THANK YOU

Monday, November 30, 2009

Pilihan


“Mail, Jom kita pergi main.” Ajak Su.

“nak main apa?” soal Mail sambil membaiki cermin mata yang hampir jatuh.

“kita main layang-layang nak? Abah Su ada buat layang-layang” Su tunjukkan layang-layang yang berada di beranda rumahnya.

“nak. Tapi nanti ajak Nomi sekali ye” ujar Mail. Sambil tersengih. Su diam. Bukan dia tidak tahu perangai kakaknya itu. Kakaknya manalah suka kat mail. Yelah, mail ni selekeh. Baju comot dengan cermin mata besarnya.

“Kak Nomi sibuklah. Kita main berdua jelah ye” ajak Su. Kali ni Mail pulak diam. Tak seronoklah tak ada Nomi. Entah kenapa Mail suka sangat bila Nomi ada. Mail tak kisah Nomi marah dia. Memang Dia suka usik Nomi.

“Su Tanya lah Nomi dulu” rayu mail. Nak tak nak Su panjat tangga ke dalam rumah papan.

“kak Nomi nak main tak?” soal Su.

“main apa?” soal Nomi malas. Dia sedang asyik menonton kartun di televisyen.

“layang-layang”

“dengan mail?” Su angguk.

“tak naklah. Tak suka” balas Nomi.

“tapi, Mail ajak Kak Nomi main sama”

“aku tak naklah. Kau pergi cakap kat mail tu, aku tak suka main dengan dia” Su diam. Tak tahu nak cakap apa.
**********************

“ Su, mengelamun ye?” soal mak. Pantas Su ukirkan senyuman. Teringat zaman kecilnya. Ketika itu umurnya baru 9 tahun. Asyik dia je jadi orang tengah untuk Nomi dan Mail. Selalu dia yang jadi mangsa kena marah dengan Nomi.

“Ni ada surat untuk Nomi” mak hulurkan sepucuk surat pada Su. Surat yang dinanti. Lihat saja cop pada surat itu. Kuala Lumpur. Dia sudah tahu siapa pengirimnya. Tentulah Mail. Waktu Su umur 10 tahun, mail pindah ke Kuala Lumpur ikut keluarganya. Maklumlah ayahnya dapat kerja di sana. Apa khabarlah mail sekarang. Dah hampir 2 bulan tiada khabar berita. Pantas sampul surat dibuka. Su ingat lagi kali pertama surat Mail untuk Nomi tiba, terus Nomi campak dalam tong sampah. Tengok saja nama Mail dia sudah benci. Meluat dengan budak hingusan seperti mail. Tanpa pengetahuan Nomi, Su kutip surat itu dan membalasnya hingga kini. Mail pun tak tahu siapa yang membalas suratnya kerana di setiap surat di catatkan nama Nurul Rozaimi a.k.a Nomi.

“Mak!!” terjerit Su membaca surat dari Mail. Mak yang asyik menyapu sampah terkejut.

“kenapa Su? Soal mak dengan penuh perasaan risau.

“tak ada apa-apa mak?” Su kembali menatap surat di tangan.

‘ nak balik kampung, minggu depan? Nak jumpa aku’ dia mengulangi ayat itu beberapa kali.

Matilah aku kali ni. Macam mana kalau dia tahu, bukan Kak Nomi yang balas surat dia? Mesti dia marah. Aduh. Kalau aku cakap kat kak Nomi mesti kak Nomi pulak marah aku. Apa yang kau dah buat ni Su. Kusut. Kusut kepala aku.
***********************

Su tarik nafas lega. Puas dimarah dan diherdik oleh Nomi, barulah gadis itu setuju. Selesai satu masalah. Esok ada lagi satu masalah. Jumpa Mail. Macam mana agaknya rupa dia? Dah hampir 15 tahun dia tidak jumpa Mail. Dia cam aku lagi tak? Su berangan sendiri. Mesti dah tak kenal.
Su bersiap ala kadar. Dengan baju kurung warna hijau dan tudung di pin kebawah warna hitam. Memang selalu pun Su pakai macam tu. Letak bedak sikit dan dioles pelembab di bibirnya. Cermin mata disarung kewajahnya. Setelah puas hati dengan penampilannya, dia mengetuk bilik Nomi.

“Akak dah ke?” soal Su.

“bisinglah” marah Nomi dari dalam. Perlahan Su buka pintu. Su pandang Nomi yang sedang membetulkan tudung di kepala. Gadis itu cukup bergaya dengan blaus warna putih dan seluar slack senada dengan bajunya. Kak Nomi Nampak cantik di tambah dengan adanya makeup yang menyerikan lagi wajah nomi. Memang Su akui, kakaknya itu memang pandai bergaya. Kalah mak datin.

“cepat sikit, kak. Kita dah lambat” ucap Su.

“kau tak Nampak ke aku buat apa ni. Bising la”Nomi bagi jelingan maut pada Su.

“Su tunggu kat kereta ea” perlahan Su melangkah turun ke kereta myvi miliknya. Duit hasil titik peluhnya sebagai seorang pendidik. Kata mak orang rajin pasti Berjaya. Dan Su telah buktikan. Dan kak Nomi, dari dulu sampai sekarang kerja kat kilang batik yang terletak berhampiran rumah. Dulu malas belajar. SPM tak payah cakap. Semua atas tong. Cukup-cukup makan. Lagipun Nomi dah malas nak sambung belajar. Tak kisahlah, asalkan tak jadi perompak, pencuri. Sudah.

“ni pasal senyum sorang-sorang? dah tak sabar nak jumpa buah hati?” sindir Nomi. Aku hanya mampu tersenyum. Terus Myvi ku meluncur laju ke Bandar Kuala Terengganu. Hati Su makin kuat berdetak.

“so, si Mail tu kerja apa?” soal Nomi.

“mmm. Su tak pastilah. Tapi dia cakap dia buat bisness.” Jawab Su. Memang Mail jarang menceritakan mengenai pekerjaannya dalam surat-surat yang dikirim. Hanya banyak mencurahkan masalah dan meminta pendapat. Tak lupa juga rasa sayangnya buat Nomi. Su mengeluh.

“entah ye ke tak buat bisness. Mail tu pandai ke benda-benda camtu. Dari sekolah lagi lembab” Nomi mencebik. Tidak percaya.

“entahlah, kak. Rezeki masing-masing” ucap Su lembut. Biarlah apa yang Nomi mahu fikirkan yang penting satu bala dah lepas.
*******************************
Dari jauh Su Nampak dua jejaka sedang menanti. Seorang bewajah kacak memakai kemeja ungu dan jean dan seorang lagi Nampak santai dengan t-shirt biru dan jeans. Muka boleh tahanlah. Sedap mata memandang. Su cuba meneka.

“Hi” sapa pemuda yang pakai baju biru. Su senyum. Nomi asyik pandang pemuda yang satu lagi. Yelah, perempuan mana yang tak tertarik dengan paras rupa yang kacak.

“lama kita tak jumpa” tegur pemuda yang pakai baju biru lagi. Su yakin itulah Mail. Dah berubah dia sekarang. Kalau dulu bertubuh gempal, kini sudah menjadi pemuda yang segak. Kalau dulu baju comot kini dah Nampak kemas. Tapi yang tak berubah masih lagi bermata empat. Dia sudah pandai bergaya sekrang. Detik hati Su. Tak macam dulu lagi. Nomi senyum segaris.

“dah lama tunggu?” soal Nomi.

“tak lama sangat” jawab Mail sambil merenung lembut ke wajah Nomi. Nampak sangat dia masih meminati gadis itu walau bertahun sudah berlalu. Su hanya mampu ukirkan senyuman di belakang Nomi.

“Hi, Su.” Tegur Mail.

“Assalamualaikum” su menghulur salam. Tersipu-sipu Mail.

“waalaikumsalam. Eh, jemput duduk. Lupa pulak” su dan Nomi melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan dua jejaka tadi.

