THANK YOU

Sunday, August 30, 2009

Selamat Hari Merdeka, Melayuku


Melayuku....
Hari ini kita sambut kemerdekaan...
Masih damaikah bumi Malaysia ini???

Melayuku...
Pada hari ini kulihat bangkitnya pelbagai manusia bergelar melayu...
Namun gelaran tinggal gelaran...
Kerna kita bukan lagi melayu yang selalu diagung-agungkan
Melayu yang dulunya gah memahat nama di seluruh dunia...
Melayu yang dahulunya sopan adat dan tingkahnya...
Melayu yang sanggup berjuang
Sanggup bekorban hingga jasad terkulai kaku

Melayuku...
Hari ini aku lihat makin banyak bangsa kita tewas pemikirannya...
Makin banyak yang hanyut dan alpa...
Makin ramai yang mentertawakan bumi bertuah ini....
Makin ramai yang ingin mencuri keharmoniannya...
Masih bebaskah melayuku???

Melayuku...
Aku lihat dalam diri kau masih utuh jiwa penjajah...
Aku lihat ada semangat penjajah di matamu....
Hingga kau bias megoncangkan bumi ini...
Walaupun gegerannya kecil...
Namun aku bimbang jika gempanya merosakkan jutaan orang...

Melayuku...
Bukan mudah untuk kau hidup selesa...
Bukan mudah untuk kau berdiri dengan berani...
Bukan mudah untuk kau mendabik dada mengecapi
Apa yang tanah ini ada...
Bukan mudah...
Semuanya bermula dengan titisan darah...
Semuanya bermula dengan pengorbanan...
Semuanya bermula dengan kehilangan...
Isteri kehilangan suami..
Anak kehilangan ayah..
Sudah ramai yang terkorban demi kedamaian hari ini...

Melayuku...
Andai bukan kita yang menjaga damai ini...
Siapakah lagi???
Kita sudah terlalu banyak bekorban...
Smpai bila kita ingin menjadi hamba di bumi kita...
Mengikut telunjuk entah siapa...
Sedarlah melayuku...
Bumi ini milik kita...
Jadi suburkanlah dia dengan kedamaian...
Jangan kau retakkan lagi bumi ini..
Andai ia tumbang....
Maka hilanglah kita sebagai bangsa melayu
p/s : Selamat menyambut hari kemerdekaan malaysia yg ke 52... MERDEKA..
Naniey TJ

ISTANA KRISTAL



Sungguh ku harap matahari itu menyinar terang hingga tiba saat ia tenggelam di ufuk barat namun manusia ini hanya mampu merancang tapi takdir tuhan menentukan segalanya kerna mendung itu selalu ada dan akhirnya membawa hujan lebat yang entah bila kan berhenti. Andai itu takdirnya hidup ini, ku cuba menerimanya dengan tabah. Ayah, tindakkan mu benar-benar menghancurkan jiwa kecilku. Memusnahkan hati yang inginkan kebahagian. Keresahanmu ibu benar-benar memukul perasaanku. Tidak henti airmata ini mengalir saban malam ketika embun mula bertaburan. Sungguh hati ini sakit. Ku cuba mencari penawarnya namun dimana ia. Duniaku terus diwarnai kegelapan sudah. Cahaya itu bagaikan begitu jauh dariku. Aku ada ibu, ada ayah, tapi aku merasakan diri ini tetap keseorangan. Kesepian. Rumah tangga yang sekian lama dibina menjadi suram. Aku merintih. Cuba menagih kasih yang hilang. di sisiku menjelma insan-insan yang tidak pernahku kenali. aku tidak berdaya. Aku terlalu lemah. Tubuh kecilku tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Hanya mampu melihat hancurnya istana kristalku. Istana kristalku cantik di pandangan tapi hancur dek hentakan.
Terlalu ramai yang hadir menghulurkan kasihnya buatku, namun ku tolak bulat-bulat. Aku tidak mahu bermain dengan buih-buih sabun. Kelihatan cantik dipandang tapi hanya seketika cuma. Suatu detik ia akan pecah. tanpa aku sedar, aku menjadi musuh cinta. Cinta di dunia ini tiada ertinya buatku. Jika rasa sakit yang menjadi balasannya. Aku tidak sanggup.
Sudah terlalu lama dia hadir dalam hidupku. Selalu ingin mencuri perhatiaanku. Walaupun tidak pernah ku hiraukan. Namun dia manusia gigih. Makin jauh kakiku berlari makin hampir dia mengejar. Dia bagai tidak mengerti. Aku tidak mahu memberikan harapan palsu pada dia yang bernama Zakrul. Zakrul mengertilah aku insan yang kalah dimedan kasih. Adakah perlu aku terus berjuang sedangkan aku sudah kalah sebelum berperang. Fahamilah hati ini sudah terlalu sakit untuk dicalarkan. Jangan kau calarkan lagi ia. Biarkan aku melangkah tanpa perlu kau menghulurkan tanganmu padaku. Ku pasti aku mampu walaupun sendiri.

“hani, sudikah kau menjadi permaisuri hatiku?” masih ku ingat pertanyaanmu dulu. Ku tahu niatmu tulus. Melamarku untuk menjadikan kau lelaki yang sempurna. Ku tahu Hawa diciptakan untuk Adam. Dan aku tahu kau juga memerlukan wanita untuk menjadi peneman hidupmu. Tapi aku tidak mampu. Kasihmu ku pandang sepi. Langsung tiada harganya bagiku. “aku tiada masa untuk berkasih. Aku mahu penuhkan masa muda yang ada dengan ilmu. “ ujarku padanya. Seribu alasan ku taburkan untukmu agar kau berputus asa hingga sanggup ku katakan yang aku sudah menemui pria idamanku. Tidak dapatku bayangkan betapa kecewanya dirimu hingga kau sanggup pergi dariku.

Dan disaat kau pergi jauh dariku, aku mula mencari kasihmu. Sungguh aku insan yang haus dalam pengembaraan yang panjang di tanah gersang. Aku dahagakan kasih sayang yang telah lama tidak ku rasai. aku merinduimu, Zakrul. Kembalilah pada aku. Siramilah bunga cinta yang kian mekar dihatiku. Namun rajukmu tiada ubatnya lagi. Padaku kau katakan. “hatiku sudah tawar untuk menerimamu.” Aku cuba menagih kasihmu kembali. Ku cuba memujuk. Pelbagai cara telah ku usahakan. Namun kau tetap jua teguh dengan katamu. Akhirnya aku kecewa sendiri. Lelah membaiki hatimu yang telah ku hancur lumatkan. Namun aku nekad, aku mahu membina kembali istana kristalku yang musnah dahulu. Biar berapa lama pun masa yang kau perlukan aku tetap kan menunggu. “andai sudah tersurat jodoh antara kita, kita akan bersama jua. Biarlah masa yang menentukan segalanya” itulah kata putus darimu. Mungkin kau berasa simpati padaku yang tak pernah jemu mengharapkanmu.

Kakiku lemah untuk menampung tubuhku. Aku terjatuh di lantai saat kad undangan bewarna ungu itu ku baca. Kau mengundangku ke hari bahagiamu bersama teman lama. Waktu itu seribu penyesalan terasa memburuku. Sudah tidak terbilang berapa banyak mutiara jernih mengalir dari kolam mataku. Musnahlah segala impianku. Hati ini terasa amat pilu. Namun segalanya tidak mungkin akan berulang lagi. istana kristalku tidak mungkin mampu ku dirikan tanpamu Zakrul. Bersama kad yang harum itu kau sertakan kertas putih berlipat kemas bersama coretanmu.

Takkan lagi aku menunggu
Kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
Puasku mengharapkanmu
Seperti mereka yang punya cinta
Hani, sejuta kemaafan ku pohon darimu kerna cintaku telah ku hadiahkan padanya yang sudi. Nor khalisah namanya. Dia teman sepermainanku dulu. Ku harap kau sudi hadir di hari perkahwinan kami
Yang ikhlas,
Zakrul
Walau seberat manapun kaki ini melangkah, tetapku gagahi juga ke majlismu. Ku lihat kau tersenyum bahagia disamping dia yang bergelar isteri. Ku hadiahkan sebuah senyuman padamu disaat mata kita bertentang. Namun senyum itu sekadar menjadi hiasan dibibirku bukan lagi penyeri di hatimu. Dia memang padan denganmu. Wajahnya nampak tenang tidak sepertiku selalu merombak kencang. Padamu kuhulur sebuah hadiah tanda persahabatan yang akan ku ingat sampai bila-bila dan ku titipkan sebuah lagu untuk menjadi halwa telingamu

Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan ku mohan maafkan aku
Aku menyesal telah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan memintakan hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku
Rossa : Aku Bukan Untukmu

P/S: alahai kesiannye kt yunixx. sori sgt karya naniey msh blm siap + mslh laptop ni. laptop nani rsk la... ni pun boleh pki kjb2 jew. ni karya yg naniey prnh hntr ke pnulisn2u. kisah cinta yg x ksmpaian. khas bt korg yg asyk tnggu karya naniey. naniey hrp korg sbr mnunggu CD. bt masa skrg mgkn naniey akn b'rht sbntr dr m'post CD diats mslh2 yg naniey nyatakn d atas. tmbh lg skrg krja kursus yg tgh m'lmbk.... insyaallh slps rye 6t, naniey akn ushakn utk siapkn beberapa part dlm CD. ok la... naniey nk b'kms ni.. da hbs cti la...nk kne blk mlka da... bye. hope korg ske cite ni k. daaa

Monday, August 24, 2009

Andainya Aku Tahu 5


“Sarah, malam ni tidur dengan mak usu ye”ujarku pada Sarah. Tak sanggup rasanya berdua-duaan dengan Anif. Lagipun ketika aku dirumahnya, dia akan tidur di bilik kerjanya.

“eh, mana boleh. Takkan abang nak tidur sorang. Sarah tidur dengan ayah”ucap Abang. Mengada betul la abang ni.

“Sarah tidur dengan Mak usu ea.. esok Mak Usu bawa pergi jalan nak tak?” aku cuba merasuah sarah.

“Esok ayah bawak Sarah pergi KFC” aku pandang abang geram. Dia boleh buat muka selamba.

“Sarah nak ikut ayah ke Mak Usu?” soalku.

“Sarah nak ikut ayah. Sarah tak nak tidur dengan Mak Usu sebab Mak Usu da ada teman. Ayah tidur sorang nanti” balas Sarah lancar. Geramnya kalau ada anak buah yang pandai macam Mak Usu dia ni.

“Sarah, jom tidur. Esok nak gi KFC” Abang bangun dari sofa. Sarah yang berada di pangkuaanku juga turut bangun.

“Sarah...” panggilku penuh nada kesian.

“Sampai hati Sarah” rengekku pada Sarah.

“Jom Sarah. Ayah ngantuk la sayang.” Abang kejam. Sanggup dia terus masuk bilik. Tinggal la aku berdua dengan Anif kat ruang tamu tu.

“kau takut ea?” tiba-tiba Anif bersuara.

“takut? Aku takut? Mana ada” Aku berdalih.
“habis tu kenapa ajak Sarah?” soalnya
“Saja. Nak buat bantal peluk. Tak boleh” Aku cuba menenagkan diriku yang dah mula gabra semacam.
“alah kalau setakat nak buat bantal peluk, baik kau peluk aku. Lagi best. Rasa macam teddy bear. Kalau sarah tu just macam Barbie doll je” aku mencebik.
“teddy bear la sangat. Tubuh macam kayu balak. Keras tau tak?.” Balasku.
“aik macam pernah peluk je” pipi aku dah mula merah. Ni aku tak suka gurau lebih-lebih dengan mamat sewel macam Anif ni. Ada je jawapannya.
“malas nak layan kau. Baik aku tidur. Lagi bagus” pantas aku bangun dari sofa. Melangkah ke kamar tidur ku. Anif mengekori dari belakang.
“kau nak g mana?” soalku apabila tiba di pintu bilik. Aku menghalang laluannya.
“tidurlah” jawabnya selamba. Ewah ewah. Sesuka ati mak bapak dia je. Aku tak halau pun dah syukur. Ada hati nak tidur dalam bilik aku.
“kau tidur luar” ucapku.
“what?” dia buat muka terkejut. Aku buat muka bodoh.
“tidur luar, k. Gud nite sayang” aku buat muka comel. Terus aku tutup pintu tapi belum sempat aku tutup sepenuhnya tangan dia dah tolak pintu tu. ganas betul.
“kau nak apa lagi” marahku.
“best la dengar kau cakap tadi”
“aku cakap apa?” aku blurr.
“kau panggil aku sayang. Cuba sebut sekali lagi” pintanya.
“aku ada sebut ke?” aku dah pening-pening lalat fikir.
“alah pura-pura pulak. Kalau dah memang sayang tu, terus-terang jelah”
“sori sikit ea. Kau ingat kau tu besrt sangat ke aku nak sayang-sayang”
“memang aku best pun. Baru tahu” dia membalas. Aduh naik mendidih hati aku.
“aku nak tidur la” ucapku geram
“aku pun nak tidur jugak”
“so?”
“say you love me” mahu pengsan aku dengar permintaannya. Lantas aku tersenyum.
“kau nak aku katakan. Sini dekat sikit” Anif dengan rela hati mendekatkan telinganya.
“i....” saja aku nak kasi suspen.
“i....hate you” aku jerit kuat ditelinganya. Biar kasi pekak sikit. Pantas Anif larikan telinganya. Agaknya berdengung telinganya tadi.
“sakit telinga aku, bodoh” ucapnya. Dia cakap aku bodoh. Ei memang dia cari pasal dengan aku. Belum sempat aku buka mulut.
“Risya, apa jerit-jerit malam-malam ni. Malu lah jiran dengar. Ni apasal tak tidur lagi” tu dia abang aku yang paling hensem dah marah. Aku control cun. Senyum manis je.
“Ris gurau je tadi. Saja. Kan sayang” ucapku.
“a’ah. Kami bergurau je. Maaflah ganggu abang tidur malam-malam ni”ucap Anif sopan. Oh, dengan abang aku pandai pulak dia berbudi bahasa. Kalau dengan aku, jangan harap.
“apa lagi tercegat kat situ. Masuk tidur. Dah lewat ni. Kamu tak kerja ke esok?” soal abang.
“kerja, bang” jawab kami serentak. Aku pandang wajah Anif. Anif pun pandang muka aku.
“dah, pergi tidur” mahu tak mahu aku terpaksa benarkan Anif masuk bilik. Abang dah bagi arahan tu. bimbang jugak kalau aku melawan. Nanti dia bagi ceramah, tak tidur la aku satu malam.
“selamat malam, bang” ucap Anif sebelum menutup pintu bilik.
“kau tido bawah” ucapku. Lantas ku campak sebijik bantal untuknya.
“kedekut. Katil punyalah besar” perlahan saja suara Anif.
“suka ati akulah. Katil aku. Malas aku nak layan kau. Tidur lagi bagus”ucapku. Lantas aku tarik selimut hingga menutupi kepala. Anif juga sudah tidak mengangguku. Pandai pulak dia jadi budak baik.
**************************************************************
Akhirnya aku kembali jua ke villa Anif. Kalau bukan abang yang paksa aku, Tak nak aku balik ke rumah Anif ni. Katanya sebagai isteri aku kena ikut suami. Dahlah mama dia cerewet tahap gaban. Bukannya nak berterima kasih kat aku yang dah selamatkan maruah keluarga dia. Hari ni aku rasa free sangat. Mama tak ada. Dari pagi tadi keluar. Katanya malam nanti baru balik. Syok dapat makan dengan Mak Jah. Dapat pulak lauk ikan keli goring tambah dengan ulam dan sambal belacan. Fuh, best gile. Asyik aku makan dengan mak Jah tiba-tiba mama masuk ke dapur. Terkejut jugak aku. Takut kalau mama marah. Kata nak balik malam. Ni baru tengah hari.
“Jemput makan, ma”ucapku. Saja nak berbasa-basi. Aku tahu dia takkan makan dengan orang gaji.
“kamu makan apa tu Risya?” suapan aku terhenti. Tak ada mata ke mama ni?.
“Hi Ris” aik, suara minah mana pulak tu.
“you ingat I lagi?”
“Ju” aku pandang wajah Juhana.
“I ingat you dah lupa. You apa khabar? Sihat?” aik pasal Minah ni baik sangat ni. Kalau dulu
asyik nak menyindir aku je kerjanya.
“aku ok” aku balas juga. Yelah depan mama kena tunjuk bagus.
“Jah, tolong hidangkan makanan. Saya dengan Ju nak makan” Mak Jah angguk. Nasib baik mak
Jah ada masak lauk lain. Kalau tak kebulurlah Datin hari ni.
“Mama tak suka Risya makan kat sini dan benda ni semua. Kampong. Tak kena dengan taraf kita. Mama rasa Risya patut belajar dengan Ju “
“A’ah la. You ni jaga lah standard sikit. You bukan lagi gadis yang kolot macam dulu, you sekarang dah jadi macam i. So, kalau you nak i ajar, anytime, k” ucap Juhana bersama bahasa badan yang liuk-lentok. Patutla kena culik. Gaya menggoda sangat. Agaknya penculik tu tergoda sebab tulah dia culik kau. Tapi nak belajar dengan kau. Tak payah.
“terima kasih la Cik Ju. Kalau i rasa i nak belajar, i cari you k”ucapku.
“kamu pergi kerja lagi ye?” soal mama. Mama pandang aku atas bawah. Baju kerja yang masih tersarung ditubuhku menarik perhatiaannnya. Ni aku tak suka ni bila dia Tanya pasal kerja.
“a’ah”aku jawab jugak.
“dah berapa kali mama pesan, berhenti kerja tu. tak sesuai dengan kita. Kamu ni degil la” marah mama. Aku geram. Mama marah aku depan minah gedik tu. berbulu mata aku tengok senyuman dia.
“Kerja tu halal mama” balasku.
“kenapa, kamu ingat kalau kamu tak kerja, kami tak mampu nak sara hidup kamu”
“langkah berjaga-jaga” gumanku. Manalah tahu kalau suatu hari nanti aku dan Anif bercerai. Tak adalah aku teraba-raba nak cari duit. Lagipun sekarang bukan senang nak cari duit. Maklumlah ekonomi meleset.
“kalau kamu tak berubah jugak, jangan salahkan mama, kalau nanti mama suruh Anif kahwin dengan Ju.” Ucap mama. Aku dah terbakar ni. Nak main ugut-ugut pulak.
“apasalahnya kalau nak Ju jadi madu saya. Saya ok je. Lagipun memang sepatutnya dia yang jadi menantu Datin. Tapi masalahnya, anak datin tu nak ke?” saja aku naikkan darah tinggi mama. Biar dia tahu siapa aku. Tapi ye ke Anif tu tak nak. Setahu aku dia memang dah lama dia simpan rasa kat Juhana ni. Yelah orang lawa.
“Biadap”tengking mama.
“dah memang saya macam ni. Nak buat macam mana?” aku menjawab.
“Kurang ajar” marah mama lagi
“yes memang saya kurang ajar. Mama ajarlah saya supaya saya tak kurang ajar lagi. kalau mama nak sangat Ju ni jadi menantu mama, silakan. Saya tak halang” terus aku basuh tangan dan berlalu dari situ sebelum ayat yang lagi biadap keluar dari mulutku. Aku sendiri tidak tahu mengapa aku menjadi begitu biadap. Yang pasti perasaan aku yang ingin memberontak dengan sikap mama Anif.
p/s: salam... hrp anda semua puasa n sht selalu.. AAT 5 utk kmu semua. harap korg ska ye. tq sbb sdi komen....
Naniey TJ

