THANK YOU

Thursday, December 24, 2009

Silam


Aini pandang sekali lagi kad jemputan ditangannya. Hatinya berbelah bagi. Rasa berat hati untuk menghadiri reunion kali ini. Ah, sukarnya untuk aku tepis rasa yang sudah menjadi raja dihati. Aini masih ingat ketika zaman persekolahannya. Dia seorang yang pendiam, kurang bergaul. Dalam kelas dia selalu dapat nombor akhir. Duduknya pun di hujung kelas. Kawan-kawan sekelas ramai yang memandangnya dengan pandangan sinis. Tidak suka melihatnya yang Nampak comot dan agak tidak terurus. Sukarnya melupakan segala kenangan itu. Banyak kali dia diejek dan dibuli. Namun apa yang dapat dia lakukan.

Aini masih ingat ketika dia di darjah 6, sekolah ingin mengadakan lawatan. Aini minta kebenaran ibu untuk turut serta. Keesokan harinya Suzana dan Qamariah bertanya padanya, adakah di ingin menyertai lawatan yang di anjurkan oleh sekolah. Terus Aini menjawab.

“mak aku bagi tapi nanti bila UPSR kena dapat banyak A” itulah jawapan Aini. Terus Suzana dan Qamariah ketawa mengejeknya.

