THANK YOU

Friday, March 30, 2012

HAKIKAT YANG MELUKAKAN


Sudah lebih setengah tahun segalanya berlaku…

Baru aku tahu kenapa dan mengapa….

Walaupun ianya mungkin hanya kata-kata senda....

Namun hati rasa sayu….

Jiwa rasa pilu….

Untuk sampaikan aku tidak mampu…..

Hanya mampu tersenyum dan memandangnya dengan rasa yang berbuku

Andai dia tahu,

Apa yang bakal dikatakan??.....

Aku tidak tahu dari mana harus aku mula….

Hanya mampu diam sahaja

Andai itu yang buatkan dia bahagia

Aku redhakan sahaja

Berharap dia akan sentiasa gembira…

Ramai yang mempersoalkan kenapa

Dan aku mampu senyum saja

Tiada jawapannya

Cuma yang mampu aku bicara

Aku adalah seorang sahabat yang takkan mungkin tinggalkannya

Ingin aku lunaskan segala tanggungjawabku agar suatu masa dia tidak persoalkan

Tentang persahabatan ini

Tetapi biarpun dia pernah lupa apa yang aku ucapkan

Aku tetap diam tanpa kata

Lalu mereka berkata

Semuanya tidak berbaloi…

Biarkan saja Allah itu ada.


p/s : Aku mmg betul-betul tidak sangka.... please jgn tnya kenapa dan bagaiamana...

Monday, March 26, 2012

Bicaralah Rindu Memoriku



suka sgt dengan subtitle lagu ni. Rasa seperti cerita ku .... BICARA RINDU MEMORIKU. dgr dan hayati subtitle... sedihkan....


p/s : makin hari, makin saya jatuh cinta dengan LEE JINKI @ ONEW... hahahahaha....
Apa yg saya rasakan menarik padanya adalah dia nampak sangat profesional dalam kerja.... pandai, matang, sweet, kelakar.... alahai.... knp cite psl onew plak... hahaha... kongsi2 minat dengan pembaca......

salah satu artis yang saya suka.... agak2 bleh x sy cri org yg lbh kurg dia???? (GILO APO MINAH NI??)

sy rasa rupa mcm pnyanyi lelaki tu ada kt malaysia.... di mana? dalam memoriku... hihihi

Thursday, March 22, 2012

Bicara Rindu Memoriku 3


Bicara lagi tentang rinduku

Menghadirkan lagi rasa sayang

Beberapa kali cuba ku buang

Namun aku tewas membendung perasaan

Bicara rindu memoriku

Membawa aku jauh ke dasar hati

Mencari erti perasaan ini

Adakah ia cinta atau sekadar suka

Bicaralah rinduku….

Hari yang aku nanti tiba juga. Sudah hampir semua ibu bapa telah datang. Namun bayangan Zakrul masih tidak kelihatan. Aku lihat nabila resah menunggu di muka pintu. Perlahan aku hampiri

“Ayah nabila datang tak?” soalku padanya. Nabila hanya angkat bahu tanda tidak tahu.

“Ayah kata nak datang”

“sekejab lagi mesti ayah datang. Nabila tunggu dengan cikgu ye” nabila angguk.

“Nabila!” pantas kami berpaling ke arah suara itu. Seorang perempuan muda menghampiri.

“ibu!”

Ibu? Ini ke isteri Zakrul?. Cantiknya dia. Terasa bibirku beku untuk mengukir senyuman. Jika benar inilah isterinya, sungguh aku di amuk rasa cemburu entah kenapa.

“mana ayah?” soal Nabila petah.

“kejab lagi sampailah. Assalamualaikum cikgu” wanita itu memandangku.

“waalaikumsalam. Puan…” Aku sambut huluran tangannya

“Suzila.”

“Jemput masuk” pelawaku. Belum sempat kami melangkah, mataku terbuntang pada seraut wajah yang baru selesai menaiki tangga. Memang benar, dia.

