THANK YOU

Tuesday, June 30, 2009

Cinta Di Penghujung Hati


“Bila kau nak balik Malaysia? Dah lama kau kat sana. Tak rindu aku ke?” suaranya masih seperti dulu. Manja.

“tak lama lagi aku balik lah”

“bila?”

“tunggu kau kahwin la. Baru aku balik”gurauku.

“serious”

Aku gelak.

“promise?” dia masih menyoal.

“ok” jawabku.

“aku nak kahwin bulan depan. Aku nak kau datang. Kau dah janji nak balik kan” aku terkejut

dengan berita yang baru disampaikan.

“kau gurau kan?”aku seolah-olah tidak percaya.

“tak. Aku serius. Aku nak kahwin bulan depan.” Aku dengar suaranya juga bukan main-main.

“aku nak kau raikan hari bahagia aku nanti. dulu kau kahwin, aku tak ada.” Ujarnya. Dulu aku kahwin di luar Negara. Masih study lagi. Suamiku sudah 2 tahun kembali ke Malaysia. Aku masih di sini walaupun sebenarnya pelajaranku di sini sudah tamat. Kalau boleh aku ingin mencari pengalaman bekerja dahulu di sini.

“kau akan datang, kan?” soalnya inginkan kepastian.

“insyaallah”

Maisara sahabat baikku. Sudah lama aku bersahabat dengannya. Sudah lebih 13 tahun. Dia yang banyak memberi dorongan disaat aku kesusahan. Membesar bersamanya membuatkan aku bahagia. Ah, Maisara.

*************************************

Alif : hi syg, miss u so much

Sha_iza : miss u too. Abg cht?

Alif : tak

Sha_iza: kenapa? Abg demam ke? Dh jumpa doctor?

Alif : abg sakit rindu

Sha_iza : ngada2.

Alif: bila syg nk blk ni? Syg kn dh hbs bljr.

Sha_iza : niza tak sedia lagi nk blk. 6t la

Alif : syg x kesiankn abg ke sorg2 kt cni.

Sha_iza : niza tak nak bincang pasal ni. Please.

Lama aku menunggu balasannya.

Sha_iza : abg msh d sna ke?

Tiada jawapan. YMnya sudah offline. Aku tahu dia merajuk. Dia tidak faham mengapa aku masih ingin disini. Bumi Malaysia banyak mengukir kenangan pahit dihatiku. Tiap kali aku teringatkan negaraku, pasti airmata ini tumpah. Disitu ada banyak kesunyian. Ada banyak kesepian. Aku tiada sesiapa di Malaysia. Keseluruh keluargaku mati dalam satu rompakan. Ayah, ibu, kakak, abang dan adik-adikku semua telah tiada. Tinggal aku sebatang kara di dunia ini. Peristiwa itu sungguh pahit untuk ku ingati. Aku ngeri untuk kembali. Airmataku kembali menitis.

***************************************

5 tahun yang lalu
Aku berjalan perlahan masuk ke banglo mewah milik papa. Terasa penat setelah semalaman bersengkang mata menyiapkan assignment yang berlambak. Kutoleh jam ditangan sudah pukul 12 lebih. Entah mengapa suasana malam ini terasa lain. Cuaca mendung seperti hendak hujan. Dingin bayu menyapa tubuhku membuatkan aku mempercepatkan langkah. Agaknya semua dah tidur. Maklumlah dah lewat malam. Aku membuka pintu perlahan. Gelap. Aku berjalan ke tangga. Namun langkahku terhenti apabila kakiku tersentuh sesuatu. Aku pelik. Aku berpatah balik ke suis lampu. Apabila keadaan sudah terang, alangkah terkejutnya aku apabila ku lihat mama, papa terbaring berlumuran darah di ruang tamu.

“mama” aku menjerit. Aku pangku tubuh mama yang sudah kaku tidak bernafas.

“mama, bangun. Kenapa ni?” namun mamaku sudah tidak dapat lagi mendengar.

