THANK YOU

Sunday, January 30, 2011

WARNA HATIKU 25



Aku memandang lama ke cermin. Menilik lama tubuhku yang bersarung baju kurung ungu hadiah dari Amira. Hari ini aku ingin merealisasikan impian Amira untuk melihatku memakai baju dan tudung yang dihadiahkan. Aku ni jarang benar pakai baju kurung. Rasa agak canggung. Aku dah berjanji pada diriku, aku akan cuba mengubah diri sedikit demi sedikit. Aku mengharapkan aku menemui apa yang aku cari.

“alahai, cantiknya.” Puji Amira yang muncul entah dari mana.

“yelah tu. Cakap je kalau nak suruh Ris belanja” aku tersenyum.

“ikhlas ni. Dari hati. Kalau lelaki pandang, mesti terus nak jadikan isteri.” Aku terdiam. Senyuman di bibir serta merta mati. Isteri?.

“kenapa ni? Mira salah cakap ye?” wajah Amira gusar melihat riak wajahku yang berubah. Aku geleng. Entah kenapa aku teringat pada pergaduhan kami yang membawa aku ke sini.

“Ris, kenapa ni?” soal Amira bila aku masih diam.

“Ris dah kahwin” melopong Amira mendengar kata-kataku yang tiba-tiba. Mana tak melopongnya. Aku kahwin paksa. Tak sempat nak jemput atau nak maklumkan pada sesiapa.

“bila?” soal Amira.

“baru lagi. Belum sampai setahun” aku tersenyum hambar. Belum sampai setahun dah pun berpecah belah.

“rasanya tak basi lagikan. Nak ucap Selamat pengantin baru moga kekal ke anak cucu, cicit dan seterusnya.”

“terima kasih” ucapku

“habis Ris kat sini, suami tahu tak?. Mira tak pernah pon tengok Ris call atau telefon dia?” Banyak pulak soalan si Mira ni.

“entah” sepatah je dapat aku jawab.

“macam ada masalah je bunyinya.”

“kami dalam proses penceraian” balasku. Entah macam manalah prosedur penceraian tu, sampai sekarang tak dengar khabar berita pun.

“kenapa macam tu”

“salah Ris. Ris kecilkan hati dia.”

“sampai nak bercerai” aku jungkit

“biarlah masa yang tentukan segalanya”

“mana boleh menyerah macam tu. Kita pun kena berusaha. Tawakal je tak jadi”

“habis Mira ni bila nak kawin. Dah boleh sangat dah” usikku. Malas nak mengungkit hal aku.

“belum ada jodoh lagi. Insyaallah” balas Amira. Lama kami diam.

“kalau Mira tanya jangan marah ye”

“depand pd soalan:” gurauku.

“Ris sayang suami Ris?” aku terkedu. Dia orang kedua yang tanya aku perkara itu. sayang ke?.

“susah nak jawab Mira. Kami kahwin atas kemahuan keluarga. Mungkin Ris bukanlah isteri yang baik untuk dia”

“tak perlu jadi yang terbaik Ris, cukuplah kita perbaiki apa yang ada supaya ia menjadi lebih baik sesuai dengan kemampuan kita” nasihat Amira. Dah macam perunding keluarga minah ni. Dia pun belum kahwin. Isk...isk..isk... tulah untungnya kalau suka membaca. Macam macam ilmu dapat.

“Ris ingat nak balik esok. Dah lama sangat kat sini. Banyak susahkan Mira” ujarku.

“cepatnya. Rindu suami ye?.” usik Amira. Aku mencebik. Amira ketawa senang.

“Ris tak pernah susahkan Mira. Mira suka Ris kat sini” Amira tersenyum lagi. Manis benar senyuman itu.

“Ris doakan Mira cepat dapat jodoh k”

“Mira pula doakan Ris akan bahagia di samping suami tercinta”

“insyaallah” aku hanya tersenyum kerana aku juga berharap benda yang sama. Berharap dapat mulakan hidup yang baru dengan azam dan semangat baru.

Aku berdiri lama di depan pagar banglo mewah itu. tidak tahu apa sebenarnya yang perlu aku lakukan. Tekan loceng atau redah je. lagipun nikan rumah aku jugak. Aku garu kepala yang tak gatal. Mati idea.

“Assalamualaikum, Cik” tegur satu suara dari belakang.

“waalaikumsalam” aku berpaling sambil tersenyum.

“mak jah apa khabar? Sihat?” soalku.

“Puan? Ya Allah, cantiknya” aku sekadar tersenyum mendengar pujiannya.

“kenapa tak masuk? Mak jah pergi kedai tadi. Tuan tak ada. Keluar dengan kawan katanya” Mak Jah buka pagar. Pantas beg di tanganku ingin dicapai.

“tak apa Mak Jah, saya bawakan sendiri” aku menolak baik. Belum sempat punggungku melabuh ke sofa kedengaran bunyi kereta Tg Iskandar masuk ke garaj. Hatiku terasa berdebar. Apa yang akan aku katakan padanya.

“i dah sampai rumah. Take care sayang. See you” ucap Tg Iskandar dengan penuh ceria. Rupanya aku je yang susah hati. Dia macam ok je dengan miss SS tu. Ops! Cakap nk berubah, kena panggil Linda la pulak.

“mak jah!” panggil tg Iskandar. Matanya masih belum menyedari kehadiranku di banglo itu.

“mak.....” dia pandang aku yang tersenyum memandangnya. Pelik. Mata tak berkedip. Kenapa pulak ni. Ada apa-apa yang tak kena ke? Aku pandang baju kurung biru ditubuh. Ok je. mungkin tudung senget? Tapi tadi tengok kat cermin ok je. isk. Tak boleh jadi ni.

“assalamualaikum” sapaku.

“waalaikumsalam” ingatkan dah tak nak balas.

“Risya?” aku angguk. Alahai isteri sendiri dah tak kenal. Mentang-mentanglah dah bertutup semuanya. Atau mungkin tengah angau nak dapat isteri baru.

“you look diffrent but nice” pujinya.

“thanks” balasku.

“kau apa khabar?” soalku. Rimas bila dia terus merenungku. Tapi bahasaku masih tidak berubah. Mana mungkin masa yang singkat akan merubah segalanya. perubahan akan berlaku perlahan-lahan. Janganlah korang risau.

“baik. Kau?”

“alhamdulillah sihat.”

“mmm...duduklah. macam tak biasa pulak. Mak jah mana?” soalnya.

“ada kat belakang kot.” Balasku lagi. Kami diam. Tak tahu nak cakap apa.

“Bila kau mula pakai tudung ni?” soalnya tiba-tiba. Aku pandang tg Iskandar

“kenapa?” soalannya ku balas dengan soalan.