Thursday, August 20, 2009

Andainya Aku Tahu 4


“kenapa dengan Ju?” soal Anif.
“Ju kena culik” balas mama.
“What??!” Anif terkejut besar.
“baru kejab tadi Uncle Radzi call mama. Polis jumpa Ju kat tepi jalan. Nif hantar mama pergi rumah Uncle Radzi, k” ujar mama. Langsung tidak di hiraukan aku yang mendengarnya.
“kejab mama, Anif tukar baju”
“yelah. Cepat” nampaknya mama memang ambil berat benar pada menantu tak jadinya. Aku peduli apa.
“Aku nak g rumah Uncle Radzi” ucap Anif padaku. Pantas dia membuka almari. T-shirt bewarna coklat disarung ke tubuh tegapnya.
“Baguslah tu. Bakal bini kau dah balik” sindirku.
“Aku tak nak gaduh dengan kau. Balik nanti kita bincang” ucapnya lagi. terus dia berlalu dari kamar. Aku mengeluh. Aku dengar enjin kereta Anif menderum meninggalkan villa. Pantas kakiku juga melangkah. Aku perlu tinggalkan tempat yang menyesakkan dada ini buat sementara waktu.
***********************************************************
Aku termenung panjang di laman rumah abangku. Dari semalam aku di sini. Aku tidak mahu pulang ke villa. Anif pun tak datang mencariku. Adakah dia masih di rumah Juhana. Juhana? Gadis yang cantik menggoda. Rupa campurannya menjadi gilaan ramai orang. Dulu kami satu kolej. Siapa tak kenal Juhana. Semua orang kenal gadis cantik itu termasuklah Anif. Oleh sebab itu dia terima je bila mamanya pinangkan Juhana untuknya. Siapa tak mahu gadis secantik Juhana. Lagipun keluarga mereka memang kenalan rapat. Sama-sama orang bisnes.
“Risya menung apa tu?” tiba-tiba abangku menegur. Lamunanku pecah berkecai. Aku tersenyum hambar memandang abang.
“tak ada apa.” Balasku.
“abang tengok dari semalam Risya termenung. Risya ada masalah ke?” aku geleng.
“semua ok” bohongku.
“kalau tak nak cakap tak apa. Abang tak paksa” ni aku tak suka dengar ni. Macam manalah
abang aku ni boleh tahu hati aku.
“Sarah mana, bang?” soalku mengalihkan topic perbualan kami.
“dah tidur. Penat main dengan Risya la.” Aku angguk sambil tersenyum.
“Abang tak nak cari mama baru untuk Sarah ke?” soalku. Memang sudah lama abangku hidup menduda. Sejak Kak Baizura meninggal ketika melahirkan Sarah. Kadang-kala aku kagum dengan kesetiaan abang. Betapa dalamnya cinta abang pada arwah isterinya dan aku tahu sampai sekarang abang masih teringatkan Kak Baizura walaupun sudah 5 tahun berlalu.
“Risya ni suka tukar topic. Abang Tanya Risya, Risya Tanya abang pulak” Abang tersenyum. Abang suka sembunyikan kesedihannya. Dia Nampak sangat tabah. Tapi aku tahu ada sesuatu yang menyakitkan pada ketabahan itu
“abang tak payahlah risau pasal Ris. Abang tu, cari la mama baru untuk sarah. Nanti abang pun sama senang. Ada juga orang nak jaga makan minum”bebelku.
“abang selesa macam ni. Abang dah ada sarah, ada Risya dan....” ayat Abang tergantung. Macam ada satu lagi nama dalam hidupnya. Setahu aku, kami tiada sanak-saudara lain. Adakah teman istimewa abang. Tapi abang cakap dia tak ada yang special.
“dan apa, bang?” soalku.
“dan abang ada tu...”abang muncung mulut ke luar pagar. Dari jauh aku Nampak Anif berjalan ke rumah abang. Apa dia buat kat sini.
“Abang ada lagi sorang adik. Abang rasa hidup abang dah complete”ucapnya.
“Abang, Ris nak masuk dulu. Abang cakap kat Anif, Ris tak nak jumpa dia” terus aku melangkah masuk ke dalam rumah. Abang dah melopong tengok aku blah macam tu je.
“Risya..”abang panggil aku. Tapi aku langsung tak toleh. Aku dengar Anif bagi salam dan bercakap sekejab dengan abang. Aku tahu dia ingin membawaku kembali ke sangkar emasnya. Aku nekad, aku tidak mahu mengikutnya. Kehidupannya tidak sesuai dengan ku. Aku rasa terkongkong hidup di villanya. Aku berkurung di bilik. Pintu bilik ku kunci. Biar dia tak boleh masuk. Tiba-tiba pintu bilikku di ketuk dari luar.
“Risya” panggil Anif.
“pergi, aku tak nak jumpa kau”balasku kasar. Aku tak peduli kalau abang dengar. Aku dah jalankan tanggungjawab aku sebagai adik. Membela nasibnya.
“open the door please” pinta Anif.
“tak nak. Aku tak nak jumpa kau.”lantang aku bersuara. Tegas.
“Risya..”panggiknya lagi. lama aku tunggu kalau suaranya kedengara lagi. sunyi... namun tiba-tiba tombol pintu bilikku berbunyi. Alamak, aku lupa abang ada kunci pendua bilik aku. Belum sempat aku menghalang, pintu dah ternganga dari luar. Anif tersenyum memandangku. Senyuman itu seperti mengejekku. Geramnya.
“Risya, kalau ada masalah, bincang elok-elok. Jangan jerit-jerit macam tu. malu kat jiran nanti” ucap abang lembut.
“terima kasih, abang” ucap Anif. Abang terus berlalu. Anif melangkah masuk. Pintu bilik di tutup dan dikunci. Matanya tepat memandang wajahku. Dia marah ke?. Aku berdebar tengok wajah manisnya bertukar jadi bengis.
“kenapa keluar tak bagitahu?”. Soalnya garang.
“suka hati aku lah”balasku. Aku lawan pandangannya.
“kau ni degil tahu tak?” ucapnya. What? Dia kata aku degil.. siapa yang menyebabkan aku jadi camni. Dia kan. Tak puas hati betul.
“kau peduli apa, aku degil ke, nakal ke, aku susahkan kau ke?” soalku.
“yes. Memang. Memang kau susahkan aku. Aku nak kena datang sini cari kau. Merata-rata aku pergi. Aku penat dengan kerja melambak kat ofis tu dan kau pulak suka buat hal. Tambah dengan mama aku lagi” rungutnya.
“aku tak suruh kau cari aku”
“kau isteri aku” ah, bosan aku dengar alasannya. Isteri. Perkataan yang paling aku benci bila keluar dari mulutnya.
“isteri atas kertas. Kan bakal isteri kau dah balik. Apa lagi kau tunggu. Lepaskan aku” ucapku kasar. Langsung tidak ku hiraukan perasaan Anif. Aku fikir dia semestinya berbesar hati untuk melepaskanku. Antara aku dan dia tidak pernah wujud perasaan yang selalu diagung-agungkan, Cinta. Kami hanya sekadar kawan yang sering bertemu di kedai buku, tempat kerjaku pada hujung minggu. Dan sesekali dia membawa aku ke rumahnya. Makan tengah hari bersama Mak Jah.
“Aku menikahi Farah Arisya bukan Juhana. kau isteri aku yang sah. Tak pernah wujud isteri atas kertas ke apa ke. Kau bukan lagi tanggungjawab abang kau. Kau sekarang adalah tanggungjawab aku. Jadi wajib untuk kau mentaati aku sebagai suami” dia dah mula bagi ceramah kat aku. Bukan aku tahu itu semua. Tapi aku tak mampu terima dalam masa tak sampai 24 jam aku terpaksa ganti tempat Juhana. maksudnya bukan kehendak dia untuk menikahiku tapi keadaan memaksa dia berbuat begitu.
“Ikut aku balik” arahnya.
“Aku tak nak” aku masih berkeras dengannya.
“kau ikut dengan rela atau aku paksa kau” suara Anif sudah mula meninggi.
“apa pun kata kau, aku tak akan balik ke rumah kau yang macam neraka tu” ucapku geram. Anif mengeluh. Dia duduk di birai katil cuba melegakan hatinya yang menggelegak kepanasan dengan sikap degilku. Aku Nampak dia cuba bertenang.
“ok, kau bagitahu aku apa yang kau tak suka pasal rumah tu” Anif cuba berlembut setelah sekian lama dia membisu. Mungkin dia sedar, tiada guna dia berkeras dengan perempuan seperti aku.
“aku tak suka rumah kau yang terlalu banyak peraturan, mama kau yang suka jaga tepi kain aku dan aku tak suka dikongkong. Aku rimas” ucapku.
“abis kau nak aku buat apa?”
“kau lepaskan aku. Biar aje aku hidup macam dulu” putusku. Memang itu yang aku mahukan darinya.
“no. Kita baru kahwin. Tak logic untuk aku lepaskan kau dalam masa sesingkat ini”
“kenapa kau bimbang maruah keluarga kau lagi?. habis maruah aku mana kau campak?” aku benggang dengan sikapnya. Bagiku dia terlalu pentingkan diri.
“please Ris. Aku datang sini bukan nak gaduh dengan kau. Aku datang untuk jemput kau balik. Tolong lah kau jangan sesakkan kepala otak aku lagi. buat masa ni kita duduk dulu kat villa. Nanti aku pujuk mama. Kita pindah. Kat rumah baru nanti kau buatlah apa yang kau suka. Aku takkan haling”pujuk Anif. Aku diam. Sedikit sebanyak aku kasihan melihat dirinya.
“aku nak duduk sini dua tiga hari lagi. kalau aku rasa nak balik villa, aku balik” putusku.
“baik. Kalau kau nak duduk sini, aku pun aku duduk sini dua tiga hari”
“kenapa pulak?”. Soalku pantas.
“Nanti mama bising. Kau kat sini dan aku kat sana”ucap Anif. Aduh, macam mana aku nak tenangkan fikiran kalau mamat ni ada. Lagi serabut la nanti. asyik-asyik mamanya saja yang difikirkan. habis aku ni...
“sekarang keputusan kat tangan kau. Nak balik villa atau aku stay dengan kau kat sini”ucapnya.
“Ah, lantak kau la” terus aku berlalu memulas tombol pintu keluar dari ruang yang begitu menyesakkan. Hatiku sebal.
p/s : special utk korg smprna bakal m'ymbt ramadhan al-mubarak pd ari sabtu ni. hope u'll enjoy bce cite ni. k. komen la... jgn lpe

