THANK YOU

Friday, November 9, 2012

JUAL...jual...jual....



Assalamualaikum semua....

wahhh dah lama rasanya nani tak menjenguk orang2 di sini?? semua sihat? alhamdulillah..... ad yg tak sihat??? banyak-banyakkan berehat..... sekarang dah masuk musim tengkujuh.... da habis belajar.... mencari kerja.....mmmmmm

Sebenarnya nani nak tanya kat kwn2 semua, ada tak yang belum beli novel pertama nani?? SETITIS KASIH DARMIA..... berminat nak beli? nak tandatangan sekali?.... sila order sekarang dengan nani.... sila tinggalkan nama alamat n no fon kt sini @ emailkan pada nani di nanieytj@ymail.com..... order dibuka hingga hari selasa 13/11/2012 krn nani nak order dengan srp

harga buku RM26.90 tak termasuk pos.... untuk pos akan nani beritahu kemudian kerana nani akan b'tanya terlebih dahulu di pejabat pos..... sebarang kemushkilan sila tinggalkan komen @ jst email.....

sekian berita pd hari ini...sokongan dan perhatian anda nani ucapkan terima kasih

Wednesday, October 3, 2012

Akulah Darmia

Aku memang seorang yang sangat mudah berkecil hati....
tapi tak semua perkara aku simpan lama dalam hati.....
Aku juga punya budi bicara, andai kata kesilapan itu mudah dilupakan
Maka aku akan segera lupakan.....

Aku bukan manusia pendendam....
orang kata, insan yang baik suka memaafkan
Jika itu kata orang, aku sanggup mengatakan diri aku jahat
Maaf, bukan senang nak di lestarikan
semudah bibir mengungkap perkataan MAAF

Mungkin kamu mempunyai kekuatan yang luar biasa untuk memaafkan....
tapi maaf, aku akui aku insan yang lemah
aku tiada kekuatan luar biasa untuk segera memaafkan
Aku perlukan masa dan ruang untuk melupakan

Aku biarkan kamu menyatakan apa sahaja
kerana aku tahu, kamu dan aku adalah dua insan yang berbeza
kamu kuat, aku lemah
kamu yakin, aku tidak
kamu punya semangat, aku hanyalah seorang pengecut
aku akui kamu insan hebat mampu berdiri melawan apa sahaja yang terjadi

Aku sudi dilabelkan bermacam-macam
kerana aku tahu, siapa aku..........
Aku hanyalah seorang Darmia
Gadis kampung yang serba kekurangan


korang dah dapatkan SETITIS KASIH DARMIA?.... belum? kenapa belum? cepat dapatkan. Insyaallah pertengahan bukan oktober SKD bersama rakan-rakan yg lain akan berada di kedai-kedai buku berhampiran anda.... segera dapatkan..... nak maklumkan SKD dah masuk cetakan kedua. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki, tapi apa-apa terima kasih pada yang sudi memuji, memberi komen dan paling penting yang sudi membaca.

LUV U'LL..... daripada hati paling dalam.... NANIEY TJ

Wednesday, September 19, 2012

review SETITIS KASIH DARMIA


"Semua orang kata saya terlalu naif.....

apa pun yang khairul amir lakukan, saya hanya diam, turutkan sahaja kata-katanya...

tapi semua orang tak tahu, saya lebih takut kalau kak Liza tahu rahsia kami...

demi kak Liza saya sanggup biar pun saya terpaksa gadaikan kebahagiaan saya...

Sebab saya dah cukup bahagia bila dia gembira....

Khairul Amir adalah lelaki yang hadir melafazkan ijab kabul pada saya suatu waktu dahulu...

Pertemuan kami terlalu singkat...... hanya beberapa jam sahaja

tapi Kak Liza hadir sudah lebih 20 tahun dalam hidup saya...

kalau awak di tempat saya,

saya pasti, awak pun takkan sanggup lihat kak Liza kecewa semata-mata kerana keangkuhan Khairul Amir, kan?? - Darmia



Aku kejam!!

Ya! memang aku kejam...

aku benci perempuan tak ada maruah...

seharusnya sebagai perempuan korang kena jaga maruah korang baik-baik sebab lelaki memang suka ambik kesempatan....

tapi....... dia lain.... dia cantik, dia lembut, dia sopan dan dia juga tak ada maruah...

sanggup perangkap aku supaya kahwin dengan dia....

tapi, aku tak tahu kenapa....

parasnya menganggu egoku....

sabar dan diamnya.... memadamkan marahku....

lalu aku keliru dalam rasa yang satu.....
Dia buat aku sengsara...

dia buat aku derita menanggung rasa cinta...

dan dia buat aku sedar bahawa takdir kehidupan aku, bukan ada di tangan aku...

tapi Allah yang mengaturkan kami bertemu dalam keadaan yang memalukan dan....

Dia juga mengaturkan hatiku untuk sntiasa mencintai isteriku yang satu, Darmia - Khairul Amir


Cinta kadang-kala membawa bahagia,

cinta juga kadang-kala memberi derita,

apalah ertinya cinta andai hanya aku yang mencurahkannya,

cinta buat aku gila

cinta buat aku buta menilai yang mana intan dan yang mana kaca

cinta juga membawa aku pada suatu keinsafan

Allah m'anugerahkan pada aku rasa cinta ini aku sentiasa mencintai diriNYA... tapi aku lupa dan leka

lalu Allah berikan aku ujian, mencelikkan mataku yang buta mengenai cinta...... baru aku sedar,

"aku mencintaimu sepenuh jiwa dan ragaku tapi Allah tak menganugerahkan cintamu kepadaku" - Haliza


Siapa yang belum dapatkan SKD, dapatkan segera di POPULAR BOOKSTORE atau secara online dengan SR PUBLICATION....."

jom baca sikit sedutan dari novel SKD.......



“Berhenti!” jerit Darmia. Kalau dia tidak buat apa-apa keputusan sekarang pasti dia akan menyesal nanti fikirnya. Perasaan takut ditolak tepi. Apa yang ada dalam otaknya hanyalah melarikan diri.

