THANK YOU

Wednesday, February 29, 2012

Cinta Di Penghujung Hati 3


Kehidupan yang terus-terusan di lambung derita tidak pernah ku pinta. Alif makin hari makin jauh. Langsung tidak mahu memandang wajahku. Terasa hati benar dengan sikapku yang menuduhnya dulu. Hati aku sakit bila tiap saat di ungkapkan rindunya pada Sara. Walaupun Sara sahabat baikku, namun sebagai manusia biasa aku tetap punya rasa sakit. Cemburu terus-terusan mengasak jiwa.

Entah angin apa yang merasuk Alif hari ini. awal benar dia pulang. Jika tidak bila jam menginjak ke pagi baru Nampak batang hidungnya. Entah kemana dia menghilang. Masuk sahaja ke kamar di hadiahkan senyuman manis padaku. Perangai gila apa pula yang bakal dilakukan hari ini. Aku hanya diam di hadapan meja solek apabila dia selesai mandi. Jambang dan misainya telah bercukur. Selamba sahaja dia bertuala separas pinggang di hadapanku. Sudah tiada rasa malu dan marah melihat wajahku agaknya. Tubuhnya yang berotot ku jeling. Malu-malu untuk memandang

“awal abang balik” sapaku menghentikan kesunyian dan keresahan.

“Salah ke? Abang nak tengok Niza” perlahan dia menghampiriku. Bahuku di pegang. Tak keruan rasanya saat itu bila sepasang mata menggoda miliknya merenung lama pada wajah yang terbias di cermin.

“Abang tak sihat ye?” soalku terus bangun. Menjauhkan diri daripadanya. Meremang pula bulu romaku dengan tingkah peliknya.

“Macam ok. Niza sihat?” gulp. Tanya aku pulak. Aku angguk

“Niza nak keluar siapkan makan malam untuk abang. Mesti abang lapar kan” belum sempat aku melepasinya pantas lenganku di tarik.

“Niza nakkan hak Niza?” soalnya tiba-tiba.

“Apa maksud abang”

“Abang berdosa jika abaikan tanggungjawab abang sebagai suami.”

“Tanggungjawab apa yang abang maksudkan?. Niza tak nak abang tunaikan tanggungjawab abang dengan perasaan terpaksa. Niza masih boleh tanggung diri Niza. Tak payah abang risau” Alif senyap. Perlahan tangannya mengcapai tanganku. Dikucup lembut. Ah,. Tak boleh jadi ni.

“Niza cakap, abang tak cintakan Sara kalau abang abaikan Niza kan. Mulai hari ni abang akan jalankan tanggungjawab abang pada Niza dan Ilya untuk buktikan cinta abang pada Sara” kemana hilangnya Alif yang bijak, yang pandai. Apakah bodoh manusia di depan aku ini. kenapa dia jadi dungu sebegini. Ya Allah kuatkanlah hati ini dalam memulihkan kembali semangat suamiku. Terus aku letakkan tangan ke kedua belah pipinya.

“Abang dengar sini” aku renung tajam matanya.

“Niza takkan minta abang buat apa yang abang tak suka. Perasaan abang pada Sara, hanya abang dan Allah sahaja yang tahu. Abang tak perlu buktikan apa-apa pada Niza. Niza dah lama faham. Hari tu Niza marah sangat. Niza tak sengaja cakap macam tu.” Ucapku. Terhenti seketika sebelum ku sambung bicara.

“Niza tahu bukan mudah untuk abang terima hakikat orang yang abang cinta, yang abang saying dah tinggalkan abang. Niza pun sedih. Tapia bang kena ingat Ilya perlukan abang. Dia perlukan kasih sayang. Abang tak perlu buat apa-apa untuk Niza. Tapi buat untuk Ilya. Luangkan masa dengan dia. Niza tahu abang tak senang sebab fikirkan tanggungjawab abang pada Niza” sukar untuk aku ungkapkan.

“Abang tak perlu jalankan apa-apa tanggungjawab pada Niza. Niza yang tak nak. Tapi satu je Niza nak minta dari abang” aku pandangnya lama.

“apa?” soalnya

“Izinkan Niza duduk kat sini sampai abang dah betul-betul ok. Niza nak jaga Ilya. Niza janji bila abang dah sihat dah boleh hidup macam dulu, Niza akan pergi. Abang takkan terbeban lagi. Buat masa ini, anggaplah Niza ni sesiapa pun. Niza tak kisah. Tapi Niza mohon abang bagi Niza peluang jaga Ilya untuk sementara waktu ni” serak suaraku menahan sebak dan tangis. Alif terkelu. Namun seketika kemudian ada air jernih yang mengalir dari pipinya. Dia kalah lagi menahan mutiara mahal itu dari menitis.

“abang berdosa pada Niza. Tapi abang tak boleh nak lupakan Sara. Abang minta maaf” dia menunduk

“syyhhh…” perlahan aku memeluknya. Menenangkan dirinya persis anak kecil.

“mulai hari ni, abang takkan rasa macam tu lagi. Tak apa, Niza faham. Niza akan bantu abang jaga Ilya. Bantu abang untuk bangkit semula. Abang jangan bimbang” pujukku. Namun dia tetap menangis di bahuku. Dan malam itu hati aku lebih parah berdarah dari hatinya. Kerana aku merelakan dia menganggapku apa sahaja. Asalkan dia bahagia.

Pantas masa berlalu. Esok umur Ilya dah masuk setahun. Maknanya dah hampir setahun juga arwah Sara pergi. Alif?. Nampaknya dia dah mula terima hakikat. Beberapa bulan kebelakangan ini dia makin kerap bersama Ilya. Selepas kejadian malam tu, dia menyepi. Lama sekali. Agaknya sudah puas berfikir dan kesiankan satu-satunya tinggalan Sara itu jadi dia bertindak merapatkan diri dengan anak itu.

“mama” aku toleh ke sisi. Ilya menarik-narik bajuku minta di dukung dengan wajah yang sudah seperti ingin menangis. Manja sangat. Lantas tubuh kecil itu ku dukung

“sayang nak susu ye?” soalku padanya. Dia hanya angguk. Memahami tetapi tidak tahu untuk menyuarakan hasratnya. Lantas susu Ilya kubancuh dan membawanya ke ruang tamu. Menyusukan Ilya.