“tak ada apa, cantik” pujinya. Matanya tidak lari dari terus memandang wajahku. Rimasnya. Rasa nak je aku letak dinding antara aku dan dia. alahai macam tak biasa pulak.

“tak perlu nak puji lebih-lebih. Allah dah bukakan hati aku untuk bertudung. Alhamdulillah” ucapku.

“baguslah” perlahan kata-kata Tg Iskandar.

“kau mesti haus kan. Nak minum? Aku buatkan” pelawa Tg Iskandar sambil bangun dari duduknya.

“erk.. tak apa. Tak payah. Lagipun aku singgah kejab je” kenapalah rasa kekok semacam ni. Padahal bukannya tak biasa.

“kejab je? kau nak pergi mana pulak lepas ni?”ada gaya suami mithali pulak.

“tak ke mana. Hotel Sri Malaysia je.”

“Buat apa kat sana. Tinggal je kat rumah ni. Lagipun ni kan rumah kau juga.” Takkan lah aku berani nak duduk sini selepas semua kejadian hari tu. Tapi aku tengok dia rileks je. adakah dia sudah melupakan kejadian itu. atau mungkin dia terhutang budi sebab aku sanggup biarkan dia kahwin dengan minah gedik tu.

“tak apalah. Aku datang sini just nak tanya pasal perceraian kita tu. Manalah tahu ada yang boleh aku bantu. Macam mana?” sedaya-upaya aku cuba tenangkan diri ini. Tg Iskandar terdiam. Tiada jawapan untuk soalan aku.

“in progress” balasnya selamba.

“lama lagi ke?” soalku pula.

“depands” apasal la mamat ni sambil lewa je jawapannya. Aku dah separuh mati bertanya. Pastu mata tu. Tak puas lagi ke? Cucuk kang.

“kalau macam tu, tak apalah, aku balik dulu” ucapku lembut. Tak perlulah aku berlama di situ. Bimbang juga hati aku yang parah. Tambah pula rimas tengok mata dia yang asyik turun naik tengok aku. Macam tak pernah jumpa pulak.

“nak pergi mana?” soalnya.

“baliklah”

“no, aku tak izinkan. Tinggal je sini.” Macam gaya diktator pulaTg Iskandar ini.

“tapi....” aku cuba membantah namun pantas saja dia memotong.

“Mak Jah” panggil Tg Iskandar.

“Ye Tuan” Mak Jah muncul dari dapur.

“tolong bawa beg puan ke bilik dia. malam ni dia tidur kat sini” ucap Tg Iskandar. Mak Jah hanya menurut. Wanita itu ingin mencapai begku.

“mak jah tak payah buat. Saya buat sendiri.” Lain aku nak cakap, lain pula yang keluar. Aku menghalang Mak Jah dari mengangkat begku. Kesian pula kudrat tua itu ingin membawa begku yang agak besar itu. nasib ko la Ris, bila dah start nak berubah ni, hati pun jadi lembut je. ada gaya-gaya isteri solehah la pulak.

“meh aku bawakan” Tg Iskandar pantas mengambil beg dari tanganku. Selamba dia bergerak menaiki tangga. Terus ke tingkat atas. Aku hanya mampu memandang. Mak Jah tersenyum penuh makna.

p/s : tq msh setia m'bce wlaupun mngkin dah ada yg stress ngn situasi sya n is.... tp trskn m'bce k

WARNA HATIKU 24


Seminggu berlalu dengan sangat pantas. Rupanya sudah seminggu kami membawa haluan masing-masing. Aku mengambil keputusan untuk tidak terus berada di banglo papa. Kalau terus di situ, aku akan berterusan di desak oleh orang tuaku. Tg Iskandar nekad meninggalkan aku. Apa yang dapat aku lakukan selain menyerah segalanya kepada takdir. Sungguh aku tak berdaya untuk memujuknya kembali padaku. Aku kini menetap di rumah sahabatku di universiti dulu, Siti Amira. Rasanya aku akan tenang di sini. Tiba-tiba telefonku berbunyi menandakan ada panggilan masuk

“hello akak” suara adikku Puteri Balqis kedengaran.

“Hello Qis, ada apa call akak?”

“tak ada apa, saja je. Qis dengar akak dah nak cerai dengan abang Is? Betul ke?”

“siapa yang beritahu?”

“Mak cik. Akak....”

“ye”

“akak kat mana sekarang? Semua orang risau pasal akak” ucap Puteri Balqis lagi.

“Qis, tolong bagi telefon tu kat papa” arahku. Mana mungkin pisang berbuah dua kali. Trick lama. Nak selidik apa-apa mesti gunakan adik-adik. Itu yang aku tak berkenang.

“erk....”

“cepat” gesaku.

“hello” kdengaran suara garau papa di corong telefon.

“boleh tak papa jangan nak gunakan Balqis untuk tangkap Sya? Apa lagi yang papa nak?” soalku geram.

“Sya kat mana?”

“papa tak perlu tahu. Yang penting Sya selamat dan tenang kat sini.”

“Papa nak Sya balik. Kita kena bincang”

“nak bicang apa lagi. Semua dah selesai”

“Sya ingat papa akan biarkan macam tu je. kalau Sya tak nak balik, papa sendiri akan cari”

“silakan. Buat la suka hati papa. Memang selama ini papa suka buat sesuka hati pun kan. Jadi silakan. Tapi satu je sya mintak, jangan nak gunakan Qis dengan adik. Diorang tu manusia bukan robot. Cukuplah apa yang dah papa buat pada Sya”

“papa tahu apa yang papa buat”

“sebab papa tahu la, semua ni jadi” pantas aku putuskan talian. Kadang kala sakit hati mendengar kata-kata papa yang tak pernah nak mengalah. Bilakah tiba masanya papa akan memahami aku. Faham apa yang aku inginkan. Tahu apa yang aku perlukan. Bukan terus-terusan mendesak aku dengan kehendak dan kemahuannya.

“Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam” jawabku. Amira tersenyum.

“jauh mengelamun. Mira balik pun Ris tak sedar” lembut tutur Amira. Itu yang menyebabkan aku senang dengannya. Dulu kami pernah tinggal sebilik di universiti.

“kenapa ni?” aku geleng.

“Mira ada hadiah untuk Ris”

“Hadiah? Semperna apa?” soalku pelik.

“hari ni kan hari jadi Ris. Lupalah tu” balas Amira sambil menghulurkan sebungkus hadiah padaku.

“terima kasih, aku betul-betul lupa. Apa ni?” terlupa lagi hari ini genaplah usiaku 23 tahun. sudah 23 tahun aku hidup rupanya. saat itu ada rasa sedih dalam hati aku. tiada seorangpun yang mengucapkan selamat ulang tahun kecuali Mira. kalau Tg Iskandar ada mesti dia ucapkan Selamat ulangtahun. ah, asyik-asyik dia yang bermain di mindaku.