“papa”aku goncang tubuh papa disebelah mama. Papa juga seperti mama. Sudah tidak bernyawa lagi. aku kemudian berlari ke bilik kakakku. Kulihat semua adik-beradik yang lain terbaring berlumuran darah disitu. Tangan dan kaki mereka diikat. Entah bila duniaku menjadi gelap. Sedar-sedar aku berada di dalam kamarku. Uncle Khalid, sahabat baik papa bersama isterinya berada disisku.

“Sabarlah Niza” ucap Auntie Maria. Aku menangis tersedu-sedan di bahu auntie Maria. Aku
begitu berharap ini semua hanya mimpi ngeri. Namun reality tetap reality. Aku harus terimanya dengan redha.

********************************************

Ketika aku sampai di Kampung Keramat suasana masih gelap. Baru pukul 6 pagi. Lamanya aku tidak kembali ke sini. Aku cuba mengumpul kekuatan untuk kembali ke tanah air. Nyamannya angin yang bertiup menyapa tubuhku. Tubuhku sedikit menggigil.

“Cik kita dah sampai”ujar pemandu teksi

“oh, ye ke? Terima kasih, pak cik”ucapku.

“sama-sama”

Aku melangkah perlahan ke rumah papan didepanku. Cantiknya suasana dibumiku, Malaysia. Aku rindu.

“Assalamualaikum” aku memberi salam. Aku berdiri tegak menghadap pintu rumah kayu didepan. Rumah itu masih tidak berubah. Masih seperti dulu.

“waalaikum....”seorang perempuan separuh abad membuka pintu.

“Ya Allah Niza, niza dah balik, nak” aku salam tangan Mak Cik Timah. Tubuh gempal itu ku peluk erat. Rindunya aku padanya hanya tuhan yang tahu.

“kenapa Niza lama tak balik, nak. Mak rindu”

“Niza dah balik kan” kusapu airmata di pipi Mak Cik Timah.

“Sara mana, mak?”soalku

“Petang nanti dia sampai. Naiklah Niza.” Mak Cik Timah menarik tanganku. Langsung tidak di lepaskan.

“cantik Niza sekarang. Suami Niza tak ikut” soal Mak Cik Timah. Aku hanya menggeleng.

“Niza nak surprisekan dia, mak”ucapku.

“bang, oh bang. Tengoklah sapa yang datang ni” Laung Mak Cik Timah dari ruang tamu.

“siapa?”

“Niza bang. Niza dah balik”ucap Mak Cik Timah.

“ayah apa khabar?” soalku. Pantas ku hampiri Pak Cik Daud di muka pintu bilik.

“Niza, bila sampai, nak” ada nada sebak pada suara Pak Cik Daud.

“baru je, Ayah. Niza terus datang sini dari airport”

“lama ayah tak jumpa Niza. Niza dah banyak berubah.” Pak Cik Daud hadiahkan senyuman padaku.

“Dahlah tu. Niza mesti penatkan. Mari mak tunjukkan bilik. Niza rehat ye”ujar Mak Cik Timah. Aku angguk sambil mengikut langkahnya.

“mak”panggilku. Mak Cik Timah berpaling.

“terima kasih” ucapku.

“Rehatlah” aku hanya angguk. Mak Cik Timah tutup pintu. Dia ibu dan bapa Maisara. Tapi telah ku anggap sebagai ibu dan bapaku sendiri. Hanya dengan mereka aku meneguk kasih sayang. Dulu papa dan mamaku terlalu sibuk mencari rezeki. Langsung tiada masa untuk anak-anak. Jadi aku sering ke rumah Maisara. Kadang-kala aku mersakan diri ini sebahagian dari keluarga Maisara. Alangkah bagusnya kalau aku ada keluarga sebegini.

********************************************

Maisara masih menangis dibahuku.

“Sara dah la”pujukku.

“mana boleh.”

“habis kau nak jadi Kasim Selamat ke?”soalku.

“sampai hati kau buat aku macam ni”

“i’m here now. Is for you, dear”

“kenapa kau tak cakap kau nak balik. Kenapa lambat bagitahu aku. Kau tahu tak aku rindu sangat kat kau. Kenapa kau langsung tak balik. Kau tak fikirkan aku ke? Mak, ayah?” soal Maisara dalam sendu yang masih segar.

