THANK YOU

Tuesday, March 29, 2011

Coretan Seorang Musafir

Aku seorang musafir…

Yg berkelana jauh di daerah asing…..

Mencari arah dimana tujuku…

Tapi mengapa makin jauh kakiku melangkah…

Makin terasa sayu dan sakitnya hati….

Makin terasa diri serba kekurangan….

Semua mengharapkan belas ehsan orang…

Sampai bila orang akan bertahan????

Di daerah asing ini aku belajar….

Mengenali hati dan budi setiap insan di sisiku….

Makin aku faham makin banyak yang aku hilang….

Haruskah aku berjalan lagi???

Atau mungkin aku perlu berdiri tegak di sini….

Aku benci bila terasa diri seolah-olah tiada guna….

Aku benci bila terasa diri begitu rendah….

Aku benci saat aku rasa sendiri…..

Tapi pada siapa hendak aku luahankan kesepian ini???

Siapa yang sudi mengerti jiwa yang lara ini???

Hanya helaian putih tempat ku coretkan rasa hati…

Kerana aku sendirian di daerah asing ini…

Tiada telinga yang mahu menadah bicaraku lagi….

Tiada hati yang sudi bersimpati padaku kini….

Aku tahu aku manusia yang tidak mampu berdiri dengan keupayaan sendiri….

Mengharapkan budi hari demi hari…..

Aku yang salah… mengharap sesuatu yang bukan milik aku….

Dimana inginku cari bahagia???

Sedangkan aku hilang tuju dalam kembaraku…..

Sampai bila harus begitu……

Dulu aku manusia hebat…..

Di sisiku wajah-wajah yang kagum….

Tapi kini siapa aku???

Insan lemah yang harus bertongkat ke hulu ke hilir…

Insan yang dikatakan kolot???

Tiada pemikiran moden???

Masih terikut dengan pemikiran kampung yang semuanya menyusahkan???

Saat itu aku baru tersedar….

Rupanya sudah jauh aku berjalan…

Dan aku kini tercampak di daerah ini…..

Daerah yang jauh dari jangkauan pemikiran kolotku…..

Mengapa aku tidak mahu bangkit???

Menguatkan kembali semangat yang mati???

Adakah kerana aku sendiri???

Kata mak, selagi ada kudrat apasalahnya hidup sendiri….

Jangan suka susahkan orang…

Tapi aku anak mak yang degil…..

Selalu tak dengar cakap mak…..

aku tidak rela hidup bersendirian....

kerana aku begitu takut kesepian......

Tapi diakhirnya apa yang aku dapat????

Hanya nasihat mak yang menjadi teman…..

Tuhan….. ampunkan aku diatas ketidak syukuranku pada nikmatMu…

Kerana aku masih mencari jalan untuk aku kembali menjadi insan yang Kau redhai….

Memang benar dunia ini hiasan…

Dan aku adalah orang terpedaya dengan cantiknya dunia…..

Hingga aku lupa…. Rupanya aku sendiri tanpa hadirnya diri Mu dalam hatiku….

Jika aku tidak mampu memiliki sesiapa sebagai sahabatku dunia akhirat…..

Izinkan aku menjadi tabah untuk berdiri dengan kakiku sendiri….

Hanya padaMu aku bermohon…… izinkan aku bahagia di dunia n akhirat……

Sunday, March 27, 2011

AKU BENCI.....TAPI part 2


Anis tersenyum lebar menyambut kepulangan Afi petang Ahad. Tapi wajah muram Afi mendatangkan tanda Tanya. Gaduh la tu. Bisik hati Anis.

“so, macam mana? Seronok jumpa buah hati?” soal Anis. Afi diam. Kasut di kaki dibuka dan diletak kemas di rak. Anis pelik.

“kenapa ni? Gaduh la tu?” ucap Anis. Afi terus berjalan ke bilik. Pertanyaan Anis dibiarkan. Hatinya remuk redam saat itu.

“Afi? Kau ok tak ni?” soal Anis bimbang. Suaranya sudah mengendur.

“aku nak tidur. Tolong jangan ganggu aku,k” balas Afi perlahan. Lantas dia baring dikatil bujangnya. Anis hanya memandang. Sempat dia mengakat bahu tanda tidak faham dengan tingkah temannya. Ah, biarkanlah dulu. Mungkin gaduh tu. Biasalah orang bercinta. Tak gaduh tak sah. Fikir Anis. Terus dia ke meja makan. Menyambung tugasnya yang tergendala sebentar tadi. Repot nak kena siapkan cepat. nanti tak pasal-pasal dia kena marah.

