THANK YOU

Saturday, January 22, 2011

WARNA HATIKU 20


“mak cik” panggilku lembut. Mak Cik Salmah yang sedang sibuk mencuci pinggan mangkuk lantas berpaling.

“Sya” aku hadiahkan senyuman pada wanita tua itu. Pantas tubuhku dipeluk kemas. Pipiku dicium penuh kasih.

“Sya sihat nak?” soalnya. Aku angguk. “mana suami” soal Mak Cik Salmah lagi. Aku diam.

“dia sibuk” bohongku.

“jangan nak bohong Mak Cik. Sya ada masalah ye?” soal Mak Cik Salmah lembut. Aku geleng. Alangkah baik kalau mama seperti Mak Cik Salmah.

“mama dengan papa ada?” soalku. Ada perkara perlu aku selesaikan.

“mama ada meeting persatuan, papa Sya pergi pejabat.” Jawab Mak Cik Salmah.

“Sya rehat dulu. Mesti penatkan. Balik naik apa ni?”

“kereta” jawabku ringkas. Masih tiada mood untuk berbicara.

“Jom, mak cik hantar ke bilik” aku mengekori langkah Mak Cik Salmah. Dalam fikiranku penuh dengan persoalan.

“rehatlah. Mak cik masakkan makanan kegemaran Sya ye” ucap Mak Cik Salmah lembut. Senyuman manis yang terukir di ulas bibir itu menyebakkan dada.

“Mak cik” aku peluk erat tubuh tua itu. perlahan airmataku mengalir.

“kenapa ni? Ceritalah” pujuk Mak Cik Salmah sambil mengusap lembut rambutku.

“Dia dah ceraikan Sya. Dia dah tinggalkan Sya” ucapku.

“Astagfirullah hal azim. Sya cakap apa ni. Apa dah jadi? Kenapa sampai macam tu?” soal Mak Cik Salmah.

“Sya tak tahu. Sya tak tahu nak buat apa mak cik. Mak cik tolonglah Sya” ucapku dalam tangisan. Dari semalam tangisan itu ku tahan. Untuk apa aku menangis kerana dia. siapa dia. tapi aku tewas menahan rasa. Ada rasa sebak di dada yang tak mampu aku tanggung.

“Sya sabar.” Mak Cik Salmah memimpin tanganku duduk di birai katil. Bahuku di usap lembut. Cuba redakan tangisanku.

“Ceritalah apa sebenarnya dah jadi.”

“kami gaduh” beritahuku.

“kenapa?” aku diam. Tidak mahu menjawab.

“Sya, diam tidak akan dapat selesaikan masalah”

“Sya kata dia dayus. Sya suruh dia ceraikan Sya”

“Astagfirullah hal azim. Tak baik Sya. Sya lupa ye pesan mak cik?”

“Sya tahu Sya salah. Tapi Sya tak bermaksudkan begitu. Sya tak sedar”

“sayang, bila kita marah, syaitan akan terus membarakan kemarahan kita. Sebab tu mak cik selalu pesan, bila marah banyakkan istigfar. Biar reda dulu kemarahan baru bawa berbincang” tangisanku makin menjadi-jadi.

“Tengku cakap apa?” soal Mak Cik Salmah.

“dia kata, bila dia kahwin dengan perempuan tu, dia ceraikan Sya” ujarku dalam sendu.

“tapi diorang tak kahwin lagi kan?” aku geleng.

“jadi Sya masih isteri Tengku. Apa kata Sya duduk bincang baik-baik. Cuba selesaikan masalah ni.” Aku geleng.

“Sya nak minta cerai. Sya datang nak suruh mama dan papa tahu apa yang dah dia buat pada Sya. Sya menderita” rintihku

“sayang, tak baik seorang isteri minta cerai dari suaminya. Seeloknya bincanglah dahulu. Papa dengan mama Sya buat macam tu sebab dia nak Sya bahagia. Jangan terus salahkan takdir yang tersurat. Allah takkan menduga hamba Nya melebihi kemampuan hamba Nya.” aku diam dan mendengar nasihat mak Cik Salmah. Tapi aku tetap bertegas dengan keputusanku.

“Mak cik nak Sya jujur dengan mak cik. Sya sayangkan Tengku kan?” aku pantas geleng.