“Baik kau duduk diam-diam. Aku dah kata jangan pergi. Kenapa degil sangat?” marah Khairul Amir. Darahnya terasa mendidih. Geram bila Darmia ingkar perintahnya. Sakit hati bila tahu Zulfeqar bersama Darmia. Marah bila Darmia cuba melarikan diri darinya. Seolah-olah dia terlalu jijik untuk gadis itu. Semua perasaaan bergumpul menjadi gelombang yang maha ganas dalam diri Khairul Amir. Barannya datang tanpa boleh ditahan lagi. Kalau bukan memikirkan Zulfeqar adalah sahabat, di situ juga muka macho milik Zulfeqar jadi mangsa penumbuknya. Sesuka hati pegang tangan bini orang. Kalau setakat itu sahaja tidak mengapa tapi bila tangan gatal lelaki itu mengusap pipi isterinya, dia jadi marah. Tercabar egonya sebagai seorang suami.

“Kau call Zek?” soal Khairul Amir tanpa memandang wajah Darmia.

“Aku kata berhenti” tegas kata-kata Darmia.

“Aku tanya kau tadi, kau call Zek suruh ambik kau kan?” tuduh Khairul Amir.

“Aku tak nak ikut kau”

“Habis kau nak ikut siapa? Zek? Kau ingat sesenang itu kau boleh lepas dari aku ye. Jangan nak berangan.” Hati Darmia geram mendengar bicara sinis Khairul Amir. Entah apa yang sedang bermain difikiran lelaki itu. Kereta Khairul Amir terasa makin laju. Selaju aliran darah kemarahannya.

“Apa lagi yang kau nak dari aku?. Cukuplah. Tak puas lagi ke hati kau?” Soal Darmia.

“Kenapa? Aku tak sesuai untuk kau?” Lain yang di soal lain pula soalan yang timbul.

“Aku tak nak. Aku benci lelaki macam kau” Jawab Darmia berani. Rasanya jawapan itu yang dikehendaki oleh Khairul Amir.

“Habis lelaki macam mana kau suka? Macam zek? Macam kekasih kau kat kampung? Apa yang dia orang ada? Harta? Aku boleh bagi kau lebih dari tu” ucap Khairul Amir dalam nada geram yang tertahan-tahan.

“Tak habis-habis dengan harta. Ya. Memang aku sukakan dia orang sebab sekurang-kurangnya dia orang ada hati yang bersih walaupun dia orang tak sekaya kau. Harta bukan segala-galanya. Tak perlu kau nak berbangga dengan daki dunia tu. Bila kau mati, kau takkan bawa satu sen pun masuk dalam lubang kubur” entah dari mana jawapan berani mati itu boleh meniti begitu jelas di bibir Darmia. Khairul Amir tekan brek mengejut. Kepala Darmia terhantuk. Berkerut muka Darmia tahan sakit. Mata Khairul Amir tajam menikam. Menyala-nyala api kemarahan di matanya. Kata-kata Darmia begitu menyakitkan. Bak pedang menghiris setangkai hati miliknya.

“Jadi betullah kau suka Zek?” perlahan soalan itu diajukan tapi cukup jelas dipendengaran Darmia. Darmia diam. Berfikir sejenak.

“Jawab!!!. Kau suka zek kan?” tengking Khairul Amir.

“Ya. Aku suka dia. Apa yang kau nak buat dengan aku hah?” Darmia juga sama panas. Dia lemas dengan tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan. Dia rimas bila lelaki itu menuding jari padanya seolah-olah dia perempuan yang tiada harga diri. Lalu untuk apa lagi ditahan benteng sabarnya yang sudah mula runtuh. Untuk apa ditahan lagi rasa hormat yang mula tercalar. Kalau memang ini cara berjuang dia sanggup kalah dalam peperangan asal bukan berputih mata menyaksikan dirinya ditikam tanpa membuat apa-apa serangan. Amarah yang terkumpul selama ini membuak-buak melimpahi ruang sabarnya. Terus Khairul Amir keluar dari perut kereta. Tubuh Darmia di tarik masuk ke banglo mewahnya.


BAB 68

Tangan Darmia ditarik kuat mengikuti langkahnya ke kamar. Hatinya membara. Cemburu mula menguasai ruang hati. Sakit benar hatinya bila setiap aksi Darmia bersama Zulfeqar terlakar di ruang mata. Sakit benar jiwanya bila telinganya seolah merakam tutur kata Darmia.

‘Ya. Aku sukakan dia’ berulang kali bergetar perkataan itu di gegendang telinganya. Dia sudah tidak peduli apa pun yang bakal terjadi.

“Lepaskan aku” Jerit Darmia. Takut dia melihat wajah bengis Khairul Amir saat itu.

“Aku takkan lepaskan kau. Kau ingat kau boleh lepas dari aku macam tu je. Kau ingat kau boleh bersama Zulfeqar. Hah? Dalam mimpi pun aku takkan benarkan sesiapa memiliki kau kecuali aku.” tengking Khairul Amir. Tubuh kecil Darmia dihumban ke katil. Darmia takut.

“Awak nak apa? Kenapa buat saya macam ni” Darmia diburu ketakutan. Dia takut untuk memikirkan apa yang bakal dilakukan oleh lelaki itu. Sedaya-upaya dia berusaha untuk melarikan diri. Nyata lelaki itu lebih pantas bertindak.

“Aku nak kau. Aku nak kau jadi milik aku. Milik aku seorang.” Terasa berat tubuh Khairul Amir yang menindihnya.

“Lepaskan aku” Darmia menjerit. Tubuh Khairul Amir ditolak sekuat hati. Namun ternyata dia tidak berdaya. Rayuan dan tangisan Darmia bagai sia-sia. Khairul Amir bagai orang pekak. Langsung tiada belas kasihan pada isterinya itu. Jiwanya dikuasai perasaan cemburu yang meluap-luap. Dia harus memiliki jiwa dan raga gadis itu. Akhirnya Darmia tewas mempertahankan kegadisannya. Air matanya terus mengalir laju. Di luar gerimis mula turun membasahi bumi. Bagai mengerti kesengsaraan dan kesedihan isi bumi.

*********

Kenapa dia buat aku macam ni??? Apa salah aku?? Ya Allah kenapa begitu besar cabaran yang Engkau berikan padaku. Aku hamba Mu yang tidak berdaya. Tolong aku Ya Allah. Tabah jiwaku Ya Allah...... rintih Darmia. Air mata tidak berhenti mengalir. Terasa air paip yang mencurah membasahi tubuhnya tidak mampu menanggalkan kotoran yang melekat ditubuhnya.

