THANK YOU

Saturday, November 6, 2010

WARNA HATIKU 6


Ramai yang memuji-muji diriku dan Tengku iskandar. Nampak bagai pinang di belah dua kata mereka. Aku tak ambil pusing. Mataku tercari-cari wajah Ekmal dalam dewan besar yang di penuhi kakitangan global jaya. Tanganku dari tadi berada dalam genggaman tengku iskandar. Rimas betul. Pandai dia berlakon. Menunjuk kepada kakitangan global jaya kamilah pasangan bahagia. Meluat betul dengan sikap hipokritnya. Akhirnya aku berjaya juga menangkap seraut wajah milik Ekmal yang tersenyum mesra memandangku di satu sudut dewan. Bangga agaknya aku memakai pakaian pilihannya. Dia kelihatan segak dengan sepasang sut hitam bersama kemeja putih. Dia memandang aku dari jauh. Bergetar hebat jiwaku. Berdegup pantas jantungku bagai pelari maraton rasanya. Aku ingin menarik tanganku dari pegangan tengku iskandar. Mahu saja aku menghampiri Ekmal. Berbual mesra. Entah kenapa langsung tiada rasa bosan bila berbual dengannya walaupun setiap hari kami berbual. Perasaan apakah ini. Bosan betul aku mendengar perbualan suamiku yang masih terikat dengan tugasan di pejabat. Aku cuba merentap tangan Tengku Iskandar. Namun dia terus mengemaskan pegangannya pada pergelangan tanganku. Mematikan langkahku. Aku terus mengkakukan diri. Bosannya hanya tuhan yg tahu. Ingin saja ku rentap tangannya kuat-kuat. Biar semua orang nampak.

“let’s dance honey” ajak tg iskandar tiba-tiba. Tanpa aku sedari dewan itu sudah mula gamat dengan bunyi muzik. Tulah sibuk melayan lamunan.

“aku tak pandai” tolakku lembut.

“i boleh ajar you” tengku iskandar menarik tanganku. Dia senyum pada semua yang memandang. Mahu tak mahu aku harus menurut. Muzik slow beralun. Merdu irama violin memenuhi ruang dewan. Menggeletar tubuhku menerima sentuhan mesra tg iskandar. Ku kira inilah kali pertama dia berpeluang berbuat demikian. Ku rasa tangannya menjamah nakal pinggangku. Tergoda jugak aku dengan haruman perfume yang dipakainya. Wangi.

“jangan nak mengada-gada boleh tak” marahku apabila pelukan di pinggangku dikemaskan. Aku terasa lemas.

“jangan nak malukan aku. Senyum” bisik tg iskandar begitu hampir dengan telingaku.

“lepaslah. Aku tak suka” Aku menolak tubuhnya dalam diam. Langsung tiada anjakan. Tengku Iskandar buat tak tahu.

“kau cantik sayang.” ucap tengku iskandar dengan gaya menggodanya di telingaku. Dia ingat aku boleh tergoda ke?. Pirahh.. Aku mendengus geram.

“kau jangan nak ambil kesempatan. Aku tak suka” tegasku

“mana ada. Aku tahu kau bosan. Jangan sesekali kau pergi dekat Ekmal. Jangan hangatkan gosip yang tengah panas kat office”ujar tg iskandar berbaur ugutan di telingaku. Dia ingat aku takut ke.

Selesai majlis tari-menari aku meminta diri ke tandas. Rimas yang sudah di tahap kritikal kalau terus berada bersama tg iskandar.

“Hai” sapa Ekmal ketika aku keluar dari tandas.

“Awak dari mana?”soalku.

“saya tunggu awak. Tengku tak bagi awak jumpa saya ke?” soal Ekmal. Aku hanya senyum.

“saya faham. Dia suami awak. Cemburulah tu. Saya just nak cakap awak nampak cantik malam ni”ujar Ekmal sambil merenungku. Aku tersipu malu. Alahai kembangnya hati aku.

“thanks sebab beli baju ni. Nice dress”

“tak ada apa pun. So macamne parti ni? Ok?”soal Ekmal.

“Boring” komenku. Ekmal ketawa kecil.

“awak tak pernah berubah kalau bab ni. Dari dulu sampai sekarang awak memang tak suka parti kan. Saya teringat waktu kita kat universiti dulu. Awak sanggup pura-pura deman sebab tak nak gi parti tahunan. Padahal awak orang paling penting dalam parti tu” Ekmal ketawa kecil

“awak masih ingat. sbnrnya saya takut nak jadi pengerusi majlis hari tu” ucapku. Kami ketawa kuat mengenangkan cerita yang dah lama berlalu.

“seronok ketawa.”aku dan Ekmal tersentak.

Tengku Iskandar tersenyum menghampiri kami.

“Dari tadi abang tunggu. Kat sini rupanya. Ingat ke pengsan dalam toilet tadi. You pulak buat apa kat depan toilet ni?”soal tg iskandar pada Ekmal.

“tak ada apa. Kami terserempak. Just borak-borak cerita lama.”ujar ekmal.

