THANK YOU

Monday, February 7, 2011

WARNA HATIKU 29


Aku berlari-lari anak ke dalam rumah. Lebat hujan hari ini. Mungkin dah masuk musim tengkujuh ni. Asyik hujan je. biasanya hujan dimusim tengkujuh kadang-kadang je ada petir, guruh dan yang sama waktu dengannya. Selalunya hanya titis air yg trn dgn lebatnya m’yuburkan bumi Allah ini. Takut? Dulu memang aku fobia dengan segala bunyi dari langit bila hujan turun tapi kini aku kena latih diri untuk lebih berani. Takkan sampai tua nak takut kat ciptaan Allah tu.. Tapi seronok jugak mandi hujan. Aku letak beg sandangku di kerusi rehat. Horey...... dah lama tak mandi hujan. Aku pejam mata merasai kesejukan air yang turun dari langit. Damai. Sejuknya hingga terasa ke tulang hitam.

“puan, masuklah. Nanti demam ” kudengar suara mak jah separuh menjerit.

“tak apa mak jah. Sekejab je. Dah lama tak mandi hujan”jeritku sambil ketawa gembira.

“puan, nanti demam” kulihat ada kegusaran di wajah Mak Jah. Aku hanya tersenyum. Tidak sampai 5 minit aku main hujan, kereta Tg Iskandar masuk ke perkarangan rumah. Aku hanya berdiri tegak memandangnya. Mak jah pantas membawa payung kepada Tg Iskandar.

“kau buat apa ni?” soal Tg Iskandar.

“main hujanlah” jawabku selamba.

“dahlah. Jom masuk. Nanti demam”

“tak nak. Jomlah main sama.” ajakku.

“tak nak lah. Aku penat” balasnya. Tapi apa aku peduli. pantas payung di tangannya ku tarik. Aku ketawa apabila Tg Iskandar cuba mengambilnya kembali.

“hahaahaa. Tak dapat”ejekku sambil ketawa gembira. Aku cuba melarikan diri

“Batrisya.....”pantas dia tarik tanganku kuat. Tubuh kecilku sudah berada dalam pelukannya. Terpaku aku seketika. Tg Iskandar hanya memandangku. Ada debaran di dadaku.

“sorry” ucapnya terus merenggangkan kedudukan kami. Aku tersipu. Aisehh..malunya.

“jom masuk. Nanti demam”dia tarik tanganku masuk ke rumah. Entah kenapa aku menurut. Tanpa ku sedari ada senyuman di wajah Mak Jah.

Dari tadi aku bersin. Tubuhku terasa seram sejuk. Ni gara-gara main hujan petang tadi. Alahai badan. Kenapalah kau lemah ni. Aku terasa tidak berdaya.

*************************************

“puan”ku dengar Mak Jah memanggil.

“masuklah.” Laungku. Tidak lama selepas itu wajah mak Jah tersembul di muka pintu.

“ada apa mak jah”

“makan malam dah siap.”

“saya tak ada seleralah mak jah”

“puan demam ke?”soal mak jah. Aku senyum.

“tak. Tapi rasa macam nak demam la” jawabku.

“Mak Jah ambilkan ubat ye”

“sikit je ni”ujurku.

“tulah mak jah cakap jangan main hujan. Hujan sekarang berasid. Tuan pun demam jugak”beritahu Mak Jah. Aku agak terkejut. Masakan dia yang kena hujan sedikit boleh demam. Berasid sangat ke hujan tadi? Fikirku.

“Mak Jah dah nak balik. Kalau puan lapar, puan panaskan aja lauk. Nanti mak jah letak kat dalam ketuhar” pesan mak jah.

“terima kasih mak jah” terus Mak Jah keluar dari bilikku. Baik aku pergi melawat jiran aku tu. Rasa bersalah pulak ajak dia mandi hujan. Aku terus berlalu ke bilik tg iskandar bersama selimut tebalku. Tanpa mengetuk pintu aku masuk. Kulihat tg Iskandar sedang makan ubat.

“kau ok ke?” soalku padanya.

“ok apa? Kau tak nampak ke?”suaranya agak serak. Aku hanya tersengih. Amboi garangnya. Bukannya nak jemput duduk dulu ke.

“sorilah. Aku ingat kau punya antibodi kuat” aku berdiri di hujung katil sambil memandangnya.

“kau ok ke?”soalnya. macam ni baru betul nadanya.

“aku ok je” bohongku.

“tipulah. Tengok rupa aku dah tahu. Muka kau merah. Kau pun demam kan” tak sangka selain pandai menguruskan syarikat suami aku juga seorang nujum. Boleh pulak main tengok-tengok.

“nah ubat”tg iskandar menghulurkan panadol active 5 kepadaku. Aku geleng. Aku memang tak suka makan panadol. Jangan terlalu bergantung pada ubat bila sakit. Ah, alasan. Sebenarnya panadol tu besar sangat dan pahit. Eii.. tak boleh terima aku.

“makanlah. Nanti melarat pulak demam tu”

“tak nak lah. Esk oklah ni.”ujarku.

“sejuk betul bilik kau”ujarku lagi. Terasa macam duduk dalam peti ais.

“sejuk? Biasa je. Mari baring sini”ajak tg iskandar sambil menunjukkan tilam sebelah kirinya yang kosong. Aku menurut. Best betul tilam tg iskandar. Hangat. Tiba-tiba tangan Tg iskandar mendarat ke dahiku. kemudian beralih ke pipi.

“panasnya” ujarnya.