‘Aku benci kau’ keras kata-kata yang terlahir dari hatinya.

‘Aku benci kau!. Aku benci!’ makin kuat tangisan yang memenuhi kamar mandi itu. Sayu terasa segenap ruang hati. Sesayu suara tangisan yang tak tahu bila akan berhenti.

*********

Khairul Amir mundar-mandir diruang kerjanya. Rasa kesal dengan sikap barannya. Kenapa perlu aku turutkan kata hati. Bila hati menjadi raja maka rosaklah kerajaan tubuh. Apa aku nak buat ni. Khairul Amir diburu rasa bersalah.

“Kau kejam Amir” entah dari mana suara itu datang.

“Aku tak kejam. Aku cuma nak dia jadi milik aku” Khairul Amir mempertahankan dirinya

“Dengan memaksa dia untuk menerima kau. Kau seksa dia” suara itu kembali mengasak.

“Tak aku tak seksa dia. Dia isteri aku. Aku sayangkan dia” Khairul Amir bermonolog.

“Isteri? Layak ke kau untuk mengaku dia isteri kau. 4 tahun dulu kau tinggalkan dia. Sekarang kau nak terhegeh-hegeh. Kau tak malu ke jilat ludah kau sendiri” bisik suara itu. Terasa begitu menyakitkan hatinya.

“Aku cintakan dia. Aku hanya nakkan dia”

“Dia bukan barang yang kau boleh beli dengan harta kau, Amir. Kau silap membuat perhitungan. Dia ada maruah. Dia perempuan yang punya harga diri dan kau dah musnahkan hati dan perasaannya”

“Tidak!!!!!!..... aku tak sengaja. Aku tak berniat nak sakiti dia. Aku cintakan dia” Dia tahu Darmia akan bertambah membencinya. Tidak sepatutnya dia melakukan perkara sebegitu di saat gadis itu kesedihan, di saat gadis itu berasa kehilangan. Lelaki jenis apakah dia yang terlalu mementingkan diri sendiri. Yang dia tahu hanya mengikut amarah.

“Cinta? Itu bukan cinta Amir, itu nafsu . nafsu kau yang meminta kau memilikinya. Kau tak layak untuk dia...kau tak layak. Kau kejam!!!”

“Diam!!! Diam!!!” pasu di atas meja dicampak ke dinding. Berderai pasu itu dikerjakan.

“Maafkan aku Mia...maafkan aku.” Ada mutiara mahal mengalir dari celahan kelopak matanya menyesali segala perbuatannya.

BAB 69

Darmia termenung sendirian di beranda kamar indah milik Khairul Amir. Renungannya sayu memandang kepekatan malam. Sesekali angin sejuk menyapa tubuhnya yang sedikit menggigil. Peristiwa semalam benar-benar membuatkan dia benci pada lelaki itu. Masih teringat kata-kata cinta yang dibisikkan ke telinganya. Dia benci dengan ucapan itu. Seharusnya cinta itu diungkapkan bersama kasih dan sayang tetapi lelaki itu telah mengasarinya. Mengambil haknya tanpa kerelaan. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia lari daripada lelaki itu, namun dia terkurung di situ bersama igauan ngeri. Sejak semalam Khairul Amir belum menampakkan dirinya. Entah ke mana lelaki itu pergi. Darmia tidak mampu untuk melelapkan mata. Setiap kali matanya terpejam pasti peristiwa itu menjengah di ruang mimpinya. Dia gerun.

“Tak tidur lagi?” Darmia tersentak. Dengan sendiri tubuhnya menggigil. Mengigil menahan rasa marah dan benci. Namun begitu masih terselit perasaan takut dalam hatinya.

“Buat apa kat luar ni malam-malam?” soal Khairul Amir merapati. Darmia berundur. Dia tidak mahu berada hampir dengan lelaki itu. Dia benci. Khairul Amir mengukir senyuman pahit dalam kedinginan suasana antara mereka. Dia tahu Darmia marah. Dia tahu dalam hati Darmia sudah berbunga rasa benci.

“Aku...aku...” Ah payah benar ingin mengucapkan dua patah kata itu. Seumur hidupnya jarang benar perkataan itu meniti di bibir.

“Aku....minta maaf” Fuh lega bila dah keluar.

“Maaf?” Darmia pandang wajah Khairul Amir dengan penuh rasa benci.

“Tolong maafkan aku. Aku...aku tak sengaja.” Ucap Khairul Amir serba salah. Dia juga tidak pasti perkataan apa yang sesuai dilafazkan tika ini.

“Tak sengaja? Kau tak sengaja?” Darmia ketawa sinis. Ketawa yang dibuat-buat.

“Kau tak sengaja musnahkan hidup aku? Tu yang kau kata tak sengaja. Kau jangan harap aku akan maafkan kau. Kalau kata-kata maaf kau tu boleh kembalikan semua yang dah kau musnahkan, aku akan terima” Ucap Darmia dengan rasa benci yang meluap-luap. Darmia ingin melangkah pergi. Tidak ingin terus berlama di situ. Dia berasa jijik untuk mendengar suara lelaki itu malah kalau boleh, dia tidak mahu melihat pun bayang lelaki itu.

“Mia, aku akan bertanggungjawab. Kita bina hidup baru” Khairul Amir pegang lengan Darmia. Menghalang langkah gadis itu. Pantas Darmia merentap kuat hingga cengkaman lelaki itu terlerai. Tak sudi disentuh walau seinci pun tubuhnya.

“Aku tak perlukan belas ihsan kau. Tanggungjawab kau, dah lama kau abaikan. Kau tak perlu nak bertanggungjawab apa pun sekarang.” Marah Darmia. Setelah segalanya diragut tanpa kerelaan senang lelaki itu ingin menyelesaikan masalah.

“Ini bukan belas ihsan, aku memang nak jaga kau. Aku sayangkan kau”

“Betul kau sayangkan aku?” soal Darmia. Khairul Amir angguk.

“Kalau macam tu lepaskan aku dari ikatan yang menyakitkan ini. Buktikan rasa sayang kau tu” balas Darmia. Riak nekad terpancar di wajahnya.

