THANK YOU

Monday, March 21, 2011

WARNA HATIKU 35


Aku melangkah ke dapur. Berhajat untuk meneguk segelas air. Hausnya malam ni. Suasana mula sunyi. Semua sudah tidur agaknya. Tentulah penat datang dari jauh. Langkahku terhenti. Tg Ismail ada di situ. Tercari-cari sesuatu di kabinet dapur. Isk.. nak panggil apa ye. uncle? Abah?. Pening. Pertama kali aku terfikir gelaran yang sesuai untuk bapa mertuaku. Entah jin mana merasuk akalku hingga bibir terasa canggung memanggilnya uncleseperti dahulu.

“ehem” aku berdehem. Tg Ismail berpaling.

“tak tidur lagi?” soalnya. Aku geleng.

“Abah cari apa?” akhirnya terlontar juga perkataan itu. tak ada la payah sangat. Lagi simple. Tak berbelit lidah nak speaking.

“cari kopi. Tapi tak jumpa pulak” ucapnya. Aku tersenyum. Macam Tg Iskandar juga. Suka minum kopi.

“Abah duduk la. Sya buatkan” ucapku. Lantas aku mengambil alih tempatnya mencari serbuk kopi. Terus aku bancuhkan kopi untuk Tg Ismail.

“Terima kasih” aku angguk.

“Minumlah”

“sedap kopi ni. Pandai Sya buat” aku tersenyum lagi. Sebenarnya aku segan untuk berada lama di situ. Tapi tak manis pulak tinggalkan tetamu.

“Abah” aku memanggil. Tg Ismail pandang wajahku.

“Abah masih marahkan Sya dengan Is?” soalku perlahan. Tg Ismail terdiam sejenak.

“tak” jawab Tg Ismail.

“Abah dah maafkan Sya dengan Is” soalku lagi.

“Kamu betul-betul nak berpisah?” soalanku dibalas dengan soalan. Susahnya nak jawab.

“Sya tak ada hak nak halang kebahagiaan Is.” Balasku.

“kebahagiaan Sya?”

“Sya akan cari nanti. Abah izinkan Is kahwin dengan Linda?” soalku.

“Abah takkan sesekali terima dia. Abah dah lama makan garam. Abah tahu yang mana baik dan buruk untuk anak abah.” Tegas Tg Iskandar.

“kadang-kadang, yang buruk itu boleh diubah jadi baik. Kita takkan tahu kalau tak cuba kan?” ucapku lembut.

“kalau betul boleh diubah, dari dulu lagi dia dah berubah. Is kenal dia bukan setahun dua, dah 5 tahun. Tak ada seinci pun berubahan yang berlaku. Masih jugak macam tu abah tengok. Abah tak fahamlah kenapa Is tu suka sangat perempuan macam tu.” Amboi, memang betul-betul tak suka ni. Lelaki mana tak suka perempuan cantik, bah. Tapi cakap dalam hati je. takut lelaki kat depan ni terasa pulak.

“Sya Cuma nak Is bahagia dengan pilihan dia” aku cuba berterus-terang.

“Abah yakin Is akan bahagia dengan Sya” aku geleng.

“Sya tak layak. Sya bukan isteri yang baik” akuiku.

“Tapi abah nampak kebaikan Sya. Sya sendiri cakap yang buruk itu boleh diubah jadi baik. Sya pun dah buktikan” Pandai Tg Ismail memutar kata-kata. Terkunci seketika mulutku.

“Tapi Sya bukan pilihan Is”

“kamu berdua dah kahwin. Semua terpulang pada Sya. Kami sudah sediakan kapal yang terbaik untuk kamu berdua. Kamu berdua yang akan mengemudinya. Kamu yang tentukan hala tuju kapal itu. kalau tidak berhati-hati pasti akan karam. Tapi kalau kamu pandai mengemudi pasti akan sampai ke tempat dituju. Samalah dengan perkahwinan ni. Sya faham maksud Abah?” aku angguk faham.