Wednesday, August 19, 2009

SALAM BUAT SEMUA


Ucapan Khas buat semua peminat blog Naniey...
Selamat menyambut Ramadhan....
Moga Ramadhan kita kali ini dapat membawa seribu satu rahmat n kebahagiaan
buat peminat semua....
Ramadhan...
aku menunggumu...
moga datangnya engkau kali ini..
membawa aku mendekati Nya...
sesungguhnya aku rindu...
rindu pada mu Ramadhan.....

Friday, August 14, 2009

Andainya Aku Tahu 3




Sudah seminggu aku di rumah Anif. Aku makin suka termenung sekarang. Jarang benar aku turun menyertai ahli keluarga Anif. Biarlah apa yang mereka hendak fikirkan. Setiap kali waktu makan mesti Mak Jah yang datang hantar ke kamar. Sedang enak aku melayani lamunanku, Tiba-tiba aku mendengar ketukan di pintu bilik.
“masuk” arahku.
“Datin ajak Risya makan” ucap Mak Jah.
“saya dah kenyang” bohongku. Kalau boleh aku tak nak jumpa sesiapa dalam rumah besar ini.
“Pergilah turun risya. Nanti Datin marah Mak Jah” ujar Mak Jah. Kesian pulak aku pada Mak Jah. Memang ku akui ibu Anif seorang yang garang.

“yelah. Nanti Risya turun” aku mula mengatur langkah ke meja solek. Ku belek sebentar wajah di cermin suapaya tiada kecacatan. Perlahan aku melangkah turun. Aku lihat mama Anif duduk sendiri di meja makan menghadap hidangan tengah hari.

“Assalamualaikum, datin” sapaku. Mama Anif pandangku.

“panggil mama”. Ucapnya tanpa memandang wajahku. Aku angguk.

“duduk makan sekali” arahnya. Seperti robot aku menurut. Tidak biasa makan di meja mewah dengan hidangan yang begitu banyak untuk dua orang makan. Aku mula menadah tangan membaca doa makan dan kemudian....

“Risya, makan pakai sudu dan garfu, k. Kamu kena belajar ni semua. Jangan malukan Anif kalau pergi majlis-majlis rasmi. Tak ada kelas makan dengan tangan” ucap mama Anif. Aku terkedu. Bukankah makan dengan tangan itu lebih baik. Makanan pun mudah di hadam. Lagipun aku sudah terbiasa makan dengan tangan. Patutulah selama ini aku tengok Anif selalu makan pakai sudu dan garfu. Kat gerai tepi jalan pun macam tu. dah memang di asuh rupanya. Aku tidak membantah, kuturutkan juga kata-kata mama Anif.

“Satu lagi, dalam rumah ni ada peraturan. tunggu tuan rumah pelawa dulu, baru makan. Lepas tu biar orang yang lebih tua dulu ambil lauk. Kalau mama tengah cakap, sudu dan garfu tu letak dulu. Dengar apa mama nak kata” ucap mama Anif. Ya Allah banyaknya protocol. Istana ke ni? Boleh gila aku kalau terus macam ni.

“Waktu petang mesti ada kat laman. Kamu kena sambut suami kamu pulang. Jangan kamu duk terkurung kat bilik tu. buat apa Anif tu kahwin dengan kamu, kalau bukan untuk layan dia. Sebagai isteri kamu kena tahu tugas kamu” aku dah panas telinga. Dia ingat aku nak ke kahwin dengan anak dia tu. anak kau yang paksa aku. Kalaulah aku tahu keluarga ni gila undang-undang, aku takkan terlibat langsung dalam family dia. Andai aku tahu....

“mama rasa, mama akan aturkan seorang guru untuk ajar kamu protocol. Sebagai seorang isteri kepada CEO Mekar Holding, kamu juga akan terlibat dengan dunia bisnes. Kamu tahu kan yang isteri tu adalah tulang belakang dalam kejayaan suaminya. Jadi mama nak orang tengok kamu sebagai isteri yang sempurna, seorang wanita yang penuh dengan cirri-ciri kewanitaan” wajah serius mama Anif ku pandang.

“tapi mama....”

“jangan potong bila orang tua bercakap. Kamu ni memang tak ada adab ke?” ucap mama Anif. Aku diam. Aku tidak suka bila mama Anif cuba mengatur hidupku. Aku punya hidupku sendiri. Tidak perlu di atur-atur sebegitu. Takkan dalam masa seminggu hidup aku perlu berubah 360 darjah.

“Mama dengar kamu kerja kat kedai buku. Betul ke?” soalnya lagi. perlahan aku angguk. Malas hendak bersuara. Nanti dikatanya kurang ajar pulak.

“mulai hari ni kamu kena berhenti. Sebagai isteri CEO Mekar Holding, tak elok kamu bercampur dengan orang-orang yang tidak setaraf dengan kita” Amboi, sesuka hati dia je suruh aku berhenti. Dia ingat aku apa. Geramnya.

“Ris minta maaf, ma. Ris tak nak berhenti. Ris suka kerja tu. lagipun mama tahukan kenapa Ris kahwin dengan Anif” aku bangkit dari kerusi.

“Risya, mama belum habis lagi. jangan biadab. Duduk” arah mama Anif.

“maaf datin, saya tak nak” aku terus berlari ke tangga menuju ke kamar. Aku dengar suara mama Anif menjerit-jerit memanggilku. Aku tulikan telinga. Dahlah aku kena paksa kahwin dengan anak dia yang sewel tu, mak dia pulak perangai macam Queen Control. Agaknya berapa lama aku mampu bertahan.

******************************************************************
Aku siap dengan seluar jeans dan t-shirt bersama jaketku. Aku ingin keluar. Tidak tahan duduk terkurung di sangkar emas milik keluarga Anif.

“kau nak kemana?” tiba-tiba dia masuk ke bilik. Aku buat tak Nampak.

“kau dengar tak aku Tanya ni. Kau nak kemana?. Dah lewat macam ni nak keluar” bebelnya.

“jangan sibuk hal aku” langsung tidak ku pandang wajahnya. Aku menyarungkan topi ke kepala.

“aku tak izinkan kau keluar.”ucap Anif.

“ada aku kisah” langsung tidak aku pedulikan dia.

“kau isteri aku. Aku berhak melarang” balasnya.

“isteri atas kertas. Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan kau” aku bersuara geram. Sikit lagi
perang dunia akan meletus.

“Risya, kau jangan degil”

“don’t call me Risya. Aku tak suka”

“kau suka atau tak, kau bukan lagi Ris, sekarang nama kau Risya” ucapnya. Mengapa dia perlu kucar-kacirkan hidup aku. Pantas aku mengatur langkah. Ingin segera keluar dari dunia yang menyesakkan dadaku.namun dia juga pantas menghalang.

“tepilah” marahku.

“kau tak boleh keluar. Aku tak benarkan kau keluar sesuka hati. Kat rumah ni ada peraturan” balas Anif. Langsung tidak di endahkan amarahku.