“Tidak. Walauapa pun terjadi, aku takkan lepaskan kau. Itu janji aku”

“Aku tak nak hidup dengan kau. Kalau kau sayangkan aku, lepaskan aku. Itu je permintaan aku. Aku tak nak harta kau.” Bentak Darmia.

“Demi kau, aku sanggup serahkan semua yang aku ada” Darmia ketawa bersama linangan air mata.

“Aku ni perempuan kampung!. Perempuan miskin!. Aku sedar siapa aku. Tapi aku bukanlah perempuan murahan yang kau boleh beli dengan harta kau” Melengking kuat suara Darmia. Ada rasa sayu dibalik kata-katanya. Dia bukannya manusia yang boleh dijual dan dibeli. Dirinya ada maruah dan duit bukanlah segala-galanya.

“Bukan begitu maksud aku” Khairul Amir berusaha menafikan.

“Selama 4 tahun ni kau dan aku boleh hidup dengan bahagia, jadi lepaskanlah aku. Teruskan kehidupan kau” Pinta Darmia untuk kesekian kali.

“Itu kisah 4 tahun yang lalu. Sekarang aku dah tak boleh bahagia tanpa kau. I need you. Always need you. Selama 3 bulan kau hadir dalam hidup aku, sudah cukup untuk aku jatuh cinta pada kau. Mulai hari ni kita bina hidup baru. Aku adalah suami kau dan kau adalah isteri aku.” Ucap Khairul Amir sambil merenung wajah Darmia.

“Allah ciptakan isteri, bukan untuk di sakiti tapi untuk di sayangi. Kau hanya tahu menyakiti aku. Sampai bila-bila pun aku tak nak menjadi isteri kau” Tegas Darmia. Lelaki itu seolah-olah sedang mendesaknya.

“Aku tak tahu apa lagi yang harus aku katakan pada kau. Aku tahu kau bencikan aku. Tapi aku minta, berilah aku peluang sekali lagi untuk buktikan cinta aku pada kau” Ada mutiara jernih terbit di tubir mata Khairul Amir. Darmia geleng.

“Aku tak perlukan kau. Seumur hidup aku tak perlukan kau” Darmia tidak mahu terus berada di situ. Dadanya terasa sesak. Pantas tangan Darmia disambar. Tidak mahu gadis itu pergi darinya

“Mia” tubuhnya kini kemas dalam pelukan Khairul Amir. Terasa hangat tubuh lelaki itu mendakapnya erat. Tubuh sasa itu cuba ditolak.

“Aku cintakan kau.” Bisik Khairul Amir dalam kepayahan. Darmia cuba meronta. Makin erat pelukan Khairul Amir.

“Mulai hari ini, esok dan selamanya kau adalah isteri untukku bukan lagi hamba atau pembantu rumah. Kau adalah suri hatiku. Untuk selamanya. Aku janji akan bahagiakan kau.” Makin deras air mata di pipi Darmia.

“Aku tak nak!” Darmia tolak kuat tubuh Khairul Amir apabila terasa pelukan itu kian longgar. Terundur sedikit lelaki itu. Terus Darmia berlari ke kamar. Di sembam mukanya ke bantal. Menangis semahunya di situ. Khairul Amir hanya memandang. Tangisan yang menjadi irama dalam bilik sepi itu mengundang rasa sedih di hati Khairul Amir. Air matanya turut laju menuruni pipi. Sungguh dia juga sama terluka dalam cinta yang rumit ini. Saat itu bagai terngiang-ngiang lagu Rindu memaksaku menyayangimu nyanyian Francisca Peter berdendang sayu, sesayu hatinya saat itu. Bait-bait lagu bagaikan mengerti perasaannya tika itu.

Andai engkau mengerti
Perasaan di hati ini
Pasti engkau menyedari
Betapa hatiku merinduimu
Bukan mudahnya aku
Untuk melafazkan cinta
Sekali ku melafazkan
Sampai bila pun ku menyintamu
Rindu memaksaku menyayangimu
Tak daya ku menahan
Segala perasaan aku
Yang makin gelora
Setelah engkau menyedari
Sambutlah cintaku
Sepi mengajar aku
Tentang perlunya cinta
Walau pedih walau perit
Terpaksa aku menghadapi

Thursday, September 13, 2012

Slot Pedoman : Aku terima.......


Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca

pernah tak anda nasihatkan orang?

sy percaya semua org pernah nasihatkan orang lain kan. tak kiralah kawan ke, adik-beradik, mak ayah atau sesiapa saja.

Tapi pernah tak nasihat tu dipandang serong oleh orang lain? cth...

"e'eleh nasihatkan orang konon, diri sendiri pon tak betul ada hati nak nasihatkan orang"

"sebelum nasihat aku cermin dulu diri kau"

"kau ni macam nasihatkan diri sendiri jer"

kalau org dengar, nak2 yang jenis hati tisu..... mmg terkilan sangat-sangat. Sebab pada dasarnya kita menasihati seseorang kerana kita nampak kelemahan yang ada pada diri mereka. Tetapi bila kita di sindir begitu, terus pikir lepas ni biarkanlah dia buat hal dia. Malas nak ambil tahu, nanti kalau nasihat macam-macam pula dia kata. betul tak?

seorang guru saya pernah berkata

" Apabila seseorang menasihati kita, jangan kita pandang siapakah dia tapi pandanglah pada apa nasihat yang cuba di sampaikan. contohnya seorang pengisap rokok menasihati rakannya jangan hisap rokok sedang dia buat apa yang di nasihatinya. tetapi pernah tak kita fikir dia berbuat begitu supaya rakannya tak jadi macam dia. sampai tua tak boleh nak berhenti. ketagih"

Nasihat ni ada macam-macam jenis nasihat. ada nasihat berunsur hasutan, ada nasihat untuk kebaikan, ada nasihat untuk majukan diri dan macam-macam. tetapi sangat malang rasanya kerana ramai orang tidak mampu untuk terima nasihat dari orang lain lantaran merasakan diri mereka lebih benar berbanding orang lain.

