THANK YOU

Thursday, September 10, 2009

Andainya Aku Tahu 7


Tak lama lepas tu kami tiba di Hotel sri Andalusia. Salah satu hotel 5 bintang. Pe dia nak buat kat hotel ni??? Abang tolong Risya. Anif nak buat apa kat Risya. Risya takut. Muka aku dah cuak.

“jom” ajak Anif. Pantas aku geleng.

“turun” arahnya. Aku geleng lagi.

“kau nak aku dukung” gertaknya. Aku bertambah cuak. Pantas ku geleng juga.

“kau... kau nak buat apa kat sini?” tergagap-agagap aku bertanya.

“kau rasa?” eh, dia nak main teka-teki pulak. Apa yang aku rasa. Jadi betullah

“kau gila?” marahku.

“waras lagi. Aku nak kau buat baik-baik” ucap Anif . buat apa?

jom la cepat.”

“tak nak” bantahku. Anif pandang wajah aku geram.

“Kalau kau tak turun, aku dukung kau masuk“ anif dah keluar dari kereta. Pantas dia membuka pintu di sebelahku.

“aku tak nak la” pantas Anif tarik tanganku. Aku yang dah memang bersedia memaut kemas pemegang kereta.

“jom”

“aku tak nak. Kau memang dah gila” marahku.

“Nif...”tiba-tiba ada suara yang memanggil.

“hi, Ju”ucap Anif tersenyum manis.

“lambat you datang. Majlis dah mula dah” ucap Juhana. majlis? Majlis apa?.

“you buat apa kat luar?”

“saja amik angin. Bosan. You tahu jelah majlis tahunan syarikat macam ni kan. Tak abis-abis bincang pasal bisness.” Ucap Juhana. Anif ketawa kecil.

“hi, Ris. Cantik you malam ni. Pandai you berhias. Barulah Datin bangga tengok you. Ada class” ucap Juhana sambil mengukir senyuman plastiknya. Bengang betul aku.

“ye ke?” aku keluar dari kereta. Saja ku sadai tubuh aku kat tubuh tegap Anif. Juhana mencebik. Meluat agaknya tengok.

“you pun cantik hari ni” pujiku padanya.

“thanks”

“Jom masuk” ajak Anif.

“silakan” ucap Juhana. Anif terus melangkah ke depan. Juhana mengiringi. Pantas lengan Anif di paut. Sempat dia menjeling aku.

“papa and mama id ah lama tunggu you.” Ucap Juhana.

“i pun dah lama tak jumpa uncle dengan auntie. Diaorang apa khabar?” amboi ramahnya laki aku ni. Sampai bini kat belakang pun buat tak tahu. A’ha. Aku ada idea.

“aduh..”aku menjerit tiba-tiba. Pantas Anif berpaling. Aku dah bersimpuh di lantai lobi hotel.

“kenapa ni?” Anif datang dekat aku.

“entahlah. Kaki ayang sakit la” saja aku gedikkan sikit suara. Kau ingat kau je pandai menggoda. Anif dah pandang semacam je.

“sakit? Boleh jalan tak?” soal Anif. Perlahan aku angguk. Perlahan Anif tolong aku bangun. Juhana peluk tubuh. Tak puas hati. Anif pegang tangan aku sampai masuk lif. Ni baru betul suami romantic.

“you terus datang sini ke tadi? i rasa you belum tukar baju lagi kan. ” soal Juhana. aku pandang Juhana. aku pun tak tahu Anif pakai baju mana pergi pejabat. dia pulak nampak over jaga laki aku. ni bikin aku hot ni.

“emm. I malas nak tukar baju” ujarnya.

“tie abang dah senget ni” aku betul-brtulkan tie Anif. Berbulu mata Juhana pandang aku. Saja aku gedik didepannya. Nak sangat jadi madu aku kan. Anif biarkan je tangan aku betulkan tali lehernya. Dia Nampak segak dengan sut hitam berkemeja biru berbelang putih bersama tali leher yang bermotifkan petak. Aku baru perasan.

“nif, baju you kotorlah” tiba-tiba juhana menyapu bahu Anif.

“dah bersih” Juhana tersenyum pandang aku.