“aku pun rindukan kau. Tiap saat, tiap detik aku teringatkan korang. Tak pernah lupa. Tapi hati aku ni Sara. Susah untuk aku terima kenyataan yang aku dah tak ada sapa-sapa kat dunia ni” airmataku menitis jua.
Pantas Maisara meleraikan pelukannya.

“habis aku ni sapa, Niza. Mak dan Ayah aku, keluarga kau juga. Kami semua anggap kau keluarga. Kau bukan sendiri. Ingat tu” tegas Maisara.

“Aku minta maaf”ucapku dalam sendu.

“Dah, jangan nangis lagi. kau kalau nangis bukannya cantik pun” ujar Maisara.

“kau kata aku, abis kau tu. muka kau dah jadi buruk tau. Esok dah nak jadi bini orang”

“kau la buat aku macam ni” Maisara tidak mahu mengalah.

“apa pulak aku, kau lah dari tadi peluk aku. Habis basah baju aku tau”aku juga masih mahu melawan

“ah, takde. Kau jugak salah” maisara sudah berpeluk tubuh.

“Sara, Niza. Mari makan”panggil Mak Cik Tipah.

“baik, Mak”serentak mereka bersuara dan kemudian ketawa mereka berderaian.


***************************************************

“Sara, bakal suami kau tu macam mana orangnya?” soalku sewaktu kami sedang terbaring di kamar pengantin. Suasana sudah gelap dan sunyi. Namun aku dan Maisara masih belum mengantuk.

“emm.. orangnya hensome bagi aku. Dia caring, sporting, sometimes tegas jugak. Dia ok la”ucap Maisara.

“sempurna la?”

“aku sendiri belum sempurna, Niza. Jadi haruskah aku mengharapkan kesempurnaan
darinya?” Maisara memandangku.

“kau sayangkan dia?” soalan cepu emas dariku.

“tentulah aku sayang dia, kalau tak, takkan aku nak kahwin dengan dia” aku dengar Maisara ketawa perlahan.

“aku Tanya je. Manalah tahu kau kahwin kontrak ke. Maklumlah sekarang ni, kalau aku baca novel, banyak betul pasal kahwin kontrak”ujarku

“ke situ pulak kau, mak pesan kalau nak bina masjid, biar betul-betul. Ini soal hidup dan mati tau. Aku kalau boleh aku nak sehidup semati dengan dia” aku tersenyum mendengar tutur Maisara. Aku yakin Maisara betul-betul mencintai bakal suaminya. Maisara bukanlah gadis yang cepat mengatakan sayang pada seseorang. Dia sangat teliti dalam memilih. Bertuah siapa yang menjadi pilihan Maisara.

“kau macam mana? Bila nak ada anak?” soal Maisara tiba-tiba.

“belum ada rezeki. Lagipun aku dah lama tak jumpa dia. Aku balik ni pun dia tak tahu” ucapku.

“kau cintakan dia?”soal Maisara. Aku diam. Teringat penikahan aku yang diaturkan oleh sahabat papa. Katanya itu wasiat papa. Ingin aku dijodohkan dengan anak uncle Khalid dan auntie Maria. Aku yang tengah bingung ketika itu hanya mengangguk setuju. Lagipun itu amanah papa. Biar aku tunaikan kewajipanku sebagai anak. Aku menikah dengan Alif di England. Kami sama-sama menuntut di university yang sama. Setelah tamat belajar, Alif kembali ke Malaysia. Dan selama 2 tahun hanya YM yang menghubungkan aku dengannya. Namun satu yang aku pasti kami belum cukup memahami satu sama lain walaupun sudah hampir 5 tahun kami berkahwin. Aku dengan haluanku begitu juga dia. Namun dalam kesibukan mengejar ilmu, dia tidak pernah lupa pada tanggungjawabnya memberi nafkah padaku. Hanya nafkah zahir. Bukan kerana dia lelaki lemah tetapi aku yang belum bersedia untuk melayari hidup berkeluarga bersamanya. Aku memerlukan masa. Dia tidak pernah mendesak dan setia menanti. Adakah aku mencintainya?

