THANK YOU

Tuesday, September 22, 2009

Andainya Aku Tahu 9



Perlahan aku membuka mata. Silau rasanya pandanganku. Cahaya yang memenuhi ruang bilik terasa menyakitkan mataku. Perlahan aku pandang ke dinding. Jam sudah menunjukkan ke angka 9 pagi. Lamanya aku tidur. Aku tercari-cari kelibat Anif. Dia tiada di sisiku. Aku bangun dari katil. Tiba-tiba telingaku dapat menangkap bunyi perbualan di ruang rehat yang betul-betul berada di depan bilik Anif.

“mama tak kira, samada kau nak ceraikan dia tau tak, kamu kena kahwin dengan ju. Dia tidak layak untuk orang bekerjaya seperti kamu.” aku dengar suara mama marah.

“mama, biar Anif buat keputusan sendiri. Anif tahu apa yang baik untuk Anif” Anif bagai minta simpati. Aku amati lagi perbualan mereka.

“kalau kamu tahu, kamu takkan bertumbuk dengan Michael semalam. Kamu tahu tak sebab perbuatan kamu kita hampir rugi 7.5 juta. Naib baik Juhana tolong. Semua ini jadi sebab perempuan tu” hati aku sayu. Betapa hinanya aku pada pandangan mama.

“mama, kita dah banyak hutang budi dengan Risya. Anif tak sanggup lukakan hati dia. Dia dah banyak tabur budi pada Anif. Mama lupa ke, dia sanggup gantikan tempat ju. Demi siapa? Demi maruah keluarga kita, ma” pujuk Anif. Bagai dihiris-hiris rasanya hatiku. kerana budi dia ingin menyimpan aku. Untuk apa? Untuk seksa jiwa dan raga aku. Apakah aku tiada langsung dihatinya. Aku juga wanita yang menginginkan kebahagiaan dalam rumah tanggaku.

“tapi budi ju lebih besar harganya. Mama nak kamu kahwin dengan jue jugak. muktamad” aku tidak sangka mama terlalu materialistic.

“please mama”

“kalau kamu sayangkan mama, kamu kena kahwin dengan jue” bagus benar umpan mama. aku dah tidak sanggup mendengar. Bila-bila masa hati aku akan dihempas ke lembah yang penuh kegelapan. Yang penuh kesakitan dengan jawapan Anif. Pantas aku berlalu ke bilik air. Lama aku disitu memikirkan untung nasibku ditangan Anif. Kalau benar dia ingin lepaskan aku, macam mana? Ada ke lagi orang yang mahukan janda seperti aku? Apa orang sekeliling akan kata? Abang dan Sarah macam mana nanti? macam-macam menghantui fikiranku. Tubuhku dah mula menggeletar kesejukan. Perlahan aku balutkan tuala ke tubuh dan terus aku melangkah keluar. Fikiran ku kosong. Aku buntu mencari jalan penyelesaian. Aku tersentak apabila pintu bilikku tiba-tiba dihempas dari luar. Aku kembali ke dunia reality. Aku lihat wajah Anif yang serius merenungku. Aku pandang tubuhku. Terkejut. Hanya berbalut dengan tuala. Kenapa aku boleh lalai sebegini. Biasanya aku akan terus memakai baju di bilik air. Apa aku nak buat? Kaki aku bagai dipaku. Langsung tidak mampu melangkah. Anif sudah mula hampir.

“Anif” hanya itu yang terkeluar dari bibirku yang kaku. Aku rasa jemarinya mula merayap kewajahku yang sudah berpeluh. Rambutku yang menutupi wajah di kuak ke tepi. Aku dah mula menggeletar. Takut.

“tolong ja...ngan...” tersekat-sekat rasanya perkataan yang keluar dari bibirku.

“syuuuhhh” meremang bulu romaku apabila suara Anif begitu hampir di telinga. Ciumannya sudah hinggap di pipiku. Ingin saja aku menepis. Namun dia lebih bijak meneka gerakku. sebelah tanganku digenggam erat. Manakala sebelah lagi tanganku tahan tuala yang membelit tubuhku dari melurut jatuh. Aku tidak dapat meronta. Kalau tidak nampaknya tubuhku yang cantik ini akan jadi tontonan free matanya. Ciumannya sudah merayap ke leherku.