“aku tak heranlah rumah kau ni nak ada peraturan ke undang-undang ke. Aku peduli apa. Aku tak pernah berangan pun nak duduk rumah kau. Tak pernah mimpi la. So, kau yang heret aku masuk dan sekarang kau nak buat apa lagi kat aku. Tak cukup lagi” marahku berapi-api. Rasa mahu saja ku bunuh makhluk di depanku ini.

“aku minta maaf,k” suaranya mula kendur. Wajahnya mendung.

“maaf? Kau ingat maaf kau tu boleh sembuhkan luka kat hati aku ni? Kau memang jantan tak guna. Kalau aku tahu kau macam ni, mati hidup balik pun aku harap aku tak pernah jumpa orang macam kau”tempikku kuat. Biar mama dan papanya dengar. Biar diorang tahu apa yang aku rasa. Sesuka hati nak mengatur hidup aku. Aku bukanlah boneka yang boleh diubah sesuka hati.

“kau jangan biadab. Aku ni suami kau. Kau ingat tu”tengkingnya. Panas barannya sudah datang. Sama macam mamanya.

“suami apa?” aku mencabarnya.

“Risya..” tangannya sudah diangkat. Ingin menamparku.

“tamparlah. Kenapa kau berhenti?” aku lawan pandangan matanya yang garang merenung ku.

“shut up”

“kenapa? Tak sanggup? Tampar lah. biar semua orang tahu yang kau ni jantan dayus. pukul perempuan” aku makin mengapikan keegoannya.

“kau memang tak....” belum sempat ku habiskan kata-kataku, bibirku sudah ditekup. Bukan dengan tangan xlnya tapi dengan bibir merahnya. Lama. Aku cuba meronta. Dia makin kuat memaut pinggangku hingga membuatkan aku lemas. Bila rontaanku mula lemah barulah dia melepaskanku.

Pangggg!!! Satu tamparan kuhadiahkan kepadanya di atas sikap kurang ajarnya. Belum sempat dia berkata apa-apa pintu bilik kami diketuk kuat. Lama kami biarkan.
“Nif!!!!” aku dengar suara cemas mama dari luar. Perlahan Anif buka pintu.
“Ju..., Nif” ucap mama cemas.


p/s: tq atas sokongn anda semua kpd karya Naniey. bkn tujuan Naniey utk m'rndhkn bkt yg ada, cuma ingin memuaskn hti para p'bca. tq sbb sdi komen. bg Naniey sbgi pnulis, adalh stu kepuasan bila org m'hargai karya Naniey. so, smpi sini dulu. Naniey nak balik kmpng ni. smpt plk taip ckt. hope u ll ske k. bye....

Wednesday, August 12, 2009

Andainya Aku Tahu 2

“Aku terima nikahnya Farah Arisya bt Sulaiman dengan mas kahwinya RM 80 tunai” dengan sekali lafaz aku sah menjadi milik Nik Mohd Anif Nik Arifin dengan berwalikan abangku. Terkejut juga abangku bila aku mengatakan aku ingin menikah. Macam-macam soalan di soalnya padaku hingga dia berpuas hati. Apa taknya kahwin ekspress mestilah dia terkejut. Namun dia tetap menurut kehendakku. Lagipun dia sudah lama mengenali Anif. Saudara-mara Anif sudah berbisik-bisik. Memberikan pandangan yang kurang enak padaku. Mungkin mereka pelik kerana nama pengantin perempuann yang tertulis di kad jemputan berbeza dengan pengantin perempuan yang duduk bersimbuh di pelamin indah. Senang benar perkahwinan ini. Orang terpengaruh seperti papa Anif memang sngat mudah mengatur cara. Dia yang mengatur semua hingga kami berjaya bergelar suami isteri ekspress.

Sebentuk cincin emas putih bertatahkan berlian di sarungkan ke jari manisku. Tanda aku sudah terikat dengannya sebagai isteri. Aku hanya memandang. Aku benar-benar terkilan dengan sikapnya. Aku benci kau Anif.

“Risya” aku dengar suara abang berbisik di telingaku. Perlahan tangan Anif kucapai dengan penuh rasa benci. Antara mahu dengan tidak aku tunduk mencium tangannya. Dia menghadiahkan aku sebuah kucupan didahi. Saat itu rasanya ingin saja aku menolak tubuhnya jauh dariku. Aku benci.

Selesai saja majlis aku terus masuk ke kamar milik Anif. Pertama kali aku melihat kamarnya. Besar dan kemas. Namun kecantikan kamar itu langsung tidak menggamit hatiku yang walang. Aku duduk di penjuru bilik. Hati aku terasa sebak yang teramat. Perlahan airmata mengalir keluar. Ibu, Risya tak berdaya. Tolong Risya bu. Aku merintih sayu. Aku teringat arwah ibu yang dah lama pergi meninggalkan aku. Aku tekup wajahku ke lutut. Terus menangis melepaskan sakit dihati.

“Ris” aku dengar namaku di panggil. Aku tahu siapa gerangannya. Langsung tidak ku angkat mukaku. Entah bila dia masuk ke kamar aku sendiri tidak tahu.

“aku minta maaf. Aku tak berniat nak buat kau macam ni. Tapi aku terpaksa”tuturnya.
Aku hanya mendengar bersama tangisanku yang tidak mahu reda.

“Ris, please. Stop crying.”ucapnya lembut. Dapatku rasakan tangannya membelai lembut rambutku. Dengan kasar aku menepis tangannya. Tak rela diri disentuh lelaki sepertinya.

“kau tak guna. Aku benci kau. Aku benci” tempikku kuat. Hatiku sakit. Sangat sakit.

“jangan jerit boleh tak. Nanti orang kata apa pulak. Aku boleh jelaskan ok” balasnya.

“aku tak nak dengar apa-apa dari kau. Jangan kacau aku” aku kembali menekup muka ke lutut. Melepaskan tangisanku di situ. Aku dengar dia mengeluh. Entah apa yang difikirkannya. Sepanjang malam aku menangis. Langsung tidak kuhiraukan Anif. Sedar-sedar aku dah ada atas katil. Siapa yang angkat aku?. Aku pandang jam di tepi katil dah pukul 10 pagi. Anif sudah tiada dibilik. Lamanya aku tidur. Penat semalam menangis. Perlahan aku bangun menuju ke meja solek. Kulihat mataku bengkak dan merah.baju kebaya moden bewarna putih masih elok tersarung di badanku. Aku mengeluh perlahan. Memori semalam berlayar kembali di ruang mata. Aku berharap ia hanya mimpi ngeri yang akan pergi setelah terbitnya mentari. Tapi aku silap ianya reality. Reality yang terpaksa aku hadapi. Mataku kembali terarah ke katil. Kulihat ada satu bungkusan di situ. Perlahan aku berjalan mengambilnya.

Ris,
Petang nanti abang kau datang hantar baju. Sementara tu pakai dulu baju ni. Tuala dalam almari.

Selesai membaca aku menbuka beg plastik itu. Sehelai t-shirt merah bersama jeans. Aku mula berjalan ke almari mencari tuala dan aku terus ke kamar mandi. Badanku sudah melekit. Rasa begitu tidak selesa.

p/s: ni adalah cerpen b'siri. Naniey taip sje2 jew. Sori kalau x best.

Tuesday, August 11, 2009

Andainya Aku Tahu 1


Aku melangkah masuk ke Villa Kemboja milik sahabatku, Anif. Hari ini hari berbahagia untuknya. Hari nya bergelar pengantin baru. Tapi keserian majlis itu langsung tidak dapatku rasai. bagai ada sesuatu yang tidak kena. Sanak-saudara berbisik-bisik sesama sendiri. Entah kenapa ya. Situasi itu tidak kuhiraukan. Aku terus melangkah masuk ke Villa yang sememangnya mengadakan rumah terbuka semperna perkahwinan anak teruna pemilik Villa mewah itu.

“Mak jah, Anif mana?” soalku pada pembantu rumah Anif. Anif yang mengenalkan aku pada mak Jah. Baginya Mak Jah seperti ibunya. Wanita itulah yang mengasuhnya dari kecil lebih daripada mamanya sendiri. Aku lihat wajah Mak Jah mendung. Bagai ada rahsia yang tersimpan di balik wajah itu.

“Kenapa mak Jah?” soalku. Mak Jah geleng.

“Anif ada kat atas” jawab mak Jah. Aku angguk. Pantas aku memanjat tangga ke tingkat atas. Aku sudah terbiasa dengan villa itu. Sering kali Anif mengajakku ke situ di waktu mama dan papanya tiada. Maklumlah mama dan papa Anif orang bisnes. Memang selalu outstation. Jarang ada di rumah.

“Macam mana ni, bang. Malu kita kalau tak jadi” aku dengar suara perempuan dari sebuah bilik. Perlahan aku hampiri. Pintu yang tidak tertutup rapat ku dekati. Aku tak Nampak apa-apa.

“ni semua awak punya pasal. Kalau bukan awak yang beria-ia nak jodohkan budak Juhana tu dengan Anif perkara ni takkan berlaku.” Marah suatu suara garau. Aku yakin itu suara ibu bapa Anif. Aku tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku.

“Awak jangan nak salahkan saya. Saya hanya nak yang terbaik untuk Anif. Manalah saya tahu semua ni nak jadi” suasana dapat kurasakan makin tegang. Perbalahan mulut antara papa dan mama Anif terus berlarutan. Aku dengar nama Juhana disebut-sebut. Bukankah Juhana itu bakal isteri Anif. Apa sebenarnya yang berlaku. Mana Anif?. Aku masih memasang telinga.

