THANK YOU

Monday, April 30, 2012

Janji, Kau sayang Aku 3


“ Alia marilah sini.” Panggil Acik Su. Alia yang sedang khusyuk mengadap novel barunya berpaling pada Acik Su. Terus dia mengangkat punggung melangkah malas ke arah Acik Su dan mamanya.

“Ada apa?” soal Alia.

“marilah makan. Dari tadi sibuk dengan novel tu” Alia tersengih. Memang diakui dia hantu novel. Pantang jumpa novel yang best mesti dah tak hiraukan benda lain.

“Anak akak ni memang macam tu Su. Sibuk dengan bukunya” balas mama.

“kita datang nak berkhemah, Lia. Simpanlah dulu buku tu. Lain kali boleh baca.” Pujuk Acik Su. Alia hanya mampu tersenyum. Dia pandang ke kanan. Kelihatan papa dan pak Cik Omar sibuk berbual sambil memancing.

“Abang mana ma?” soal Alia.

“entahlah tadi ada. Dengan Zulika kot” ucap mama. Hai sejak abang dah ada bertunang ni, banyak masa dihabiskan dengan tunangnya. Aku ni dah tak ada makna agaknya untuk dia’ ada rasa cemburu dihati Alia.

“Harith bila nak sampai?” soal mama pada Acik Su. Lebih baik jangan datang terus.

“katanya dah dekat. Kejab lagi sampailah tu” balas Acik Su.

“Assalamualaikum Mama” tiba-tiba ada suara garau dari belakang memberi salam.

“panjang umur kamu Harith. Kami baru je sebut.” Mama tersenyum. Menyampah. Guman hati Alia. Langsung dia tidak berpaling. Diambil sekeping roti yang sudah siap disapu mayonis dipinggan lalu di suap ke mulut.

“ma, kenalkan ni kawan Harith, Qistina” ucap harith. Rasa bagai nak tercekik mendengar Harith memperkenalkan seorang perempuan pada mamanya. Terus Alia berpaling. Di pandang wanita yang anggun di sisi Harith. Cantik. Rambut panjang beralun lembut disapa angin.

“apa khabar mak cik.” Terus Qistina menyalami tangan Acik Su. Lepastu tangan mama.

“ni Acik Lin, jiran I dan ni Alia” Harith mengenalkan Alia pada Qistina. Perlahan Alia sambut huluran tangan Qistina.

“Nice to meet you” ucap Qistina. Alia maniskan muka. Dia pamerkan senyuman.

“dah lama kenal Harith?” soal mama.

“sejak dari university lagi” balas Qistina ringkas. Hati Alia sudah tidak selesa untuk terus berada di situ. Kenapa hati aku laju sangat berdegup ni. Ada rasa lain macam pulak dalam hati ni. Terus Alia bangun.

“Alia nak kemana?” soal Acik Su.

“sana. Nak baca novel” Alia tuding jari ke arah batu besar. Terus dia melangkah ke situ tanpa menunggu keizinan dari mama atau Acik Su.

Alia termenung sendiri. Sesekali keluar keluhan berat dari bibirnya. Sunyi. Itulah yang dirasakan sekarang. Dari atas batu besar dia memandang ke bawah. Semua ada pasangan. Dia saja yang sendiri. Abang asyik berkepit dengan tunangnya. Harith pula tak berenggang langsung dengan Qistina. Mama dan Acik Su sibuk layan hubby masing-masing. Alia?? Tak ada siapa nak layan. Di pandang novel ditangan. Baru separuh dibaca. Dia sudah tiada mood. Sunyinya. Alia bangun. Terus berjalan ke arah batu yang agak tersorok. Sedang sibuk dia mengelamun.

“hei, kenapa ni. Sorang-sorang kat sini” Asyraf menegur. Dia mengcangkung dibelakang Alia. Alia diam. Merajuk.