“aik, kereta siapa pulak tu?” Anis memanjangkan lehernya menjenguk bila telinganya menangkap bunyi enjin kereta yang berhenti di halaman rumah teres itu. Siapalah datang rumah petang-petang macam ni. Masz muncul di muka pintu dengan wajah sembab. Ada airmata yang masih mengalir di tubir matanya. Apa kena pulak yang ni?. Masz berjalan perlahan ke sofa. Dengan susah payah dia duduk. Anis menghampiri.

“kau kenapa ni?” soal Anis. Risau juga melihat keadaan temannya yang sarat itu.

“gaduh dengan Iqbal?” soal Anis lagi bila masz hanya terisak. Aduh…. Sukarnya. Perkara paling dia tak pandai buat. Pujuk orang menangis. Tension.

“Dia dah tak sayang aku” ucap masz dalam sendu.

“ni kenapa pulak? Tetiba cakap dah tak sayang. Dia buat apa?” soal Anis.

“sampai hati dia kecewakan aku” ucap masz lagi. Anis garu kepala. Apa yang perlu dia buat?. Biarkan atau pujuk?

“kau ada masalah apa ni? Cuba kau bincang elok-elok dengan dia. Kalau kau macam ni, masalah takkan selesai” pujuk Anis. Ada gaya perunding rumah tangga ni.

“tak ada apa nak dibincangkan lagi. Dia memang sengaja buat aku macam ni. Dia dah tak sayangkan aku. Ni anak dia ni, langsung tak peduli lagi. Kenapa dia buat aku macam ni” tersedu-sedu wanita itu berbicara. Terus kepalanya di sandarkan ke bahu Anis. Makin bertambah cengeng dia bila dah berbadan dua ni. Isk. Ni mesti kes emosi tak stabil. Biarkanlah dulu. Nanti dah reda marah mesti ok balik. Percayalah.

“kau nak aku call Iqbal? Kau bincang dengan dia” soal Anis perlahan. Takut juga nanti kena marah free. “kau jangan sesekali call dia. Kalau dia sayang aku, dia mesti datang sini.” Amboi, dalam sedih sempat lagi marah. Abis tengok jelah?.

“kalau tak cakap, mana dia tahu kau ada kat sini” sungguh Anis ni tak reti nak memujuk. Makin member tekanan pada orang je.

“biarkan je!” kena marah lagi. Sabar jelah. Nasib baiklah kau ni berbadan dua. Kalau tak dah lama aku tinggalkan kau nangis sorang-sorang. Orang nak tolong jual mahal. Bisik hati Anis geram. Anis diam. Terus jadi pemerhati. Lagi bagus. Entah apalah yang terjadi pada dua orang sahabatnya ini. Tunggu dan lihat saja. Putus hati Anis.

Bersambung

p/s : hikhikhikhik..... saat ni sy sdg t'snym m'genang reaksi msng2...... dan mungkin ketawa akn t'cetus slps ini...... crita ini hnya rekaan smata2.... xde kne m'gena ngsng dgn wtak sbnr... sbb kte mnusia hnya m'rencanakn.....m'imaginasikn...tp yg tntulah Dia yang satu.... k

AKU BENCI.....TAPI part 1


“kau ni kenapa Afi?” soal Anis pada teman serumah merangkap teman sekerjanya. Rungsing melihat rakannya itu kehulu kehilir mengusung hanset. Apa la yang best sangat hanset tu.

“Aidit ni la, dari tadi aku mesej bukannya nak balas. Tension aku” balas Afi geram.

“dia buzy la tu. Kan kilang dia baru je beroperasi. Mesti banyak yang dia nak buat. Kau kena faham” balasku.

“ aku pun banyak kerja. Tapi still boleh nak mesej dia. Aku tak suka betullah dia ni” Afi mengeluh lagi. Perlahan dia duduk di sofa sebelah Anis.

“tak suka tu jugak kau tunggu. Kahwin je la. Senang. Tengok kawan kita Si Masz tu. Dah selamat pun. Anak pun dah nak masuk 3. Kau tu, bila pulak? Orang suruh kawin banyak pulak alasan” bebel Anis pada Afi.

“abis kau tu dah kawin ke?” sindir Afi geram dan tension bercampur baur.

