THANK YOU

Friday, March 2, 2012

Slot Pedoman : Ubat Hati

Assalamualaikum W.b.t dan Salam sejahtera buat semua pembaca

Pada hari ini nani ingin kongsikan dengan anda yang mempunyai penyakit hati bagaimana mengubati hati. Salah satu yang ingin nani sentuh pada hari ini baca Al-quran dan maknanya. mari sama-sama kita dengar lagu dr Opick ini. mudah-mudahan berolah kedamaian dan cara mengubati hati.



masih nani ingat dulu semasa nani masih kecil semasa di sekolah rendah. Mak paksa nani mengaji. masa Umur nani 5-6 tahun mak ajar ngaji kat rumah je. nani selalu menangis sebab mak paksa sambil pegang rotan masa mengajar. lepas dah sek rendah mak hantar mengaji dengan guru kat kampung. kalau tak pergi mak marah, mak rotan, mak bebel. Nani tak tahu kenapa mak buat semua tu. penting sangat ke mengaji tu (pada waktu itulah). Mak kata tua-tua esok, kalau tak pandai mengaji jangan salahkan mak. Mak dah suruh. Mak kata lagi bila dah tua-tua esok malu pada orang kalau tak pandai mengaji.

Alhamdulillah berkat paksaan mak nani khatam al-quran pada usia 12 tahun. itu pun dah penat mak bebel suruh pergi mengaji. Kalau tidak silap pengiraan, nani mengaji dengan 5 orang guru. berpindah-randah sebab masa tu nenek sakit. walau susah macam mana pun, mak tetap hantar mengaji. Mengaji memang mak tak pernah abaikan. kalau sekolah kadang-kala boleh ponteng tapi mengaji tak boleh. Mak kata mak tak ada harta. mak boleh bagi ilmu je untuk bekalan.

Bila nani buka mata pada hari ini, nani bersyukur sebab mak paksa, mak pukul suruh mengaji. jadi hari ni nani tak malu pada kawan-kawan, tak malu pada diri sendiri sebab tak pandai baca al-quran. bukan nak berbangga, tetapi hakikatnya sekarang berapa ramai umat islam yang tak pandai membaca kitab suci, Al-quran? (maaf jika ada yang tersinggung). Pada hari ini, nani faham kenapa mak nak sangat nani pandai membaca al-quran, sebab sekarang bila nani susah, bila nani terdesak, nani perlukannya. Al-quran menjadi teman tenangkan jiwa yang gelisah. Al-quran pelindung diri. kerana Allah ciptakan al-quran sebagai mukjizat yang terbesar untuk manusia di atas muka bumi ini.

Sedar atau tidak, dalam Al-quran itu mengandungi penawar segala penyakit termasuklah penyakit hati. perbanyakkan membacanya mudah-mudahan penyakit itu akan hilang dan berkurangan. bagi yang tidak pandai membaca, belajar sementara kita masih diberi kesempatan, kesihatan, akal yang sihat. IQRA'. bacalah. jangan malu untuk belajar membaca al-quran. Jangan nanti kita teraba-raba dalam gelap bila kita memerlukan. Allah sayang pada orang yang berusaha.

Entry kali ini bukan bertujuan mengata, mengutuk atau menyinggung mana-mana hati dan perasaan sesiapa pun. tapi niat di hati nak anda semua tahu betapa pentingnya kita untuk tahu membaca al-quran dan maknanya. Al-quran itu adalah kitab untuk umat Muhammad. Sempurnakah islam kita sekiranya kita tidak pernah ambil tahu mengenainya. sedangkan kitab itu diturunkan untuk menunjukkan jalan kepada kita sebagai umat islam.. Jangan kita lalai dengan kehidupan dunia sampai kita lupa akhirat itu juga suatu perjalanan..... sesungguhnya Allah memberikan kita tangan, mata, mulut, telinga tanpa disuruh kita membayarnya cuba dia menyuruh kita menyembah Dia. mensyukuri setiap nikmat yang diberikan kepada kita. nani bukan ingatkan para pembaca, tetapi diri nani sendiri kerana yang sebenarnya nani tidak sempurna. sekian.


No comments: