THANK YOU

Sunday, March 4, 2012

Slot Pedoman : Sediakah kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca.
sebelum nani teruskan slot kita pada hari ini, mari sama-sama kita hayati apa yang disampaikan oleh ustaz DON DANIYAL ini. tajuknya ANAK ASET KE SYURGA DAN NERAKA



dewasa ini kawan-kawan dah mula cerita pasal kahwin, pasal mendirikan rumah tangga. Sudah ada pun yang mendirikan mahligai bahagia. Saya juga begitu. mula berbicara mengenai siapa calon suami dan bila saya akan mendirikan rumah tangga.

Namun setelah saya mendengar kata-kata Ustaz muda ini saya mula terfikir, apakah saya mampu menjadikan bakal anak saya nanti ahli syurga atau saya akan membawa dia ke neraka. bercakap mengenai perkahwinan memang mudah dan cukup seronok. mengimpikan yang indah di hari bahagia. Tetapi adakah kita turut berfikir tanggungjawab kita selepas itu?

Sejujurnya sebagai seorang anak, saya belum sempurna. Saya belum layak. Bagaimana saya ingin mendidik bakal anak saya sedangkan sebagai seorang anak saya belum layak berbakti kepada kedua orang tua saya. menguruskan jenazah mereka nanti?. Saya belum tentu mampu.

Bagi saya perkahwinan itu bertujuan memanjangkan zuriat. Semua orang mengimpikan zuriat yang baik, yang soleh. Persoalannya adakah kita mampu?. apakah sudah cukup ilmu dan iman kita untuk kita mendidik anak-anak?.. masih banyak yang perlu saya buat sebagai seorang anak hingga saya terfikir saya tidak mampu lagi menjadi seorang ibu.

Mudah-mudahan kita boleh mengambil ikhtibar daripada ceramah Ustaz Don Daniyal. Sungguh sedih saat teringatkan diri ini yang msih tidak layak sebagai seorang anak. wahai pembaca yang budiman jadilah anak yang dapat berbakti kepada ibu dan bapa hingga akhir hayat kita. Jika sudah mempunyai anak, didiklah anak itu menjadi anak yang soleh dan solehah

2 comments:

k.mimi said...

like this ceramah ia menyedarkan diri ini betapa pentingnye agama dalam rumah tangga. Betullah setakat solat saja kalau tak ada kesedaran tentang betapa pentingnye pengurusan jenazah dikalangan anak beranak sendiri. Jazakallah khir Naniey TJ.

QasehSuci said...

setuju sgt...insyallah...sedang berusaha utk mnjadi anak solehah dan..er...isteri solehah?