“ilya dah nak masuk setahun sayang. Dah besar anak dara mama ni. Mama tak tahu sampai bila mama boleh ada dengan Ilya. Tapi mama nak anak mama ni jadi anak yang solehah. Jaga ayah bila mama tak ada” ucapku dengan senyuman. Mata Ilya terkebil-kebil memandang bicaraku. Manalah anak kecil itu mengerti. Rasanya masa untuk bersama Ilya sudah semakin suntuk. Aku ingat janjiku pada Alif. Aku akan pergi bila dia bersedia menempuh reality. Dan aku merasakan dia sudah mula bersedia.

“Ilya sayang. Mama akan rindukan Ilya nanti” ucapku bersama titisan airmata yang jatuh ke pipi. Aku peluk kemas Ilya.

“ilya” suara itu mengejutkanku. Cepat-cepat airmata ku sapu.

“Ilya minum susu ye sayang?” Alif muncul dengan senyuman. Dua butang kemejanya sudah terbuka. Dia melabuh punggung disebelahku. Hampir sekali. Tangannya mengusap lembut pipi Ilya yang sudah mula layu. Harumannya menyapa hidung.

“Abang dah makan?” soalku menghilangkan sesak di dada. Alif pandangku

“Belum” balasnya.

“nak makan?. Niza sediakan”

“boleh juga” balasnya lagi. Pertama kali dia menerima pelawaanku

“Niza letakkan Ilya di bilik dulu ye”

“Biar abang yang buat” Alif mengambil Ilya di ribaanku. Lantas dia melangkah ke bilik. Aku hanya memandang hingga dia hilang di kamar. Lantas ku atur langkah ke dapur. Menghidangkan makanan. Memang setiap hari aku masak lebih. Berharap dia sudi menjamu selera. Lama aku tunggu dia di meja makan. Sehingga akhirnya aku panjat tangga ke kamar Ilya. Alif lena di katilku sambil memeluk anaknya. Aku pandang lama wajah itu. Niza cintakan abang. Mungkinkah Niza mampu untuk tinggalkan abang dan Ilya?. Sebak terasa menghuni hati. Namun itulah yang bakal aku lalui bila saatnya tiba.

p/s : hidup bukan hanya untuk bergelak ketawa.... hidup juga untuk menangis.... Tangisan itu meredakan ketegangan diri.... Tapi ingat setelah puas menangis jangan lupa untuk ketawa... tinggalkan segala duka dan bawalah rasa bahagia untuk perjalanan seterusnya.... :))

Tuesday, February 28, 2012

KegembiraanKU



Assalamualaikum dan Salam sejahtera

pejam celik sudah sebulan lebih ruapanya saya berpraktikum. macam-macam kerenah sudah saya tempuhi.... dua tiga hari lepas asyik beremosi hari ni Nani nak cerita kisah kegembiraan hati Nani sebagai seorang guru

Seorang murid saya mempunyai tingkah laku yang sangat sukar di atasi. sering asingkan diri. tidak mahu duduk ketika guru mengajar. Kadang-kala dia menganggu pengajaran apabila mengajak kawannya bermain. sebagai seorang guru pada mulanya saya penat dan sudah tidak tahu bagaiaman ingin mengatasi masalah murid ini. seringkali saya memarahinya lantaran rasa hilang sabar dengan tingkahnya yang suka mengajuk percakapan guru. namun kemarahan langsung tidak menakutkannya.

Seringkali saya berfikir mengenainya dan saya cuba guna pendekatan berlembut dan penuh kasih sayang kerana setelah mendengar serba-sedikit kisah hidupnya saya merasakan dia memerlukan perhatian memandangkan ibunya tinggal di berjauhan iaitu di Kuala Lumpur. Harapan saya dengan cara ini lembutlah sedikit hatinya untuk menurut dan saya ingin membuatkan dia berasa senang seperti berada di sisi ibunya. selamat dan rasa disayangi. setiap kali bertutur dengannya saya usap kepalanya dan berkata

"Yusuf budak baik. Yusuf kena dengar cakap cikgu. Nanti cikgu bagi Yusuf coklat kalau yusuf belajar" begitulah yang saya bicarakan dengannya hari ini. dan dia akur tapi sekejab cuma. tidak mengapalah asalkan dia mahu. rasanya sudah hampir seminggu saya berlembut. walaupun kadang-kala hati panas juga dengan perangai namun cuba saya sabarkan. Untuk melihat perubahan ia memerlukan pengorbanan

Alhamdulillah saya nampak sedikit perubahannya. Dia boleh menurut jika dipujuk dengan baik. Tadi semasa bersalaman untuk pulang, entah kenapa dia menghulurkan pipinya untuk di cium. Orang kata kalau nak eratkan hubungan murid dengan guru (untuk prasekolah shj) selalulah peluk dan cium murid. tetapi terus terang saya tidak pandai berbuat demikian. walaupun saya bukan jenis yang pandai menunjukkn kasih sayang dengan ciuman n pelukna tetapi saya turutkan juga supaya dia rasa di hargai dan di sayangi oleh gurunya. pipinya saya cium dengan tawa senang. (mungkin lain kali saya akan peluk dan katakan padanya "Cikgu sayangkan Yusuf)

Hati saya sedikit sebanyak rasa lega walaupun dia msih tidak mahu duduk bila guru mengajar tapi dia menunjukkn tingkah laku +VE pada saya. Dia ingin bermanja. dan kala itu juga hati saya berbunga-bunga. sebagai seorang guru saya rasai di sayangi oleh murid walaupun usianya hanya 6 tahun.

harapan saya, mudah-mudahan Allah lembutkan hati yusuf supaya menjadi anak yang baik dan mendengar kata. Yusuf budak yang pandai jika di asah dan kena caranya. Saya mahu yusuf berjaya menjadi manusia yang cemerlang dunia dan akhirat. Amin

Saturday, February 25, 2012

Kisah Pengorbanan Seorang Ayah Kepada Anaknya

Assalamulalaikum dan Salam Sejahtera

Syukur kita masih diberi nafas untuk bernyawa hari ini. Tadi nani tengok video kat youtube dan terjumpa video. tentang pengorbanan seorang ayah. sedih sangat tengok. Jarang kita tengok video pasal pengorbanan seorang ayah. selalu ibu yang selalu disanjung tinggi. kadang-kala kita lupa, ayah juga penting dalam kehidupan kita. tengoklah video ni



semua orang impikan ayah yang sempurna. Nani pon harap begitu. Berharap ayah adalah ayah yang sempurna. bila tengok video ni, nani sedar, seorang bapa tidak mungkin akan sempurna kerana dia juga manusia seperti kita. ada lakukan kesalahn dan kersilapan sepanjang hidupnya. namun kasih sayangnya adalah sempurna untuk anak-anak.

p/s : berharap hati ini akan sempurna keikhlasannya untuk memaafkan dan memberikannya kasih sayang yang telah lama terkulai.....

