THANK YOU

Thursday, December 24, 2009

Silam


Aini pandang sekali lagi kad jemputan ditangannya. Hatinya berbelah bagi. Rasa berat hati untuk menghadiri reunion kali ini. Ah, sukarnya untuk aku tepis rasa yang sudah menjadi raja dihati. Aini masih ingat ketika zaman persekolahannya. Dia seorang yang pendiam, kurang bergaul. Dalam kelas dia selalu dapat nombor akhir. Duduknya pun di hujung kelas. Kawan-kawan sekelas ramai yang memandangnya dengan pandangan sinis. Tidak suka melihatnya yang Nampak comot dan agak tidak terurus. Sukarnya melupakan segala kenangan itu. Banyak kali dia diejek dan dibuli. Namun apa yang dapat dia lakukan.

Aini masih ingat ketika dia di darjah 6, sekolah ingin mengadakan lawatan. Aini minta kebenaran ibu untuk turut serta. Keesokan harinya Suzana dan Qamariah bertanya padanya, adakah di ingin menyertai lawatan yang di anjurkan oleh sekolah. Terus Aini menjawab.

“mak aku bagi tapi nanti bila UPSR kena dapat banyak A” itulah jawapan Aini. Terus Suzana dan Qamariah ketawa mengejeknya.