“Aku sudah punya pilihan hati di sini”

“kirim salam pada buah hati kau. Katakan pada dia daripada ex ko”

“sejak bila pulak ko ex aku?” soalku. Sedikit bengang dengan pengakuannya. Ada hati mengaku ex. Bila masa pulak aku declare couple dengan dia.

“bukan ke?” sengal la mamat ni. Perasan sorang-sorang.

“Kita tak pernah ada apa-apa ok. Jangan nak perasan” balasku.

“kalau aku suka kau?”

“aku sekarang nak focus pada study. Tak ada masa nak main cinta-cinta dengan ko.” Balasku. Sungguh saat itu aku mengaku aku cukup sombong hanya kerana terasa diri ini melebihinya dari segala aspek. Dan perkenalanku dengan seorang lelaki dari kualan Lumpur membuatkan aku lupa, dia yang berharap

“Qiara” panggilnya. Pantas tangan yang menggeletar ku genggam erat. Dia kini betul-betul berada di hadapanku. Tersenyum memandang wajah terkejutku. Dia kini sudah berbeza. Sudah sedikit berisi daripada dahulu. Makin tinggi dan tampak lebih matang daripada dulu. Lamanya kami tidak bertemu. Dia Nampak bergaya dengan pakaian kasualnya.

“apa khabar?” ada getar pada bicaraku. Hatiku kian parah. Sangkaanku tepat. Dia sudah punya keluarga. Dan sekarang aku mendidik anaknya. Seperti yang pernah kami bicarakan dulu. Dia mahu aku mendidik anaknya. Tidak ku sangka. Dan tak pernah sekali pun aku terfikir.

“Alhamdulillah. Kau?” tenang saja riaknya. Tidak seperti aku yang resah bagai nak gila.

“aku ok. Macam biasa. dah lama kita tak jumpa kan?” ucapku tersenyum memandangnya. Getaran terasa makin menyakitkan dada. Dia tersenyum.

“kau buat apa sekarang?” soalnya bodoh.

“ buat apa? Mengajar la. Akukan cikgu. Kau?” balasku masih mengukir senyum dalam kepayahan.

“aku kerja jadi kuli je”

“ada-ada je la kau. Takkan la belajar susah-susah untuk jadi kuli je.” Balasku. Kalau dahulu aku memandang rendah padanya tapi kini ia sudah berubah. Semenjak dia melanjutkan diri ke menara gading persepsi aku padanya sudah tidak seperti dahulu. Dahulu dia remaja yang sangat pendiam dan kadang-kala aku tidak tahu apa yang bermain di mindanya.

“kenal ke?” terlupa pula di hadapan aku ada isterinya.

“kawan lama. Kawan sekolah” balasku. Suzila hanya angguk. Sakit pula rasa hati memandang perempuan yang Berjaya memilikinya. Cemburu? Tidak. Tapi kecewa. Kecewa kerana aku gagal. Sakit kerana aku terasa begitu menyesal. Bukan kerana dia. Tapi kerana kesombonganku suatu ketika dahulu. Dan pertemuan hari ini menjadikan aku cukup sedar khilafnya aku mendabik dada suatu ketika dahulu. Dia buat aku faham, senang untuk melukakan tapi sukar untuk menyembuhkan. Lalu aku berusaha mencari diri. Mencari ertinya aku sebagai seorang yang bernama manusia kerdil di muka bumi Allah ini. dan hari ini, aku berdepan dengan suatu peristiwa yang tidak sanggup aku hadapi. Lalu retaklah segala kesetiaan dan sayangku padanya. Memoriku masih panjang, namun satu per satu cuba ku padam. Berharap aku mampu membuka lembaran baru dan kekalkan ia sebagai memoriku dahulu.

