THANK YOU

Thursday, November 18, 2010

WARNA HATIKU 11


Aku duduk sendirian di cafe dalam shopping komplek. Sengaja duduk di situ menenangkan otak yang serabut sambil cuci mata tengok orang lalu-lalang. Entah bila la semua ni nak berakhir. Kenapa hati aku tetap tidak mahu melupakan Ekmal. Dah puas aku pujuk. Kerasnya hati ini. Kenapa harus aku tunggu lagi. Sudah terang lagi bersuluh, kesetiaanku di permainkan. Aku mengeluh. Mataku beralih pada pintu masuk cafe. Mataku tertacap pada sepasang teruna dan dara yang sedang berbual mesra melangkah masuk ke Cafe. Kehadiranku langsung tidak disedari. Aku lihat ada ketawa kecil yang menghiasi wajah si gadis. Si teruna sekadar tersenyum. Ekmal dan Farah. Pasangan merpati dua sejoli. Aku benci. Meluat dengan kemesraan yang terpancar di wajah mereka. Astagfirullah hal azim..... kenapa aku harus berfikiran begini. Dia berhak memilih yang terbaik untuk dirinya. Dia berhak memilih antara aku dan farah. Sedarlah Ris, kau bertepuk sebelah tangan. Dia tak pernah cintakan kau. Dia cinta kan Farah. Dia tinggalkan kau demi farah. Apalagi yang kau nak? Tak cukup ke dengan bukti yang dah terbentang kat depan mata kau sekarang ni. Diamlah wahai hati. Jangan kau serabutkan lagi otak aku.

“Ris!” lamunanku pecah berderai. Mataku memandang sekeliling.

“kau cari apa?” Tg Iskandar memandangku pelik. Nampaknya mereka langsung tak menyedari kehadiran aku. Mereka dah pergi.

“tak ada apa” jawabku hambar.

“semalam macam dah ok. Hari ni monyok balik?” soal Tg Iskandar. Aku pandang Tg Iskandar yang kelihatan santai dengan t-shirt Polo bersama jeans.

“kau dari mana ni?”

“shopping la” dia tunjukkan barang yang dibelinya padaku. Aku hanya angguk.

“boleh aku duduk?”

“cafe ni bukan papa aku punya” balasku. Dia hanya tergelak.

“pandai kau buat lawak kan”

“tak kelakar pun” balasku.

“sorang?”

“bertiga” aku hirup kopi di cawan yang masih berbaki.

“mananya?” soal Tg Iskandar.

“ni belah kiri 1 belah kanan 1” ujarku. Faham-faham jelah ye.

“ok. Nampaknya kau moody hari ni” dia nampaknya makin mengenali diri aku. Bila bercakap dengan serius maksudnya not in good mood now.

“tahu tak pe. Dengan siapa?”

“siapa lagi, kalau bukan buah hati” balas Tg Iskandar.

“Mana Miss SS ko pergi? Tak marah ke nanti kalau dia nampak?”

“Dia pergi beli handbag. Malas nak tunggu. Kaki aku lenguh. Dah 2 jam pusing.” Balasnya. Aku hanya mendengar. Sedang kami berbual, mataku dapat menangkap kelibat Miss SS yang sedang menuju ke Cafe. Amboi sarat minah ni dengan macam-macam beg kat tangan. Nasib baik tangan ada 2. Kalau ada 10 mahunya satu shopping komplek dibeli. Pantas tangan Tg Iskandar yang berada di atas meja ku capai. Ku genggan erat. Sambil buat aksi manja. Alahai.

“Is, puas I cari you” sergah Miss SS dari belakang. Tg Iskandar terkejut. Dia cuba menarik tangannya. Tapi pegangganku kemas.

“Siapa ni Is?” soalku. Sengaja buat muka blurr.

“hei perempuan, mana-mana aku pergi ada je kan muka kau” marahnya. Matanya tajam merenung mataku. Ingat aku takut ke.

“oooo.... baru I ingat, you la perempuan yang tak ada moral tu. Isk... i dah jadi pelupa pulak sekarang. Sori la ye. By the way, my name batrisya. You can call me Ris atau mungkin you nak pnggil i kak Long? I tak kisah. Kan sayang” balasku dengan senyuman manis. Tg Iskandar memandangku. Minta dihentikan sandiwara yang cukup hebat ini.

“You ni Is, suami mithali betul. Nak dating pun ajak dua-dua” ucapku. Miss SS bulatkan lagi mata. Dah nak tersembul dah mata tu dari soket.

“Is, i balik penat-penat semata-mata nak jumpa you. Tapi i tak sangka you ajak jugak perempuan mereng ni” marah Linda. Percaya rupanya. Kesian Tg Iskandar jadi mangsa.

“sayang, i kebetulan je jumpa dia” pujuk Tg Iskandar.

“you yang suruh i datang kan?” ucapku. Linda pandang Tg Iskandar minta penjelasan.

“percayakanlah i”

“sampai hati you nafikan Is. Tapi tak apalah, you mesti rindukan kat suami I ni. I dah hari-hari jumpa kat office, kat rumah, kat bilik. So banyak lagi masa untuk kita. Jadi sebagai isteri you yang paling baik, I bagi you chance dating dengan bakal madu i ni. K, sayang. Jumpa kat rumah ye” ucapku. Melopong mulut dua makhluk kat depan aku ni. Mesti tak percaya aku ni isteri mithali sanggup di madukan.

“You tidur sebilik dengan dia Is?” soal Linda.

“No”

“Tapi....”

“dah I isteri dia, mestilah selalu berada di samping suami. You boleh nafikannya sayang. I tak kisah” sempat lagi aku bercakap sambil capai begku di kerusi sebelah.

“Ris, boleh tak you jangan jadi batu api” alahai cik abang dah marah.

“well, you dah dengar kan. So i balik dulu ye. Tapi i nasihatkan you, lelaki ni mulut memang manis.” Aku terus melangkah pergi. Tak heran pun dengan pandangan mata geram Tg Iskandar. Berjaya lagi aku buat Miss SS marah. Padan muka.

p/s : taraaaa.............. sibuk beraya.... tp msh smpt postkn entry tuk korg................... cm base, silala komen......

4 comments:

hani said...

makin seronok....bertemu buku gan ruas

hana_aniz said...

"lelaki ni memang mulut manis"

HAHA. kena ko sebijik Is.

IVORYGINGER said...

hahaha...
kelakar la Ris ngan Miss SS.
Mmg buku btemu ruas depa dua.
But sian Is jd mangsa keadaan la.
tsepit ant isteri n kekasih. ahaks...

miznza84 said...

nani thanks... i lap u sooo much...
best....nk lagi.. blela tg. is ni nk tangkap angau ngn ris ni.. tak sabarnya....