“Selamat Hari Lahir. mudah-mudahan Allah panjangkan usia Ris dan berikan lebih banyak kegembiraan. Bukalah” aku pandang kotak hadiah ditangaku. Perlahan tangaku membukanya. Kotak cantik itu kubuka. Sepasang kurung ungu bersama sehelai tudung berada di dalamnya. Aku pandang Amira.

“dah lama Mira teringin nak tengok Ris pakai baju kurung dengan tudung ni. Dari universiti lagi. Bila agaknya mira ada peluang tu?” soal Amira lembut. Aku mengeluh. Gadis itu masih tidak putus asa untuk mengubah diriku. Dari dulu lagi.

“aku tak sedia lagi” ucapku. Amira tersenyum.

“Hidup kita makin lama makin singkat. Kalau kita tak mulakan, sampai bila-bila pun kita tidak akan bersedia.” Balas Amira

“Ris tahu tak, orang yang menutup aurat kerana Allah, banyak pahala yang dia dapat”

“tengoklah nanti” balasku malas.

“Mira tunggu. Mira nak jadi orang pertama yang tengok Ris pakai baju kurung dan tudung ni” aku hanya mampu tersenyum saat itu.

Sedar tak sedar sudah sebulan lebih aku di sini. Mengenali Amira sedikit-sebanyak membawaku mengenali agama. Setiap hari dia membacakanku ayat suci al-quran. Merdu suaranya. Selama berada di situ, tidak pernah sekaliku pun dia lupa mengajakku solat bersamanya. Tapi seringkali aku menolak. Amira. Tapi malam ini mataku ralit memandang Amira yang khusyuk menghadap Illahi. Wajahnya tenang saat mulutnya terkumat-kamit memuji tuhan pencipta sekalian alam. Ada rasa resah bertandang dihati saat itu. Rasa sepi yang begitu mengcengkam jiwa. Selama ini aku berasa sendirian mengarungi kehidupan tapi aku lupa aku punya teman. Aku yang sering melupai Nya. Rupanya selama ini aku jauh dari Dia. aku lupa Dia masih ada Dia tempat untuk ku adukan segala masalah. Dulu mak cik Salmah ada mengajarku solat, tapi tak selalu aku amalkan. Lama-kelamaan kutinggalkan terus amalan itu. hanya sesekali aku tunaikan. Betapa aku jauh dari melihat kebesaran Nya. Maha pencipta langit dan bumi juga sekalian isinya. Aku lalai dan leka dengan nikmat dunia hingga aku lupa suatu masa nanti aku akan pergi menghadap Illahi. Amalan apa yang akan aku bawa?. Apa yang aku ada? Dosa? Kejahilan? Segalanya ku hitung hingga dinahari mula membuka tirai. Saat Amira terlena di katil perlahan aku melangkah ke kamar mandi. Maembasahkan anggota wuduk. Rupanya aku masih tahu berwuduk. Alhamdulillah.

Saat bibir melafazkan Allah maha besar ada rasa ketenangan yang tidak pernah aku rasa selama ini. alhamdulillah Ya Allah.

Segala puji bagi tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang. Pemilik hari pembalasan. Hanya pada Kau kami sembah dan hanya pada Kau kami meminta pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Jalan orang yg telah kau berikan nikmat bukan jalan orang yang Kau murkai dan bukan juga jalan orang yang sesat. Saat itu deraian airmata luruh dari mataku. Menyesali setiap perbuatanku. Menyesali setiap kejahilanku. Allah......

Airmataku menitis laju membasahi pipi. Rasa sebak yang menikam dada saat ini tidak dapat lagi ku tanggung. Tersedu aku di atas sejadah. Terasa diri begitu berdosa. Jauh dari benar rahmat Allah.

Semakin cuba ku jauhi

Semakin dekat pula kau menghampiri daku

Oh, tuhan yang maha pemurah

Siapalah aku di pandanganMu

“tuhan aku tak layak ke syurgaMu... tapi aku tak sanggup menanggung siksa nerakaMu. Ampunkanlah aku Ya Allah. Ampunkan aku yang lalai dan lupa dari mengingatiMu. Hamba Mu datang pada Mu Ya Allah. Memohon keampunan.” Airmata makin deras. Senduku makin jelas.

“Ris” ada suara yang memanggilku. Aku langsung tidak berpaling. Di hati sarat dengan rasa bersalah dan berdosa. Terasa tubuhku dipeluk erat dari belakang.

“aku banyak dosa Mira. Aku berdosa dengan Allah. Dengan papa dan mama aku. Dengan is” ucapku dalam sendu.

“Dia Maha pengampun. Mintalah keampunan dari Nya. Baiki kehidupan kita supaya kita jadi manusia yang lebih baik” perlahan lenganku diusap lembut.

“tapi dosa aku terlalu banyak Mira. Nak ke tuhan ampunkan aku?” makin kuat tangisanku kala itu.

“Ris tahu tak, Allah berfirman, Wahai anak Adam! Sekiranya engkau berdoa dan memohon keampunan dariKu, maka akan Aku ampunkan segala dosa-dosamu. Wahai anak Adam! Sekiranya dosa-dosa yang telah engkau lakukan menggunung setinggi langit kemudian kau memohon keampunan dariku, maka akan Aku ampunkan dosa-dosamu. Wahai anak Adam! Sekiranya kau datang kepadaku dengan dosa sebanyak seisi dunia dan kau tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu, maka akan Aku datangkan padamu maghfirahku sebanyak seisi dunia” sambung Amira.

“masihkah ada ruang untuk aku Mira?.”

“insyaallah. Allah maha pengasih lagi maha penyayang. Dia menerima taubat hambaNya. Alhamdulillah dia dah tunjukkan jalan. Dah bukakan pintu hati Ris.” Kudengar sendu Amira. Terharu barangkali. Inilah harapannya dari dulu. Melihat aku berubah. Lama kami begitu hingga akhirnya malam itu merangkak pergi dengan cerita indahnya saat aku terlihat cahaya dalam suasana gelap-gelita.


p/s : dh lme x update wrne hatiku...... nani sdkt bzy n bil brdbnd yg x smpt d byr....... well, bru2 ni nani kmlngn wktu on d way blk dr mlka ke trg....nsb baik xpe2.... agak fobia rsenye sbb 1st time kne..... tp yg pling geram bila org x ada adab....bknnye nk say sori ke apa...bt mke x b'slh plk...... tp tulah dia khdpn...mcm2 org ada..... pnjg plk cloteh nani....hehehe... hrp anda smua dpt doakn kslmtn nani utk p'jlnan pulang ke mlka ari sbtu ni. mdh2an semuanya slmt.... insyaallah

Wednesday, January 26, 2011

SAAT DINIHARI MENJELANG PAGI

Apa yg hatiku rasa saat dinihari menjelang pagi……..