“thanks” ei aku geram betul dengan Anif ni. Isteri kat depan mata pun nak pandang lagi perempuan lain. Takkan dia masih tergila-gilakan Juhana lagi. kami sampai di dewan hotel. Memang ada kelas la jamuan semperna ulang tahun syarikat Maju Holding. Semua jemputan Nampak loaded je. Patut lah mama Anif tu macam tu. aku paut lengan Anif masuk ke dewan. Aku gementar. Maklumlah belum pernah aku datang ke majlis seperti itu. Semua orang pandang kami. Tak tahulah diorang pandang aku atau Juhana.

“mama” panggil Anif.

“kenapa lambat?” soal mama.

“jalan jammed” tipu Anif. Selamat aku. Kalau dia mengadu, abis lah aku kena tadah telinga dengar mama membebel.

“papa kat sana. Dari tadi cari kamu”ujar mama. Pantas Anif melangkah mendekati papa. Menbinggalkan aku bersama mama yang dikerumuni datin-datin. Bosannya aku dengar diorang cakap. Masing-masing nak tunjuk hebat. Dari cerita kebajikan sampai gossip-gosip panas orang-orang seperti mereka. Tak ingat mati betul. Asyik nak jaga tepi kain orang je.

“cantik menantu you” puji seseorang pada mama. Aku tersenyum. Tapi secara curi-curilah. Bimbang orang kata perasan.

“sayangnya tak secantik Ju. Dahlah cantik pandai pulak tu” puji yang lain. Muka aku dah keruh. Berlagak betul nenek ni.

“tulah. Teringin betul i nak menatu macam Ju. Dah tak dapat. Nak buat macam mana” mama cakap agak kuat. Mungkin nak aku dengar kot. Berdendam jugak orang tua ni. Nak sangat menatu perempuan gedik tu. adoiyai.. memang padanla mama dengan Juhana tu, dua-dua tak sedar diri. Aku kutuk dalam hati. Isk tak baik betul mulut aku ni.

