THANK YOU

Saturday, October 31, 2009

Andainya Aku Tahu 15


Aku berasa lega apabila bangun keesokkan harinya. Tiada lagi rasa sakit yang menyerang tubuhku. Mungkin kesan ubat yang diberikan semalam. Aku berpaling ke kanan. Kulihat Anif lena dikerusi. Kepalanya terlentok dibirai katil. Tangannya kemas mengenggam tanganku. Hatiku disimbahi bahagia. Entah mengapa setiap kali Anif di sisi, kurasa duniaku teramat indah. Dalam mengenang memori semalam, ingatanku tertumpu pada peristiwa di shopping kompleks. Perlahan ku cuba tarik tanganku. Namun tindakanku menyedarkannya dari lena. Perlahan matanya dicelikkan.

“Risya nak apa-apa ke?” soalnya memandang wajahku. Aku geleng. Tiada mood untuk berbicara.

“lapar?. Aku pergi beli sarapan ye” ucapnya lembut

“aku tak nak apa-apa” balasku. Langkah Anif terhenti. Aku langsung tidak memandang wajahnya. Dia kembali menghampiriku.

“kenapa ni?” soal Anif lembut. Aku geleng. Terasa berjauh hati dengannya.

“aku pergi beli sarapan,k. Mesti baby lapar. Semalam kau tak makan kan?” ucap Anif. Terus saja dia keluar. Langsung tidak menghiraukanku. Termenung aku sendiri. Cuba mengembalikan fikiran rasionalku. Untuk apa aku merajuk. Adakah yang ingin memujuk aku. Lagipun masa untuk aku bersama Anif dah tidak lama lagi. Bila anak ini lahir, maka akan terlerailah segala ikatan. Apa salahnya kalau masa yang masih ada ini aku gunakan dengan sebaik mungkin. Tapi aku bimbang andainya nanti aku tidak rela melepaskannya pergi. Teringat aku pada sebuah lagu . Bait-bait liriknya bagai menceritakan perjalanan hidupku bersama Anif. Ku imbau kembali lagu itu dalam memoriku.
I know that you don’t love
Don’t care about me
Deep inside, i almost melt away
I can’t restraint my mind
I pretend to not care
But in fact, my tears is flowing
My whole heart is hurt
And can’t find anyone understanding me
My weekness is at my heart
I pretend to be strong
I just act...
But in fact, i’m almost dying
I need love
Need someone understanding me
But i have to hide it inside
Nothing else
I don’t want to let anyone know
Within my heart, how much i love you
And love...with all my heart
Asking myself
For what i do, who i do it for
Being sarcastic with myself
Hurting myself,
What do i get in return
There’re only shedding tears
Being confused and vulnerable
I have to be suffering
And deeply hurt with all my body and heart
Entah bila airmataku tumpah ke pipi. Aku mencintainya tapi siapakah aku untuk menyatakan cintaku padanya.
Tiba-tiba pintu bilikku terkuak. Langsung tidak ku pandang. Aku dengar derap tapak kaki menghampiri.
“Risya ok tak?” pantas aku berpaling. Mama tersenyum memandangku. Perlahan dilabuhkan
punggungnya di birai katil. Tanganku dicapai.
“Risau mama bila Anif kata kamu masuk hospital. Cucu mama ok tak?” soal mama. Perlahan aku angguk. Adakah anak di dalam kandunganku ini amat penting untuk mereka.
“Alhamdulillah.” Ucap mama tersenyum senang.
“ni i bawak buah tangan untuk you” tanpa aku sedari Juhana juga berada di bilik itu. dia meletakkan sebakul buah Epal di meja. Untuk apa dia kemari. Melawat bakal madunya?.
“thanks. You dari mana?” soalku. Saja berbasa-basi.
“shopping barang hantaran dengan mama. By the way kebetulan i kat sini, i nak jemput you datang wedding i next week. I harap sangat you dapat datang. Kalau boleh i nak you jadi pengapit i” Juhana tersenyum. Entah kenapa senyuman itu ku rasakan plastik sangat. Memang dia datang untuk menyakitkan hatiku rupanya. Dahlah nak ambil laki orang. Ngomelku. Anif dah nak kahwin minggu depan. Anaknya belum pun dilahirkan dia sudah ingin menikahi perempuan lain. Untuk apa dia simpan aku sampai aku habis pantang. Adakah dia kasihankan aku?
“insyaallah” balasku. Aku bukanlah wanita lemah. Kalau benar Anif itu jodohnya ambillah. Aku redha.
“dan ni untuk you. Jangan lupa datang” Juhana keluarkan sekeping kad yang bersampul kemas. Kad undangan perkahwinannya. Lambat-lambat aku sambut kad bewarna emas itu.
“nanti Risya pergi dengan mama ye” ucap mama. Apasal pulak perempuan ni. Tak nak aku buat
kecoh kat majlis kahwin anak dia ke. Tiba-tiba pulak ajak pergi sama. Perlahan aku geleng.
“Risya tak janji. Kalau saya ok, saya pergi” ucapku. Hambar benar perbualanku pagi itu. Entah mengapa mood aku hilang begitu saja. Rasa sebak meyerbu dada. Isteri mana sanggup melihat suaminya bersanding di pelamin indah bersama wanita lain. Aku tak rela.
“Risya” suara Anif menegurku.
“ mama, buat apa kat sini?” soal Anif. Disalami tangan tua itu.
“melawat menantu mama. Risau mama bila kamu bagitahu Risya masuk hospital. Tulah, mama suruh pindah villa, kamu tak nak. Tengok apa dah jadi” bebel mama. Prihatinnya dia. Yelah, tak lama lagi dia bakal dapat menantu baru. Biarlah agaknya seronok sebab aku tak halang.
“Risya makan ni. Aku ada belikan kuih pelita kegemaran kau” aku sedih dengar kata-katanya. Dia masih ingat kuih kegemaranku. Terharunya aku. Aku hanya memandang kosong pada kuih pelita yang masih berada di dalam plastik. Langsung tiada rasa untuk menjamahnya.
“Risya tak makan lagi?” soal mama.
“dari semalam tak makan” jawab Anif. Sibuk je. Untuk apa dia merisaukan aku.
“makanlah Risya. Kesian anak dalam perut tu” pujuk mama. Tanganku di usap lembut.
“Anif, i nak cakap sesuatu dengan you. Boleh kita cakap kat luar” tiba-tiba juhana bersuara. Aku memandang Anif. Berharap dia tidak meninggalkan aku.
“pergilah Anif. Nanti dah tak sempat nak bincang apa yang patut. Biar mama yang pujuk Risya makan” sokong mama. Tak patut. Memang dia tak patut seksa aku macam ni.
“Anif, please. Sekejab je” ucap Juhana. Anif lantas mengekori Juhana. Pandanganku terus di abaikan. Baru aku tahu betapa hebatnya kuasa Juhana, mampu menundukkan lelaki ego seperti Anif. Aku hanya memandang langkahnya. Kenapa hatiku terasa jauh darinya. Di layar mataku sudah membayangkan, Anif pergi meninggalkan aku bersama kekasih hatinya, Juhana.
Pergilah sayang,
pergilah intan,
aku doakan kau bahagia selalu
#################
Petang itu abangku datang bersama Sarah. Terisak-isak aku menangis di dadanya. Melepaskan segala sengsara yang aku tanggung.
“kenapa ni Risya” soal Abang. Dia risau melihat aku begitu. Aku langsung tidak menjawab. Terus menangis dan menangis.
“menangislah Risya. Abang tahu adik abang terluka. Abang selalu ada untuk Risya” pujuk Abang.
“Bawalah Risya balik. Risya nak duduk dengan abang. Risya tak nak tinggal dengan Anif lagi.
Risya nak tinggal dengan abang dan Sarah” rintihku dalam tangisan. Tak ku hiraukan Anif yang memandang.
“jangan macam ni. Adik abang kuat. Bawa berbincang dik. Semua masalah ada jalan penyelesaiannya” abang cuba meredakan tangisanku. Dia serba-salah dengan kemahuanku.
“Abang tolong Risya. Risya sakit sangat. Risya dah tak mampu nak tahan semua ni. Risya dah tak mampu” abang terkejut. Tidak menyangka begitu besar masalahku. Selepas ibu dan ayah meninggal, aku jarang menangis. Tapi kini airmataku terlalu murah.
“Risya jangan tinggalkan aku” Anif berkata perlahan. Aku geleng. Dia masih ingin memujuk, tapi abang menahan.
“biarkan dia tenang dulu. Izinkan Risya balik rumah abang. Abang janji akan jaga dia dengan baik” ucap abang. Aku masih berada erat dalam pelukannya. Perlahan Anif angguk. Berat hatinya melepaskan aku. Tapi apalah dayaku.
******************************************************
“Assalamualaikum” aku dengar suaranya di corong telefon. Namun aku langsung tidak membalas. Hamper seminggu aku di rumah abangku. Tidak jemu-jemu dia menelefon. Tapi hanya dia yang bercakap sendiri. Aku hanya diam. Membisu seribu kata.
“baby ok tak?” risau benar dia pada anaknya. Aku?
“aku harap baby sihat. Jangan lupa jaga makan. Tidur biar cukup. Jangan buat banyak kerja” pesannya. Aku hanya mendengar. Langsung tiada rasa untuk membalas. Kejamkah aku.
“Risya, kenapa buat aku macam ni. Please say something. Jangan siksa aku” rayu Anif. Tanpa dia sedari airmataku gugur membasahi pipi.
“i’m sorry sayang. Really sorry” aku dengar suaranya sudah tersekat-sekat.
“benci sangat ke kau pada aku?” soalnya. Airmataku makin deras mengalir. Laju membasahi pipi. Aku tekup mulut, agar suara esakan tidak kedengaran.
“please don’t cry. Kesian baby. Mesti baby pun sedih bila ibu sedih. Kau kena jaga kesihatan. Jangan sakit lagi. Aku letak dulu ye. Assalamualaikum.” Aku dengar suara dia juga sudah serak. Adakah dia juga seperti aku. Talian terus dimatikan. Tidak kedengaran lagi suara Anif di situ. Lama aku pandang telefon masih di genggaman.
“mak usu” sarah datang dekat denganku. Agaknya anak kecil itu tertanya-tanya mengapa aku menangis.
“ini untuk mak usu. Jangan nangis” pujuk Sarah. Sarah hulurkan sebiji gula-gula padaku. Sepertimana yang selalu aku buat bila dia menangis. Pantas aku dakap Sarah. Anak kecil itu hanya diam. Langsung tidak meronta minta dilepaskan seperti selalu. dia bagai mengerti sakit dihatiku . Aku menangis di situ.
p/s: sori lambat post n3 bru.... ni bru dpt idea... CD masih dalm prses. Pasni mybe n3 bru akan kluar lmbt ckt. lbh2 lg CD. coz naniey de final exam x lme lg. so kne stdy... huhu. doakan naniey dpt jwb exam dgn jayenye ye. tq.

