tubuhku. Sakitnya tidak terkira.

“kau macam mne?” soalku begitu perlahan. Cuba menahan getar di dada. Hampir tidak terkeluar kata-kata itu.

“Aku dah cakap dekat mak. Aku minta dia pergi pinang Irah. Mak suruh tunggu habis study and then baru dia pinangkan Irah. Aku dengan Irah pun dah bincang. Insyaallah 3 bulan lagi ktorang tunang” ujar Rizal tersenyum senang. Memang patut pun kalau Mak Su suruh bertunang. Duk heret anak dara orang ke hulu ke hilar tak kira siang malam. Bimbang nanti terbabas. Mukaku berubah mendung. Rizal langsung tidak mengesan perubahan wajahku. Mana nak perasan kalau dalam otak tu ada wajah Nadhirah je.

“kau dah tak nak sambung belajar?” aku cuba mencari harapan.

“aku nak kerja lepas ni. Cukuplah sampai ijazah dulu. Nanti lepas kahwin kalau aku rasa nak sambung, aku sambunglah. Aku nak kena kumpul duit. Kalau tak ada duit aku nak bagi makan apa kat anak dara mak su kau tu” Rizal Nampak begitu gembira.

“tahniah.”ucapku perlahan.

thanks, min” ku rasa tanganku di sentuh lembut. Airmataku mula bertakung. Nasib baik tempat itu agak gelap. Tidaklah dia dapat mengesan air yang hadir di kolam mataku

“aku kena pergi, ada discussion dengan Munirah”aku bangkit dan terus melangkah pergi. Ya Allah. Aku mohon, tabahkanlah hati aku jika benar tiada jodoh antara kami.


Lepas kami mendapat segulung ijazah, Rizal awal-awal lagi dah di sambar Petronas. Dia sekarang bertugas sebagai jurutera di Petronas. Tapi baru lagi bertugas. Tak sampai sebulan pun dan hari ni Nadhirah nampak cantik dengan kebaya moden warna hijau muda dan bertudung warna senada. Wajahnya ayu. Kerana hari ini hari pertunangan Rizal dan Nadhirah.

“Tahniah Irah”ucapku.

“terima kasih Kak Yasmin.” Dia balas senyumku.

“kak…” panggil Nadhirah.

“boleh irah tanya sesuatu?”soal Nadhirah. Tanganku ditarik. Aku duduk dibirai katil bersamanya.

“apa dia?”soalku.

“akak dengan Abg Riz tak ada apa-apa kan?” aku tersentap mendengar soalan Nadhirah.

“maksud Irah?” aku ingin dia jelaskan.

“Irah rasa akak fhm apa yg irah maksdkan.” Aik, dia nak main teka-teki ke. Adakah Nadhirah sedang mensyaki aku?

“apa yang Irah lihat, macam tulah”aku berbunga kata. Aku sendiri tidak dapat menafsirkan hubungan kami. Bagi Rizal aku kawannya tapi bagi aku Rizal…. Ah, persetankan semua itu. Rizal bakal menjadi tunangan Nadhirah. Sepupuku sendiri.

“akak keluar dulu. Nak pergi tolong apa yang patut.”

“Kak, terima kasih. Sebab akaklah hari ni Irah dapat bersama dengan Abang Rizal” ucapnya kepadaku dengan senyuman manis. Aku membalas dalam kelukaan yang terasa menyakitkan. Ikhlaskan diri kau, Min.