“anak you ada 3 lagi kosong. Lagipun Anif tu mampu. Bila-bila masa je you boleh suruh dia kahwin dengan Ju” aku sakit hati dengar bicara datin-datin itu. mana diorang tahu anif tu mampu. fizikal memang dia layak tapi yang lain aku pun tak tahu. hahaha. Sebelum sakit ni jadi barah baik aku cari port yang lagi best. Aku terus berjalan ke satu meja yang agak tersorok. Aku duduk di situ.Aku dah tongkat dagu. Bosan gila. Aku pandang pentas yang luas. Masing-masing sibuk menari. Yang tua pun mengalahkan orang muda menari ditemani perempuan-perempuan cantik. Ni la jenis yang tua keladi.
“hi” tiba-tiba ada seseorang menyapaku.
“hi” aku balas. Nanti dikatakan sombong pulak.
“boleh i duduk” soalnya.
“silakan” dia duduk disebelahku
“you ni wife Anif kan” aku angguk.
“you tak jelous tengok husband you menari dengan perempuan lain?” aku pelik. Pantas pandanganku focus ke ruang tarian. Dicelahan manusia itu ku lihat Anif sedang hanyut menari bersama Juhana. bukan main lagi. aku jugak macam tunggul tunggu dia. Terasa hangat darah naik ke kepala.
“you nak menari dengan i?” soal lelaki itu.
“no. I tak pandai” ucapku menolak pelawaannya.
“i boleh ajar” dia seperti tidak berputus asa.
“i penat” aku tidak mahu tangan gatal lelaki itu mendarat di pinggangku. Aku bukanlah
perempuan murahan yang terlalu senang disentuh sini sana. Aku ada maruah yang perlu di jaga.
“sekejab je”
“no. Excuse me. I nak ke ladies” itulah cara paling baik. Melarikan diri. Pantas aku bangun terus berjalan keluar dari dewan itu. Lemas aku dikerumuni manusia bertopengkan plastic. Rimas. Setelah agak jauh dari dewan, lantas aku labuhkan punggungku di anak tangga. Melepaskan penat dan rasa bosan. Kakiku dah melecet. Pedih rasanya. Dengan agak ganas aku menanggalkan kasut. Tak suka. Benci. Bila aku teringatkan Anif dan Juhana. tapi untuk apa. Aku sendiri sudah sedia maklum, memang Anif sukakan Juhana. aku hanya perempuan yang bakal ditendang suatu detik nanti.
“hei, you buat apa kat sini. Cakap nak gi ladies” aku angkat kepala. Dia lagi.
“you tak suka berkawan dengan i?” soalnya. Aku hanya senyum. Memang aku tak suka pon.
“i kawan baik husband you tau. Semua benda kitorg kongsi. Termasuklah...” ayatnya
tergantung. Aku pandang wajah yang menjengkelkan itu. Tidak faham. Dia tersengih padaku. Bertambah meluat aku tengok.
“termasuk apa?” soalku. Dia ketawa.
“apa lagi kalau bukan perempuan. Anif sanggup bagi apa saja dan i rasa maybe dia pun akan bagi wife dia pada i” ucapnya. Aku tersentap. Darah merahku naik sampai ke kepala. Kurang ajar.
“maybe? Maybe no” lantas aku bangun.
“hei, you jangan nak jual mahal,k. Kalau tak i akan tarik balik projek berjuta-juta yang dah i bagi kat syarikat husband you”
“do i care?” marahku. Haruskah aku menjadi galang ganti sekali lagi.
“i pun tak peduli. Kalau i mintak dengan Anif mesti dia akan bagi”
“hei jantan tak guna. Kau ingat dengan duit kau yang berlambak tu boleh beli aku ke?. Jantan macam kau ni memang tak layak untuk mana-mana perempuan pun kecuali perempuan-perempuan sundal.” Aku maki dirinya. Mukanya dah merah. Dia ingat aku siapa.
“kurang ajar” tangannya dah naik ingin mendarat di pipi mulusku. Aku dah ngeri. Automatic mataku terpejam. Sesaat dua, tiga.... aku buka mata. Aku lihat Anif berdiri betul-betul di depanku.
“apa dah jadi?” soalnya.
“bini kau ni memang biadap.” Marahnya.
“sebab kau kurang ajar. Mak bapak kau hantar pergi sekolah buat apa?” aku geram.
“hei perempuan sundal. Jangan nak berlagak. Kau ingat aku tak tahu apa perempuan miskin macam kau nak?” dia panggil aku sundal. Kurang ajar punya jantan. belum sempat aku buat apa-apa, satu tumbukan kuat terkenan mamat tadi. Hingga dia jatuh ke lantai. Aku terkejut.
Aku pandang Anif. Wajahnya merah menorah marah.
“ kau jangan kurang ajar dengan isteri aku. Aku tahu siapa dia dan aku takkan sesekali kongsi hak aku dengan kau.” Tengking Anif. Lelaki tadi terus bangkit kembali. Tumbukan anif dibalas.
“kau jangan menyesal” balasnya.
“aku lagi menyesal kalau bagi kau usik dia” aku terkedu dengan kata-kata Anif. Betul ke???
p/s: helo semua... rmi yg x dpt agak mana anif nak bwk risya kn. tapi pe2 pun slmt m'bace. jgn lpe.. macam biasa... tolng komen..

10 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

uuuuuuuu...
dramatik sungguh..
anif pertahankan hak dye..
ske2...
smbung2..

pasnieh CD lak ek?haha..windu sama miaa....

qyqa COMEL GILER said...

adoi sis..
bes la n3 kali ni..
mesti anif tu dah tangkap cintun kan???
he3,sampai sanggup tumbuk kwn sendiri..
n 1 thing...
nyebok jer juhana tu...
tak suka dy!!!
sambung lg plis..

misz nana said...

waaa~ Anif defend bini dia..
cumil2.. hehe..

yunix77 said...

scene di atas dah selalu kita baca/tengok
maaf cakap...takde apa yg baru kt sini

tapi daku suka ris bengang tgk anif layan ju
adegan jatuh tu plak dapat ku bayangkan
hahaha.....

Hana_aniz said...

sweet!!! go anif!!!

miz ruha said...

uuu...

best2...

nk lagi...

ha-ra said...

hero mmg dtg tpat pde mse nye...
sib bek la igt agi kt risya...

Anonymous said...

best

Anonymous said...

ermm..
dah pkai cntik2 mst pg dinnerkan..
tp best,sambung lagi..

ceritaku MEMORIKU said...

woaaaa.anif suke2
-na'dz