“Abang tanya ni. Alia dengar tak?” soal Asyraf.

“kenapa datang sini?” soal Alia.

“hi sejak bila pulak abang tak boleh datang dekat Alia ni” Asyraf tahu adiknya merajuk. Kerana terlalu seronok bersama Zulika dia terlupa pada adiknya.

“dahlah. Baik abang pergi. Biar je Alia sorang-sorang kat sini” ucap Alia.

“kenapa adik abang jadi sensitive sangat ni”
“ Alia cakap pergi” keras suara Alia. Dia tidak mahu menunjukkan rasa sedihnya pada Asyraf.

“ok. Lia tak menyesal ni. Abang pergi” terus Asyraf bangun. Malas hendak melayan angin adiknya. Datang bulanlah tu. Bisik hatinya. Perlahan airmata Alia mengalir. Kenapa abang dah tak macam dulu. Kenapa tak pujuk aku. Tiba-tiba terasa bahunya disentuh.

“pergi. Alia cakap pergi. Jangan kacau Alia. Alia tak nak abang datang dekat dengan Alia. Alia tahu, Alia dah tak guna untuk abang. Abang dah tak sayangkan Alia lagi. Abang selfish. Alia benci abang” marah Alia. Geram dihati dilepaskan. Suaranya mula serak. Alia tahu asyraf masih berdiri dibelakangnya

“semua tak pedulikan Alia. Biarkan Alia sorang-sorang. Alia tak suka.” Marahnya lagi.

“ooo mentang-mentang dah ada Zulikha, abang buat tak tahu je kat Alia ye. Alia tak nak tolong abang buat persiapan kahwin. Abang buatlah sorang-sorang.” Alia sudah mula mengarut. Nilah kalau dah marah. Semua benda keluar dari bibir comelnya. Marahkan nyamuk kelambu habis dibakar.

“Cik Alia. Yang awak marah sangat ni kenapa?” serta merta tangisan Alia terhenti. Alamak. Kantoi. Malunya. Terus airmata yang mengalir laju dilap dengan telapak tangan. Dia berpaling. Harith memandangnya pelik. Dia tahu lelaki itu mengejeknya. Suka merajuk rupanya. Aku tahu kau ketawakan aku harith. Mama alia malu’ teriak Alia dalam hati. Kalau boleh dia mahu menyembunyikan wajahnya saat itu juga.

“kau buat apa kat sini, hah?”berdongkol hati Alia.

“mama suruh panggil makan. Yang kau menangis ni kenapa?” soal Harith lagi. Kura-kura dalam perahu betul.

“jangan menyibuklah” Alia menjeling.

“tak sangka orang macam kau ni tahu menangis. Berita hangat ni. Ala… kesiannya.” Harith sudah ketawa kuat sambil tangannya menyentuh pipiku. Pantas saja aku menepis.

“diamlah.”

“mama…. Alia…” sengaja Harith menguatkan suaranya. Cepat-ceat Alia menekup mulut Harith. Dia malu kalau semua orang tahu.

“diamlah, bodoh” kan dah kena tempelak sebijik.

“Alia, Harith marilah makan ni”panggil mama.

“kejab ma” laung Alia. Alia terintai-intai kearah kelompok keluarganya.

“aww sakitlah” terus Alia larikan tangannya dari mulut Harith. Jari comelnye digigit oleh lelaki itu. Kurang asam boi betul Harith ni.

“siapa suruh tutup mulut aku” Alia pandang Harith geram. Terus Harith berlalu ke arah khemah mereka.

“Alia kenapa ni?” Ada juga yang perasan rupanya. Acik Su menghampiri. Memeluk perlahan bahunya.

“apa Harith dah buat kat Alia. Cakap kat Acik”

“apa ni, ma. Harith tak buat apa-apa pun kat dia” Harith membela. Ada senyuman sinis terukir dibir Alia. Peluang ni.