“aku lain la. Muka tak lawa. Mana ada yang nak” Anis merendah diri.

“alah kau tu yang jual mahal.” Balas Afi. Anis tersenyum tiba-tiba. Ada je idea nak balas cakap Afi.

“aku ada lagu untuk kau. Enggang sama enggang, biar pipit sama pipit. Senang hidup bujang mana pergi hati tak sakit” anis menyanyi riang.

“banyaklah kau. Kau tak bercinta, mana kau tahu. Ada banyak lebihnya orang bercinta ni.”

“alah. Bujang lagi best” balas Anis.

“dahlah. Minggu depan aku nak g pangkor. Jumpa Aidit tu” Anis terkejut.

“Aidit tahu?” soal Anis. Afi geleng.

“aku nak suprisekan dia” balas Afi tersenyum. Terbayang-bayang rancangannya di ruang mata. Mesti Aidit gembira dapat jumpa dia.

“beraninya. Kau nak g dengan sapa ni? Aku minggu depan kena balik kampong. Mak aku buat kenduri doa selamat”

“olor. Aku ingat nak ajak kau. Takkan nak ajak si masz pulak. Kang terberanak pulak mak buyung tu” balas Afi.

“tunda jelah. Minggu depan ikut aku balik kampong, k” balas Anis.

“aku dah beli tiket. Tak apa. Aku gi sorang. Aidit kan ada. Buat apa nak takut” Afi tersenyum.

“bahayalah” anis menegah.

“aku tahu la jaga diri. Kau jangan risau. Dahlah aku nak tidur. Nak mimpikan aidit.” Afi bangun. Terus menuju ke kamarnya. Anis hanya menggeleng kepala. Susah kalau tengah angau ni.

Akhirnya Afi tiba juga ke pulau Pangkor. Gembiranya rasa hati. Dah berbulan-bulan tak jumpa. Akhirnya. Pantas dia tengok alamat di tangan. Alamat rumah aidit yang memang sudah lama disimpan. Maklumlah nanti senang kalau tiba-tiba nak datang. Terus Afi tahan sebuah teksi.

“pak cik tolong hantar saya ke alamt ni ye” pemandu teksi sekadar angguk. Sepanjang perjalanan Afi memerhatikan suasana pulau yang cukup cantik.

“Cik, kita dah sampai.” Tiba-tiba pemandu teksi bersuara. memecahkan keasyikan Afi.

“oh. Terima kasih pak cik” balas Afi sambil menghulurkan wang tambang. Afi keluar dari perut kereta. Wah. Besarnya rumah. Alhamdulillah berkat usaha bertahun-tahun menjual burger, akhirnya kekasih kesayangannya itu mampu mengeluarkan burger jenama sendiri. Siap ada kilang proses daging burger lagi. Mmm…. I bangga. Afi melangkah menghampiri pagar besar yang cukup gah itu. Belum sempat loceng ditekan, Afi terpandang Aidit yang baru keluar dari pintu besar sambil menjinjit briefcase. Afi tersenyum. Dia ingin memanggil Aidit. Rindu terasa menggunung saat itu. Namun,

“Abang, nanti balik pukul berapa?” soal seorang wanita muda yang melangkah menghampiri Aidit yang sedang membuka pintu kereta. Afi pandang di pangkuan wanita itu. Bayi kecil.

“tak tahu lagi. Kenapa?”

“Along ajak pergi jalan. Ana ingat kalau abang balik awal boleh ajak dia jalan-jalan.” Afi masih terdengar suara wanita bernama Ana itu. Siapa dia?.

“tengoklah. Kalau kerja abang cepat siap, abang balik cepat. Tapi tak janji” balas aidit.

“yelah.”

“papa” kemudian seorang anak kecil lingkungan 3 tahun pula keluar. Di tangannya menjinjit patung Barbie.

“Along nak apa?” soal Aidit.

“na..coklat” minta anak kecil itu dengan suara yang agak pelat. Lantas aidit mendukungnya.