Rasa lbh baik……. Tp ttp rasa sakit……..

Apa lagi yang hatiku rasa saat dinihari menjelang pagi……

Rasa sunyi………. Lbh sunyi dari semalam……

Apa lagi yang hatiku rasa saat dinihari menjelang pagi…….

Rasa rindu pd yg t’syg…… spt terbayang2……

Apalagi hatiku rasa saat dinihari menjelang pagi……

Rasa bimbang….. takut hati sudah tidak tahan……

Apalagi hatiku rasa saat dinihari menjelang pagi……

Tidurlah sayang….. mungkin esok segalanya hilang……

Mimpikanlah sebuah impian……… jdknlh ia knytaan….

Jgn dilayan rasa gundah….. lngsung tiada faedah….

Selagi kaki mampu melangkah…. Jgn pernah berhenti…..

Hingga tiba suatu hari……… saat jasad didalam bumi……

Tidurlah sayang…… esok masih menanti….. kalau masih ada ihsan Illahi

WARNA HATIKU 23


Semua diam membisu mendengar bicara Tg Iskandar.

“kami dah buat keputusan. Dan kami rasa inilah yang terbaik. Kami akan bercerai” ujar Tg Iskandar.

“astagfirullah hal azim. Kamu sedar tak Long?” tg Maimun sudah pun menitiskan airmata.

“sabar kak” mama cuba tenangkan Tg Maimun. Aku tidak berkata apa-apa. Mengiakan saja setiap tutur Tg Iskandar.

“benda ni bukan perkara main-main. Kenapa kamu tak nak cuba lagi sekali. Beri peluang kepada diri masing-masing.” Ucap papa. Ayat yang sama diulang. Aku tahu benda ni bukan main-main.

“papa....” belum sempat aku bersuara Tg Iskandar memotong.

“ingat janji kau” ucapnya perlahan.

“papa, kami minta maaf. Kami tak boleh teruskan hubungan ni” ucap Tg Iskandar.

“kamu masih cintakan Linda tu?” soal tg Ismail yang sejak tadi berdiam diri. Tg Iskandar tunduk. Tidak mengia atau menidak.

“kamu tahu ayah tak sukakan dia jadi menantu ayah.”

“tapi ayah...”

“dengar dulu apa yang ayah nak cakap. Ayah tidak akan halang apa yang kamu nak buat. Ayah yakin kamu dah benar-benar dewasa. Dah boleh beza mana buruk mana baik. Tapi kamu jangan ingat keputusan ayah akan berubah. Suka hati kamu nak bercerai atau tak. Tapi ayah tak izinkan kamu ambil Linda tu jadi isteri kamu” tegas Tg Ismail berkata-kata.

“uncle, please. Kalau itu yang boleh buat dia bahagia, kenapa uncle nak halang?” aku cuba membela.

“kamu tahu tak salah satu kriteria pemilihan calon isteri yang baik adalah yang berpendidikan agama dan berakhlak mulia. Kalau dah terdedah sana terdedah sini. Tunjuk segala luruh kat orang, perempuan jenis apa tu. Langsung tak tahu malu” alamak, pandai juga orang tua ni membebel. Habis aku ni berakhlak mulia. Terasa pulak dengan kata-kata Tg Ismail.

“kalau kamu nak kahwin dengan orang lain, ayah izinkan tapi bukan Linda” kami belum sah bercerai, dia boleh pulak cerita pasal kahwin.

“habis kenapa uncle suruh dia kahwin dengan saya. Rasanya saya tak memenuhi pun kriteria tu” soalku. Tg Ismail diam. Mencari jawapan yang sesuai.

“papa yang minta tolong dia. papa ingat bila kamu kahwin dengan Is, perangai kamu akan berubah. Tapi papa silap. Aku minta maaf Mail. Aku tak sangka jadi macam ni. Is, papa minta maaf, papa dah rosakkan kebahagiaan kamu demi anak papa.” Ucap papa. Wajah papa menunduk.

“papa...” kata-kataku tersekat. Sebenci mana pun aku padanya, dia tetap papa yang memberi aku nafkah untuk membesarkan aku.

“Sya minta maaf, tapi Sya tak boleh nak terima hubungan ni” pertama kali aku melembutkan suaraku bila bercakap dengannya. Bagai dapatku rasai perasaan papa takala itu.

“tak guna kalau tahu minta maaf sahaja. Keadaan takkan berubah apa-apa” ucap papa. Perlahan papa bangun meninggalkan meja makan dengan wajah yang kecewa.

“uncle, auntie, saya minta maaf. Tapi izinkanlah Is cari kebahagiaan dia sendiri.” Ucapku. Kenapa aku perlu mengharapkan dia bahagia. Sedangkan separuh hatiku tidak rela dia pergi. Rumitnya bila berbicara mengenai hati.

“tak perlu la Sya risaukan Is lagi. Kamu kan dah nak bercerai. Jadi buat apa nak merayu untuk satu sama lain.” Sindir Tg Ismail. Aku terdiam. Ada benarnya kata-kata Tg Iamail. Untuk apa lagi aku nak ambil tahu hal Tg Iskandar. Tapi hatiku bersimpati dengannya

“ayah kecewa dengan kamu. Kamu dah malukan ayah” Tg Ismail bangun dari kerusi. Namun langkahnya terhalang.

“Is minta maaf ayah. Is tak berniat nak malukan ayah. Selama ni Is tak pernah bantah cakap ayah. Tapi untuk kali ini, ayah maafkanlah Is. Is sayangkan ayah” suara Tg Iskandar serak. Menahan sebak di dada.

“semuanya salah saya. Saya yang minta dia ceraikan saya. Dia tak salah. Uncle janganlah marahkan dia atas kesalahan yang berpunca dari saya” kesian aku lihat Tg Iskandar saat itu. jadi aku turut merayu untuknya. Namun Tg Ismail terus berlalu tanpa sepatah kata pun.

“along, sabarlah. Nanti ibu cakap dengan ayah” ucap Tg Maimun sebelum meninggalkan kami.

“aku....” kata-kataku tersekat di situ.

“hal ni dah settle. Nanti kita uruskan prosedur penceraian tu.” Ucap Tg Iskandar sebelum meninggalkan ku. Aku benar-benar terkedu. Ada rasa sedih bertandang dihati kerana aku telah melukai banyak hati.

Ingatkan episod pagi itu berakhir di situ. Tapi aku silap. Mana mungkin papa melepaskan aku begitu saja. Petang itu papa ke kamarku.

“papa nak kamu minta maaf dan berbaik semula dengan Is”

“Sya tak nak” lawanku.