“Niza, kau dah tidur ke” aku tersentak.

“belum”

“kau dengan dia macam mana?” soal Maisara.

“ok. Dah lah. Esok kau dah nak jadi pengantin. Baik kau tidur. Nanti seri pengantin kau hilang” aku mahu menamatkan perbualan mengenai hidupku.

“ok. Gud nite”ucap Maisara.

“gud Nite”perlahan kelopak mataku tertutup.

*******************************************************

Maisara Nampak cantik berbaju kebaya putih duduk bersimpuh penuh tertib. Diluar sudah riuh dengan suara kompang menandakan ketibaan pengantin lelaki. Maisara genggam erat tanganku. Aku membals. Menyalurkan sedikit kekuatan padanya.

“relax” aku berbisik di telinga Maisara.

Saat aku memandang kedepan, kulihat pengantin lelaki sudah duduk menghadap Kadi. Wajahnya tidak jelas kelihatan pada pandanganku kerana terhalang dengan orang yang ramai.

“Aku terima nikahnya Maisara bt Daud dengan mas kahwinnya RM80 tunai” sekali lafaz saja Maisara kini bergelar isteri. Tubuhnya ku peluk erat.

“tahniah”bisikku. Aku meleraikan pelukan apabila menyedari kehadiran pengantin lelaki untuk menyarungkan cincin. Aku memandang sekilas. Namun mataku lekat pada wajah lelaki itu. Sungguh aku tidak percaya pada pandangan mata ini. Aku bermimpi ke? Dia juga terkejut memandangku. Mulutku terkunci. Saat itu dapat kurasakan hatiku hancur lebur. Airmata cuba ku tahan. Cincin emas putih akhirnya tersarung kemas di jari Maisara. Aku sudah tidak mampu bertahan lagi saat maisara menyalami tangan suaminya dan sebuah kucupan sayang seorang suami hinggap di dahi Maisara. Aku kalah membendung rasa. Aku gagal mengawal perasaan hiba. Airmata tumpah jua. Pantas ku larikan kakiku. Aku tidak peduli. Aku mahu lari dan terus lari.

“Niza, kau pergi mana?”soal Maisara saat kaki aku melangkah ke halaman rumahnya. Aku anggarkan kekuatanku mampu untuk menempuhi segalanya.

“mari sara kenalkan suami Sara”Maisara menarikku. Aku hanya mengikut walaupun hatiku melarang.

“Abang nilah bestfriend Sara, Shaniza”lelaki itu berpaling. Pandangannya menikan jauh kelubuk hati.

“hi” ada getaran di suaranya.

“tahniah”hampir tidak terkeluar suaraku.

“korang borak dulu. Nanti Sara datang”Maisara terus berlalu.

“Bila Niza balik?” soal lelaki itu.
Aku diam. Aku ingin meniggalkannya. Dadaku mula sesak. Namun tangannya pantas mencengkam lenganku.

“lepaslah. Jangan sentuh aku” aku cuba mengawal suaraku. Ditarik tubuhku ke suatu sudut yang agak tersorot.

“Niza, abang minta maaf” suaranya perlahan. Bimbang ada yang mendengar.

“sampai hati abang buat Niza macam ni. Abang madukan Niza dengan kawan baik Niza sendiri.” Airmataku mengalir deras.

“Niza, abang...”

“Niza tak nak dengar” aku rentap tangannya dan pantas aku tinggalkan dirinya sendirian. Petang itu juga aku meninggalkan rumah Maisara. Hatiku sebak dengan pujukan ibu dan bapa Maisara. Tapi apakan dayaku. Aku tidak sanggup melihat suamiku bersama sahabat baikku sendiri melayari malam bahagia mereka. Aku tidak sanggup.

***********************************************

“Abang juga manusia Niza. Abang ada kehendak.” Ucap Alif.

“Abang terlalu selfish” tuturku

“siapa yang selfish? Abang atau Niza? Abang ni suami Niza tapi Niza tak pernah anggap abang begitu. Abang sendiri di sini. Sudah berapa kali abang merayu agar Niza kembali ke Malaysia.tapi Niza..”