orang kata.... "jangan nasihatkan orang kalau kita tak boleh nak terima nasihat"

saya setuju dengan perihal tersebut kerana bukan korang je yang bersifat begitu, kadang-kala saya juga begitu. Enggan terima nasihat orang lantaran sikap ego dan riak yang ada dalam diri. tapi kadang-kala saya muhasabah diri. mengakui sebagai seorang manusia saya punya klemahan dan kesilapan. Dan teguran / nasihat itu punyai kebaikan untuk diri kita sendiri.

jadi apa yang saya nak kongsi pada hari ini ialah, Jangan selalu menolak nasihat daripada orang lain kerana kadang-kala kita tidak tahu apa yang terbaik untuk diri kita.... mungkin apa yang kita lakukan, kita rasakan itu adalah terbaik tanpa kita sedar, tanpa nasihat kita akan tersasar dari kebaikan tersebut. saya bukan memberi pedoman kepada anda sahaja, Malah untuk diri saya sendiri. sama-sama kita muhasabah diri untuk jadi insan yang lebih baik.

sebelum berpisah saya tinggalkan anda dengan sebuah pesan dari baginda Rasulullah s.a.w

"Sesungguhnya di kalangan kamu yang melihat perkara mungkar, hendaklah dia mengubah dengan
tangannya, kalau tidak berkuasa mengubah dengan tangan ,maka dengan lidah, kalau tidak berkuasa dengan lidah, maka benci di dalam hati, itulah tanda selemah-lemah iman."


segala yang baik itu datangnya dari Allah... mudah-mudahan kita beroleh iktibar... insyaallah

Wednesday, August 29, 2012

NO 9

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi keran pada hari ini kita di pertemukan lagi dalam ruangan di blog Desa Itu Indah

Dulu semasa pertama kali terfikir untuk mempertaruhkan CD atau kini di kenali sebagai SKD, saya merasakan amat bimbang. Bimbang andai SKD tidak dapat diterima oleh pembaca, SKD tak memenuhi kehendak, SKD membosan... dan macam-macam saya fikir. Semuanya membimbangkan saya memandangkan saya orang baru dalam dunia penulisan

Alhamdulillah…. Kini saya merasa amat lega dengan pencapaian SKD. Saat beberapa orang kawan share carta paling laris popular, terasa begitu terkejut. Tidak menyangka SKD mampu ke tahap tersebut. Walaupun hanya berada di tempat ke 9, terasa ia begitu bermakna bagi saya. Jika di izinkan Allah, mudah-mudahan kedudukannya akan meningkat di bulan hadapan.

Jom usha carta POPULAR

Carta Paling Laris - Ogos 2012 ~ ( 20 Ogos 2012 - 26 Ogos 2012 )

Paling Laris - FIKSYEN

1. Takdir Itu Milik Aku ( SITI ROSMIZAH ) - SR Publication
2. Projek Memikat Suami ( Hanina Abdullah ) - Penulisan2U
3. Suamiku, Encik Perfect 10 ! - ( Syamnuriezmil ) - Karyaseni
4. Hello,Mr Perfect ! ( Waniey Zakaria ) - Kaki Novel
5. Siapa Orang Gajiku ( Azimah Lily ) - Karyaseni
6. Suami Aku Ustaz ( Hannah Dhaniya ) - Karyaseni
7. Protect The Boss ( Ellyne Alyana ) - Penulisan2u
8. Kerana Terpaksa...Aku Relakan ( Umie Nadzimah ) - Karyaseni
9. Setitis Kasih Darmia ( Naniey Tj ) - SR Publication
10. Qaseh Nuralia Imani ( Arin Arida ) - Kaki Novel

11. Untuk Sedetik Lagi ( Ezza Mysara ) - Karyaseni
12. Isteri Separuh Masa ( SURI RYANA ) - Kaki Novel
13. Cinta Kontrak ( Nurul Ain Syuhada ) - Karyaseni
14. Sebenarnya, Saya Isteri Dia ( Zura Asyfar ) - Karyaseni
15. Sunan Musafir ( Ramlee Awang Murshid ) - Alaf 21
16. 7 Hari Mencintaiku ( SITI ROSMIZAH ) - SR Publication
17. Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik ( Farisha Imani ) - Karyaseni
18. M.A.I.D ( Suri Ryana ) - Kaki Novel
19. Musuhku Suamiku ( Zuera Rasiddin ) - Fajar Pakeer
20. Lafazkan Kalimah Cintamu ( Siti Rosmizah ) - SR Publication

terima kasih kepada semua pembaca yang sentiasa menyokong kuat karya saya hingga mampu tiba ke tahap sekarang. buat penulis-penulis lain yang tersenarai

TAHNIAH saya ucapkan atas kejayaan anda yang bertungkus-lumus dalam dunis penulisan. Syukur kepada Tuhan atas limpah rahmat dan nikmat Nya....

Alhamdulillah


p/s : teruskan sokongan anda, dan kepada yang belum lagi mendapatkan SKD, dapatkanlah. Hihihihihi… mudah-mudahan SKD berjaya memikat hati semua.

Tuesday, August 28, 2012

Kasih Sayang buat awak

Buat awak yang saya sayang,

Ingat tak dulu awak selalu bersama-sama saya. selalu ada untuk saya. Awak tahu tak, saya sangat menghargai awak yang sentiasa berada di sisi saya. Namun kadang-kala saya kecewa juga sebab cinta awak bukan buat saya.

Kalau dulu, awak selalu pimpin tangan saya tak kira ke mana saja langkah kita. Tapi sekarang, saya sendirian tanpa teman. Saya sangat rindukan awak. rindukan keprihatinan awak. Rindukan suara awak. Adakah awak juga sama seperti saya?

Saya tak pandai nak meluahkan rasa pada awak. Cukuplah coretan ini untuk menggambarkan hati saya pada awak. Saya tak berharap awak hadir seperti dahulu. saya cuba inginkan satu hari yang penuh makna bersama awak. Cukuplah.


Sekian.


Akhirnya aku berjaya poyokan diri setelah membaca entry jiwang dari blog dr APEEPAH....... saja2 tulis buat someone yang aku sayang... kihkihkih... (sila berfikiran lurus)

sebelum terlupa, nani belum wish lagi kat semua yang datang menjenguk blog nani SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN.......


