THANK YOU

Sunday, February 13, 2011

WARNA HATIKU 32


Aku duduk sendirian di tepi pantai sambil memeluk lutut. Cuaca agak mendung hari itu. Bayu bertiup dingin menyapa tubuhku. Sedikit menggeletar tubuhku kesejukan. Namun aku tetap disitu melayangkan fikiranku entah kemana. Sedang aku asyik melayan fikiran tiba-tiba sebiji bola bergolek mengenai kakiku. “maaf mak cik”seorang budak lelaki menyapa. Aku mendongok. Aku senyum padanya. Comel.

“tak apa”ujarku menghulurkan bola kepadanya. Budak itu terus menyambut dan berlari-lari mendapatkan ibubapanya tidak jauh dariku. Bahagianya dia. Hatiku berdetik.

**********************************

“papa hari ni ada penyampaian hadiah kat sekolah. Papa datang ye”ujarku pada papa yang sedang bersiap-siap. Waktu tu usiaku 12 tahun. Aku nak mama dan papa datang menyaksikan aku naik ke pantas menerima penghargaan dari pihak sekolah kerana kecemerlangan akademikku.

“papa sibuk.ajak mama ok”ujar papa yang sibuk membaiki tali lehernya didepan cermin. Langsung tidak pandang wajahku.

“mama pun sibuk. Ada mesyuarat persatuan kat Pahang. Lusa baru mama balik.”ujar mama pula sambil membelek pakaian dalam almarinya.

“tapi” aku cuba menyambung kata.

“sya, mama dan papa sibuk, k”ujar mama lagi.

“tapi papa dan mama tak pernah datang. Bolehlah pa, ma. Kali ni je. Lagipun Sya dapat no 1 tau” pujukku. Amat berharap papa dan mama dapat datang.

“Sya, jangan mengada-ngada boleh tak. Ajak jelah Mak Cik Salmah pergi” marah papa. Mana sama perasaannya. Melihat ibu dan ayah bangga dengan pencapaianku adalah salah satu impianku yang tidak pernah tercapai. Sia-sia saja mengajak papa dan mama. Aku kecewa. Amat kecewa. Seingatku tidak pernah sekalipun papa dan mama hadir di saat aku mendapat sesuatu yang boleh di banggakan. Aku letih berusaha agar papa memberi perhatian padaku. Dari darjah 1 sampai aku sekolah menengah aku selalu dapat tempat teratas. Tapi tak pernah sekali papa dan mama pujiku. Sampaikan sewaktu majlis konvokesyen pun mama dan papa tak dapat hadir. Macam biasalah sibuk. Papa di Hong Kong. Mama pula di UK. Aku sendirian tanpa ditemani sesiapa menerima segulung ijazah. Tapi waktu itu aku dah mula muak untuk menjemput mama dan papa. Lansung tidak terkilan kerana aku sudah biasa begitu. Cukuplah dengan ucapan tahniah dari adik-adikku dan juga Mak Cik Salmah. Agaknya itulah nasibku. Hanya adik-adik tempat aku mencurahkan kasih sayang. Aku tidak mahu mereka merasa apa yang aku rasa. Kerana mereka, aku masih bertahan dengan sikap mama dan papa hingga kini. Tapi sekarang adik-adik sudah jauh. Dua-dua tinggal diasrama. Agaknya lebih bahagia bersama kawan-kawan. Macam mana diorang sekarang?. Sihat ke? Ok ke kat asrama? Dah lama tak jenguk diorang. Rindunya.

“Risya?” teragak-agak bunyi suara itu. Aku mendonggak. Ekmal. Disebelahnya Farah. Aku cuba tersenyum.

“assalamualaikum” sapaku sambil bangun dan menyapu pasir yang melekat di seluar.

“wa’alaikumsalam. You look diffrent” mulut Ekmal sedikit melopong. Ayat biasa aku dengar. Farah menyiku sedikit tubuh Ekmal menyedarkan lelaki itu.

“what are doing here?” soalnya lagi.

“tak ada apa. Cuma tengok laut.” Balasku

“lama you hilang. Pergi mana?” soal Ekmal.

“masih dalam Malaysia. Tak kemana pun” balasku cuba meramahkan diri.

“i dengar you sakit?” aku tergelak. Buat apa dia ambil berat pasal aku.

“dah jadi adat orang yang hidup. bukan selalu sihat. Kadang-kadang sakit tu perlu untuk menghapuskan dosa. So, tak perlu hairan” aku lihat wajah Ekmal sedikit berubah. Farah di sebelahnya masih selamba.

