THANK YOU

Wednesday, February 2, 2011

WARNA HATIKU 27


cepatlah Is!. Aku dah penat lah. Semua tak kena. Kau pilih sendiri la” ucapku. Dari tadi kami memilih kasut untuk kekasih kesayangan Tg Iskandar. Aduh naik lenguh kaki. Ini tak cantik, ini kurang tinggi, ini kurang hiasan. Cerewet betul. Tak tahu la siapa sebenarnya cerewet, Tg Iskandar atau Linda tu. Huh! Bosan.

“baru kejab dah penat” rungut Tg Iskandar.

“hello, dah 3 jam k. Cari satu benda je. lagi 6 bila pulak?” soalku kegeraman.

“nantilah. Lambat lagi kan. Slow-slow” Tg Iskandar masih ralit memilih kasut. Aku sudah duduk di bangku yang di sediakan. Dah nak tercabut urat kaki.

“ni cantik tak?” soal Tg Iskandar sambil menunjukkan sepasang kasut putih tinggi 3 inci. Mak ai.... tinggi gila. Tapi tetap aku angguk

“cantik-cantik. Pergi la bayar”

“macam tak ikhlas je”

“ikhlas la ni. Nak ikhlas macam mana lagi?” rungutku

“ ye la.... aku bayar la ni”

“cepat sikit. Aku dah lapar.” Tg Iskandar hanya menggeleng kepala mendengar arahanku. Tapi dia langsung tak kata apa-apa. Selesai membuat pembayaran, kami terus melangkah ke medan selera. Tiba-tiba telefon Tg Iskandar berbunyi. Amboi lagu. Bukan main lagi. Aku dah tahu dah siapa. Tg Iskandar tersenyum lantas menunjukkan telefon di tangan.

“jab k” terus dia melangkah jaauh sedikit dariku. Konon tak nak aku dengar la tu. Aku pulak yang macam tiang kat tengah-tengah alam ni.

“Ris” entah dari mana datangnya suara menyebut namaku. Aku menoleh. Lantas bibir mengukir senyuman.

“hei, Ris. Kau rupanya. Aku ingat dah salah orang. Lainnya kau. Makin cantik”ucap Zailan. Aku hanya tersengih mendengar pujiannya.

Kau buat apa kat sini?”soalku padanya. Zailan adalah teman baikku. Dialah yg telah berkongsi modal denganku membuka bengkel.

“kerja”

“kerja? dah jadi bos besar ke?”soalku hairan. Zailan geleng. Setahuku Zailan tidak suka bekerja dengan arahan sesiapa walaupun dia mempunyai Ijazah dalam bidang kejuruteraan. Dia sukakan kebebasan dalam melakukan sesuatu perkara.

“kalau ye pun, jomlah belanja aku minum. Takkan nak borak kat matahari terik ni” bukan main happy lagi dapat jumpa aku. Untung aku.

“tak boleh lah. Aku bukan datang sorang ni” balasku.

“Ris” aku berpaling. Tg Iskandar memandang Zailan.

“kenalkan ni Tg Iskandar dan is, ni bestfriend aku, Zailan” Tg Iskandar senyum. Terus tangan Zailan di sambut.

“aku memang nak teman kau makan, tapi sorry aku ada hal” ucap Tg Iskandar.

“it’s ok. Kau pergilah. Aku borak dengan Lan jab”

“nanti aku datang ambil kau k” prihatin sangat la pulak suami aku ni.

“tak apa, aku hantar” bagusnya kau Lan. Ni baru dia macho man. Pujiku dalam hati.

“aku balik dengan Lan” putusku.

“ok, see you” aku angguk. Terus Tg Iskandar berlalu.

“Jom” ajakku. Zailan menurut.

“oleh sebab aku dah lama tak jumpa kau, aku belanja kau makan.” Zailan senyum gembira.

“macam nilah kawan” aku mencebik. Faham sangat dengan perangai dia. terus aku order makanan dan minuman untuknya.

“bila kau berubah jadi bidadari ni? Macam mana dari rupa macam Pian boleh jadi macam ni?” soalnya dengan gurauan.

“jadi selama ni muka aku ni macam Pian la ye? hantu betul mulut kau.”marahku. Zailan gelak geli hati. ada ke patut di samakan aku dengan Pian. Lelaki yang kurang ketinggian tu dengan gigi arnab tersembul. Bukan nak menghina kejadian tuhan. Walaupun dia macam tu, banyak keistimewaan dia yang orang tak tahu. Aku tengah promote ni. Sapa mau?. tapi berbalik pada topik kita macam jauh je rupa aku dengan dia

“so, kau kerja apa kat sini?” soalku setelah melabuhkan punggung di kerusi.

“kau ni pun tak menyabar. Biarlah aku minum dulu”

“minumlah cepat”desakku.

“aku baru dapat job kat sini. Kat Syarikat Bina Maju”

Bina Maju. Macam pernahku dengar. Eh, tukan syarikat papa dengan uncle Mail.

“Apa mimpi kau nak kerja dengan syarikat tu. Kau kan tak suka kerja dengan prang”.

“Tu la. Aku ikut kau. Dah rindu sangatkan” ah, Zailan. Suka benar menyakat. Memang hobinya dari dulu, mengusik aku.