Airmata laju membasahi pipi. Mengingati dia sebagai memori rinduku. Dia adalah memoriku tentang perasaan sayang….. dia adalah memoriku tentang kesombongan…. Dia adalah memoriku tentang kesetiaan…. Dia adalah memoriku tentang kelukaan… dan dia kekal menjadi memoriku sebagai seorang sahabat yang pernah mengajar aku erti menjadi manusia yang lebih baik. Pada hari ini aku telah mencoretkan cerita tentang kau, sahabatku. Dlu pernah kau tanyakan padaku, kisah siapa yang aku coretkan. Hari ini aku coretkan kisah kita menjadi lembaran cerita mengenai rahsia hatiku yang terbuku. Walaupun coretan ini tidak seindah memori kita. Tapi cukuplah. Dan seandainya dirimu ada, ketahuilah, aku melepaskan segala rasa yang sudah menjadi sia-sia antara kita. Kisah kita hanyalah kisah mengenai perjalanan hidup dua remaja yang baru mengenal erti kasih dan sayang.



Sudah cukup sudah… cukup sampai di sini saja…. Daripada batin tersiksa… lebih baik aku lepaskan saja….agar kau kekal sebagai seorang sahabat dalam ruangan memoriku. Sahabat yang pernah berjaya membuka pintu hati yang selama ini aku tutup rapat. Aku tidak pernah menyesal mencoretkan kisah kita di sini. Kerana kita saling tahu mengenai perasaan ini. kuburkan saja perasaan itu di sini. kuburkan segala rasa yang menyakitkan dan menyesakkan jiwa. Selepas ini kau hanyalah seorang sahabat. Tidak akan ada lagi kisah istemewa antara kita. kisah ini hanyalah sebuah kata-kata yang akan dilupakan bila tiba masanya. Tapi memori kita akan tetap kekal dalam ingatan. Aku ingin kembali menutup pintu hati ini hingga aku berjumpa dia sebagai Adamku yang dapat membimbing dan memberi aku erti bahagia dalam perjalanan dunia ini.


tamat

p/s : Kisah ini hanya 60% sahaja benar...... adakah dia membaca?? dia tak suka love story.... enjoy ur reading.... comment please... (dgr lagu tu kalau nak lebih feel)

Wednesday, March 21, 2012

Bicara Rindu Memoriku 2


Bicara rinduku

Kadang-kala terasa asing

Kadang kala terasa asyik

Kadang kala terasa sesak


Bicara rindu memoriku

Saat hadirnya ku tolak

Saat perginya ku riang

Tapi saat rindu muncul pula sayang

Lalu aku sendirian menghitung kesalan semalam


Selepas hari tu, aku dah jarang menegur Zakrul. Hanya dia yang selalu menegur. Bagiku, aku harus jauhkan diri. Saat tiba masa untuk pulang. Dia setia menunggu di koridor tingkat 2 kelas tingkatan 5. Kadang-kala di hadiahkan lambaian untukku sebelum aku pulang. Ah, Zakrul. Kau tersilap pilih. Aku tak suka lelaki macam kau.

Tak lama lagi exam SPM. Kena belajar. Biar dapat masuk university. Kalau tak dapat malu la aku. Cikgu cakap kat university ramai lelaki hensem yang pandai-pandai. Gatalnya… ada hati nak cari yang macam tu. Isk..isk…isk. Masa bulan November aku mula exam SPM. Da jarang sangat Zakrul menyapaku. Kadang-kala kalau bertembung baru la disapa. Lantak la. Aku bukannya suka dia.

Ah kenangan selalu sangat menganggu otakku tika ini. Ops, da pukul berapa ni? Alamak kelas dah nak mula. Punyalah duk berangan sampai lupa pulak ada kelas matematik selepas ini. Pantas aku mengemas semua buku-buku atas meja kerjaku. Aktivitiku berjalan seperti biasanya. Rutin sebagai seorang guru, pergi sekolah, mengajar, balik rumah lepas tu esok sambung balik rutin biasa. Memang tak dinafikan kerja guru ni sangat memenatkan. Tapi dah kewajipan dan tanggungjawab aku untuk mendidik anak bangsaku sendiri supaya mereka mampu berdiri diatas kaki sendiri.

“assalamualaikum cikgu”

“waalaikumsalam. Baca doa” arahku. Kedengaran murid-murid 3 Pintar membaca doa.

“semua duduk” arahku seusai doa di aminkan.