“ini tunang I. I rasa you kenalkan?”ujar Ekmal. Aku angguk.

“Tahniah. Tak sangka akhirnya korang bertunnag kan.” aku menyapa sambil tersenyum memandangnya. Tercapai juga cita-cita si farah ni. Walaupun dulu dia sengaja mengatakan Ekmal tunangnya. Tapi tidak mengapalah, aku pun tak mahu merebut seorang lelaki. Apalah erti hidup kalau asyik berebut sedangkan banyak pilihan lain yang menanti

“kami ada hal ni. Sorilah. Tak boleh lama”ucap farah. Aku tahu perasaan cemburu sudah menjalar melihat tunangnya memandangku. Perempuan. Biasalah kalau cemburu

“Batrisya !!!”aku dengar ada suara melaung memanggilku. Aku berpaling. Tg Iskandar berlari mendapatkanku.

“apa yang awak buat kat sini?”soalnya. dia menyedari kehadiran Ekmal di situ. Aku senyum jua walaupun terasa payah.

“ambil angin.”

“what? Ambil angin? Saya dah macam nak tercabut jantung cari awak. Kenapa lari dari hospital?.” Ada nada kemarahan pada kata-kata Tg Iskandar yang masih terkawal.

“saya dah sihatlah. Janganlah bimbang” sengaja aku manjakan suara supaya kadar kemarahannya menurun. Tg iskandar menjamah dahiku. Pantas ku tarik tangannya. Segan bila ada dua pasang mata yang memandang.

“Farah, this is my husband, Tg Iskandar”aku memperkenalkan. Tangan Tg Iskandar ku genggam erat. Farah bertukar senyuman dengan Tg Iskandar. Biarlah dia berasa lega bila dapat tahu aku dah bersuami.

“i pergi dulu”ujar ekmal. Aku angguk. Agaknya dia tak tahan tengok kemesraanku dan tg iskandar. Pergilah Ekmal. Kerana kini hati aku sudah mula lupa kenangan indah kita. Hati ini ingin aku serahkan pada yang lebih berhak. Dia tahu apa yang terbaik untukku kerana dia yang menciptakan aku dan juga seluruh makhluk di alam ini.

“kenapa kau buat macam tu. Kau belum sihat lagi”marah Tg Iskandar sambil memandang tajam wajahku.

“aku ok. Aku nak balik”aku terus berjalan meninggalkannya. Ketenangan aku tadi sudah musnah.

“no way. Kau mesti pergi balik ke hospital.” Tegas Tg Iskandar

“tak nak. Jangan busy body ok.” aku tepis tangannya yang memegang tanganku.

“kenapa degil sangat ni?”

“aku tak nak.”entah kenapa airmataku mengalir lagi. Dia mengeluh. Pantas tubuhku di dakap.

“kau buat aku risau. Boleh tak jangan nangis kat sini. Malulah orang tengok” ucapnya. Aku hanya biarkan kata-katanya yang bagai angin lalu

“aku takkan paksa kau. Tapi kalau apa-apa jadi jangan salahkan aku”ujarnya lembut. Tangannya membelai perlahan rambutku persis seorang bapa yang sedang memujuk anak kecil.

“kita balik” ujanya lagi. Tanganku ditarik menuju ke kereta. Tanpa aku sedari ada mata memandang kami dari jauh. Aku terlena di dalam kereta. Tubuhku terasa lesu dan letih. Aku benar-benar tiada kudrat.

*********************************************

Aku sudah berada di katilku sewaktu aku membuka mata. Nampaknya hari sudah malam. Aku pandang sekeliling. Samar-samar cahaya yang menerangi bilikku. Tiba-tiba ku rasa ada cecair mengalir dari hidungku. Aku sentuh hidungku. Darah. Pantas aku bangun ke bilik air. Membasuh darah yang mengalir di hidung. Namun darah itu tetap mengalir. Lebih banyak. Aku mencapai tisu. Mengelap darah yang mengalir. Agak panik aku melihat darah yang masih tidak berhenti keluar dari hidungku. Tiba-tiba pintu bilikku terkuak. Pantas ku sembunyikan tong sampah yang sudah penuh dengan tisu. Tg Iskandar melangkah masuk dengan wajah curiga. “kenapa? Muka kau pucat?” aku geleng. Dia seperti mengesyaki sesuatu.

“Batrisya, tell me what wrong with you?”

“tak ada apa” aku masih menutup hidung dengan tisu. Pantas tangannya menarik tanganku tanpa sempat aku berbuat apa-apa. Di pandang tisu di tanganku.