Monday, October 26, 2009

Andainya Aku Tahu 14

Loceng banglo berbunyi berkali-kali. Aku segera membuka pintu. Terkejut aku menerima kedatangan mama Anif. Orang tua itu langsung tidak member senyuman. Terus saja masuk tanpa di pelawa. Yelah rumah anak dia jugak.

“Anif tak ada” ucapku. Gugup pulak aku berhadapan dengan mama Anif ni. Yelah dah lama tak bersua muka.

“Aku tahu” amboi kasarnya bahasa. Dah tahu anak dia tak ada, buat apa datang.

“aku datang nak jumpa kau” macam mana orang tua ni boleh baca fikiran aku.

“Datin nak minum. Saya siapkan”ujarku lembut. Bagi sejuk sikit hati dia.

“boleh jugak. Fresh orange” Mama Anif langsung tidak memandangku. Dia asyik melihat hiasan di ruang tamu. Tak lama kemudian aku muncul dengan segelas fresh orange. Air yang kubawa langsung tidak diusik. Mukanya tenang saja. Aku pulak susah hati tengok muka dia camtu. Sakit ke?

“mama datang nak jumpa Risya” lembut suara mama Anif. Ternganga mulut aku dengar. Tadi beraku kau sekarang panggil nama pulak. Kan aku dah kata mama Anif ni sakit.

“a..ada apa?”tergagap-gagap aku bertanya.

“da berapa bulan? Soal mama Anif. Aku terkejut. Mana dia tahu. Takkan Anif bagitahu kot.

“da 4 bulan” aku tetap menjawab. Mama Anif senyum pandang aku. Pertama kali dia senyum dengan penuh keikhlasan pada aku.

“jadi tak lama lagi mama dah nak jadi nenek la ni” ucapnya. Aku senyum.

“Risya tak nak balik villa. Kalau duduk sana mama boleh jaga” ucap mama lembut. Tersentuhnya hati aku mendengarnya. Tapi aku diam. Tidak memberi apa-apa respon. Rasanya aku lebih selesa hidup seperti sekarang. Kalau pulang ke villa pastinya aku akan rasa terkongkong dengan segala macam peraturan di kediaman mewah itu.

“Anif dah lama tak balik villa. Merajuk dengan mama agaknya” terluah juga apa tujuan sebenarnya datang ke banglo itu. Rupanya sebab anak lelakinya dia datang memujukku.

“mama rasa kalau Risya duduk sana, mesti Anif pun akan ikut kan” ucap mama.

“macam nilah Datin, saya tak pernah halang Anif balik. Kalau datin rasa dia merajuk, datin pujuklah dia. Saya tak dapat nak buat apa-apa.” Ujarku. Berubah muka tua itu.

“jadi Risya tak nak balik Villa?”
Aku geleng.

“saya selesa di sini. Datin jangan risau, tak lama lagi pasti anif pulang” ucaku. Yelah lepas kahwin dengan Juhana, mestilah dia akan tinggalkan aku.

“Risya, mama ikhlas nak jaga Risya dan bakal cucu mama” ucapnya. Aku geleng. Tidak percaya. Ikhlas tapi bersebab. Adakah mama mengaggap aku seperti boneka. Bila suka dipungut dan dibelai, bila dah tiada guna, di campak begitu saja. Jadilah aku sampah yang tidak beharga lagi dimatanya.

“terpulanglah pada Risya nak percaya atau tak. Kalau Risya ubah fikiran, datanglah. Pintu villa sentiasa terbuka untuk Risya. mama balik dulu. Jaga diri dan cucu mama ni baik-baik” pesan mama Anif. Aku angguk dan terus mengantarnya ke pintu. Sebelum beredar sempat di peluknya aku sebentar. Sungguh aku rasa seperti pelukan ibuku. Kenapa dia begitu mesra.
**************************
Pertama kali sejak 3 bulan berada dibawah jagaan Anif, dia menyusruh aku pulang dari kolej menaiki teksi. Ah leganya. Terasa bebas sikit. Peluang yang ada aku gunakan dengan bijak. Tadi Rozana ajak aku gi shopping. Aku pun dah lama tak pergi jalan. Aku ikut je. Kami naik kereta menuju ke destinasi. Lenguh jugak aku pusing shopping kompleks tu cari kasut di Rozana ni. Dalam keadaan aku yang berbadan dua cepat saja aku terasa mengah. Rasa macam tak cukup oksigen. Aku pun minta untuk duduk sekejab. Kami duduk di sebuah bangku yang kosong.