“sekarang cikgu nak kamu semua buka muka surat 10 buku teks” semua murid menurut. Untung betul dapat mengajar kanak-kanak. Senang nak dibentuk berbanding mendidik remaja yang boleh dikatakan sudah separuh menjadi buluh. Kalau tersilap lentur, patahlah buluh itu.

“cikgu Qiara…”aku berpaling.

“ye cikgu” aku menghampiri.

“ni ada murid baru cikgu. Dari Kuala Lumpur. Cikgu tolong uruskan dia ya” arah guru besar. Aku senyum lantas mengangguk.

“baik”

“ok murid-murid, hari ni kita ada murid baru. Tolong perkenalkan diri kamu” arahku sambil tersenyum memandang kanak-kanak perempuan itu. Entah kenapa aku senang sekali menatap wajah manisnya. Persis wajah seseorang yang aku rindu.

“nama?” aku membantunya.

“Nurul Nabila binti Zakrul” bagai terkena kejutan eletrik.

“Zakrul?” mulutku seolah-olah mengulangi perkataan yang terbit dari bibir anak itu.

“mmm…nama papa saya Zakrul” ucap kanak-kanak itu padaku. Aku senyum. Mana biasa aku mencampur adukkan urusan peribadiku dengan kerja.

“Nabila, tinggal kat mana?” soalku.

“Taman Angsana”petah jawapannya.

“baik, nabila boleh duduk sebelah Sarah ye”

“Terima kasih cikgu” sopan anak kecil itu berkata.

“sama-sama” pelajaran hari itu ku teruskan lagi. Namun fokusku sedikit terganggu dengan kehadiran Nabila. Entah kenapa rasa sedih bertandang bila ku pandang wajah kecil itu.

Dari jauh aku memerhatikan Nabila yang sedang menanti seseorang. Bukan niatku untuk mengintip tapi hatiku meronta ingin sekali tahu latar belakang kanak-kanak itu. Siapa sebenarnya papanya.

“cikgu, kami balik dulu” aku tersenyum memandang murid yang meminta izin. Ku sambut huluran tangannya.

“baik-baik jalan ye” pesanku.

“baik cikgu” terus kelompok kanak-kanak itu bergerak meninggalkan aku. Aku kembali berpaling ke arah Nabila. Mataku meliar mencari kelibat kanak-kanak itu. Tapi entah ke mana dia.

“Aiman, ada Nampak Nabila tak?” soalku pada murid kelas 3 Pintar.

“dia dah balik dengan kereta tadi” ucap Aiman. Ah, kecewanya. Misi gagal. Tak apa esokkan masih ada. Esok aku akan pastikan aku akan tahu siapakah gerangan papa Nabila. Aku tekad.

Aku ingat lagi malam selepas peperiksaan SPM…..

‘Tahniah sebab dapat keputusan yang baik’ nombor sapa pulak ni. Menganggu betul.

‘sapa ni?’ aku membalas SMSnya.

‘cubalah teka’ aik nak main tarik tali pulak.

‘malas nak teka. Tak nak cakap sudah’ aku putuskan untuk tidak mengendahkan mesej yang masuk. Buang masa layan orang yang kita tak kenal.

‘ye la aku ni sapa’ aik, macam la aku kenal dia. Tapi…. Otak aku ligat berpusing. Tadikan aku bertembung dengan dia masa nak balik dari ambil result. Sempat jugak dia Tanya result aku. Adakah dia….

‘Zakrul ea’ laju tanganku menaip nama itu.

‘pandai pun.’

‘mana dapat nombor aku’ soalku. Bengang betul. Sapa la yang gatal bagi nombor aku kat mamat sengal ni. Kalau ada tahu nak je aku g marah orang tu. Tanpa keizinan member maklumat sulit pada orang cam Zafrul.

‘rahsia’ hanya itu balasannya. Malaslah aku nak layan. Tidur lagi baik. Lagipun aku bukannya suka sangat berkawan dengan mamat ni. Pelik.

“kau yang bagi nombor aku kat mamat tu kan” soalku pada Su keesokkan harinya.