“jadi salama ini abang tak ikhlas mengatakan rindu pada Niza. Pada Niza abang katakana sayang dan pada Sara abang katakan cinta. Betul kan?”tempikku.
Dia diam. Aku tahu dia resah.

“apa perasaan abang pada Sara?”soalku.

“abang...abang..”

“abang cintakan dia kan?” teka ku

“tidak” dia cuba menafikan.

“jangan bohong,bang. Kalau tak takkan abang sudi kahwin dengannya.” Aku tolak tangannya yang melekat dibahuku.

“sekarang abang pilih Niza atau Sara?” aku sudah tidak mahu memanjangkan cerita luka ini. Biarlah dia pilih siapa teman hidupnya.

“abang sayang Niza dan Sara”

“jangan jadi tamak. Niza tak nak hidup bermadu. Dan yang paling menyakitkan hati Niza, abang madukan Niza dengan kawan Niza. Kenapa, bang?”

“Abang tak tahu”

“kalau abang tahu pun, abang tetap akan kahwin lain kan”sinis tuturku.

“kalau abang nakkan Niza, abang ceraikan Sara. Kalau tak abang ceraikan Niza”putusku.

“Niza adalah amanah uncle Shahril pada abang. Abang mesti jaga Niza”

“Niza dah dewasa. Dah tahu jaga diri.”tegasku.

“Niza....”

“abang ceraikan Niza, bang. Tolong jangan seksa Niza”rayuku. Aku tahu berdosa
seorang isteri meminta penceraian dari suaminya. Tapi luka dihati ini terasa begitu menyesakkan dada. Alif diam. Aku terus melangkah pergi. Tidak mahu terus berlama di situ.

*********************************************

Sebulan kemudian...
Aku kini kembali ke England. Aku nekad untuk terus di sini sehingga luka yang bernanah di hati sembuh. Minggu lepas aku telah menerima surat dari peguam Alif. Dia setuju untuk melepaskan aku. Itu bermakna dia mencintai Maisara. Airmata aku bagai hujan di musim tengkujuh. Tidak pernah berhenti. Aku tahu kini aku mencintainya. Tapi untuk apa lagi cinta ini kerana aku sudah terlambat untuk menakluk hatinya. Hatinya kini milik sahabat baikku, Maisara. aku cuba meredhakan segalanya. Biarlah Maisara terus dibelenggu persoalan mengapa aku pergi meninggalkannya tanpa pamitan. Aku tidak tegar melukakan dirinya walaupun dia telah mencalarkan hatiku. Biarlah rahsia ini tersimpan kemas dalam kotak memoriku. Aku terima takdir ini andai sudah tersurat kepiluan itu, maka siapalah aku untuk menghalangnya. Cuma ku harap suatu masa nanti kan hadir mentari menyinari diriku.


p/s : naniey ingat nk smbg CD 13 tapi enth cmne bleh bt taip cerpen ni. so enjoy yourself. harap anda semua dpt beri ckt p'dpt tntg karya ni. khas untuk korang. (jgn lpe sediakn tisu)

5 comments:

Anonymous said...

Sedih la cite ni, wawawa, apa apa pun cite2 awak mmg best, tulisan wang best, harap sambung CD 13 cepat ye tak sabar ni, hari2 mesti singgah kat sini

Anonymous said...

cite ni bestttt. mmg da idea utk bkarya. tp gaya pnulisn kna baiki lg lh. saat niza tnya cmner bkl suami sara, dh dpt agk mst org yg sama. so xsuspen sgt! cuba lg ye. hehe

bidadari cinta said...

huhu..sedeynye bile kawan rapat kite adalah madu kite sndri..tak tau nk kate ape..nice story..

Che Sue said...

hi naniey...
cerpen ni best! macam bley buat siri kedua, ketiga dan seterusnya plak!

nice story. i'm enjoying it!

Unknown said...

sedeh nye dek,akak terharu.......pape pn itu lh kenyataan akan kehidupan yg telah termaktub ketentuan Ilahi...tk sape pn dapat hindari.syabas dek,walau pn sedeh akak suke sangat permulaan crite adk ne.