THANK YOU

Sunday, September 13, 2009

Andainya Aku Tahu 8




“Anif, Michael, sudah. Kamu berdua ni kenapa hah?” papa sudah menghampiri bersama mama dan Juhana. aku pasti Juhana yang melaporkan pada papa kerana dari tadi dia berkepit dengan Anif.

“kalau Datuk nak tahu tanyalah Anif. Sebab perempuan ni dia sanggup pukul I” adu lelaki yang bernama Micjael itu.

“Anif kenapa ni? Kamu tak malu ke?” mata papa mencerlung pada Anif. Anif tahu papa marah. Anif diam tidak menjawab.

“minta maaf” arah papa

“no way papa. Anif tak salah apa-apa pun dengan dia.”bantah Anif. Tercabar kelelakiannya dengan permintaan papa.

“Anif” mama juga sudah masuk campur.

“Anif tak salah dan tak akan minta maaf pada sesiapa pun” pantas Anif pergi dengan wajah yang berang. Juhana mengekori. Aku terkulat-kulat di situ. Di tinggalkan sendiri.

“Michael, uncle minta maaf” ucap papa. Aku tak puas hati. Anif tak salah apa-apa.

“dia yang salah. Kenapa papa nak minta maaf pulak” aku membangkang. Berharap papa akan berlaku adil pada Anif.

“Risya jangan masuk campur. Sebab kamu benda ni jadi”marah papa.

“no. Sebab jantan tak guna ni masalah ni timbul” aku cuba menerangkan kedudukan sebenar.

“i rasa you patut ajar menantu u baik-baik Datuk. Langsung tak tahu hormat orang” sindir Michael.

“siapa sebenarnya tak tahu hormat orang? Kau atau aku? Kau tak payah jadi jantan lah kalau pengecut” makiku geram. Aku dah tak kira apa papa dan mama nak fikir.

“risya!!” tengking mama. Pangggg!!! Aku terkedu dan terkejut. Bukan hanya tengkingan malah juga penampar free hinggap di pipiku. Michael tersengih. Agaknya puas hatinya melihat mama bertindak begitu. Terus dia berlalu dengan pandangan menjenkelkan. Aku pegang pipi. Panas hangat pipiku. Kuat benar tamparan mama sampai aku rasa bibir aku sakit.

“apa yang kamu dah buat. Kamu nak bankrupkan kami. Kamu tahu tak syarikat dia adalah pelanggan utama kami” marah papa padaku.

“tapi dia biadap” aku membela.

“kamu sepatutnya kena pandai melayan. Kamu memang tak layak jadi menantu kami” cemuh mama dengan pandangan yang tajam.

“saya bukan pelacur ataupun GRO. Saya bukan perempuan yang boleh layan semua orang. Zahir dan batin saya hanya untuk seorang lelaki bergelar suami. Bukan orang macam Michael atau sesiapa pun sebab saya ada maruah.” Lepas berkata-kata akan terus menuruni tangga. Hati yang membara perlu disejukkan sebelum perang mulut meletus. Dada aku dah sebak. Kalaulah aku tahu ini yang akan jadi, takkan aku turuti permintaan Anif. Kenapa dia tinggalkan aku begitu saja? Hati aku tertanya-tanya. Mata aku tercari-cari kelibat Anif namun aku kecewa dia tiada.
***************************************

Langkahku longlai ke kamar. Jam sudah menunjukkan ke angka 11 malam. Sejam aku termenung di lobi hotel barulah aku mengambil keputusan untuk pulang ke villa. Kalau ikutkan hati mahu saja aku pulang ke rumah abangku tapi nanti apa pulak katanya.
“you ok tak?” aku dengar ada suara asing di kamarku. Aku cuba mengamati.
“i sapukan ubat ye” suara itu terasa begitu glamour di telingaku. Pintu yang tidak tertutup rapat ku hampiri. Juhana duduk di birai katil dan Anif menyandar di kepala katil dengan butang kemaja yang sudah dibuka menampakkan sedikit dada bidangnya. Aku Nampak juhana menyapu ubat di bibir Anif. Hati aku pilu sangat. Dia sanggup tinggalkan aku sendiri menghadapi amarah mama dan papa sedang dia bemesra dengan Juhana di kamar beradu kami. Apakah aku sudah tidak berguna lagi untuknya?. Perlahan airmataku mengalir. Makin deras. Hajat hati aku ingin terus pergi tapi....

“kenapa tak masuk?” soal Mak Jah dibelakangku. Pantas aku seka airmata di pipi. Belum sempat aku melangkah, Anif muncul di muka pintu.

“nak kemana?” soalnya. Aku langsung tidak berpaling. Kakiku ingin melangkah pergi. Membawa jauh diriku yang terluka. Namun tanganku lepas pantas di paut.

“jom masuk” ajak Anif.

“lepaslah” ku rentap kasar tangannya. Jijik rasanya bila tangannya mengenggam erat tanganku. Namun tanganku tetap utuh di dalam pegangannya. Mak jah terus berlalu.