“sama-sama” balasku seraya meninggalkan Nadhirah sendirian di kamarnya.
Majlis pertunangan diadakan secara sederhana saja. Hanya sanak-saudara yang dijemput. Aku menjengah keluar tingkap rumahku. Saudara-mara sibuk ke sana kemari. Kenapalah majlis ni dibuat kat rumah aku? Dah la guna bilik aku. omelku. Memang aku tak puas hati bila mak kata Nadhirah nak buat majlis kat kampung. Maklumlah kat Melaka dia tiada sesiapa. Semua sanak-saudaranya di sini. Lagipun mudah bagi pihak pengantin lelaki. Sebelah rumah je. Jimat petrol. Tulah yang mak bagitahu aku. Ayah pun sokong. Katanya dah lama tak buat majlis di rumah. Aku melangkah turun ke halaman rumah. Ku atur kemas langkahku. Maklumlah hari ni aku pakai baju kurung bukan lagi seluar jeans yang agak lusuh dengan t-shirt. Aku betulkan kedudukan meja yang bersusun di halaman rumahku yang luas. Ku hampar alas meja bewarna putih.

‘moga berbahagia, rizal’ bisik hatiku sayu.

“Min” ada suara berbisik lembut ditelingaku. Hampir melompat aku. Nasib baik aku tak buka silat gayung. Kalau tak dah lama mamat ni terpelenting.

“kau nangis ea?”ish, kenapalah dia datang masa ni. Masa hati aku tengah nyanyikan lagu sentimental yang menyentuh jiwa dan raga.

“mana ada. Habuklah. Kau buat apa kat sini? Dah tak sabar??”soalku mengalihkan tajuk perbualan.

“aku nak cakap something ni. Jom pergi sana” Rizal tarik tanganku melintasi pagar rumah ke sudut yang agak terlindung. Tertoleh jugak aku ke kiri dan kanan. Bimbang nanti ada yang tersalah faham. Rizal berdiri tegak menghadapku di balik pagar yang di tutupi oleh Pokok bunga mak yang menjalar. Apa mamat ni nak. Aku resah menanti bicara Rizal.

“kenapa menangis?” soalnya.

“mana ada nangia. Mata masuk habuk tadi”aku sapu mataku. Berpura-pura seolah-olah mataku memang dimasuki habuk.

“jangan tipu aku. Kita dah lama kawan” suara itu bisa membuat aku tak keruan.

“kalau tak ada apa-apa hal penting, aku nak masuk. Kau pun pergilah balik. Nanti mak kau cari. Lagipun tak elok kau datang sini. Kau tu bakal tuning Irah” usai aku berkata-kata terus aku berpaling untuk pergi. Namun tiba-tiba….
Jantungku seolah-olah mahu gugur apabila Rizal dengan beraninya memeluk bahuku dari belakang. Tidak pernah dia berkelakuan sebegitu berani walaupun kami rapat.

“Apa kau buat ni” aku cuba melepaskan diri.

“syyyhh” dia suruh aku diam. Dah gila agaknya mamat ni. Dia ingat aku ni isteri dia nak peluk sesuka hati

“sekejab je” dalam terkejut hatiku diburu rasa sayu. Sayu mengenangkan sahabatku ini bakal dimiliki orang. Aku tak boleh terus macam ni. Aku tak boleh gugurkan airmata aku depan dia. Tak boleh.

“Rizal, lepaslah. Tak elok orang pandang. berdosalah”aku bertegas.Namun dia tetap degil. Pantasku tendang kakinya. Dia mengaduh kesakitan.

“kau jangan nak menggatal dengan aku. Aku bukan macam perempuan=perempuan yang kau duk usung sana sini tu.”tengkingku.

“Min...” aku sudah tidak peduli dengan panggilannya. Langkah ku atur laju. Aku menuju ke anak sungai di belakang rumah. Hatiku sakit dengan perbuatan Rizal. Dia seolah-olah sedang bermain tarik tali. Dia ingat aku ni siapa. Sesuka hati dia je nak peluk-peluk aku. Ku lepaskan kemarahan disitu. Selepas yakin majlis sudah selesai baru aku melangkah pulang.

p/s :cerpen ini adlh cerpen p'1 yg nani post ke blog ini pd thn 2009..... sngja nani pblish kn blk lps bt p'baikn.... ad 3 ep je... yg x sbr tnggu entry lain2 tu, hrp b'sbr lbh ckt ye..... nani tgh exam skrg.... xleh post lbey2

Saturday, November 12, 2011

Siapa Di Hati 1

“Kak Yasmin, Mak Uda suruh balik” panggil Nadirah dari tebing sungai.