“berpeluh-peluh” ucap Rozana memandangku.

“penatlah.” Balasku. Penutup botol mineral ku pulas

“aku tengok kau cepat benar penat sekarang. Dah macam orang mengandung” aku yang sedang meneguk air mineral terserdak.

“isk, ni mesti minum tak baca bismillah.” Bebel Rozana.

“Aku dah baca dalam hati la” ku urut perlahan dadaku.

“kau nak tak?” tiba-tiba Rozana menghulurkan plastik yang mengandungi buah nanas padaku. Buah yang dibeli di gerai kecil tadi. Kecur liurku melihat buah nanas itu. Ku capai plastic di tangan Rozana. Beberapa potongan kecil buah itu masuk ke mulutku. Lazatnya tidak terkira.

“Aku nak g kedai tu jab. Kau nak duduk sini ke nak ikut” soal Rozana sambil menuding jari kea rah sebuah kedai kasut.

“kau pergilah. Aku nak duduk jab” ucapku. Rozana terus berlalu. Aku hanya duduk sambil mulutku menjamah buah nanas yang ditinggalkan. Lepas satu-satu masuk ke mulutku. Ramai jugak orang hari ini. Aku memandang sekeliling. Ramai juga orang hari ni. Agaknya baru dapat gaji kot. Sedang asyik mataku melilau tiba-tiba pandanganku terhenti pada sesusuk tubuh yang amat aku kenali. Anif. Dia bersama juhana. Dia langsung tidak menyedari kehadiran aku. Aku lihat Anif melangkah masuk ke sebuah butik pengantin yang berada beberapa meter dari tempat dudukku. Dari cermin kaca butik itu dapat kulihat dengan jelas anif dan Juhana sedang memilih baju pengantin. Hati aku tersayap pilu. Ku usap perutku yang tiba-tiba terasa tidak selesa. Anak di dalam rahim itu bagaikan mengerti rasa yang sedang melanda ibunya.

“kanapa abah buat ibu macam ni” rintihku padanya. Aku tak berhak untuk mempertikaikan kerana aku sudah meminta perpisahan selepas anak ini lahir. Jadi dia akan menjadi sejarahku. Bukankah aku sudah merelakan dia berkahwin dengan Juhana. Kerana hanya gadis itu saja yang sesuai dengan lelaki bekerjaya sepertinya. Airmata terasa bertakung di tubir mata. Dalam pasrah hatiku terluka. Sungguh aku hampir menjadi manusia tamak. Aku inginkan kasih sayang Anif hanya tumpah padaku seperti hari-hari lalu yang kami lalui bersama hingga aku terlupa Anif bukanlah milik mutlakku. Diriku benar-benar di lambung cemburu. Pantas aku bangun sebelum dia menyedari kehadiranku. Aku harus meninggalkan tempat itu. Akalku sudah melupakan Rozana. Hatiku mengarahkan aku untuk mempercepatkan hayunan kaki. Setibanya aku di pintu keluar aku terus menuju ke laluan pejalan kaki. Gerimis petang sedang rancak membasahi. Langsung tidak ku hiraukan. Aku terus meredah gerimis tanpa hala tujuan.
“Cik.. cik nak kemana?” tiba-tiba seorang pak cik menegur. Aku memandangnya dengan linangan airmata.

“Saya nak balik” balasku.

“naiklah. Pak cik hantarkan” ucap Pak cik itu. Pantas dibuka pintu teksinya untuk aku. Sepanjang perjalanan aku menangis. Risau juga pak cik itu melihat keadaanku. Sampai saja di banglo aku terus masuk ke bilik dan menangis terisak-isak di situ. Barulah aku teringatkan Rozana. Lantas aku mengirimkan mesej mengatakan aku ada hal penting. Lama aku menangis hingga aku akhirnya terlelap.
***********************************
Aku terjaga dari lenaku apabila kurasakan badanku tidak selesa. Puas aku mengubah posisi agar aku dapat menyambung tidurku. Tapi lena tetap tidak menjengah. Perutku rasa tidak selesa. Terasa sakit yang mengcucuk-cucuk. Badanku juga sudah berpeluh-peluh. Aku bangun, melangkah ke ruang tamu, mungkin disitu aku akan lebih selesa. Aku duduk di sofa. Cuba merehatkan badan yang terasa lesu.

“Risya” aku berpaling kearah dapur. Anif berjalan menghampiriku.

“kenapa tak tidur?. Dah pukul 12 tgh malam” soalnya sambil duduk di sebelahku. Aku tidak menjawab.

“Risya nak air?” aku geleng sambil menekan-nekan perut.

“Muka pucat ni kenapa? Tak sihat? Ya Allah, panasnya” Anif menjamah dahi dan tengkukku.

“kau demam ni. Kita pergi klinik” sambung Anif. Aku geleng. Kesakitan yang menyerang cuba ku tahan. Terasa peluh sudah membasahi baju yang ku pakai.

“jangan degil. Kita pergi sekarang” Anif terus berlalu ke kamarnya. Selepas beberapa minit dia muncul kembali. Baju tidurnya telah bertukar. Tubuhku telah merengkok di sofa menahan rasa sakit diperut.

“Ya Allah, kenapa ni?” Anif cemas melihat airmataku mengalir dan dahiku yang berkerut menahan rasa sakit.

“sakit” hanya itu yang mampu keluar dari bibirku.

“sabar” Pantas tubuhku diangkat. Aku tidak melawan kerana tubuhku benar-benar tidak berdaya. Terus dia memecut laju keretanya meninggalkn banglo.
******************************
“isteri encik ok. Nasib baik encik cepat membawanya ke hospital. Kalau terlambat mungkin kandungan Puan Risya tidak dapat di selamatkan” ucap Doktor Ifa.

“anak saya macam mana?” bimbang benar Anif pada kandunganku.

“everything fine En Anif. Don’t worry” Doktor ifa tersenyum sambil menulis sesuatu di kertas.

“can i ask you something?” soal Anif sebelum doctor itu berlalu.

“ye” Doktor Ifa memandang Anif.

“Kenapa dengan isteri saya?”

“dari pada pemerhatian saya, puan Risya telah makan sesuatu yang boleh menjejaskan kandungannya” terang Doktor Ifa.

“maksud doktor” Anif keliru.

“ini anak sulung ke?” pertanyaan Anif dibalas dengan pertanyaan. Anif angguk.

“Mungkin isteri encik tersilap makan. Maklumlah tak ada pengalaman lagi. Lain kali encik dan isteri kena hati-hati. Jangan bagi dia makan makanan yang tajam contohnya macam buah nanas. Makanan macam ni boleh membahayakan kandungannya.” Terang Doktor Ifa.

“kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu. Tolong jangan ganggu pesakit. Biarkan dia rehat” pesan Doktor Ifa sebelum berlalu.

“terima kasih, Doktor” ucap Anif. Perlahan dia duduk dikerusi sebelah katil. Tanganku digenggam erat.

