THANK YOU

Tuesday, February 1, 2011

WARNA HATIKU 26


Aku menyarungkan telekung perlahan. Bersiap untuk menunaikan kewajipanku. Azan Maghrib baru 10 minit berlalu.

“Risya” tiba-tiba pintu terbuka. Tg Iskandar tersenyum memandangku.

“ada apa?” soalku hairan dengan reaksinya.

“nak solat?” aku angguk. Tak nampak ke bang

“kita berjemaah” ni ajakan ke pertanyaan ni. Aku pun tak pasti.

“hah” agak terkejut selama ini kami tak pernah pulak berjemaah ke apa.

“tunggu jab, aku ambil wuduk” aku hanya menghantar tubuh Tg iskandar hingga hilang di dalam kamar mandi. Tak apalah, mungkin ni saat-saat terindah yang akan aku abadikan bila kami dah tidak bergelar suami isteri lagi. Tak lama kemudian dia keluar dengan wajah yang tenang. Malam itu solatku di imamkan oleh suamiku sendiri. Sesuatu yang tidak pernah aku fikirkan. Alunan merdu suara Tg Iskandar menghantar seribu ketenangan untukku. Alhamdulillah.

Selesai solat, Tg Iskandar berpaling menghadapku. Terkaku seketika saat dia hulurkan tangannya untuk bersalam denganku. Gugup la pulak. Lambat-lambat aku capai tangannya. Perlahanku kucup. Lama tangan itu ku pegang dan ku tatap sebelum mataku berpindah ke anak matanya yang setia memandang wajahku.

“aku minta maaf Is. Aku tak dapat jadi isteri yang baik” ucapku. Dia tersenyum. Apakah dia sudah lupa kejadian 2 bulan dahulu. Mana mungkin secepat itu dia lupa. Atau mungkin aku yang terlebih-lebih. Aku tak puas hati

“aku tak sengaja nak cakap kau dayus. Aku betul-betul tak sengaja. Ampunkan salah aku sepanjang aku jadi isteri kau” ucapku. Entah kenapa airmata deras mengalir apabila ayatku habis. Seperti sudah di setkan. Aku tunduk memandang lantai. Akhirnya runtuh juga tembok keegoan kerana dia. Aku dengar keluhan dari bibirnya. Perlahan tangan Tg Iskandar menyentuh kepalaku yang bertelekung. Di usap lembut.

“aku minta maaf” dalam sendu aku berkata lagi.

“aku dah lama maafkan kau. Cuma aku tunggu saat-saat ni. Terima kasih sebab jadi sahabat aku.” Ucapnya. Sahabat? Ah, terkilannya. Hanya sahabat. Namun aku tetap angguk.

“aku tahu aku tak sepatutnya kata macam tu.”

“aku pun tak patut kata kau jilat ludah sendiri kan. Aku tak patut masuk campur urusan kau. Tapi waktu tu aku tengah stress. Aku pun minta maaf” lembut suara Tg Iskandar masuk ke gegendang telingaku. Malam ini akan menjadi sejarah dalam hidupku. Entah kenapa aku merasakan hatiku dan hati dia sangat dekat. Aku pandang Tg Iskandar yang tersenyum mesra. Perlahan tangannya menyapu airmata yang tumpah ke pipi. Kalaulah masih di beri peluang....

“dahlah. Jom makan. Dah sejuk agaknya” ajak Tg Iskandar. Perlahan dia bangun terus keluar dari bilikku. Aku hanya memandang langkahnya sebelum telekung ku buka dan menyusul ke dapur

Entah kenapa mataku susah untuk lelap. Terasa panas berada di bilik. Perlahan aku keluar. Langkah ku atur ke beranda menghadap halaman rumah. Berkira-kira untuk melihat bintang di situ. Angin malam bertiup lembut membelai rambut panjangku yang terurai. Tenang rasanya. Banyaknya bintang malam ni. Agungnya ciptaan Mu Ya Allah. Pujiku.

“tak tidur lagi” aku tersentak. Lantas aku berpaling. Tg Iskandar mengukir senyuman padaku.

“kau?” soalku tanpa menjawab soalannya.

“baru habis kerja. Nampak kau kat sini” aku hanya mengangguk. Kembali memandang bintang di langit.

“ingat siapa ni? Ingat orang jauh ke” usik Tg Iskandar bila aku asyik melihat bintang di langit.

“tak siapa-siapa.” Malas aku nak banyak bicara dengannya.

“masih ingatkan Ekmal?” soalan apakah ini. tidak suka bila soal Ekmal di ungkap.

“next topik please” ujarku. Tg Iskandar ketawa kecil.

“ok. Berapa lama kau nak tinggal kat Terengganu?” soal Tg Iskandar.