“kau tak nak kenalkan ke?” Nomi melirik anak mata kea rah pemuda yang sejak tadi diam dan hanya memandang.

“oh, Ni Jefri. Jef, nilah orang yang aku selalu cerita tu, Nomi” Mail memperkenalkan. Selamba Jefri menghulurkan tangan. Nomi juga dengan selamba menyambut.

“nice to meet you” ucap Jefri. Nomi tersenyum manis.

“ni pulak Su, adik Nomi” Mail kenalkan aku pula pada Jefri. Aku hanya mengukir senyuman.

“hi.” Hanya itu yang diucapkan kepadaku.

“So, kenapa you tiba-tiba balik ke sini” soal Nomi.

“saja. Rindukan you” uweekk. Nak termuntah Nomi mendengar ucapan rindu dari mail. Entah kenapa dari dulu lagi dia alegik pada Mail. Nomi tunjuk muka selamba.

“Mak Jah dengan Pak Sob sihat?” soal Su. Memulakan perbualan.

“Mak dengan ayah sihat. Mak dengan abah Su?” soal mail pada Su.

“Alhamdulillah. Su buat apa sekarang. Dah jadi doctor?” soal mail. Su tersengih sambil menggeleng.

“ingat lagi pada cita-cita Su ye. Tak ada rezeki. Su jadi Cikgu je”ucap Su.

“Ok la tu.”

“you kerja apa?” soal Nomi.

“mmmm, i…i… I kerja kat Restoran” ucap Mail.

“pelayan?”

“up sikit”

“Manager?” Mail senyum dan angguk.

“oklah. Taklah teruk sangat. You?” soal Nomi pada Jefri.

“dia… dia bos I” pantas Mail tolong jawabkan sebelum Jefri buka mulut. Nomi ukir senyuman manis. Bos? Bunyi macam kaya je.

“You buka restoran apa Jef?” soal Nomi pada Jefri.

“Restoran nasi kukus” selamba Jefri menjawab.

“dulu Mak Jah suka buat nasi kukus kan” Su mengingat kembali peristiwa lama.

“Su ingat lagi?” mail menumpukan perhatian pada gadis di depannya. Gadis itu tak banyak berubah. Masih sama macam dulu. Suka mengalah dan lemah-lembut. Tapi sekarang wajahnya Nampak lebih matang. Yelah dah jadi anak dara pun.

“apa tak ingatnya.” Su balas pandangan Mail. Tapi tak lama sebab hatinya berdebar-debar. Sepetang itu mereka mengisi masa dengan sesi soal jawab. Yang pasti Nomi begitu teruja untuk mengenali Jefri daripada Mail.
*******************************

Su sibuk mengutip buah mangga yang dikaitnya tadi. Seronok kalau dapat makan mangga waktu petang sebegini. Penat seharian di sekolah bukanlah alas an untuk Su membuta pada waktu petang. Dia lebih suka berehat dipara dibawah pohon mempelam sambil lihat sawah padi yang terbentang luas di depan rumah. Tiba-tiba sebuah kereta Honda City memasuki perkarangan rumah. Su hanya memandang. Entah siapa yang dating ke rumahnya waktu begini.

“Assalamualaikum”

“waalaikumsalam” Su membalas. Mail tersenyum memandangnya.

“datang nak jumpa kakak ke?” soal Su.

“lebih kurang macam tulah. Tapi selebih nak melawat jiran lama. Mak ayah Su ada?”

“mak ada kat dapur. Abah tak balik lagi. Kakak pun tak balik lagi. Hari ni dia kerja syif petang” jawab Su. Mangga di tangan diletak atas para. Mail hanya memandang.

“nanti Su panggil Mak”

“kejab Su” Su pandang Mail.

“Nomi tu, dah ada boyfriend?” soal mail. Su angkat kening.

“entah. Tanyalah dia” Su sendiri tak pasti sebab Nomi selalu bertukar-tukar lelaki. Hari ini orang lain esok orang lain lagi. Sampai Su pun tak tahu yang mana satu yang special bagi Nomi.

“kenapa Tanya?” soal Su. Mail geleng.

“saja. Kalau abang nak mintak tolong, boleh tak?” soal mail. Abang? Gulp. Pertama kali perkataan itu keluar dari mulut mail. Agaknya dia anggap aku adik dia kot. Lagipun memang mail tua 3 tahun dari Su.

“insyaallah. Kalau boleh su tolong.”

“kalau macam tu, Su pergi siap. Abang nak bawak Su pergi satu tempat” Su tunjuk muka keliru. Mail hanya tersengih.
*****************************************
“apa semua ni Mail?” soal Nomi. Cincin di tangan dibelek berulang kali.

“you suka cincin ni?” soal Mail. Bersusah payah dia bertanya pada Su tentang citarasa Nomi.

“I Tanya you apa semua ni?” Nomi dah mula panas melihat senyuman Mail.

“I nak pinang you. Sudi tak you jadi isteri i?” Mail pegang tangan Nomi. Dipandang anak mata galak itu.

“you gila ke?” pantas tangan Nomi ditepis.

“I tak gila. Serius. I cintakan you.” Ucap Mail. Dia yakin.

“tapi I tak cintakan you, mail” ucap Nomi.

“tapi selama ni, dalam surat-surat you tu apa?” Mail terkejut dengan kenyataan Nomi. Selama ini seringkali Nomi mengatakan sayang dan rindu dalam coretannya.

“biarlah I berterus-terang dengan you. I sebenarnya dah hampir lupa siapa you. I tak pernah terima pun surat you. Kalau ada pun I dah buangkannya dalam tong sampah. Dari dulu lagi I tak sukakan you, Mail. You tak faham-faham lagi ke?” ucap Nomi. Mail terpana.

“habis selama ni, siapa yang balas surat I kalau you kata you tak pernah terima?” hampir tersembul biji mata Mail merenung Nomi. Rasa marah tiba-tiba datang.

“Su. Selama ini you dah dibodohkan oleh dia. Takkan you tak rasa pelik, bila I balas surat you. Nak main dengan you pun I tak nak masa tu” Nomi sudah tidak fikir panjang. Dia serabut dengan tingkah Mail yang suka mengganggu. Rimas. Kalau Jefri tak apalah.

“dahlah, I nak balik. Penat” bentak Nomi. Dia masuk ke perut Honda City milik Mail. Mail terdiam. Langsung tak keluar sepatah kata dari mulutnya sepanjang perjalanan. Terasa diri bagai di perbodohkan.
*****************************

Su hanya memandang Honda City yang masuk ke perkarangan rumahnya. Sudah tahu siapa gerangan yang dating. Novel ditangan di tutup. Bersedia menerima tetamu.

“dah balik kak” Su menyambut. Nomi hanya menjeling. Terus dia masuk.

“masuk dulu, bang Mail” pelawa Su. Mail pandang Su. Tajam sekali pandangannya. Hendak saja dia memuntahkan kemarahannya pada Su.

“kenapa pandang Su macam tu?” Su dah mula kaget. Tidak pernah dia dipandang dengan pandangan sebegitu.

“sampai hati Su buat abang macam ni?” hanya itu yang lahir dari mulut Mail sebelum dia meninggalkan Su. Su pelik. Tidak faham apa sebenarnya yang terjadi.
**************************

Su berdiri betul-betul didepan Restoren Nasi Kukus. Dia perlu berdepan dengan Mail. Sudah hampir seminggu dia mencari pemuda itu. Selepas malam itu, Jefri kata Mail terus pulang ke Kuala Lumpur. Melalui alamat yang diberikan oleh Jefri, dia datang mencari Mail.

“boleh saya jumpa Encik Ismadi” Su Tanya pada pelayan di Restoren itu.

“Dia tak ada. Tapi kalau Cik nak jumpa dia, Cik boleh tunggu. Sekejab lagi mungkin Encik Ismadi sampai” pelayan tadi bawa Su ke ruang menunggu.
Lama Su menunggu disitu. Hampir satu jam. Tapi Mail masih belum muncul.

