THANK YOU

Monday, April 30, 2012

Janji, Kau sayang Aku 3


“ Alia marilah sini.” Panggil Acik Su. Alia yang sedang khusyuk mengadap novel barunya berpaling pada Acik Su. Terus dia mengangkat punggung melangkah malas ke arah Acik Su dan mamanya.

“Ada apa?” soal Alia.

“marilah makan. Dari tadi sibuk dengan novel tu” Alia tersengih. Memang diakui dia hantu novel. Pantang jumpa novel yang best mesti dah tak hiraukan benda lain.

“Anak akak ni memang macam tu Su. Sibuk dengan bukunya” balas mama.

“kita datang nak berkhemah, Lia. Simpanlah dulu buku tu. Lain kali boleh baca.” Pujuk Acik Su. Alia hanya mampu tersenyum. Dia pandang ke kanan. Kelihatan papa dan pak Cik Omar sibuk berbual sambil memancing.

“Abang mana ma?” soal Alia.

“entahlah tadi ada. Dengan Zulika kot” ucap mama. Hai sejak abang dah ada bertunang ni, banyak masa dihabiskan dengan tunangnya. Aku ni dah tak ada makna agaknya untuk dia’ ada rasa cemburu dihati Alia.

“Harith bila nak sampai?” soal mama pada Acik Su. Lebih baik jangan datang terus.

“katanya dah dekat. Kejab lagi sampailah tu” balas Acik Su.

“Assalamualaikum Mama” tiba-tiba ada suara garau dari belakang memberi salam.

“panjang umur kamu Harith. Kami baru je sebut.” Mama tersenyum. Menyampah. Guman hati Alia. Langsung dia tidak berpaling. Diambil sekeping roti yang sudah siap disapu mayonis dipinggan lalu di suap ke mulut.

“ma, kenalkan ni kawan Harith, Qistina” ucap harith. Rasa bagai nak tercekik mendengar Harith memperkenalkan seorang perempuan pada mamanya. Terus Alia berpaling. Di pandang wanita yang anggun di sisi Harith. Cantik. Rambut panjang beralun lembut disapa angin.

“apa khabar mak cik.” Terus Qistina menyalami tangan Acik Su. Lepastu tangan mama.

“ni Acik Lin, jiran I dan ni Alia” Harith mengenalkan Alia pada Qistina. Perlahan Alia sambut huluran tangan Qistina.

“Nice to meet you” ucap Qistina. Alia maniskan muka. Dia pamerkan senyuman.

“dah lama kenal Harith?” soal mama.

“sejak dari university lagi” balas Qistina ringkas. Hati Alia sudah tidak selesa untuk terus berada di situ. Kenapa hati aku laju sangat berdegup ni. Ada rasa lain macam pulak dalam hati ni. Terus Alia bangun.

“Alia nak kemana?” soal Acik Su.

“sana. Nak baca novel” Alia tuding jari ke arah batu besar. Terus dia melangkah ke situ tanpa menunggu keizinan dari mama atau Acik Su.

Alia termenung sendiri. Sesekali keluar keluhan berat dari bibirnya. Sunyi. Itulah yang dirasakan sekarang. Dari atas batu besar dia memandang ke bawah. Semua ada pasangan. Dia saja yang sendiri. Abang asyik berkepit dengan tunangnya. Harith pula tak berenggang langsung dengan Qistina. Mama dan Acik Su sibuk layan hubby masing-masing. Alia?? Tak ada siapa nak layan. Di pandang novel ditangan. Baru separuh dibaca. Dia sudah tiada mood. Sunyinya. Alia bangun. Terus berjalan ke arah batu yang agak tersorok. Sedang sibuk dia mengelamun.

“hei, kenapa ni. Sorang-sorang kat sini” Asyraf menegur. Dia mengcangkung dibelakang Alia. Alia diam. Merajuk.

“Abang tanya ni. Alia dengar tak?” soal Asyraf.

“kenapa datang sini?” soal Alia.

“hi sejak bila pulak abang tak boleh datang dekat Alia ni” Asyraf tahu adiknya merajuk. Kerana terlalu seronok bersama Zulika dia terlupa pada adiknya.

“dahlah. Baik abang pergi. Biar je Alia sorang-sorang kat sini” ucap Alia.