“Aini nak dapat banyak A. eh, angah Aini nak dapat banyak A. hahahaha” mereka ketawakan Aini. Aini hanya mampu diam dan menerima segala ejekan kawan-kawannya. Nak buat macam mana dah nasib dia. Tapi sebenarnya Aini marah. Aini malu diejek begitu. Terasa dirinya begitu kerdil.
****************************************
“Hello Aini, kau pergi tak?” soal Ziana, sahabatnya yang paling lama. Sejak dari tadika mereka bersahabat.
“siapa yang pergi?” soal Aini.
“semua pergi. Kau?”
“tengoklah dulu” ucap Aini. Dia tidak pasti. Dia tahu pasti kawan-kawan yang menyakitkan hatinya turut serta dalam perjumpaan kali ini. Dia kembali diusik kenangan dulu. Kenangan 8 tahun yang lalu. Sudah begitu lama kenangan itu tersimpan dalam kotak fikirannya.
Aini masih ingat ketika dia dimalukan oleh kawan-kawan sekelasnya. Siti Zulaika, siapa yang tak kenalnya. Orangnya tidaklah sepandai mana tapi oleh sebab dia berkawan dengan Angah, budak pandai dalam kelas Aini, dia turut besar kepala. Berlagak. Aini dulu pengawas pusat sumber. Selepas UPSR, dia dan kawan-kawan diarah membersihkan perpustakaan.
“Aini, pergi bersihkan rak belakang” perintah Siti Zulaika. Aini menurut walaupun dia sudah dapat menghidu niat jahat Siti Zulaika padanya.
“bersihkan yang atas” perintah Siti Zulaika. Aini menurut. Tiba-tiba Siti Zulaika menyelak kain sekolah Aini. Aini terkejut. Malunya hanya tuhan yang tahu. Siti Zulaika ketawa terus dia berlalu ke arah sahabatnya. Mereka mentertawakan Aini. Sekali lagi Aini hanya mampu mendiamkan diri. Tak berdaya untuk melawan.
Waktu Aini melangkah masuk ke kelas. Semua orang memandangnya. Ada yang tertawa. Aini hanya mampu menunduk. Dia tahu berita tadi pasti sudah dihebohkan oleh Siti Zulaika. Aini malu. Malu sangat pada kawan-kawan. Terasa dirinya begitu terhina. Sampai hati mereka buat diri Aini begitu.
********************************************
Aini tak mahu selamanya begitu. Dia perlu bangkit. Dia perlu pertahankan harga dirinya. Dia bukan gadis lemah. Ketika Aini masuk ke sekolah menengah, Aini sedaya –upaya cuba berubah. Aini ada pangkat dalam persatuan dan unit uniform di sekolahnya. Aini pernah jadi pengerusi. Aini aktif di atas dewan. Menjadi pengacara majlis untuk majlis-majlis rasmi bukan lagi asing bagi Aini. Ramai yang mengenali Aini. Aini bukan lagi Aini yang dulu. Aini sekarang sudah ada keberanian. Sudah ada egonya sendiri. Semua orang hormat pada Aini. Aini puas. Aini seronok melihat Siti Zulaika yang sudah tidak dapat menunjukkan lagaknya. Siti Zulaika sudah sendiri. Kawan-kawannya yang dahulu sudah berpecah. Ada yang ke sekolah berasrama penuh, ada juga ke sekolah agama. Tapi kepuasan Aini tidak bertahan lama. Qamariah berpindah ke sekolahnya. Dendam Aini yang tak pernah padam kembali marak. Didepan Qamariah dia menunjuk-nunjuk kehebatannya. Bila Qamariah tahu siapa dia. Dia juga manusia yang punya perasaan. Qamariah cuba berbaik dengan Aini, tapi bagi Aini selagi perkara silam itu masih segar dalam ingatannya, dia tidak akan berbaik dengan orang seperti Qamariah. Perempuan yang suka bercakap tak serupa bikin.
*************************
Selepas SPM Aini boleh tersenyum bangga. Walaupun pencapaiannya tidaklah segah mana, tapi dia telah di tawarkan ke beberapa IPT. Qamariah dan Siti Zulaika hanya mampu memandang. Kata Qamariah pada Mira, sahabat baik Aini, dia ditawarkan diploma perakaunan tapi dia menolak kerana mahu menjadi pendidik. Aini hanya tersenyum. Entah betul entah tidak. Aini sudah sedia maklum dengan perangai Qamariah yang suka bercakap besar. Siti Zulaika pula hanya mendapat tempat di IPTA untuk jurusan diploma kejuruteraan. Dengar cerita, ada sesetengah sujek yang tidak dapat pencapaian yang memuaskan. Aini bangga. Dulu dia diejek, dihina. Sekarang orang yang mengejek dan menghinanya tidak lagi segah dahulu. Mungkin benar kata ibu, pasti ada balasan yang setimpal untuk orang sebegitu. Dalam kegembiraan, Aini turut bersedih. Sahabat baiknya Mira tidak dapat mengikutinya menyambung pelajaran ke IPTA. Aini tahu Mira kecewa. Oleh kerana dendam, Aini tergamak menambahkan kekecewaan dihati Mira. Bukan niatnya untuk berbuat begitu. Tapi keadaan ketika itu memaksanya. Hari demi hari yang berlalu, Mira makin jauh dari Aini. Apa yang begitu menghiris hati Aini, bila Mira memberitahunya dia berkawan agak baik dengan Qamariah. Kerana dendam dan sakit hati, perasaan Aini tidak membenarkan Mira berbuat demikian. Hatinya luka melihat mira berbual mesra dengan Qamariah.
“kami satu kelas, jadi takkan saya nak bermasam muka dengan dia. Awak tak kisah kan?” ucap Mira. Memang dia dan Qamariah sama-sama menyambung pelajaran ke tingkatan 6. Aini cuba maniskan wajah. Tapi hatinya tuhan yang tahu. Sahabat baiknya berkawan dengan musuh ketat. Alangkah kecewanya Aini. Tapi Aini tak boleh pentingkan diri. Dia dan Mira jauh terpisah. Pastinya Mira juga perlukan kawan baru sama seperti Aini. Hingga kini perasaan sakit hati dan marah itu tidak pernah padam dalam diri Aini. Kadang-kala Aini terfikir, sampai bila perasaan ini harus disimpan. Tapi setiap kali Aini ingin berbuat baik pasti kenangan silam itu membayanginya. Setiap kali bicara ingin meniti bibir pasti kenangan itu datiag kembali. Aini ingat kata ibu.
“kemaafan itu adalah penawar” Aini keliru.
Soalan: Andai kata anda adalah Aini, apa yang akan anda lakukan. Anda maafkan Siti Zulaika dan Qamariah? Bagaimana caranya untuk anda maafkan mereka? Lupakan saja kerana itu zaman kanak-kanak. Anda cuba terima mereka kerana Mira? @ anda terus bersikap dingin walaupun mereka cuba berbaik-baik dengan anda? Apa yang harus anda (Aini) lakukan untuk memuaskan hati semua pihak tanpa menyakitkan hatinya sendiri. Anda tentukan sambungannya. Adakah Aini pergi ke Reunion itu dengan rasa bangga atau dia datang membawa kemaafan? atau mungkin juga Aini tak pergi ke Reunion itu??

Monday, December 14, 2009

Destinasi Cinta 3

Angin lembut bertiup sepoi-sepoi bahasa. Ombak yang begitu setia memukul pantai memberi sejuta ketenangan pada manusia. Damainya dunia ciptaan Tuhan. Langsung tidak terasa lagi untuk pulang ke banglo mewah milik papa. Aku lebih damai disini.

“mama...mama!!!” aku tercari-cari dimana datangnya suara itu.tidak berapa jauh dariku seorang anak kecil berlari-lari kearahkusambil melambai-lambai tangan kecilnya.

“mama!” Aku terkejut. Kanak-kanak itu memanggil aku mama. Sejak bila aku ada anak?

“Aishah?” tiba-tiba seorang wanita datang menghampiri.

“mama pergi mana? Lama Johan tunggu mama” soal anak kecil itu.

“Aishah?” wanita itu menyebut lagi nama tadi. Ada airmata bertakung ditubir matanya.

“maaf kak. Saya bukan Aishah. Nama saya Zarita” ucapku sambil memandangnya.

“maafkan akak. Akak teringatkan arwah adik kakak. Iras benar muka dia dengan Cik” ucap wanita itu sambil menyapu airmata di pipi.