“punyalah luas dewan, kat depan toilet juga jadi tempat berborak ye” sindir Tengku Iskandar

“jom balik. Abang ngantuklah sayang” uwekkk... nak termuntah aku. sejak bila pandai bermanja ni. Abanglah sayanglah. Gelinya. Gumanku sendirian.

“kami balik dulu”ujar tg iskandar lantas menarik tanganku.

“Hati-hati Tengku” Ekmal mengukir senyuman. Aku ikut langkah tg iskandar. Mahu aku tersadung diheret sebegitu. Sabar jelah. Kalau ikutkan hati nak saja kutengking dirinya. Namun aku cuba bersabar hingga tiba ke banglo.

***************************************************

“kau ni kenapa hah?”tengkingku apabila tiba di rumah.

“kenapa apa?” apa ke bodoh jawapan mamat ni.

“jangan pura-pura bodoh pulak.”ucapku lantang. Panas benar hatiku Ku lihat Mak Jah menjengah dari dapur.

“aku dah beritahu yang aku tak nak kau rapat dengan Ekmal” ada nada marah pada kata-kata tg iskandar.

“suka hati akulah. Yang kau nak menyibuk kenapa?. Dulu kau yang cakap jaga hak privacy masing-masing. Dah lupa?”ungkitku.

“tapi kau juga harus jaga airmuka aku sebagai suami kau. Sekurang-kurangnya bukan didepan staf. Kau ingat aku heran ke dengan korang. Kalau nak bercinta janganlah sampai jadi buah mulut orang. Kau tak malu ke kalau orang label kau sebagi perempuan curang?” tengking Tg Iskandar.

“what? Ada aku kisah. Aku akan buat apa yang aku suka. Suka hatilah apa orang nak kata. Bukan diaorang yang bagi aku makan” aku tentang Tengku Iskandar.

“macamana pulak kalau papa tahu?” aku terdiam. Dia cuba memerangkapku.

“biarkan orang tua tu tahu.”ujarku berani.

“and lepas dia tahu, dia akan suruh kita balik KL dan seterusnya kau takkan dapat lagi jumpa dengan buah hati kau. Dan yang paling penting lagi, kau akan hidup macam banduan. Kau nak?” pandai dia cari kelemahan aku.

“kau ugut aku?”

“kau rasa”

“kalau kau tak buka mulut, papa takkan tahu”

“fine. It up to you. Aku ngantuk. Dari layan perangai kau yang entah apa-apa ni lebih baik aku tidur. Nite”ucap tg iskandar sambil berpaling.

“one more thing yang kau perlu tahu. Andai papa aku dapat tahu tentang hubungan aku dengan Ekmal, hubungan kau dengan kekasih kau juga akan terbongkar. Aku akan pastikan kau juga hidup tidak senang. Dan yang part paling penting kau ceraikan aku” ujarku. Bibirku mengukir senyuman. Tengku iskandar berpaling. Dia menghampiriku. Matanya tajam menikam pandanganku.

“jangan berlagak pandai boleh tak.”ujarnya.

“nanti kita kan tahu siapa yang berlagak.”aku angkuh mempertahankan pendirianku.

“kau jangan nak jadi gila” tengkingnya. Tahu pun takut.

“aku memang gila. Gila sebab terpaksa kahwin dengan orang gila macam kau”aku tidak mahu mengalah. Tengku iskandar pantas menolak kasar tubuhku ke dinding. Aku tahu dia marah. Dia juga takut kalau rahsianya di ketahui papa.

“sakitlah bodoh”jeritku padanya. pipiku dicengkam kuat. Tubuhnya yang begitu hampir cubaku tolak namun nyata aku tidak sekuatnya.

“kau jangan menyasal kalau apa-apa jadi kat kau.”ucapnya dengan pandangan yang menakutkan.

“aku akan pastikan hidup kau hancur sebelum kau berjaya hancurkan hidup aku” sambungnya lagi.

“ok sayang? ingat tu” ucapnya lalu melepaskan cengkaman pada pipiku. Turun naik dadaku menahan rasa marah yang meluap-luap. Mataku menghantarnya hingga lenyap dari pandangan.


p/s : org lain duk bzy stdy... nani duk sibuk berangan..... aduhai...xsbr tnggu hari utk blk kg... smnjk nani ltk frejit ni bru nani tahu de jgk p'bce nani dr luar negara..... tq pd p'baca2 dr indonesia, s'pura, brunei n dll krn sudi singgah m'baca....tak lupa pd rakyat Malaysia tq sbb slalu bg sokongan......

7 comments:

hana_aniz said...

huuuu.. cite ni best! sambung cepat2 ye cik nani?? ngee~~~

Anonymous said...

waaaa...
keras bena hati heroin ni...
eee, x baik lar bini wat g2...agaga

Anonymous said...

nvl cinta darmia xde sambungan ke?

Naniey TJ said...

naniey da annouce bsr2 kt ats psl CD.... jgn la tnye lg....k.

zmn skrg bini mcm2... bkn mcm dlu taat pd suami... hrp cite d blog nani d jdkn pngjrn mne yg ptt ye

MaY_LiN said...

nape la jadi cenggitu..

miznza84 said...

best2... nani sambung lagi.. panjang2 tau..

Anonymous said...

sambung cepat nyer...
jgn jadi mcm cinta darmia sekerat jalan...