“nanti papa belikan ye. Dahlah. Papa dah lambat. Papa pergi dulu” aidit kucup kedua belah pipi anak kecil itu kemudian di turunkan kembali dari dukungannya. Afi pandang lagi. Ana hulurkan tangan bersalaman dengan Aidit. Tangan Aidit dikucup. Persis sebuah keluarga yang bahagia. Apa semua ni. Siapa yang terkejut? Aku atau aidit. Afi lantas berlindung dibalik pohon mempelam di luar pagar rumah aidit saat kereta aidit melewati pagar. Perlahan airmata Afi mengalir. Sampai hati kau tipu aku, Aidit.

bersambung

p/s : khas bt sahabatku.... sori kps semua yg tgh tnggu wrna htiku..... lain kali yer.... hari ni hari karya utk b'shbt...kihkihkih

Monday, March 21, 2011

WARNA HATIKU 35


Aku melangkah ke dapur. Berhajat untuk meneguk segelas air. Hausnya malam ni. Suasana mula sunyi. Semua sudah tidur agaknya. Tentulah penat datang dari jauh. Langkahku terhenti. Tg Ismail ada di situ. Tercari-cari sesuatu di kabinet dapur. Isk.. nak panggil apa ye. uncle? Abah?. Pening. Pertama kali aku terfikir gelaran yang sesuai untuk bapa mertuaku. Entah jin mana merasuk akalku hingga bibir terasa canggung memanggilnya uncleseperti dahulu.

“ehem” aku berdehem. Tg Ismail berpaling.

“tak tidur lagi?” soalnya. Aku geleng.

“Abah cari apa?” akhirnya terlontar juga perkataan itu. tak ada la payah sangat. Lagi simple. Tak berbelit lidah nak speaking.

“cari kopi. Tapi tak jumpa pulak” ucapnya. Aku tersenyum. Macam Tg Iskandar juga. Suka minum kopi.

“Abah duduk la. Sya buatkan” ucapku. Lantas aku mengambil alih tempatnya mencari serbuk kopi. Terus aku bancuhkan kopi untuk Tg Ismail.

“Terima kasih” aku angguk.

“Minumlah”

“sedap kopi ni. Pandai Sya buat” aku tersenyum lagi. Sebenarnya aku segan untuk berada lama di situ. Tapi tak manis pulak tinggalkan tetamu.

“Abah” aku memanggil. Tg Ismail pandang wajahku.

“Abah masih marahkan Sya dengan Is?” soalku perlahan. Tg Ismail terdiam sejenak.

“tak” jawab Tg Ismail.

“Abah dah maafkan Sya dengan Is” soalku lagi.

“Kamu betul-betul nak berpisah?” soalanku dibalas dengan soalan. Susahnya nak jawab.

“Sya tak ada hak nak halang kebahagiaan Is.” Balasku.

“kebahagiaan Sya?”

“Sya akan cari nanti. Abah izinkan Is kahwin dengan Linda?” soalku.

“Abah takkan sesekali terima dia. Abah dah lama makan garam. Abah tahu yang mana baik dan buruk untuk anak abah.” Tegas Tg Iskandar.

“kadang-kadang, yang buruk itu boleh diubah jadi baik. Kita takkan tahu kalau tak cuba kan?” ucapku lembut.

“kalau betul boleh diubah, dari dulu lagi dia dah berubah. Is kenal dia bukan setahun dua, dah 5 tahun. Tak ada seinci pun berubahan yang berlaku. Masih jugak macam tu abah tengok. Abah tak fahamlah kenapa Is tu suka sangat perempuan macam tu.” Amboi, memang betul-betul tak suka ni. Lelaki mana tak suka perempuan cantik, bah. Tapi cakap dalam hati je. takut lelaki kat depan ni terasa pulak.

“Sya Cuma nak Is bahagia dengan pilihan dia” aku cuba berterus-terang.

“Abah yakin Is akan bahagia dengan Sya” aku geleng.

“Sya tak layak. Sya bukan isteri yang baik” akuiku.

“Tapi abah nampak kebaikan Sya. Sya sendiri cakap yang buruk itu boleh diubah jadi baik. Sya pun dah buktikan” Pandai Tg Ismail memutar kata-kata. Terkunci seketika mulutku.

“Tapi Sya bukan pilihan Is”

“kamu berdua dah kahwin. Semua terpulang pada Sya. Kami sudah sediakan kapal yang terbaik untuk kamu berdua. Kamu berdua yang akan mengemudinya. Kamu yang tentukan hala tuju kapal itu. kalau tidak berhati-hati pasti akan karam. Tapi kalau kamu pandai mengemudi pasti akan sampai ke tempat dituju. Samalah dengan perkahwinan ni. Sya faham maksud Abah?” aku angguk faham.