“macam mana sekarang. Apa kita nak buat. Saya tak sanggup nak tanggung malu”suara mama Anif kedengaran lagi.

“kenapa nak Tanya saya pulak?” suara papa Anif kedengaran marah. Aku dah tak sanggup nak dengar. Lantas aku berpaling untuk pergi. Namun langkahku mati. Dadaku berdebar kencang. Terkejut. Nasib baik aku ni sihat walafiat. Kalau tak kena heart attack aku. Anif berdiri tegak dibelakangku. Dia segak berbaju melayu teluk belangan warna putih. Matanya tepat memandangku.

“sorry, Ris....” kata-kataku mati bila tiba-tiba tangannya menarik tubuhku masuk ke bilik tadi.

“Anif akan kahwin dengan Risya”ucapnya. Mama dan papa Anif tercenggang plus terkejut. Tiba-tiba kami datang menyerbu.

“what?” Mama Anif macam tak percaya. Aku lagilah beratus kali ganda tak percaya.

“jangan nak bergurau Nik Mohd Anif.” Marah papanya.

“Anif tak gurau papa, mama. Anjif akan kahwin dengan dia. Anif takkan biarkan keluarga kita dapat malu” ucap Anif tegas. Tidak pernah kulihat wajah Anif yang begitu serius.

“Risya macam mana?” suara papa Anif mula lembut. Mungkin dia mula memikirkan maruah keluarganya. Aku terkulat-kulat. Aku pandang Anif. Apakah semua ni.

“papa , bagi Anif 10 minit. Anif nak cakap dengan Risya” ucap Anif. Papa dan mama Anif melangkah keluar.

“apa ni?” tengkingku padanya.

“kau kena tolong aku, Ris” ucapnya padaku.

“kau jangan nak buat gila.” Aku bengang dengan sikapnya yang memandai.

“Juhana dah lari. Dia tak nak kahwin dengan aku...”

“jadi kau nak aku jadi galang gantinya?”

“hanya kau je harapan aku dan keluarga” rayu Anif.

“aku tak nak. Kau suruhlah awek kau yang berlambak kat luar tu gantikan Juhana” ujarku.

“i need you”

“aku dah kata aku tak nak”aku bertegas.

“kau jangan lupa Ris. Aku yang tolong kau selesaikan hutang keluarga kau. Aku dah banyak tolong kau. Takkan bila aku minta tolong, kau tak nak tolong aku” Anif mula mengungkit.

“aku dah kata aku akan bayar balik. Kau jangan nak ungkit-ungkit benda tu.”

“kalau kau kahwin dengan aku, aku tak akan minta satu sen pun dari kau. Aku janji” ucap Anif.

“Aku tak nak. Aku nak balik” aku mula mengatur langkah. Pantas tangan aku ditarik kuat.

“apa ni?” marahku.

“kau nak atau tak, aku tak kira. Kau mesti kahwin dengan aku. Kalau tak aku sumbat abang kau dalam penjara sebab abang kau, hutang aku RM 10000” tutur Anif kasar. Aku tentang pandangan matanya. Aku tahu abangku berhutang padanya 2 tahun yang lalu. Itupun dia yang beria-ia ingin menghulurkan bantuan. Lagipun duit tu untuk belanja perubatan Sarah, anak buahku. Rupanya kebaikannya bersebab. Kalaulah aku tahu.

“kau tak boleh paksa aku” balasku geram. Kenapa Anif tergamak memaksa aku sebegini.

“baik. Kalau kau tetap tak nak, sekarang juga aku sumbat abang kau dalam penjara. Aku ada surat perjanjiannya. Menurut surat tu kalau dia tak bayar duit tu dalam masa setahun, maka aku boleh ambil tindakan undang-undang padanya. Kau nak abang kau masuk jail?”

“kau jangan melampau Anif. Aku tak sangka kau sanggup buat aku macam ni”ucapku. Wajahnya bersahaja. Langsung tiada riak bersalah.

“sekarang kau pilih, kahwin dengan aku atau abang kau masuk jail?” Anif sudah nekad. Aku tahu aku takkan mampu ubah keputusannya. Dah lama aku mengenalinya. Aku sudah masak dengan perangainya yang tetap pendirian itu.

“aku tak nak. Dan mulai sekarang kau bukan lagi kawan aku” jeritku geram.

“ok” aku lihat Anif sudah mengangkat gagang telefon. Tangannya pantas mendail nombor. Aku terbayang wajah abangku. Rasanya tak sanggup aku biarkan dia hidup di penjara. Dia yang dah bersusah-payah memeliharaku. Kalau dia masuk penjara bagaimana nasib anak buahku.

“hello, En Nasir...”

“nanti” Anif pandang wajahku.

“baiklah. Aku kahwin dengan kau. Puas hati?” putusku. Perlahan air jernih mengalir keluar dari tubir mataku.

Aku lihat Anif tersenyum kemenangan.


p/s: hope u all ske crpn ni. Naniey x dpt nk poskn CD bt masa skrg kerana part yg strsnya msh blm siap. jadi bt mse ni, Naniey jst dpt pblish crpn ni je utk korg. k. so, mcm biasa la tlg la komen.....