“Bos, ada orang tunggu”

“Siapa?” Su kenal suara itu. Hatinya berdebar-debar.

“Assalamualaikum. Boleh saya….” Kata-kata Mail terhenti apabila wajah gadis itu jelas dipandangannya. Terus dia melangkah meninggalkan Su.

“Mail, tolong dengar penjelasan Su dulu” rayu Su. Langkah Mail terhenti.

“Su nak kata apa lagi. Su dah malukan abang. Su dah perbodohkan abang. Abang maulu tau tak” Mail cuba kawal suaranya.

“please dengar dulu” rayu Su.

“abang tak nak dengar apa-apa. Abang nak Su balik” Mail terus masuk ke ruang kerjanya. Su mengekori.

“Su tahu Su salah. Tapi Su ada sebab buat semua tu”

“apa sebabnya. Kesian?. Abang tak perlukan simpati sesiapalah Su. Abang kesal dengan sikap Su” marah Mail. Kecut perut Su. Tak pernah dia melihat Mail marah.

“Su tak nak abang kecewa” Mail ketawa. Kelakar jawapan yang diberi.

“Su tak nak abang kecewa? Now, abang bukan je kecewa tapi abang rasa benci. Benci pada Su” tersentak Su mendengarnya. Tanpa sedar airmata mengalir dipipi.

“Sampai hati abang. Ni ke balasan yang Su harus terima hanya untuk menjaga hati abang?”

“kenapa Su nak sangat jaga hati abang? Su dah desperate sangat nak ada pakwe?”ucap Mail lancang.

“Abang!! Tak pernah terdetik sedikit pun dihati Su nak buat abang macam ni. Tapi tuduhan abang tu terlalu kejam.” Mail meraup wajahnya. Cuba menenangkan diri.

“Su minta maaf. Su tak berniat nak buat macam tu” pantas Su berlari keluar dari restoran itu. Hatinya terluka kini. Niatnya untuk mengembirakan hati Mail tapi dia silap langkah. Akhirnya perbuatannya memakan diri sendiri. Namanya langsung tiada dihati mail. Mail hanya cintakan Nomi. Walau sebanyak manapun dia bekorban, hati lelaki itu tak mungkin beralih
****************************

“Su, semalam ada orang risik, Su. Su macam mana?” soal Mak. Su diam. Kalau diikutkan ini adalah risikan yang ke 5. Selama ini dia setia menantikan Mail. Tapi kini, dia takkan menunggu lagi.

“Su terima” putus Su. Tidak mahu lagi berfikir panjang. Biarlah apapun yang akan terjadi.

“Su fikirlah dulu” pujuk mak. Tak yakin dengan jawapan Su. Selalunya bukan main lagi dia menolak. Pelbagai alas an diberikan. Tapi kali ini terus saja terima. Pelik.

“Su dah kata. Su terima.” Wajah Su serius. Dia takkan berganjak dengan keputusannya.

“Su yakin?” Su angguk.

“kalau mak rasa itu yang terbaik, mak terimalah”

“baik. Minggu depan diaorang datang meminang” ada garis senyuman di bibir mak. Riuh suara mak mengkhabarkan berita itu pada ayah dan seisi rumah. Su hanya berdiam diri di ruang bilik. Ada air jernih yang mengalir dari kolam matanya.
*************************************

“Terima kasih sebab terima lamaran saya” ucap Jefri. Pertama kali dia memandang Syuhada hatinya sudah terdetik rasa kasih untuk gadis itu. Gadis yang sederhana. Walaupun tidaklah secantik mana tapi tetap sedap mata memandang.

“kenapa awak nak buat macam ni? Kakak saya macam mana?” soal Su. Dia juga terkejut menerima panggilan dari tunangnya. Tidak disangka Jefri yang menjadi tunangnya.

“saya sukakan awak. Sejak kali pertama saya pandang awak.” Ucap Jefri.

“awak tak faham Jef” Su rungsing. Sejak Nomi tahu Jefri bakal menjadi adik iparnya perangai kakaknya makin menjadi-jadi. Balik lewat malam. Barannya juga makin menjadi. Pantang ditegur terus saja melenting.

“memang saya tak faham dan saya tak nak faham apa-apa. Yang saya faham, saya sukakan Nurul Syuhada bukan Nurul Rozaimi.”

“awak tahu tak awak ni selfish?” entah mengapa Su rasa geram.

“awak juga sama saja Su” balas Jefri tenang. Selamba riak diwajahnya.

“apa maksud awak?” soal Su.

“Awak sedar tak yang awak juga telah patahkan hati orang.” Ucap Jefri. Su terdiam.

“Kita sama je Su. Awak kena belajar sayang diri awak dulu Su. Saya nak ajar awak macam mana nak sayangkan diri sendiri. Tak payah fikir orang lain. Sebab orang yang kita fikir tu, tak pernah fikir pun perasaan kita. Betul tak?” Su terdiam. Ada benarnya kata-kata Jefri. Teringat dia pada Mail. Bersusah-payah dia ingin menjaga hati lelaki itu, tapi akhirnya dia dituduh yang bukan-bukan. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu.

“So, sudi tak awak kahwin dengan saya?” soal Jefri. Su diam. Hatinya berbelah bagi.

“saya akan bahagiakan awak” su pandang wajah Jefri. Nampak kesungguhan lelaki itu. Sampai bila aku harus tunggu Mail. Sedangkan sudah terang-terang dia menolakku. Ada baiknya aku menerima orang yang sudi menyayangiku daripada aku terus memeluk bayang-bayang mail. Tapi andai aku memilih Jefri, pasti Nomi akan terluka. sedangkan aku tahu Nomi benar-benar menyukai Jefri.

Tolong Jawab :

Andai kata anda adalah Nurul Syuhada aka Su, adakah anda akan terus memujuk dan menanti Mail atau anda terima saja Jefri yang memang tulus menerima anda walau siapa anda atau mungkin anda ingin terus bekorban. korbankan apa saja demi saudara kandung anda Nomi. mana satu pilihan anda Mail, Jefri atau Nomi???????. Anda hanya boleh memilih salah seorang daripada mereka bertiga. Anda mesti sedar akibat yang akan anda terima atas pilihan anda. Anda sendiri yang memilih. fikir masak-masak dan buat pilihan yang tepat. Anda tentukan kesudahan cerita ini.......


p/s: tlg jwb ye

Wednesday, November 25, 2009

Destinasi Cinta 2

Aku duduk termenung dikerusiku. Awal pagi aku sudah tiba di dewan kuliah. Puas aku menangis semalam. Tidak lama kemudian makin ramai yang memenuhi bilik kuliah.

“hei Zek. Kau pasal? Dalam dewan kuliah pun nak pakai cermin mata gelap. bukannya ada matahari pun kat sini” sapa Roslan. Aku tersentak.

“tak ada apa. Saja” aku menjawab malas.

“hoi, awalnya Tuan Puteri Lindungan Bulan kita sampai. Teringatkan kekalahan semalam ke” aku tengah tension ada saja suara mamat tu. hati bertambah baran. Mamat memang saja nak cari pasal.

“woi, poyo. Kau apa kes. Kalau tak sibuk hal orang tak boleh. Jaga tepi kain sendiri dah la” suara aku dah mula meninggi.

“ooi geng. Minah ni marah la. Datang bulan agaknya” Daniel dan rakan-rakannya ketawa. Gamat dewan kuliah dengan suara tawa. Pantas aku menghampiri Daniel yang berada di barisan belakang selang dua buah kerusi dariku. Ku regut kolor t-shirt Adidasnya.

“apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku hah? Kau jangan cuba nak cari pasal dengan aku.” Aku melepaskan kolar T-shirt Daniel kasar. Dewan kuliah yang tadi gamat, sunyi sepi. Mereka tahu sebentar lagi ada pergaduhan besar bakal berlaku. Daniel berdiri tegak mengadapku. Semua mata kita tertumpu pada aku dan Daniel.