Friday, February 24, 2012

Slot Pedoman : Apakah benar dia sahabat?


Assalamualaikum dan salam sejatera buat semua pembaca. maaf hari ini masih tiada entry apa-apa pun. nani rasa sekarang nani sangat selesa menjadikan blog sebagai tempat meluahkan rasa. tajuk slot pedoman pada kali ini apakah benar dia sahabat?. Semasa menulis entry kali ini nani rasa sedih sangat sebab bila nani pandang sekeliling nani, nani tak nampak sesiapa pun sebagai sahabt. Yang ada hanya ibu.

Bagaimana mengukur erti sebuah persahabatan yang erat. berapa tahun kamu mengenali dirinya? berapa jauh kamu memahaminya? atau berapa rapat kamu dengannya??. semua itu bukanlah suatu ukuran tetapi itu suatu angka sahaja. tidak bermakna. mengenalinya 10 tahun, 10 dekad atau 10 abad tidak beerti dia adalah sahabat. sewaktu susah kita berkata " sebagai sahabat kita akan harungi susah senang ini bersama".... tapi berapa ramai sahabat yang mengotakan janjinya?.

Saat aku merenung jauh mencari ertinya aku seorang manusia di celahan ribuan orang,ibaratnya seperti permata dibalik serakan kaca yang bertabur aku nampak diriku begitu suram. cahayanya menumpang kilauan kaca. apakah aku begitu hina hingga menagih kilauan kaca itu? TIDAK!!... aku bukan manusia yang hina menagih kasih pada manusia pembohong. Jangan cabar kesabaran aku. sebab aku juga manusia punya hati dan perasaan. Jangan cabar aku dengan helah yang hina itu. kerana aku boleh tunjukkan kehebatan aku jika itu kehendak aku.

KENAPA aku tulis macam ni? sebab aku kecewa dengan sahabat-sahabat aku. aku tundukkan kepala bukan untuk kau pijak. aku bongkokkan badan bukan untuk kau sepak terajang. manusia macam kau tak layak!. aku juga punya rasa marah. tapi kemarahan itu adalah api dan syaitan dijadikan dari api. jika aku mengikut nafsu marah ada beza ke aku dengan syaitan???

Astagfirullah hal azim. ampuni aku YA ALLAH atas rasa sakit yang tidak tertahan ini. apa yang cuba aku sampaikan di sini, jangan cepat putuskan siapa sahabat baik kita. kerana dia juga akan tinggalkan kita bila kita susah. dia juga akan membelakangkan kita pada bila-bila masa. memang aku sayangkan kau. sayang sangat, tapi kau buat aku menangis. maaf aku bukan sahabat yang baik. aku mengungkit setiap kebaikan yang aku hulurkan. kerana malam ini aku benar-benar kecewa. TERSANGAT.... jika kau merasakan kita masih lagi sahabat, kembalikanlah rasa percaya itu.

memang aku perlukan kau. tapi ingat, aku bukan manusia hina menagih simpati orang merata-rata. aku punya harga diri seperti kau. Allah ciptakan aku sama seperti Dia ciptakan kau. jadi hormatlah aku sepertimana aku menghormati kau. Percayalah aku sepertimana aku mempercayai kau jika kau masih seorang sahabat. kau nak kata aku ego? tak nak mengaku salah. Aku ego sebab aku tahu siapa diri aku dan siapa dia.

p/s : aku janji aku bukan manusia lemah lagi. aku tak takutkan kau. aku boleh hidup dalam dunia ni tanpa kau sekali pun. mak ayah aku yang besarkan aku selama ini. kau bagi apa? keseronokkan dan kepalsuaan hidup. sombong? memang aku sombong. Aku sombong sebab aku tak rasa aku perlui hormat pada manusia macam kau

Tuesday, February 21, 2012

TERTEKAN DAN TEKANAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

harap semua sihat.. nani? nani tak sihat.pening kepala..
tadi dah jumpa doktor... darah naik (lebih sesuai tekanan darah tinggi)....
doktor kata mungkin awak stress dan kurang tidur menyebabkan kepala awak pening dan tekanan darah awak naik...
katanya lagi tak logik untuk manusia berumur 40 tahun ke bawah terkena hipetensi.... kalau macam kes nani ada tiga kemungkinan

1. masalah ginjal
2. masalah jantung (ayah nani sakit jantung)
3. stress (kemungkinan juga fktor obes)

kena follow up doktor (check tekanan darah) selang sehari selama dua minggu. hai..rumitnya. hati ni rasa risau je. dulu pernah juga terfikir nak ubah gaya hidup. kurangkan makan banyakkan senaman. tapi tak jalan.

mmm.... kalau ikutkan nani da pernah kena tahun lepas tapi tak follow up dengan doktor sebab nani tak suka jumpa doktor. bau klinik @ hospital buatkan nani resah. lagi satu lepas tu nani dah rasa sihat. mungkin juga waktu tu nani tak boleh terima hakikat nani bermasalah. mmm macam macam masalah kan nani ni.