“tak apa, kak”

“mama” anak kecil itu memanggil lagi. Tidak puas hati kerana soalannya tidak dilayan.

“Johan, dia bukan mama Johan. Mama Johan dah tak ada, sayang” ujar wanita itu sambil mengusap rambut anak kecil itu. Apalah anak sebesar itu mengerti bila diberitahu mamanya sudah tiada lagi didunia. Sama seperti aku, mama tinggalkan aku sendiri waktu aku masih perlukannya. Entah kemana mama menghilang.

“ibu tipu. Ini mama Johan” Johan membentak.

“johan...”

“tak apa kak. Biarlah. Mungkin dia rindu tu” aku melutut didepan Johan. Wajah comel itu kupandang lama.

“mama, pergi mana?” soalnya.

“tak kemana pun. Mama kerja sayang” ucapku. Rasanya aku seperti sedang mempermainkan perasaan seorang kanak-kanak. Tapi aku hanya ingin menghilangkan rindu pada mamanya. Apa salahnya aku ingin membahgiakan anak kecil itu.

“mama tak akan tinggalkan Johan lagi, kan?” tangan kecil itu melekap di pipiku. Aku geleng. Tulusnya anak kecil itu. Sayangnya aku bukan mamamu.

“Johan sayang mama. Johan janji Johan takkan nakal lagi. Mama jangan tinggalkan Johan lagi” anak kecil itu peluk tubuhku tiba-tiba. Entah kenapa dadaku terasa sesak. Bagai mahu meletup. Entah dari mana air hangat itu datang membasahi pipi.

“mama takkan tinggalkan Johan”ucapku. Kupeluk erat anak itu. Dapat kurasakan betapa rindunya dia pada seorang wanita yang bergelar mama.

“Johan, pergi main dulu ye sayang” aku leraikan pelukannya. Dia tersenyum manis memandangku lalu mengangguk.

“terima kasih. Nama akak Salmah.” Aku senyum mengangguk.

“ tak pernah akak tengok Johan ketawa macam tu sejak setahun ni. Dah setahun papa dan mama Johan meninggal sebab kemalangan. Lepas t u terus budak tu jadi pendiam. Sedih akak tengok dia.” Salmah kesat airmata. Ada keceriaan diwajah Johan. Berseri wajahnya.

“akak minta maaf dengan perangai Johan. Mungkin sebab wajah Za iras sangat dengan mamanya. Akak pun terkejut tadi.” Ucap Salmah memandangnya.

“saya faham kak. Johan tu rindu sangat pada mama dia. Saya pernah rasa apa yang dia rasa tu. Kalau akak tak keberatan, boleh saya mintak sesuatu?” soalku. Takut juga kalau permintaan ku ini melampau.

“insyaallah”

“izinkan saya jadi mama angkat dia” ucapku lambat-lambat. Entah mengapa aku sanggup meminta sesuatu yang tak pernah terlintas dalam kepala otakku. Jadi ibu.

“betul ni?” aku angguk jua. Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur tapi kalau dh terlajak kata kena iakan jela.

“tupun kalau akak izinkan. Manalah tahu rindu dia tu boleh hilang sikit” ucapku lembut sambil melambai pada Johan.

“Terima kasih za. Akak tak tahu nak kata apa”

“tak payah kata apa-apa kak. Akak setuju ni pun dah buat saya gembira. Terima kasih”

“akak kena balik dulu. Akak duduk kat sana tu” Salmah tunjukkan sebuah rumah papan yang berada agak jauh dari situ.

“kalau senang datanglah”

“insyaallah kak.”

“Johan, jom balik sayang. Dah maghrib ni”salmah melambai-lambai pada Johan

“Johan tak nak balik. Johan nak main dengan mama” ucap Johan. Aku senyum.

“Johan, Johan balik dulu ye. Mama ada kerja. Esok kita main, k. Johan anak mama yang baikkan” Johan angguk. Dengan langkah yang berat dia meninggalkanku.
*********************************************

“Hoi Zek. Kau pergi mana?. Seminggu kitaorang cari kau. Call pun tak jawab” soal Mikail.

“tak kemana. Kat Malaysia lagi” ucapku selamba. Seminggu aku menghabiskan masa bersama Johan. Kalau ikutkan hati, aku dah tidak mahu pulang lagi. Aku seronok di sana. Aku sudah mengenali keluarga Salmah.

“Prof Tanya pasal kau” ujar Roslan sambil mengelap motornya.

“habis kau jawab apa?”

“tak tahulah” aku ketawa mendengar jawapan Roslan. Lurus benar orangnya.

“kau ni sebenarnya ada problem ke? Menghilang macam tu je. Kau marah aku ke?” soal Razman.

