THANK YOU

Wednesday, August 17, 2011

my boss my love 3

“Lin?” aku angguk. Cam terkejut sangat je bunyinya. Apa kenalah dengan orang tua ni. Tengku Hairil hanya tersenyum.

“Tengku, apa khabar” sapaku. Takkanlah muka aku ni Tengku badariah dah tak kenal.

“Airil, sini kejab” Tengku badariah tarik tangan anaknya pergi agak jauh dariku. Ramai pulak orang-orang kaya kat sini. Bikin ati gua resah kalau begini. Aduh.

“Aril serius?” soal Tengku Badriah. Sungguh dia terkejut bukan sedikit dengan calon anaknya.

“yes.” Ucap Tengku Hairil tersenyum lebar.

“you promise me, mom. Aril dah bawa calon menantu mama.”

“entah-entah Aril dah berpakat dengan Lin tak?”

“mana ada. Dah Aril sukakan Lin. Bonda juga cakap tak kisah siapa pilihan Aril”

“yes. Tapi takkan Lin?” Tengku Hairil hanya mengukirkan senyuman. Rancangannya menjadi. Dia tahu bondanya tidak akan memilih menantu yang tidak tahu menjaga penampilan diri seperti setiausahanya.

“so, bonda. Macam mana? Bonda tak boleh lagi aturkan hidup Aril, k”ucap Tengku Hairil.

“k. bonda setuju. Bila nak buat majlis. Apa kata kalau hujung bulan ni Aril dengan Lin bertunang” ucap Tengku Badriah. Aku yang duduk tak sampai 3 meter, rasa nak pitam mendengarnya. Bertunang dengan bos tu. Siapa yang tak kena sawan dengar. Hari tu kata temankan saja. Ni dah kes berat ni.

“Lin ! mari sini” panggil Tengku Badriah.

“kamu macam mana Lin. Hujung bulan ni bonda datang rumah Lin ye. Bincang pasal pertunangan Lin dan Aril.” Aku terpinga-pinga. Tak tahu nak kata apa.

“Lin” panggil Tengku Badriah. Aku pandang Tengku Hairil. Dia bagi isyarat mata pulak. Isk….

“sebenarnya…..sebenarnya, Lin tak ready lagi. Lin nak kerja dulu” jawabku. Hentam sajala labu.

“tak sedia?. Hairil?”

“bagilah Lin masa sikit, bonda.” Ucap Tengku Hairil. Tengku Badriah mengeluh. Tahu sangat perangai Hairil yang suka mengelak bila dibicarakan mengenai perkahwinan. Entah apa yang merasuk diri anaknya itu sampai tidak mahu menamatkan zaman bujangnya.

“ok. Bonda boleh bagi masa. Bonda nak tahun ni jugak langsungnya. Jangan buat bonda ternanti-nanti” balas tengku Badriah. Terus wanita itu berlalu. What? Muka aku terasa kebas. Pucat. T’kejut kot. Takkan la tetiba pulak aku nak kena kahwin dengan mamat b’darah sejuk ni. Isk…. Mainan apa ni?

“apa semua ni?” soalku geram.

“jangan banyak cakap” balas Tengku hairil. Dia suruh aku jangan banyak cakap?. Banyak cantik muka dia.

“saya nak balik” balasku. Kalau dah tak nak bagi aku cakap, baik aku balik. Lepaskan marah kat patung bear aku. Belum sempat aku melangkah, tanganku pantas di tarik ke satu sudut dewan yang agak terasing.

“I can explain”

“saya tak nak dengar penerangan Bos. Sekarang ni saya nak bos hentikan semua ni. Sama ada bos pergi cakap dengan bonda bos atau biar saya je yang pergi bagitahu yang boss just main-main je.” ucapku lancar. Tak pernah aku selancar ni bila berbicara dengan bos.

“amboi. Dah pandai nak melawan ye” ucap bos macam biasalah dengan gaya diktatornya bila bercakap.

“ ni bukan soal lawan ke apa. soalnya sekarang bos dah bohong pada saya” ni nak ajak gaduh ni.

“Lin, baik awak diam” tegas je kata-kata bos.

“kalau saya tak nak” aku melawan. Pantas Tengku Hairil mengepung badanku dengan kedua belah tangan sasanya. Terkejut beruk aku dibuatnya. Apa pulak mamat ni. Sewel ke?. Dia ingat aku bini dia ke nak main kepung-kepung pulak?.