Monday, August 13, 2012

saya di POPULAR BOOKSTORE

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca

semua sihat?? alhamdulillah... korang ingat tak nani pernah cerita pasal impian nani... impian? impian apa? nani tahu, mesti korang tak ingat..... tapi tak apa... meh nani cite balik

Impian nani nak tengok karya nani ke versi cetak dan tersusun cantik di kedai buku.... Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi akhirnya, impian nani tercapai.

nak tengok????

jeng...jeng... jeng





nampak tak??? gambar tak clear..... sorry.. ni romate nani yg tangkap. teruja pulak nani bila tengok walaupun kabur.. gambar d diambil d popular bookstore tesco melaka... sesapa yang duk berhampiran esok da boleh pergi cari.....

dah masuk kedai buku da.... boleh cari di POPULAR BOOKSTORE atau mana2 KEDAI BUKU TERPILIH.......




selamat membaca buat semua pembaca.... terima kasih sudi luangkan masa membaca karya nani yang tak seberapa... moga anda terhibur dengan coretan nani....insyaallah...

Sunday, August 12, 2012

QASEHSUCI : KAD RAYA QASEH


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca Blog nani

Well tadi duk tengok2 blog, tiba2 terbaca blog iffah afeefah pasal segmen khas dr QASEH SUCI...

QASEH SUCI???... dia pengomen setia d blog nani. nani selalu perasan komennya. pertama sekali kena ucapkan tq untuk qaseh yang selalu bagi sokongan pada karya nani..

rasanya nani tak dapat nak penuhi segala syarat, tapi oleh sebab QASEH adalah pengomen yang setia, nani cubalah bt segmen ni khas untuk QASEH dan semua pembaca.....


ceritakan kenangan manis korang sambut hari raya waktu kanak-kanak dan berapa banyak duit raya yang korang dapat?

kenangan manis nani banyak tak dapat nak cerita semua. tapi nani ceritakan sikit la k. Nani memang berasal dari sebuah kampung di Kuala Terengganu. memang kalau orang kata nani kampung, betul la tu... siap rasa bangga lagi jadi orang kampung. Setiap kali menyambut ramadhan dan bakal menjelangnya syawal, kami anak-anak kecil yang paling seronok. Waktu malam wajib kumpul semua sepupu yang ada g main mercun, macam-macam mercun ada... hahahaha

ayah nani sporting, dia yang jadi supplier pd nani dan adik beradik, tp selalunya dia beli bunga api je, kalau beli mercun, ayah yang main, kami tengok je. tak berani. tapi satu yang istimewa kami yang berada di kampung ni, kekreatifan yang di tahap tak tercapai dek akalmu... hahaha... nak tahu tak apa yang kreatif sangat tu??... mmm.. kami buat lampu suluh dari tin milo... tebuk bahgian sisi tin, pastu masukkan dawai n letakkan lilin kat dalam tin..... da siap.... bolehlah bawak jalan-jalan keliling rumah waktu malam...korang ada????... ayah dan pak cik yang buatkan.... lupa nak bagitahu, di kawasan rumah nani tinggal semua adalah adik-beradik belah mak... jadi nani bersama sedozen sepupu, mulalah berlumba-lumba nakkan lampu suluh tu... xda tin milo, tin susu kitaorang rembat... meriah kan...

malam raya, atuk nani akan cari semua cucu-cucunya dan bagi duit raya awal-awal. memang macam tulah setiap tahun. sorang dapat seringgit je. Rayulah camne pon, seringgit je k... tak lebih. Malam raya sibuk tolong ayah masak, siapkan kuih, siapkan baju raya. semua buat malam raya. selalunya mak dan akak yang sulonglah jadi mangsa buat semua tu. Tapi kami tolong mana yang mampu jelah.

pagi2 raya pergi sembahyang raya ramai-ramai n lepas tu macam baselah mulakan operasi mengutip duit raya. waktu kecik-kecik dulu, tak banyak duit yang nani dapat. beraya di kampung tak mewah seperti di bandar. orang-orang kat kampung nani bukanlah dari golongan berada. semua kerja-kerja kampung. selalu nani dapatlah 20sen, 50sen paling banyak seringgit... tapi kitaorang tak kisah, asal dapat... duit raya tak pernah sampai ratus. paling banyak adalah RM40... da banyaklah tu.

bagi nani pengalaman tu, cukup-cukup seronok. takkan dapat diulang lagi dah. zaman dah berlalu. nani pon dah 23 tahun sekarang. raya sekarang dah tak meriah macam dulu. atok dan akak sulong nani pun dah meninggal. setiap kali raya, selalu teringatkan atuk dan akak nani. cepatnya masa berlalu. rindu nak dapat duit raya dari atok dan rindu jugak nak raya dengan akak.

it's ok.... jangan nangis walaupun sedih....

Nani tamatkan kat sini jelah kisah nani ye. terima kasih pada qaseh yang buat segmen ni. nani tak tahu nak tag sapa. tapi sapa2 yang sudi dan berminat sila

p/s : QASEH, sori kalau tak memenuhi syarat

Friday, August 10, 2012

KINI DI PASARAN

Assalamualaikum semua pembaca.....

Nani nak buat pengumuman penting untuk semua, order utk SETITIS KASIH DARMIA da di buka oleh SR PUBLICACATION..... kalau sesapa yg dah tak sabar nak baca novel ini, nani suggestkan g order cpt2 kat SR PUBLICATION (sila klik)

untuk makluman semua, kat popular dan kdai2 buku terpilih belum ada. Jadi nani suggestkan korg g order on9 .... FREE POSTAGE..... harga RM26.90....



jadi dari naniey, terima kasih byk atas sokongan dan keyakinan anda semua terhadap karya nani. nani masih lagi belajar untuk menjadi penulis yang baik. nani hargai segala komen atau sebarang kritikan yang membina dari anda sebagai membaca..... sekali lagi nani ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat anda yang sudi luangkan masa dan belanjakan wang untuk SETITIS KASIH DARMIA. harap anda semua terhibur

sekian

Salam sayang,

NANIEY TJ

Monday, August 6, 2012

my BFF


pertama kali aku bertemu mereka 5 tahun yang lalu
gembira.....
gembira....
dan sangat gembira dapat kawan baru.......

selalu bersama........
work together
hangout together
'kantoi' together
eat together
celebrate our bufday together
picnic together..........

but sometimes.......



kita pernah tak sependapat
tak sehaluan
tersentap mana-mana
terasa hati sampai ke jantung (aku la tu)
hahahahaha......



we keep in our heart n think......

walauapa pun yang jadi.........
for me, we still


BFF .........
untuk 5 tahun yang telah berlalu
banyak perkara yang berlaku
banyak perubahan yang dialami
banyak sangat kenangan yang terpatri.......
tapi......
aku selalu rindu nk gelarkan korg MISS KD n MISS LJ
hahahahaha.....
kadang2 MISS GEM suka m'ngada.....

