Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
buat semua pembaca blog Desa Itu Indah. lama sudah tidak bersua. sibuk dengan pekerjaan juga talian internet yang sangat slow di pedalaman Sarawak tersangat membataskan masa untuk berada di sini sehingga lama-kelamaan blog ni sunyi tanpa berita.
terima kasih buat yang sudi berfikiran positif dalam menanti post2 dari nani. Maaf buat yang kurang senang dengan kesunyian blog ini. penulisan di blog ini mungkin sukar untuk dilaksanakan sekarang tidak seperti beberapa tahun yang lepas, semasa nani masih bergelar pelajar yang tidak mempunyai banyak komitmen. blog ini mungkin nani gunakan untuk menyampaikan maklumat berkaitan perkembangan nani dalam dunia penulisan memandangkan sekarang nani lebih serius untuk menerbitkan karya-karya nani ke versi cetak. itu satu kepuasamn pada diri nani sendiri dan nani harap para pembaca akan menerima keputusan ini dengan baik dan terus memberikan sokongan.
berita gembira buat semua yang setia menunggu
WARNA HATI. Alhamdulillah, warna hati sudah pun siap sebagai manuskrip yang bakal dicetak oleh sebuah syarikat penerbitan novel di mana manuskrip tersebut telah pun lulus penilaian. Akhirnya penantian kita semua bakal berakhir di mana novel warna hati akan berada di pasaran pada suatu tarikh yang akan saya maklumkan kemudian.
Watak-watak dalam karya WARNA HATI Puteri Batrisya dan Tengku Iskandar sudah saya ubah nama-nama mereka kepada Zara Arissa dan Tengku Irsyad. Akhir kata terima kasih sekali lagi buat anda yang sering bertanya, WH lahir daripada sokongan juga komen-komen kalian. insyaallah
Selepas WH,
My BOSS My LOVE akan menyusul ke versi cetak juga. sudah berada dalam perancangan dan masih dalam proses menyiapkan manuskrip. jika tiada aral melintang (yang pasti bukan tahun ini) nani akan siapkan mss tersebut. doa-doakan nani menyudahkan MBML. insyaallah.
sebelum mengundur diri, terimalah hadiah teristimewa buat semua. pengubat rindu pada WH
EPISOD ISTIMEWA
Alunan muzik sentimental terdengar merdu menjadi hawa telinga. Dengan
suasana yang ku kira cukup romantik untuk pasangan yang bercinta ala-ala fairy tale gitu. Aku berdiri tegak di hadapan pintu menunggu
ketibaannya. Di tangan sekuntum mawar merah khas untuk yang tersayang. Akhirnya
Tengku Irsyad muncul dengan langkah perlahan.
“Surprise!!!” aku tersenyum
lebar memandang Tengku Irsyad yang kelihatan sedikit terkejut melihat suasana
indah di laman belakang rumah yang sudah dihias indah oleh aku, Mak Jah dan Pak
Mat siang tadi. Dia pandang aku lama. Mungkin terkejut, mungkin kagum atau
mungkin juga tergoda dengan gaun separas lutut bewarna merah hati yang aku
pakai sekarang.
“just for you” aku hulurkan
mawar merah padanya. Macam terbalik pulak kan. Tapi tak kisahlah asalkan kisah
ni berjalan dengan sempurna. Tengku Irsyad sambut huluranku dengan kerutan di
dahi.
“thanks. Tapi ada apa-apa
yang abang tak tahu ke?”
“malam ni special untuk kita
berdua” ucapku sambil memaut lengannya. Membawa dia duduk ke kerusi yang telah
tersedia.
“ada apa-apa ke ni?” dia pandang aku minta jawapan dari persoalannya.
“hari ini hari apa?” soalku padanya.
“Khamis”
“betul. Abang tak ingat?”
“mmm... ingat apa ye?” soalanku berbalas soalan. Mungkin dia
betul-betul lupa agaknya.
“hari ni, hari terakhir perjanjian kita selama sebulan. Sya nak celebrate hari ni supaya, ada sesuatu
yang indah untuk Sya kenang bila kita berpisah nanti.”
“oh, dah sebulan? Cepatnya” ucapnya perlahan. Macam tak percaya pun
ada. Namun cepat-cepat dia ukirkan senyuman.
“well, Let’s celebrate” aku tersenyum sebelum menyambung bicara.
“Sya akan pastikan abang tak lupakan hari ni. Malam ini hanya untuk
kita berdua saja” ucapku memandang tepat ke wajah Tengku Irsyad. Dia balas dengan
senyuman.
“sedapnya bau. Siapa masak ni?” soalnya lagi.
“Abang rasa?”
“tentulah sayang yang masakkan?.” Aku angguk. Senang hati dengan bahasa
yang digunakan kali ini. Lembut dan penuh kasih sayang.
“Patutlah sedap sangat baunya. Biar abang rasa dulu” terus dipotongkan
sedikit chicken chop di pinggannya
sebelum disua ke mulut.