“jangan nak membantah. Papa tetap nak Sya berbaik dengan Is” papa cuba menekanku. Tahukah papa, yang bila-bila masa saja aku akn di tendang dari hidup lelaki.

“lebih baik papa bunuh saja Sya, dari papa buat Sya macam ni. Sya tak nak”

“kamu jangan lebih-lebih. Kalau tidak...”

“kalau tidak apa papa? Papa tak nak mengaku Sya anak papa atau papa nak halau Sya dari rumah ni?” aku makin berani. Tekanan dimindaku membataskan akal rasionalku untuk bertindak.

PANGGGG!!!! Satu tamparan melayan ke pipi. Sakit. Pedih.

“Biadap. Kau dah malukan aku. Mana aku nak letak muka aku ni. Dulu aku yang merayu supaya kau jadi menantunya. Tapi sekarang apa yang dah kau buat? Kau dah letak tahi kat muka aku” marah papa. Muka papa merah menahan kemarahan yang meluap.

“Sya tak pernah minta. Papa yang paksa Sya. Tak puas lagi ke papa tengok Sya derita. Sya ada hati papa. Sya tak nak terus hidup macam ni” laju saja mutiara jernih yang kutahan sejak pagi tadi mengalir laju.

“kau fikir kau saja ada hati, habis hati kami? maruah kami? kau tak payah jaga ke?”

“cukuplah apa yang papa buat selama ni. Sya dah tak tahan lagi. Papa nak Sya jadi gila baru papa puas hati?” soalku geram.

“by hook or by crook, kau kena kembali pada Iskandar. Selagi aku hidup, jangan harap kau boleh buat keputusan sendiri” putus papa.

“kenapa papa buat macam ni?” soalku bersama esakan.

“aku buat semuanya untuk kebaikan kau dan keluarga kita. Kau patutnya bersyukur dapat suami seperti Iskandar. Bukankannya ambil tindakan bodoh ni” ucap papa.

“tapi ini hidup Sya”

“ur life is my life. Jangan lupa aku ni ayah kau. Mana kau pergi kau bawa nama aku. Aku tak nak nama aku buruk kerana hal macam ni.” Tegas kata-kata papa. Langsung tiada rasa belas untuk aku. Kejamnya papa. Terus papa berlalu dari bilikku. Meninggalkan aku bersama sendu yang panjang. Siapa yang akan memujukku di sini. Entah kenapa fikiranku melayan mengingati betapa hangatnya bahu Tg Iskandar yang menenangkan aku bila aku sedih. Entah kenapa aku rasa rindu.


p/s : dinginnya suasana dinihari..... sedingin hati nani kala ini.... kdg2 kte ada hati..... tp kte xprnh hargai.... trs biarkn dia d lukai..... knp bgitu ye???? skdr b'celoteh.... akhirnya siap keje nani... tp hasilnya x thu la ok x.... nani bknnye org pndi..... skdr pndi b'karya...... biasalah nani insan biasa...yg byk kekrgn yg prlu d baiki..... knp sdih sgt ayt nani ni.... mybe entry ni sdih kot.... so, slmt m'baca

Monday, January 24, 2011

WARNA HATIKU 22


Lama kami diam membisu. Memberi ruang untuk kami tenangkan fikiran yang maikn serabut. Ruang kamarku yang luas itu terasa sempit. Rasa begitu panas dan rimas di situ. Kalau diberi pilihan, aku tidak mahu terus berada di situ.

“dah pandai mengadu rupanya ye” sindir Tg Iskandar memecah kebisuan antara kami.

“suka hati aku la”

“kau memang suka hati, aku ni? Nak kena drive dari terengganu ke sini tiba-tiba and pastu dengar bebelan orang tua. Boleh tak kalau nak buat apa-apa fikir dulu”

“aku dah penat berfikir. Memang tu yang kita nak kan.”

“kita? betul ke? Kalau itu yang kau nak, buat apa menangis sampai bengkak mata? tak sanggup nak tinggalkan aku?” aku terdiam seketika mendengar bicaranya yang berbaur sindirian.

“jangan nak perasanlah.”

“tak perlu nak perasan. Tengok muka pun dah tahu. Betul kau nak terus jadi isteri aku?” soal Tg Iskandar.

“kau ni kenapa hah?”

“aku tanya masih nak jadi isteri aku?”

“kau kan dah ceraikan aku” dia tarik nafas.

“tapi aku belum lagi kahwin dengan Linda. Kau masih ada peluang” aku diam. Entah apa yang harus ku katakan. Memang hati aku rasa ingin berada di sisinya. Tapi ego aku melarang. Jangan mengalah.

“atau kau takut kau jatuh cinta pada aku?”

“diam!. Aku tak nak dengar dan cakap apa-apa lagi. Keputusan aku muktamad” tempikku.

“kau dengar sini, kita boleh hidup macam biasa asalkan kau tarik balik kata-kata kau hari tu” dia pandangku bersahaja. Memang terdetik rasa bersalah kerana menuduhnya begitu. Memang sebagai isteri aku tahu aku berdosa padanya. Harus ke aku memohon ampun padanya. Aku berpaling membelakangi. Ah, sejak bila aku jadi terlalu lembut hati ni.

“peluang datang sekali je” sambung Tg Iskandar. Teringat kata-kata mak Cik Salmah semalam. Rebutlah peluang yang ada.

“tapi kau tetap akan kahwin dengan dia kan”

“aku boleh pertimbangkan lagi”

“sudahlah. Kita bercerai je. kau tak payah lagi tahu hal aku. Kita buat hal masing-masing.”ada kesedihan pada kata-kataku.

“kalau macam tu tak payahlah nak buat muka sedih, k” tak sangka aku suami aku ni mempunyai ego yang tinggi. Sangkaku dia akan terus memujuk. Tapi malangnya begini pula terjadi.

“mana ada?”

“kau tahu tak, bibir boleh menipu. Tapi perasaan yang lahir dari hati kau jelas nampak kat wajah” ucap Tg Iskandar. Entah kenapa aku jadi resah saat kakinya melangkah menjauhiku. Terasa seperti dia akan pergi tinggalkan aku. Aku cuba kuat.

“jadi kau betul-betul nakkan penceraian ni” aku angguk.

“kita tak serasi.” Balasku. Dia tersenyum.

“aku tak pernah pun rasa kita tak serasi. Cuma aku cuba kesal dengan sikap dan perangai kau yang tak pernah nak berubah. Aku tak harapkan apa-apa dari kau. Aku ikhlas ingin menjaga amanah papa pada aku. Cuba aku ingin kau hormati aku sekurang-kurangnya sebagai seorang sahabat. Aku ingat aku boleh bertahan, tapi kau betul-betul dah mencabar aku” ucapnya. Dia memandang keluar tingkap. Aku diam. Menanti bicara yang seterusnya.