“Aini nak dapat banyak A. eh, angah Aini nak dapat banyak A. hahahaha” mereka ketawakan Aini. Aini hanya mampu diam dan menerima segala ejekan kawan-kawannya. Nak buat macam mana dah nasib dia. Tapi sebenarnya Aini marah. Aini malu diejek begitu. Terasa dirinya begitu kerdil.
****************************************
“Hello Aini, kau pergi tak?” soal Ziana, sahabatnya yang paling lama. Sejak dari tadika mereka bersahabat.
“siapa yang pergi?” soal Aini.
“semua pergi. Kau?”
“tengoklah dulu” ucap Aini. Dia tidak pasti. Dia tahu pasti kawan-kawan yang menyakitkan hatinya turut serta dalam perjumpaan kali ini. Dia kembali diusik kenangan dulu. Kenangan 8 tahun yang lalu. Sudah begitu lama kenangan itu tersimpan dalam kotak fikirannya.
Aini masih ingat ketika dia dimalukan oleh kawan-kawan sekelasnya. Siti Zulaika, siapa yang tak kenalnya. Orangnya tidaklah sepandai mana tapi oleh sebab dia berkawan dengan Angah, budak pandai dalam kelas Aini, dia turut besar kepala. Berlagak. Aini dulu pengawas pusat sumber. Selepas UPSR, dia dan kawan-kawan diarah membersihkan perpustakaan.
“Aini, pergi bersihkan rak belakang” perintah Siti Zulaika. Aini menurut walaupun dia sudah dapat menghidu niat jahat Siti Zulaika padanya.
“bersihkan yang atas” perintah Siti Zulaika. Aini menurut. Tiba-tiba Siti Zulaika menyelak kain sekolah Aini. Aini terkejut. Malunya hanya tuhan yang tahu. Siti Zulaika ketawa terus dia berlalu ke arah sahabatnya. Mereka mentertawakan Aini. Sekali lagi Aini hanya mampu mendiamkan diri. Tak berdaya untuk melawan.
Waktu Aini melangkah masuk ke kelas. Semua orang memandangnya. Ada yang tertawa. Aini hanya mampu menunduk. Dia tahu berita tadi pasti sudah dihebohkan oleh Siti Zulaika. Aini malu. Malu sangat pada kawan-kawan. Terasa dirinya begitu terhina. Sampai hati mereka buat diri Aini begitu.
********************************************
Aini tak mahu selamanya begitu. Dia perlu bangkit. Dia perlu pertahankan harga dirinya. Dia bukan gadis lemah. Ketika Aini masuk ke sekolah menengah, Aini sedaya –upaya cuba berubah. Aini ada pangkat dalam persatuan dan unit uniform di sekolahnya. Aini pernah jadi pengerusi. Aini aktif di atas dewan. Menjadi pengacara majlis untuk majlis-majlis rasmi bukan lagi asing bagi Aini. Ramai yang mengenali Aini. Aini bukan lagi Aini yang dulu. Aini sekarang sudah ada keberanian. Sudah ada egonya sendiri. Semua orang hormat pada Aini. Aini puas. Aini seronok melihat Siti Zulaika yang sudah tidak dapat menunjukkan lagaknya. Siti Zulaika sudah sendiri. Kawan-kawannya yang dahulu sudah berpecah. Ada yang ke sekolah berasrama penuh, ada juga ke sekolah agama. Tapi kepuasan Aini tidak bertahan lama. Qamariah berpindah ke sekolahnya. Dendam Aini yang tak pernah padam kembali marak. Didepan Qamariah dia menunjuk-nunjuk kehebatannya. Bila Qamariah tahu siapa dia. Dia juga manusia yang punya perasaan. Qamariah cuba berbaik dengan Aini, tapi bagi Aini selagi perkara silam itu masih segar dalam ingatannya, dia tidak akan berbaik dengan orang seperti Qamariah. Perempuan yang suka bercakap tak serupa bikin.
*************************
Selepas SPM Aini boleh tersenyum bangga. Walaupun pencapaiannya tidaklah segah mana, tapi dia telah di tawarkan ke beberapa IPT. Qamariah dan Siti Zulaika hanya mampu memandang. Kata Qamariah pada Mira, sahabat baik Aini, dia ditawarkan diploma perakaunan tapi dia menolak kerana mahu menjadi pendidik. Aini hanya tersenyum. Entah betul entah tidak. Aini sudah sedia maklum dengan perangai Qamariah yang suka bercakap besar. Siti Zulaika pula hanya mendapat tempat di IPTA untuk jurusan diploma kejuruteraan. Dengar cerita, ada sesetengah sujek yang tidak dapat pencapaian yang memuaskan. Aini bangga. Dulu dia diejek, dihina. Sekarang orang yang mengejek dan menghinanya tidak lagi segah dahulu. Mungkin benar kata ibu, pasti ada balasan yang setimpal untuk orang sebegitu. Dalam kegembiraan, Aini turut bersedih. Sahabat baiknya Mira tidak dapat mengikutinya menyambung pelajaran ke IPTA. Aini tahu Mira kecewa. Oleh kerana dendam, Aini tergamak menambahkan kekecewaan dihati Mira. Bukan niatnya untuk berbuat begitu. Tapi keadaan ketika itu memaksanya. Hari demi hari yang berlalu, Mira makin jauh dari Aini. Apa yang begitu menghiris hati Aini, bila Mira memberitahunya dia berkawan agak baik dengan Qamariah. Kerana dendam dan sakit hati, perasaan Aini tidak membenarkan Mira berbuat demikian. Hatinya luka melihat mira berbual mesra dengan Qamariah.
“kami satu kelas, jadi takkan saya nak bermasam muka dengan dia. Awak tak kisah kan?” ucap Mira. Memang dia dan Qamariah sama-sama menyambung pelajaran ke tingkatan 6. Aini cuba maniskan wajah. Tapi hatinya tuhan yang tahu. Sahabat baiknya berkawan dengan musuh ketat. Alangkah kecewanya Aini. Tapi Aini tak boleh pentingkan diri. Dia dan Mira jauh terpisah. Pastinya Mira juga perlukan kawan baru sama seperti Aini. Hingga kini perasaan sakit hati dan marah itu tidak pernah padam dalam diri Aini. Kadang-kala Aini terfikir, sampai bila perasaan ini harus disimpan. Tapi setiap kali Aini ingin berbuat baik pasti kenangan silam itu membayanginya. Setiap kali bicara ingin meniti bibir pasti kenangan itu datiag kembali. Aini ingat kata ibu.
“kemaafan itu adalah penawar” Aini keliru.
Soalan: Andai kata anda adalah Aini, apa yang akan anda lakukan. Anda maafkan Siti Zulaika dan Qamariah? Bagaimana caranya untuk anda maafkan mereka? Lupakan saja kerana itu zaman kanak-kanak. Anda cuba terima mereka kerana Mira? @ anda terus bersikap dingin walaupun mereka cuba berbaik-baik dengan anda? Apa yang harus anda (Aini) lakukan untuk memuaskan hati semua pihak tanpa menyakitkan hatinya sendiri. Anda tentukan sambungannya. Adakah Aini pergi ke Reunion itu dengan rasa bangga atau dia datang membawa kemaafan? atau mungkin juga Aini tak pergi ke Reunion itu??

