THANK YOU

Saturday, September 5, 2009

Andainya Aku Tahu 6


“Risya, jom keluar” tiba-tiba Anif masuk ke kamar. Entah apa anginya kali ini mengajak aku keluar.

“malas”balasku.

“kalau kau tak turun dalam masa 10 minit, siap kau” pantas Anif tutup pintu bilik. Aku campak bantal ke pintu. Geram. Dah la tadi mama dia ugut aku. Sekarang dia pulak. Aku buat tak tahu. Dia ingataku takut ke. Aku tengok jam dah lebih 10 minit. Tak ada pun. Aku sambung baca majalah Ujang. Tiba-tiba je ada orang tarik tangan aku. Nasib baik aku tak tergolek.

“apa ni?” marah aku. Aku cuba menarik tanganku kembali namun pautannya kemas. Pantas di tarik aku ke kereta. Aku tengok muka Anif serius je. Bimbang gak aku nak lawan lebih-lebih. Kang tak pasal-pasal mamat ni mengamuk.

“duduk diam-diam” ucapnya tegas. Aku akur je. Aku dah cuak tengok muka dia macam rimau lapar. Kereta Honda City milik Anif meluncur laju meninggalkan villa. Entah ke mana Anif ingin membawaku.

“kita nak gi mana?” soalku risau.

“diam”ucapnya tegas.

“kau nak culik aku ke?” aku masih tak puas hati. Bukan boleh percaya Anif ni.

“baik kau duduk diam-diam dan jangan banyak soal” balasnya. Aku tarik muncung. tak puas hati. Tak sampai 20 minit kami sampai ke Butik Butterfly. Salah satu butik yang terkenal di Bandar besar ini. Apahal pulak mamat ni bawak aku ke sini. Tak ada kerja lain pe.

“turun”

“nak buat apa kat sini?” soalku.

“aku kata turun”

“tak nak” aku mula tunjuk kedegilan aku.

“ok kalau kau tak nak turun, aku dukung kau nanti” dengar je kata-kata Anif tu aku terus naik seram. Dukung?? Gila apa. Kat tengah-tengah alam ni. Terus je aku keluar. Anif terus kunci kereta dan lepas tu dia tarik tangan aku masuk ke butik.

“Selamat Datang Encik Anif” sambut seorang wanita dalam usia 40an yang kelihatan begiti bergaya dengan fesyen yang tersendiri. Emm cantik tempat ni. Patut la service mahal. Mengalahkan gaji aku 4 bulan.

“so, boleh you tolong i repair perempuan ni” ucap Anif. Repair?? Dia ingat aku kereta? Motor? Nak main repair-repair.

“boleh.” Ucap wanita itu. Wanita itu pandang aku.

“you tolong polishkan muka dia kasi licin sikit” ucap Anif lagi. mukanya masih serius. Aku dah naik geram ni. Sikit lagi nak meletup. Wanita didepanku hanya ketawa.

“you ni ada-ada je. Kulit dia dah licin ni. I rasa solek sikit-sikit dah lawa” puji wanita itu. Kembang jugak hati aku ni dengar. Memang kulit wajah aku dari dulu lagi tidak bermasalah. Tidak perlulah aku habiskan banyak duit untuk jaga muka. Just pakai pembersih je.

“silakan Cik Risya” wanita itu senyum. Mana dia tahu nama aku ni. Rasanya aku tak bagitahu lagi.

“Puan Risya” tegur Anif. Aku mencebik. Kujeling geram muka Anif. Kau ingat aku takut. Ini Ris tau. Mana tahu takut. Tapi takut jugak bila muka dia dah mula merah. Tak pasal-pasal aku kena tengking nanti.

“sorry Puan Risya. Sila ikut saya” wanita itu mula berjalan di hadapanku. Aku ikut je. Lagipun rimas duduk lama-lama kat sebelah Anif ni.

“Sally, you tolong make up Puan Risya ye” arah Wanita itu. Perempuan yang dipanggil Sally hanya angguk. Aku tengok kat meja dia macam-macam barang makeup ada. Macam-macam warna. Fuh, kagum betul aku tengok. Lama jugak dia make upkan aku. Hampir tertidur aku masa kena solek tu. tak suka betul pakai make up. Rasa berat je muka aku. Selama ni aku just pakai bedak Johnson je. Mana pernah letak warna macam warna pensil colour kat muka. Ingat muka aku ni kertas lukisan ke. Penatnya menadah muka. Anif ni pun satu. Pehal pulak nak suruh aku make up-make up ni? Nak gi kenduri ke?

Lepas dah kena solek, aku dibawa ke bilik persalinan. Wanita tadi menghulurkan sehelai gaun malam yang labuh sampai ke kaki warna ungu gelap. Aiyooo... macam mana aku nak pakai ni. Aku mana reti pakai baju camni. Aku pandang lama baju tu. macam tak sanggup nak pakai. Dahl ah ikut bentuk badan. Seumur hidup aku, tak pernah aku bermimpi nak pakai baju macam sarung nangka tu.

“Puan Risya, da siap ke?”