“keputusan ada di tangan Is. Sya berserah pada takdir”

“Jangan macam tu Sya. Berusaha dahulu baru bertawakal. Jangan mengalah sebelum berbuat apa-apa. Nanti Sya akan menyesal. Sya sayang Is tak?” soal Tg Ismail. Tepat mata tua itu menikam anak mataku. Aku tunduk.

“Sya tak layak” ada airmata terbit di tubir mata. betapa aku berasa rendah diri. Siapa aku untuk digandingkan dengan lelaki sebaik Tg Iskandar. Aku tiada apa-apa.

“siapa kata menantu abah tak layak? Sebab Sya layaklah abah pilih Sya untuk Is. Lagipun menantu abah nampaknya dah banyak berubah. Abah rasa senang sangat tengok Sya dah bertudung. Alhamdulillah” puji Tg Ismail. Perlahan airmataku seka. Aku tersenyum senang.

“Abah kena janji sesuatu dengan Sya”

“janji apa?” soal Tg Ismail.

“walau apapun jadi, promise, abah takkan marahkan Is. Abah akan terima siapa pun pilihan dia dan tolong jangan buang Sya dari keluarga abah walau apapun jadi. Promise?” aku memandang Tg Ismail.

“syarat ketiga, abah janji. Syarat kedua pun abah terima asalkan bukan dengan Linda. Syarat pertama akan dipertimbangkan” balas Tg Ismial.

“demi Sya, abah tolong terima Linda. Dia je yang boleh bahagiakan Is”

“kenapa perlu Sya beria-ria untuk kebahagian Is?”

“itu je yang Sya mampu lakukan untuk dia. dia dah terlalu banyak bekorban. Abah tak kesiankan Is ke?” balasku.

“Is beruntung dapat Sya jadi isteri. Kalau itu yang Sya nak, abah promise. Kalau apa-apa jadi, Sya yang kena bertanggungjawab” balas Tg Ismail serius. Agaknya kata-kataku menyentuh hati tuanya. Aku ukir senyuman.

“insyaallah segalanya akan berjalan lancar” balasku.

“abah pun harap macam tu”

“dahlah. Abah naik dulu. Nanti tercari-cari pulak ibu kamu. Yelah bantal peluk tak ada” selorah tg Ismail. Aku tergelak kecil. Amboi romantiknya. Terus Tg Ismail bangun. Melangkah perlahan. Langkahnya terhenti. Dia berpaling padaku.

“jadilah isteri dan ibu yang baik untuk anak dan bakal cucu abah ye. Abah selalu doakan rumah tangga kamu kekal dunia akhirat. Assalamualaikum” aku terkedu dengan kata-kata itu. sungguh aku terharu. Walau sejahat mana kelakuaan aku, tapi Tg Ismail tetap menerima dan mendoakan kebahagiaan aku. Beruntungnya aku. Tapi mampu ke aku kemudi kapalku hingga sampai ke destinasi sedangkan kapalku sudah makin jauh tersasar.

“Is minta maaf pa. Is gagal jalankan amanah papa” aku dengar suara orang berbicara di beranda depan ruang rehat. Perlahan aku menapak ke situ. Dua lelaki sedang memandang langit gelap.

“Papa yang patut minta maaf. Menyusahkan hidup Is” suara papa kedengaran.

“Is tak kisah.”

“kalau tak kisah, kenapa nak bercerai? Kenapa nak kahwin dengan Linda?” soal Papa. Aku lihat Tg Iskandar mengeluh.

“Is tak ada jawapan untuk itu. Cuma Is rasa hati Is tak mampu berubah” balas Tg Iskandar. Setianya dia.

“papa minta maaf. Kami dah banyak susahkan Is. Kalau bukan sebab papa, Is tentu dah bahagia dengan kekasih Is”

“papa tak perlu minta maaf. Semua ni dah takdir. Jodoh Is dengan Sya. Tapi kami yang tak boleh nak teruskan perkahwinan ni. Takkan selamanya kami nak macam ni” balas Tg Iskandar. Kalaulah ada ruang untuk aku baiki segalanya.

