THANK YOU

Thursday, February 10, 2011

WARNA HATIKU 31


“Kesian you kan” aku tersentak. Lantas aku berpaling. Miss SS tersenyum sinis padaku yang berdiri di tepi jendela.
“ada apa?” soalku.
“datang melawat bakal madu i. Ops.. rasanya tak sempat kot kita bermadu. You dengan Is kan dah nak bercerai” dia ketawa kecil. Sakitnya hati aku. Istigfar banyak-banyak Risya.
“baguslah kalau dah tahu. Ada apa lagi nak cakap?” itulah rasanya cara terbaik. Usah dilayan orang begitu.
“sakit-sakit pun, perangai tak ubah kan. Patutlah Is nak segera kahwin dengan i. Tak tahan kot hidup lama-lama dengan you” dia makin menyakitkan hati aku. Nak tengok aku marah agaknya. Sorilah. Aku sekarang sedang belajar bersabar walaupun dalam hati, aku rasa nak maki je minah ni. Kalau datang semata-mata nak sakitkan hati aku, baik tak payah datang.
“I rasa you salah bilik lah. Bilik ur future husband kat sebelah sana k” aku tuding jari ke kira menunjukkan arah bilk Tg Iskandar.
“I tahu. I datang jemput dia balik.” Balas Miss SS. Amboi siap berjemput. Dah tak sabar sangatkah dia.
“ok.” Aku kembali menghadap jendela. Merenung pantai yang indah.
“you tak marah i kahwin dengan Is?” soalnya. Lain benar pulak soalan dia. perlu ke dia tanya aku marah atau tak. mungkin geram bila aku langsung tidak memberi tndak balas negatif.
“perlu ke aku jawab soalan tu?” soalku malas.
“memang tak perlu. sebab yang rampas is bukan aku tapi kau” balasnya. Siapa rampas siapa. Aku tak rampas kekasih dia tapi dia rampas suami aku. Jadi siapa yang rampas siapa sekarang ni?
“terpulanglah pada kau nak kata aku perampas ke, penyamun ke. Aku nak rehat. Thanks sebab sudi datang melawat BAKAL ex-wife Is k” sengaja aku tekankan perkataan bakal itu. maksudnya satus aku masih lagi isteri Tg Iskandar.
“ok. No problem. Nak juga i tengok you sebelum kitorang nikah next month. nanti I hantarkan kad undangan yang paling special untuk you. you kena datang tau. I happy tengok you macam redha je. tapi memang patutlah kan. You’ll kahwin pun terpaksa. Is pun bukan cintakan you” nampaknya kami saling menyakiti. Sedap je mulut minah ni. Nak je rasanya aku tenyek dengan cili api. Biar berasap. Belum sempat aku meyambung kata.
“Sayang...” serentak kami berpaling. Tg Iskandar dimuka pintu kemas dengan gaya santai. Hanya bert-shirt putih berkolar bersama jeans biru. Dia nampak cukup bergaya dengan apa gaya sekalipun. Maklumlah pasangannya juga jenis orang yang mementingkan gaya. Tak hairan pun. Lantas ku larikan pandangan mataku dari melihatnya. Masih berjauh hati. Tahu bukan aku yang digelarkan sayang.
“penat I cari you. Ingatkan ke toilet” ucap Tg Iskandar menghampiri kekasih hatinya.
“i saja datang lawat wife you.” Lunak suara Linda sambil tangannya melingkari pinggang Tg Iskandar. Selamba je tak malu langsung. Aku juga makan hati bila melihat kebahagiaan insan di hadapanku. Aku menghadap jendela lagi. Sengaja aku buang jauh-jauh pandangan tadi. Sakitnya hanya tuhan yang tahu.