“tak tahu lagi”

“duduk la lama sikit kat sini. Nanti aku nak minta tolong sesuatu kat kau” Tg Iskandar pandang wajahku.

“nak minta tolong apa?”

“tu pun kalau kau tak kisah”

“apa dia?” soalku.

“kita kawan kan?” aku angguk lemah. Macam dah dapat agak je apa yang dia cuba sampaikan.

“tolong buat hantaran untuk Linda. Aku tak reti la nak pilih barang” gulp... aku telan liur yang tiba-tiba rasa pahit.

“boleh ke?” macam kejam sangat pulak dia ni.

“ayah setuju ke?” soalku pula. Setahu aku Tg Ismail tidak bersetuju.

“aku kenal ayah aku. Lama-lama dia mesti ok. Ibu dah kata ok” cerianya dia.

“bila nak langsung?”

“dalam 3 bulan lagi” dah tak lama rupanya. Tahulah aku selama ini aku bertepuk sebelah tangan. Mana mungkin Tg Iskandar akn menyayangi gadis biadap sepertiku. Adakah ini beerti statusku akan berakhir 3 bulan lagi.

“kau betul nak kahwin dengan dia? dah fikir masak-masak?” manalah tahu masih ada sisa harapan untuk aku.

“yup. Aku bercinta dengan dia dah hampir 5 tahun. Kau je yang aku ada. Ayah aku takkan benarkan sesiapa tolong aku. Takkan nak harapkan Mak Jah” Batrisya, kau mesti kuat. Kalau memang tak ada jodoh,nak buat macam mana.

“tapi...” Mana mungkin seorang isteri sanggup melihat suaminya berkahwin lain. Tidak. Tolonglah faham Tg Iskandar. Jerit hatiku.

“please... tolong aku” rayu lelaki itu. aku pandang wajahnya. Ah, susahnya nak menolak.

“mmm... aku ada pilihan lain ke?” Tg Iskandar geleng.

“Tq....” ucapnya riang tanpa mendengar jawapanku.

“memandangkan kau duduk sini lama. Minggu depan bolehlah kau balik ke syarikat” ujarnya. Aku geleng. Belum bersedia.

“aku nak cuti panjang. Boleh kan?” aku pandang Tg Iskandar.

“untuk kau, apa-apa pun boleh. kitakan kawan” terus Tg Iskandar paut bahuku. Hidungku di cuit. Dia tersenyum senang. terus dia memandang ke langit biru. Aku jugak rasa macam nak mati bila sentuhannya seperti aliran elekrik yang mengalir ke seluruh tubuhku.

p/s : penat seharian tp msh mau post entry bru bt smua p'baca.... nani kn syg p'baca nani...hihihi...

11 comments:

Anonymous said...

alahai... sedihnya.. kenapa Is nk kawin juga?... tk sukanya...

Anor said...

kesian pula dgn risya..betulke is dh
nk kawin dgn linda? hai tabahkanlah
hati ye risya dn hidup harus diteruskn
mana tau nanti nani kenalkan org baru
pula utk risyakan nani? hehehe

yanadi said...

ala xskenye....cisn bstrisya la...

MaY_LiN said...

to sad..tamau la cenggini..

yusliana said...

sedeynye...hrap2 dyorng x jd cerai....Tg iz nie sweet...tp xkn hti dy xtrbuka lngsong ntok Sya??
cpt bg n3 bru erk....

hani said...

tak suka...is nak kawin gan linda, bererti jatuh talak untuk isya, batalkan lah niat is tu...sian kan isya..is...is..napa tak faham sbenarnya isya cinta pada nya...nak lg...!!!!

hana_aniz said...

da x de peluang ke is dgn ris? =(

x gembira nya hidup bila bercerai ni.. xkan x de alternatif lain? is memang x syg langsung dgn ris ke? ada 3 buln. nk tau sejauh mana hati is pd linda saat ris yg da bertudung@makin ayu ada depn mata n still b'status isteri. hohoho...

terngadah la is bila ris da makin cantik ni. lalala~

Anonymous said...

saya suka n3 ni..mmg saspen seyhh..
tp adakah..???mengapakah...???
samakah dgn apa yg saya pikirkan...
but tengkiu nani..good job!!!

mei chan said...

is ni kejam la....
mn blh wat cam2..
wlpn dia xde ati kat ris jgn la mntk dia buat hntran kawin...
geramnye...
nk lg..

Anonymous said...

siannyer ngan ris... x pe tabahkan hati... pesal la is suruh ris watkan hantaran utknyer eeee ... sggup sruh bini wat hntaran kawennyer... adakan la watak hero baru tuk ris.... yer....

miznza84 said...

ala is jd gak kawin ngn ms SS tu... nani takmau la macm ni ... plzzzz