“kau dulu yang cari hal” aku cuba membela diri. Dia tersenyum.

“mungkin aku bersikap keterlaluan untuk menjaga kau. Dan tanpa sedar aku dah tersilap langkah” balasnya membuatkan bibirku terus terkunci.

“kau tahu?” soalnya tiba-tiba. Sayu suaranya.

“kau buat aku sedih. Kau buat aku kecewa dengan kata-kata tu. Tahniah, sebab kau dah berjaya buat aku betul-betul sakit hati” ucapnya tiba-tiba. Kata-kata itu membuatkan hatiku sakit. Aku tak sengaja nak buat macam tu. Ingin saja aku jerit begitu. Tapi akal warasku menghalang. Aku diam membatu.

“kau fikir apa yang harus aku buat sekarang ni?” soalnya. Aku tetap diam. Buntu.

“kau nak teruskan penceraian ni?” aku angkat muka. Menentang pandangan matanya. Perlahan aku angguk.

“kau tak menyesal?” soalnya lagi. Kali ini aku benar-benar keberatan menyatakan apa yang aku rasa.

“kau akan lebih menyesal kalau kau terus pilih aku” balasku. Mana mungkin dia akan bahagia di samping insan yang tidak pernah di cintainya. Tg Iskandar menghampiriku. Benar-benar berada dihadapanku.

“aku tak pernah paksa kau buat pilihan ini. tapi aku terpaksa memilih cara ni. Aku harap kita akan membaiki diri masing-masing kelak. Mungkin banyak salah aku sampai kau merasakan aku dayus dimata kau. Jadi ini adalah pilihan kita bersama....” kata-kata Tg Iskandar terhenti. Aku sudah menunduk memandang lantai. Ada air jernih bertakung di tubir mata.

“kita akan sama-sama terangkan kat papa, mama, ayah dan ibu. Tapi promise kau takkan bersikap kurang ajar” dalam kepayahan aku angguk.

“thanks” Tg Iskandar berpaling. Langkahnya disusun cermat meninggalkan aku. Tiba-tiba langkahnya terhenti.

“satu lagi, nanti aku uruskan prosedur penceraian tu” kali ini Tg Iskandar terus melangkah langsung tidak memandangku lagi. Ingin saja aku memanggilnya saat itu. meminta keampunan darinya. Tapi saat itu aku tak berdaya. Setitis mutiara jernih gugur jua. Begini rupanya akhir sebuah ikatan suci. Perkara halal yang paling dibenci Allah iaitu penceraian.

p/s : dh macam2 pndpt n luahan idea nani dpt... nani rse korg ni kreatif la... mcm2 situasi dpt korg imaginekn...... tp pe2 pn tq atas idea anda smua....insyaallah idea korg akan m'jd sumbr ilham utk nani..... hahaha... msti korg skekn dpt bce entry bru hari ni....... ok la... ceria2kn hidup anda... slmt m'baca

Sunday, January 23, 2011

WARNA HATIKU 21


Cahaya yang masuk ke kamar menyedarkan aku dari mimpi indah. kulihat jam di dinding. Pukul 7. 7 pagi atau 7 malam ye. aku menghampiri langsir yang sedikit terbuka. 7 pagi rupanya. Lamanya aku tidur. Dari jam 4 petang semalam. Itulah akibatnya bila terlampau letih. Terus aku bersiap. Hari ini juga aku perlu selesaikan masalah ini. setelah selesai menguruskan diri aku melangkah turun. Mesti papa dan mama dah bersedia untuk bersarapan. Bimbang aku tidak sempat bertemu mereka. Laju saja kakiku menuruni tangga. Tapi langkahku terhenti sebelum masuk ke ruang makan. Kedengaran suara orang berbincang. Rasanya bukan mama dan papa saja di situ. Mesti ada tetamu. Tapi takkanlah seawal ni tetamu datang. Sesekali aku bagai dengar suara dia. aku pasti itu suara dia. apa dia buat kat sini.

“Sya” aku dengar suara lembut mak cik Salmah memanggil.

“Risya, come here” aku dengar suara tegas papa memanggil. Aku cuba menguatkan diri. Perlahan langkahku. Mataku memandang satu-satu tetamu yang hadir. Tg Ismail dan seorang perempuan. Mungkin isterinya. Dan satu wajah yang tidak asing. Tg Iskandar. Lelaki itu langsung tidak memandangku.

“duduk” suara berbaur arahan itu kedengaran lagi. Aku pandang papa yang berwajah serius. Kemudian mataku beralih pada mama yang mengukir senyuman.

“Sya sihat?” soal Tg Ismail. Aku angguk.

“kami datang sebab nak bincang sesuatu dengan Sya” ucap Tg Ismail lembut.

“nak bincang apa?” soalku.

“pasal hubungan kamu dengan Is” ucap papa.

“jadi semua orang dah tahu lah. Cepatnya berita tersebar” balasku separuh menyindir. tiba-tiba pulak sikap lamaku datang.

“kita duduk kat sini nak selesaikan masalah tu. Kami ingatkan bila kamu tinggal berdua keadaan akan jadi lebih baik. Tapi papa tak sangka....”

“baguslah semua dah tahu dan satu-satunya jalan penyelesaian adalah, dia ceraikan saya supaya dia boleh hidup bahagia dengan perempuan tu” potongku. Mataku memandang tepat pada wajah Tg Iskandar yang terkejut.

“perempuan mana?”

“ibu, let me explain....” Tg Iskandar cuba menerangkan sesuatu.

“tak perlu. Kami dah sepakat nak bercerai”pintasku. Tg Iskandar pandangku. Geram dengan sikap lepasku bila dengan orang tua.

“kami tak setuju” papa membangkang.

“this is our life papa. Biar kami uruskan sendiri. Tak puas lagi ke papa nak mengatur hidup Sya.” Aku membalas kata-kata papa. Ada nada marah pada sikap papa yang suka mengongkong.

“jangan biadap” marah papa

“ok, kalau Sya cakap elok-elok dengan papa. Sya tak nak hidup dengan dia lagi. So, papa akan setuju lah?” soalku.

“Batrisya. Benda ni bukan hal main-main. Cuba jadi matang sikit. Hal cerai-berai ni bukan perkara yang baik.”

“macam mana Sya nak matang, kalau papa buat Sya macam ni?”

“Sya, dengar cakap ayah nak. Dalam hal ni ayah tak tahu apa sebenarnya berlaku. Tapi ayah harap sangat Sya dengan Is dapat bincang baik-baik. Kami nak yang terbaik untuk kamu berdua”

“uncle, untuk apa saya jadi isteri dia, kalau di hatinya ada orang lain. Dia pun tak bahagia. Betul kan?” soalku pada Tengku Iskandar. Lancar saja sebutan uncle ku lafazkan.

