THANK YOU

Tuesday, January 4, 2011

WARNA HATIKU 18


Aku tekun menyelesaikan tugas yang masih bertimbun. Penatnya akalku memikirkan segala tugasan.

“puan Batrisya, boleh saya masuk?” aku mengangkat kepala. Ekmal tersenyum manis padaku.

“ada apa?” soalku. Malas nak mempelawa dia masuk.

“boleh saya nak bercakap sikit dengan awak?”

“kalau soal pejabat, silakan. Kalau hal peribadi, ini bukan masa yang tepat” balasku. Mata ku larikan pada susunan ayat di atas kertas putih.

“memang ni hal peribadi, tapi saya rasa tak salahkan sebab sekarang ni bukan lagi waktu pejabat.” Aku memandangnya pelik. Pantas jam ditangan ku pandang. Sudah hampir pukul 7 malam rupanya. Astagfirullah hal azim. Aku terlalai seketika. Ingatkan masih awal.

“so, boleh saya teruskan?” soal Ekmal.

“biar saya berterus-terang je dengan awak. Saya tak bersedia nak bercerita hal peribadi dengan awak. Boleh tak lain kali je?” ucapku selamba. Sungguh aku tidak mahu mengungkap kisah yang bakal menghancurkan sekeping hati milikku.

“saya tak rasa kita akan ada lagi masa macam ni. Sebab awak selalu mengelak dari saya. Tak cukup lagi masa yang saya bagi?” aku bersandar pada kerusi.

“ok.”

“saya tahu awak ada jumpa dengan Farah. Sebab tu awak jadi macam ni kan?.”

“dia beritahu awak?” soalku kembali.

“dari mana saya tahu tak penting. Apa yang dia cakapkan pada awak. Itu yang saya nak tahu” aku mengukir senyuman sinis. Soalan jenis apalah.

“kalau awak tahu saya jumpa dia, takkan awak tak tahu apa yang kami bualkan.” Sindirku. Adakah dia masih tidak mahu mengaku.

“boleh tak kalau awak tak main teka-teki dengan saya”

“saya tak ada masa lah nak berteka-teki. Banyak lagi kerja saya. Sudahlah Ekmal. Semuanya dah jelas. Baliklah pada Farah” ucapku.

“awak tahukan saya akan terus desak awak” balas Ekmal tidak berpuas hati dengan jawapanku.

“dan awak pun tahu, saya takkan berganjak dengan keputusan saya” balasku ego.

“fine. Saya dengan Farah tak ada hubungan apa-apa. Dia hanya sepupu saya.”

“kalau awak ada apa-apa dengan dia pun, tak ada kaitan dengan saya”

“tapi saya sayang awak?” aku ketawa mengejek. Sayang? Mudahnya dia mengucapkan kata.

“sayang? Semua orang boleh melafazkan kata-kata sayang. Rasa sayang tak cukup kalau sekadar di bibir”

“saya tahu, awak juga ada perasaan yang sama kan” apa kenalah dengan Ekmal ni.

“saya dah bersuami.”

“awak tak cintakan dia”

“cinta atau tidak bukan hak awak untuk menilai. Itu antara kami berdua.”

“tapi saya nak kita mulakan balik hubungan kita”

“jangan jadi bodoh boleh tak? Tunang awak nak campak mana? Dalam longkang. Saya tak nak menjadi penyebab untuk meruntuhkan masjid” Ekmal tersenyum. Aku pandangnya pelik.

“Thank you. Akhirnya awak beritahu juga sebabnya. Jadi Farah kata dia tunang sayalah ye?”

“kau!!!” nadaku berbaur geram. Rasa seperti dipermainkan.

“saya minta maaf. Saya tak berniat nak mainkan awak. Tapi kalau saya tak buat camtu, sampai bila-bila pun saya tak tahu kenapa awak larikan diri dari saya” ucap Ekmal.

“huh!”

“dia sepupu saya. Memang kami dah bertunang. Tapi tu semua sebab desakan orang tua kami. Saya tak merancang nak berkahwin dengan dia. Dia dah saya anggap macam adik. Tak lebih dari tu. Kami dah setuju, sampai masa, kami akan putuskan pertunangan ni. Tak perlulah awak salah faham macam ni” terang Ekmal. Sedikit melopong aku mendengarnya.

“tapi kenapa awak tak beritahu saya?”

“perlu ke? Saya tak rasa benda ni penting”

“tapi awak tunang orang”

“sementara waktu. Saya ikhlas sayangkan awak” ucap Ekmal. Tapi mengapa kali ini hati akan tidak terusik. Kata-kata yang selama ini aku rindukan tidak mampu menjentik walau sedikit pun ruang hati.

“sudahlah Ekmal. Saya perempuan. Saya tahu apa perasaan Farah. Rasanya dia memerlukan awak, lebih dari saya” ucapku. Walau apapun kata Ekmal, statusnya sebagai tunang Farah tidak mungkin berubah.

“saya rasa maghrib dah nak habis ni. Saya nak balik.” Sambungku.

“saya menharapkan awak juga sama macam saya”

“berdosa kalau saya buat macam tu. Saya dah boleh terima hakikat, antara kita tiada jodoh” pandai pulak aku mengatakan mengenai dosa pahala. Padahal selama ini aku langsung tidak mempedulikan hal dosa dan pahala. Entahlah. Mungkin Allah dah bukakan sedikit pintu hati untuk aku dekatkan diri padaNya. sekurang-kurannya sementara aku masih memikul tanggungjawab sebagai seorang yang bernama isteri.

“saya balik dulu” aku berjalan perlahan. Ekmal menyambar lenganku

“Please Risya” pujuknya.

“kita hanya boleh jadi kawan. Takkan lebih dari tu” ucapku. Dia masih begitu. Lama kami bertatapan.

“Risya” kami tersentak. Sama-sama memandang muka pintu. Tengku iskandar memandang dengan seribu makna. Pantas aku tarik tanganku.

“dah siap?” soal tg Iskandar. Aku angguk.

“jom” ajaknya. Terus aku mengekori langkah Tg Iskandar. Meninggalkan Ekmal sendiri.

p/s : dalam kesibukan mengejar masa yg pnts berlalu... penat rsenye di minggu awal semester ni... hari2 kls smpi ke ptg....tp pe pn utk p'baca yg dh lama menunggu, tq sbb sudi m'jadi penunggu yg setia. slmt m'baca

5 comments:

miznza84 said...

thanks nani..akhirnya..
ape reaksi tg is ye?? jeles la hendaknya...

HASNORWANI ... said...

ala cketnya..nak lagi.,hehe

Adiek Galcute said...

ala tak puas la..nk lg..plzz smbg citer ni cpat2

Anonymous said...

bagus tindakan batrisya...jgn dibagi muke kt ekmal tuh...ikhlas konon..mase awl2 dulu,risya nk jmpe & ckp ngn die...die jual mahal....skang thegeh2 nk jmpe risya plak...meluat ak ngn jantan cmnih...

miznza84 said...

takde lagi ker???
nani bile nka balik menjengok kami kat sini....