“Baby ok tak? Anak abah kena kuat. Jangan ganggu ibu ye. Ibu tak sihat” ucap anif sambil mengusap perutku lembut. Sayup-sayup kudengar suaranya. Dan aku terus terlena kembali.

p/s: da x thu nk say pe kt korg... yg psti hrp korg ske.. n mcm ayt yg selalu naniey taip... komen pliss......

Thursday, October 22, 2009

Andainya Aku Tahu 13

Bosan dan Rimas. Itulah dua perkataan yang dapat aku katakan sepanjang beberapa bulan di bawah jagaan Anif. Aku tidak dibenarkan buat apa-apa kerja. Pergi dan pulang dari kolej akan dihantar dan dijemput. Aku tidak dibenarkan lagi menaiki skuter. Bimbang katanya. Kalau nak lakukan sesuatu juga mesti dibawah pantauannya. Aku mahu menaiki tangga juga dipimpin. Bagaimana harus ku gambarkan rasa terkongkong ini.

“Risya, buat apa ni?” soal Anif yang tiba-tiba muncul. Ku urut dadaku berkali-kali. Terkejut dengan sergahannya.

“aku tengah basuh kereta” saja aku meloyar dengannya.

“ooo loyar buruk ye. Dah tak payah nak masak-masak. Nanti abang beli makanan kat luar je”

“abang?” aku ulang perkataan yang keluar dari bibirnya. Dia angguk.

“mulai hari ini panggil aku abang”

“tak naklah aku.” Aku membantah.

“ok. Kau tak nak kan, so, malam ni aku tidur bilik kau ye” aku menjeling. Mulalah tu nak mengugut aku. Memang sepanjang berada di banglo itu, kami tidur berasingan. Aku yang berkeras untuk buat begitu. Anif tidak pula banyak bicara.

“kau jangan nak buat gila”

“apa pulak. Dah kau tak nak panggil aku abang, so kau kenalah tukarkan pada benda lain” Anif tersenyum nakal.

“kalau kau buat, siap kau” marahku.

“cubalah” dia bagai mencabarku. Aku hanya mampu menghadiahkan jelingan tajam. Malas nak melayan karenah Anif.

“so, anak Abah macam mana? Nakal tak?” Anif merapatiku. Tubuhku dipeluk dari belakang. Perutku diusap perlahan.

“isk.. janganlah. Geli” aku cuba menolak tubuhnya jauh dariku. Dia ketawa.

“nak romantik sikit pun tak boleh” ucap Anif.

“Romantik kepala hotak kau. Dah. Jangan kacau aku”

“ni masak apa ni?”

“ni, nasi tomato” ucapku.

“kau pandai masak ke?”

“wei, tengok kaki la”

“bukan kaki yang masak.” Balas Anif.

“aku malas nak layan kau. Buat semak kepala otak jew. Aku da siap masak. Tinggal nak hidang je”ucapku.

“ok. Kau duduk. Biar aku hidangkan” ucap Anif. Aku tersenyum. Kadang-kala aku bahagia hidup berdua begini. Tanpa gangguan sesiapa. Anif pun melayan aku seperti seorang raja. Makan pakai semua dijaga.
*****************************************

“assalamualaikum anak Abah” Anif dekatkan telinganya diperutku. Cuba berkomunikasi dengan anaknya. Aku sibuk membaca novel. Itulah hobiku sebelum tidur.

“Ibu, anak Abah dah penat. Dia suruh ibu tidur” ucap Anif tiba-tiba.

“anaknya ke abahnya yang suruh” balasku

“dua-dua. Kan baby” dia masih bermain dengan perutku. Walaupun berkali-kali ku larang dia menyentuh perutku, namun Anif tetap juga degil. Terpaksalah aku menahan geli.

“Dah tidur. Dah pukul 10 ni” ucapnya.

“alah baru pukul 10.” Aku menyambung bacaanku.

“no, time to sleep. Nah minum susu ni sebelum tidur. Baik untuk baby” Anif hulurkan segelas susu padaku. Aku hanya memandang. Terasa kembang tekakku. Aku memang tidak menggemari susu. Entah mengapa tekakku memang tidak dapat menerima kehadiran minuman itu.

“kalau aku tak minum boleh tak?” aku pohon simpati.

“no. bukan selalu kena minum. Tiga kali seminggu je” dia sudah memberi kelonggaran padaku.

“please. Tekak aku tak boleh terima ni” aku beralasan.

“nak minum sendiri atau aku suapkan” tak ada tolak-ansur langsung. Aku pura-pura tak dengar.

“Risya.” Panggilnya.

“minum susu ni” kenapalah aku dapat suami macam dia ni.

“tak nak” jawabku.

“kau nak aku suapkan ye” pantas dia suakan gelas itu ke mulutku.

“tak naklah”aku cuba menolak.

“minum sikit je” pujuk Anif.

“ nak suruh minum pun susah. Penakut” ucapnya.

“siapa penakut” pantang betul aku dengan mulut mamat ni.

“kau lah.”

“kau nak aku minum sangatkan. Meh sini” pantas aku capai gelas ditangannya. Laju saja aku menghabiskan minuman digelas itu.

“good girl” diusap rambutku. Entah mengapa tekakku terasa loya. Pantas aku berlari ke bilik air. Memuntahkan semua isi perutku. Anif terkejut. Digosok-gosok belakang ku. Aku tepis tangan Anif. Geram dengan perbuatannya yang suka memaksa.

“aku minta maaf. Kau ok x?” soal Anif. Tekakku mula rasa lega sikit. Habis keluar makanan yang aku telan tadi. Perlahan aku berjalan keluar dari bilik air terus menuju ke katil.g di situ. Anif hanya memandang. Mungkin dia rasa bersalah kerana memaksa aku.

“kau ok ke?” soal Anif perlahan.

“aku nak tidur. Penat. Tolong tutup lampu” mata terus ku pejamkan. Anif diam lama. Kemudian dia bergerak ke suis lampu berhampiran pintu. Setelah lampu ditutup, dia terus keluar dari bilikku. Oh, Anif. Kau dah banyak berubah sekarang. Lebih bersikap penyabar padaku yang tak tentu moodnya.
*************************************************

Aku memandang diriku lama di cermin. ‘betul ke kata Zana?’ gumanku sendiri. Aku cuba membelek-belek diriku dicermin.

“apasal lama sangat tilik muka tu? Pecah cermin nanti”

“oh mak kau” aku melatah. Kuss semangat aku bila tiba-tiba disergah. Mahu luruh jantung ni. Aku jeling Anif yang melangkah masuk ke kamarku.

“ni apasal bersepah-sepah baju.” Anif mengalihkan sedikit bajuku yang bersepah di atas katil. Dia kemudian menumpukan perhatian padaku. Macam mana tak bersepah dari tadi aku pilih baju yang sesuai untuk ke kolej. Semua t-shirt ku rasakan sudah agak sendat di tubuhku

“kenapa ni? Tak nak gi kolej ke?”soal Anif.

“aku nampak gemuk ke?” soalku tiba-tiba. Anif ketawa kecil.

“ketawalah. Aku serius ni” geram aku mendengar tawanya. Anif berjalan menghampiriku di cermin.

“gemuk sikit je. Geram pulak aku tengok.” Ucapnya sambil memeluk tubuhku dari belakang.

“isk tepilah. Jangan kacau” marahku sambil cuba melepaskan diri. Anif makin erat memelukku.