“suka hati akulah. Aku suka kacau kau. Tak boleh ke?” Daniel seolah-olah mengejekku. Dia dan geng-gengnya galak ketawa. Muka aku dah mula merah, pantas tubuh Daniel ku tolak. Dia yang tidak bersedia menerima tindak balasku jatuh tersadung di kerusi. Tengku Daniel baran. Dia berasa tercabar. Terasa maruahnya melayang. Dia ditolak oleh perempuan.

“kurang ajar punya perempuan. Kau tahu aku siapa?”

“aku peduli apa kau sapa. Kenapa? Mentang-mentang kau anak Dato’ kau boleh buat sesuka hati? Kau sedar sikit yang berpangkatnya bapak kau. Bukan kau lah mangkuk. Ini last warning dari aku. Jangan ganggu hidup aku lagi. kau ingat aku tak berani lawan kau. Wait and see apa yang akan aku lakukan pada kau” aku sudah tidak peduli apa yang bakal berlaku.

“hei Zek, jangan sombong sangat. Aku tak boleh kalau tak kacau kau. So, buat la apa yang kau nak buat pada aku. Aku tetap akan kacau kau, sayang” Daniel mencuit daguku.

“kau...!!”

“Zarita” Profeser Azizah memandang tajam wajahku dan Tengku Daniel. Segera aku jatuhkan penumbukku yang sudah hampir mengenai wajah Tengku Daniel.

“What happen? Tak habis-habis bergaduh. Lepas ni jumpa saya.”ujar profeser Azizah.
Pelajaran diteruskan. Dendam di hatiku terasa menyala-yala.
*******************************


“saya tak nak tengok lagi korang berdua bergaduh dalam kelas saya. Kamu berdua datang sini untuk belajar bukan untuk bergusti” Profeser Azizah berhenti. Dia pandang muka aku.

“kamu Zarita, ubahlah sikit perangai kamu tu. Sampai bila kamu nak macam ni. Kamu tu dahlah perempuan, tapi kalau orang tengok perangai tak rupa perempuan langsung” tak puas hati betul aku bila kena komen macam ni. Suka hati akulah nak macam perempuan ke, lelaki ke.

“apa yang kamu sengihkan Daniel. Kamu ni pun satu. Sepatutnya sebagai seorang yang lebih tua, kamu perlu lebih matang. Tunjukkan teladan yang baik. Ini tidak sama je. Kalau kamu berdua bergaduh lagi, saya tak akan teragak-agak untuk melaporkan hal ini kepada pihak –pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan kepada kamu berdua. Faham?” tegas suara profeser Azizah.

“Faham prof” jawabku bersahaja. Nasihat Profeser Azizah langsung tidak meninggalkan apa-apa kesan dihatiku. Lantaklah dia nak cakap apa. Asalkan dia bahagia.

“dah, kamu berdua boleh pergi” arahnya.

“thanks prof” ucap Daniel pula. Kami sama-sama melangkah keluar dari bilik yang dirasakan begitu bahang. Sempat lagi si Daniel ni tolak aku waktu nak melalui pintu. Nasib baik Profeser Aziziah ada, kalau tak dah lebam biji mata dia aku kerjakan.

“sayang” tu dia dah datang minah bajet cun. Tengku Dahlia menghampiri kami di luar bilik profeser Aziziah. Wan Natasya memandangku sinis. Lantak kaulah. Nak report kat papa pun, peduli apa aku.

“korang buat apa kat sini” soalnya sambil memaut lengan Daniel.

“tak ada apa. Buat bodoh je. Right zek?” Daniel tersenyum gatal.

“whatever” malas aku nak layan. Padanlah tu, mamat bajet bagus dengan minah bajet cun. Kononlah cun. Bedak tebal 10 inci. Nampak sangat tak ori.

“woi pengkid”

“woi, mulut kau tu jaga-jaga sikit. Jangan sampai aku cili kang” marahku.

“wow takutnya i” saja digedikkan suara. Daniel hanya tersengih. Suka lah tu.

“pehal lu? Gua tak suka la cari pasal dengan betina macam lu.” Aku kembali meneruskan langkah.

“you panggil i betina?” ei sakit betulla telinga aku ni.

“shut up” tengkingku. Kepala otak aku dah mula berserabut. Bosan melayan perempuan macam Tengku Dahlia. Terus aku cabut dari situ.
*******************************************


“Zek, kau ok tak?” soal Roslan apabila Zarita menghampiri kumpulan mereka.

“gua tak ada mood” panyas ku capai helmet.

“Prof cakap apa?” Roslan masih tidak berpuas hati.

“macam biasa.” Jawabku acuh tak acuh.

“hei, kenapa ni?” suara Razman aka Rocky lembut bertanya. Aku mengeluh.

“mamat tu memang kurang ajar” marahku.

“Rileks la Zek. Selalu kau tak macam ni. Dia buat apa kat kau” soal Razman. Aku diam. Malas menjawab.

“kau nak aku pergi belasah dia ke?”

“kau jangan nak tambah-tambah. Dah aku nak blah. Tak ada mood la. Tension tahu tak. Woi kay bawak motor aku ke sini” arahku pada si Khairul yang tengok syok layan awek. Terus aku berlalu dari kolej ke tempat yang boleh menenangkan jiwa aku yang tengah kusut itu.
**************************************
“Dah jauh malam baru ingat nak balik?” marah Megat Iskandar meletus lagi. Natasya memang nak kena dengan aku. Aku tahu dia yang suka mereport semua benda yang jadi pada aku kat papa.

“kenapa Puteri jadi macam ni? Kat kolej bergaduh. Balik tengah-tengah malam. Bergaul dengan budak-budak yang tak tentu hala. Kenapa tak nak dengar cakap papa?.” Megat Iskandar cuba berlembut. Mungkin cara itu lebih berkesan walaupun dia tahu anak gadisnya itu sudah melampau.

“baru sekarang papa nak Tanya? Kenapa bukan dari dulu papa sedar yang anak papa ni samseng, tak dengar kata” aku berkata lantang. Ada rasa terkilan di sudut hati. Siapa aku dimata papa.

“papa dengar puteri bergaduh siang tadi. Tolonglah puteri, papa mohon. Tolonglah berubah. Bukan untuk papa. Tapi untuk Puteri. For your life” ucap Megat Iskandar.

“It too late, papa. This is my life. So, papa tak ada hak nak masuk campur” tanpa sedar aku mengeluarkan kata-kata tanda protes aku padanya.
Panggggg!!! Sekali lagi tamparan papa hinggap di pipiku.

“kamu jangan jadi biadap Puteri. Papa tak pernah ajar kamu jadi macam ni. Papa macam tak percaya yang berdiri di depan papa adalah anak papa. Kenapa kamu boleh berubah sampai macam ni sekali?” amarah Megat Iskandar sudah meletus. Nampaknya cara lembut atau kasar sama saja. Langsung tidak berkesan. Lantas apa lagi yang perlu dilakukan.

“memang. Memang Puteri bukan anak papa, kan?. Selama 17 tahun ni puteri hidup macam anak yatim piatu. Merempat. Semua ni salah papa. Papa yang salah. Kenapa papa hantar Puteri ke rumah nenek?. Kenapa papa pisahkan puteri dengan mama?. Kenapa papa tak biarkan saja mama bawa puteri pergi? Papa memang dah tak perlukan puteri lagi. Kenapa papa buat Puteri macam ni? Kenapa?” jeritku lantang. Sudah tidak kuhiraukan apa-apa. Yang penting aku sedang dilambung rasa tidak puas hati. Banyak pertanyaan yang bersarang didalam diri ini. Aku perlu leraikannya. Biar papa tahu kenapa aku jadi seperti ini.

“puteri” lidah Megat Iskandar terkelu.