“Ju, i rasa you balik dulu. I nak bincang sikit dengan risya” ucap Anif. Juhana pandang aku. Tak puas hati. Aku masih lagi cuba melepaskan diri. Apa lagi yang hendak dibincangkan? Nak ceraikan aku and pastu kahwin dengan Ju?

“tapi...”

“please Ju” perlahan juhana bangun terus keluar dari bilik.

“lepaslah” kali ini pegangannya terlepas. Aku tidak mahu berada di situ bersama Anif pada saat ini. Kerana aku bimbang empangan yang sudah lama ditakungi air akan pecah pada bila-bila masa.

“duduk” arahnya. Aku buat tidak layan. Malah aku susun langkah untuk terus pergi. Sekali lagi tanganku di tarik. Kali ini aku meronta dengan lebih kuat dan cengkaman Anif bertambah erat. Anif menjatuhkan tubuh kami ke katil. Agaknya dia sudah tidak mampu melawan rontaanku.

“lepaslah” jeritku kuat. Geram bercampur marah. Wajah Anif merah menahan berang. Tangannya menekan kuat tanganku ke tilam empuk. Mematikan terus rontaanku. Tubuhnya betul-betul di atasku.

“kau dengar sini. Aku tak nak berkasar dengan kau. Tapi kau yang paksa aku buat kau macam ni” marahnya. Aku bertambah sakit hati.

“kau patut Tanya diri kau sebelum kau marah aku” aku tengking dia balik. Langsung aku tidak gentar lagi. hatinya panas, hati aku membara. Terasa kehangatan suasana antara kami.

“lepaslah bodoh. Sakit” marahku lagi.

“kau janji kau akan dengar apa yang aku nak cakap”

“tak nak”

“jadi aku takkan lepaskan kau”

“lepaslah” aku kembali meronta. Geram benar rasanya. Namun hanya sebentar. Lelah rasanya.

“dah puas?” soal Anif.

“kau memang tak guna. Lelaki gila”jeritku

“kalau kau tak berhenti, aku cium kau” tempik Anif di telingaku. Mau pekak aku. Bimbang jugak. Terus aku diam. Tapi aku rasa pipiku mula basah. Airmata yang aku cuba tahan menitis jua. Anif terkedu. Aku palingkan mukaku ke kanan. Perlahan Anif lepaskan tanganku. Tersedu-sedu aku di situ.

“i’m sorry ok”ucapnya. Aku tetap jua menagis. Sebak benar hati aku walau cuba ku tahan.

“Risya, please jangan macam ni”rayunya. Bahuku disentuh. Makin kuat tangisanku.

“syuuuhhh jangan nangis” perlahan Anif peluk tubuhku yang mengiring. Terasa hangat tubuhnya melekap di belakang tubuhku.

“aku tak nak duduk sini lagi” rintihku.

“aku nak balik” dalam tangisan aku berkata-kata. Hati aku yang tercalar luka terasa pedih.

“ni rumah kau jugak” bisiknya lembut memujuk.

“tak nak. Ni rumah kau bukan rumah aku. Aku nak balik rumah abang aku. Sekarang jugak. Aku nakbalik” aku kembali meronta. Ingin melepaskan diri dari pelukannya. Penat aku tolak tubuhnya namun langsung tiada anjakan. Malah lebih erat dia memelukku dari belakang hinggalah aku tak berdaya lagi. tubuhku makin penat. Aku hanya terisak di dalam dakapannya. Lama sekali. Sehingga akhirnya aku terlelap dalam tangisan yang masih bersisa.

p/s: tq sbb sudi komen... mmm... hope u'll ske cite ni. sori la naniey x smpt edit. komen pliss

14 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

eeeeeiii..
anif nieh pon..
td backing risya..
skang ade dlm bilik berdua ngn ju plak..
haila2..
sian kat risya.
jd mgse..
da la kene penampar..
laki lak wat cmtuh..
adeeehh..smbung2..

ble nk ade CD??huhu...windu2..

MaY_LiN said...

adoi~
pe da jd ni..
anif ni pun..

Hana_aniz said...

huhuhu.. sedih.. come on la anif..

fzm2 said...

adoi!!!!pening t0l ngan
anif nih..

Anonymous said...

sian risya

Anonymous said...

sedih...
cian risya,
anif do something la..

Anonymous said...

nanti sambung cinta darmia lak ye...thank u

Anonymous said...

best....maner cinta darmis...

misz nana said...

bila la penderitaan Risya ni nak berakhir..

miss nina said...

risya ni kena ada org back up baru takde episod sedih2.
anif ni.. betul2 jaga risya.

kak naniey, mana darmia??..huhu

qyqa COMEL GILER said...

plis...sambung CD..

Anonymous said...

best2!!! nak lagi n3..


niza

yunix77 said...

selamat hari raya naniey

hr ni baru baca
wah....semakin menarik
nak lagi...nak lagi
sian risya....terseksa betul dia kat rumah tuh

Anonymous said...

anif nie gle gak eh..sjkp backup risya kejp x..