“janganlah tipu. Tengok muka mak cik. Sya sayangkan dia kan” aku angkat wajah memandang wajah tenang Mak cik Salmah. Aku geleng lagi. Menafikan.

“Mak Cik yang jaga Sya dari kecil. Sya takkan macam ni kalau Sya tak sayangkan dia. hati Sya takkan bohong. Jangan lepaskan apa yang kita sayang. Peluang datang sekali saja. Rebutlah peluang tu sayang. Jangan menyesal di kemudian hari” Nasihat Mak cik salmah.

“sekarang Sya tidur. Biar tenang dulu” aku menurut. Perlahan ku panjat katil. Dari semalam aku tidak tidur. Aku pejam mata. cuba melenyapkan segala kenangan semalam. Tapi dalam mimpiku aku nampak dia sedang tersenyum memandangku.

p/s : terasa rajin plk nk post entry baru ble ramai yg komen. rasa cm da smngt nk trs menulis.... hehehe...... tq sbb sbr menanti..... nani hargai kesabaran anda...... well nani nk mnta sdkt p'tolongn dr korg yg sudi menolong.... plis komen @ mngkin bg la sdkt pndgn n buah fikirn agar karya nani ni dpt b'trsn....xde la korg kne tnggu lme2..... p'tolongn korg nani sertakn ucpn tq

14 comments:

masz said...

teruskan nani...i'm waiting... (^_^)

Unknown said...

hah kau asik takde idea je..mls ye..sile karang cepat2 skit..mintak pandangan selin hahahaha

Anonymous said...

sian kat sya... harap2 is tk ceraikan sya... tk suka betul dgn minah gedik tu...

Anor said...

alahai kesian dgn Sya betulke dh
nak bercerai? Is sebenarnya memang
tak cintakan Sya ke? cepat sambungpye tak sabar nak tunggu new n3.
kenapa n3 kali ni pendek sgt bagilh
panjang barulah puas baca.

Anonymous said...

teruk iskandar ni.... betul ke sya bakal di ceraikan????? eeeee....

hani said...

ah..ha..lah rasa2nya tdi ptg saya baca ep.19. mlm ni ada lg n3 baru, wow...makin menarik, itulah sebab mulut badan binasa, satu pgajaran jgn asal gaduh nak minta cerai...harap2 tengku memikirkan smula apa yg di ucapkan tadi...tak mau diaorg bercerai..nak lg...!!!!

MaY_LiN said...

hihihi..
suka ade n3 lg..
nani..
buatla is ngan sya jatuh cinta..
kan slalu is geram je sya ngan ex die tu..

Naniey TJ said...

masz : aik, ko bce ea???? hahahahaa
miss Ran : enjin otak aku mls dh kerja. dfh lme sgt kerja. dia nk rehat.... bt pe nk tnye selin.... ni bkn cite psl PK

p'bce yg lain : tq sdi bg komen. nani hargai komen anda smua

hana_aniz said...

geram dgn sya. jangan dicabar suami. tengku x de la teruk sgt. mungkin dia jahat dari segi ada hubungan dgn perempuan lain. tapi, sbg isteri, sya patut belajar menyayangi suami n ambil hati dia. bkn masing2 buat hal sendiri...

miznza84 said...

taknak is kawen ngn linda... nani do something utk selamatkan perkahwinan mereka..

sinichies_girl88 said...

sedeynya...
tak nak diaorang cerai huhuhu...
sambung lagi..
:)

Naniey TJ said...

miznza84 n sinichies_girl88 : hahahaha.... jgn sangka lelaki xde ego.... tgk la cmne... tunggu smbngnnye k

miznza84 said...

nani.. cpt2 sambung ye.. tak sabar nk tau ni... dup dap dup dap...

Anonymous said...

kalo saye,elok wujudkan watak lelaki baru utk sya tuh lepas dah cerai nti....kalo asyik tersepit antare daniel & iskandar, makin serabut jadinye nanti....sepanjang is bsiap2 nak kawin nih, kalo nk letak konflik biar kasi panas sket xpe.....

is bole je nak tunjuk kt sya tuh langit nih tinggi ke tak....jual mahal.....kalo nak setel sket, buat la minah gedik tuh kene accident ke,sakit kronik ke agar perkahwinan is & linda tak dapat diteruskan......

jz my 2 cents...since nanie mtk buah fikiran kn...saye muntahkn saje pe yg tkeluar kt kpale wat mase nih :-)