“Fikirlah masak-masak. Papa takkan halang lagi keputusan kamu. Papa hormati. Walau apapun terjadi, papa nak ucap terima kasih banyak-banyak. Is dah berjaya jalankan tanggungjawab yang papa abaikan selama ni. Papa gembira tengok Risya sekarang. Itulah yang papa harapkan bila meminta abah kamu menjodohkan kamu berdua. Papa tak mampu lakukan. Tapi Is dah berjaya. Terima kasih” ucap papa. Perlahan airmataku menitis. Terharu. Betapa selama ini papa sembunyikan rasa sayang itu. kenapa papa tidak katakan saya, papa sayangkan Sya. Papa nak anak papa jadi insan yang baik. Susah sangat ke pa? Aku bermonolog sendiri.

“semua tu datang atas kehendak dia sendiri. Is tak buat apa-apa. Dia tentu gembira kalau tahu papa dia bangga dengan perubahan dia” balas Tg Iskandar. Sungguh. Pertama kali dalam hidupku, rasa bahagia, gembira yang melonjak-lonjak. Tidak pernah sekali pun pujian terbit dari bibir papa untukku. Walaupun pujian itu tidak dilafazkan padaku, sekurang-kurangnya aku tahu, aku dah jadi anak yang dibanggakan.

“Risya anak yang baik. Tapi silap papa terlalu keras mendidiknya. Hingga papa sendiri tidak mampu membentuknya.” Saat itu ingin saja aku dakap tubuh papa. Tapi kakiku bagai dipaku di situ.

“lupakanlah yang dah lepas. Risya hari ni dah tak sama dengan dulu. Papa boleh hangatkan balik hubungan yang dingin tu kan”

“i hope so” balas papa. Aku angkat kaki untuk tinggalkan tempat itu sebelum kehadiranku di sedari. Tapi.

“Is harap papa faham dengan keadaan Is. Is dah cuba, tapi Is tak boleh nak anggap Sya lebih dari kawan. Is serahkan segalanya pada takdir. Is minta maaf sebab kecewakan papa dan semua orang.” Kata-kata Tg Iskandar menghentikan langkahku. Menyentapkan jantungku. Aku benar-benar yakin kini, kedudukan aku dihati Tg Iskandar tidak lebih dari seorang kawan.

“tapi papa tetap berharap dan berdoa suatu hari nanti Is dan Sya akan beri papa cucu” balas papa. Harapan yang sama. Tapi harapan itu bakal menjadi impian semata-mata. mana mungkin lelaki itu menyentuh aku sedangkan dihatinya penuh dengan bayang Linda. Tak mungkin dia jadi pengkhianat. Kesetiaannya bukan sekejab. Bertahun menunggu. Aku rela Is. Aku betul-betul rela kau tinggalkan aku asalkan kau jumpa bahagia yang kau cari. Terus aku melangkah ke kamar. Airmata deras mengalir membasahi hati yang terluka. Kalaulah aku tidak mendengar kata-kata itu, pasti lukanya tidak separah ini.


p/s : saat yg sngt buzy muncul lg..... mybe nani xdpt nk post new entry dlm mse t'dkt ni n mybe b'lrtn smpi sbln.... sgt2 bzy.... tp kli da mse nani akn post jgk... tgk la pd keadaan... so korg jgn sedey2... insyaallah 6t akan ada smbngnnye ble keadaan da beransur reda......hihihihi

35 comments:

yanie501 said...

kesian kt sya...
ishh bila la is nk sedar...
post cpat2 ye kak...
(^_^)

miznza84 said...

alamak takkn ini pengakhiran hubungan is ngn sya... taknk... biarla dorang berbahagia bersama..

LiNa said...

sedihnya...take ur time tp nnti sambung pjg2 ye ..

sinichies_girl88 said...

tak nak la is cerai ngn sya....
bagi la...ader rasa cinta is pada sya....
buang jauh2 linda tuh...hukhuk...
sambung lagi...
:(

Anor said...

beginikah akhirnya perkahwinan
is dan isya akan terlerai...
sedihnya isya dgn ape yg tlh
didgrnya. kalau begitu berilh
pengganti yg lain utk isya dh
is pun anggap isya sebagai kawan
kan? perasaan cintakan tak dpt
nak paksa...biarlah isya membawa
diri yg lara mungkin sekiranya
isya tak ada didepan mata is barulh
is sedar siapa sebenarnya yg
disayanginya dn dicintai..nk lagi

korro suffian said...

aku rase kena wujudkan satu watak yang suka menyakat sya... biar is cemburu... memang kene sgt dengan jalan citer nie... zailan?? maybe???