“kenapa ni? Tak pernah pun Tanya soalan macam ni. Tiba-tiba pulak.” Soalnya. Aku diam. Tidak menjawab. Kuusap perut sudah menampakkan perubahan. Hatiku gusar. Bagaimana kalau semua orang tahu yang dia kini mengandung sedangkan tiada seorang pun tahu yang dia sudah mendirikan rumahtangga. Apa kata mereka nanti.

“kenapa ni? Kau sakit ke?”soal Anif bila tengok aku diam je. Aku geleng.

“anak abah jangan nakal-nakal. Kesian ibu” ucapnya sambil menyentuh tanganku yang masih berada di perut. Sungguh dia begitu prihatin padaku kini.

“aku rasa baik aku tangguhkan dulu pengajian aku” ucapku tiba-tiba.

“kenapa?” soal Anif.

“kau nak aku pergi kolej dengan perut macam ni. Kawan-kawan aku akan perasan. Nanti apa pulak kata diorang”

“apasalahnya.”

“tak ada orang tahu kita dah kahwin dan tak lama lagi kau dengan Juhana...” tak sanggup aku nak habiskan ayat itu.

“apa?” soalnya. Aku geleng.

“apa kata kalau kita berterus-terang je” pantas aku geleng. Bagaimana pulak dengan Juhana. Lagipun perkahwinan ni tidak akan bertahan lama. Selepas saja baby ni lahir maka aku juga akan pergi dari hidup Anif.

“habis tu takkan nak tangguh macam tu je. Tak lama lagi kau dah nak grad kan”
“tapi aku tak boleh pergi kolej dalam keadaan macam ni” pelukan Anif yang sudah longgar ku leraikan. Aku berjalan ke katil. Melabuhkan punggung di situ.

“sayang, aku akan berterus-terang dengan semua orang kalau kau izinkan” ucap Anif sambil mengelus lembut tanganku. Ada rasa sedih menyelinap dihatiku tiap kali perkataan sayang meniti di bibirnya. Mungkin untuk saat-saat terakhir ini dia ingin menunjukkan sedikit rasanya padaku. Biarlah. Nanti bolehlah aku kenanginya.

“jangan. Aku tak nak rosakkan hubungan kau dengan Ju”

“aku dengan Ju takkan ada apa-apa masalah. Kau yang bermasalah sekarang.” Sungguh aku keliru. Apa yang perlu aku lakukan. Adakah aku perlu tanggung sendiri segala perkara. Tapi dia juga bertanggungjawab.

“kau fikirlah. Rugi je kalau nak tangguhkan pengajian kau. Aku takkan paksa. Semua keputusan pada tangan kau.” Ucap Anif. Aku terdiam. Tidak tahu apa yang harus aku katakan.

“aku nak pergi ofis. So, nak pergi kolej tak ni?” soalnya. Perlahan aku geleng.

“kalau macam tu aku pergi dulu. Duduk je rumah. Jangan merayap pulak. Nanti aku balik time lunch. K.” Aku angguk.

“bye sayang. Jaga ibu baik-baik. Abah pergi dulu” Anif usap perlahan perutku dan kemudian pipiku dikucup lembut. Aku hanya membiarkan. Terkedu dengan perbuatannya. Ya Allah, jika dia bukan untukku, tabahkanlah hati ini dengan ketentuan Mu. Doaku dalam hati.

p/s : taraaaaa... akhrnye naniey berjaya siapkn n3 AAT yg bru.. korg srnok x?? b'peluh2 b'fkr...
dlm2 bzy2 pn naniey nk jgk b'krya. hahahhaha...

Sunday, October 18, 2009

Andainya Aku Tahu 12



Aku termenung sendiri di Taman Permainan. Melihat kanak-kanak riang bermain. Hati aku jadi tersentuh. Perlahan tanganku menyentuh perut. Bagaikan terasa ada kelainan di situ.

“Anak ibu.” Entah dari mana kata itu terbit. Apalah nasib anak ini andai aku dan anif terus begitu. Masa depannya nanti bagaimana. Apakah datuk dan neneknya akan menerima kehadiran cucu dari orang seperti aku.

“maafkan ibu. Ibu tak mampu janjikan kehidupan yang baik padamu” bisik hatiku lagi. Kuusap perlahan perut yang sudah berisi itu. Apa yang perlu aku buat. Gugurkan saja anak ini? Tidak. Berdosa. Anak ini sudahpun hidup. Dia bukanlah anak haram. Dia adalah tanda betapa sayangnya aku pada Anif. Walaupun dia hadir tanpa diundang. Tapi Anif pula bagaimana?. Aku tidak rela dimadukan. Atau biarlah aku besarkan anak ini sendiri. Tapi aku belum bersedia. Fikiranku kusut. Tidak tahu dimana jalan yang harus kulalui. Semuanya Nampak kelam.

“kau buat apa kat sini?” aku tersentap. Anif berdiri tegak merenungku.

“kau tahu tak aku dah macam orang gila bila nurse telefon kata kau hilang” ucapnya. Aku tunduk. Katalah apa saja. Aku tidak mahu ambil tahu.

“Kita balik ke hospital” ucapnya. Aku hanya menunduk. Langsung tidak memberi apa-apa reaksi. Anif duduk disebelahku. Aku tahu dia cuba meredakan kemarahannya.

“Kenapa ni?” soalnya lembut.

“Aku risaukan kau. Kita balik” aku geleng. Tidak mahu.

“please jangan macam ni. Fikirkan baby dalam perut tu jugak. Kesian dia” ucap Anif. Tangannya mengenggam erat tanganku.

“Kita pergi hospital ye” pujuknya.

“Tak nak” tiba-tiba aku merentap tangannya. Pantas aku bangun. Entah mengapa aku dilambung emosi. Anif Nampak terkejut dengan tindakanku yang diluar jangkaannya.

“kau tak sihat lagi” pujuknya lagi. Aku tidak peduli. Mengapa aku benci mendengar pujukannya. Dia mengambil berat tentangku hanya kerana benihnya yang bercambah didalam rahim ini. Hatiku terluka.

“kenapa degil sangat ni” agak keras bunyi suaranya.

“kau jangan pedulikan aku lagi. Aku tak suka” bentakku. Aku tidak peduli dengan beberapa pasang mata yang memandang. Mungkin ketenangan mereka terganggu dengan pertelingkahan kami. Anif mengeluh. Kesal dengan sikapku.

“Risya tolonglah jangan macam ni. Kita bincang elok-elok benda ni. Biar kau puas hati dan aku juga. Kita balik” pujuk Anif lembut. Mungkin akal rasionalnya tidak membenarkan dia merendahkan maruahnya di tempat awam.

“Aku tak nak pergi hospital” ucapku.

“ok. Kita balik rumah”

“aku tak nak balik villa”

“kita pergi rumah aku, k”ujarnya. Kali ini aku sudah tiada alasan untuk diberikan. Bagiku Anif sudah terlalu banyak bersabar. Bimbang juga andai gunung berapinya meletup. Waktu itu sudah tiada tolak ansur lagi denganku. Mungkin saja dia akan mengheretku. Anif tarik tanganku ke kereta. Walaupun hati menegah namun langkahku tetap kuatur mengekorinya.

Sepanjang perjalanan aku hanya membisu. Tiada mood untuk berbual dengannya. 20 minit kemudian kami tiba di banglo milik Anif. Memandang sekitar rumah. Suasana yang cukup segar memberikan aku sedikit ketenangan

“masuk” dia membuka pintu untukku. Aku hanya menurut. Sungguh lelaki itu bercitarasa tinggi. Lihat saja susun atur perabotnya. Ala inggeris. Sungguh menarik.