Apa yang buat nani tertekan? entahlah. mungkin ragam kawan, mungkin kerja. atau mungkin tabiat nani yang suka tidur lewat dan bangun awal. harap korang sudi baca luahan hati nani ni. Nani risau kalau betul penyakit-penyakit tadi ada. Nani tak nakkan simpati, tak nak korang menyalahkah apa yang nani lakukan. Nani tahu apa yang nani buat, sebab dan akibatnya dah pun nani rasionalkan sendiri. Nani hanya nak minta jalan, macam mana nani nak kembalikan tekanan darah pada normal. ada sesiapa berpengalaman macam nani tak? boleh kongsi?.

p/s : korang yang belum terkena hipertensi, sila jaga diri dengan sebaik mungkin. bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah bagi... bila tuhan dah tarik nikmat tu, barulah kita sedar betapa selama ini kita tak pernah bersyukur dengan nikmat Nya

Saturday, February 18, 2012

Jawapan Aku...


Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua......

Entry kli ni khas utk jawab komen-komen yg nani rse perlu di jawab... (konon bt rajin)

dari zz : Nani mmg bzy skrg... tgh praktikum....dengan assigment yang belum siap. kadang-kala bila penat berfikir saya luangkan masa di sini. kalau ada idea mnulis bolehlah post entry.. kalau tak ada, blog walking jelah.. maaf jika anda asyik tunggu dan tunggu sahaja.. otak nani tengah giat bekerja untuk 3 bulan ini sampai 27 april.. mungkin blog ni bakal bersarang. ini pun rehat untuk cari idea nak siapkan assigment. aduhai....

dari adik annoy :tak dapat baca bab 9 dan 10 MBML????... macam mana nani nak buat ye? nani pun kurang arif. nani da repost 2, 3 kali bab tu tapi still ada yang tak boleh baca. kepada para pembaca boleh tak bagi apa-apa cadangan suapaya semua orang boleh baca. tolonglah sahabat anda. terima kasih...

sekian terima kasih

p/s : Bilalah nak siap assigmnt ni???

Monday, February 13, 2012

my bos my love 18


Hari ini aku memulakan misi ku. Berat rasa hati untuk meneruskan misi. Tapi demi mak, aku kuatkan hati. Tengku Hairil harus ku miliki. Banglo milik Tengku Badriah kini tesergam indah di depan mata. Mulai hari ini, di sinilah kerjaku sebagai pembantu peribadi Tengku Badriah. Syukur apabila Tengku Badriah tidak menyoal banyak bila aku menyuarakan hasratku untuk bekerja dengannya. Senang saja dia memberikan jawatan ini padaku.

“Lin, kenapa tercegat je kat situ?” Qamariah menyapa. Orang gaji baru rumah Tengku Badriah. Membantu Mak Bi, ibu saudaranya di rumah besar itu. Qamariah dalam tahun akhir pengajiannya. Sedang bercuti semester. Aku tersenyum.

“Tengku ada?” soalku. Qamariah tersenyum.

“Tak ada. Awal pagi lagi dah keluar. Kenapa?”balas Qamariah

“tak ada apa. Tengku Badriah mana?”

“Kat dalam. Tengah sarapan. Mak Engku kata kalau Lin dah sampai, ajak sarapan sekali”

“ok. Lin masuk dulu. Mar pon, join lah sekali”

“Mar dah makan. Nak pergi siram pokok. Lin pergilah” ucap qamariah. Aku angguk sebelum meninggalkannya.
***********************

Penatnya satu hari berkurung dalam bilik bacaan. Mengadap laptop. Tengku Badriah sekarang sedang berjinak-jinak dengan persatuan rupanya. Macam-macam aktiviti hendak dibuat. Jenuh juga aku kena taip surat-menyurat, buat kertas kerja dan macam-macam. Ingatkan bila dah bersara, duduk rumah jelah tapi bukan main ligat lagi berpersatuan. Terus aku berjalan ke dapur. Ingin meneguk segelas air. Menghilangkan penat dan dahaga. Langkahku terhenti saat terdengar suara tawa lelaki berselang-seli dengan perempuan. Suara lelaki itu cukup aku kenal. Apa yang diorang buat. Beratnya kaki nak menghadap dia.

“Lin nak air ke?. Mak bi buatkan” aku di sapa dari belakang. Terus aku berpaling. Dua orang yang sedang ketawa itu juga memandang ke arah kami.

“Tak apa. Lin buat sendiri” balasku. Lambat-lambat aku mengekori langkah Mak bi ke dapur.

“Mar buatkan air untuk Lin ye” pelawa Qamariah.

“tak apa Mar. Lin boleh buat sendiri” Tengku Hairil hanya membisu. Sepertinya aku tiada di depan mata saja lagaknya.

“Mar sampai bila cuti?” soal Tengku Hairil pada Qamariah.

“Mar cuti 3 bulan.Bulan Januari tahun depan masuk balik” balasnya lembut. Sakitnya hati bila dia buat tak tahu. Bukannya nak tanya aku buat apa kat sini.

“Nanti sebelum masuk belajar, abang belanja Mar makan. Nak?” what? Abang? You make me angry. And……. I want cry…… so sad.

“betul?” amboi melayan pulak budak ni. Tengku Hairil angguk.

“janji tau. Nanti Mar tuntut”

“okey. Abang nak naik. Rehat kejab. Nanti nak balik office. Thanks, air Mar buat sedap” terus Tengku Hairil berlalu. Langsung tak hiraukan aku. Sampai hati. Aku pandang Mar yang tersenyum manis. Suka sangatlah tu.

“Mar!!!” aku dengar suara Tengku Hairil memanggil Qamariah dari kamarnya. Aku yang berada di ruang rehat tingkat atas agak terkejut. Terkocoh-kocoh juga budak tu naik tangga.

“Ada apa?” Qamariah menapak masuk ke kamar Tengku Hairi. Terjenguk juga aku. Apa yang diinginkan oleh Tengku Hairil. Panjang leher aku mengintai.

“Tolong gosokkan kemeja abang. Abang dah lambat. Ada meeting” arahnya. Bukan main macho lagi suara. Beberapa saat kemudian Qamariah keluar bersama kemeja hitam menuju ke bilik gosok. Fuh… lega. Seketika kemudian…..

“Lin,” aku pandang Qamariah yang berada di anak tangga. Terus aku melangkah kepadanya.