“Is, bukan ke kita dah bincang pasal Linda” ujar Tg Ismail. Tg Iskandar menunduk. Tidak berkata apa-apa. Pengecut punya jantan.

“biar Sya yang beritahu uncle.”

“Ris!” tegah Tg Iskandar.

“sampai bila. Sampai bila nak seksa diri kita. kau cintakan dia, nak buat apa lagi menipu?. Jangan sebab nak jaga hati orang lain kau main-main dengan dengan hidup aku” ucapku geram. Tiba-tiba Tg Iskandar bangun. Semua mata memandangnya dengan penuh tanda tanya.

“habis Ekmal tu siapa? Jangan nak lepaskan diri dengan memerangkap orang lain” balas Tg Iskandar. Semua mata memandang kami.

“mana Sya jumpa Ekmal?” soal papa.

“it not ur business papa. Macam mana papa kenal Ekmal ye?” soalku pelik. Padahal aku tidak pernag cerita walau sekali pun mengenai teman-teman rapatku.

“itu bukan persoalannya. Persoalan sekarang adalah kamu berdua. Kenapa sampai nak bercerai”

“bukan nak bercerai tapi......” belum sempat ayatku habis, Tg Iskandar terlebih dahulu memotong.

“Biar Is selesaikan masalah ni.” Ucap Tg Iskandar.

“Is, ayah tahu anak ayah dah besar dah matang. Tapi tolonglah jangan buat perkara bodoh. Bincang baik-baik. Kami semua berharap hal ini selesai dengan cara baik” pujuk Tg Ismail. Lembutnya dia. alangkah baik kalau papa pun macam tu.

“Is hargai sangat kalau papa, Mama, ayah dan ibu izinkan kami sendiri selesaikan masalah ni. Is janji takkan buat perkara bodoh” ucap Tg Iskandar. Terus dia menghampiriku. Tanganku ditarik kuat supaya mengekorinya. Aku hendak membantah tapi kakinya terus mengekori langkahnya.


p/s : hadiah utk korg yg byk m'gomen.... tq sgt2...... (mdh2an korg komen la slalu)

Saturday, January 22, 2011

WARNA HATIKU 20


“mak cik” panggilku lembut. Mak Cik Salmah yang sedang sibuk mencuci pinggan mangkuk lantas berpaling.

“Sya” aku hadiahkan senyuman pada wanita tua itu. Pantas tubuhku dipeluk kemas. Pipiku dicium penuh kasih.

“Sya sihat nak?” soalnya. Aku angguk. “mana suami” soal Mak Cik Salmah lagi. Aku diam.

“dia sibuk” bohongku.

“jangan nak bohong Mak Cik. Sya ada masalah ye?” soal Mak Cik Salmah lembut. Aku geleng. Alangkah baik kalau mama seperti Mak Cik Salmah.

“mama dengan papa ada?” soalku. Ada perkara perlu aku selesaikan.

“mama ada meeting persatuan, papa Sya pergi pejabat.” Jawab Mak Cik Salmah.

“Sya rehat dulu. Mesti penatkan. Balik naik apa ni?”

“kereta” jawabku ringkas. Masih tiada mood untuk berbicara.

“Jom, mak cik hantar ke bilik” aku mengekori langkah Mak Cik Salmah. Dalam fikiranku penuh dengan persoalan.

“rehatlah. Mak cik masakkan makanan kegemaran Sya ye” ucap Mak Cik Salmah lembut. Senyuman manis yang terukir di ulas bibir itu menyebakkan dada.

“Mak cik” aku peluk erat tubuh tua itu. perlahan airmataku mengalir.

“kenapa ni? Ceritalah” pujuk Mak Cik Salmah sambil mengusap lembut rambutku.

“Dia dah ceraikan Sya. Dia dah tinggalkan Sya” ucapku.

“Astagfirullah hal azim. Sya cakap apa ni. Apa dah jadi? Kenapa sampai macam tu?” soal Mak Cik Salmah.

“Sya tak tahu. Sya tak tahu nak buat apa mak cik. Mak cik tolonglah Sya” ucapku dalam tangisan. Dari semalam tangisan itu ku tahan. Untuk apa aku menangis kerana dia. siapa dia. tapi aku tewas menahan rasa. Ada rasa sebak di dada yang tak mampu aku tanggung.

“Sya sabar.” Mak Cik Salmah memimpin tanganku duduk di birai katil. Bahuku di usap lembut. Cuba redakan tangisanku.

“Ceritalah apa sebenarnya dah jadi.”

“kami gaduh” beritahuku.

“kenapa?” aku diam. Tidak mahu menjawab.

“Sya, diam tidak akan dapat selesaikan masalah”

“Sya kata dia dayus. Sya suruh dia ceraikan Sya”

“Astagfirullah hal azim. Tak baik Sya. Sya lupa ye pesan mak cik?”

“Sya tahu Sya salah. Tapi Sya tak bermaksudkan begitu. Sya tak sedar”

“sayang, bila kita marah, syaitan akan terus membarakan kemarahan kita. Sebab tu mak cik selalu pesan, bila marah banyakkan istigfar. Biar reda dulu kemarahan baru bawa berbincang” tangisanku makin menjadi-jadi.

“Tengku cakap apa?” soal Mak Cik Salmah.

“dia kata, bila dia kahwin dengan perempuan tu, dia ceraikan Sya” ujarku dalam sendu.

“tapi diorang tak kahwin lagi kan?” aku geleng.

“jadi Sya masih isteri Tengku. Apa kata Sya duduk bincang baik-baik. Cuba selesaikan masalah ni.” Aku geleng.

“Sya nak minta cerai. Sya datang nak suruh mama dan papa tahu apa yang dah dia buat pada Sya. Sya menderita” rintihku

“sayang, tak baik seorang isteri minta cerai dari suaminya. Seeloknya bincanglah dahulu. Papa dengan mama Sya buat macam tu sebab dia nak Sya bahagia. Jangan terus salahkan takdir yang tersurat. Allah takkan menduga hamba Nya melebihi kemampuan hamba Nya.” aku diam dan mendengar nasihat mak Cik Salmah. Tapi aku tetap bertegas dengan keputusanku.

“Mak cik nak Sya jujur dengan mak cik. Sya sayangkan Tengku kan?” aku pantas geleng.

“janganlah tipu. Tengok muka mak cik. Sya sayangkan dia kan” aku angkat wajah memandang wajah tenang Mak cik Salmah. Aku geleng lagi. Menafikan.

“Mak Cik yang jaga Sya dari kecil. Sya takkan macam ni kalau Sya tak sayangkan dia. hati Sya takkan bohong. Jangan lepaskan apa yang kita sayang. Peluang datang sekali saja. Rebutlah peluang tu sayang. Jangan menyesal di kemudian hari” Nasihat Mak cik salmah.