“Mana ada masalah. Aku tension je. Yang kau ni tiba-tiba je jadi sentimental ni nape?” Aku pandang Razman. Dia juga memandangku dengan pandangan yang tidak puas hati. Dia bagaikan tahu apa yang bergelodak dalam jiwa aku.

“apa?” aku soal Razman. Tidak selesa direnung begitu. Razman angkat bahu.

“yang kau pandang aku macam tu kenapa?” aku tak puas hati. Razman senyum.

“kau Tanya diri kau sendiri” ucapnya.

“aku chow dulu. Ada kuliah. Jom lan” aku tarik tangan Roslan. Geram dengan jawapan Razman. Roslan hanya mengekori. Dengan langkah longlai aku masuk ke dewan kuliah. Semua pelajar diam. Agaknya terkejut dengan kehadiran aku. Yelah dah seminggu menghilang. Tiba-tiba muncul. Mesti diorang rindu.

“Zek, kau frust kena marah ke? Sampai seminggu merajuk” Siva ketawa.

“Takkan kena marah sikit dah merajuk. Minah ni mana ada feeling, nak merajuk-rajuk ni” sindir Daniel. Ni aku tak suka ni. Aku datang je, ada je yang nak sakitkan hati aku.

“Roslan” panggil aku kuat.

“Dia panggil geng la oi. Takutnya aku” sambung Daniel.

“kau ambik 20 sen ni, bagi kat budak-budak gila glamour tu. Kesianlah. Suruh diorang main jauh-jauh” ucapku sambil menyerah syiling 20sen yang aku pungut dilantai pada Roslan.

“nah. Main jauh-jauh” Roslan meletakkan syiling itu di meja Daniel. Merah muka mamat tu. Panasla tu.

“kau..”

“Good Morning, class” encik Zainal masuk. Aku hanya menghadiahkan sengihan padanya. Padan muka.

“Good morning” ucap semua pelajar. Daniel menjeling sinis padaku. Geram benar dia pada gadis yang bernama Zarita itu.
************************************
“puteri” aku berpaling. Megat Iskandar berada di belakangnya

“kauorang blah lu. Aku ada hal” pantas aku melangkah ke bangku yang berada agak jauh dari mereka

“Ada apa papa cari Puteri sampai ke kolej? Atau datang nak jemput Natasya. Rasanya dia dah balik” ucapku dalam nada mendatar.

“Papa cari Puteri” aku tertawa. Entah mengapa macam terlalu lucu ungkapan dari bibir Megat Iskandar.

“Dah seminggu Puteri tak balik rumah. Kenapa? Puteri pergi mana?” sambung Megat Iskandar. Aku tersenyum sinis. Dihati hanya tuhan yang tahu.

“Dah hampir 12 tahun Puteri tak ada kat rumah tu. Tak ada pun papa nak Tanya. Kenapa baru sekarang papa nak sibuk-sibuk Tanya kemana Puteri”

“papa risaukan Puteri. Kalau apa-apa jadi macam mana?”

“tak payah papa nak susah-susah risaukan Puteri. Puteri dah biasa hidup sendiri. Puteri balik ke tak ke ada beza ke?? Papakan busy. Dahlah pa, baliklah office. Puteri akan balik, kalau puteri rasa nak balik” ucapku sebelum melangkah meninggalkan Megat iskandar sendirian. Aku tahu pasti papa sedih dengan sikapku. Tapi aku terluka dengan tingkahnya.

p/s: maaf lme naniey x postkn n3 baru.. byk kerja nk d uruskn... kli ini naniey hanya dpt postkn DC. CD blm d prss. x smpt. sibuk dgn reunion... bdn pon da x brp shat

Thursday, December 3, 2009

Pilihan

“abang minta maaf, Su. Abang tak berniat nak tuduh Su macam tu. Tapi abang rasa tertipu Su” ucap Mail. Sengaja dia meminta pertemuan pada petang itu setelah lama dia menenagkan dirinya.

“su dah lama maafkan abang. Abang tak salah, tapi yang salahnya Su. Su tahu perbuatan Su salah” Su tunduk. Airmata terasa memenuhi kolam mata. Dia cuba tabahkan hati untuk berhadapan dengan Mail.

“abang tak sangka selama ni, Su lah orang yang banyak bagi abang semangat untuk abang majukan diri abang. Su tahu tak,restoren nasi kukus tu takkan ada kalau bukan kerana semangat dan dorongan Su” Mail pandang Su. Su bingung. Tidak mengerti.

“apa maksud Abang? Su tak faham”

“sebenarnya Restoren tu milik abang. Tapi abang saja ingin menduga. Tak sangka Nomi masih
macam dulu. Memilih.”

“habis Jeff?” soal Su.

“Dia rakan kongsi abang.” Mail tersenyum. Selama ini dia berusaha memajukan Restoren itu bersama Jefri. Tak sangka hasil usaha mereka akhirnya dia Berjaya. Su balas senyuman Mail.

“Su tak marah?” soal mail.

“kenapa Su nak marah?”