“keputusan ada di tangan Is. Sya berserah pada takdir”

“Jangan macam tu Sya. Berusaha dahulu baru bertawakal. Jangan mengalah sebelum berbuat apa-apa. Nanti Sya akan menyesal. Sya sayang Is tak?” soal Tg Ismail. Tepat mata tua itu menikam anak mataku. Aku tunduk.

“Sya tak layak” ada airmata terbit di tubir mata. betapa aku berasa rendah diri. Siapa aku untuk digandingkan dengan lelaki sebaik Tg Iskandar. Aku tiada apa-apa.

“siapa kata menantu abah tak layak? Sebab Sya layaklah abah pilih Sya untuk Is. Lagipun menantu abah nampaknya dah banyak berubah. Abah rasa senang sangat tengok Sya dah bertudung. Alhamdulillah” puji Tg Ismail. Perlahan airmataku seka. Aku tersenyum senang.

“Abah kena janji sesuatu dengan Sya”

“janji apa?” soal Tg Ismail.

“walau apapun jadi, promise, abah takkan marahkan Is. Abah akan terima siapa pun pilihan dia dan tolong jangan buang Sya dari keluarga abah walau apapun jadi. Promise?” aku memandang Tg Ismail.

“syarat ketiga, abah janji. Syarat kedua pun abah terima asalkan bukan dengan Linda. Syarat pertama akan dipertimbangkan” balas Tg Ismial.

“demi Sya, abah tolong terima Linda. Dia je yang boleh bahagiakan Is”

“kenapa perlu Sya beria-ria untuk kebahagian Is?”

“itu je yang Sya mampu lakukan untuk dia. dia dah terlalu banyak bekorban. Abah tak kesiankan Is ke?” balasku.

“Is beruntung dapat Sya jadi isteri. Kalau itu yang Sya nak, abah promise. Kalau apa-apa jadi, Sya yang kena bertanggungjawab” balas Tg Ismail serius. Agaknya kata-kataku menyentuh hati tuanya. Aku ukir senyuman.

“insyaallah segalanya akan berjalan lancar” balasku.

“abah pun harap macam tu”

“dahlah. Abah naik dulu. Nanti tercari-cari pulak ibu kamu. Yelah bantal peluk tak ada” selorah tg Ismail. Aku tergelak kecil. Amboi romantiknya. Terus Tg Ismail bangun. Melangkah perlahan. Langkahnya terhenti. Dia berpaling padaku.

“jadilah isteri dan ibu yang baik untuk anak dan bakal cucu abah ye. Abah selalu doakan rumah tangga kamu kekal dunia akhirat. Assalamualaikum” aku terkedu dengan kata-kata itu. sungguh aku terharu. Walau sejahat mana kelakuaan aku, tapi Tg Ismail tetap menerima dan mendoakan kebahagiaan aku. Beruntungnya aku. Tapi mampu ke aku kemudi kapalku hingga sampai ke destinasi sedangkan kapalku sudah makin jauh tersasar.

“Is minta maaf pa. Is gagal jalankan amanah papa” aku dengar suara orang berbicara di beranda depan ruang rehat. Perlahan aku menapak ke situ. Dua lelaki sedang memandang langit gelap.

“Papa yang patut minta maaf. Menyusahkan hidup Is” suara papa kedengaran.

“Is tak kisah.”

“kalau tak kisah, kenapa nak bercerai? Kenapa nak kahwin dengan Linda?” soal Papa. Aku lihat Tg Iskandar mengeluh.

“Is tak ada jawapan untuk itu. Cuma Is rasa hati Is tak mampu berubah” balas Tg Iskandar. Setianya dia.

“papa minta maaf. Kami dah banyak susahkan Is. Kalau bukan sebab papa, Is tentu dah bahagia dengan kekasih Is”

“papa tak perlu minta maaf. Semua ni dah takdir. Jodoh Is dengan Sya. Tapi kami yang tak boleh nak teruskan perkahwinan ni. Takkan selamanya kami nak macam ni” balas Tg Iskandar. Kalaulah ada ruang untuk aku baiki segalanya.

“Fikirlah masak-masak. Papa takkan halang lagi keputusan kamu. Papa hormati. Walau apapun terjadi, papa nak ucap terima kasih banyak-banyak. Is dah berjaya jalankan tanggungjawab yang papa abaikan selama ni. Papa gembira tengok Risya sekarang. Itulah yang papa harapkan bila meminta abah kamu menjodohkan kamu berdua. Papa tak mampu lakukan. Tapi Is dah berjaya. Terima kasih” ucap papa. Perlahan airmataku menitis. Terharu. Betapa selama ini papa sembunyikan rasa sayang itu. kenapa papa tidak katakan saya, papa sayangkan Sya. Papa nak anak papa jadi insan yang baik. Susah sangat ke pa? Aku bermonolog sendiri.