RINDU nak hangout sama2......
p/s :we still have 3 month....


MY KD and LJ....kuikuikui.... jangan marah k..... aku nk cakap...... TQ be my friend (shy, blushing).......
and



motif sebenar : SEMPERNA RAMADHAN ni...... jom b'buka b'sama2.....(gedix)

p/s : hasrat hati nak m'doodle... tp risau ramai pulak yang pengsan tgk mu doodle yg t'sangtlah buruk.... sungguh tak kreatif.... nasib baik pak cik google byk koleksi kartun yg cute



p/s : dia banyak ajar aku tentang kehidupan yang sebenar walaupun aku yg selalu susah nak terima hakikat...... hohohohoho.. tq dia




KISTOT ke?? : JIka awak SAYANG saya


Jika awak SAYANG saya,
awak takkan sesekali katakan sesuatu perkataan yang menyakitkan hati saya. Memang awak nampak saya ketawa, saya senyum tapi pernah tak awak fikir perasaan dan hati saya. Kalau hati saya menangis sekalipun awak tak tahu sebab awak hanya tahu cakap tanpa fikir.

Jika awak SAYANG saya,
Awak akan menghulur bantuan terlebih dahulu bukannya mengkritik kelemahan saya. Adakah awak rasa, saya minta kelemahan yang ada pada diri saya?. sebab awak tak faham, orang macam saya lebih banyak mendiamkan diri dari melepaskan kata-kata sesuka hati


Jika awak SAYANG saya,
boleh tak sesekali awak letakkan diri awak dalam posisi saya. boleh tak sesekali awak rasakan perasaan saya. boleh tak sesekali awak hormat diri saya walaupun saya banyak kekurangan. boleh tak sesekali awak dengar perasaan saya? Saya hanya minta awak buat begitu hanya sesekali bukan selalu. Cukuplah kalau sekali dalam seumur hidup awak pun

Jika benar awak sangat SAYANGkan saya
Tolong jadi bahu tempat saya bersandar segala rasa sakit, kecewa, luka dan segalanya. Tolong jaga setiap tutur kata awak yang melukakan.... Saya tak pernah marah kalau awak nak tegur saya tapi tolonglah tegur saya dengan cara yang baik. saya manusia yang ada otak. boleh fikir. Kita bukannya samseng, wak. kita orang cerdik. Selalu saya bagi hint dekat awak, hati saya hati tisu. tapi kadang-kala saya rasa awak tak nak ambil tahu.

tapi tak apalah awak, sebab Saya memang SAYANG awak sangat-sangat. sebab tu saya tadah je telinga walaupun hati saya sakit. Sebab saya SAYANG awak sangat-sangat hingga kadang-kala saya rasa rendah diri. tak apa. untuk awak. Saya rela.........

Thursday, July 26, 2012

COVERPAGE

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera buat semua pemba-pembaca sekalian,

buat akak-akak, adik-adik, abang-abang, annoy-annoy dan sesiapa je, nani ucapkan terima kasih sebab masih sudi menyokong........ Nani pon tengah berdebar nak tunggu apalah respon pembaca lepas baca SETITIS KASIH DARMIA nanti.

tapi apa-apa pun, tadi dalam pukul 4 petang, nani ada buka email. kot-kotlah ada berita baru. alhamdulillah betul-betul ada berita baru. SR PUBLICATION sendkan cover novel nani yang akan keluar ogos nanti..... jeng...jeng....jeng.....



cantik tak????????????????

Nani rasa syukur sangat, suka sangat sampai rasa tak tahu nak cakap apa. lebih setengah tahun menunggu, akhirnya penantian terasa begitu berbaloi. Terima kasih pada warga SRP yang sanggup bertungkus-lumus demi novel SETITIS KASIH DARMIA ni. i suka sangat.


Apa yang nani harapkan, pada sesiapa yang sudi luangkan masa dan belanjakan wang untuk beli baca novel ni nani ucapkan jutaan terima kasih. harap anda sudi beri komen atau kritikan yang membina dan positif agar nani dapat perbaiki segala kerlemahan yang ada.

Akhir kata dari Nani,

"Walaupun aku hanya mampu diam dan airmataku menitis bagai hujan. Bila sendu menjadi nada setiap kali mengenangkanmu, aku pasrah..... tapi jangan sesekali kau merasakan jiwaku lemah... kerana sebenarnya jiwaku lebih kuat dari kamu" DARMIA...... jumpa ogos nanti!!!

Wednesday, July 25, 2012

CINTA DARMIA news

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca

khasnya buat peminat dan pembaca setia e-novel CINTA DARMIA dan umumnya buat semua pembaca-pembaca yang sudi singgah

Alhamdulillah tadi duk tengok-tengok berita kat facebook, tetiba mata terpaku pada satu kenyataan. nak tahu apa kenyataan yang begitu mengejutkan tu... meh baca bawah ni

"Bila Rindu Tanpa Kata, hati ini dilanda Ributnya Cinta. Fuh! Memang Cinta Gila. Tapi kenapa Duka Bersulam Rindu sedangkan hati sedingin Bidadari Salju? Aduhai..terasa pula kelat-kelat sayang tapi susahnya nak Lafazkan Kalimah Cintamu. Emm..cukuplah 7 Hari Mencintaiku. Tak apa, bukan ke Takdir Itu Milik Aku. Tapi nanti jangan kau rayu aku 'Cukuplah SETITIS KASIH DARMIA'. Darmia? Siapa Darmia? Segalanya akan terjawab dalam keluaran novel terbaru SR Publication yang akan menemui anda bulan ogos ini. Tunggu...TERBAIK DARI KAMI!!!