“papa selesa kat rumah ni dengan perempuan tu. Papa langsung tak hiraukan Puteri. Pernah tak papa fikir perasaan Puteri waktu tu? Hati Puteri hancur papa. Sakit... pedih sangat. Papa tahu tak Puteri rasa keseorangan. Puteri rindu pada mama, abang dan alia. Tapi papa....” kata-kataku terhenti. Airmata makin deras menuruni pipi.

“Puteri” Megat Iskandar cuba menyentuhku. Pantas ku elak. Tidak sudi menerima.

“papa tak pernah Tanya pasal Puteri. Apa ertimya puteri pada papa? Wang yang papa kirimkan tiap-tiap bulan tak boleh bagi kasih sayang. Puteri tak nak harta papa. Puteri tak nak. Apa salah Puteri pada papa?. Bukan salah Puteri mama pergi.” Terduduk aku di situ. Lemah rasa segala sendiku. Terisak-isak aku menangis. Sedihnya hanya Tuhan yang tahu. Payahnya menerima hakikat yang menghancur leburkan sekeping hati.

“jangan cakap macam tu, nak” Air jernih mula bertakung di kelopak mata Megat Iskandar. Betapa dia rasa menyesal kerana membiarkan anaknya hidup dalam penyiksaan selama ini.

“lepas nenek meninggal, Puteri ingat, Puteri akan dapat balik papa Puteri, tapi papa langsung tak hiraukan Puteri. Semua yang puteri buat salah. Papa terlalu ikutkan kata perempuan tu sampai papa buta untuk menilai Puteri. 4 tahun Puteri di Australia. Papa hantar Puteri pada Auntie Sarah, ada papa Tanya khabar puteri, ada tak papa telefon puteri? Tak pernah. Tak pernah sekali pun” kepala ku geleng-gelengkan. Memang pahit untuk aku luahkan tapi memang itulah kenyataan yang harus papa tahu. Mulut Megat Iskandar terus terkunci rapat. Aku bangkit. Aku kuatkan semangat

“Mungkin sudah di takdirkan beginilah hidup Puteri. Tak guna lagi papa Tanya kenapa? Puteri dah jawab soalan papa. Tapi Puteri tak akan salahkan papa. Mungkin Puteri bukanlah anak yang baik. Ketabahan Puteri belum cukup untuk terus berusaha untuk memiliki kasih sayang papa. Biarkan Puteri dengan dunia Puteri. Puteri dah biasa hidup sendiri dan Puteri terima andai Puteri bukan anak papa” pedihnya hati ini. Sungguh aku tidak rela mengucapkannya.

“Puteri anak papa” dalam kepayahan melawan sendu Megat Iskandar berkata. Aku terus berlari ke kamarku. Airmata turun bercucuran membasahi pipi. Hatiku terasa seperti di belender. Hancur lebur. sakit.

“Puteri” Megat Iskandar terduduk di sofa.

“maafkan papa, sayang” perlahan mutiara jantan itu menitis.

p/s: tlg komen ckt....

Monday, November 23, 2009

Destinasi Cinta

Kolej Sri Bestari seperti biasa riuh-rendah dengan suara pelajarnya tika matahari sudah tegak di kepala.

“sorry geng, lambat. Prof buat hal la”

“kau ni Zek, selalu kena marah dengan Profeser Azizah” ujar Roslan.

“ala rilexs la. Kecoh pulak”

“Apa kes pulak kali ni?”soal Kay

“Silap buat assignment. “ aku buat muka selamba.

“semalam aku dengar ada orang kena kejar. Weh pe cite? Storylah.” Soalku. Aku sandarkan tubuh ke motor Rocky.

“macam tak biasa. Tulah kau selalu bagi information kat kitorang. Apasal semalam tak bagi?” soal Rocky

“semalam papa aku tak bagi keluar. Fon aku pulak tak ada kredit. Apasal korang tak call aku? Aku ingat nak cabut ikut tingkap semalam. Tapi nasib aku tak pergi. Selamat aku. Tak de la aku kena cekup dengan Pak cik Misai” aku ketawa. Itulah rutin hidupku. Selepas habis waktu kuliah, aku akan melepak bersama teman-temanku. Siapa tidak kenal aku. Sebut saja nama Zek, semua orang tahu. Pelajar yang dilabelkan bermasalah di kolej ini.

“aku dengar semalam ada orang kena kejar sama bapak polisi” suara siapa yang menyakitkan telinga tu?. pantas aku berpaling. Patutlah mamat-mamat ni memang suka cari gaduh dengan aku. Pelajar harapan kolej ni. Pemain bola keranjang. Muka masing-masing pun dah macam bola aku tengok. Naik berbulu bijik mata aku. Kalau tak cari pasal dengan aku tak boleh.

“woi, Zek, apasal semalam ada polis. Bukan kau banyak mata ke kat balai tu?. tak sangka terkena semalam” mamat ni nak kena sepak gamaknya. Main peril-perli pulak.

“Korang jangan nak cari gaduh. Nanti tak pasal-pasal muka korang lebam” tengkingku. Tak puas hati betul dengan mamat bola ni.

“Rilex la” sempat pulak dia suruh aku rilek. Aura panas aku dah naik sampai kepala ni.

“hoi, Danny, kalau kau tak puas hati sangat dengan aku, Jom kita lawan malam ni. Apa macam? Ada berani ka?” Ejekku. Dulu kawan baik dia pernah kalah dengan aku. Padan muka. Cakap besar sangat. Sekarang dah tak belajar kat sini. Malu nak tengok muka aku gamaknya.

“ni Daniel la. Pukul berapa?” dia sahut cabaranku. Memang berani la ni.

“12 tengah malam. Tempat biasa”

“taruhannya” soalnya

“kalau aku memang kau kena ikut apa saja arahan kita orang” ujar Zek.

“kalau aku yang menang” dia angkat kening.

“terpulang” aku dah macam comfirm boleh menang.

“kau kena cium sini and sini depan semua orang” Daniel menunjukkan bibir dan pipinya.

“amacam Zek? Ok?” aku pandang tajam muka pemuda yang sering menggangguku. Dia ingat aku takut sangat ke.

“ok. Gua cabar lu malam ni pukul 12. Gua jugak terima taruhan lu” Daniel berlalu bersama teman-temannya bersama tawa mengejek.
***************************************
“Dah pukul 12.30 ni. Tak datang agaknya mamat tu” ujar Rocky.

“woi geng, sorry lambat” Daniel tiba-tiba muncul. Aku menjeling. Geram melihat sengihannya. Daniel datang dengan motor Kawasaki ZZR hitam metalik. Fuh, cantik giler motor dia.

“Amacam Zek. Tunggu apa lagi? jom la” ujar Daniel sombong.

“e’eleh berlagak pulak mamat ni. Lu tu datang lambat. Lu ingat gua takut ke? Ni Zek la”

“ok. Kita tengok sapa yang takut nanti” ucap Daniel.

“woi cepatlah. Kitaorang dah tak sabar nak tengok orang kena cium” ujar Siva mengejekku. Tu pun kalau kawan baik dia ni menag.

“sedia....” helmet dikepala ku baiki kedudukannya agar lebih selesa.

“satu... dua...go” kedua-dua sama pantas. Saling memintas. Kawasaki milik Daniel cuba menghimpitku. Tangkas aku mengelak. Kali ini motorku berada di hadapan. 10 meter lagi menghampiri kawasan penamat. Nampaknya Daniel juga makin menghampiri motorku. 5 meter,
4, 3, 2, 1 meter. Aku makin laju begitu juga dengan Daniel. Semua penonton terpegun.

“keputusannya seri” ujar Fahmi sebagai pengadil.

“Hebat” semua penonton bersorak. Aku mendengus geram.

“tak adalah hebat sangat minah ni. Aku rasa kecewa sangat tak dapat rasai ciuman kau” Daniel ketawa diikuti rakan-rakannya.

“kau kalau tak puas hati cakap terus-terang. Jangan jadi jantan pengecut” Aku sudah mara. Tapi pantas Rocky aka Razman menghalang. Tanganku ditarik.