7 comments:

Anonymous said...

hishh...susah nie..
hehe mmg sepatut nye kene maaf kan diorg sbb nabi pon maaf kan umatnye
sedangkan sape lah kite nie..
tapi klu ikut hati sy.. sy takkan pergi union tu..and setiap kali jumpa diorg kat mane2 sy wat tak tau je..
klu diorg nak tegur sy, tegur arr tapi sy takkan mula kan dulu

Anonymous said...

maaf jer la kwn2 tu...kn sbb kwn2 aini leh jd semangat utk bangkit dr perasaan rendah diri.....maafkn org lain adalah perkara yang terbaik utk dilakukn bg mendapat kehidupan dan hati yang tenang....AKU SEORANG PEMAAF..HEHE

Anonymous said...

saye suggest kalo ditekan tema dendam dalam sambungan die menarik jugak. tema kemaafan maaf la ye sebab tema tuh dah terlalu klise....dah bole agak kesudahan die...takut hambar plak nti..

kalo dendam tuh, saye xdela suggest smpai berbunuh-bunuhan...jz enough utk aini melepaskan semua yg terbuku dihati die slame ini...tentang btape sakitnye hidup tatkala maruah dan harga diri dipijak orang yg xberperikemanusiaan....saye paham pedihnye saat2 tuh....biar semua orang tahu betapa kejinye mereka terhadap aini suatu ketika dulu...xcept for mira, xde sorg pon ahli kelas aini yg layak bergelar sahabat..even kawan skali pon....

kemaafan tuh mmg penawar...tp sekurang2 nye kte perlu gak buat org yg slame nih menyakiti kte sedar betapa teruknya perangai mereka...bagi dorg sedar...cz golongan2 mcm nih hanye akan sedar EITHER kalo dorg ditimpa kesusahan di kemudian hari...OR kalo kte sdiri yg sembur balik smue perbuatan buruk dorg tuh balik ke muka mereka......

saye bagi suggestion jer...walau ape2 pon yg kak naniey tulis nti..saye still suker & akan terus singgah blog kak naniey cz i see u as a very talented writer..i would say u deserve the title AUTHOR as well.....

-kamalia-

adib habib said...

mmg sukar memaafkan ttp kemaafan mrupakan ubat sakit hati.
sapai bile nk idup dlm sakit hati? maafkn mereka2 itu dgn rela ati.
lg pula, adib pasti mereka pn malu dgn aini yg kini jauh lbh berjaya drp mereka~
Insyaallah bbrp thun lg aini mgkn jd cikgu kn? mereka 2 pula ntah bkerjaya ntah kn tidak.
so, jd lh org yg plg bbhagia dgn memaafkn org lain~

Anonymous said...

maaf je la.....lagipon masa 2 diorang masih kanak2 lagi
mana citer mia dan khairul amir

Aishah Hamzah said...

akak setuju dengan anonymous-kamalia....

buat next episode dengan menekankan tema dendam...tp jgn la sampai berbunuhan pula...apa2 pun up to naniey la....good luck.sambung2!

Anonymous said...

biar aini g dgn bangga.. wat dorg sume jeles ngan aini.. br puas hati...kalo nk memaafkan pon, biar dorg merayu2 dulu..