“Tolong bagi ni kat Tengku. Mar sakit perutlah”pinta Qamariah. Belum sempat aku angguk, kemeja hitam sudah di tanganku. Nak tak nak. Kena juga bagi. Karang mengamuk pulak orang tua tu. Pintu bilik Tengku Hairil ku ketuk perlahan.

“masuk” Aku pulas tombol pintu. Tengku Hairil sibuk merapikan rambutnya. Sekilas dia memandangku.

“Mar mana?” soalnya selamba. Bukannya nak tanya aku.

“toilet” balasku. Terus kemeja yang berada ditanganku di tarik. Cepat-cepat aku ingin menutup pintu.

“kejab” pintu yang hampir tertutup ku tolak sedikit.

“ambil tie” arahnya. Amboi, tak ada perkataan tolong pon. Tapi malas aku nak panjangkan cerita. Terus sahaja aku ke almari yang menempatkan tali lehernya. Aku capai sahaja tie kegemarannya. Warna merah hati berjalur.

“nah. Warna kegemaran you” Tengku Hairil pandangku.

“I dah tak suka warna ni.” Balasnya selamba. Terus kakinya melangkah ke almari. Tali leher putih diambil. Aku terkedu. Padahal dahulu inilah warna kegemarannya. Koleksi tali lehernya banyak yang bewarna begitu.

“Abang Aril….” Qamariah muncul.

“Mar, tolong abang pakaikan tie ni boleh?” Tengku Hairil tersenyum. Qamariah angguk. Aku hanya memandang. Dan tak lama lepas tu aku terus keluar. Sakit hati tengok babak tadi. Sampai hati you buat I macam ni Aril. Kalau betul you nak balas dendam pada I, takkan sampai macam ni. I ke yang salah dalam hal ni?

p/s : enjoy.....

Sunday, February 12, 2012

Dan Sebenarnya 2.....


Assalamualaikum dan salam sejahtera. setelah tuan punya cerpen kata, sambunglah sampai habis... nanti dia buat versi dia... jadi sementara Nani tengah aktif menaip (kerja lain malas) nani siapkanlah Dan Sebenarnya versi Naniey TJ.... Pada sesiapa yang belom baca Dan Sebenarnya 1... (sila klik sini)..hope Iffah dapatlah serba-sedikit idea... tapi sebelum lupa, apa komen korang tentang cerpen ni? ok x? semua diam je. TOLONG JANGAN KOMEN DALAM HATI!!. Nani xthu baca hati orang. so, hope dapat baca komen dari korang

“Aina” aku memandang Reza di muka pintu. Wajahnya jelas terkejut. Hampir 20 minit aku menantinya di ruang pejabat yang sunyi itu. Aku perlu bersua muka dengannya. Aku ingin tahu mengapa harus hubungan kami jadi begitu dingin.

“you buat apa kat sini?” soalnya lagi apabila aku hanya memandang dengan airmata yang bertakung di kolam mata.

“Kenapa you tak berterus-terang dengan I? kenapa you biarkan I fikir bukan-bukan pasal you?” soalku.

“I tak faham.”

“Rina dah ceritakan segalanya.”

“Rina? Cerita apa?” soalnya masih bingung. Tidak menyangka pertanyaanku yang begitu mendadak.

“I dah salah sangka. I ingat you cintakan Rina bukan I. Dan you tak pernah nak berterus-terang dengan I. kenapa Reza?” airmata gugur jua. Sungguh aku terluka dengan tingkahnya yang ku rasakan tidak relevan. Cintakah dia pada aku. Atau hanya aku yang separuh nyawa mencintainya?.

“Jadi pasal hal tu you datang cari I? setelah hampir setahun baru you datang minta penjelasan dari I? Listen Aina.” Reza berdiri tegak di hadapanku. Memandang tepat ke mata yang sudah basah dek airmata. Wajahnya saat itu sukar untuk ku gambarkan. Bagai penuh rasa kecewa bertakung di dada.

“Kalau betul you cintakan I, you akan sentiasa percaya pada I. Tapi I kecewa bila you tak pernah nak percaya pada I. you syak I dan Rina ada hubungan tanpa bertanya dahulu pada I” bicaranya cukup menyentapkan hatiku saat ini.

“I biarkan you, supaya you sedar, you telah silap menilai. Do you love me?” soalnya padaku. Aku terkelu. Cintakah aku padanya?.

“you sendiri tidak pasti bukan. Cinta perlu dibina atas rasa saling percaya. Kalau you asyik nak fikir bukan-bukan, cemburu tak bertempat, macam mana kita nak hidup bersama sepanjang hayat?” aku terisak.

“do you love me?” soalku pula padanya.

“yes. I do” pantas airmata yang meleleh ke pipi ku sapu kasar.

“no. you tak cintakan I. kalau you cintakan I, you akan pertahankan perasaan you. Bukan biarkan I pergi dengan syak wasangka.” Terus ku atur langkah.

“Aina” panggilannya menghentikan langkahku.

“please, don’t leave me. I need you” ucapnya. Aku tunduk. Memandang lantai. Suaranya cukup sayu pada pendengaranku. Haruskah aku berpaling saat hati aku sudah hampir nekad menerima dia sebagai teman hidupku. Kini aku buntu. Reza cintaku. Tapi zahiril sedang menunggu aku membalas cintanya. Lalu yang mana satu harus aku pilih.

Angin bertiup lembut membawa damai di hati. Petang yang cukup indah. Alangkah beruntungnya kita di lahirkan di bumi bertuah ini. hidup dalam kedamaian dan kemakmuran. Seharian berada di rumah membuatkan aku terasa bosan. Habis semua kerja aku bereskan.

Assalamualaikumlembut suara itu menyapa cuping telingaku. Perlahan tangannya melingkari pinggang.

Waalaikumsalam. Abang baru balik? aku berpaling menhadapnya. Perlahan dia angguk.

miss you sayang.ucapnya bersama satu kucupan di dahi. Aku tersenyum bahagai. Bahagia mendapat suami yang menyenangkan hati.