Pada peminat-peminat novel di Malaysia, Singapura dan Brunei yg masih belum memiliki novel2 hebat keluaran SRP. Dapatkan segera di kedai2 buku popular atau langganan online. Anda pasti berpuashati memilikinya.

terkejut, terpadu, teruja dan macam-macam ada.......syukur ke hadrat ILLAHI...... Penantian nani bersama peminat semua bakal berakhir. terima kasih atas sokongan dan penantian anda semua.... sama-sama kita tunggu ketibaan OGOS ye.... luv u all


Aku, Dia & Diari Hati


Awak......

Rasanya perkenalan kita bukan sehari dua.... bukan sebulan dua tapi sudah bertahun-tahun... pantas benar masa yang berlalu kini kita makin sampai ke penghujung waktu perkenalan. awak kawan saya yang baik. Tempat saya mengadu, Tempat saya sandarkan rasa, teman saya ketawa, teman saya menangis.....

Awak....

tahu tak?.... Sepanjang pekenalan kita, walaupun pernah satu ketika saya kesal lepaskan awak jauh dari sisi saya tapi saya tetap senyum tengok awak gembira. Awak tahu tak? pernah saya lihat wajah awak murung, awak bagai terbeban dengan sesuatu, hati saya menangis sebab awak. saya sedih tengok awak macam tu....

Awak....

Kadang-kala saya sendiri tidak boleh duga tindak tanduk saya... tapi saya jadi terus tertanya-tanya dimana silapnya hingga awak asyik pergi dan pergi dari saya. Saya cuba untuk tanya, saya cuba untuk memahami, tapi saya gagal mencari jawapannya. saya tahu, suatu ketika dulu saat saya terpinggir, awaklah satu-satunya insan yang sentiasa ada untuk saya, sentiasa risaukan saya.... tapi awak, sekarang awak dah ada orang lain yang boleh temani awak dan orang itu bukan lagi saya kan?

Awak.....

pernah saya katakan pada awak, semua orang tinggalkan saya, tapi awak jangan tinggalkan saya... adakah awak rasa, kata-kata saya itu hanya sekadar bicara kosong... awak sentiasa lari dari saya, puas saya kejar dan kejar.... saya ada hiris hati awak ke? Apakah sudahnya andai kita terus begini... awk senyap dan saya diam dan terus mencari jawapan.... saya sentiasa akan beri awak peluang dan ruang biar sejauh manapun awak lari dari saya sebab saya dah tempatkan awak dalam hati saya sebagai kawan yang sentiasa baik dengan saya.....


Perlahan diari ku tutup. ada airmata bergenang ditubir mata. cerita persahabatan yang sentiasa merunsingkan jiwa memberikan satu tekanan yang kadang-kala terasa menyakitkan. Saat ini, aku hanya berharap, dia akan terus bersamaku hingga penghujung waktu yang masih tersisa. Aku tahu ada sesuatu yang cuba dia sembunyikan. Tapi itulah persahabatan, biar sesakit manapun aku takkan tinggalkan sesiapa saja yang bergelar sahabat. kerana aku khuatir jika aku pergi, kau akan bersedih. tapi andai kata kau tinggalkan aku demi bahagia dirimu, pergilah aku sentiasa izinkan.

Aku bangkit. meninggalkan meja study ku menuju ke jendela. ku dongak ke langit memandang langit yang mendung, sebentar lagi mentari akan tenggelam berganti bulan menyinar saat malam. mudah-mudahan esok membawa harapan. insyaallah.

p/s : selamat berbuka.

Tuesday, July 24, 2012

Penulis Pilihan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca

Hari ini mari sama-sama kita kongsi pendapat tentang penulis kegemaran. Jika para pembaca nak tahu, salah satu hobi nani adalah membaca novel. jadi bila dah suka baca novel tu, tentulah adalah penulis novel yang diminati.

nani suka penulisan Fauziah Ashari. Walaupun dia sudah berada lama dalam dunia penulisan, penulisannya tetap hebat dan tidak jemu untuk di baca. isinya menarik, olahannya tidak meleret-leret, jalan ceritanya berkembang dengan baik.

Novel pertama yang nani baca, adalah OMBAK RINDU nukilan Fauziah Ashaari. dari satu novel itulah minat nani pada novel makin berkembang. daripada hanya sekadar membaca novel sehinggalah nani menulis novel nani sendiri. kemudian disusuli dengan beberapa novel lain karya Fauziah Ashaari yang nani sangat gemar untuk baca. yang terbaru KAN KUKEJAR CINTA KAMU dah beberapa kali nani ulang baca. novel-nevel beliau bagi nani cukup rasa. sedih ada, happy ada, takut ada, marah ada dan macam-macam rasa ada....

Tahniah nani ucapkan pada Fauziah Ashaari atas kualiti karya beliau yang tak pernah pudar. pernah juga nani baca beberapa karya penulis-penulis lain, nani rasa hanya novel sulung mereka saja yang menarik, novel berikutnya sudah kurang dari segi isi, olahan dan jalan cerita. bosan dan sangat meleret. Penulis seolah-olah menulis bukan lagi kerana minat (pendapat nani).

Pada pandangan peribadi nani, semua orang pandai menulis, tapi bukan semua orang dapat digelar penulis. menulis dengan hati dengan menulis untuk mencari sumber pendapatan adalah sesuatu yang amat berbeza. Jika anda ingin jadi penulis hebat, tulislah kerana minat dan hati anda menginginkannya bukan semata-mata kerana wang atau sebagainya walaupun nani tak nafikan menulis boleh dijadikan salah satu sumber pendapatan. Sumber pendapatan yang kita ingin dapatkan itu, pastikan hasil dari keikhlasan kita yang inginkan orang lain mendapat kepuasan bila membaca (ingatan untuk diri sendiri juga)

Nani menulis kerana, nani seorang yang kuat berimaginasi. nani menulis kerana arwah kakak. Nani nak jadikan penulisan nani itu naskah-naskah yang akan disimpan dan diingati sampai bila-bila oleh semua pembaca. so, nani berhajat nak jadi macam novelis yang menjadi idola nani, Fauziah Ashaari. walaupun berpuluh tahun dalam dunia penulisan, novelnya tetap berkualiti. Nani doakan semua penulis tak kiralah apa yang anda tulis, akan mendapat tempat dihati para pembaca.

jadi siapa penulis kegemaran anda??