“kau rehat dulu. Nanti aku keluar belikan makanan ye” Anif terus memimpinku ke kamar. Besar dan luas bilik itu. Diseri dengan haruman aromaterapi cukup untuk member ketenangan pada akalku.

“kau janji nak berbincang”balasku. Tidak berani aku berlama-lama di banglo itu. Lagipun kami hanya berdua.

“lepas kau dah ok, kita bincang. Sekarang time to sleep. Kau kena rehat. Baby pun kena rehat.” Dia hantar ku ke katil. Tubuhku dibaringkan di situ. Memang aku letih. Tubuhku terasa lesu benar.

“aku keluar kejab ye. Jangan pergi mana-mana. Kau nak makan apa?” soalnya.

“aku nak mempelam” ujarku. Tiba-tiba saja tekakku menginginkannya. Mengidam agaknya. Anif senyum. Perlahan dia angguk.

“baby nak makan ye. Nanti aku carikan. Sekarang tidur ye.” Aku pejam mata. Mencari sedikit ruang untuk aku berehat. Entah bila aku terlena.
***************************************
Anif duduk disofa berhadapan denganku. Matanya memandang tepat wajahku yang suram.

“ok, sekarang kita boleh bincang. Kau cakaplah apa yang kau nak” ucap Anif tenang. Aku diam.

“Aku nak kita berpisah” ucapku.

“kenapa?” Anif masih tenang. Sungguh aku cemburu melihat ketenangan di wajahnya

“sebab family kau takkan terima aku. Kau juga kan. Aku tak layak bergandingan dengan lelaki macam kau” teringat mama Anif yang selalu mencari salahku. Ada saja yang tak kena pada pandangan mata tuanya. Aku takkan lupa kata-kata mamanya pada malam Anif bergaduh dengan Michael. Aku tak layak menjadi menantunya. Memang cukup menghiris hatiku.

“mana kau tahu aku tak terima kau?”

“kau cintakan Juhana. Aku hanya menjadi galang gantinya saja” balasku. Tidak mahu mengalah. Nampak sangat dia cuba memerangkapku dengan soalan cepu emasnya.
Anif ketawa.

“kenapa kau fikir begitu.?”

“aku tak buta untuk menilai hati dan perasaan orang”

“memang kau tak buta. Tapi kau masih belum mengenali aku sepenuhnya Risya.” Aku pandang wajah Anif. Melawan pandangan matanya.

“Maksud kau?”

“Juhana adalah kisah lalu. Dan kau adalah hidup aku sekarang” ucapnya. Aku pula ketawa mendengar kata-katanya. Jika Juhana masa lampaunya mengapa dia hendak mengahwini gadis itu.

“tapi kau masih cintakan dia” Anif diam. Lama. Aku merasakan seolah-olah Anif mengiakan penyataanku walaupun bibirnya tidak bersuara.

“sudahlah. Aku dah penat bekorban demi keluarga kau. Aku tak dapat apa-apa pun. Sekarang ni aku nak kau kembalikan kebebasan aku.” Ucapku.

“no. Tak lama lagi kita akan ada anak. Fikirkan nasib dia nanti”

“aku tak nak anak ni”balasku. Mata Anif membuntang memandangku. Setiap kali aku menyatakan hal itu, pasti kemarahannya akan datang tanpa diundang. Panas benar hatinya.

“kalau cakap tu, tolong fikir sikit. Anak tu anugerah tuhan pada kita. Sedih dia sebab ibunya awal-awal lagi dah tak mahukan nya” balas Anif.

“k, kalau kau lepaskan aku, aku tak akan apa-apa kan dia” aku cuba mencari kelemahannya.

“aku nak kita jaga dan besarkan anak-ni sama-sama” Anif masih tidak mahu mengalah. Aku sendiri tidak pasti kenapa dia harus mempertahankan perkahwinan kami walaupun aku dan dia tahu siapa yang bertahta di hatinya. Atau adakah demi anak yang sedang membesar di dalam rahimku. Mampukah aku bertahan sedangkan aku hanya bertepuk sebelah tangan.

“tapi aku tak boleh terima kau”

“kenapa?” Anif menyoalku.

“sebab hati aku ni dah banyak terluka sebab kau. Aku tak mampu lagi nak tanggung semua ni” aku pandang wajah Anif. Setitis mutiara jernih akhirnya gugur di tubir mata. Dia tergaman.

“jangan cakap macam tu. Berilah aku peluang kedua. Kita besarkan baby ni sama-sama” aku tetap geleng. Jawapanku muktamad. Tiada lagi peluang kedua atau ketiga untuknya. Ku pandang wajahnya dengan harapan tinggi menggunung. Berharap dia memahami hatiku. Dia menunduk. Lama.

“kalau itu yang kau nak, aku akan pertimbangkan tapi dengan satu syarat” aku hanya memandangnya. Menunggu apakah syarat yang bakal dikenakan.

“aku nak kau duduk sini sampai kau habis pantang. Setuju?” soal Anif. Lama aku berfikir. Rasanya itu lebih baik. Sekurang-kurang tidak tidak lagi menolak bulat-bulat permintaanku. Perlahan aku angguk. Anif ukir senyuman.
p/s : sori lme tnggu. naniey sibuk ckt. pe2 pn hope korg ske. komen pliss

Monday, October 12, 2009

Andainya Aku Tahu 11


Sudah sebulan aku kembali ke kolej menyambung pelajaranku. Tak sangka aku sudah berada di semesta terakhir pengajianku selepas tiga bulan bercuti. Sudah hampir sebulan lebih aku tinggalkan villa. Aku tinggal bersama sahabat baikku, Rozana. Padanya kukatakan aku ada masalah keluarga, tapi sebenarnya tak siapa tahu keluarga yang aku maksudkan itu adalah keluarga baruku. Tiada siapa tahu aku sudah berkahwin. Walaupun tinggal di sebuah bilik yang sempit, aku tak kisah. Aku tidak mahu menyusahkan abangku. Nanti apa pulak katanya kalau aku lama di rumah itu. Biarlah aku tanggung sendiri susah dan senangku. Aku sudah dewasa. Seringkali juga aku lihat kelibat Anif di kolej. Kadang-kala aku lihat dia menghantar Juhana, kadang-kala dia datang menjemput gadis cantik itu pulang. Aku hanya mampu memandang dari jauh suamiku sedang memadu kasih dengan orang lain. Isteri mana tak kecewa kalau suami keluar dengan perempuan lain. Hancur luluh hati ini, tak siapa yang tahu. Sengaja aku menyembunyikan diri dari Anif. Aku tidak mahu dia mencariku. Kalau ada jodoh antara kami, kami akan berjumpa lagi biarpun bertahun kami terpisah.

“Ris, kau ada dengar cerita tak?” soal Rozana tiba-tiba. Aku geleng.

“isk.. kau ni ketinggalan betul. Dah heboh stu kolej, kau masih tak tahu?”

“aku malas nak jaga tepi kain orang la.” Balasku acuh tak acuh. Aku belek buku tebal di depanku. Banyak lagi yang perlu aku study. Buku undang-undang itu ku belek malas.

“ni pasal Juhana” ucap Rozana.

“pasal ngan minah tu?” geli betul aku dengar nama minah gatal tu.

“dia nak kahwin. Cuba kau teka dengan siapa?” dia aku tersentap. Nak kahwin? Jadi betullah tekaan ku selama ini. Pantas aku tutup buku.