“Darah? Hidung kau berdarah.” Ada nada kerisauan pada kata-katanya

“aku tak apa-apa.”

“tak ada apa kau cakap?. Apa ni?”marah Tg Iskandar. Handphoneku di capai. Pantas sekali tangannya mendail nombor seseorang.

“hello, Doktor Hisyam” aku dengar dia berbual. Dia menyuruh doktor itu datang ke rumah. Aku memerhatikannya hingga panggilan tamat.

“tulah, aku suruh pergi hospital tak nak. Degil. Tengok sekarang apa dah jadi” bebel Tg Iskandar. Geram dengan perangaiku

“aku tak nak duduk sana. Bosan” balasku

“menjawab. Kalau jadi apa-apa kat kau, aku yang susah.” Ayat yang mengguris hati. Suka mengungkit. Aku angkat punggung. Bercadang untuk ke dapur mencari sedikit ais untuk menghentikan pendarahan.

“nak kemana pulak tu?” soalnya.

“dapur”

“tak payah mengada-ngada. Baring je kat situ sampai doktor sampai” tegasnya dia. aku mencebik tanda protes. Namun kuturutkan juga arahannya. Benci tau!

p/s : kpd p'baca yg arif lg bijaksana.... nani sgt hargai kritikan, pujian, pndpt n sbginya dr anda... cuma nani hrp kalian dpt m'gunakan bhs yg lbh sopn n b'hemah ktika m'gomen.... bahasa jiwa bangsa.....hihihi..... tq atas krjsama anda

11 comments:

nina falina said...

Ish!!! ada juga ke komen yg kurang sopan?? lain kali jaga sopan santun tu...
Risya sakit ke? Is, plz take care...

korro suffian said...

haha.. biasalah tu kalu dah sakit hati.. terkeluar sume kata2 kesat... author jgn ambik hati yr... mungkin disebabkan kegeraman yang melampau menyebabkan pengkritik bertindak ganas... minta maaf sekiranya kata2 itu datangnya dari komen saya.. minta maaf sgt2!!!

knp n3 singkat sgt?

apa agaknya penyakit risya tu yer?? harap2 iskandar buka hatinya luas2 buat risya....

hani said...

sian risya....napalah is ni tak mau faham2...risya sedih dia nak kawen tu...tak mau is gan miss SS nya...nak lg...!!!! makin best & mdebarkan.

miznza84 said...

adui is ni... asyik mengunkit je sian ris... tensen btul ngn perangai is ni.. taknk berlembut langsung ngn ris.... benci dia...

nani nk lagi...

Anor said...

hai nani kenapa pendek sgt ni,
risya sakit apa pula ye? sedih
juga hidup risya tiada tempat
nak menumpang kasih. nak menumpang kasih pun org tak sudi kan...
bersabar jelah risya ye...

hana_aniz said...

hikhik. i like!

MaY_LiN said...

alalala..
is ni asik nak baran je..
kang risya nanges kang baru tau

shakirah said...

bru sempat bce huhu...
risya sakit ke??

Anonymous said...

bile agaknye n3 baru masyuk.... suke sgt bace novel ni.... dah nak masuk 2 minggu i tertunggu-tunggu next n3... coz u knw why.. sebab novel ni menggeramkan hingga merosakkan mood i... selagi i tak tengok mereka bahagia.. selagi itulah hati i tak tenteram.. hihihi.. sampaikan terbawa-bawa dalam mimpi... and u know what dalam mimpi i... i termimpi Risya sydah mengandungkan anak iskandar.. hahaha.. kelakar tak? tapi itulah sbenarnya yg telah berlaku.. i memang akan patah hati sgt2 bila iskandar mahu meneruskan prkahwinan keduanya... i tak boleh terima... so, plisssss ya author, walaupun benda ni hanyalah rekaan semata tapi i nakkan kebahagiaan mereka... kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan i juga... kelukaan mereka juga turut akan mengundang kekecewaan yang sangat dalam kat i..

korro suffian said...

aduh.... bila agaknya n3 terbaru ni masyuk????

i cant wait nay longer..... hihihi...

tak sanggup menanggung rasa teruja ni...

u know what?

curiosity kill the cat!

pepatah itu tepat sekali menggambarkan perasaanku sekarang...

aku dah tertunggu-tunggu new n3....

plis author! make it faster pliss...

aku tak nak ada perkara buruk berlaku kat risya..... tolonging aku dong!!!!!

Anonymous said...

Warna hatiku lepas part 35 x de kee??? X kan benti smpi part 35 jeee????