“kenapa ni?” soal mama. Alia hanya diam. Terus dia masuk ke khemah. Acik Su dan mama pandang Harith.

“Harith tak buat apa-apa pun kat dia.” Bagai seorang pesalah Harith membela diri. Alia menutup mulut menahan ketawa. Padan muka kau.

p/s : lama x post.... sorry la ye... duk sibuk kaji politik Malaysia..... hahahaha...... lalu berfikir.... masih amankah hari esok?.... masih mampukah sy berkarya dengan tenang seperti hari ini.... n masih mampukah pembaca2 blog saya membaca blog dengan tenang?????..... sedih tengok org2 kita b'pecah belah... berpuak2.... berbeza2 fhman angkara politik.....

Thursday, April 26, 2012

Skrip ROBEK


Persahabatan itu indah apabila

sahabat 1 : aku dah tak tahu nak minta tolong siapa. tak ada orang yang sudi tolong aku.

sahabat 2 : kenapa? apa masalah kau? cuba kau cerita

sahabat 1: aku perlukan duit. kalau aku tak dapat duit tu, matilah aku

sahabat 2 : dah try minta dengan kawan yang lain

sahabat 1 : semua orang tak nak tolong. tak tahu kenapa semua macam jauhkan diri..

sahabat 2 : tak apalah. aku boleh bagi tapi setakat yang aku mampu saja

sahabat 1 : terima kasih. kalau tak ada kau, aku tak tahulah macam mana.

sahabat 2 : aku tolong ikhlas. hari ni aku tolong kau. satu hari nanti bila aku susah orang lain pulak akan tolong aku.


Tapi persahabatan itu sangat menyakitkan apabila.....

sahabat 2 : aku dah tak ada duit nak bayar sewa rumah

sahabat 1 : ini mesti kau boros kan?

sahabat 2 : mana ada. takkanlah kau tak kenal lagi aku macam mana. Kau tahu kan aku bukanlah jenis yang boros

sahabat 1 : kalau tak boros, macam mana boleh habis?

sahabat 2 : terpulanglah pada kau nak kata apa. walau macam mana pun aku cakap, kalau hati kau dah tak percayakan aku, sampai bila-bila pun kau takkan percayakan aku lagi.

sahabat 1 : bukan macam tu aku cuma tak nak kau boros.

sahabat 2 : tak sangka kau masih tak kenal aku (sedih bila susah, terpaksa tanggung sendiri)

Sahabat 1 : kenapa bila susah kau cari aku?

sahabat 2 : aku atau kau yang macam tu? (hanya mampu tersenyum pahit sambil terus pergi)


Persahabatan itu bukanlah sesuatu yang kekal. kadang-kala bila angin kencang bertiup, badai menghempas ganas, ia akan pergi bersama angin dan badai itu.

sahabat 1 : aku bukan sahabat yang baik

sahabat 2 : tak apalah. aku tak harap pun kau jadi sahabat yang baik. aku cuba ingin merasai kau ada untuk aku

sahabat 1 : tapi takkan selamanya aku akan bersama kau

sahabat 2 : aku tahu. sebab tu aku belajar untuk hidup tanpa bergantung pada orang lain. aku tahu kau juga akan pergi dari hidup aku walau sekeras mana pun aku melarang sebab kau bukan milik aku.

sahabat 1 : susahkan nak jadi seorang sahabat.

sahabat 2 : tak susah. hanya perlu saling memahami. Persahabatan jadi susah bila kita tak yakin dan tak kenall siapa sahabat kita. tak perlulah kau terlalu mengejar gelaran sahabat tu sebab aku juga tidak layak untuk itu. tapi selagi kau ingat tanggungjawab kau sebagai seorang sahabat, itu sudah mencukupi bagi aku.