“semua tu datang atas kehendak dia sendiri. Is tak buat apa-apa. Dia tentu gembira kalau tahu papa dia bangga dengan perubahan dia” balas Tg Iskandar. Sungguh. Pertama kali dalam hidupku, rasa bahagia, gembira yang melonjak-lonjak. Tidak pernah sekali pun pujian terbit dari bibir papa untukku. Walaupun pujian itu tidak dilafazkan padaku, sekurang-kurangnya aku tahu, aku dah jadi anak yang dibanggakan.

“Risya anak yang baik. Tapi silap papa terlalu keras mendidiknya. Hingga papa sendiri tidak mampu membentuknya.” Saat itu ingin saja aku dakap tubuh papa. Tapi kakiku bagai dipaku di situ.

“lupakanlah yang dah lepas. Risya hari ni dah tak sama dengan dulu. Papa boleh hangatkan balik hubungan yang dingin tu kan”

“i hope so” balas papa. Aku angkat kaki untuk tinggalkan tempat itu sebelum kehadiranku di sedari. Tapi.

“Is harap papa faham dengan keadaan Is. Is dah cuba, tapi Is tak boleh nak anggap Sya lebih dari kawan. Is serahkan segalanya pada takdir. Is minta maaf sebab kecewakan papa dan semua orang.” Kata-kata Tg Iskandar menghentikan langkahku. Menyentapkan jantungku. Aku benar-benar yakin kini, kedudukan aku dihati Tg Iskandar tidak lebih dari seorang kawan.

“tapi papa tetap berharap dan berdoa suatu hari nanti Is dan Sya akan beri papa cucu” balas papa. Harapan yang sama. Tapi harapan itu bakal menjadi impian semata-mata. mana mungkin lelaki itu menyentuh aku sedangkan dihatinya penuh dengan bayang Linda. Tak mungkin dia jadi pengkhianat. Kesetiaannya bukan sekejab. Bertahun menunggu. Aku rela Is. Aku betul-betul rela kau tinggalkan aku asalkan kau jumpa bahagia yang kau cari. Terus aku melangkah ke kamar. Airmata deras mengalir membasahi hati yang terluka. Kalaulah aku tidak mendengar kata-kata itu, pasti lukanya tidak separah ini.


p/s : saat yg sngt buzy muncul lg..... mybe nani xdpt nk post new entry dlm mse t'dkt ni n mybe b'lrtn smpi sbln.... sgt2 bzy.... tp kli da mse nani akn post jgk... tgk la pd keadaan... so korg jgn sedey2... insyaallah 6t akan ada smbngnnye ble keadaan da beransur reda......hihihihi

Wednesday, March 16, 2011

WARNA HATIKU 34


Hari ini, aku terasa kelainan. Keriuhan di bilikku mengejutkanku dari lena. Aku lihat Tg Ismail dan Tg Maimun tersenyum memandangku ketika aku membuka mata.

“bila uncle dan auntie sampai?” soalku.

“baru lagi. Is, telefon cakap sya tak sihat. Tu Abah dan ibu datang”ujar Tg Ismail tenang. Sudah hilangkah marah dihatinya. Aku berasa terharu dengan keprihatinannya. Kenapa papa dan mama tak begitu.

“kenapa ni? Tak suka ibu dan abah datang?”soal Tg Maimun. Aku geleng. Aku hadiahkan senyuman ikhlas buat ibu bapa Tg Iskandar. Lembut tutur kata mereka menghantar damai dikolam hatiku.

“Sya,” aku berpaling ke pintu. Papa dan mama ada di situ. Entah knp airmata jth ke pipi. Baru skrg mama papa dtg apabila aku sakit. Betapa aku dahagakan kasih dari mama dan papa.

“sya ok?”soal mama. Dia duduk di birai katil. Rambutku di belai lmbt. Ah, betapa aku inginkan belaian ini. Ya tuhan, betapa ku bersyukur padamu.

“bila mama dan papa sampai”soalku sambil mengesat airmata.

“sama dengan abah dan ibu. Kami datang nak melancong.” Melancong?jadi papa dan mama bukan berniat untuk melawatku. Aku sedih. Mengapa mama tidak mahu mengambil hatiku walaupun sekali.