“ni apasal berdiri kat tepi tingkap. Sejuk. Kau kan sakit” Tg Iskandar menghampiri. Linda hanya memandang sambil mencebik. Aku diam. Kalau aku bercakap bimbang pulak airmata aku tumpah. Mana boleh tumpahkan airmata depan Miss SS ni. Jatuhlah martabat aku.
“aku nak balik. Nanti aku datang lagi” ucapnya lembut. Aku langsung tidak bertindak balas. Terus kaku merenung alam ciptaan tuhan. Tg Iskandar menarik tanganku. Tidak puas hati bila aku langsung tak berkata apa-apa. Angguk pun tak. macam patung cendana.
“kau dengar tak apa yang aku kata ni. Rehat cukup-cukup.” Ujarnya lagi.
“dahlah is. Dia bukan budak kecik. Pandai lah dia jaga diri. Jomlah. Kata nak teman I Shopping” rengekkan Linda membuatkan aku rasa nak baling dia dengan selipar.
“pergilah balik” akhirnya aku bersuara lemah. Lagi lama mereka di situ, lagi merana jiwa dan raga aku. Sakit rupanya bila bertepuk sebelah tangan.
“esok aku datang lagi. Nanti aku belikan piza untuk kau k” ucapnya sambil menghadiahkan senyuman manis padaku. Masih ingat rupanya aku sukakan piza. Aku angguk perlahan. Terubat sedikit hati aku. Tapi sikit jelah tak banyak. Tg Iskandar mula mengatur langkah.
“Is” panggilku. Langkahnya terhenti. Dia berpaling. Aku hulurkan tangan. Lambat-lambat dia menyambut mungkin kerana dihadapan kami ada kekasih hatinya.
“cepatlah is” panggil Linda. Kurang senang melihatku. Terus aku kucup tangan suamiku. Bukankah syurga isteri itu di telapak kaki suaminya.
“jaga diri” pantas tangannya ditarik sebelum dia meraih tangan Linda. Memegangnya erat sambil beriringan berjalan meninggalkan aku. Ya Allah, ujian apakah ini. entah kali ke berapa airmata menitis lagi. Aku mahu jadi tabah seperti Puteri Batrisya yang dulu. Tapi nyata kini aku tak mampu. Aku hilang dalam rasa cinta yang mula berbunga tapi sayang bunga itu dibajai dengan racun. Sakitnya melawan rasa sayang bila hati mula terkenang. Andai dapat ku undur masa, tidak mahu aku jatuh cinta pada dirinya. Tapi cinta itukan buta. Bila tiba saat n ketika, aku terpaksa akur dengan rasa yang hadir dalam jiwa. Tapi mungkin silapku dulu membawa derita kini. Apakah ini hukuman untuk kesalahanku dahulu. Khilafku kerana tidak mengenali siapa dia sebelum aku mengadilinya. Kini segalanya bagai terlambat. Wahai hati.... izinkanlah suamiku bahagia bersama orang yang dia sayang. Aku redha menerima suratan andai antara kami sudah tiada ikatan suatu masa nanti. Menangialah Risya selagi kau mampu menitiskan airmatamu. usah bebankan hatimu andai kau tidak mampu berbuat begitu. Sesungguhnya Allah itu dekat. Dia mengabulkan permohonan orang yang berdoa kepada Nya. Maka hendaklah kamu memenuhi perintahNya dan beriman kepadaNya agar kamu selalu berada dalam kebenaran. Surah Al-baqarah ayat 186. Ya Allah andai dia memang jodohku maka dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku redhakanlah hatiku dengan ketentuanMU.

