THANK YOU

Thursday, February 10, 2011

WARNA HATIKU 30


Aku membuka mata perlahan. Kepalaku terasa berpusing. Aku mula terasa mual. Mungkin kerana perutku kosong. Pandanganku samar-samar. cahaya sudah masuk ke ruang bilik. Tubuhku terasa sejuk. Kutarik selimut rapat ke leher. Tangan Tg iskandar yang melingkari pinggangku kemas kubiarkan. terasa tubuhnya begitu rapat dengan belakangku.

“Is..., Is” panggilku. Dia masih lena.

“Is,” aku goyangkan sedikit tangannya. Cuba mengejutkannya

“ada apa?” mamai suaranya.

“dah pagi. Kau tak nak pergi pejabat ke?”soalku lemah. Nak bangun pun aku tiada tenaga. Kepala terasa berpusing-pusing. Peningnya. Terasa peluh sudah membasahi tubuhku.

“aku rasa tak sihat. Aku ambil cuti hari ni”ujarnya perlahan sambil menyambung lena. Pelukannya di kemaskan.

“Is, kepala aku sakit” aduku bila terasa teramat sakit.

“sakit sangat ke?”soalnya dalam mamai. Rasa cam nak menangis pulak bila dia menyoal acuh tak acuh.

“emm”aku angguk. Kembali memejam mata. Terasa tangan kasarnya menjamah kepalaku.

“panas sangat ni. Kita pergi hospital”ujar tg iskandar. Terus dia bangun dari pembaringannya. Aku geleng.

“aku tak apa-apa. kepala je rasa pening”ucapku dengan mata terpejam.

“tapi,tubuh kau panas sangat ni. Aku tak kira, kita mesti pergi hospital” katanya tegas. Tg iskandar turun dari katil. Bersiap seringkas mungkin. Dia tarik tanganku.

“aku tak larat nak bergerak.”ujarku dengan suara yang benar-benar lemah. kepalaku terus terasa berpusing. Tubuhku terasa ringan. Tg iskandar mendukungku ke kereta.

“Ya Allah. Kenapa ni Tuan” kedengar suara Mak Jah cemas sebaik saja sampai di ruang tamu.

“Tolong saya Mak jah. Puan demam” pinta Tg Iskandar. Mak jah hanya menurut. Aku sudah tidak sedarkan diri ketika sampai di hospital. Entah apa yang terjadi aku sendiri tiadk pasti. Yang pasti duniaku gelap.

********************************************

Aku mencelikkan mata perlahan. Rasa sakit sudah berkurangan

“kat mana ni?” gumanku perlahan

“puan dah sedar?” aku lihat di sebelah katil. Seorang jururawat cantik manis tersenyum padaku.

“mana suami saya?”soalku padanya. Entah mengapa dia akan mula-mula melintas dalam fikiranku.

“suami puan ada kat bilik sebelah. Masih tidur”ujar jururawat itu. bilik sebelah. Dah tak ada rumah ke nak tidur kat wad pulak

“kenapa dengan dia?”soalku.

“tak ada apa. Cuma suami puan kurang rehat. Tubuhnya lemah. Tadi dia pengsan.” terang jururawat itu.

“saya nak tengok dia” rasa risau pantas memburu. Aku cuba bangun. Tapi di halang oleh jururawat itu.

“puan kena banyak berehat. Puan demam panas. Lagipun suami Puan tengah tidur. Bila dah sedar nanti saya beritahu” pujuk jururawat itu. Aku kembali berbaring. Berharap Tg iskandar tidak apa-apa. Perlahan ku alih pandangan pada tanganku yang terasa sakit. Kulihat ada jarum yang tertusuk di tanganku. Cecair putih mengalir dari tiub yang bersambung dengan jarum itu. Tanganku terasa sengal. Aku kembali menutup mata. Cuba menghilangkan rasa sakit yang bagai mencucuk seluruh tubuhku. Akhirnya aku kembali lena dengan mimpi indah.

************************************************

“Hai”ada suara yang menyapaku saat aku mula membuka mata. Tg Iskandar duduk di kerusi di sisi katil. Sedang tersenyum padaku. Aku memandangnya. Perlahan tanganku merayap ke dahi kemudian jatuh ke pipi Tg Iskandar.

“kau ok?”soalku bimbang. dia tarik tanganku. mengenggam erat seketika sebelum melepaskannya.

“aku ok. Kau macam mana?”soalnya padaku. Aku angguk.