Sahabat 1 : maaf aku tak mampu

sahabat 2 : tidak mengapa, lakukan apa yang kau mampu. aku ikhlas berkawan dengan kau tanpa harapkan apa-apa balasan. pertolongan aku ikhlas kerana tanggungjawab aku tak membenarkan aku untuk hanya memandang seperti sahabat yang lain. aku harap kau juga begitu.

p/s : Beribu sesalan...........

Monday, April 23, 2012

Janji, Kau sayang Aku 2


Riuh rendah rumah teres 2 tingkat milik Puan Suraya. Maklumlah buat kenduri kesyukuran atas kepulangan Harith. Dari awal pagi tadi Alia sibuk membantu didapur. Selesai saja solat subuh terus datang rumah Puan Suraya yang dah dianggap rumah ke duanya. Dah macam-macam bau melekat kat tubuh. Almaklumlah nama je kenduri kesyukuran tapi dah macam kenduri kahwin besarnya. Jiran-jiran serta sanak-saudara bukan main ramai lagi turun padang.

“ma, Alia nak balik tukar baju dulu”ucap Alia.

“kamu ni bila nak kahwin Lia. Takkan tak ada lagi yang berkenan” tiba-tiba ada yang bertanya. Soalan yang paling malas hendak dijawab.

“kamu tu bukannya tak cantik. Mak cik nak pinang, kamu jual mahal” ada lagi kedengaran suara-sura yang menyakitkan telinga. Alia hanya tersenyum.

“eloklah kalau Su dengan Ila berbesan. Anak dah besar panjang. Tak payah susah-susah. Sebelah rumah je” Gulp… kahwin dengan Harith? Siapa lagi. Puan Suraya bukannya ada ramai anak. Tu jelah satu-satunya. Tak nak lah ai. Nanti hari-hari gaduh.

“Lia muda lagi”

“muda apanya dah 25. Ni kalau kahwin dah beranak pinak dah ni” Alia pandang Puan Mazila. Memohon pertolongan dari ibunya.

“biarlah dia cari sendiri. Saya ikut je. Nanti kalau ada masalah tak adalah disalahkan kita” jawab Puan Mazila.

“Mama, tembikai dah siap potong ke?” tiba-tiba Harith muncul diruang dapur.

“panjang umur kamu Harith. Baru sebut.”Mak cik tadi menyapa Harith pulak. Harith hanya senyum.

“Lia tolong hulurkan besen ni pada Harith” Puan Mazila hulurkan sebesen kecil buah tembikai yang sudah dipotong. Alia menyambut.

“ada apa mak cik sebut nama saya” isk Harith ni melayan pulak.

“kamu tu bila nak kawin?” Harith gelak.

“tak ada orang nak Mak cik. Muka tak hensome”

“Bagus sangatlah tu. Jawapan pun sepesen je. Senang-senang kamu pinang je si Alia ni. Bukannya kamu tak kenal” aku rasa macam nak cilikan je mulut mak cik ni. Sesuka hati je. Ingat aku anak kucing ke. Ngomel Alia.

“orang dah ada buah hati la”ucap Alia. Entah dari mana ayat tu datang. Tiba-tiba keluar dari mulutnya. Nasib baik perlahan.

“ye ke?” soal Harith.

“ye la. Kenapa? Kau tak percaya?” besen yang berisi tembikai kuhulurkan pada Harith.

“ada jugak nakkan anak rimau ni. Hahahaha” dia ketawa besar. Geram betul. Terus Alia berlalu. Malas nak layan. Semua orang asyik cakap apa yang dia tidak suka. Rimas.

“Assalamaualaikum mama” sapa Harith. Pipi mamanya dicium.

“baru balik Harith” soal Puan Mazila.

“a’ah. Dah lama datang?” Harith menyoal dengan senyuman pada puan Mazila.

“tak panas lagi punggung ni” balas Puan Mazila.

“Harith naik dulu, ma, acik. Nak mandi” ucap Harith.

“tapi sebelum tu, mama nak tanya sikit.”