“yes. Memang aku tak puas hati. So?” Daniel seolah-olah mencabar kesabarabku.

“kau...”

“dahlah Zek. Jangan layan mamat macam ni. Jom balik” Razman tarik tanganku.

“alahai buah hati dia bawak pergi la” kalau ikutkan hati, nak saja aku hentak Daniel tu dengan helmet aku.

“lepaskan akulah Rocky” ku rentap kasar tangan Rocky.

“yang kau layan sangat dia tu kenapa? Kau dah tahu dia suka cari pasal dengan kita, kan” marah Rocky.

“dia dah melampau” aku lepaskan kemarahan pada Rocky.

“Dahlah Zek. Baik kau balik. Nanti bapak kau bising. Lan, bawak motor Zek ke sini” arah Rocky pada roslan. Aku hanya merengus. Tidak puas hati.
*************************************
“Puteri..” tiba-tiba lampu di ruang tamu terbuka. Wajah Megat Iskandar menghiasi ruang mata. Jelas wajah itu sedang marah. Mataku beralih pada Wan Maria dan Wan Natasya yang turut berada di situ. Dua makhluk itu memandangku sinis.

“kamu pergi mana puteri?” soal Megat Iskandar.

Aku diam.

“Kamu pergi racing lagi ye?”

Aku tetap diam. Aku tahu kemarahan papa pasti akan meletus bila-bila masa saja.

“sudah berapa kali papa bagitahu jangan buat benda bodoh tu. apa nak jadi dengan kamu ni?” bebel papa.

“tulah manjakan sangat anak awak tu. esok-esok bila dah jadi bohsia baru awak nak sedar. Anak tak makan di ajar” kata-kata Wan Maria bagai sembilu menusuk hatiku. Pedih benar.

“auntie” tempikku. Wan Maria Nampak terkejut.

“puteri, berapa kali papa nak ajar puteri supaya panggil mama”

“dia bukan Mama puteri. Memang dia isteri papa. Tapi dia tidak layak untuk jadi mama puteri.
Puteri hanya ada seorang je mama. Sebab dia puteri hilang mama. She not my mother. I hate
her” lantang suaraku mengatakan kebencianku pada Wan Maria.

Pannnggg!!. Satu tamparan mengenai pipiku. Wan Natasya tersengih memandang

“jangan jadi kurang ajar puteri. Papa tak pernah ajar anak papa jadi macam ni”mata Megat Iskandar membuntang memandangku.

“tamparlah papa. Tampar sampai papa puas hati. Walau papa bunuh puteri sekalipun, sampai mati dia bukan mama puteri. Perempuan murahan” tempik aku lagi. segera aku larikan langkahku ke kamar. Ini bukan kali pertama dia dimarahi. Sudah berpuluh kali. Tapi kali ini hatinya terluka parah. Gara-gara perempuan itu, Megat Iskandar sanggup menamparnya. Papa memang tak adil.

p/s: hi semua. Spt yg dijnjikn. Cite baru. Naniey nak bekukan CD utk seketika hingga ia jd ais... hahaha... xdela. gurau jew. naniey blm dpt idea nak mntapkan CD. Naniey rasa naniey perlu bt pengubhsuaian pd CD agar ia lbh mnrk n p'bce xdela bertambh bosan dgn CD. so, Naniey bg cite baru dlu. xde CD, kte lyn DC plk.... naniey tls cite ni mse form 4 kt dlm buku sekolh yg x abis gune. so cite ni msh dlm pss m'yalin balik n p'nmbhbaikan.

anak rusa nani baru pandai jln
slh n slp nani hrp dimaafkn.....

Monday, November 2, 2009

Andainya Aku Tahu 16


Hati aku berdebar-debar. Anak dalam kandunganku juga asyik bergerak. Bagaikan mengerti apa yang kurasakan. Mengikut jadual, setengah jam lagi, Anif akan menikah dengan Juhana. Baju kurung bewarna krim masih tergantung di almari. Aku sudah sedia menghadapi. Kalau benar dia ingin mengahwini Juhana. Biarlah aku menyaksikan segala-galanya. Biarlah hati ini hancur lebur. biarlah rahsia hati ini terus menjadi rahsia.

“Risya, cepat” panggil abang dari luar. Pintu bilikku di ketuk berkali-kali.

“kejap” pantas baju kurung ku capai. Aku nekad. Apapun yang terjadi, aku akan tempuhinya. Walau sesakit manapun, walau sepedih manapun, biarkan. Kerana aku harus belajar menjadi perempuan yang kuat. Aku bersiap ala kadar. Ku calitkan sedikit make up ke wajahku. Biar Nampak berseri. Aku tidak mahu Nampak lemah di mata Anif. Rambut ku sisir rapi. Perlahan ku sarungkan tudung Ekin bewarna senada ke kepala, menutup rambutku. Aku pandang diriku dicermin. Lama.

“ibu minta maaf. Ibu tak dapat nak bagi keluarga yang sempurna untuk, sayang” ucapku pada anak didalam kandungan. Setitis mutiara jernih gugur jua. Biarlah ini menjadi titisan terakhir. Kuharap ia tak akan gugur lagi untuk insan yang bernama Nik Mohammad Anif b. Nik Arifin.

“Anif, aku relakan kau pergi” ucapku perlahan sambil merenung diriku di cermin. Biarlah aku tatap wajahku yang lemah ini kerana selepas ini aku akan tinggalkan wajah ini jauh dariku. Setelah puas barulah aku melangkah keluar. Berjalan perlahan ke kereta Wira milik abang.

“Risya ok tak. Betul nak pergi?” soal abang. Aku angguk. Ku hadiahkan sebuah senyuman penuh keyakinan padanya. Abang angguk. Kereta wira bergerak perlahan. Sepanjang perjalanan aku hanya diam. Memandang suasana sepanjang perjalanan ke rumah Juhana. Debar di dada makin menggila.

Ramai orang membanjiri rumah Juhana. Aku melangkah bersama-sama abang dan sarah menapak ke rumah mewah itu. Bagai tidak terasa tanah yang ku pijak. Aku kena kuat. Bisik hatiku. Belum sempat aku masuk ke rumah, kompang sudah berbunyi menandakan pengantin lelaki telah tiba. Terasa nyawaku ingin melayang melihat senyuman Anif melangkah dengan segak dengan baju melayu teluk belanga bewarna krim. Terbayang wajahnya di hari penikahan kami. Tapi dia Nampak bersemangat. Disisinya mama dan papa sebagai pengiring. Lututku sudah terketar-ketar. Bila-bila masa saja aku akan rebah.

“Risya” tegurnya. Aku tunduk. Tidak sanggup memandang wajah Anif. Terasa air hangat sudah bertakung di kolam mata. Aku bakal melanggar janjiku, kalau aku terus berada di sini. Pantas aku capai tangannya kusalam dan kukucup.

“tahniah, abang. Semoga bahagia” pantas aku larikan kakiku. Pergi dari situ sebelum aku benar-benar lemah. Langsung aku tidak berpaling. Rupanya aku amat lemah. Aku tidak mampu. Abang kejarku dari belakang.

“Risya” sempat dia menahan. Risau melihat aku bagaikan orang lupa diri. Tidak sedar ada nyawa lain yang kubawa bersama.

“Risya nak balik. Tolong” ucapku dalam tangisan.

“k, kita balik. Tapi Risya jangan macam ni. Bahaya” ucap Abang. Perlahan dia pimpin aku ke kereta. Terus Wira milik abang membelah kepekatan malam. Aku sudah tidak peduli. Aku terus menangis dan menangis. Hatiku sakit sangat. Tersangat pedih. Hancurnya hati ini sampai langsung tidak meninggalkan serpihan.

“kita dah sampai” ucap abang. Terus aku turun dari kereta. Berjalan laju ke rumah. Terduduk aku di lantai. Kakiku sudah tidak dapat menampung tubuhku. Dalam gelap malam aku menangis. Tiba-tiba lampu terpasang.