“tapi tujuan sebenar tentulah nak tengok keadaan sya dan is”ujar mama menyedapkan hatiku. Aku kuntumkan juga senyuman buat mama. Namun nyata begitu pahit

“kamu berdua dah berbaik ye? jadi rancangan tu tak jadi lah?” soal papa tiba-tiba. Aku pandang papa kemudian beralih pada yang lain. Semua seperti menunggu jawapan dariku.

“adik ngan angah tak datang?”soalku mengalihkan topik. Aku tiada hak untuk berkata apa-apa. Biar Tg Iskandar membuat keputusan. Aku nampak papa mengeluh. Entah apa yang berada dalam fikirannya saat ini.

“datang. Dengan Is tadi pergi cafe. Is beritahu mama sya tak ada selera nak makan. Ni mama ada bawakan makanan kegemaran sya.”mama menunjukkan bekas yang berisi nasi goreng ayam kegemaran. Terharunya. Tak sangka hajatku benar-benar ditunaikan

“terima kasih mama”ucapku.

“makanlah”papa bersuara. Dari tadi dia hanya memandang. Aku menurut. Baru beberapa suap aku sudah menolak. Langsung tiada selera.

“kakak!!!”aku berpaling lagi. Kali ini senyuman melebar dibibir. Adik-adik yang ku rindui. Pantas aku mendakap mereka. Lama.

“adik sihat?”soalku pada puteri Aisyah.

“sihat”

“Angah?”soalku pada Puteri Balqis pula. Adikku itu hanya angguk. Faham benar aku dengan Puteri Balqis yang pendiam.

Mataku kemudian melilau mencari kelibat Tg i\Iskandar. Hari ini aku langsung tak nampak mukanya. Rindu pulak rasanya.

“Along cari apa?”soal Puteri Aisyah.

“Abang Is balik dengan adik dia. Doktor cakap kakak dah boleh keluar petang ni”ujar Puteri Balqis bagai mengerti apa yg tersirat di fikiran.

“Dah rindu ke?” soal Tg Ismail. Entah kenapa aku terasa seperti satu sindirin.

“Is macam mana? Dia layan Sya dengan baik ke?”soal Tg Maimun mengubah tajuk perbualan. Terasa segan pula bila soalan itu yang disoal. Dulu aku jugak yang berkurang ajar dengan diorang. Tapi sekarang, baiknya ibu dan abah Is. Aku benar-benar berasa malu. Lambat-lambat aku angguk.

“ibu lega dengar kalau macam tu. Kalau Is buat hal, bagi tahu ibu. Tahulah ibu nak buat macam mana”ujar Tg Maimun. Aku sekadar tersenyum menutup rasa malu yang menggunung. Sungguh selama ini aku jadi manusia yang sombong. Melebal orang tanpa tahu asal usulnya. Rasa bersalah menggunung saat itu. kalau aku tahu keluarga Tg Iskandar begini, dari dulu lagi aku cuba untuk menerimanya.

**********************************************************

Kedua-dua keluarga ingin menghabiskan masa seminggu di Terengganu. Melancong semperna cuti sekolah. Papa dan mama dah tak sibuk agaknya. Aku mula mengenali keluarga Tg iskandar. Sedikit demi sedikit aku memahami siapa suamiku. Dia mempunyai keluarga besar. Merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarganya. Yang paling aku tak sangka dia juga anak sulong. Patutlah dia ni jenis bertanggungjawab terlebih. Tg Iskandar ada 5 orang adik. Semuanya sudah besar-besar. 3 orang adik perempuannya sudah berkahwin. Yang masih bujang hanyalah adik bongsunya yang sebaya dengan adikku, Puteri Balqis. Ramah betul mereka sekeluarga. Nampak amat mesra hingga aku berasa begitu cemburu melihat keakraban mereka dengan Tg Ismail dan Tg Maimun. Penuh banglo kami dengan kehadiran mereka. Harmoninya rumah dengan gelak ketawa. Terasa macam aku dan Tg Iskandar sepasang suami isteri yang dikelilingi keluarga yang cukup bahagia saat itu. tak aku nafikan hatiku berbunga riang. Berbesar hati menerima kehadiran mereka di sini.

“hai kakak”sapa Tg Diana adik bongsu Tg Iskandar.

“kenapa diam je. duduk jauh-jauh. Tak suka kami kat sini?”soalnya begitu ramah.