Anonymous said...

Sengal betul Is...rasa nak lempang2 ni...knp la salalu watak dalam novel ni berat sebelah n begini je akhirnya? slalu ppuan mengalah...huh...xleh terima betul...sya kene kuat.. i will support u..gheee...

Ayie a.k.a Yizuue said...

Issh akak ni,.
Dah xnak sambung lagi ke novel ni!!!

Anonymous said...

Cepat lah sambung citer ni,

Anonymous said...

sya ngn zailan je la..mluat k0t ngn is p0y0 tue..

Anonymous said...

Awat rmai sgt blogger yg suka biarkan citer tergantung? Kalau trgantung sbb nk buat novel ke hape ke takpelah. Ni biarkan readers mcm org bodoh je ternanti nanti. Cmon la.. Yr story semua dh best. Jgn la buat mcm ni.

Anonymous said...

Please sambunggggg. Ke cerita ni dah terbit as a novel??????????

Dhiya Qalif said...

Citer ni memang tergantung macam ni je ke ...

Dhiya Qalif said...

Citer ni habis macm ni je ke...x de sambungan...

Anonymous said...

kak smbung la lg cite nie...

Yana Rahim said...

Taknak sambung ke sis? Huhu

Ordinary Young Girl said...

OMG! bila nak sambung lagi?!! penat tunggu nih!

Anonymous said...

Please smbung best cite die smpi meleleh masuk habuk....

Anonymous said...

Cerita ni dah buat novel ke? Kalau ya.... Syarikat mana yang terbitkan? Please reply...

Anonymous said...

Cerita ni dah buat novel ke? Syarikat mana yang terbitkan? Please reply!!!!!!

Oraphan Pui87 said...

Bila nak sambng lg sis

Hasyimah Hishamuddin said...

Cepat sambung sis

nur suhana md radzi said...

Dah bertahun tnggu smbngan.. Xkan dh kering idea kot.. Ke dh dterbitkan..

Anonymous said...

Asalamualaikum cik penulis,,,kenapa tak ada n3 baru lamanya nak tunggu cerita warna hatiku...sudah dibukukan ke,,sayangnya kalau cerita ni tergantung....kalau sudah ada buku tak sabar akak nak milikinya...akak peminat cik penulis...


--Dg.Siti--

Anonymous said...

Assalamualaikum cik penulis,,,kenapa lama sangat tak ada n3 baru untuk warna hatiku..cerita yang sangat menarik sayang kalau tergantung begitu saja atau sudah dibukukan ke...tak sabar untuk memiliki jika sudah dibukukan...akak peminat cik penulis...jangan berhenti berkarya..teruskan...



--Dg Siti--

Anonymous said...

sis xnk smbg ke crite ni..
best crite ni.. jgn la biar tergantung mcm ni..
ke da jd novel crite ni..

Anis Farhani said...

Sambung lg plisss

Anonymous said...

Sambung plisss

Anonymous said...

Kak,sambunglah novel ni please please please :(

Anonymous said...

Salam.. sis takde smbg lagi ke citer nie😢 dah sonok ngan citer nie pls ahh smbg😢😢😢

Anonymous said...

akak , bler nk smbung .. cpatlh kak T_T

Unknown said...

Alahh bila nk sambung xsbr ni...

fitrotul hasanah said...

kata nak sambung.. sambung la.. sedih la mcm ni.. kesian sya

fitrotul hasanah said...

alaa.. sambung la.. penat da tunggu akhir nye mcm ne..nak sya happy jgk...........

Nur Faizah said...

Adoohhh..syok2 tgh BC,trus xd smbngnnyerr..sambung la beb.x sabo nk nunggunyrrr.