“nak tanya apa?” Harith pandang mamanya pelik.

“Hari minggu ni free tak?” soal mamanya.

“Tak sure lagi. Kenapa?”

“mama dengan Acik Ila nak g picnic. Kalau Harith free, dapatlah kita pergi sama-sama”

“nanti Harith bagitahu balik.”

“tapi jangan tak jadi tau” puan Mazila penuh mengharap.

“insyaallah”

“hoi orang sebelah, tak reti ke bahasa ke” marah Alia. Geram benar rasa hatinya bila bunyi bising dari rumah sebelah menganggu tumpuannya untuk membaca. Novel ditangannya ditutup.

“aku punya sukalah”

“aku nak membaca la. Tolong perlahankan radio tu boleh tak.” Ni aku nak naik gila ni. Perangai tak ubah-ubah. Kenapalah bilik aku perlu bersebelahan dengan bilik dia. Dahlah suka memekak. Kalau suara macam amy search atau mawi tu bolehlah tahan. Ini suara dah macam angsa. Ish..ish sakitnye telinga aku.

“suka ati akulah. Aku beli radio ni, tak minta duit ko pun. Jadi kau tak ada share langsung tau” sengaja Harith kuatkan bunyi radio. Dia suka melihat Alia marah. Alia adalah musuh ketatnya. Walaupun sudah hampir 15 tahun berjiran tapi hubungan mereka tidak pernah baik. Ada saja yang tak kena. Alia sukakan ketenangan tapi Harith suka suasana yang bingit untuk menghiburkan hati.

“masalahnya bunyi tu masuk sampai ke rumah aku. Jadi aku pun ada hak nak suruh kau tutupkan radio buruk kau tu.”berbulu telinga Alia dengan kata-kata harith tadi.

“kalau tak nak bagi masuk, kau duduk je kat hutan. Tak ada orang kacau” laung Harith. Seronok dia melihat wajah Alia yang merah padam menahan marah.

“kau yang patut duduk kat dalam hutan. Memang dasar selfish” Alia merengus. Terus ditutup rapat tingkap biliknya.


P/S : Qaseh ...naniey penat dah perah otak buat novel.... ada 3 manuskrip yang tengah proses.... kali ini cerpen je.... buat semua .... slmt m'baca... komen plissss

Janji, Kau sayang Aku 1


Akhirnya datang jugak cuti sekolah. Mmm… bestnya dapat balik rumah’ Alia tersenyum. Sudah hampir 4 bulan dia tidak pulang ke Terengganu. Bak kata orang hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri. Lebih baiklah berada dinegeri sendiri. Sibuk dengan segala macam benda sebagai seorang pendidik di negeri orang. Pertandingan lah. Peperiksaan la. Pening kepala dibuatnya. Sudah hampir 2 tahun dia bergelar guru. Memang cita-citanya sejak kecil menjadi seorang pendidik yang bakal mendidik anak bangsa supaya terus bangun mempertahankan negara, agama dan bangsa. Cewahhh… sempat lagi berfalsafah.

“Alia dah la tu. Tengok apa lagi kat luar tu?. Jom masuk. Tak penat ke berjalan jauh?” panggil mama.

“Jap, ma. Lia nak tengok pokok bunga mama ni” ucap Alia. Puan Mazila menggeleng kepala. Tak ubah-ubah perangai anak perempuannya itu. Masih macam dulu. Degil. Tapi sudah ada anjakan paradigma pada anaknya itu, anaknya sudah bertudung sepenuh masa. Nampak lebih cantik dari dulu yang suka bergaya seperti abangnya.

“sejak bila anak mama suka bunga ni?” soal Puan Mazila.