Sayang buat apa hari ni? soalnya

saya dah sapu lantai, mop rumah, basuh baju, jemur baju, lipat baju, buat air, buat minum petang." Aku membilang satu persatu kerja yang telah aku siapkan.

alahai, kesiannya isteri abang. Mesti penatkan.Dia memandangku mesra. Aku hadiahkan senyuman manis padanya.

jom, kita minum. Aina dah masakkan cucur udang kegemaran abang. Mesti penatkan seharian kerjatuturku lembut. Aku ingin menjadi isteri mithali. Sentiasa berbuat baik pada seorang yang bernama suami. Kerana aku telah berjanji saat aku menandatangani surat pernikahan, hanya dia selamanya di hati. Lalu kulontar jauh segala memori agar hanya dia berada di sanubari. Dia hanya tersenyum. Pelukan makin dieratkan.

abang nak duduk sini dulu dengan isteri abang. Nak merasai angin petang bersama sayang abangbalasnya.

tak lapar?

cinta sayang buat abang kenyang makin lebar senyumanku. Perlahan aku membalas dakapannya. Hangat dan selesa dada bidangnya.

I love youbicaranya buatkan terasa damai.

Aina Cintakan Abangbisikku lembut. Aku bahagia. Cukup bahagia memilih Zahiril sebagai teman hidupku di dunia dan akhirat. Aku tinggalkan Reza demi Zahiril. Kata ibu pilihlah orang yang mencintai diri kita daripada kita memilih orang yang kita cintai. Kerana dengan rasa cinta, dia akan sentiasa setia dan membuatkan kita bahagia. Insyaallah untuk sepanjang hayat. Tapi Istiharah juga penting. Meminta petunjuk daripada Yang Esa kerana Dia yang lebih mengetahui segalanya. Dengan nama Allah aku memilih Zahiril sebagai Adamku yang akan melengkapiku sebagai Hawanya. Reza? Aku percaya akan ada wanita yang lebih baik untuknya. Mudah-mudahan dia juga bertemu bahagia yang di cari.

Cinta adalah satu perjalanan yang panjang

Datangnya tidak pernah diundang

Perginya juga tidak perlu di halau

Lalu aku memilih untuk menghargai cinta yang ada

Cinta adalah anugerah dari Yang Esa

Manusia hidup dengan rasa cinta yang tak bertepi

Cinta adalah pilihan bahgia atau sengsara

Lalu aku memilih untuk menyemai rasa cinta ini

Kerana aku tahu perjalanan cinta ini masih jauh

Aku ingin terus bersamanya menempuh hari yang mendatang

Bersama doa dan harapan

Agar bahagia menemani kami sepanjang perjalanan ini.

The end

p/s : apeepah : versi aku sudah pun aku tamatkan. aku tunggu versi dari kau pulak. ok...

readers : tq sebab baca. dan tq jugak untuk komen....adios

Saturday, February 11, 2012

Dan Sebenarnya.....


Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua pembaca. pagi-pagi usha blog sahabat nani Iffah. baca cerpen yang di karang olehnya bertajuk Dan Sebenarnya.....(klik untuk baca). Terasa gatal tangan nak menyambung. (nani memang suka bab-bab sambung cerita, tapi nak siapkan cerita tu susah sikit).. sabo jelah. jadi, ini adalah sambungan Dan Sebenarnya dari blog gula-gula pelangi. harap Cik Afeefah b'puas hati dengan sambungan yang dilakukan oleh Cik Naniey Tj k...




Semuanya serba tak kena. Mood aku memang hilang. Dua minggu berlalu. Aku masih memikirkan hal yang rumit dalam hidup aku. Tak sangka kerana mulut badan binasa. Aku mengetuk kepala sendiri. ‘Siapa suruh mulut cabul sangat’ Monolog aku sendiri.

“Aina…” Suara itu memanggil aku. Aku terkejut. Suara seakan dikenali. ‘Jangan kata dia!’ Aku perlahan-lahan menoleh. Dan… aku rasa hendak pengsan melihat gerangan jejaka yang berdiri tegak sambil memandangku dengan mesra. Di hadiahkan senyuman yang cukup manis buatku.

“sorang je. Boleh I duduk?” bagaikan terpukau seketika. Aku diam. Tidak mengangguk, tidak pula menggeleng.

“orang kata diam tu tanda setuju”terus kerusi di hadapanku di tarik dan dia duduk dengan selamba. Aku pula rasa jengkel memandangnya. Tapi aku harus berlagak biasa. Tidak sesekali aku akan memperlihatkan rasa hati yang sudah berkocak saat ini. tangan yang menggeletar ku genggam kemas.

“you apa khabar?. Dah lama I cari you. Tak sangka dapat jumpa kat sini” Dia masih tenang menutur kata.

“you nak apa lagi cari I? kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi” sedikit beremosi aku saat ini. mengenangkan kisah kami dahulu, cukup membuatkan aku terkilan dan tawar hati. Dulu dialah lelaki idamanku. Senyumannya buat aku rindu. Tuturnya buat aku nanar. Hidup dalam rasa bahagia yang hanya menipu.

“you masih marahkan I kan?”

“marah?” aku ketawa sinis. Sengaja menutup resahku dan menghilangkan wajah selambanya.

“Siapa I untuk marah you? I bukan tuning you, jauh sekali isteri you. Untuk I, you tak ada makna apa-apa pun dalam hidup I. you’re nothing” aku menyambung bicara. Terkedu juga dia mendengar kata-kataku yang berani. Cukup-cukuplah hati aku, dia calarkan. Aku takkan lupa apa yang dikatakan dulu.

“kalau betul I ni bukan sesiapa untuk you, kenapa sampai sekarang you tak cari pengganti i?. I tahu you cintakan I”

“You ni mimpi ke apa? Untuk pengetahuan you, I dah pun bertunang. Dan tak lama lagi I nak kahwin. Alang-alang I jumpa you ni, I nak bagitahu, jangan lupa datang kenduri i. bila kad jemputan dah siap, I akan poskan pada you. I dah lambat. Tunang I dah lama tunggu.” Terus aku bangun dan melangkah laju meninggalkannya. Dia adalah kenangan silam yang menyakitkan. Dan aku dah tempah lagi satu bala. Tak pasal-pasal aku macam pasrah je terima pinangan itu. Aduhai.

“kenapa awak pinang saya?” soalku padanya

“saya sukakan awak” balasnya dengan senyuman.

“kenapa awak suka saya?”