“Anif, jangan buat aku macam ni” akhirnya keluar juga suaraku untuk merayu. Dia bagaikan tidak peduli. Malah tubuhku di himpit ke dinding. Terasa sesak nafasku apabila tubuh tegapnya menghimpit kuat tubuhku. Hampir saja aku redhadengan apa yang bakal berlaku tapi tiba-tiba wajah Juhana bagai bermain dimataku.

“kalau kau betul-betul anggap aku kawan kau, baik kau lepaskan aku”jeritku. Entah dari mana kekuatan itu datang. Anif bagaikan tersedar. Perlahan dia melepaskan tanganku dan berundur setapak.

“aku minta maaf. Aku.. aku tak sengaja” ucapnya. Wajah pucatku di pandang. Airmataku sudah hampir menitis. Namun ku tahan dulu.

“tak guna” pantas aku berlalu dari situ. Berkurung di dalam bilik air. tak lama kemudian ku dengar pintu bilik tertutup. Aku tahu itu mesti Anif. Mungkin dia sudah keluar. Perlahan aku pulas tombol pintu. Aku keluar dari bilik air. Pantas ku capai t shirt dan jeansku dan kusarung ke tubuh. Bimbang juga andai Anif kembali ke kamar. Lama aku tunggu dengan debaran, Anif tidak juga muncul sampai ke malam.


Jam didinding sudah menunjukkain ke angka 1 pagi. Aku masih berjaga menanti Anif pulang entah dari mana. Masalah kami perlu diselesaikan. Aku sudah tidak sanggup berdepan dengan dunianya yang penuh kepura-puraan. Mamanya juga menjengkelkan aku. Aku jemu, aku benci dengan semua itu. Sampai bila aku harus berkurung dalam istana emasnya. Aku tahu sampai suatu masa aku pasti akan dicampaknya tapi sebelum itu semua terjadi baik aku yang undur diri. Biarlah dia bahagia dengan pilihan ibunya juga pilihan dirinya sendiri. Si gadis jelita, Juhana memang benar-benar memenuhi kehendak keluarganya. Dia wanita pandai juga cantik. Kalau hendak di bandingkan dengan aku semestinya bagai langit dan bumi. Aku sedar diri kerana itulah aku ingin pergi.

‘tapi bagaimana hati dan perasaan aku’ entah dari mana soalan itu muncul. Aku sentuh dadaku. Disitu terasa sakit. Tersangat sakit. Entah mengapa?. Aku sendiri tiada jawapannya. Aku imbau kembali saat aku berjumpa dengan Anif. Dia sering datang ke kedai buku tempat aku bekerja. Memang hobinya membaca novel English. Dia yang selalu menegurku sehinggalah kami menjadi sahabat baik. Aku kenalkan dia pada abang dan Sarah. Aku juga senang dengan dirinya. Pertama kali berjumpanya, tidak pernah ku sangka dia orang kaya. Hinggalah pada suatu hari dia menjemput aku makan tengah hari dirumahnya, barulah aku tahu kehidupan sebenarnya. . tapi biarpun dia bedarjat tinggi tapi dia tidak pernah menyombong. Dia tetap begitu sempoi. Melepak bersama pada hari minggu. Itulah yang aku suka mengenainya. Baginya miskin atau kaya tidak dapat membezakan manusia. Kita adalah sama di sisi tuhan yang Esa. Aku tersenyum mengenangkan semua itu. Tapi semua itu sudah berlalu. Hubungan erat kami bemula renggang apabila dia mengkhabarkan berita pertunangannya dengan Juhana. aku lihat dia amat gembira memiliki Juhana sebagai tunangnya. Masanya banyak bersama juhana. hanya kadang-kkala aku dapat keluar dengannya. Itupun hanya sejam dua. Apa yang buat aku mula jauh darinya adalah sikap Juhana yang sentiasa mengugutku di kolej agar tidak rapat dengan tunangnya. Yelah, siapa yang tidak cemburu kalau tunangnya bersama perempuan lain tapi aku tidak pernah mengkhabarkan semua itu kepada Anif. Biarlah dia tahu sendiri perangai tunangnya yang playgirl itu.

“kenapa tak tido lagi” aku tersentak. Pantas aku berpaling. Anif berdiri dibelakangku. Menyandar di pintu yang menhubungkan kamar dengan balkoni bilik.

“aku tunggu kau” jawabku.

“untuk apa?” Dia menyoal.