“habis bengkel kita macam mana? Kau jual ?” soalku. Aku sayang benar dengan hasil kerja aku itu.

“isyhhhh. Pandai-pandai je tuduh. Aku takkan juallah. Si Leman dengan Pian yang uruskan. Nanti kalau jadi aku rasa nak terus kerja kat syarikat tu, aku ingat nak jual bengkel.”ujurnya serius.

“kau nak jual. Kan aku dah suruh kau jaga.”

“Bengkel dah tak macam dulu. Customer da kurang. Tu yang aku datang cari kerja” sampai hati kau.

“Kau pun tahu aku sayang bengkel tu kan”ada nada sedih di suaraku. Zailan pandangku.

“woi, aku gurau jelah”dia ketawa. Suka benar memainkan aku. Eeee geramnya. Tuk. Kepalanya ku ketuk.

“sakit lah woi. Ingatkan sejak jadi wanita muslimah perangai berubah.”marahnya. terlupa pulak. Dah biasa. Lepas ni kena lah aku kawal diri.

“padan muka. Main-mainkan aku pulak.”

“amboi sejak kahwin ni bukan main garang lagi kau ehhh. Langsung tak telefon aku. Apasal kau beb. Cakap kita kawan”ujarnya. Aku pulak rasa bersalah.

“sorry lah. Aku buzy.”

“orang lain pun buzy gak. Tp takkan sampai tak ingat kawan.” Sedikit terkilan suara Zailan

“alah engkau ni sejak bila pandai berkira dengan aku. Oklah. Apa kata aku habiskan masa satu hari dgn kau. Anytime. Aku bawa kau tengok bandar Terengganu. Kau pilih je hari apa”tawarku.

“suami kau tak marah ke?” aku geleng. Tg Iskandar kan buzy dengan majlis kahwin dia.

“tadi tu suami kau kan?” soal Zailan. Aku senyum lantas mengangguk.

“sekarang tak payah cerita pasal dia. Kau nak tak. Sebelum aku tarik balik”

“mana boleh tak nak. Lagi pun dah lama sangat tak borak. Aku ada macam-macam benda nak cerita kat kau”ujar Zailan sambil menyedut minuman di dalam gelasnya. “habis kau duk dengan sapa kat sini?”

“kakak aku lah”

“oooo kakak kau yg kerja kat istana tu ee?”

“yang tulah. Aku ni ada sorg je kakak.”

“bukan ramai ke kakak angkat kau?” gurauku

“aku nak kena pergi ni. Dah janji nak gi beli barang dgn kakak aku.” Terus Zailan menghabiskan suapan terakhirnya.

“habis aku macamna?”soalku.

“Jomlah aku hantar” terus aku mengekorinya. Bagus jugak kawan baik ada kat sini. Tak adalah aku tension dengan Tg Iskandar tu.

p/s : jst 4 u........

11 comments:

Miss Ran said...

nak ag nan..lagi stu buangla verification ni..semak..pastu buat popup komen..senang takpayah loading lama

hani said...

is nak teruskan kawin gan linda....taka mau..tak suka....!!!!! isya buat apalah susah2 temankan is beli brg hantaran diorg...geram sngt2 ni...!!!!! nak lg....

hana_aniz said...

see?? ris sgt cantik smpai semua org puji. is xkn de feeling langsung??

Anonymous said...

baguihhhhh.... zailan dah hilgkan ketesionan risya.....

Naniey TJ said...

kpd p'baca2ku yg setia..... sy dh buang verification.... hahahahhaa.... sila lh komen... tq miss ran.... n 1 lg... mri sama2 kte doakan kslmtn warga malaysia d Mesir... mdh2an mereka dalam lindungan illahi

miznza84 said...

aduiii tg is ni mcm xde perasaan langsung kat ris...sikit pun x jeles tgk ris ngn si lan tu... benci btul... nani nak lagi....

Anor said...

seronok dgr ris sudah ada
bestfriend hilanglah skit stress
dgn is kan? adalah teman nk
curahkan perasaan. elok juga
kalau ris bekerja balek dibengkel
nya sendiri tiada siapa yg kawal..
cpt sambung ye..seronok bila
online je dh ada n3 baru.

Anonymous said...

is mybe dah xde hati ngan risya kot...well,since bende dah blaku...kalo 100% makeover jd miss universe pon blom tentu is nakkan risya tuh....

zailan?interesting new character....

aFaiSh said...

haaa bagus2 :)

IVORYGINGER said...

alahai... xnak la camni. dah la risya tu susah nk jatuh cinta. dl dah frust xkan nk jd lg. Tg. Is xkan la xde hati langsung dgn risya??? xkan sbb risya malukan ko sejak hari nikah ko terus tutup pintu hati buat risya??? Sbb dipaksa la risya memberontak. Ko xkan xdgr ckp org tua ko. dia xbg ko kahwin ngan linda. Linda tu mata duitan. dah tu pakaian seksi benor. boleh ke ko ubah dia nnti wlaupun ko dah bcinta lama ngan dia 5 tahun. tp dia xpernah bubah ke arah kebaikan. klu betul ko sayang linda spatut ko bimbing suh ubah pakaian dia. tp ni x. betul ke tu cinta???

amira said...

mcm xde harapan jer diorg dua nie...huhu