“sebab abang tipu Su” Su geleng.

“Sebagai kawan, Su tak berhak nak marah. Lagipun abang ada sebab nak buat semua tu, kan”

“thanks Su. Abang ada sesuatu nak bagi kat Su”

“apa dia?” mail hulur sampul surat.

“bukalah.”Su menurut. Di baca perlahan isi kandungan surat yang terdapat dalam sampul surat coklat itu.

“apa semua ni? Kenapa abang bagi benda ni pada Su?”

“5% syer dalam Syarikat abang memang hak Su. Kalau bukan kerana Su, abang tak akan berjaya sampai ke tahap ini”

“tapi Su tak ada sumbangkan apa-apa pun”

“terima sajalah Su. Ikhlas dari abang. Sudi tak Su terima abang balik”

“Su tak pernah buang abang”

“betul ke?” Su angguk.

“sebenarnya su lah orang yang abang cinta. Abang cintakan penulis surat yang selalu mengirimkan semangat pada abang. Kita kahwin ye” wajah Mail Nampak ceria. Su senyum.

“Su tak boleh, bang” berkerut dahi mail mendengarnya.

“kenapa. Tadi su kata Su tak pernah buang abang kan?”

“memang. Tapi sebagai sahabat dan abang Su. Tak lebih dari tu.”

“kenapa Su. Su kata Su sayang abang”

“kalau dulu abang ucapkan semua ni, mungkin Su akan terima abang. Tapi dah terlambat bang. Su dah jadi tunang orang dan tak lama lagi kami akan kahwin” terkejut Mail mendengar pengakuan Su. Tidak disangka begitu cepat gadis itu beralih arah.

“Su tipu kan?” su geleng.

“Su tak tipu, bang. Jefri tunang Su. Kalau abang tak percaya, abang tanyalah dia.”

“Jef?” mail terpinga-pinga. Selama ini segala rahsia hatinya diberitahu pada Jefri. Tidak
disangka Jefri menikamnya dari belakang.

“Su balik dulu. Tak manis kalau orang tengok kita lama-lama kat sini. Lagipun Su dah jadi tunang orang. Dan lagi satu, Su tak nak syer ni. Su tak layak” Su terus berlalu meninggalkan Mail yang masih terpinga-pinga.
*************************************
Satu tumbukan tepat mengenai pipi Jefri.

“kau ni pehal?” soal Jefri berang.

“kau dah rampas Su dari aku” tempik Mail. Hatinya benar-benar membara. Kalau orang lain dia boleh terima tapi bukan Jefri.

“bila masa aku rampas dia dari kau?” jefri pantas melangkah ke kamar pejabatnya. Cuba disabarkan hatinya yang terasa bengang. Malu dilihat oleh stafnya. Mail mengekori.

“kau tahu aku cintakan dia. Kenapa kau buat aku macam ni?”Soal Mail.

“kau beritahu aku, kau cintakan Nomi bukan Su. Apalagi yang kau nak dengan Su. Tak puas lagi kau sakiti hati dia?” Jefri memandang tepat ke mata hitam mail yang dipenuhi bara kemarahan. Mail tertunduk.

“aku cintakan Su. Aku cintakan penulis surat yang selalu memberi aku semangat” ucap Mail. Airmata jantannya mengalir. Rasa kesal mula bercambah dalam dirinya.

“aku tak paksa Su terima aku Mail. Dia dah buat keputusan. Aku tak pernah rampas dia dari kau.” Balas Jefri.

“kalau kau masih hargai persahabatan kita, kau mesti putuskan pertunangan korang” Jefri geleng.

“aku tak kan buat kerja bodoh dengan melepaskan orang yang aku sayang. Kalau aku lepaskan untuk kau, kau pasti kau boleh bahagiakan dia sedangkan selama ini kau hanya membayangkan wajah Nomi saja. Su tak pernah ada dalam hati kau”

“sebab aku tak tahu.”

“macam ni la. Kita suruh Su sendiri yang pilih. Kalau dia pilih kau, aku tak akan teragak-agak untuk lepaskan dia” Jefri nekad. Dia tidak boleh terlalu mementingkan diri. Hati dan perasaan Mail dan juga Su perlu diambil kira. Dia tidak mahu orang sekelilingnya derita.
****************************
“kak, mak panggil makan” Su ketuk pintu bilik Nomi . Namun langsung tiada sahutan. Perlahan Su buka pintu bilik Nomi. Su tahu Nomi pura-pura tido. Dia tahu Nomi marah.

“kak. Jangan macam ni. Nanti kakak sakit”

“kau peduli apa kalau aku sakit. Kau siapa nak nasihat aku” Nomi berang.

“Su ni adik kakak, kalau kakak sakit Su akan risau” nomi ketawa.

“adik? Hei, kalau kau adik aku, kau takkan buat aku macam nilah. Kau takkan aniaya aku” suara Nomi kian meninggi. Marahnya membukit pada Su. Benci dia melihat wajah Su yang selalu tenang.