“kenapa adik abang jadi sensitive sangat ni”
“ Alia cakap pergi” keras suara Alia. Dia tidak mahu menunjukkan rasa sedihnya pada Asyraf.

“ok. Lia tak menyesal ni. Abang pergi” terus Asyraf bangun. Malas hendak melayan angin adiknya. Datang bulanlah tu. Bisik hatinya. Perlahan airmata Alia mengalir. Kenapa abang dah tak macam dulu. Kenapa tak pujuk aku. Tiba-tiba terasa bahunya disentuh.

“pergi. Alia cakap pergi. Jangan kacau Alia. Alia tak nak abang datang dekat dengan Alia. Alia tahu, Alia dah tak guna untuk abang. Abang dah tak sayangkan Alia lagi. Abang selfish. Alia benci abang” marah Alia. Geram dihati dilepaskan. Suaranya mula serak. Alia tahu asyraf masih berdiri dibelakangnya

“semua tak pedulikan Alia. Biarkan Alia sorang-sorang. Alia tak suka.” Marahnya lagi.

“ooo mentang-mentang dah ada Zulikha, abang buat tak tahu je kat Alia ye. Alia tak nak tolong abang buat persiapan kahwin. Abang buatlah sorang-sorang.” Alia sudah mula mengarut. Nilah kalau dah marah. Semua benda keluar dari bibir comelnya. Marahkan nyamuk kelambu habis dibakar.

“Cik Alia. Yang awak marah sangat ni kenapa?” serta merta tangisan Alia terhenti. Alamak. Kantoi. Malunya. Terus airmata yang mengalir laju dilap dengan telapak tangan. Dia berpaling. Harith memandangnya pelik. Dia tahu lelaki itu mengejeknya. Suka merajuk rupanya. Aku tahu kau ketawakan aku harith. Mama alia malu’ teriak Alia dalam hati. Kalau boleh dia mahu menyembunyikan wajahnya saat itu juga.

“kau buat apa kat sini, hah?”berdongkol hati Alia.

“mama suruh panggil makan. Yang kau menangis ni kenapa?” soal Harith lagi. Kura-kura dalam perahu betul.

“jangan menyibuklah” Alia menjeling.

“tak sangka orang macam kau ni tahu menangis. Berita hangat ni. Ala… kesiannya.” Harith sudah ketawa kuat sambil tangannya menyentuh pipiku. Pantas saja aku menepis.

“diamlah.”

“mama…. Alia…” sengaja Harith menguatkan suaranya. Cepat-ceat Alia menekup mulut Harith. Dia malu kalau semua orang tahu.

“diamlah, bodoh” kan dah kena tempelak sebijik.

“Alia, Harith marilah makan ni”panggil mama.

“kejab ma” laung Alia. Alia terintai-intai kearah kelompok keluarganya.

“aww sakitlah” terus Alia larikan tangannya dari mulut Harith. Jari comelnye digigit oleh lelaki itu. Kurang asam boi betul Harith ni.

“siapa suruh tutup mulut aku” Alia pandang Harith geram. Terus Harith berlalu ke arah khemah mereka.

“Alia kenapa ni?” Ada juga yang perasan rupanya. Acik Su menghampiri. Memeluk perlahan bahunya.

“apa Harith dah buat kat Alia. Cakap kat Acik”

“apa ni, ma. Harith tak buat apa-apa pun kat dia” Harith membela. Ada senyuman sinis terukir dibir Alia. Peluang ni.

“kenapa ni?” soal mama. Alia hanya diam. Terus dia masuk ke khemah. Acik Su dan mama pandang Harith.

“Harith tak buat apa-apa pun kat dia.” Bagai seorang pesalah Harith membela diri. Alia menutup mulut menahan ketawa. Padan muka kau.

p/s : lama x post.... sorry la ye... duk sibuk kaji politik Malaysia..... hahahaha...... lalu berfikir.... masih amankah hari esok?.... masih mampukah sy berkarya dengan tenang seperti hari ini.... n masih mampukah pembaca2 blog saya membaca blog dengan tenang?????..... sedih tengok org2 kita b'pecah belah... berpuak2.... berbeza2 fhman angkara politik.....

1 comment:

noorhayaty85 said...

BEST2...smbung lh lg nani..jgn tutup blog ni...