THANK YOU

Sunday, December 4, 2011

my boss my love 9


Dengan muka muncung sedepa aku mengekori langkah Tengku Hairil masuk ke Restoren Masakan Melayu. Lepas satu, satu yang perlu dituruti. Kalau ikutkan hati mahu saja aku pulang ke rumah. Masuk bilik dan menangis sebab sakit hati dengan Tengku Malissa. Tapi oleh kerana ugutan Tengku Hairil yang agak menggerunkan itu, terpaksalah aku turuti jua. ah, Tengku Hairil makin lama, makin pandai bermain dengan sikapku.

“Masleen” langkah kami terhenti. Aku pandang hadapanku kini. Tengku Idris, papa Tengku Malissa tersenyum memandang.

“Pak Engku kenal Lin?” soal Tengku Hairil.

“Hari tu bonda yang kenalkan” ucapku pantas sebelum Tengku Idris membuka mulut.

“Bonda?” soal Tengku Idris hairan.

“Lin memang panggil bonda saya macam tu.”

“oooh. Buat apa kat sini?” soal Tengku Idris lagi.

“Nak makan, Lin ni kalau tak di paksa, tak nak makan” balas Tengku Hairil dengan senyuman. Sesedap mulut dia je mengata aku.

“Lin, kenapa muka tu lebam?” alahai Tengku Idris ni merenung aku ke. Takkan lah nak cakap anak manja dia yang buat.

“Tak ada apa-apa. Saya jatuh” balasku. Tengku Hairil diam. Fuh, lega. Bukan boleh percaya sangat mamat ni. Mungkin dia sudah mula memahamiku. Aku pandang wajah Tengku Idris yang mengandungi kerisauan.

“takkanlah jatuh sampai lebam macam tu” Tg Idris seolah-olah meraguiku. Tengku Hairil berkerut dahi. Mungkin hairan melihat keprihatinan Tengku Idris.

“sebenarnya….”

“Tak ada apa tengku. Semua ok. Kalau tak ada apa-apa, kami minta diri dulu” pantas aku memotong kata Tengku Hairil. Terus meninggalkan Tengku Idris setelah lelaki separuh abad itu mengangguk. Mengizinkan kami pergi dari situ. Tengku Hairil tergesa-gesa mengekoriku.

“Lin, kenapa laju sangat ni?” soal tengku Hairil.

“saya nak balik”

“Kita makan dulu. Nanti aku hantar kau balik” aku diam. Menurut sahaja. Tiada mood untuk berbalas kata. Biarlah.

Langkahku lemah menuju ke banglo Tengku Badriah. Hari minggu yang tidak menyeronokkan. Pagi-pagi lagi Tengku Badriah menelefonku meminta aku datang ke banglonya. Aduhai. Katanya nak minta tolong siapkan hantaran. Kedai bukan main banyak lagi boleh buat, tapi degil nak buat sendiri. Katanya tak cukup masa lagipun anak terunanya sorang je. Tapi masalahnya yang kena hadap semua tu aku juga. Sedihnya.

“Lin, kenapa tercegat kat situ je. Kenapa tak tekan loceng?” Tengku Badriah muncul dari pintu utama. memberi senyuman manis padaku.

“Lin baru sampai” balasku.

“masuklah. Bonda baru nak siram pokok bunga. Lin dah makan?” soal Tengku Badriah. Aku angguk.

“Kalau macam tu, Lin masuk dulu. Tunggu bonda. Lagi 5 minit bonda datang”suruh Tengku Badriah. Aku angguk. Menurut sahaja. Terpinga-pinga juga aku duduk kat ruang tamu. Tak tahu nak buat apa. Kalau duduk rumah mesti tengah lepak dengan mak sambil belek-belek orkid kat belakang rumah.

“ehem…” sapa pulak yang berdehem kat belakang aku ni? Perlahan aku berpaling. Tengku hairil berdiri tegak memandangku. Dia Nampak santai dengan track suit dan singlet. Agaknya baru lepas bersenam.

“kenapa pandang saya macam tu?” soalku padanya. Tak senang dengan renungannya yang mengundang debaran di dada. Sakit dada I tau.