“apa Su dah buat?” soal Su.

“kau rampas Jeff dari aku. Kau tahu aku sukakan dia. Tapi kenapa kau nak ambil dia dari aku.”

“Su tak pernah ambil dia kak. Dia yang pilih Su” balas Su.

“kenapa dia nak pilih kau. Kau tu hodoh, bodoh. Kau tengok aku ni, aku lebih cantik dari kau.
Apa yang dia pandang pada kau hah?” tempik Nomi. Airmatanya makin deras mengalir.

“kau cakap apa ni Nomi?” tiba-tiba mak muncul. Tidak senang mendengar bunyi bising dari bilik Nomi. Nomi diam tidak terkutik. Takut dengan tengkingan mak maklumlah mak dulu bekas guru disiplin.

“Jefri ada sebab sendiri untuk pilih Su. Cuba guna akal tu sikit” marah mak.

“dahlah mak, biarlah” Su cuba memujuk. Tidak mahu luka dihati Nomi kian parah.

“mak dah tak tahu nak kata apa. Perangai kau ni tak pernah berubah. Suka sangat salahkan adik kau.”

“mak, dahlah. Marilah kita makan” su tarik tangan mak. Simpati melihat Nomi yang terisak-isak menangis.

“kesian kakak mak. Su ingat nak putus je la dengan Jefri. Su tak nak sebab Su, hubungan kami regang mak. Lagipun Su ada kakak je. Su dah tak ada adik-beradik lain” perlahan suara Su. Bimbang Nomi mendengarnya.

“jangan jadi bodoh Su. Mana lagi nak dapat lelaki sebaik Jefri tu. Kalau boleh, sebelum mak tutup mata,mak nak pastikan ada orang yang betul-betul sayangkan Su. Mak nak tengok Su bahagia. Ada orang yang boleh jaga Su.” Su tunduk. Tak tahu nak kata apa.

“dah lah Su, jangan dilayan kakak tu. Nanti baiklah rajuknya. Air dicincang takkan putus Su.” ucap mak. terus berlalu dari situ ke ruang dapur.
*****************************
Seperti yang dijanjikan mereka berempat berkumpul di banglo pinggir bukit milik Mail. Su Nampak tenang. Dia nekad dengan keputusannya begitu juga Jefri. Apa saja keputusan dari Su dia akan terima dengan hati terbuka. Mail Nampak resah. Dia bimbang andai kemenangan tidak memihak padanya. Nomi pula dari tadi tidak mahu berenggang dari Jefri. Datang pun bersama Jefri.

“tujuan kita berkumpul hari ini adalah untuk berbincang. Untuk kita selesaikan semua masalah yang meyelubungi diri kita. Selepas hari ini, tiada lagi timbul sebarang kekeliruaan. Siapa nak mula dulu. Bagitahu apa yang korang nak bagitahu” ucap Jefri. Mail angkat tangan.

“silakan.”

“aku nak berterus-terang. Su, sebenarnya abang dah lama jatuh cinta pada Su. Tapi baru hari ini abang sedar. Abang tahu Su pun cintakan abang. Kalau tak, mana mungkin Su balas semua surat abang untuk Nomi. Abang percaya, Su tak cintakan Jefri. Su terima dia sebab Su nak balas dendam pada abang kan. Tolonglah Su. Jeff kawan abang. Kalau Su pilih orang lain, abang boleh terima. Tapi bukan Jeff.” Su tersenyum. Dia angguk.

“Nomi?” Jefri pandang Nomi. Nampak wajah gadis itu kesedihan.

“sejak pertama kali I pandang you jeff, I dah mula jatuh sayang. I tak pernah sayang siapa-siapa
sepertimana I sayang you. Tapi I kecewa sangat bila you pilih Su. Apa kurangnya I Jeff? Dan apa lebihnya Su pada You. I tak boleh terima you jadi adik ipar i. I tak boleh duduk sebumbung dengan you sebagai ipar. Aku tak sangka Su, kau sanggup buat aku macam ni. Kau cintakan Mail, kan. Jadi kenapa kau tak terima saja Mail ni. Lagipun dia dah mengaku dia cintakan kau. Kau akan bahagia bersama Mail sebab kau dah lama kawan dengan dia kan.” Nomi cuba melepaskan amarahnya. Su masih tenang.

“biar I yang cakap dulu Su” ucap Jefri.

“aku cintakan Su sejak kali pertama memandang dia. Dari cerita kau pasal surat-surat yang kononnya dari Nomi itu, aku dah dapat agak siapa penulisnya. Kali pertama bertemu aku dapat rasakan Su yang menulisnya. Perbualan antara dia dan kau sudah menggambarkan betapa dia mengenali kau. Tapi waktu tu kau buta. Kau pandang pada kecantikan Mail. Jangan Salahkan aku, sebab aku membuat keputusan untuk meminang Su sebelum, Su mengaku yang dia penulis surat itu. Lagipun kau bulat-bulat menolak kehadirannya. Sebab waktu tu kau buta. Sebab Su tak secantik Nomi, kan?” Mail tertunduk. Ada benarnya kata-kata Jefri. Salah satu sebab dia sukakan Nomi kerana gadis itu cantik.