Su sengih.

“napa kau bagi kat dia?. Kau ni. Kau tahu aku tak suka dia kan” geram betul aku dengan Su. Apa punya kawan la dia ni.

“dah dia minta. Aku kesian tengok dia. Aku pon bagi la” terang Su. Tu je la ayat kau Su. Kesian. Lembut sangat hati tu. Isk.

“Dia suka kau.”

“aku tak suka dia” balasku.

“ye la tu tak suka.”

“betul la” jawabku.

“dah la, aku nak balik. Nanti mak aku bising. Esok aku datang lagi” ucapku terus berlalu dengan motor kapcai ayah.


p/s : anda suka cerita saya..... (mata kedip2.... bajet pandai menulis....wakakaaka).... rasa lebih relaks selepas menghantar segala perkara mengenai proposal yg d minta oleh lect... tunggu keputusan untuk print je... hurayyy.... ops... xboleh over...karang ada plk yang kena bt balik...mmmm

Bicara Rindu Memoriku 1


Bicara Rindu tanpa kata

kadang-kala terusik jua

Datang bersama sesalan

entah bila akan hilang


Bicara rindu dalam memoriku

jauh sudah aku tinggalkan

saat datang perasaan itu

entah kenapa aku kecundang

Bicaralah wahai rinduku.......


Bingit telinga aku mendengar bunyi loceng yang nyaring. Perut pon dah berkeroncong. Yeah. Tiba masa untuk makan. Hari ni nak makan apa ye?. Tanye orang sebelah lah.

“Su, hari ni kita nak makan apa ek?” soalku sambil memandang Su yang sibuk mengemas buku.

“pe yang best? Makan nasi minyak je lah” balas Su. Mmm hari-hari nasi minyak..lama-lama berminyaklah tubuh badan aku ni. Tak pasal-pasal jadi macam eton gemuk yang duk hujung kelas sana. Tapi eton malas bersenam. Aku pon malas gak. Tapi aku selalu padat dengan aktiviti.kawad kaki la. Khemah la…….. mencabar emosi betul.

“yang kau termenung lagi ni pehal. Kang ramai pulak orang kat kantin” ucap Su.

“kau la lambat. Aku tunggu kau. Isma’ jom. Makan” panggilku.

“jab” Isma’ datang menyertai aku dan Su. Tulah rutin harian aku. Sampai masa rehat, terkedek-kedek la kami pergi ke kantin. Tapi cam biasalah. Hidup aku ni kalau tak kena sakat tak boleh. Sampai je tengah jalan, telinga terus berdesing.

“Qiara, ada orang nak berkenalan la” amboi bukan main lagi ye. Malas betul nak layan mamat separuh lembut tu. Hari baik bukan main ampu aku.

“alahai malu la pulak” ucap satu suara sumbang. Su dan Isma’ asyik gelak. Suka benar diorang tengok muka aku tengah bengang.

“Dia asyik pandang kau je. Betul kot mamat tu minat kau Qiara” usik Su. Sahabat baikku.

“tak nak la aku. Kau pun tahu taste aku kan” ucapku malas. Nasib baik perut aku ni mintak di isi. Kalau tak dah lama aq g tengking mamat-mamat tu. Menyakitkan hati. Dah tahu aku tak suka benda-benda camtu buat apa nak buat jugak.

Masuk je ke kelas mamat psiko tu da selesa duduk kat sebelah Bahar. Entah apa yang di buatnya. Hari-hari begitulah rutinnya. Mesti duduk lepak kat sebelah meja Bahar yang kosong. Kebetulan pulak meja aku kat sebelah je. Kadang-kadang sakit jugak mata aku tengok mamat ni tersengih-sengih cam kambing. Tapi nak buat camna. Dah memang perangai semula jadi dia kot. Malas layan. Terus aku keluarkan pensil mekanikal. Buku ku selak ke halaman kosong dibelakang. Ku lakar sepasang baju di ruangan itu. Memang cita-citaku ingin menjadi pereka fesyen. Mungkin kerana ibuku seorang tukang jahit dan ayah pulak suka sangat melukis. Jadi bakat kedua-dua orang tua ku tertumpah padaku.