p/s: sapa yg dh hilang mood tu????.... alahai kesiannya...... cerita belum sampai penghujungnya.... selagi perjuangan blm tamat, masih ada harapan yang tersirat. btl x???? hihihihihi.... 

Assalamualaikum buat semua pembaca dan peminat novel WH (warna hatiku)... dukacitanya nani maklumkan di sini, novel ini dihentikan penulisannya di sini kerana dalam proses membentuk manuskrip untuk dibukukan. buat semua yang rasa sedih dan kecewa nani mohon jutaan kemaafan. buat yang sentiasa bertanya dan tertungg-tunggu WH nani ucapkan ribuan terima kasih. Insyaallah Tengku Iskandar dan Puteri Batrisya akan menemui anda dalam bentuk bercetak... doakan nani berjaya untuk menyampaikan novel ini dengan sangat baik.


NANIEY TJ

42 comments:

Anor said...

tak apalh risy sabar sajalah mungkin
ada hikmah disebalik penderitaan yg
risyh lalui. sekira sememangnya itu
kehendak is redhakan jelah mungkin Allah
akan menggantikan org yg lebih baik utk
mendampingi rish, dah org tak sudi lepaskan
lh walaupun dlm paksa rela dari kita mengharapkan pada org yg tidak mencintai kita kan...

Anonymous said...

bodohnya perempuan tu! benda dah lepas, jgn dikenang

Anonymous said...

bina semangat baru klu ada jodoh tak kemana tak payah terhegeh2 simpan cinta itu dlm hati, cari keredaannya itu lebih baik dari menangis kerana seorang lelaki.

Naniey TJ said...

aik.....rmi plk srh lpskan....slalunya ramai yg ckp nk is ngn risya... aiyak...apa sdh jadi maaa..... (saja je nani ni nk sakat2 org...cm nk kne penampor free ler....)

miznza84 said...

benci btul la ....skrg ni asyik si ris je yg terkena dgn perangai is... nani bile nak sedar kan is tu... bg sikit pengajaran kat dia...

nani nak lagi....

Anonymous said...

nak is dgn risy....rasa rasa is tak jadi kahwin dgn si SS tue lah...

Anonymous said...

huhuhuhu....

Anonymous said...

watak paling bodoh yg penulis cbe tonjolkn...
da mcm sinetron indon dh....
pompuan bengap je yg akan tnggu n redha mcm tu

cactaceous opuntia said...

ish...ni bukan realiti pn..nk is ngn risya kalau boleh...sbb dorg kn da kwen...huu...kalau couple xkwen lg xpe r nk lpskn pn..haha

hani said...

tak tau nak cakap apa lg...hanya lah sabar ubat yang paling mujarab...nak lg..!!!

nina falina said...

nk risy dgn is jugak... naniey, pembaca lain bukan nk is n risy bpisah cuma tk nk risy menderita... jgn ler bg diorg bercerai...sian kt risy...hu.hu...

Zass said...

omg! i hate lah pompuan gedix tue... iskandar ni pon satu hal... gatal sangat!!!!!!
tapi harap2 iskandar tu sedar sebelum terlambat..lagipun iskandar dah lafaz cerai taklik.... i hate menyesal setelah melakukan kesilapan.. mcm tak gunakan akal sahaja... plislah iskandar!!!! u better die if u wanna marry that gedix...

Naniey TJ said...

Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.
Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.
petikan dr : http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/tasawwuf/redha.htm

para p'baca yg di sygi....jgn kita hnya mlht pd satu aspek saja iaitu watak n p'watakan semata2... nani wujudkan p'bgi situasi agar nani n shbt smua dpt b'fikir apa yg t'sirat d blk karya nani.... mmm... sama2 kte bt renungan.... tjuk p'bljrn kita hari ini ialah REDHA

Anonymous said...

is tak bole kahwin dgn pompuan gedik tu. tak boleh, tak bolehhhh...

mesti ngan risha jugak. mesti,mestiii....

Anonymous said...

benci3 is tu pnggil sayang kat pompuan gedik tu eeee... dpn bini lak tu... dah nyampah kat is...pah tu d peluk lak ..tolong la. sakit hati ni .. cpt2 la kawen ngan sigedik tu bia risy cari kbahagian sndiri... saba jer risy... cpt smbung...

Aishah Hamzah said...

hukhukhuk sedihnya n3 kali ni....dapat menyelami rasa perasaan risya....haih!kalau aku yg jadi risya, entah apa yang akan dilakukan oleh aku sekiranya terjadi situasi seperti ini....