“Risya” aku kenal suara itu. Pantas aku donggak. Anif berdiri didepanku. Mana abang. Aku pandang sekeliling. Langsung tidak Nampak kelibat abang dan Sarah dimana-mana. Aku malu. Pantas aku bangun. Anif tercegat. Meanti reaksiku.

“jangan tinggalkan aku.” tubuh Anif ku peluk erat. Aku tidak mahu lagi melepaskan dia pergi. Aku sudah tidak kisah. Aku sanggup meruntuhkan tembok egoku deminya.

“tolonglah jangan pergi” aku terisak lagi.

“hei... syyhhh” Anif leraikan pautanku ditubuhnya. Wajahku diangkat sedikit agar mata kami bertentang. Aku lihat ada sinar dimata redupnya.

“i love you” ucapnya. Aku terkelu. Terus terhenti airmataku.

“i really love you” ucapnya menyakinkan aku. Aku terkelu.

“abang tak akan tinggalkan Risya.”

“tapi tadi...” jari Anif melekat dibibirku. Dia tersenyum.

“Risya ingat abang yang kahwin ye. Bukan abang yang kahwin, tapi kawan abang” ucapnya.

“apa yang Risya dengar hari tu”

“abang dengan Juhana tak ada apa-apa hubungan, sayang.” putusnya.

“abang hanya cintakan Risya. Dari dulu lagi. Tapi dulu abang buta dalam menilai apa itu cinta. Memang Juhana cantik” ucapnya.

“apa???” aku geram mendengar pujiannya pantas tubuhnya ku tolak.

“tapi isteri abang lagi cantik. Abang cintakan Risya” dia menarik kembali tubuhku dan dipeluk erat.

“betul?” soalku. Ada senyuman terukir manis di bibirku. Bunga-bunga bahagia terasa mekar di sudut hati. Anif angguk. Perlahan dileraikan pelukannya. Dia buka genggaman tangannya didepanku. Sebentuk cincin emas putih ada di situ. Cincin yang kutanggalkan tadi. Kutinggalkan semasa menyalami tangannya. Tingggg..tinggg.. cincin itu dilepaskan dari genggamannya dan jatuh ke lantai. Apakah erti semua ini. Aku terkelu. Perlahan Anif keluarkan kotak baldu dari poket baju melayunya. Berdebar-debar aku menantikan apa yang hendak dilakukan

“happy 1st anniversary sayang” ucapnya lembut. Di sarungkan sebentuk cincin emas, bertatah
berlian ke jari manisku. Cukup cantik.

“mulai hari ni, kita mulakan hidup baru. Jangan tanggalkan cincin ni sampai bila-bila. Janji?” perlahan aku angguk. Tidak sangka rupanya sudah setahun usia perkahwinanku.

“i love you too” ucapku. Akhirnya nyata bahagia itu milikku. Syukur padamu Ya Allah. Aku pandang mata Anif lama. Ada kedamaian di mata itu. Perlahan dia mendekatkan wajahnya ke wajahku. Aku hanya mengikut rentaknya. Tiba-tiba kedengaran ringtone handphone Anif berbunyi.

“isk kacau”rungutnya. Aku hanya tersenyum malu.

“helo, ma” rupanya mama yang menelefon.

“Risya ok.” Balas Anif.

“nah mama nak cakap” Anif hulurkan telefonnya kepadaku. Teragak-agak aku menyambut.
Agaknya apalah yang ingin diucapkan oleh mama.

“Assalamaualaikum” ucapku

“Risya ok tak. Terkejut mama tengok Risya lari tadi” terus saja mama menyoal. Salam ku langsung tidak disambut. Risau benar orang tua tu.

“ Risya tak apa-apa, ma” ucapku. Sedikit-sebanyak aku rasa terharu dengan sikap prihatin mama.

“syukurlah kalau macam tu. Baby ok kan?”risaunya mama ni. Rungutku.

“semuanya ok ma. Baby tak apa-apa. Papa baby ni tak ok” usikku. Saja aku nak kenakan Anif yang dari tadi menggatal. Tangannya asyik merayap ke pinggangku. Terpaksalah aku menahan geli.

“kenapa dengan Anif?” mama risau lagi. Aku ketawa. Tak sangka mama percaya. Pantas Anif cubit pipiku.

“Aduh”

“Risya kenapa nak?”: soal mama.

“mama. Semua ok...” belum sempat aku habiskan ayatku Anif telah merampas telefon itu dari aku.

“mama, nanti kita bincang lagi. Esok Anif bawak Risya balik villa ye. Bye mama.
Assalamualaikum” terus Anif matikan talian. Aku melopong lihat tindakannya.

“Risya belum habis cakap la” marahku.

“sayang, abang ada banyak benda nak cakap. Jom balik rumah. Abang dah siapkan dinner untuk kita” ujar Anif. Sungguh aku aku bahagia kini. Aku ikut saja kemana langkahnya. Inilah bahagia yang aku cari. Akhirnya kutemui juga dalam kepayahan aku mengharunginya. Andainya aku tahu.....
********************************************
“mama minta maaf kat Risya atas segala salah dan silap mama selama ni” ucap mama padaku. Tangannya menggenggam erat tangan kananku.

“mama silap dalam menilai Risya.” Sayu kata-kata yang keluar dari bibir mama.

“lupakanlah mama.” Aku tak suka betullah adegan sentimental ni. Asyik nak buat aku menangis je. Habislah nanti anak aku pun suka menangis.

“no, mama tak boleh lupakan. Hari ni mama nak luahkan semua kat Risya” ucap mama. Fuh.. dalam sedih-sedih pun nak garang jugak ke. Aku angguk. Tidak mahu mengecilkan hatinya.

“sebenarnya dulu mama teringin sangat nak bermenantukan Ju. Mama tak sangka Risya yang jadi menantu mama. Tak ada satu pun yang mama suka pada Risya waktu tu.” Aduh, lazer betul mulut. Tapi aku tetap senyum. Kena kontrol.

“mama berusaha untuk jodohkan Anif dan Juhana balik. Tapi Anif terlalu sayangkan Risya. Dia sanggup tinggalkan mama demi Risya. Lepas Risya pergi, Anif pulak keluar dari rumah ni sebab mama paksa dia kahwin. Mama sunyi sangat. Yang mama paling marah bila Ju tipu mama. Mama tak sangka Ju sanggup tipu mama. Dia kata dia diculik, tapi rupanya dia yang lari sebab tak bersedia lagi nak kahwin. Waktu tu baru mama sedar, betapa mulianya hati menantu mama. Sanggup mengorbankan diri demi maruah keluarga mama. Mama malu nak jumpa Risya, tapi mama kuatkan jugak untuk jumpa dan minta maaf.” Ayat mama terhenti. Aku pula hanya diam. Muliakah aku? Padahal aku dipaksa untuk kahwin. Biarlah aku simpan kisah itu kemas dalam memori aku. Tapi apa pun, bahagia itu dah menjadi milik aku sekarang. Betapa tuhan itu maha kaya. Setiap kejadian tersembunyi hikmahnya.

“mama ikhlas nak jaga Risya lepas ni. Mama tahu Risya ragu dengan mama. Percayalah, mama hanya ada Risya sebagai menantu dan anak perempuan mama” ucap mama. Aku ukirkan senyuman manis padanya. Perlahan mama bawa aku dalam pelukannya. Aku terkaku. Sudah lama aku tidak mersai kehangatan sebegini. Aku rindu.

“Risya anak mama, kan?” soal mama. Ada sendu dihujung pertanyaannya. Perlahan aku angguk mengiakan saja. Ya Allah aku bersyukur padamu kerana mengurniakan seribu kebahagiaan untuk aku. Andainya aku tahu...

“Ni kenapa ni berpeluk-peluk pulak kat taman?” tiba- tiba Anif menegur. Mama leraikan pelukannya.

“biarlah mama nak peluk menantu mama. Kamu ni dari mana? Dari pagi menghilang” ucap mama geram.