Saturday, August 8, 2009

Syuuuhhh..... Abang? 5


“ada apa nak jumpa ni?”soalku.
Dia diam.
“kalau tak ada apa-apa aku balik dulu” aku mula mengatur langkah. Namun tiba-tiba tanganku
ditangkap.
“sakitlah” tangan yang berbalut itu kutarik.
“sorry”
“cepatlah cakap. Aku buzy ni”
Dia mengeluh. Dia membelakangiku.
“susah abang nak cakap”
“sebenarnya ada apa? Cakap jelah” kesabaran aku sudah mula menipis.
“kenapa Sha layan abang macam ni? Dulu Sha tak macam ni” rungutnya.
“layan macam mana? Aku rasa sama je” ujarku.
“no. Sha dah lain sekarang.”
“so?”. Aku menunjukkan muka bosan. Aku bagai membangkitkan api di hati Fiqri. Maaf aku terpaksa.
“kenapa Sha jadi macam ni. Kalau ada masalah bagitahu abang”ucapnya
“semua orang berubah. Aku ok. Kau tak payah lagi nak sibuk hal aku” ucapku langsung tidak ku fikirkan perasaan Fiqri.
“see. Sha yang abang kenal tak macam ni. Abang tahu Sha tertekan, tapi tolong jangan layan abang macam ni. Biarlah apa yang diorang nak kata” ada kesayuaan pada suaranya.
Aku diam.
“say something” ucapnya lagi.
“Aku rasa kita tak patut berterusan macam ni. Mulai sekarang anggaplah kita tak pernah kenal.
Dan ni, hutang aku pada kau. Lepas ni, please jangan pedulikan aku lagi. tq sebab kau selalu take care pasal aku”ucapku. Duit RM 150 ku letak di tapak tangannya. Dia tergaman. Aku mula atur langkahku namun langkahku tiba-tiba terhenti.
“macam mana abang nak berpura-pura tak mengenali Sha. Sedangkan setiap degupan jantung abang adalah milik Sha” aku tergaman. Langsung tidak ku toleh. Tanpa ku sedari tangan sasa Fiqri sudah melilit bahuku kemas.
“don’t leave me. I love you. Really love you”bisiknya. Sejenak aku terbuai dengan bisikan lembut itu.
“lepaskan Sha.”aku meronta.
“Kau dah gila ke? kau sedar tak apa ko cakap ni” tengkingku setelah pautannya terlerai.
“dah lama abang sukakan Sha. Sejak abang tahu siapa sebenarnya Marina. Abang buta menilai mana kaca mana pertama. Please Sha. Jangan kecewakan abang” dia merayu. Lirih hatiku mendengarnya
“tolonglah jangan macam ni.”
“Abang cintakan Sha” ucapnya lagi.
“Sha tak boleh” aku mula mengatur langkah lagi. dadaku sudah sesak. Mudah benar cintanya beralih arah.
“jawab soalan abang dulu” dia menghalang langkahku.
“Sha terima abang tak?”
“tolonglah jangan paksa, Sha”rayuku. Kalau aku ada kuasa, nak saja aku ghaib.
“Abang tak paksa. Abang just nak tahu”
“Sha tak tahu. Sha tak tahu!!” aku sendiri ragu dengan perasaanku. Mana mungkin aku menjawab soalannya. Ada air jernih mula terjun dalam kolam mataku. Terduduk aku di atas tanah sambil menangis. Mengapa aku perlu menangis. Aku ingin lepaskan segala bebanan pergi.
“jangan nangis sayang. Abang akan tunggu jawapan Sha”ucapnya. Dia usap lembut rambutku. Lama dia menemani aku hingga tangisan aku reda. Selepas itu kami terus membisu.
***************************************************************
Dah sebulan berlalu sejak dari peristiwa itu aku masih menyepi. Kadang-kala aku berusaha mengelak dari Fikri. Fikri juga seolah mengerti yang aku memerlukan masa.
“Sha” aku mendongak perlahan. Fikri berdiri di depan mejaku. Aku kelu memandangnya. Entah kenapa.
“jom ikut abang”ajaknya. Nasib baik time tu masa lunch. Staf pun tak ada.
“pergi mana?” soalku.
“adalah. Jom” dia tarik tanganku supaya mengikutnya.
“En Fikri” aku bersuara sambil memandang tangannya yang erat mengenggam pergelangan tanganku. Perlahan dilepaskan. Dia tahu aku tidak suka disentuh sembarangan. Aku capai beg ku dan mengekorinya.
Fikri membawa aku ke sebuah restoren yang agak ekslusif di pinggir kota. Suasana restoren itu sunyi. Langsung tiada pelanggan. Kami hanya diam menunggu hidangan. Hanya irama dari piano kedenganran.
“Sha” aku memandangnya.
“dah lama abang tunggu” ucapnya. Aku telan air liur. Apa perlu aku lakukan.
“Aku...aku..” aku gugup. Entah perkataan apa yang perlu aku keluarkan dari mulutku.
“will you marry me?” aku terkejut. Soalan apakah ini. Soalan hari tu pun dah nak pecah kepala aku fikirkan. Ni ada pulak soalan baru. Mahu mereng otak aku ni.
“hah?” hanya itu yang lahir dari bibirku. Seolah-olah tidak percaya.
“tolong jadi isteri abang. Sebab abang rasa abang perlukan seorang isteri lebih dari abang perlukan seorang adik. Oleh sebab abang sayang sangat kat adik bang ni, please be my wife” apa la yang Fikri ini mengarut. Kejab cakap adik. Pastu suruh jadi bini pulak. Aku pening ni. Mak tolonglah Sha.
“please” ucapnya. Sebentuk cincin emas bertatahkan berlian dihulurkan padaku. Mahu cair aku melihatnya. Terasa meleleh air liur. First time tengok cincin yang cantik macam tu.
“Sha dengar tak” aku tersentak. Terlampau asyik memandang cincin di tangannya. Boleh pulak aku buat camtu masa ni.
“sebenarnya...”ucapku..
“abang tak nak dengar apa-apa alasan”
“bukan alasan. Ish... macam mana nak cakap eh” aku garu kepala yang tak gatal.
“cakap je lah apa pun” ucapnya.
“aku tak bolehlah....”
“jangan kecewakan abang” ei geram betul lah aku dengan Fikri ni. Aku belum habis cakap dia
sibuk nak potong. Aku tampar kang.
“bro, jangan lah potong cakap aku. Cuba kau dengar dulu. Aku tak pandai lah bab cintan-cintun ni. Lagipun aku belajar lagi....”
“abang boleh tunggu, just say yes or no” tengok dia potong lagi aku bercakap. Angin kus kus aku dah mula datang ni. Geramnya.
“ei geram betul lah aku kat kau ni. Senang cite macam nil ah. Kau pergi jumpa mak bapak aku kat kampong. Kau Tanya diaorang nak bagi tak anak diaorang yang paling comel kat atas dunia ni kat kau. Kalau diaorang setuju, aku ikut je. K. Susah nak cakap bahasa lain dengan kau ni” ucapku panjang lebar. Dah hilang dah sopan aku. Leceh la kalau kita cuba jadi orang lain ni. Aku lihat Fikri senyum.
“betul ni?” soalnya.
“abis kau ingat aku main-main. Sementara peluang masih terbuka. Tapi kau kalau nak datang rumah aku baca doa, istigfar banyak-banyak sebab bapak aku garang. Kang tak pasal-pasal dia halau kau. Gatal sangat nak kat anak dia.” Saja aku takut-takutkan Fikri. Padahal bapak aku lah orang yang paling baik kat dunia ni. Tak pernah nak marah-marah tanpa sebab.
“Thanks sayang. Esok jugak abang hantar rombongan”ucapnya.
“ha ha tangan kau jangan nak menggatal. Tak sah lagi” pantas ku larikan tanganku.
“yelah. Tapi pasni tak payah la panggil Bro ea. Panggil abang pulak” ucapnya.
“ok. Kau kan abang aku” selamba je muka aku cakap cam tu.
“syuuuhhh, bukan abang tu. sekarang maksud ‘abang’ da lain. Abang sayang” dia tersengih macam kambing. Ingat aku cair la tu.
“oh tu ke? Boleh. Lepas kahwin. G jumpa bapak aku lu, k” ucap ku. Dia hanya memcebik. Aku buat tak tahu. Petang itu kami habiskan masa bersama. Lama tak sembang dengan ‘abang’ aku ni.
***************************************************************************
“Fikri kan?” tegur seseorang dari arah belakang. Fikri berpaling. Marina tergaman. Orang yang
dulu berpakaian selekeh dengan t shirt dan jeans lusuh kini berdiri segak dengan sepasang sut
pejabat yang berjenama.
“Tengku!” En Wahab tersenyum memandangnya sambil menghulurkan tangan. Pantas Fiqri sambut.
“abang kenal ke?” soal Marina.
“honey kenalkan ni Pengarah TF Holding. Pemilik kliang tempat kita kerja. Tengku Fikri”. Tenganga mulut Marina mendengarnya. Macam mana pulak si pembuat air macam Fikri ni boleh jadi tauke besar. Fikri hanya menghadiahkan senyuman.
“ni wife I. Nombor 3.”ucap Encik Wahab. Fikri hanya tersengih memandang. Tak sangka kau minat jantan tua. Bisik hati Fikri.
“Tengku buat apa kat sini?” soal Encik Wahab.
“i tunggu wife i. Dia ke tandas tadi” ucap Fiqri tenang.
“tu pun dah datang” sambung Fiqri. En Wahab dan Marina berpaling.
“Abang, Sori lama tunggu” ucapku.

“sayang ok?” soal Fikri. Aku angguk. Aku memandang dua makhluk di depanku. Seorang tua seorang lagi muda jelita. Aku senyum.
“kau” Akhirnya Marina bersuara. Aku hanya memandang. Langsung tak hairan. Dah lama aku tahu dia kahwin dengan pengurus kilang. Pak Dollah yang kasi tahu.
“jumpa lagi kita Cik Marina”ucapku. Aku menghampiri Fikri. Pantas Fikri paut bahuku. Wajah Marina ketara berubah. Terkejut agaknya. Maklum la dulu kitorang kerja buat air kat warung je. Baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah.
“you all kenal?” soal En Wahab.
“apa pulak tak kenal. Cik Marina kan glamour. Dulu i kerja kat gerai Pak Dollah depan kilang tu.” aku mengukirkan senyuman.
“ooo. Cam tu ke? Cantik isteri you, tengku” ucap En Whab. Berani betul memuji aku kat depan isteri muda dia. Marina menjeling tak puas hati la tu. kau ingat kau cun sangat ke.
“oklah En Wahab. Jumpa lagi. Kami nak pergi shopping barang baby ni”ujar Fikri. Tangannya sibuk menakal di pinggangku.
“ok. Jumpa lagi”jawab En Wahab.
“bye Marina. Lain kali jangan pandang orang sebelah mata” aku berbisik perlahan di telinganya ketika kami bersalaman. Wajahnya merah menahan rasa malu.
Aku dan Fikri terus berlalu.
“nasib baik abang tak kahwin dengan Marina tu. kalau tak botak la abang” bisik Fikri perlahan di
telingaku. Bimbang ada yang mendengar.
“abang la duk gila kat dia dulu. Padan muka”ucapku.
“Dulu. Sekarang abang dah ada sayang. I love you” ucap Fikri. Pipiku dikucup. Aku tersenyum senang. Aku bahagia menjadi isteri Fikri. Dia memang lelaki yang penyayang. Caring melebih. Abis je belajar aku terus kahwin dengan dia. Dan sekarang... jeng..jeng... aku dah pregnant. Lagi 2 bulan kami bakal dapat anak sulung. Fikri yang paling tak sabar menanti. Waktu doctor memberitahunya aku mengandung, terus dia pengsan. Kelakar betul mengalahkan ibu mengandung lagaknya. Aku tersengih sendiri mengingati peristiwa itu.
“sayang, mari la sini. Tengok ni. Cantik tak” Fikri tunjukkan sehelai baju baby di kedai anakku. Aku hanya mengiakan saja. Bersungguh dia memilih barang untuk anaknya. aku gembira. Sesungguhnya dialah lelaki terbaik untukku. Terima kasih Tuhan kerana mengurniakan lelaki seperti Fikri kepadaku. Sesungguhnya engkau yang maha berkuasa. Kupanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga di atas kebahagiaan ini. Dan dari jauh ada sepasang mata yang menyaksikan kebahagian kami dengan kekesalan dihati.

~THE END~

p/s: akhirnya dpt jgk naniey habis kn crpn ni. harap anda semua terhibur. Ni je yang mampu Naniey buat. huhuhu. komen eh. jgn lpe. komen anda semua sgt Naniey hargai. tq bebanyak.

Friday, August 7, 2009

Syuuuhhh..... Abang? 4

‘aduh, penatnya’ aku melabuhkan punggung ke kerusi. Aku baru balik dari tapak pembinaan. Sudah seminggu berturut aku melawat ke tapak pembinaan. Melihat kerja-kerja di sana. Tubuhku terasa lesu. Maklumlah siang sibuk praktikal, malam pulak kena kerja kat gerai. Kalau tak, tak berasaplah dapur. Tubuhku dah mula rasa seram sejuk dari pagi tadi. Namun ku gagahkan juga diri. Pelan projek ku bentang ke meja. Meneliti dan ingin membuat sedikit kajian. Peningnya kepala. Berdenyut-denyut. Ni aku tak suka ni. Kalau dah deman, jawabnya tubuh aku ni lembik lah nanti. Tapi aku memang betul-betul tak sihat. Ku lentokkan kepala ke meja. Ingin berehat seketika.