“asyik melukis je” tegur mamat tadi. Aku angkat muka. Pandang muka dia yang asyik tersengih.

“suka hati akulah. Kau sibuk pesal” balasku. Aku memang jenis perempuan yang tak boleh cakap lembut-lembut dengan lelaki. Bagi aku perempuan camtu, perempuan gatal. (bagi aku la)

“Tanya pon salah ke?”

“ko buat apa kat sini? Masa rehat dah habis la. G la masuk kelas” ucapku.

“saja” hairan betul aku dengan mamat ni. Cam xde perasaan je bila bercakap. Lantak kau la. Malas nak layan. Beberapa minit kemudian dia bangun melangkah keluar dari kelasku. Begitulah rutinnya saban hari. Datang tanpa diundang, pergi tanpa di suruh. Bila senang datang. Bila sibuk hanya sekadar menjeling dari jauh. Aku rasa mamat ni sakit la. Cam tak betul je.

“Qiara” sapa Daud. Mamat separuh lembut tu.

“kau nak apa?” soalku.

“aku ada hal nak cakap dengan kau ni?”

“pe? Cakap jelah” ucapku lagi.

“kau nak apa ni daud?” soal Su.

“ada orang minat kau” ucap Daud dengan senyuman meleret. Su da berkerut dahi. Ni aku tak suka ni. Aku datang sekolah nak belajar bukan nak bercintan-cintun. Mamat mana la yang buta sangat tu.

“sapa?” soalku.

“Zakrul” ucap Daud.

“what? Jangan main-main la”

“aku serius ni” Daud cuba yakinkan aku. Su da ketawa.

“kan saya dah kata” ucap Su.

“banyak la kau”

“dah la. Cikgu aku dah datang. Balik kelas dulu” terus Daud berlalu apabila melihat kelibat Cikgu Ros yang berjalan ke kelas sebelah.

“alah terima jelah. Dah orang suka” ucap Su menyakat.

“tak nak aku. Entah-entah Daud tu saja mainkan aku” balasku.

“betul kot. Kalau tak takkan hari-hari datang mengadap kau”

“dah. Malas nak pikir.” Aku terus sambung buat latihan kimia. Malas betul aku nak ambil tahu hal-hal yang tak berfaedah ni.

p/s : cerita ini adalah rekaan semata-mata walaupun tak dinafikan ia adalah sebuah memori penulis yang telah diubah menjadi imaginasi tanpa batasan. ini adalah karya berani mati... wakakaka... serius sgt ni


beberapa hari ni, nani susah sangat nak tidur. siang tak boleh tidur, malam pon sama...tubuh penat, otak pon sama tapi mata tak nak pejam.... apakah sebenarnya yang terjadi ?... ada sapa2 tahu cara nak tido? (suspennya)

RINDU Tanpa KATA

Amboi.... banyaknya sarang labah-labah..... mmm... lme tak menjenguk ke sini.... opssss.... lupa pulak... Assalamualaikum semua .... tak jawab dosa k.

Macam yang korang tahulah, nani sekarang di tahun akhir pengajian, buzy banyak. Tengah berserabut dengan proposal Kajian tindakan. Tapi alhamdulillah dah beres cuma adalah sikit-sikit lagi untuk cantikkan proposal tu sebelum hantar hardcopy isnin ni. Beberapa minit yang lalu baru saja hantar pada pensyarah proposal tu untuk semakan...... amboi malamnya hantar..... rumah pensyarah sebelah ngan rumah ko ke???... hahahaha... mana ada.... sekarang zaman teknologi... emailkan ada. Baru kejab tadi terima balasan daripada pensyarah.... Dia nak semak betul-betul dulu sebelum di print..... huhuhu.... canggihnya teknologi sekarang....Tapi yang sebenarnya hati rasa berdebar. bimbang sekiranya banyak salah dan pensyarah tak berkenan. tolong doakan semuanya akan baik-baik saja ye.