“buat apa kat sini?”

“Bonda suruh datang. Tolong siapkan hantaran” balasku.

“what?” tak faham bahasa ke mamat ni. Malas betul nak buat ulangan suara.

“kau datang nak siapkan hantaran aku?” ingatkan dah pekak. Aku angguk.

“kau sengaja nak sakitkan hati aku ye?” aik? Apa punya soalan ni. Tak pasal-pasal nak sakitkan hati dia buat apa?.

“sorry….”

“aku tak suka kau buat semua ni. Baik kau balik tidur lagi bagus” ucapnya kasar. Tak guna betul. Aku sanggup korbankan masa aku dating, dia suruh aku balik.

“Bonda yang suruh Lin datang.” Tengku Badriah muncul. Fuh, lega.

“Aril tak suka bonda suruh Lin baut semua tu. Kan Aril suruh hantar kedai je”

“Tak sama. Bonda nak buat.”

“jangan minta Lin terlibat sama” bangkang tengku Hairil. Aku hanya memandang. Tak boleh jadi ni. Kejab lagi ada jugak yang perang saudara.

“saya yang datang dengan rela hati untuk bantu Bonda. Tiada paksaan sesiapa” aku mencelah. Kedua-dua makhluk di depanku memandang dengan riak yang berbeza.

“aku tak izinkan” amboi, sejak bila pulak aku nak kena minta izin dia.

“Tengku siapa?” soalku berani.

“shup up Lin. I kata I tak suka. Fullstop”

“Maaf. Kalau Tengku tak suka, itu hak tengku. Saya bebas untuk buat apa sahaja yang saya suka. Tengku tak ada HAK nak halang saya. Kita sekarang tidak terikat dengan hubungan majikan dan pekerja pun” balasku lagi. sengaja aku tekankkan perkataan hak itu. biar dia tahu siapa dia. Sesuka hati nak aturkan hidup aku. Dia ingat aku isteri dia ke. Bukannya reti berterima kasih.

“sudahlah. Lin, mari ikut bonda” Tengku Badriah bersuara. Menarik tanganku. Namun langkahku terhenti bila Tengku hairil juga menarik tanganku. Terasa diri ini barang pulak, boleh main tarik-tarik. Aku pandang Tengku Hairil.

“I akan pastikan you jadi HAK I.” bisiknya hanpir ditelinga sebelum berlalu dengan bengang. Meremang sekejab bulu romaku. Takut pun ada. Apa yang dia nak buat. Janganlah dia buat apa-apa pada aku. Ya Allah selamatkanlah aku.

p/s: hope u like it!!

14 comments:

miznza84 said...

nak lagi naniey....


naniey..
bile nk sambung n3 warna hatiku..
windu la ...

Salina Azni said...

rasanya naniey silap bab kot... ini bab 9,kn... cite ni best tp lmbt sgt naniey upload n3....

rose^zora said...

nak lagi..=)
harp cpt2 la post n3 baru ek...=)
warna hatiku pun lma xder n3 baru...=(
windu la dkt sya&tg.is...=)

QasehSuci said...

pendek sgt naniey...but..its ok, sanggup tunggu...

hana_aniz said...

sambung panjang2 lagi cik writer please???

eija said...

pendek nya......

Anonymous said...

pendeknya nak lagi please!!!!

Anonymous said...

sambung la lg..sambung cepat2 ek :D

IVORYGINGER said...

Gagalkan lah perkahwinan Tengku Hairil n Tengku Malissa. Takkan perempuan perangai tak senonoh tu nk jd bini. T.Hairil plz plan something, then make sure u married to Masleen. I know u love her. plz take action faster.

Wilma said...

Best tapi pendek sangat :-) Next entry tolong panjangkan sikit ya...

Anonymous said...

kat mane korang bace nih...apesal aku tak leh bace

Anonymous said...

salam, macam mane u alls baca, frustnye hu hu hu

Anonymous said...

npe sy xley bce cte my boss my love ep 9 n 10 ye??

Anonymous said...

tlg la, sy nak baca epi 9-10 camne? x kuar pun.