“u ni nak kerja ke nak rehat?” soal seseorang. Aku angkat kepala yang terasa berat. Cik Amy berdiri berpeluk tubuh didepanku. Ah, minah ni memang selalu nak cari pasal dengan aku.

“jangan ingat bos sayang u, u boleh buat syarikat ni macam harta bapak u.”

“saya tahu syarikat ni bukan harta bapak saya, tapi bukan harta bapak Cik Amy jugak, kan” muka Amy berubah.

“saya tahu apa yang saya buat. Tak payahlah Cik Amy nak busy body hal saya”ucapku.

“Shazila” aku dengar suaraku di panggil. Aku memandang ke depan. Fiqri berjalan menghampiriku.

“are u ok?”soalnya.

“yes”jawabku. Amy masih belum berganjak dari tempatku. Terus senyuman plastic terukir di bibirnya. Namun senyumannya mati apabila secara tiba-tiba tangan Fiqri jatuh ke dahiku. Aku pun terkejut beruk. Kenapa dengan dia ni? Tak suka la macam ni.

“panasnya” perkataan itu terbit di bibirnya.

“saya ok En Fiqri”jawabku. Kularikan sedikit wajahku.

“ada apa yang boleh saya tolong?” soalku padanya.

“jom masuk bilik abang jab” kenapa dengan Fiqri ni? Tak pernah dia bahasakan dirinya abang kat depan staf. Habis la aku jadi bahan gossip nanti. Dah la Amy ni ketua geng gossip. Aku dah rasa nak menangis.

“boleh tak bagi saya 5 minit”soalku.

“sekarang” tegas saja bunyinya.

“Amy u tak ada kerja ke?”soal Fiqri.

“Ada bos. Saya Cuma nak suruh Sha semakkan fail ni je”ujarnya menunjukkan fail yang tebal 2 inci di tangannya. Mak aii tebal nya. Ni nak seksa aku ke apa.

“i rasa itu bukan kerja dia kan. So, better u suruh orang lain buat” arah Fiqri. Tangan aku yang di tarik mengekorinya. Aku cuba melepaskan diri. Namun pegangannya kemas. Semua orang pandang je. Muka aku yang dah merah bertambah-tambah merah.

“bro, apa ni. Lepaslah” bisikku padanya. Fiqri buat muka selamba.

“please”rayuku. Dia longgarkan pegangan dan akhirnya tangan aku bebas dari genggamannya.

***************************************************************************

“duduk” arah Fiqri. Aku menurut. Aku duduk di sofa berdepan dengannya.

“kita pergi klinik ye?” ni aku tak suka ni. Tahulah dia caring tapi janganlah sebut pasal klinik
dengan aku. Tak suka.

“tak nak”

“muka Sha pucat sangat ni. Dah tahu demam kenapa datang ofis. Ni dari mana tadi?”soalnya.

“tapak projek” balasku.

“sakit-sakit pun gi tapak projek?” suaranya meninggi. Dia marah ke?

“Saya ok. Masih boleh buat kerja lagi. En Fiqri nak saya buat apa-apa ke?” soalku. Saja berlagak ok. Padahal kepalaku bagai nak pecah. berpusing-pusing.

“dah jangan cakap banyak. Hari ini abang bagi cuti. Balik rehat.”arah Fiqri.

Aku geleng.

“tengok, degil lagi”ucapnya.

“aku tak larat nak balik. Aku rehat sini jab boleh tak?”ujarku memandangnya dengan mata kuyu.

“mengaku jugak akhirnya adik abang ni. Abang hantar balik”

“tak apa. Pas ni aku nak kena gi gerai. Kalau balik jauh pulak. Tak ada orang nak tengokkan aku. Kat sini kau ada”ujarku sedikit bergurau. Saja aku nak bermanja. Teman-teman serumahku memang tiada. Masing-masing sibuk. Tubuhku sudah ku baringkan ke sofa. Aku memang dah tak larat sangat. Mata ni rasa nak berat je.

“jom balik rumah abang” ajaknya.

“tak naklah. Mana boleh pergi rumah lelaki. Mak aku marah tau”antara dengar dengan tidak suaraku. Mataku sudah terpejam.

“Dah. Tak payah nak bagi alasan. Abang bukan duduk sorang. Mak jah dengan Pak Mat ada” tanganku di tarik. Aku bangun dengan langkah longlai aku mengekorinya. Tangannya masih erat memegang tanganku hingga ke kereta. Aku hanya membiarkan. Tak berdaya untuk menghalang.
***********************************************************

Seperti jangkaan ku. Memang heboh satu bangunan TF Holding mengenai aku dan Fiqri. Tapi banyak buruk la dari baiknya. Ada yang kata aku ni perempuan simpanan la, aku guna-gunakan Fiqri la, aku perempuan tak malu la dan macam-macam lagi. sakitnya hati aku. Tuhan je yang tahu perasaan aku. Sedihnya tak payah nak katalah. Semua orang pandang aku macam aku ni penjenayah je. Diorang jeles la tu. asyik menjeling je minah-minah yang bajet cun kat syarikat ni. Sampai dah juling mata diorang semua. Nak berurusan pun payah jadinya. Ni semua sebab Fiqri. Kalau bukan sebab tangan gatalnya pegang tangan aku ni, benda ni takkan jadi. Ish.. aku ni kat tandas pun boleh lagi berangan.

“sapa nama budak praktikal tu?” aik suara sapa ni? Aku buka sedikit pintu toilet. Tak Nampak.

“ooo, budak Shazila tu. kenapa? “ Soal suara lain. Tu nama aku

“kau tahu, ada orang nampak dia masuk hotel dengan bos?”

Apa? Bila masa pulak? Aku geram. Ni dah melampau.

“ye ke?”

“aku rasa perempuan tu memang jalang la. Senang-senang je masuk hotel dengan jantan. mentang-mentang la bos tu kaya”sambung suara yang menyakitkan hati aku.

“tu jelah cara nak hidup senang. Pikat orang kaya” hati aku dah bengkak. Sikit lagi bakal meletup.

“Nampak je baik. Tapi sapa sangka, ada udang di balik batu” sampai hati korang kata aku camtu.

“rasa-rasa mak bapak dia tahu tak dia buat benda-benda ni?”

“entah. Dengar cerita mak bapak dia orang susah. So, tak hairanlah kan dia nak hidup senang dengan cara camtu?” hati aku sudah mendidih. Kalau dah melibatkan mak bapak aku ni dah terlalu melampau.

“tulah mak bapak zaman sekarang, tak pandai ajar anak. Nak jual anak agaknya”

“woi. Korang jaga sikit mulut tu” aku tolak kasar pintu toilet. Dua makhluk tadi tergaman.

“korang jangan nak libatkan mak bapak aku pulak. Kalau tak tahu jangan nak sibuk hal orang” tengkingku. Marah. Pucat muka diorang.

“jom la pergi”meraka dah cuak tgk mukaku yang merah padam. Terus je blah pastu. Tahu takut.

Aku pandang muka aku kat cermin. Aura marah terasa naik sampai kepala. Pantas tangan aku bertindak menumbuk cermin didepanku. Tindakkan tanpa aku sengajakan itu untuk lepaskan geram yang bertakung dihati. Retak cermin. Aku peduli apa. Pantas kaki aku melangkah keluar dari toilet. Aku duduk di tangga kecemasan dan aku rasa ada sesuatu mengalir dari mata aku. Air?? Aku menangis. Kenapa nak menangis. Padahal aku tak buat pun apa yang diorang kata. Hati aku sakit.

Tiba-tiba telefon aku bordering. No sapa pulak ni?. Aku tekan butang hijau.

“hello”aku kawal suaraku.

“hello Sha. Kat mana ni?” kenapa la dia asyik nak ganggu aku je akhir-akhir ni.

“kat luar”balasku.

“nangis ke?” soalnya. Agaknya suara serakku sudah mula kedengaran.

“mana ada. Nak apa?”

“abang nak ajak lunch”

“puasa”jawabku secara automatik.

“ye ke?” soalnya.

“ye la”

“mazhab mana yang ajar bersahur pukul 9 pagi” adui.. kantoi. Dia Nampak ke aku minum tadi.
Aku diam.

“cakap kat abang, sha kat mana?” soalnya.

“tapak projek” bohong ku.

“tak tahu pulak ada projek kat tangga” aku terpinga-pinga. Aku berpaling bila pintu kecemasan
terkuak.

“buat apa kat sini?” soalnya. Banyak soal betul. Penyibuk.

Dia duduk sebelahku. Pantas ku paling wajah yang dah basah dengan airmata. Ku kesat.

“Ya Allah, darah” pantas di capai tanganku. Aku sendiri tak sedar tanganku berdarah. Ni semua salah cermin ni? Sakitnya….rasa nak nangis tengok banyak darah yang keluar dari tangan.

“jom ikut abang”

“tak nak” Fiqri pandang aku.

“tangan Sha berdarah ni”pujuknya.

“aku tahu uruskan diri aku. Kau tak payah risau pasal aku lagi.” Pantas aku bangun meninggalkan Fiqri yang terpinga-pinga memandang langkahku.

p/s: da lme cite ni b'sarang kt microsft word. hmpr t'lpe plk sbb sibuk dgn CD. sesekali kte ubah angin plk. asyik CD je. kali ni bace cite ni plak, k. jgn lpe komen tau. syg u ll