“sejak hari ni la.” Balas Alia. Sedang asyik dia melihat kolam ikan papanya, telinga Alia menangkap bunyi enjin kereta yang memasuki halaman rumah sebelah. Tentu Pak Cik Omar dengan Mak Cik Su tu’ bisik hati Alia. Perlahan dia mengangkat kepala. Terpaku dia memandang seorang jejaka tampan berkacamata gelap keluar dari bahagian belakang kereta. Mereka saling memandang. Segera Alia larikan pandangan matanya. Tak elok pandang anak orang lama-lama.

“Ya Allah, Alia. Lama betul Alia tak balik.” Puan Suraya menghampiri pagar yang memisahkan rumah dia dan rumah Alia. Alia tersenyum manis.

“Bila Lia balik?” soal Puan Suraya.

“baru je sampai. Saja la duk luar ni. Dah lama tak tengok acik Su. Dah makin lawa” gurau Alia.

“isk, budak ni. Lawa apanya. Dah tua Lia. Lia ni suka usik Acik.” Puan Suraya senyum.

“Acik Su dari mana?” soal Alia.

“Airport. Pergi jemput Harith” ucap Puan Suraya.

‘what, lelaki hensome tu Harith?’ Alia terkejut. Tak sangka lelaki itu Harith, lelaki yang suka cari pasal dengannya. Akhirnya pulang jugak lelaki itu. Ingatkan dah tak nak balik. Bertahun-tahun di Negara orang.

“Ma, Harith lapar. Mama masak apa hari ni” suara harith mematikan terus bualan Alia dengan Puan Suraya. Harith menghampiri mereka.

“Makanan kegemaran Harith la. Acik masuk dulu, Lia. Kesian pulak anak acik ni kebulur dah” terus Puan Suraya berlalu meninggalkan Anak bujangnya bersama Alia.

“Apa pandang-pandang?” soal Alia. Harith sengih.

“yang kau perasan sangat ni kenapa. Ada aku pandang kau?” soal Harith. Alia ketap bibir geram. Mukanya merona merah. Malu. Ada saja yang tak kena kalau jumpa mamat ni.

“malas nak layan kau” terus Alia atur langkah.

“anak rimau” panggil Harith. Alia berhenti dia berpaling.

“jaga sikit mulut kau” ucap Alia.

“aku tak panggil kau pun. Aku panggil anak rimau. Kau anak rimau ke?” soal harith. Saja dia ingin mengenakan Alia. Rasanya sudah lama dia tidak mengenakan gadis itu. Sejak dia ke Ireland menyambung pelajarannya.

“Bodoh” Alia tahan geram. Pantas dia masuk ke rumahnya.

Alia duduk sendirian di balkoni rumahnya. Sesekali dia dongak ke langit memandang bintang yang berkelipan. Sudah lama dia tidak melihat keindahan dinegari tercinta. Rindunya. Alia tersenyum sendirian.

“jangan asyik dongak ke langit. Pandang juga ke tanah. Nanti kalau dah tesepak batu baru nak tengok kebawah, dah tak guna.” Eh, eh suara mana pulak tu? Apa kaitan tersepak batu dengan aku ni. Alia berpaling.

Mamat ni lagi.

“hi” ucap Harith. Alia menghadiahkan jelingan tajam.

“amboi, sombongnya.” Balas harith. Alia hanya diam. Malas hendak melayan.

“makin gemuk ko sekarang, kan” berkerut dahi Alia mendengar komen Harith. Jantan ni duk tilik body aku ke apa?. Alia tertanya-tanya.

“kau cakap apa?” soal Alia.

“Aku cakap kau gemuk. Mesti kuat makan.” Sambung Harith.

“Penyibuk. Suka hati aku la nak gemuk ke, nak kurus ke. Ko pehal?” marah Alia. Geram bila dia dikatakan gemuk. Padahal selama ini dia cukup menjaga pemakanannya. Nak kata gemuk, taklah sangat. Beratnya baru 50kg.

“amboi, makin menjadi-jadi rupanya anak rimau ni” usik Harith lagi.

“boleh tak kau jangan ganggu hidup aku.” Pinta Alia.