“We need to talk ” ucapku.

“pasal apa?” Acuh tidak acuh saja dia menyoal. Sabarlah wahai hati.

“pasal kita”

“Aku penat. Lain kali la kita bincang”langkahnya longlai ke sofa.

“no. Kita putuskan malam ni juga” aku bertegas.

“sampai bila kau nak simpan aku?” soalku. Dia hanya diam. Aku geram dengan kebisuannya. Dia meneruskan langkahnya ke sofa. Merebahkan tubuh di situ.

“anif, lepaskanlah aku. Please” rayuku

“risya diam” suaranya perlahan

“aku tak nak terus macam ni”

“ aku kata diam, Risya” suaranya makin meninggi.

“Anif aku pohon...”

“diam !!!” aku terkejut. Melengking kuat suara Anif memenuhi ruang kamar. Aku pandangnya . tidak mengerti. Mengapa perlu dia menengking aku begitu. Salah ke permintaan aku.

“kau tahu kenapa aku kahwin dengan kau? Kenapa aku tak kahwin dengan perempuan-perempuan lain kat luar tu?” soalnya kasar. Matanya tajam memandangku. Aku lihat ada rasa marah di situ. Takut juga aku memandangnya.

“sebab hanya kau yang aku percaya. Kau yang aku rasa sesuai untuk aku jadikan isteri. Aku rasa kita serasi. Bukan saja-saja aku kahwini kau” ucapnya. Aku terdiam. Tidak menyangka begitu alasannya.

“tapi kenapa kau tidak pernah bagi peluang untuk kita bina hidup kita?” soalnya.

“jawab !!!” tengkingnya. Bahuku digoncang kuat. Terkejut benar aku. Lidahku kelu. Tiada jawapan untuk soalannya.

“kenapa kau tak faham aku? Kau kawan baik aku tapi kau sendiri tidak fahami aku. Aku tension. Mana nak layan karenah mama, karenah kau, hal pejabat lagi. aku boleh gila kalau terus macam ni. Kau bagitahulah apa yang aku patut buat?” Anif peluk tubuhku. Aku rasa tubuhnya bergegar bersama esakan dibahuku. Dia menangis?. Aku kaku. Tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Namun lama-kelamaan tanganku mula membalas pelukannya. Kesian pulak aku melihat keaadaannya.

“aku minta maaf, Anif. Aku tak tahu semua tu.” ucapku. Perlahan airmataku menitis. Bagaikan dapat ku rasai kelukaannya.

‘bila kau senyum, ku gembira

Bila kau sedih, aku menangis’

p/s: aslmkm smua. slmt hri rye.... hope korg enjoy hri rye ni... sori smua CD blm sedia utk di pblshkn. coz CD selalu memeningkn naniey utk m'ymbngnya.... hnye AAT yg b'jye naniey siapkn... hrp korg sabar ye... so cm biasa.. komen pliss

12 comments:

Anonymous said...

nak lagi... tak sabarnya nak tau pe tindakan yg diambil oleh Anif? mintak2 jgn la dia ikut ckp mak dia tu...


nza

Anonymous said...

haaaaa
makin best ...nak lagi
cepat2 new n3 plizzz

misz nana said...

rasa serasi je ke Anif? huhu~

Unknown said...

yeye...
anif dh mule luahkn perasaan...

suke suke...

nk lg..!!

keSENGALan teserlah.. said...

wawaaaaaaa....
arap2 si risya n anif nieh wat keputusan tok cube idop bersama..huhu...
biakan je desakan mama tuh..lame2 diam arh..
nk lgi..!!

qyqa COMEL GILER said...

adoyai kak naniey...syahdu den raya2 baca citer gini..
bencilah kat mama ronggeng tu..
pentingkan sgt harta benda..
sambung cpt ek..
CD pun sambg jg na..
kitorang tugu..

Ira said...

makin best cite ni..
tapi jgn lupa sambung cite cinta darmia
juga.

MaY_LiN said...

[~_~]

cicakgirl said...

Salam kak naniey
bukan yang ni patutnya jadi Andainya Aku Tahu 9 ke?

hana_aniz said...

wah.. kn bagus luahkn perasaan..

Anonymous said...

takde n3 baru lagi ker?
jgn la lama2... meranala jiwa ni nti..

nza

ceritaku MEMORIKU said...

woaaaa.anif mmg nak risya upenye
-na'dz