THANK YOU

Saturday, February 5, 2011

WARNA HATIKU 28


“esok temankan aku pergi shopping lagi boleh” pinta Tg Iskandar.

“esok? Tak bolehlah. Aku dah janji dengan Zailan” ucapku. Tg Iskandar pandang aku lama.

“apa?” aku rimas.

“mungkin ada sesuatu yang kau perlu beritahu aku” ucapnya serius. Takut jugak aku tengok muka dia ni.

“nak beritahu apa?”

“hubungan korang” aku tergelak.

“kenapa? Kau rasa kami ni macam ada apa-apa ke?” balasku.

“yelah, selalu bila aku ajak keluar banyak pulak alasannya”

“well, kotaorang kawan rapat k. Memang la nampak macam belangkas.”

“eloklah kalau ada apa-apa pun. Aku tengok Zailan tu pun OK” balasnya kembali memandang skrin televisyen. Aik. Lain macam je bunyi.

“selagi aku jadi isteri kau, aku takkan pernah ada orang lain” balasku selamba. Lantak kau la nak kata apa. Aku Cuma tak nak kumpul dosa dengan berlaku curang padanya. Tg Iskandar pandang aku.

“kenapa?” soalku.

“kau buat aku rasa bersalah k”

“bersalah sebab?” soalku.

“tolonglah jangan jadi macam ni. Kau carilah seseorang yang boleh jaga kau nanti. Kau buat aku berat hati” aku tersenyum. Apalah Tg Iskandar. Ada juga suami yang suka isterinya cari orang lain.

“Is, aku terima kau ada orang yang kau sayang sebab aku sedar kita terpaksa berada dalam perkahwinan ni. Tapi tolong jangan suruh aku curang pada hubungan ni. Aku tak nak.” Bersungguh-sungguh aku menjawab

“aku bukan suruh kau curang. Just standby. Sekurang-kurangnya bila kita bercerai kau ada tempat bergantung yang lain”

“selama ni aku hidup sendiri. Tak perlukan mana-mana tempat bergantung”

“kau kan perempuan. Takkan tak nak ada keluarga sendiri” balas Tg Iskandar masih tidak berputus asa. Aku tersenyum.

“Siapa la yang tak nak ada keluarga. Tapi untuk masa sekarang, aku selesa macam ni. Berbakti pada kau selagi aku masih bergelar isteri”

“kau betul-betul berubah. Macam mana kau boleh jadi macam ni?”

“kadang-kadang kita lupa untuk bersyukur. Jadi aku sedang belajar untuk bersyukur dengan apa yang aku ada. Kau tak suka dengan perubahan aku?”

“aku suka. Tapi aku rasa bersalah”

“sudahlah. Kau tak payah hiraukan aku. Kau masih bebas macam dulu. Tapi izinkan aku jalankan tanggungjawab aku uruskan rumah tangga selagi aku masih isteri kau. Boleh kan?” pintaku. Tg Iskandar diam. Lama.

“perlu ke aku pun jalankan tanggungjawab aku?” soal Tg Iskandar tiba-tiba. Oh, no.

“tak perlu.”

“tapi inikan tak adil. Kau je yang jalankan tanggungjawab kau”

“is, tanggungjawab mana yang kau maksudkan ni?” cuak la pulak. Tg Iskandar tersengih

“kau rasa” dia rapatkan duduk denganku dengan senyuman yang sukar untuk ditafsir

“kalau yang tu, aku rasa tak perlu kot” dah merah muka aku menahan rasa malu.

“kenapa pulak?” dia ni sengaja nak kenakan aku ke apa.

“aku tak nak cakap apa-apa. Nak tidur. Selamat malam” terus aku bangun. Pantas tanganku di sambar.

“kau ni cemas sangat la pulak. Aku gurau la. Aku ni bukannya manusia buruk lantak. Jangan bimbang” balasnya dengan tawa. Fuh!! Lega gila. Aku kembali duduk.

“tak perlulah kau nak buat semua tu untuk aku. Kita dah boleh duduk borak-borak pun dah kira baik. Lagipun Mak Jah kan ada nak buat semua tu. Kita hidup je macam dulu k. Kau buat hal kau, aku buat hal aku. Bila ada masa, kita lepak sama-sama, borak-borak. Macam sekarang” lembut tutur Tg Iskandar.

“kiranya tak sudi la ni” rasa sedikit berjauh hati dengan kata-katanya. Kalau ikutkan nak je aku maki dia. tapi bila ingat balik, aku tak ada hak.

“bukan tak sudi, tapi macam tak selesa pulak.”

“ok, kalau dah macam tu, tak ada lah peluang untuk aku jadi isteri mithali ye”

“ada peluang nak jadi sahabat mithali” balasnya bersama senyuman. Akhirnya aku membalas jua. Orang tak sudi, nak buat macam mana. Takkan nak terus terhegeh-hegah. Tapi apa pun, aku puas hati. Sekurang-kurangnya aku mencuba walaupun dia menolak.

“besok kau izinkan aku keluar dengan Zailan?” Tg Iskandar angguk.

“pergilah. Tapi jangan balik lambat sangat k” pesannya.

“ok. Aku tidur dulu. Selamat malam” terus aku mengatur langkah ke tangga.

“Ris” aku berpaling.

“tq untuk tawaran kau. Aku rasa aku tak layak untuk semua tu” ucap Tg Iskandar dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Aku angkat bahu. Meneruskan perjalanan ke kamar.

“seronok keje?” soalan pertama saat aku masuk ke proton perdana milik Zailan.

“hampeh. Apasal tak cakap, husband kau bos kat situ?” muka Zailan macam kerang busuk. aku gelak.