“mana ada. Akak seronok. Tapi tak ada apa nak cakap”jawabku ringkas. Aku memandang kehadapan. Lautan yang terbentang. Kami memanggang ayam di belakang rumah yang menghadap laut. Aku duduk di tempat yang agak tersorok. Masih terasa tidak sedap badan. Membiarkan keluarga yang lain berseronok.

“kakak ni cantik la”puji Tg Diana memancing ku untuk berbual.

“mana ada. Kakak biasa je. Diana lagi cantik” aku senyum padanya menghargai pujiannya.

“Diana cakap betul ni. Kekasih abang, opss, i mean ex abg Is pun tak secantik kakak” aku pandang Tg Diana. Agak tertarik dengan kata-katanya.

“Diana pun tahu abang ada kekasih sebelum kahwin dengan kakak?” Tg Diana senyum. Lantas dia angguk.

“abang pernah bawa balik. Tunjuk kat abah dengan ibu. Tapi abah tak suka. Diana pun tak suka. Mengada-ngada sangat”cerita Tg Diana.

“Diana suka kakak?”soalku ingin mengujinya.

“suka”

“kenapa?”

“entah. Kakak cantik kot. Tak macam Linda tu. Masa kahwin tak sempat tengok akak. Tapi Diana tengok gambar kakak. Cantik. Kakak pergi mana hari tu? Kenapa lari? Tak suka kat abag Diana ye?”soal tg Diana. Banyak pulak soalannya. Aku gelak. Aku pun tak tahu nak jawab apa.

“kakak tak tahu nak jawab yang mana satu. Tapi akak jawab yang termampu jelah ye. akak tak kemana. Saja nak bersiar-siar” jawapanku separuh bergurau.

“habis tu kenapa kakak tak ada? Kakak tak suka kahwin dengan abang ke?” banyak songeh betul budak ni. Kenapalah tanya soalan yang aku tak nak jawab banyak kali.

“kalau berkait dengan soal hati dan perasaan ni susah akak nak terangkan. Suatu hari nanti Diana akan faham jugak sebabnya. Asyik soal akak je. Diana macamna? Dah ada buah hati?”soalku.

“tak ada yg berkenan”

“Diana jual mahal kot”

“mana ada. Lagipun Diana baru habis exam. Muda lagi ni”senda Tg Diana.

“oklah akak, Diana nak gi tolong diaorang. Bye. Nanti datang makan bila Diana panggil tau”ujar Tg Diana riang. Aku hanya angguk. Memandang kembali ke laut. Sejuknya malam-malam macam ni. Terasa seram sejuk tubuhku mendengar desiran angin. Tiba-tiba aku terasa tubuhku di balut dengan sweater. Aku berpaling. Tg Iskandar.

“sejuk kat sini. Kau kan tak sihat lagi.”dia duduk di sebelahku.

“thanks”ucapku perlahan. Ingatkan dah lupakan aku bila bersama adik-adiknya.

“jomlah ke sana. Semua orang dah nak makan”

“aku tak ada selera”jawabku bersahaja.

“kau ni knp? Mama dan papa datang pun tak gembira.” Aku langsung tidak seronok dengan kehadiran papa dan mama. Mama dan papa hipokrit. Hanya mahu menunjuk-nunjuk di depan besan yang mereka mengambil berat pasalku. Perlahan aku geleng.

“habis itu? kenapa duduk sorang-sorang kat sini?”

“saja. Aku rasa tak sihat” ucapku. Alasan itu lebih baik rasanya.

“takkan demam balik?” pantas sahaja tangannya merayap ke dahiku. Aku tarik tangan Tg Iskandar.

“taklah. Mungkin baru keluar hospital kot.”

“kita masuk rehat k” kenapa perlu dia terlalu ambil berat mengenaiku. Aku geleng.

“tak apalah. Tak elok pulak kalau tinggalkan tetamu” balasku. Tg Iskandar tersenyum.

“kalau macam tu, jomlah kita pergi sana. Makan-makan. Kat sini sejuk. Tak elok untuk kau” Tg Iskandar bangun. Dihulurkan tangannya padaku. Perlahan aku menyambut hulurannya. Terus dia memimpin aku ke arah meja makan tidak jauh dari situ. Aku perasan ada senyuman di bibir ibu bapa kami. Tapi adakah senyuman itu akan kekal kerana aku bimbang jika senyuman itu bakal menjadi tangisan.

p/s : sori lme m'nunggu.....