THANK YOU

Tuesday, August 16, 2011

my boss my love


“Hari ni Tengku ada lunch dengan Tengku Malissa di Hotel Sri Malaysia. Lepas tu Tengku ada dinner dengan Syarifah Maria kat Restoren Melayu.”

“wait…wait” aku berhenti sebentar. Wajah Tengku Hairil aku pandang.

“ye, ada apa yang Tengku tak puas hati?” soalku.

“takkan itu pun masuk dalam jadual I” ucap Tengku Hairil dengan wajah berkerut.

“ni arahan bonda Tengku.” Jawabku. Kadang-kadang kesian jugak aku dengan mamat ni. Tapi nak buat macam mana umur dah lebih 3 dekad tapi girlfriend pun tak ada. Tak tahu apa masalahnya.

“I tak nak you masukkan benda remeh-temeh ni dalam jadual i. I tak suka” serius benar wajah Tengku hairil. Aku pulak naik kecut perut tengok muka dia. Ni biasanya kalau muka macam ni, mesti de yang kena maki kejab lagi.

“tapi Tengku, ni arahan bonda Tengku” dua-dua sama je. Suka sangat menyusahkan hidup aku. Kalau dengar cakap mak, anak marah. Kalau dengar cakap anak, mak marah. Aduhai. Kalau macam ni selalu, boleh pendek umur aku ni.

“you kerja dengan siapa. I ke bonda?” soal Tengku Hairil sambil matanya tajam menikam ke wajah comelku.

“Tengku”

“dah tu?” soalnya lagi. Macam mana aku nak jawab dengan bonda dia nanti. Kacau betul.

“jadi Tengku tak nak jumpa diorang?” soalku.

“you tak faham bahasa ea? I cakap I tak suka, maksudnya????”

“maksudnya Tengku tak suka” jawabku.

“tahu pun. Lagi?”

“lagi? Apa?”

“Lin, you berangan ke apa. Apa lagi yang I perlu buat hari ni?”

“sorry tengku. Saya pergi bulan kejab tadi.” Aku bergurau. Langsung tak ada nak senyum ke gelak ke. Naik menyampah aku dengan pak cik ni.

“Appoiment dengan Megat Holding, pukul 10 pagi. Pastu tengku ada meeting dengan wakil dari QS Decor lepas lunch. Petang nanti pukul 4, ada meeting dengan bonda Tengku” ujarku.

“bonda nak apa?” eh, Tanya aku pulak. Dia ingat aku bodyguard Tengku Badriah ke. Manalah chek tau. Pi la Tanya sendiri. Aku geleng.

“tu je?” soal Tengku Hairil lagi. Dinginnya dia ni. Patutlah, bonda dia risau.

“Lin!”

“ye”

“I tak suka pekerja I tak focus k”

“sorry Tengku.”

“you boleh keluar”arahnya. Aku hanya mampu menurut. Yelah dia tu durian. Aku ni timun je. Kenapalah aku asyik berangan je hari ni.

“I nak jumpa Airil” aku pandang wanita anggun didepanku. Sayang muka cantik, tapi sombong bukan main

“Tengku buzy” balasku.

“hei, I tak kira. I nak jumpa dia jugak”

“maaf cik. Tengku tak nak diganggu” aku masih cuba berlembut.

“you jangan nak cabar I” bila masa pulak aku main cabar-cabar ni. Susah betul kalau bercakap dengan orang yang tak faham bahasa Malaysia ni.

“kalau Cik nak jumpa sangat, cik datang lain kali ye. Nanti saya buatkan appoiment untuk Cik” aku ukir senyuman geram.

“aku tak kira. Aku tetap nak jumpa dia jugak” pantas perempuan itu melangkah laju ke bilik Tengku Hairil. Pintu kayu di tolak kuat. Tengku Hairil yang sedang khusyuk mengadap fail kelihatan agak terkejut.

“Siapa perempuan ni” soal Tengku hairil. Terlukis riak marah diwajahnya.

“maaf Tengku, saya dah kata Tengku sibuk”tergagap-gagap aku menjawab.

“you siapa?” soal tengku hairil. Perlahan dia bersandar di kerusi.

“you tanya I sape? You tahu tak 2 jam I tunggu you.” Marah perempuan itu.

“sori, I tak kenal you. Tolong pergi dari sini sebelum I panggilkan security.”dengan muka yang tak berperasaan mamat ni bercakap. Kan aku dah kata. Padan muka kau. Mamat ni kalau dah buzy jangan diganggu. Kalau diganggu samalah macam kau pergi jolok sarang tebuan.

“how dare you. I Tengku Malissa. Anak Tan Sri Idris. You boleh kata tak kenal I” merah muka Tengku Malisa. Sungguh dia malu bila diperlakukan sebegitu.

“ooo. Ye ke?. Sori I tak berminat nak tahu siapa you. Tolong berambus dari sini sekarang jugak” tajam mata Tengku Malissa memandang wajah lelaki didepannya. Sepanjang hayatnya inilah lelaki pertama yang menolaknya.

“you ingat senang-senang je boleh halau I dari sini? I takkan pergi selagi you tak minta maaf” Tengku Malisa duduk di sofa.

“I tak buat apa-apa kat you. So jangan mimpi I akan minta maaf”balas Tengku Hairil. Kalau dua-dua tak nak mengalah, terpaksa lah aku jadi pengadil.

“you dah sebabkan I bazirkan masa I tunggu you macam orang bodoh” ucap Tengku Malisa.

“you ada bukti kata I yang suruh you tunggu. Ada I call you? Mesej you?” selamba je muka mamat ni. Aku pulak cuak. Manalah tahu nanti ada adegan tarik-tarik rambut. Aku Nampak muka Tengku Malisa dah berubah. Kalau tadi muka macam singa, sekarang dah rupa anak singa. Agaknya dia malu. Tahu malu jugak rupanya.

“I tak kira. Bonda you yang aturkan semua ni. So, you kena minta maaf” aik tadi da Nampak insaf. Sekarang buat hal balik.

“you suruh lah bonda I yang minta maaf”

“you memang tak guna. You ingat ye. I takkan senang-senang lepaskan you. You pasti akan menyesal dengan apa yang you dah buat. Itu janji I” ucap Tengku Malisa dengan angkuh.

“whatever” kalau aku kat tempat perempuan ni, dah lama pipi mamat tu calar kena penampar.

“aahhhh!!!!!” sakit sekejab gegendang telinga aku dengar perempuan tu jerit sebelum atur langkah keluar dari bilik Tengku Hairil

p/s : WH dhntikn smentre krn idea t'gndala.......

10 comments:

cactaceous opuntia said...

er..ni novel ke cerpen?pliz kate cerpen..haha(boleh x?)

Miss Kira said...

nak lagi... ni bukan cerpen ka?

just KD said...

ye lah,kate lar cerpen..heheheee,cter ni best!! hik hik..

Naniey TJ said...

insyaallah cerpen

Ema Emaharuka said...

Yeah sukenya cerPen;)
akak cepat sambung yea;)
ema mau lagik;)

Anonymous said...

best2..hehe..cepat2 la updte ek.

miznza84 said...

wah cite baru...

nabila azmi said...

besla=)...

nabila azmi said...

besla=)

Anonymous said...

nani.. cinta darmia dh buku kn blum?? x sbr nk bace smpai hbs?? even Warna Hatiku pun sy tetunggu smbungan nya.. huhuhu..