“kau tak tanya. Takkan aku terhegeh-hegeh nak cakap. Tak nak la aku jadi perigi cari timba”

“kau saja la tu. Dah hampir pengsan aku tengok laki kau. Dia tenung aku semacam je. entah-entah dia marah tak kita keluar hari ni”

“tak ada maknanya. Kau kot yang tak nak keluar dengan aku?”

“mana ada. Kau tak percaya ea. Meh, aku call laki kau”

“eh tak payah, dia tengah dati.....” ops terlepas.

“apa?” aku geleng.

“tak ada apa. Jom pergi”

“tak payah nak alih topik. Aku tahu dia ada perempuan lain kan” ucap Zailan selamba. Aku angkat bahu. Malas nak ulas dengan lebih lanjut.

“mana kau dapat berita ni?” soalku acuh tak acuh. Kalau boleh aku tak mahu Zailan tahu keadaan rumah tangga aku. Bukan aku tak kenal dia. Caring melebih.

“aku jumpa dia berkepit dengan perempuan lain minggu lepas.” Tajam betul penglihatan mamat ni. Lepas ni mesti dia buat kaji selidik.

“kau biar je?” soal Zailan. Kereta mula bergerak meninggalkan banglo.

“kau tahukan aku kena paksa kahwin dengan dia”

“tapi dia tak ada hak nak buat kau macam ni. Walau apa pun jadi korang tetap suami isteri”

“dia baik, Lan. Cuma keadaan yang tak mengizinkan untuk kami jadi macam suami isteri macam orang lain”

“alasan. Sepatutnya dia kena hargai yang ada depan mata. bukannya cari perempuan lain” rungut Zailan.

“kau ni dah macam mak nenek pehal. Aku keluar dengan kau sebab nak lepaskan tension. Bukan nak dengar kau membebel” marahku.

“tapi kau buat aku risau. Kalau aku tahu macam ni, aku pergi pinang kau awal-awal. Kau kahwin je dengan aku. Mesti bahagia punya” alah masuk bakul angkat sendiri pulak.

“mana kau tahu aku bahagia kalau kahwin dengan kau” soalku

“aku tahu lah. Kau kan memang suka aku”

“perasaan sungguh” aku mencebik.

“kau tak payah cakap apa-apa. Aku dah tahu. Tengok muka pun dah dapat agak apa ada kat hati kau” terus menerus Zailan mengusikku.

“kalau pandai sangat, cubalah teka apa ada kat hati aku ni?” cabarku.

“kalau betul nak bagi apa?”

“belanja kau makan”

“ok.” Zailan memandangku sekilas sebelum beralih ke arah jalan.

“apa?” soalku lagi.

“kau sayangkan suami kau” tekanya. Gulp! Aku pandang wajah bersahaja Zailan.

“betul kan?” Zailan masih bersahaja. Aku diam.

“aku kenal kau Ris” seriusnya dia. patut ke aku kata tak.

“kenapa masih nak sembunyikan?” soal Zailan lagi. Aku mengeluh berat.

“tak guna kalau bertepuk sebelah tangan” balasku. Payahnya untuk aku terima hakikat yang aku dah mula jatuh sayang pada dia. bertahun cintaku pada Ekmal entah bila rasa itu beralih arah.

“isk kau ni, nak ke aku ajar kau amik hati laki kau tu?” aku pandang Zailan.

“pesal pandang aku cam tu? Betullah. Dah keje senang pun tak reti. Meh aku ajar” ucap Zailan lagi.

“eleh, nak ajar orang konon. Sendiri pun belum ada lagi” aku menjelingnya.

“aku lain. Aku lelaki. Umur 40 pun laku lagi”

“nak tak aku kenalkan kau dengan someone?” Zailan memandangku sekilas.

“someone?” aku angguk. Sudah terlakar di mindaku wajah Amira. Macam padan je.

“aku lapar lah. Kita nak makan kat mana?” soal Zailan. Aik, ubah topik pulak.

“Yesterday is history, tomorrow is a mystery, but today is a gift. Lupakanlah yang dulu tu Lan. Aku jamin perempuan ni bermutu tinggi” ucapku. Entah bila Zailan ni nak lupakan kekasih lamanya tu. Setia betul la mamat ni. Dah bertahun masih tak nak cari yang lain.

“nantilah. Sekarang kita jalan-jalan k” ucap Zailan. Aku mengeluh. Dia hanya tersenyum. Entah apa ada di dalam fikirannya saat ini. entahlah.

p/s : kmbli ke rutin harian yg sibuk..... ada mse nani post lg n3 bru k.....

10 comments:

hani said...

bencilah dengan is..tak faham2 lah....!!!!!! nak lg...biar kali ini is yg jatuh cinta gan isya...!!!

mei chan said...

ape la is ni...
hampeh tul...

miznza84 said...

aduiii ble la is nak sedar... kenapa pompuan mcm linda gak yg dia nk... benci btul...

MaY_LiN said...

alahai..
is ni memang la

Anor said...

ape nak buat ye isya dh is tak sudi
cari je yg lain biarlah is pula
rasa menyesal suruh isya cari org lain...

shakirah said...

alah...is ni x nmpk lg ke??
huh...ksian risya :(

Anonymous said...

blah la is.... x yah la ris baik sgt ngan is kalau dah is x hargai dia......eeeee...benci3 is...

hana_aniz said...

kasi zailan jatuh cinta dgn ris la. lg baik.

maszz said...

keikhlasan risya yg tulus...
namun lebih jelas,
kesengalan Is yg nyata...

Anonymous said...

akak..cuba keluarkan watak yg sama taraf dgn tg.iskandar..maksud dia laki tue hensem...berkaliber...kaya..n boleh watkan tg. cemburu n rasa tercabar..baru syok..huhu