“sedap?” soalku. Dia angguk sambil menyuapkan lagi makanan ke mulut.
“nah” aku suakan sedikit daging yang telah kupotong ke mulutnya. Dengan
selamba Tengku Irsyad membuka mulut. Terus sahaja tanganku ditarik mendekati.
Berselera betul dia makan.
“sedap sangat ke?” soalku dengan senyuman yang panjang. Tengku Irsyad
mengangguk.
“lapar” ucapnya.
“Abang belum makan lagi?” Tengku Irsyad geleng.
“Abang sibuk sangat. Tak sempat”
“apa yang sibuk sangat sampai tak sempat makan. Abang kena jaga jugak
kesihatan”
“yes madam. I know.” Ucapnya
dengan sengihan
“dah tahu pun buat jugak” sengaja aku lontarkan nada tidak puas hati.
“sejak bila isteri abang ni pandai membebel?.”
“so, abang tak suka?”
“siapa cakap?”
“sukalah?”
Tengku Irsyad berhenti mengunyah. Perlahan dia sandarkan tubuhnya ke
kerusi. Matanya tepat memandang wajahku hingga aku tertunduk malu.
“nak menari?” soalnya tiba-tiba. Aku angkat muka.
“tak pandai” terus dia bangun menghampiri.
“Abang boleh ajar” Tengku Irsyad menyambar tanganku yang berada di
paha. Aku ikut sahaja rentaknya. Pinggangku di rangkul erat.
“Abang..”
“mmmm”
“nanti kalau kita dah tak ada apa-apa, abang akan rindukan Sya tak?”
soalku. Perlahan kepala ku sandar ke dada bidangnya.
“mestilah”
“kita masih boleh berkawan?”
“of course”
“tapi kalau wife abang
marah?”
“kenapa kita perlu bercakap benda yang belum terjadi.”
“Sya tanya je”
“nanti Sya macam mana?” soal Tengku Irsyad.
“I?” aku diam. Berfikir seketika
“Sya macam inilah.”
“boleh ke Sya jaga diri?” wajah Tengku Irsyad beriak risau.
“jangan bimbang, Zailan kan ada”
“boleh tak jangan sebut nama Zailan depan abang ”
“kenapa? Abang tak suka Lan?. He is my bestfriend”
“Sya nak kahwin dengan dia?”
“apa abang merepek ni. Mana mungkin Sya kahwin dengan dia selagi Sya ni
masih isteri abang.”
“so, act like my wife. Abang
tak suka Sya mention nama dia selalu
depan abang”
“jelous?”
“of course. I’m your husband”
balasnya bernada geram. Terus aku angkat kepala. Tarian kami terhenti. Betul ke
apa yang aku dengar.
“siapa Sya pada abang?” soalku
“you’re the one and only wife. You’re my friend”
“selepas malam esok, Sya bukan lagi isteri abang.”
“please don’t say it”
“itu hakikatnya. Terima kasih untuk semua yang abang lakukan untuk Sya. Sya hargai sangat. Sya takkan lupa kenangan kita”
“abang..abang....” Tengku Irsyad kematian kata-kata. Tidak tahu apa
yang perlu diperkatakan saat itu.
“Sya ada hadiah untuk abang dan Linda” terus aku berjalan ke meja
makan. Mengambil sebungkus hadiah yang berbalut cantik di bawah meja.
“this is for you and Linda. I
hope you like it” aku ukirkan senyuman manis sambil menghulurkan bungkusan
tersebut kepadanya. Dia hanya memandang tanpa menyambut huluranku.
“why you do this?” Tengku
Irsyad menyoal.
“entah”
“Sya buat abang serba salah”
“untuk apa?”
“semuanya. Sya buat abang keliru.”
“abang tak perlu keliru . Just
trust yourself. Trust your heart. Sya mungkin tak layak untuk abang. Dan Sya
harap abang akan bahagia dengan pilihan hati abang sendiri” balasku.
“do you love me?” soalan Tengku
Irsyad kali ini buat aku terkedu namun perlahan aku ukirkan senyuman.
“shall me?” sengaja aku
menduga. Tengku Irsyad pula terdiam. Serba salah. Apa yang perlu dilakukan saat
ini. Hanya memandang antara satu sama lain bersama seribu rasa yang pelbagai.
“just accept my gift. Thank you
for being good husband for me. I wish you happy always and take care of
yourself.” Aku tarik tangannya. Hadiah ku letakkan di tapak tangannya.
“Sya masuk dulu” terus aku berlalu. Berharap dia akan memanggil dan
memelukku saat itu tapi itu sekadar anganan ku sahaja. Perlahan airmata yang
cuba ku tahan menitis. Entah kenapa ia perlu mengalir saat ini. Yang pasti aku
cuba mengurangkan bebanan dihati.
P/S : bagaimana ia bermula dan bagaimana ia berakhir, sama-sama kita nantikan di pasaran, insyaallah