“Alamak, kacau ah. Tengok burung tu dah lari” rungutku geram melihat burung yang ingin kulastik terbang gara-gara suara Nadhirah. Aku pandang Nadhirah, sepupuku yang asyik tersenyum.

“mak kau suruh balik tu. Nanti mengamuk pulak mak kau. Tak pasal-pasal kau kena kurung” ujar Rizal. Kawan baikku.

“jom la Kak kita balik” panggil Nadhirah lagi apabila aku masih terpaku di dalam air.

“yelah...yelah.” dengan langkah longlai aku menghampiri Nadhirah.

“biar abang yang hantar Irah pulang ye” ujar Rizal dibelakangku.

“kau tak reti nak balik ke? Nak hantar-hantar pulak. Aku kan ada”balasku.

“Biarlah kak. Apa salahnya” pujuk Nadhirah lembut. Aku jeling Rizal yang tersengih macam kerang busuk. Sukalah tu ada orang bela.

“suka hati kau la”aku pantas berjalan mendahului Rizal dan Nadhirah.
Malas nak tengok orang buat filem free. Aku tahu Rizal suka pada Nadhirah. Nadhirah juga begitu. Mama Nadhirah, mak su ku meninggalkan Nadhirah kepada mak kerana ingin keluar negara menyambung pelajarannya. Suaminya dah 5 tahun meninggal akibat kemalangan. Jadi Nadhirah akan tinggal dengan keluargaku ku sehingga mama dia balik.

‘Ah, tak suka betul.’ Sejak Nadhirah tinggal dirumahku setahun yang lalu, Rizal sudah banyak berubah. Dia begitu jarang menemaniku sekarang. Masanya banyak dihabiskan bersama Nadhirah. Aku dan rizal sudah lama berkawan. Sejak kami kecil lagi hingga kini hampir 12 tahun. Mak pun macam tu. Asyik nak bandingkan aku dengan Nadhirah. Aku tahu la Nadhirah tu memang seperti perempuan melayu terakhir. Betapa aku rasa tersisih.
*********************

Tu cerita 5 tahun lepas. Setahun aku nak Rizal terpisah. Kami menyambung pelajaran ke Matrikulasi. Aku jauh di Kedah manakala Rizal pula di Pahang. Tapi aku bersyukur kerana kami dapat bersama kembali di UTM, Skudai. Dah hampir 4 tahun, Aku dan Rizal menyambung belajar ke universiti yang sama. Dah rezeki kami di tempat yang sama. Walaupun dalam bidang yang berlainan. Dia dalam bidang engineering aku pulak lebih berminat menjadi arkitek. Hubungan kami kembali erat sewaktu di sini. Maklumlah Nadhirah masih bersekolah waktu kami masuk ke sini. Sekarang dia sedang menunggu panggilan daripada university bagi menyambung pelajarannya ke peringkat ijazah pula. Hatiku kembali girang dapat bersama-sama Rizal. Semua orang tahu aku dan Rizal sahabat baik. Tapi satu perangai Rizal yang tidak aku gemari, playboy. Bila ada masalah dengan perempuan-perempuan yang di dmpingi, aku lah yang jadi mangsa kena tolong settle kan. Kadang-kadang nak je aku maki hamun perempuan-perempuan bodoh tu. Dah tahu Rizal tu playboy buat apa nak kejar jugak. Saja nak cari penyakit. Tak tahu la apa nk jadi dengan perempuan-perempuan sekarang. Nak cakap bodoh, diorang budak u. tapi tak heran pun. Masuk Universiti sebab akademik bagus. Sahsiah dan keimanan dalam diri tu belum tentu lagi bagus. Alamak, aku pun perempuan jugak?? Tapi aku taklah macam diorang. Tergedik-gedik mengalahkan ulat bulu baru menetas. Aku boleh dikategorikan sebagai perempuan lasak. Dan dikalangan umum orang gelarkan perempuan macam aku ni tomboy. Tomboy ke? Rasanya tak. Tapi apa aku kisah dah kalau orang nak labelkan aku begitu. Terpulang. Tak mati pun. Sebab adik beradik aku semua lelaki. Mak pun dah pening dengan aku yang perangai mengalahkan budak lelaki. Nasib baik ayah aku ok. Hahaha. Aku lagi suka join kaum adam punya aktiviti daripada berpersatuan dan bergosip-gosip dengan kaum hawa.