“eh, kau nak kemana ni?” soal Rozana. Pelik dengan tindakanku yang tiba-tiba.

“aku ada hal” terus aku berlalu pergi dari situ. Bagaikan batu menghempap kepala aku menerima khabaran tadi. Selama ini aku amat berharap agar dia tidak memilih juhana. tapi harapanku hanya mimpi. Mana mungkin dia menolak orang secantik juhana. mana mungkin mamanya menolak menantu seperti Juhana. cuba ku tahan air jernih ini dari mengalir. Aku kena kuat. Aku tak boleh selalu menangis. Sampai bila. Kenapa aku harus menangis untuk orang yang tak pernah nak hargai aku. Sia-sia. Semuanya sia-sia. Jerit hatiku. tiba-tiba tekakku terasa loya. Bagai hendak keluar semua isi perutku. Pantas aku berlari ke sepohon pokok rendang di kawasan lapang berhampiran padang. Ku muntahkan segala isi perutku di situ. Agaknya perutku masuk angin. Satu hari tak makan. Aku cuba sedapkan hati. Terasa perit tekakku.

“cik tak apa-apa ke?” tiba-tiba ada suara garau yang menegur. Aku geleng. Lemah seluruh tubuhku.

“saya ok” balasku lantas aku berpaling. Pandanganku mati pada seraut wajah yang tak mungkin kulupakan. Pantas aku ingin mengatur langkah pergi dari situ. Namun dia juga pantas memaut tanganku. Kemas genggamannya.

“Risya, nanti dulu” ucapnya.

“aku tak ada apa nak cakap dengan kau.” Aku berkata kasar. Aku cuba merentap tangannya. Namun pegangannya kemas.

“we need to talk. Dah lama sangat kau pergi” ucap Anif.

“no. Aku tak nak cakap apa-apa dengan kau. Tolonglah pergi dari sini. Jangan ganggu aku” marahku. Aku picit kepala yang mula terasa pening.

“Risya tak sihat ni. Kita pergi klinik ye” dia memujuk lembut.

“aku tak apa-apa. Aku ada kelas ni” aku cuba berdalih.

“Are you pregnant?” soalnya. Pantas sekali aku geleng. Tak. Tak mungkin.

“Nif !” kami berpaling. Juhana berdiri tidak jauh dari kami.

“aku pergi dulu” kurentap kasar tangannya. Dan aku terus pergi.

“Risya” aku dengar dia memanggil. Tapi akalku melarang untuk aku menoleh padanya. Biarlah dia bahagia bersama kekasih hatinya.
*****************************************************

Kesihatanku makin tidak menentu. Selera makanku juga sudah tiada. Tubuhku makin susut. Rozana kata aku dah makin kurus. Risau benar dia melihat aku selalu muntah-muntah. Aku mula rasa cuak. Hatiku gusar usah dikira. Untuk ke klinik, aku masih belum bersedia. Andai benar tekaan Anif tempoh hari, aku masih tidak kuat untuk menerima kenyataan itu. Aku melangkah longlai ke tempat parking. Kepalaku dari semalam terasa berdenyut-denyut. Perut aku pun rasa memulas saja. Sungguh aku tidak selesa dengan keadaanku kini.

PPOOONNN!!!

Aku menoleh dan serentak dengan itu kurasakan tubuh ringan dan aku rebah tidak sedarkan diri.
#####################

“Risya” aku dengar namaku di seru. Perlahan aku celikkan mata. Amat payah. Terasa kepalaku berdenyut-denyut.

“Sayang.” Aku dengar lagi suara itu berbisik di telingaku. Aku cuba lagi membuka mataku. Sinar mentari menyakitkan mataku. Aku toleh ke sisi. Anif merenungku mesra. Tangannya mengenggam erat tanganku.

“aku kat mana?” soalku.

“kat hospital. Semalam kau pengsan” ucapnya. Perlahan tanganku dikucup.

“kau ok tak?” soal Anif. Sungguh aku rindu pada suara itu. Suara yang cukup menunjukkan dia lelaki yang prihatin. Perlahan airmata mengalir di pipiku. Aku sendiri tidak tahu bagaimana air jernih itu terbit. Sungguh aku menjadi wanita sensitive.

“hei, kenapa ni?.”perlahan diusap rambutku lembut. Makin kuat esakanku.

“syuuuhhh” perlahan dia mendaki katil bercadar putih itu. Anif peluk erat tubuhku. Cuba menenangkan diriku. Namun ternyata sebak kian berkumpul dalam dada.

“i’m here” ucapnya. Tersedu aku di dadanya hingga aku kembali lelap dalam dakapan hangat Anif.
************************************************
“Sori Ju, i tak dapat datang la” aku dengar suara Anif bercakap di telefon sambil membelakangiku. Tanpa dia sedari aku mendengar perbualannya dengan Juhana.

“You pilih dulu yang mana you berkenan. Nanti kita bincang lagi.” Ucap Anif lagi/ entah apa yang hendak dipilihnya. Kad undangan atau pun baju pengantin?.

“k. Bye.” Anif mematikan talian. Dia berpaling apabila terdengar bunyi gelas.

“kenapa tak cakap nak air” pantas dia menghampiriku. Gelas di tanganku dicapai. Aku hanya membiarkan. Anif menghulurkan segelas air kosong padaku. Perlahan aku sambut. Dia duduk di kerusi di sisi katil. Memandang aku meneguk air. Aku hanya diam. Tiada mood untuk berbicara dengannya.

“sayang nak apa-apa lagi” soal Anif. Sayang? Sungguh aku tersentuh dengan ucapannya. Namun pantas rasa itu ku halau pergi jauh dari ruang hatiku.

“pergilah balik. Aku nak rehat” ucapku perlahan. Perlahan aku baringkan kembali tubuhku yang lesu di katil.

“aku temankan kau.”

“tak perlu”

“tolong jangan macam ni, please” pujuknya. Aku harus bagaimana lagi?. Apa lagi yang dapat aku lakukan untuk memuaskan hatinya. Aku mengiring membelakanginya.

“aku ada something nak cakap” aku rasa tangannya mengusap perlahan rambutku. Aku tidak membalas. Tapi aku dengar.

“aku tahu kau dengar. Tak lama lagi kita akan jadi parents” ucap Anif. Terasa gugur jantungku. Pantas aku bangun. Memandangnya dengan pandangan yang kurang percaya.

“kau cakap apa?” soalku tergagap-gagap.

“kau mengandung. Dah sebulan” senyuman melebar di pipinya. Aku geleng. Tidak percaya.

“kenapa ni? Kau tak suka?” dia cuba sentuh tanganku. Tapi ku tepis kasar. Berkerut dahi Anif melihat reaksiku.

“Risya, jangan buat aku risau. Please say something”

“Aku tak nak. Aku tak nak anak ni” ucapku tiba-tiba. Aku buntu. Bagaimana nasib anak ini suatu masa nanti. Aku tidak bersedia untuk menerima kehadirannya.

“mengucap Risya. Tak elok cakap macam tu”

“aku tak nak. Kau faham tak aku tak nak” bagai orang terkena hysteria lagakku. ku tepis tangannya yang ingin mendarat di bahuku. Namun kudratnya ternyata melebihiku. Garang mata Anif menikam mataku yang sudah digenangi oleh mutiara jernih.

“kau sedar tak, kau cakap apa hah. Ini anak kita. Dia berhak untuk hidup” ucap Anif kasar.