Anonymous said...

nani!!berani awk yer...sy nih pminat setia awk..kan sy dh ckp jgn seksa risya..jgn bagi dieorg cerai..tanak kwn cmni..sy ckp kat tipah jgn kawan nani lg..smpi ati awk...semngt tau tk sy...is tuh pon ader hat kan kat wife die..mengada jerk lebeh tuh..hahahah

Naniey TJ said...

hikhikhik...aqma jgn emosi k.... alahai.... p'juangn msh blm tmat aqma...

Anonymous said...

nani cite ni mmg best.. nnt wat lah si miss SS tu curang ngn Is.. baru best skit.. hehehe..

arniska said...

bila nk ada sambgn ni..xsabar..hehe

Yizuue said...

Please, jgn lah is kahwin ngan popuan gedik tu,.. .
Benci
benci
benci

ya ALLAH sadarkan lah hati tg Iskandar
ya ya ya :-D

Unknown said...

Nani,.
Jangan lah tg Iskndar kahwin dgn popuan gdix thue
tak suka!!
Benci,benci,benci

Anonymous said...

bila nak sambung bestlah...
cepat2 smbg cite ni

Anonymous said...

cepat lah smbg cite ni

Anonymous said...

cpat le smbung...
dh x sabar nk tahu kesudahan dia....

NadiahHalim dot com said...

Sedihnya..kesiannya Risya.. apa pun, Risya kena tabah dan teruskan berbakti kepada suaminya selama mana suaminya tidak membawa dia menyalahi syariat. Soal jodoh, qada' dan qadar semua tu adalah urusan Allah. Setiap ujian yg menimpa adalah rahmat dari Allah. Sama ada jalan kebenaran atau jalan kebatilan yg mahu kita pilih semua itu ada dlm tangan kita. yang penting kita sentiasa buat yg terbaik dgn apa yg ada pada kita sekarang, itu tandanya kita adalah hamba Allah yang bersyukur.

Nur Saidah said...

nani,cepat2 ckit ek...nak sambungan...huhuhu

Anonymous said...

when the new entry u'll post dear?
lama sangat dah nie tgu..

asmidar said...

bila nk sambung lg ni??/

Anonymous said...

Bila nak sambung nie..jgn la lama sgt..nanti org tlupa kewujudan cerita nie...

QasehSuci said...

salam nani, seronok membaca cerita yg awk buat. setiap situasi dan perasaan menusuk masuk ke hati.

maaf sbb sy hanya membaca dan x pernah komen. sbb tak tahu nak komen apa. semua cerita awk bagus.

teruskan usaha yer nani. saya sedia menunggu dan membaca.

bila CD nak dibukukan? tak sabar rasanya. saya mmg suka membaca dan kumpul novel.

semoga berjaya yerk.

Anonymous said...

best laa citer nie cpt laa update... x saba dh nie huhuhu

Anonymous said...

bile nk update nie....

kuntum said...

aaa.. lah kak , knp lama sgt menyepi nie...

syahidah hamizah said...

bila nak sambung?xsabar dh nie..

Anonymous said...

cpt la sambung naniey..dah rindu ni:(

Anonymous said...

x da smbungan lgi ka..;)

Unknown said...

cepat lh sambung dek....EMOSI betul lh,leh leleh ayak mata lah dek Naniey.......

Unknown said...

cepat sambung dek,sedeh nye ngan Risya rase nak nangis lh plak....akak pulak yg terlebih Emosi ne dek Naniey....

izan said...

Bg la n3 bonus...xnk skit..nk pjgggg n3 nye...Rndu sihhh

Anonymous said...

Nani bagilah teaser untuk melepaskan kerinduan

Unknown said...

kak naniey, bila novel ni akan keluar? kalau dah keluar, apa tajuknya? saya dah sedia nak membeli ni...=(
Sedih baca cite sedih bergantung-gantungan...huhu..