“kejab” ucapku. Mahu tak mahu aku sarung jua gaun itu ke tubuh. Memang ikut tubuh aku yang kecil molek ni. Tapi tak la ketat sangat. Cuma bahagian lutut hingga ke bawah agak kembang. Aku pandang cermin. Fuh !! Nampak menggoda beb. Dengan bahagian dada yang terdedah tambah pulak bahagian tangan di buat dari kain lace yang bercorak. Jarang tu...Pastu ada belah pulak dari siku sampai ke pergelangan tangan. tapi tak aku nafikan gaun tu cantik.

“Puan Risya!” aku dengar lagi namaku dipanggil.

“ya. I dah siap” ucapku. Perlahan tirai dibuka. Aku lihat Anif duduk berhadapan dengan tempat persalinan tu. ternganga jugak mulutnya tengok aku. Lama mata dia tengok aku atas bawah. Eii cucuk bijik mata baru tahu. Wanita tadi menghampiriku. Rambutku yang siap berdandan dirapikan.

“so, what do you think Encik Anif?”

“emm. Ok” tu je yang keluar dari mulut Anif. Ok je.

“ mana selipar i” soalku pada wanita itu. Aku tercari-cari selipar yang aku tanggalkan tadi.

“pakai kasut ni” dihulurkan sepasang kasut warna sedondon dengan baju. Mak oi tinggi 2 inci. Mahu aku tergolek kalau pakai. Aku pandang Anif mintak simpati. Tapi dia buat tak tahu je. Maksudnya kena pakai la tu. perlahan kasut itu ku sarung ke kaki. Dan terus aku melangkah ke arah Anif.

“Thank you” ucapnya pada wanita itu.

“welcome. You look beautiful. So enjoy your night” ucapnya padaku sambil senyum. ish senyuman yang menakutkan. apa yang istimewanya malam ni sampai nak kena pakai lawa-lawa, seksi-seksi. eee tak faham aku.


"jom" Anif tarik aku keluar dari butik. lingtang-pukang aku jalan dengan kasut high heel tu. Apa pulak lepas ni. Apa Anif nak buat kat aku??. Jangan...jangan... isk jangan fikir bukan-bukan. Kalau betul? Anif terus berjalan ke kereta. Aku mengekorinya.

“Kau nak bawak aku pergi mana?” soalku padanya. Aku pandang Anif di seat sebelah. Anif pandang muka aku pastu pandangannya jatuh kat dada aku.

“kau pandang apa?” pantas saja aku silangkan tangan ke dada.

“aku rasa macam ada yang kurang la” ucapnya. Pantas tangannya mencapai sesuatu di seat belakang. Beg kertas. Diambil kotak baldu dari beg itu.

“nah pakai ni” dia hulurkan pada aku. Perlahan aku buka. Seutas rantai emas putih berloketkan kilauan berlian berbentuk hati. Terbelalak jugak mata aku tengok.

“tak nak lah. Mahal ni” aku menolak. Aku tak mahu dia mengungkit nanti. aku tak layak.

“susah betul la. Bak sini aku pakaikan.” Sekelip mata saja rantai itu bertukar tangan. Pantas saja Anif menyarungkan rantai itu ke leherku. dipandang wajah aku lama. ni yang aku makin seram ni. nak kata brithday aku. dah lepas. brithday dia, lambat lagi. ulang tahun p'kahwinan? belum sampai lagi. baru 2 bulan kawin nak sambut apa ea... takkan nak bawak aku gi honeymoon kot?

“kan cantik tu”pujinya.

“kau nak buat apa sebenarnya ni?” soalku. Mula aku gunakan diplomasi. cuba berlembut. mana tahu dia nak cakap.

“ikut jelah”ucapnya dengan senyuman. senyuman yang penuh makna tersembunyi..

p/s : hai smua??? sihat x??? msti korg t'tnggu2 cite ni kn.. emm suspen ni?? cube teka Anif nak bwk Risya pergi mana

11 comments:

hana_aniz said...

g dinner!!! sambung cepat. hihih..

MaY_LiN said...

oho...
g date yea...

Unknown said...

cpt smbg..??

wt suspen org jer...

qyqa COMEL GILER said...

hai kak naniey..
lama dah qyqa x lawat blog ni..
dah bc dah crita ni dari awal..
bes giler dong..
sambung lagi ek..
tapi,bila nak sambung CD?
rindulah kat cite tu..
sambung ek..
syg kak naniey..
eceh=)

misz nana said...

x nak teka..
alang2 kasi next n3 terus..
ekekeke..

Anonymous said...

cepat smbg, plizz....

yunix77 said...

adoii naniey
berjanggut tunggu n3
lama betul ko biarkan n3 merdeka tuh
hehe
tapi bagus la... mengingatkan kita yg selalu terlupa nih
ahaks....

selalunya dressing cenggini nak pergi dinner
tp tak dinyatakan plak kat atas tu jamnya pukul brapa
takkan dinner jam 11-12 malam
serrrammmmmm....

keSENGALan teserlah.. said...

huuuuu.
g candle light dinner?
smbung2 lagi..
tade CD,,cite nieh pon jdilaa...uhuuukk..

Anonymous said...

mesti anif nak bawa risya pegi party ju kot, nak bagi ju dan mama die tengok risya

LiNa said...

mesti anif nak bwk g date kan..hehehe..
sambung lagi yer..

Azirah Ilham said...

dear writer,blh x tlg tukar wrna font ni?? susah nk bca la...