Well... malam yang cukup indah ni, sebenarnya nani tak tahu nak bicara apa. oleh kerana blog ni dah terlalu sunyi daripada sebarang entry, jadi nani ambil keputusan nak bertegur sapalah dengan semua pembaca yang RINDU kat nani (alahai perah santannya ko).....

apa?? mana MBML? aduhai... soalan yang nani malas nak jawab. Nani sekarang buzy sampai tak sempat nak taip MBML.... kalau ikut perancangan MBML akan dijadikan manuskrip. Insyaallah ada rezeki keluarlah MBML dalam versi cetak. tapi masalahnya, untuk taip satu bab pon nani tak punya masa. kalau ada masa sekalipun, otak penat sangat nak berfikir.

Warna Hatiku pulak ape cer? ada jugak yang bertanya... nak kena ulang cite la ni... beberapa bulan yang dulu nani pernah beritahu Warna Hatiku dihentikan di blog untuk di jadikan manuskrip. TETAPI.... masih dalam proses penulisan berselang-seli dengan MBML. WH dah 50% siap.... MBML 30%. target nani nk siapkan 2 manuskrip tu tahun ni. tapi memandangkan nani sangatx23 sibuk.... rasa2nya tahun depan baru siap kot.

Rindu nak baca cerita nani?? (Maaf, hari ni memang hari untuk perah santan)... jab nani cari ada tak cerpen yang best kat dalam library karya NANIEY TJ.... opss... jumpa satu.... cerita ini adalah rekaan hasil daripada rentetan hidup sebenar tetapi watak, jalan cerita sudah di ubah agar b'sesuai untuk tatapan umum. cerpen ni mungkin agk panjang dan akan di post sebanyak 2 atau 3 episod...... Sila tunggu beberapa ketika untuk membaca cerpen ini k....


Sunday, March 4, 2012

Slot Pedoman : Sediakah kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca.
sebelum nani teruskan slot kita pada hari ini, mari sama-sama kita hayati apa yang disampaikan oleh ustaz DON DANIYAL ini. tajuknya ANAK ASET KE SYURGA DAN NERAKA



dewasa ini kawan-kawan dah mula cerita pasal kahwin, pasal mendirikan rumah tangga. Sudah ada pun yang mendirikan mahligai bahagia. Saya juga begitu. mula berbicara mengenai siapa calon suami dan bila saya akan mendirikan rumah tangga.

Namun setelah saya mendengar kata-kata Ustaz muda ini saya mula terfikir, apakah saya mampu menjadikan bakal anak saya nanti ahli syurga atau saya akan membawa dia ke neraka. bercakap mengenai perkahwinan memang mudah dan cukup seronok. mengimpikan yang indah di hari bahagia. Tetapi adakah kita turut berfikir tanggungjawab kita selepas itu?

Sejujurnya sebagai seorang anak, saya belum sempurna. Saya belum layak. Bagaimana saya ingin mendidik bakal anak saya sedangkan sebagai seorang anak saya belum layak berbakti kepada kedua orang tua saya. menguruskan jenazah mereka nanti?. Saya belum tentu mampu.

Bagi saya perkahwinan itu bertujuan memanjangkan zuriat. Semua orang mengimpikan zuriat yang baik, yang soleh. Persoalannya adakah kita mampu?. apakah sudah cukup ilmu dan iman kita untuk kita mendidik anak-anak?.. masih banyak yang perlu saya buat sebagai seorang anak hingga saya terfikir saya tidak mampu lagi menjadi seorang ibu.