“tapi aku dah sedar”

“nanti dulu mail. Biar aku habiskan. Aku rasa aku lebih mencintainya dari kau, jadi aku putuskan untuk meminangnya”

“biar pun hanya sekali bertemu?” soal Nomi. Jefri senyum. Dia angguk.

“sekali sudah cukup untuk aku mengenali siapa sebenarnya Nurul Syuhada. Dia gadis yang baik. Betul kata you, adik you ni taklah cantik sangat berbanding you. Tapi I menilai kecantikan seseorang pada sudut yang lain. I Nampak kecantikan hatinya. Kecantikan luaran ini suatu masa nanti akan pudar Nomi. Misalannya kalau I pilih you sebab you cantik, bila you dah tua, dah berkedut sana sini, I akan tinggalkan you sebab you dah tak cantik. You nak macam tu?” soal Jefri. Sungguh bijak dia bertutur kata. Nomi juga tunduk. Nampaknya dia tersilap langkah. Akhirnya dia yang malu.

“Kalau I tak kahwin dengan Su pun, I tak mungkin pilih you, Nomi sebab I rasa I bukanlah orang yang sesuai untuk you Nomi. Mungkin ada lelaki yang lebih baik dari I sedang menunggu you.” pujuk Jefri. Dia hanya memandang mutiara jernih yang terjun dari kolam mata Nomi. Nomi benar-benar terluka dengan pengakuan Jefri.

“sekarang saya nak awak buat keputusan Su. Walau apapun keputusan awak, saya akan terima” putus Jefri. Su menarik nafas. Bersedia untuk melafazkan apa yang terbuku dihati.

“sebelum Su luahkan semuanya, Su nak minta maaf buat semua kalau ada kata-kata Su nanti mengguris hati sesiapa. Apa yang Abang Mail kata tu betul. Su memang cintakan abang. Terima kasih sebab abang sudi luahkan kata-kata yang Su nak sangat dengar. Dari kecil Su cintakan abang. Tapi su tahu tepuk sebelah tangan takkan berbunyi, bang. Su menyesal sebab tipu abang. Tapi Su buat macam tu kerana Su terlalu kasihkan abang. Dan sebab Su terlalu sayangkan abang, Su dah buat keputusan” Su berhenti di situ. Su pandang mail. Kemudiam beralih pada Nomi dan seterusnya pada Jefri.

“Su tetap akan teruskan perkahwinan Su dengan Jeff” putus Su. Dia telah buat solat istikarah sebelum pertemuan pada hari ini berlaku. Su yakin kini dengan gerak hatinya.

“tapi Su cintakan abang” seluruh hati Mail terasa sakit. Tidak pernah dia melihat Su senekad itu.
“sampai hati kau Su” ucap Nomi

“sebab abang dah pijak-pijakkan cinta Su sampai Su rasa sangat terhina. Kasih dan sayang Su tiada harga untuk abang. Biarlah Su berikan ia pada orang yang sudi, bang. Su terima Jeff bukan untuk balas dendam pada abang. Seperti yang Su katakan dulu, Su dah maafkan abang. Bohonglah kalau Su kata Su dah lupakan semuanya, tapi Su ikhlas terima Jeff, sepertimana dia juga ikhlas terima Su. Betul kata Jeff, kadang-kala kita kena pentingkan diri. Selama ini Su dah banyak bekorban untuk abang, untuk kakak. Kali ini biarlah Su pilih jalan Su sendiri. Su minta restu dari kakak dan abang Mail untuk perkahwinan kami nanti. Su minta maaf kak kalau keputusan Su menghiris hati akak. Su rasa dah tiba masanya, kakak bangun dari mimpi. Bukan semua benda yang kita nak akan jadi milik kita, kak. Kadang-kala apa yang kita rasakan baik itu mungkin sebaliknya. Hanya tuhan yang tahu kak. Jadi Su dah putuskan untuk pilih Jeff. Su harap selepas ini takkan ada lagi masalah antara kita. Su rasa penjelasan Su dah cukup terang. Lepas ni kita tutup buku lama dan kita buka buku baru. Walau apapun keputusan Su, kehidupan kita mesti di teruskan. Dan Su doakan kita semua akan temui kebahagiaan.” Su tersenyum. Dia pandang Jefri. Jefri balas senyuman Su. Dipanjatkan kesyukuran pada yang Esa.
“tidak kau tak boleh buat macam ni pada aku, Su. Aku kakak kau. Sanggup ke kau tengok aku menderita” Nomi masih tidak berpuas hati. Terasa bagai sebiji batu besar menghempap kepalanya mendengar keputusan Su.