“mana ada aku ganggu kau”

“yang kau buat sekarang ni apa?”

“buat bodoh” balas Harith dengan sengihannya.

“kau…”

“hi Auntie” ucap Harith sambil tersenyum lebar.

“Harith. Buat apa kat luar ni?” soal Puan Mazila.

“tak buat apa. Ambil angin je” Alia mencebik mendengar alas an Harith.

“Ambil angin ke naikan angin orang.” Sindir Alia.

“Lia cakap apa tadi?” soal Puan Mazila memandang anaknya.

“tak ada apa. Lia masuk dululah ma. Panas betul kat luar ni” terus Alia melangkah masuk ke rumahnya meninggalkan puan Mazila dan Harith yang masih berbual-bual.


p/s : enjoy ur reading

Friday, April 20, 2012

Aku suka Dia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Hari ni nak kongsi cerita la dengan semua pembaca.

Dalam beberapa minggu ni asyik mengadap Running man je (realiti show korea)..... tak tahu kenapa sekarang ni duk gila tengok korea.... asyik dengar lagu korea je...... suka dengan artis korea.... hindustan?... da kurang.....

Running man....suka sangat... daripada episod pertama sampai da episod 50, saya tertarik dengan salah seorang pesertanya Kang Gary.... apa istimewanya dia?.... pada mata saya, kalau nak dilihat dari segi rupa paras, dia mungkin di kedudukan terbawah berbanding peserta yang lain....tapi apa yang buat saya tertarik padanya ialah sikapnya yang bersungguh... bersungguh meminati satu-satunya peserta wanita... Ji hyo...


macam-macam cara dia buat nak pikat hati perempuan tu..... menyakat, mengusik dan lain-lain....walaupun pada mulanya Ji hyo langsung tidak membalas tapi saya sangat suka lihat cara dia berusaha hinggalah ji hyo memberi tindak balas padanya... yang penting usaha tu taklah keterlaluan, bersahaja, selamba... tapi cukup menghiburkan hati melihat mereka.... dan akhirnya mereka di gelar Monday couple..... sweettt sangat.... (sejauh mana seriusnya hubungan mereka, saya tak tahulah. saya cakap apa yang saya tengok dalam rancangan tu... huhuhuhu)

Saya suka orang yang suka menyakat, mengusik. tak adalah 24 jam nak control macho, depan perempuan... pada pandangan saya sebenarnya perempuan suka lelaki yang suka mengusik walaupun nampak diaorang cam marah je... tp jangan tak tahu, hati berbunga-bunga... hahahaha.... Alangkah bahagianya kalau dapat lelaki yang macam kang gary.... waaaa.... (agak melampau kenyataan itu) macam je... buat yg real....hahaha

Jadi, siapa kata rupa sangat penting? sila angkat tangan. (saya selalu gak terpengaruh dengan rupa).... tapi lepas saya tengok cerita ni saya mula mengubah persepsi saya. Biarlah muka buruk macam mana pun, asalkan ada usaha, di situ pasti bertemu hasilnya..... saya cadangkan pada sesiapa yang tak pernah tengok, tengoklah running man (saya tahu saya ketinggalan zaman)... yang penting cuba tengok perkembangan hubungan antara kang gary dan ji hyo.... sweetttt gila2.....

kesimpulannya : muka x hensem + happy go lucky, sabar, caring, usaha = Dia sangat hensem di mata saya.....

p/s : sebenarnya saya nak cakap, rupa tak hensem boleh tukar jadi hensem jika perangainya hensem. tu je

Sunday, April 8, 2012

Melaksanakan Impian di Cameran Highland

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca......