“jumpa Ju” jawab Anif. Wajahku berubah.

“kenapa jumpa dia?:” soalku tiba-tiba. Anif tersenyum mengejek.

“jelous la tu”

“mana ada” aku cuba menafikan. Tapi memang aku cemburu.

“alah, kalau cemburu cakap jelah.”

“mama tengok Anif ni” aduku.

“Anif, perangai jangan macam budak-budak boleh tak. Tak lama lagi dah nak jadi ayah” marah mama padanya. Aku tersenyum kemenangan.

“amboi dah ada yang menyokong”sindirnya.

“kamu jumpa Ju untuk apa?” soal mama.

“pasal restoran tulah. Maybe bulan depan kitaorng akan rasmikannya”

“Restoran?” aku pelik. Bila masa pulak dia buka restoren.

“tulah, merajuk tak kena tempat.”

“orang serius ni” aku muncungkan mulut. Geram kerana dia asyik mengenakan aku.

“mama nak masuk.” Mama terus berlalu. Memberi ruang untuk anak dan menantunya. Anif mengambil tempat mama.

“cepatlah story” gesaku.

“aritu waktu Risya keluar dari villa, sebenarnya abang tengah bincang pasal nak buka restoran. Kebetulan Ju berminat. Lagipun itu memang cita-cita abang dari kecil. Abang pun kongsi buiseness ni dengan dia. Tulah abang selalu datang ambil dia kat kolej, sebab nak settlekan pasal restoran.Tak sangka orang tu cemburu” ejek Anif. Geram betul aku dengan dia ni. Manalah aku tahu. Ingatkan dia nak kahwin dengan Ju. Satu cubitan berbisa ku hadiahkan di lengannya.

“aduh. Ibu ni ganaslah baby. Sakit abah” Anif gosok lengannya.

“besok pergi beli insurans mulut ye. Sesedap hati kata orang jeles. kita akan jadi pasangan yang ideal nanti. I dah tak sabar.” Sengaja ku ajuk kata-kata Juhana tempoh hari. Anif ketawa besar.

“isteri mana tak marah. Siap main pegang-pegang lagi. Dah tahu minah tu gedik. Saja je kan” ucapku.

“Risya ni, kalau dah mengungkit boleh tahan ea. Macam mak nenek. Abang dengan Ju just friend, k. We all tak ada apa-apa hubungan. Isteri seorang pun dah pening, macam mana abang nak pasang lagi sorang”

“ooo, ada hati ye.” Sepit ketamku mula meliar ke tubuhnya. Aku benar-benar geram. Pantas
Anif tangkap tanganku.

“ abang janji Risya adalah yang pertama dan yang terakhir untuk abang” ucapnya lembut. Terus dia memaut bahuku. Aku tersenyum senang.

“nanti kita beritahu kawan-kawan Risya pasal perkahwinan kita. Abang dah tak larat nak main sembunyi-sembunyi” aku angguk. Apalah penerimaan mereka nanti.

“i love you sayang” ucap Anif.

“love you too”
************************************************
“ibu, auntie Ju dah datang” jerit anakku Nik Muhammad Alif. Walaupun baru berusia empat tahun, anak kecil itu memang petah berkata-kata.

“Alif, jangan jerit macam tulah. Tak baik. Dah, pergi main dengan adik” arahku padanya. Alif terus berlalu kearah adik-adiknya, Nik Nur Aryana dan Nik Muhammad Arshad, buah hati kembarku. Aku hanya tersenyum melihat dia melayan adik-adiknya yang baru berusia setahun enam bulan.

“masuklah Ju, Farid.” Pelawaku.

“you apa khabar?” soal Juhana.

“baik. Alhamdulillah. Duduklah. Nanti i panggilkan Anif.” Aku membalas senyuman manisnya sebelum beredar ke tingkat atas.

“abang” panggilku. Senyap. Tadi Anifsembahyang. Kemana pulak orang tua ni menghilang.

“sayang!” terkejut aku apabila disergah dari belakang. Hamper saja ku buka silat gayung.

“apa abang ni, kejutkan orang jelah”marahku.

“dah lama tak tengok muka sayang macam ni. Rindu” dia pelukku. Walaupun sudah hampir 6 tahun berkahwin, Anif tetap romantic. Macam pengantin barulah katakan. Maklumlah kami ni bercinta lepas kahwin. Bagiku ada untungnya bercinta selepas kahwin dari bercinta bertahun-tahun tapi kahwin tak sampai setahun dah bercerai-berai.

“dah, tak payah nak menggatal. Tetamu dah sampai. Pergilah layan” arahku. Terus aku tinggalkannya sebelum dia menjadi ulat bulu naik daun. Sampai saja di ruang tamu, aku lihat abang sudah rancak berbual dengan Farid.

Pengantin baru, bila sampai?” abang tersengih memandangku. Terus ku salami tangannya.

“baru lagi. Abang ingat tuan rumah dah tak ada” usik abang.

“ada. Zana mana?” soalku melilau mencari Rozana, kakak iparku. Tak sangka sahabat baikku itu kini dah jadi kakak ipar pulak. Dah jodoh. Dah hampir 6 bulan usia perkahwinan mereka

“tandas, biasalah orang mengandung. Asyik loya je tekak tu” ucap abang. Aku tersenyum. Tulah dulu bukan main dia ketawakan aku sekarang, rasakan. Macam mana siksanya mengandung. Alhamdulillah rezeki mereka cepat.

“Sarah, salam mak usu” arah abang pada anaknya yang leka bermain dengan anak-anakku dan juga Jamila, anak perempuan tunggal Juhana. Terus Sarah menurut arahan ayahnya. Aku mencium pipinya.

“assalamualaikum semua” ucap Anif.

“waalaikumsalam”

Terus aku meninggalkan mereka untuk ke dapur menghidangkan makanan.

“ada apa-apa yang boleh i tolong” soal Juhana.

“dah nak siap”

“i tolong you angkat semua ni pergi depanlah ye” aku angguk. Aku dan Juhana kini sudah berbaik. Tiada lagi rasa benci antara kami. Lagipun aku dah Juhana berganding bahu menguruskan restoran. Anif pula buzy dengan syarikat papa. Maklumlah papa dah bersara. Dah tak larat. Katanya nak honeymoon dengan mama pulak. Dah sebulan lebih papa dan mama pergi meloncong. Mesti diaorang tengah seronok kat jepun. Jadi terpaksalah aku ambil alih urusan restoran.

“sayang, dah siap ke?” tiba-tiba Anif masuk ke dapur.

“dah. Pergilah ajak semua makan” ucapku. Anif merapati aku yang sedang menghiris buah oren. Perlahan dia memelukku dari belakang.

“rindunya.” Ucapnya lembut di telingaku.

“janganlah. Malulah” tegahku.

“takkan kat dapur pun nak buat drama” aku tersentak. Serta-merta Anif leraikan pelukannya. Dia tersengih. Aku tersenyum sumbing. Rozana dan Juhana hanya mencebik. abang buat muka tak puas hati. Akhirnya ketawa kami berderaian. Sungguh aku bahagia dikelilingi oleh orang yang tersayang. Ada anak-anak dan suami yang menyayangiku serta sahabat-sahabat yang selalu ada di sisi. Tak lupa juga tempat aku bermanja, mama, papa dan abang. I love u all lah. Inilah kisah hidup aku, Farah Arisya. Andainya aku tahu bahagia itu adalah milikku pasti akan ku semai dan bajai kasih sayang ini dari dulu....

Telahku bajai kasih dan sayang bersama siraman harapan agar ia tumbuh menjadi cinta abadi hanya buatmu kekasih hati....

THE END

p/s : hi kwn2... akhirnye tiba jgk AAT ke destinasinya sebelum naniey exam... hrp2 korg ske cite ni... insyaallh akn m'yusul cite bru utk gntikan AAT. tq pada korg yg m'yokong cite ini....