“Su dah fikir banyak kali kak. Su tak akan mengubah keputusan Su. Kalau Su lepaskan Jef, Jef juga tak akan terima akak. Akak berpijaklah dibumi nyata. Jangan bermimpi di siang hari lagi. Jodoh dan pertemuan itu ditangan Tuhan. Mintalah pada Dia. Insyaallah ada lagi insan yang lebih baik untuk akak. Su tak nak ada sengketa antara kita kak. Hanya kakak yang Su ada. Akak restuilah Su dan Jef” Su pegang tangan Nomi. Nomi rentap kasar tangan adiknya. Sungguh dia tidak mampu terima keputusan Su.

“mulai sekarang kau bukan lagi adik aku. Aku benci kau” tempik Nomi. Terus dia berlari keluar dari banglo itu. Su ingin mengekar tapi pantas dihalang oleh Jefri.

“Biarlah dulu. Dia tengah panas tu” ucap Jefri. Su tertunduk. Namun keputusannya sudah bulat. Tidak mungkin dia akan mengubah keputusannya.

“Su” su pandang Mail. Ada air jernih di pipi lelaki itu. Tidak sangka Mail begitu lemah dalam mengharungi cabaran ini. Dia tewas. Tanpa segan silu mutiara jantannya membasahi pipi.

“Abang doakan Su bahagia. Abang memang tak layak untuk Su. Tapi abang minta maaf, abang
tak boleh berhenti dari mencintai Su. Sampai bila-bila abang akan sayangkan Su.” Kata-kata Mail terhenti. Su seka airmata yang bakal tumpah. Hatinya pilu melihat orang yang disayanginya bersedih. Tapi dia harus lepaskan Mail pergi. Dia tidak meminta semuanya berakhir begini tapi dia perlu menghadapinya.

“Jeff, jaga Su baik-baik. Dia gadis yang baik. Jangan buat dia menangis lagi. Aku mungkin tak dapat hadir di majlis korang nanti. Kau tolong uruskan syarikat. Aku perlu pergi untuk seketika” mail bangun. Mula melangkah pergi.

“abang” panggil Su. Langkah mail terhenti. Tapi dia langsung tidak berpaling.

“Su doakan abang bahagia.” Ucap Su. Terus Mail berlalu dengan hati yang luka. Terduduk Su di sisi jefri.

“Su dah buat semua orang terluka”airmatanya turut tumpah.

“tabahkan hati su. Su dah buat apa yang terbaik untuk diri Su. Izinkan Jef bahagiakan Su. Kita bina hidup baru” su pandang Jef. Ada bahagia dimata lelaki itu. Perlahan Su mengangguk.
****************************
“Aku terima nikahnya Nurul Syuhada bt Zamri dengan mas kahwin RM 80 tunai” sekali lafaz Su menjadi milik Jefri. Menitis airmata Su. Akhirnya segala janji telah termeterai. Tapi hatinya sayu. Dihari bahagianya, Nomi tiada di sisi. Dia amat berharap kehadiran gadis itu. Tapi hati yang terluka parah membuatkan Nomi pergi membawa diri sama seperti Mail yang pergi meninggalkannya. Moga dia temui apa yang dicari. Dan aku baru ingin memulakan langkah bersama Jefri. Moga bahagia itu milik kami hingga ke hujung usia. Insyaallah.

kepadaMu kekasih
aku berserah,
kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yg terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat dihati…..

Nurul Syuhada


Umpama mimpi Kukecap kenangan
taman permainaanMasa kecil dulu
Sisip senyummu Kemanisan tanpa gula
Meninggalkan seribu keresahan
Kala gerimis Menitis dihati
Kenangan lenyap Tanpa sedar
Mungkinkah ada lagi Saat-saat indah itu
Agar dapat kita bersama lagi
Dalam kelam engkau datang menuju hati yang sepi
Dalam terang engkau hilang entah kemana
Andai kata hanya mimpi
Mengusik kenangan silam
mengapa hangat tanganmu ku terasa
Ismadi

I can read your mind
And i know your story
I see what you’re going through
It’s an uphill climb
And i’m feeling sorry
But i know will come to you
Don’t surrender
‘cause you can win
In this thing called
Love...

Jefri ….

Terkadang aku merasa menyesal
Kerna telah sehabis daya
Aku cinta dirimu oh kasih
Akhirnya aku sendiri tersisih

Nurul Rozaimi……

p/s: tq untuk korg yg sdi meletakkn diri korg kt tmpt Su. nampaknya korg sebulat suara memilih jefri. jadi terimalah akibatnya dari keputusan korg. huhuhuhu. satu2nya org yg gmbira adalh Jefri. Su masih m'cuba utk terima. Tapi Mail dan Nomi luka parah. hingga boleh putus saudara. anda sebagai Su, adakah anda gembira dgn ending ini???