"sikit je la"

" ye la tu. kalau dah nama penakut, penakut juga. makan ubat pun takut." ujar Tg Iskandar.

"aku bukan takut k. aku cuma tak suka. takut dengan tak suka itu dua perkataan yang berbeza" Tg Iskandar sekadar mencebik.

“kau nak tidur ke?” soal Tg Iskandar. Aku tidak peduli. Perlahan aku pejamkan mata. kononnya nak rehat-rehat kejab kat katil Tg iskandar yang best ni.

“tak. saja nak rasa katil kau” aku mengiring menghadapnya.

"risya, makanlah ubat ni dulu" pujuknya.

"besok je la" aku masih liat.

"suka hati kau lah. tapi kalau nak ambil atas meja k" aku angguk. Tg Iskandar ni caring kan?. dia memang seorang kawan yang baik. untung Linda dapat hati dia.

"nak tidur ke?" aku geleng. mulut dah berat nak buka.

“tapi macam dah layu je tu. Tak kisah ke tidur kat sini?” time-time ni la nak soal benda macam tu. Kalau kisah tak adalah aku seronok pulak golek-golek kat katil.

“aku kenal kau” balasku. Malas bersoal banyak. Rasa tidak sihat membuatkan aku cepat mengantuk Entah bila aku terlelap.


p/s : idea korup........hihihihi...lbh baik sdkt dr lngsng xde..kn??kn??

23 comments:

Anonymous said...

harap2 Is tk jd dgn ranc dia nk kawin lain tu... Naniey, jgn bg Is kawin dgn org lain tau... takut pula nk baca kalau Is kawin lain...

yusliana said...

nani bg bnyk3 lg erk...sya dh ska giler dkt citer nie...

Naniey TJ said...

knp korg xnk Linda dgn Is kahwin.... kan bagus tu dr diorg b'kepit je.... perkara yg baik klu diorg kahwin.... hihiihi

yusliana : tlg jgn gila krn crita ini...krn ia dalh rekaan smata2

mei chan said...

kami xnk linda kawin dgn is sbb terang-terangan family is x suke kat linda..
lg 1 linda 2 dh la sombong x sedar yg dia dok bekepit dgn laki org..
seandaiye linda nk berubah kearah yg lbih baik dia patutye dh b'ubah dr awal lg tuk ambik ati family is ni x still dgn pragaiye yg ego tinggi melangit..

A.N.Shakirah said...

klau bg si Is tu kawen ngan linda alamatnye...panjang agi lah citer ni...:)
nk lagi...

Unknown said...

nani nk lagi nak lagi..aku tmbah cerite sendri ley tak? hahahaah i likkeeeee

Naniey TJ said...

miss ran : amboi.... msti b'lainan ko pnye versi...kahkahkah
shakirah : tgk mood pnulis....
mei chan : manalah thu pas kahwin blh brubh... cm risya

hani said...

kalau is kawin gan linda..sahlah isya jatuh talak...tak mau...smbg cepat2 ye...!!!!

MaY_LiN said...

alahai..
nak bermanja lak..

aFaiSh said...

hehehheeee

nisha aini said...

x nak is kawen ngan linda...... bila la is nak jatuh cinta ngan risya ni......

Anor said...

sambung lagi...tak nak is bercerai dgn isyalh
ye nani....

Anor said...

nani nk tanya sikit bila novel 'cinta darmia'
nak keluar dipasaran ni. rasanya lama
betul dh tunggu ni.

Gurl said...

nak isya dgn is jg taknakla linda tu kacau daun hubungan diorang....bilala is tu nak buka mata tgk risya.... plz jgn pisahkan mereka

miznza84 said...

best bangat..
nani nak lagi dan lagi...

Anonymous said...

harap2 Is buat kejutan utk bersanding dgn Isya sbb dia xdpt sanding masa mula2 kawin dulu...

Naniey TJ said...

Anor : tq msh m'nantikn CD..... CD mash dlm pss.... insyaallah xde aral m'lintang adalah nanti.... sbr la mnunggu k... tq

mei chan said...

CD criter cinta darmia 2 nk dpt kan kat mn ye??
sya ni bru berjinak2 bce novel..
kbyakkn criter naniey buat best2..

Naniey TJ said...

alahai...... xdpt lg ni mne2 kdi sbb CD msh dlm pss....hihihi... tnggu la... klu btl2 kaur nani war2kan..... tp tq ats pujian mei chan... rsenye msh byk yg nani prlu pljri dlm dunia pnulisan ni

Anonymous said...

jgn la bagi linda kawen ngan is....
x dek mood lak nk bace klu pompuan gedik 2 kawen ngan is.........

Anonymous said...

x nk is ceraikn risya.....

Zass said...

harap2 mood author masa sambung next n3 nanti elok semasa berkarya...
kang.. tak pasal2 c linda gedix tu dikahwinkan plak ngan c is..

x nak!!!!!!!

JADI X BEST DAH NOVEL TU KALAU LINDA KAWEN NGAN IS...

NANIEY... jgnlah takutkan kitorang...

ni.. sume komen2 u menyokong perkahwinan c gedix tue...

patah hati lah peminat2 u nanti...

so...u better jgn kahwinkan diorang berdua...

kalau x i akan cederakan diri i...

plis3!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Naniey TJ said...

korro suffian : amboi... seronok u m'gomen blog i... yq sbb sudi beri komen yg m'bina... walau apapun ksudhn cite ni pliss jgn cderakn dri.... i xnk kne saman sbb m'ybbkn p'bca i cedera...wakakaka.....
tlg la doakan i b'jaya m'bukukn CD k...
adios