THANK YOU

Tuesday, February 21, 2012

TERTEKAN DAN TEKANAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

harap semua sihat.. nani? nani tak sihat.pening kepala..
tadi dah jumpa doktor... darah naik (lebih sesuai tekanan darah tinggi)....
doktor kata mungkin awak stress dan kurang tidur menyebabkan kepala awak pening dan tekanan darah awak naik...
katanya lagi tak logik untuk manusia berumur 40 tahun ke bawah terkena hipetensi.... kalau macam kes nani ada tiga kemungkinan

1. masalah ginjal
2. masalah jantung (ayah nani sakit jantung)
3. stress (kemungkinan juga fktor obes)

kena follow up doktor (check tekanan darah) selang sehari selama dua minggu. hai..rumitnya. hati ni rasa risau je. dulu pernah juga terfikir nak ubah gaya hidup. kurangkan makan banyakkan senaman. tapi tak jalan.

mmm.... kalau ikutkan nani da pernah kena tahun lepas tapi tak follow up dengan doktor sebab nani tak suka jumpa doktor. bau klinik @ hospital buatkan nani resah. lagi satu lepas tu nani dah rasa sihat. mungkin juga waktu tu nani tak boleh terima hakikat nani bermasalah. mmm macam macam masalah kan nani ni.


Apa yang buat nani tertekan? entahlah. mungkin ragam kawan, mungkin kerja. atau mungkin tabiat nani yang suka tidur lewat dan bangun awal. harap korang sudi baca luahan hati nani ni. Nani risau kalau betul penyakit-penyakit tadi ada. Nani tak nakkan simpati, tak nak korang menyalahkah apa yang nani lakukan. Nani tahu apa yang nani buat, sebab dan akibatnya dah pun nani rasionalkan sendiri. Nani hanya nak minta jalan, macam mana nani nak kembalikan tekanan darah pada normal. ada sesiapa berpengalaman macam nani tak? boleh kongsi?.

p/s : korang yang belum terkena hipertensi, sila jaga diri dengan sebaik mungkin. bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah bagi... bila tuhan dah tarik nikmat tu, barulah kita sedar betapa selama ini kita tak pernah bersyukur dengan nikmat Nya

2 comments:

Yong said...

hurm serius tu, my cousin pun ada sorg kena kes darah tinggi,umur baru 20tahun, masa kena umur dia 18thn, maybe dia jenis risau kot. cz mak ayah dia takde darah tinggi pun.
sy plk, ayah ada darah tinggi tp hehe sy jenis happy go lucky kot, tak suka stress. hurm dulu ada jgk perangai self conscious terlebih over smpi risau 24jam,lupa, was2,takut salah. smpi 1tahap, sukar nak bernafas,blaja pun tak msk kepala.
pastu sy decide tak nak pk berat, buat ikut hati saja, tak peduli sgt kata org.
-sy pegang ayat 'yg dah berlaku tak boleh di undo/tak blh patah balik, tapi boleh baiki.
-hidup untuk hari ini, berangan yg indah untuk esok.
-tak perlu risau sebelum perkara itu berlaku(org ckp mmg mudah kan,hehe, tp mmg betul ulang ayat ni dlm hati dan otak,risau bila hampir tiba masanya 1-2 sebelum berlaku sahaja),bila dah berlaku, terima seadanya segala kekurangan atau kesilapan, tinggalkannya di belakang bersama masa yg berlalu(cuma ambil dia sebagai pengajaran untuk hari esok).
-semua benda, kita yg pilih sama ada nak sentiasa senyum atau risau atau sedih.
banyakkan baca buku motivasi diri

Yong said...

oh ya, klo nak sy ada 1 slide show yg special- motivasi diri, ada org pas kat saya dulu kala. klo nani nak, nani email sy: natasya_spica@yahoo.com
cz hehe dah lama tak update n baca komen kat blog,mls.hehe.penyakit yg sukar diubati, tgh berubat gan buku motivasi pengurusan masa now.