“sekarang Sya tidur. Biar tenang dulu” aku menurut. Perlahan ku panjat katil. Dari semalam aku tidak tidur. Aku pejam mata. cuba melenyapkan segala kenangan semalam. Tapi dalam mimpiku aku nampak dia sedang tersenyum memandangku.

p/s : terasa rajin plk nk post entry baru ble ramai yg komen. rasa cm da smngt nk trs menulis.... hehehe...... tq sbb sbr menanti..... nani hargai kesabaran anda...... well nani nk mnta sdkt p'tolongn dr korg yg sudi menolong.... plis komen @ mngkin bg la sdkt pndgn n buah fikirn agar karya nani ni dpt b'trsn....xde la korg kne tnggu lme2..... p'tolongn korg nani sertakn ucpn tq

Friday, January 21, 2011

WARNA HATIKU 19


Sepanjang perjalanan kami diam membisu. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari bibir aku ataupun Tg Iskandar. Dua-dua asyik melayan perasaan. Perasaan aku? Berdebar-debar. Kenapa Ekmal perlu buat aku macam ni. Sampai bila aku harus berada di line tengah. Sukar untuk aku memilih jalan kiri atau kanan.

“kenapa diam je” soal Tg Iskandar tiba-tiba.

“tak ada apa nak cakap” balasku perlahan tiada mood untuk berbicara. Dahlah tadi paksa aku naik kereta dia. maklumlah masalah hari itu belum selesai. Masalah mana?. Isk u all ni mudah sangat lupa. Masalah sindir menyindir tu. I ni sensitif tau.

“Ekmal nak apa?”

“none of your business” balasku ringkas. Sibuk je nak jaga tepi kain orang.

“you are my wife k. Selagi status tu ada pada kau, selagi tu aku berhak tahu” aik, lain je bunyi ni. Gaduh dengan Miss SS ke.

“kau ni pesal? Kalau ye pon gaduh dengan Miss Ss ko tu, janganlah nak marah aku” tinggi suaraku.

“tiada kena mengena dengan Linda. Ni antara kau, aku dan Ekmal. Aku tak suka kau baik balik dengan dia”

“why? Kau cemburu?” soalku.

“setakat mamat tu, aku tak heran pun tapi aku cukup pantang dan benci dengan orang yang jilat ludah sendiri” berdesing telinga aku mendengarnya.

“hei, kau jaga sikit mulut kau. Aku tak pernah nak masuk campur urusan peribadi kau dan baik kau pun buat benda yang sama.” Aku atur nafas yang sudah terasa sesak. Terasa menusuk jauh ke hati sakitnya.

“lebih baik jilat ludah sendiri dari jadi lelaki dayus” ucapku perlahan. Tapi masih dapat menembusi ruang telinga Tg iskandar.

“kau gila ke” tengkingku bila kereta yang dipandu laju di brek mengejut.

“kau cakap apa?” soalnya. Aku pandang ke hadapan. Dah sampai ke rumah rupanya

“aku tak nak cakap apa-apa lagi dengan kau.” Balasku. Terus aku keluar dari kereta. Tg Iskandar pantas mengcengkam tanganku kuat.

“apa ni? Lepaslah”aku meronta.

“kau kata aku dayus?”

“yes!. Kenapa? Sakit hati? Marah?” ku cerlung mataku padanya. Biar dia rasa. Geram betul dengan perangai dia sejak balik dari pulau redang. Ada je topik nak bergaduh.

“baik kau tarik balik kata-kata kau” ada nada marah pada kata-kata Tg Iskandar yang masih terkawal.

“tak nak! Lepaslah. Sakit” aku cuba merentap tangannya.

“kau tak nak tarik balik? K. Fine” terus Tg Iskandar keluar dari perut kereta melepaskan tanganku. Sangkaku sampai di situ saja pergaduhan kami. Tak sangka lelaki itu tiba-tiba menarik tanganku masuk.

“tuan, puan” Mak Jah menyapa. Tg Iskandar tidak menjawab. Tanganku di tarik lagi ke tingkat atas. Mak Jah memandang hairan.

“apa ni?” aku cuba lepaskan diri.

“Tarik balik kata-kata kau” desak Tg Iskandar. Sakit hati bila dilabel sebagai dayus.

“aku dah kata tak nak. Tak faham bahasa ke?” aku masih berdegil

“memang aku tak faham bahasa. Tak faham bahasa yang digunakan oleh perempuan terdesak macam kau.” Nampaknya dia senga menaikkan angin aku yang dah sedia tak elok.

“lantak kau lah. Aku malas nak layan” marahku. Kepalaku mula rasa berdenyut. Kalau diteruskan bimbang nanti terletus perang.

“kau dengar sini, lepas ni kalau kau ada masalah dengan mamat poyo tu, jangan datang nak menangis kat aku.”ucapnya.

“kau ingat aku nak sangatlah datang pada kau. Weh, aku tak heranlah. Aku rasa lebih baik kau cepat-cepat nikah dengan buah hati kau tu dari kau terus jadi jantan dayus. Lepas tu kau boleh ceraikan aku and kita buat haluan masing-masing. Aku tak menyusahkan kau dan kau tak menyakitkan mata aku” ucapku dengan rasa geram yang membuak-buak.

“kalau boleh malam ni juga aku nak nikah”

“bagus lah tu. Aku pun tak sabar nak jadi janda” lancang sungguh mulut aku. Namun saat itu perasaan melebihi fikiran.

“kau nak sangat jadi janda kan?”

“memang” aku memotong kata-kata Tg Iskandar. Mataku menatap tepat ke matanya yang sedang marak menyala kemarahan. Lupa aku sedang mencabar kewibawaan seorang lelaki.

“ok, bila aku nikah je dengan Linda maka aku ceraikan kau dengan talak satu. Puas hati?”soal Tg Iskandar dengan nada yang cukup marah. Syaitan bersorak gembira. Gembira kerana seorang anak adam tewas membendung amarah yang menggunung. Aku terkedu. Seperti tidak percaya dengan apa yang keluar dari bibir lelaki itu. terus Tg Iskandar meninggalkan aku di situ dengan rasa tidak percaya. Benarkah? Sebaik saja dia menikahi buah hatinya, aku akan di tinggalkan.

“puan” saat itu aku bagai terdengar suara mak cik Salmah.

“betul ke?” soalku.

“sabar puan” Mak Jah usap lembut bahuku. Cuba menenangkan aku yang sudah tidak tenang lagi.

p/s : nani thu anda m'nantikn entry ni...maaf krn lama x muncul..... baru hari ini ada masa menjenguk anda d sini.... slmt m'baca