“adakah saya perlukan sebab untuk menyukai awak?”

“memang. Takkan tiba-tiba sahaja awak boleh sukakan saya. Setiap yang berlaku mesti ada sebabnya bukan?” aku memandang tepat wajahnya. Mencari apa yang tersembunyi di ruang hati lelaki itu.

“saya tak ada sebab yang spesifik kenapa saya suka awak. Pertama kali saya melihat awak, hati saya bagai bisikkkan sesuatu. Tapi saya yakin, saya inginkan awak sebagai isteri dan insyaallah sebagai ibu untuk anak-anak saya”

“Awak begitu yakin. Saya bukanlah seperti yang awak sangkakan”

“Saya yakin sebab saya dah beristiharah. Bagi saya cukuplah dengan apa yang awak ada sekarang. Kalau awak rasa diri awak tidak sempurna, izinkan saya menyempurnakannya dan saya berharap awak juga akan menyempurnakan saya sebagai seorang lelaki yang memerlukan seorang wanita untuk mendampinginya mengharungi kehidupan di dunia dan akhirat. Saya yakin awaklah wanita itu. Saya sukakan Aina hanya kerana hati saya mengatakan awak adalah hawa yang diciptakan untuk saya.” Sayu dan sebak menjengah ke tangkai hati. Hampir saja airmataku menitis. Keikhlasannya terasa memukau sukmaku. Betapa aku hidup dengan merasakan diri ini tidak layak untuk sesiapa pun. Sedangkan Allah sudah menyatakan setiap manusia sudah ditetapkan jodohnya. Dan hari ini aku bagaikan melihat seorang lelaki yang begitu ikhlas melamarku untuk dijadikan isteri. Apa lagi yang perlu aku tunggu?

“Hi. I rasa I kenal you” aku memandang wanita di hadapanku. Orangnya cantik. Tinggi lampai. Susuk tubuhnya menarik. Wajahnya menawan dengan rambut yang mengurai panjang. Mana mungkin aku lupa dia.

“you GF Reza kan?” soalnya. Aku geleng. Tanganku terus mencapai sabun mandi dan beberapa barang lain yang inginku beli. Malas melayan wanita yang ku kenali namanya sebagai Rina.

“tipulah. Reza love you so much” aku hanya mengukir senyuman. Cinta? Ada apa dengan cinta lelaki itu. Dan yang peliknya kenapa Rina begitu selamba menyatakan perkara begini. Bukankah dia teman baru Reza. Masih ternyiang-nyiang apa kata-kata Reza dahulu.

‘Orang cantik macam you siapa tak sayang. Tiada wanita yang lebih cantik berada di hati I kecuali you. Hanya you. I love you” saat itu aku hanya mampu memandang Rina dan Reza yang tersenyum bahagia dibalik pintu pejabat Reza. Pada aku di katakan sayang dan pada Rina dikatakan cinta. Apa semua ini?. Adakah hanya kerana Rina lebih cantik, jadi dia lebih berhak berada di hati Reza? Saat itu aku merasakan betapa kerdilnya aku di pandangan mata lelaki itu.. Selepas kejadian itu terus aku minta putus. Kecewa? Itulah yang setepatnya. Tapi Reza kata, kami perlukan masa untuk diri masing-masing. Lama kami menyepi sehinggalah terjadinya perjumpaan tempoh hari.

“I pergi dulu. Ada hal” aku terus meminta diri.

“wait Aina.” Aku menghentikan langkahku.

“he love you.”

“Dia hantar you untuk pujuk I ye?” tekaku.

“tak. Dia tak pernah ceritakan apa-apa pada I. you tahu, kitaorang memang rapat. Dari kecil lagi. I sayangkan dia dan dia sayangkan I. selama ini I dah salah anggap. Dia sayangkan I hanya sebagai seorang adik. Cinta I pada dia tak dapat tandingi cinta dia pada you. Dia cintakan you Aina. Bukan I” ucap Rina lembut.

“I dengar dia cakap dia cintakan you, Rina. Drama apa lagi yang you nak buat?”

“kami memang macam tu dari kecil. Bagi Reza, itu hanya gurauan. Tak lebih daripada itu” jadi selama ini aku yang salah sangka?. Aku memutuskan perhubungan kami tanpa mengadili perbuatannya dengan saksama? Begitukah?. Aku pandang Rina yang membuka beg sandangnya.

“Nah” sekeping kad di hulurkan padaku.

“I nak kahwin. Jemput datang. Nanti I suruh Reza jemput you” aku terdiam. Lidah rasa kelu. Apa yang dah aku buat?

“I pergi dulu. Tunang I dah call ni” Rina terus berlalu meninggalkanku. Kenapa Allah uji aku sebegini setelah aku hampir membuat keputusan muktamad untuk menerima dia. Reza adakah aku yang bersalah kerana terlalu awal menghukum?. Lalu apa yang perlu aku lakukan? Mana satu yang harus ku pilih? Cinta atau takdir?


p/s : apeepah : Ini adalah cerita rekaan semata-mata setelah aku terjaga dari tidur jam 12 tgh malam. Aku memang sengaja tak habiskan cerita sebab nak kau buat endingnya... kalau aku yang buat, tak syok pulak kan... hahaha.... sila sambung k

para pembaca : sila baca dulu cite ini di blog gula-gula pelangi... barulah ada feel... hihihihi... ok, fine. tak lawak!!

Wednesday, February 8, 2012

my bos my love 17


Kereta Mercedez siapa pulak yang terpaking cun je depan rumah aku ni? Seperti pernah ku lihat driver ni. Tapi di mana ya?. Aku berfikir sejenak sebelum melangkah masuk ke rumah. Ada suara bising di ruang tamu.

“Kau sedarlah diri, Ana. Is tu suami aku. Dia tak nakkan kau dah. Yang kau pergi goda dia kenapa?" melengking kuat suara dari ruang tamu.

“Kalau kau rasa dia memang tak nak aku, buat apa kau datang sini? Kau takut Idris kembali pada aku?” fuyoo. Tak sangka mak aku pandai membidas.

“Kurang ajar kau” makin kuat suara Tengku Melur.