‘Tak suka, akak.huhu.’ eh, ni dah masuk bab lain ni. Kita sambung balik cerita tadi. Pokoknya apa-apa aktviti yang lasak dan mencabar fizikal, mental serta emosi yang di anjurkan oleh universiti, aku dan Rizal tak pernah terlepas. Kalau dia jadi ketua pasukan aku jadi penolongnya, kalau dia setiausaha, aku tetap jadi penolongnya. Tak boleh nak cakap apa lah. Memang kitorang macam kembar. Apa yang Rizal suka samalah dengan apa yang aku suka. Sampaikan suatu hari tu, kami bergaduh besar kerana berebutkan sehelai t-shirt yang dah lama kami idamkan. Akhirnya aku yang mengalah. Siap aku pujuk lagi si Rizal tu. Punyalah sensitive mengalahkan aku. Memang kelakar kalau diingatkan balik muka Rizal yang muncung sedepan dan minta dipujuk tu.
******************************

Hari ini pengambilan pelajar baru. Kira nak dapat junior baru la. Jadi aku, rizal and the geng yang senior ni turun padang untuk jadi fasilitator @ pembuli tegar.

“kak Yasmin!” aku berpaling. Parah aku kali ni. Kakiku bagai dipaku melihat Nadhirah yang berjalan laju merapati ku.

“kau buat apa kat sini?” soalku.

“Irah dah jadi student kat sinilah. Mak Uda tak bagitahu akak ke?” aku terdiam. Memang mak ada bagitahuku beberapa minggu lalu tapi waktu tu aku malas nak ambil kisah apa yang mak cakap sebab aku tengah busy dengan assigment.

Oh, no!!. Dalam banyak-banyak Universiti kat Malaysia ni kenapa lah budak sopan ni pilih UTM aku gak.

“Abang Rizal mana?” soal Nadhirah.Aku pandang Nadhirah. Amboi dating-datang terus Tanya pasal Rizal. Bukannya nak Tanya khabar aku.

“Datang ngn siapa?” soalku mengalih tajuk.

“mama, mak uda and abg Yazir. Diorg kat sana tu” Nadhirah menuding jari kearah sudut kanan dewan.

“ayah tak datang?”soalku.

“pak uda tak dapat ikut. Ada hal katanya” balas Nadhirah. Kulihat abang Yazir sedang melambai-melambai tangannya kepadaku.

“Min, jom g....” kata-kata Rizal terhenti apabila Nadhirah yang membelakanginya berpaling. Macam tengok puteri kayangan je lagaknya.

“Abang Riz, how are you? Lama tak jumpa” Nadhirah menghadiahkan senyuman yang paling menawan. Rizal membalas sambil menghulurkan tangannya pada Nadhirah

“baik. Irah dah daftar? Sorry lah abang lupa nak tunggu.” ujar Rizal. Lama pulak Tangan miangnya Rizal ni bersalaman dengan Nadhirah.

“Woi Zal, Syuib panggil tu” ujarku menghentikan drama didepan mata.

“Nanti kita sambung lagi. K. Abang ada kerja sikit. Bye” aku pula terus berjalan kearah mak. Langsung tidak mempedulikan Nadhirah yang terkulat-kulat di situ memandang Rizal yang berlalu. Aku cemburu ke?

p/s : jgn risau... crpen ni pndk jew....