Mudah-mudahan kita boleh mengambil ikhtibar daripada ceramah Ustaz Don Daniyal. Sungguh sedih saat teringatkan diri ini yang msih tidak layak sebagai seorang anak. wahai pembaca yang budiman jadilah anak yang dapat berbakti kepada ibu dan bapa hingga akhir hayat kita. Jika sudah mempunyai anak, didiklah anak itu menjadi anak yang soleh dan solehah

Friday, March 2, 2012

Slot Pedoman : Ubat Hati

Assalamualaikum W.b.t dan Salam sejahtera buat semua pembaca

Pada hari ini nani ingin kongsikan dengan anda yang mempunyai penyakit hati bagaimana mengubati hati. Salah satu yang ingin nani sentuh pada hari ini baca Al-quran dan maknanya. mari sama-sama kita dengar lagu dr Opick ini. mudah-mudahan berolah kedamaian dan cara mengubati hati.



masih nani ingat dulu semasa nani masih kecil semasa di sekolah rendah. Mak paksa nani mengaji. masa Umur nani 5-6 tahun mak ajar ngaji kat rumah je. nani selalu menangis sebab mak paksa sambil pegang rotan masa mengajar. lepas dah sek rendah mak hantar mengaji dengan guru kat kampung. kalau tak pergi mak marah, mak rotan, mak bebel. Nani tak tahu kenapa mak buat semua tu. penting sangat ke mengaji tu (pada waktu itulah). Mak kata tua-tua esok, kalau tak pandai mengaji jangan salahkan mak. Mak dah suruh. Mak kata lagi bila dah tua-tua esok malu pada orang kalau tak pandai mengaji.

Alhamdulillah berkat paksaan mak nani khatam al-quran pada usia 12 tahun. itu pun dah penat mak bebel suruh pergi mengaji. Kalau tidak silap pengiraan, nani mengaji dengan 5 orang guru. berpindah-randah sebab masa tu nenek sakit. walau susah macam mana pun, mak tetap hantar mengaji. Mengaji memang mak tak pernah abaikan. kalau sekolah kadang-kala boleh ponteng tapi mengaji tak boleh. Mak kata mak tak ada harta. mak boleh bagi ilmu je untuk bekalan.

Bila nani buka mata pada hari ini, nani bersyukur sebab mak paksa, mak pukul suruh mengaji. jadi hari ni nani tak malu pada kawan-kawan, tak malu pada diri sendiri sebab tak pandai baca al-quran. bukan nak berbangga, tetapi hakikatnya sekarang berapa ramai umat islam yang tak pandai membaca kitab suci, Al-quran? (maaf jika ada yang tersinggung). Pada hari ini, nani faham kenapa mak nak sangat nani pandai membaca al-quran, sebab sekarang bila nani susah, bila nani terdesak, nani perlukannya. Al-quran menjadi teman tenangkan jiwa yang gelisah. Al-quran pelindung diri. kerana Allah ciptakan al-quran sebagai mukjizat yang terbesar untuk manusia di atas muka bumi ini.

Sedar atau tidak, dalam Al-quran itu mengandungi penawar segala penyakit termasuklah penyakit hati. perbanyakkan membacanya mudah-mudahan penyakit itu akan hilang dan berkurangan. bagi yang tidak pandai membaca, belajar sementara kita masih diberi kesempatan, kesihatan, akal yang sihat. IQRA'. bacalah. jangan malu untuk belajar membaca al-quran. Jangan nanti kita teraba-raba dalam gelap bila kita memerlukan. Allah sayang pada orang yang berusaha.

Entry kali ini bukan bertujuan mengata, mengutuk atau menyinggung mana-mana hati dan perasaan sesiapa pun. tapi niat di hati nak anda semua tahu betapa pentingnya kita untuk tahu membaca al-quran dan maknanya. Al-quran itu adalah kitab untuk umat Muhammad. Sempurnakah islam kita sekiranya kita tidak pernah ambil tahu mengenainya. sedangkan kitab itu diturunkan untuk menunjukkan jalan kepada kita sebagai umat islam.. Jangan kita lalai dengan kehidupan dunia sampai kita lupa akhirat itu juga suatu perjalanan..... sesungguhnya Allah memberikan kita tangan, mata, mulut, telinga tanpa disuruh kita membayarnya cuba dia menyuruh kita menyembah Dia. mensyukuri setiap nikmat yang diberikan kepada kita. nani bukan ingatkan para pembaca, tetapi diri nani sendiri kerana yang sebenarnya nani tidak sempurna. sekian.