“Hei orang tua tak sedar diri. Kalau kau nakkan papa aku sebab harta, kau hanya tahu bermimpi. Satu sen pun kau takkan dapat.” ini aku kenal ni. Siapa lagi kalau bukan Pontianak tu, Tengku Malissa. Berani lagi perempuan ni tunjuk muka kat rumah aku ye. Tuduh mak aku nak harta pulak. dia ingat kitaorang heran sangat dengan harta dia tu?.

“Hidup aku bukan macam kamu. Harta bertimbun tapi tetap juga dengki dengan orang. Lebih baik kau balik, jaga suami kau elok-elok supaya dia tak datang cari aku lagi”

“Mak” aku melangkah masuk dengan berani. Siapa yang berani lawan dengan mak aku tu. Hah, ni dia wanita melayu sejati dah datang.

“Kalau mak cik datang nak hina mak saya, lebih baik mak cik balik je. Tu pintu dah saya bukakan. Sila” aku memberi senyuman.

“Apa kau panggil aku?. Mak cik?. Sejak bila aku jadi mak cik kau. Aku Datin Melur.” Bukan main sombong lagi. Peduli apa aku.

“Suka hati sayalah nak panggil apa. Sesuai ke pangkat datin tu? Macam tak je. Tak tahu pula saya datin berperangai macam ni” sengaja aku sakiti hatinya.

“Kau dengan anak kau sama je. Kebulur nak jantan kaya” ni dah main kasar.

“Jaga mulut kau Melur. Jangan kau nak tuding jari pada anak aku sebab Tengku Hairil tidak mahukan anak kau” suara mak kedengaran marah.

“Nasib anak kau dengan kau sama je Ana. Dua-dua perempuan gatal. Mak tak dapat jantan kaya, sekarang anak pulak nak cuba nasib.” Sinis kata-kata Tengku Melur.

“Sekurang-kurangnya anak aku dapat hati Tengku Hairil. Anak kau dapat apa?” pandai mak main tarik tali.

“Aku cabar kau, anak siapa yang dapat kahwin dengan Tengku Hairil. Kalau aku menang, kau kena berlutut depan aku dan cakap kau tu perempuan jalang lepas tu, berambus dari sini. Jangan jumpa laki aku lagi”

“kalau aku menang?” soal mak berani. Tengku Melur terdiam. Berfikir sejenak.

“Kalau aku menang, aku nak kau mengaku depan semua orang yang kau sebenarnya perampas. Dan aku nak kau bercerai dengan Is” Tak pernah aku lihat mak seberang itu. Berdendam sungguh mak pada Tengku Melur nampaknya. Terkejut juga wajah Tengku melur. Namun demi ego.

“aku setuju”

“mummy… Lisa kan dah putus dengan Aril” bantah Tengku Malissa.

“Mari kita balik” cepat sahaja langkah Tengku Melur dan Tengku Malissa meninggalkan rumahku. Mak terduduk.

“Mak okey tak?” mak angguk.

“Mak tahu tak apa yang mak cakap tadi. Mak taruhkan nasib Lin. Lin tak nak kahwin dengan Aril mak” tuturku. Mana mungkin aku merayu pada Tengku Hairil. Mak pandang aku.

“Demi maruah mak dan keluarga kita, Lin kena kahwin dengan Aril. Mak dah tak sanggup di hina Lin. Lin je harapan mak untuk tebus balik maruah mak” ucap Mak. Perlahan airmata mak mengalir. Agaknya sakit hati dengan semua tuduhan Tengku Melur.

“Kenapa mak cakap macam tu? Aril dah tak nakkan Lin” Kalau aku tahu semua ni nak jadi, aku dah terima lamaran Tengku Hairil. Tapi semua dah terlambat. Aku yang kena jilat balik ludah aku demi maruah mak.

“Kalau Lin sayangkan mak, Lin kena kahwin dengan Tengku Hairil. Faham!” mak bertegas kali ini. aku dah mati kutu. Diam sambil tengok mak menghilang ke kamarnya. Apa yang aku nak buat??.
*****

Berhari-hari mak tidak bercakap denganku. Puas ku pujuk dan ku terangkan. Namun mak masih tetap membisu. Kali ini mak memang enggan untuk memahamiku. Sakit hati dan amarahnya pada Tengku Melur menutup rasa simpati.

“Apa mak nak Lin buat supaya mak tak terus macam ni?” mak pandang aku

“Satu je mak nak, kahwin dengan Hairil. Kalau Lin tak sukakan dia, tak apalah. Buat demi maruah mak. Maruah keluarga kita. Mak mohon, Lin jangan benarkan Tengku Melur hina kita lagi.Mak dah tak tahan lagi. Maruah mak ada pada Lin” selesai saja berkata, mak terus masuk ke kamar. Enggan memberiku ruang. Bimbang hatinya akan berubah agaknya.

Tapi, bagaimana aku nak kahwin dengan Tengku Hairil. Jilat balik segala penolakanku?. Bagaimana maruah aku? Ya Allah, apa yang harus aku lakukan. Fikiranku makin berserabut. Berhari-hari juga aku tidak ke tempat kerja. Wartawan yang tak serik dengan soalan menunggu di depan pintu restoren, menyukarkan aku untuk terus bekerja di situ. Baru semalam aku hubungi Kak Su menyatakan tentang perletakkan jawatanku. Aku tidak mahu menyusahkan Kak Su untuk kepentinganku. Kak Su orang berniaga. Kalau tukang masak tak ada, macam mana nak berniaga. Senang cerita biarlah dia cari tukang masak yang baru. Balik pada topic aku tadi. Tengku Hairil. Macam mana aku nak kahwin dengan dia?. Hanya satu cara, merayu. No way. Tapi….. Tengku Badriah? Tiba-tiba teringat pada bonda. Mungkin dia dapat membantu. Lantas telefon bimbit ku capai dan nombor bonda ku dail.

“Hello, bonda. Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam. Lin. Lama Lin menghilang. Tiba-tiba telefon bonda. Lin ada masalah ke?” soal bonda sebelum aku menyatakan apa-apa.

“Lin nak jumpa bonda” ucapku. Dan aku tersenyum apabila bonda menyatakan persetujuannya.

p/s : lme xupdate.... xthu la korang masih ingat ke tak crita ni