“aku tak nak” tengkingku padanya. Sungguh akalku bagai langsung tidak berfungsi.

“kau dengar sini Risya. Selagi aku ada, jangan harap kau dapat mengapa-apakan bayi ni” ucap Anif garang. Agaknya dia terkejut dengan reaksiku. Wajah garangnya tidak dapat menyembunyikan rasa bimbang yang terukir. Aku hanya mampu menangis. Rasa terkejut terasa menyesak dada. Anif keluar dari bilikku. Risau andai dia tidak mampu menahan kemarahannya.

p/s : hati naniey tgh berbunga ni... hahaha... coursewrk da hntr. lptp da baiki... huhu. naniey bg dua2 kt korng. AAT n CD sekli. hrp rndu korg da terubat

Friday, October 9, 2009

Andainya Aku Tahu 10


Aku menangis terisak-isak di kamar mandi. Air paip yang mencurah jatuh ke tubuhku bagaikan tidak membersihkan lagi tubuhku. Aku dah tak suci lagi. aku dah tercemar. Makin kuat esakan ku kedengaran. Aku tak sengaja. Semua ni bukan kerelaan aku. Kenapa semua ni harus terjadi pada aku. Kenapa? Masihku rasa pelukan erat Anif yang membawa aku jauh dari dunia ini, untuk menerokai suatu alam yang begitu indah dan mengasyikkan. Hanya kami berdua saja di situ. Masih ternyiang-nyiang di telingaku bisikan nya yang mengusik kalbuku. Sungguh aku terkelu dengan ucapan sayangnya. Tapi kenapa? Kenapa aku terlalu bodoh untuk menyerahkan mahkotaku padanya.

“Risya” pintu bilik air diketuk.

“buka pintu ni” suara Anif menamnpar gegendang telingaku. Esakanku menjadi-jadi. Aku
tekup telinga. Tidak mahu mendengar suaranya. Aku benci. Tersangat benci.

“Open the door please. Risya buat apa lama sangat kat dalam tu?” Anif masih memujuk.

“Pergi, jangan ganggu aku” tempikku.

“Risya, jangan macam ni. Kita bincang, k”ucap Anif. Bincang? Bincang apa lagi? adakah dia ingin melepaskan aku setelah dia berjaya merampas mahkota kebanggaan ku. Dia bakal berkahwin dengan Juhana tak lama lagi. untuk apa dia menyimpan perempuan seperti ku lagi. untuk apa? Hatiku menjerit.

“Risya, kalau kau tak buka pintu ni, aku pecahkan” suara Anif sudah meninggi. Mungkin geram kerana aku tidak menurut kehendaknya atau mungkin kerana aku mengabaikan pujukannya. Aku tidak peduli.

“Risya”dia masih melaungkan namaku.

“pergi!” tempikku kuat. Aku tidak mahu mendengar suaranya. Jijik.

“buka pintu ni” aku terus menangis. Tak lama kemudian aku dengan pintu di rempuh. Aku takut. Pantas ku sarung jubah mandi menutupi tubuhku. Setelah beberapa kali dirempuh, barulah pintu bilik air terbuka luas. Aku tidak sanggup memandang wajahnya.

“Risya, kenapa ni?” lembut suaranya. Pantas aku mengelak apabila dia cuba memegang tanganku.

“Jangan macam ni ok.”

“aku benci kau. Aku benci” jeritku padanya.

“Risya, aku tak pernah paksa kau. Kita sama-sama rela” kata-kata Anif terasa menghiris hatiku..

“kalau bukan sebab kau semua ni tak jadi” marahku.

“ok, kalau kau nak salahkan aku juga, fine. Yes memang salah aku. Tapi benda dah jadi”
Kenapa dia perlu berbicara sebegitu dengan. Aku mengharapkan pujukan darinya. Airmataku semakin deras mengalir menuruni pipi. Pantas aku melangkah keluar dari kamar mandi. Ku sembam wajahku ke sofa menyambung esakanku. Di dada terasa penuh penyesalan. Aku rasa rambutku diusap perlahan.

“aku minta maaf. Aku janji akan jaga kau sampai bila-bila” anif berkata lembut. Aku langsung tidak membalas. Kata-katanya bagai angin lalu. Langsung tidak terkesan dihati. Aku masih mahu melayan kesedihanku. Lama aku di situ hingga Anif meningalkan aku sendiri. Agaknya dia ingin memberi ruang untuk aku tenangkan jiwa yang bergelodak ini.
*********************************************************************
“nif, i dah fikir masak-masak cadangan you semalam.” Aku dengar suara Juhana di laman villa. Aku yang berada di beranda menjenguk sedikit kepalaku. Kulihat Anif dan Juhana duduk berduaan di buaian. Langsung mereka tidak menyedari kelibatku mendengar perbualan mereka. Aku terus pasang telinga.

“betul ke?” suara Anif ceria. Apa yang telah dibincangkan. Nak kahwin? Bila tarikhnya?. Kau memang penipu. Pada aku kau katakana sayang, pada Juhana entah apa kau bicarakan. Cinta barangkali. Bagaimana harus ku hidup dengan berkongsi dirimu dengan seorang yang akan merampas kau pergi dariku untuk selamanya.

“so bila?” soal Juhana. dah tentukan ke bila? Hatiku tertanya sendiri.

“hujung bulan depan” ucap Anif. Cepatnya. Agaknya dia dah tak sabar nak lepaskan aku. Airmataku mengalir kembali. Hatiku hancur.

“i pun dah tak sabar nak tunggu saat tu” juhana dengan mesra memaut lengan sasa Anif. Kepalanya dilentok ke bahu Anif. Anif hanya membiarkan. Langsung tidak menolak. Dasar jantan buaya. Marahku dalam hati.

“i rasa kita akan jadi pasangan yang cukup ideal nanti” sambung Juhana lagi. aku sudah tidak mampu memdengar. Turun naik dadaku menahan getar. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Lalu aku masuk ke kamar. Beg pakaian ku tarik keluar. Beberapa helai baju kucampak ke dalam beg. Aku tekad untuk pergi dari Villa Anif. Aku perlu pergi sebelum hatiku luka parah.

“kau nak kemana?” soal Anif apabila aku muncul dari pintu utama ke skuterku.

“bukan urusan kau” aku membalas.

“aku suami kau” pantas di rampas beg ditanganku. Dia memang suka menggunakan perkataan itu untuk menghalangku. Apa lagi alasan yang aku ada.

“kalau kau rasa kita pernah berkawan, izinkan aku pergi. Untuk sementara saja. Sampai masa aku akan balik.” Ucapku. Rasanya aku perlu berlembut denganya. Ada air jernih yang mengalir lesu di pipiku. Dia terkedu. Perlahan tangan Anif menyentuh pipiku.

“Aku sayangkan kau. Tolong jangan pergi” pujuk Anif.
Aku geleng. Sayangnya aku tidak dapat merasakan keikhlasan dari ucapannya.

“aku kena pergi. Please. Izinkan aku pergi” rayuku padanya.

“macam mana dengan hal semalam?. Macam mana kalau...” pantas aku geleng. Tidak sanggup mendengar kemungkinan itu.

“aku kena pergi. Halalkan makan minum aku” pantas aku capai tangan Anif. Ku salami tangannya lama sebelum aku membuka langkah meninggalkan villa itu. Anif kaku di situ. Hanya memandang kearah skuterku yang mula menghilang.

p/s: hi semua. sihat x??? just 4 u all