“tahu pun diam. Kau ikut je cakap aku. Tahu la aku apa nak buat” bisiknya. Aku diam. Tidak terkutik. Sebenarnya aku rasa seram sejuk dengan bos ni. Eeiiii….. nasib la aku dapat bos yang misteri ni. Kalau misteri tak ganggu orang tak apa. Ni memang misteri nusantara wooo… seram habis. Asyik kenakan aku je. Mentang-mentang aku setiausaha yang paling baik. Ooo nak pijak kepala ye. Geram.

“Lin kan dah nak jadi menantu bonda. Jadi sekarang bonda nak Lin belajar jadi wanita yang elegen. Pandai bergaya macam bonda. k” Tengku Badriah tersenyum memandangku yang kebingungan. Tangan aku terus di tarik masuk ke butik mewah itu. Fuh. Sepanjang hidup aku tak pernah pulak aku berhajat nak pergi tempat-tempat mahal tapi merimaskan ni.

“Sally. You boleh tolong I kan” Tengku Badriah tersenyum. Baik betullah bonda ni. Tak kisah berhabis duit untuk perempuan macam aku. Ni belum jadi menantu ni. Kalau dah jadi menantu, mahunya di berikan syarikat dia kat aku…hahahahaha…. Berangan lagi untuk ke seribu kali.

“kerja senang Tengku. Serahkan je pada i. tahulah apa I nak buat kat bakal menantu you ni” Salina tersenyum. Terus dia tarik tangan aku mengikutnya. Jenuh aku kena kaunseling dengan si Sally ni. Macam-macam nasihat yang dia bagi. Kena pakai macam ni la. Tudung pulak buat jambul cam bunga, buat sempang cam rama-rama dan bla…bla…bla…. Berat telinga aku dengar. Aku ok pe. Simple.

“you tengok baik-baik I solek ni. Nanti you buat sendiri kat rumah. Senang je” terus muka aku diletak warna-warna cam badut sarkas. Apa-apa pun tadah je. Bukan murah nak buat semua ni. Nak jumpa perunding imej pon dah mahal. Alang-alang dapat free. Hahahahaha.

“you punye cermin mata ni zaman mana? Sekarang orang dah tak pakai cam ni lagi. Cermin mata you ni, boleh simpan dalam muzium k. sekarang kita tukar pakai contact lens atau cermin mata tak ada bingkai ni.” Alamak. Tu cermin mata kesayangan aku. Tanpa dia, siapalah aku. Takkan itu pun nak amik. Mak…. Tolong Lin.

“Tengku” Tengku Badriah pandang Salina.

“dah ke?” soal Tengku badriah.

“ni dia bakal menantu you.” Melongo Tengku Badriah pandang aku. Malunya. Comot ke?.

“cantik. Bonda tak sangka Lin secantik ni” alahai kembang semangkuk dah anaknda kena puji dengan bonda. Baru bonda. Kalau kanda Aril yang puji. Hai…. Romantiknya.

“Lin!!”

“oh, mak kau”

“isk. Berangan rupanya. Dah jom. Balik office” ucap Tengku Badriah.

“baik Tengku” aku ikut Tengku Badriah dari belakang.

“naik lah” fuyoo ajak naik kereta Mercedes.

“ha” mulut aku ternganga. Tadi datang asing-asing. Sekarang balik berdua. Ni nanti jadi gossip ni. Isk…lepas ni mesti jadi macam artis… glamournye.

“naik. Yang awak tercegat tu kenapa. Nanti lambat pulak masuk pejabat”

“baik tengku” kenapa Tengku badriah baik sangat hari ni. Rasa macam orang kaya pulak.


p/s : slmt m'baca

8 comments:

Anonymous said...

sambung lg.best

cactaceous opuntia said...

npe sy xley bukak yg episod 2 eh...huu..xsbr nk tw reaksi dr aril...haha..mst die xsgke lin boleh jd secantik itu..haha...so far rsenye ni bukan mcm cnta antr dua darjat kn...hee..

just KD said...

alahai,brtuah nye dpt bkal mentua cam bonda tu..

Anonymous said...

best2.cepat2 sambung.

fatim fatimah said...

tak sbr tggu smbungan,,hari ni ada tak

miznza84 said...

best bangat..

Iffah Afeefah said...

sng nye dpt jd org kaye

Anonymous said...

naniey, nak tau kisah episod 2. Saya rsa bkan sya srg yg xleh bukak kot. Bukan x leh bukak, tp post xde yg ada komen jer. Plssss.....(muka berharap sambil kedipt2 mata)
-nor..