“tulah main hujan lagi” aku senyum.

“kau lah. Nampak cam kuat. Isk. Tak sangka boleh pengsan”

“sebab kau berat sangat” Tg Iskandar bergurau. Aku mencebik.

“kita makan”ajak Tg Iskandar. Aku angguk. Baru terasa Perutku pedih. Sejak semalam aku tidak menjamah makanan. Tg iskandar membantuku untuk bersandar.

“Tadi Mak Jah hantarkan bubur dan sup ayam.” Tanpa dipinta Tg Iskandar berkata.

“kau dah makan?”soalku.

“belum. Aku tunggu kau”ujar tg iskkandar. Tg iskandar menghulurkan mangkuk kepadaku. Dengan payah aku menyambut. Aku suapkan ke mulutku. Seleps itu ku suakan pula padanya.

“makanlah. Aku tahu kau lapar.”ujarku. dengan selamba Tg Iskandar membuka mulut. Aku tersenyum.

“bila kita boleh balik?”

“aku dah boleh balik petang nanti. Kau mungkin dua hari lagi kat sini.”

“alah aku tak nak duduk kat sini lama-lama.” Rengekku. Berharap dia memahami

“kenapa? Kau akan rindukan aku?” usik Tg Iskandar

“tak ada maknanya nak rindu kau. Cuma aku ni jenis tak suka duduk diam”saja aku beralasan.

“sori baby,nak tak nak kau kena tinggal sini sampai demam kau kebah ok. Nanti aku datang lawat kau hari-hari takpun aku suruh zailan datang temankan. Ok?.”ujar tg iskandar. Zailan?. Masalahnya aku tak nak tinggalkan hospital lama-lama. Tak suka.

“please Is, kau tolong cakap kat doktor aku nak balik, aku dah sihat ni” rayuku pada Tg Iskandar. Tg Iskandar geleng. Bertegas dengan kata-katanya

“please”rayuku lagi.

“no. Bila dah betul sihat baru boleh balik” kali ini suaranya kedengaran tegas. Maknanya keputusannya muktamad. Aku tarik muka. Mangkuk di tangan ku letakkan ke meja. Sudah tiada selera menghabiskan bubur yang tinggal separuh.

“makanlah lagi”pujuknya. Dia ambil mangkuk di atas mejaku. Aku buat tak tahu. Entah kenapa aku terasa ingin merajuk.

“please, kalau kau sakit aku jugak susah kan. Tengok tadi, kau dah susahkan aku tau”ucap tg iskandar. Aku menyusahkan. Sampainya hati dia cakap macam tu. Aku bukan sengaja nak susahkan dia.

“lain kali kau jangan tolong aku kalau kau rasa aku menyusahkan kau.”marahku padanya. Hati rasa sakit. Tg Iskandar agak terkejut. Dah lama aku tak marah dia.

“ok. Aku tak nak gaduh dengan kau. Ni hospital ok. Tempat orang sakit. Suka hati kau nak makan atau tak. tapi kau tetap kena duduk hospital sampai kau betul-betul sembuh. Aku pergi dulu.” dia mendengus geram dengan sikap degilku yang masih belum berkurangan. Tg Iskandar bangun. Terus meninggalkanku sendiri di bilik. Tanpa sedar cecair hangat mengalir di pipi. Sampai hati kau Is. Langsung tak fikir pun hati aku. Hatiku merintih sayu. Terasa jauh hati dengan Tg Iskandar saat itu. terus aku baring semula ke katil menyelimuti seluruh tubuh dan menangis semahunya. Sungguh aku makin sensitif. Orang kata ayat suci Al-quran dapat lembutkan hati. Mungkin kerana amalan membaca Al-quran tiap-tiap malam berjaya melembutkan hati aku yang dulu seperti batu.


p/s : tq sudi membaca n tinggalkan komen......

NANIEY TJ

5 comments:

pexx said...

woo..suka. :)
dia dah semakin sayang kat suami dia. ngee..

hana_aniz said...

huhuh. jgn la is kawin dgn linda.. sian risy.

A.N.Shakirah said...

kesiannye kat risya...
smpai hati is...ade ke patut nk zailan temankn??

aFaiSh said...

hailaaa...sedihnyaa
phm sgt cintai sesorg dlm diam tanpa mampu meluahkan ^^'
heheheee

miznza84 said...

ala sedihnya.... is ni macam takde perasaan je.. orang sakit ni perasaan mudah tersentuh.. tu pun tak tau ker???