gembiranya dalam hati.... hahaha... baru balik dari Cameron Highland semalam. Percutian 3 hari 2 malam di sana bersama sahabat saya yg tersayang, Cik Ecah. dari zaman sekolah lagi teringin nak pergi tapi tak ada kawan yang ingin kesana hinggalah saya sampai hajat pada 'sayang' saya (Cik ecah)... hahahha.... Sepanjang hayat belum pernah ke sana (sedihkan?).... dan Cik ecah dengan senangnya bersetuju nak pergi sebab dia cakap dia pon belum sempat jelajah Cameron Highland. Yang paling penting sebelum pergi minta izin dari mak. (nasihat saya, kalau nak jalan jauh, beritahulah orang yang terdekat dengan anda. bimbang sekiranya nasib kita tak baik, tidaklah mereka terkilan) Nasib baik mak izinkan. Kalau tak, tak merasa jugalah pergi.

Bertolak pukul 5 petang hari Jumaat... hampir 12 tengahmalam sampai ke puncak bukit. Perjalanan naik cukup mencabar dengan keadaan yang gelap dan sunyi. Jalan pun berliku-liku. risau jugalah. Alhamdulillah, saya mempunyai pemandu yang cekap. Selamat tiba dengan jayanya. Sampai je kat atas rasa sejuk. seronok. Tapi badan rasa letih sangat. Terus cari hotel untuk rehat

Pukul 10 pagi keesokkan harinya baru menjelajah seluruh Cameron Highland. first tengok view kat bawah... wowww terpukau. Kalau diberi banyak masa nak je amik laptop dan duduk cari idea kat cafe atas tu.... Feel yang sangat baik di situ. tenang dan damai merasai angin yang berhawa dingin. Ya Allah. tak terucap rasa syukur atas nikmat alam yang begitu pesona ini. sejenak lupakan segala luka dan duka.

Cameran farm yang luas

Bermula di Cameran farm --------> Boh Farm di puncak bukit ---------> berpusing-pusing mencari ladang strawberi (nak rasa sangat petik strawberi) -------->strawberi farm ---------> mencari tempat tinggal yang sedikit best dari hotel bajet -------> Natasya Resort menjadi pilihan... puas hati dia punya dengan tempatnya dan harganya juga.... mmm cukup puas hati. (terasa kaya sebentar) -------> Shopping sebelum pulang -----> pulang dengan senyuman

sekarang nak kongsi beberapa gambar dengan korang. walaupun korang rasa tak excited pon.... tidak mengapa. Asalkan nani bahagia... huhuhuhu... jom tengok gambar.

nampak tak muka teruja je petik strawberi. Setelah sehari semalam dipetik, buah ni jadi lembik dan dengan kreatifnya saya kisarkan dan buat jem strawberi... mmm...nyum...nyum... sedap.


Bersama 'sayang' saya di Cameron Farm... kesian tak ada yang nak tolong ambil gambar kami.... huhuhuhu





Kek Marble + teh float = RM 20 di nikmati bersama pemandangan ladang teh yang cukup cantik.




Natasya Resort RM 229 per day untuk weekend.... Rm169 untuk weekday..... dah rasa macam duduk rumah..... cantik dan selesa.... Kalau sesiapa mahu ke sana, menginaplah di Natasya resort, insyaallah puas hati.


bajet percutian kali ini, adalah RM400 (setelah berusaha bersungguh-sungguh mengecilkan jumlahnya)..hahaha....rasanya berbaloi-baloilah...... mmmm..... jarang-jarang bercuti, oklah tu.... biar puas hati sebab bukan selalu dapat pergi... Lagipun last year bersama rakan-rakan, nak cuba kumpulkan kenangan terindah. nanti semua dah kerja n berumah tangga tak ada lagi masa bersama seperti hari ini.

Every moment here, live to the fullest

This is the moment

For tomorrow might never be.... (Kal ho na ho)


Words are forgotten

Memories are remembered (Yaadein)

p/s : kadang-kala saya perlukan udara yang segar untuk bernafas dengan lebih baik. kadang-kala saya perlukan ketengan untuk hilangkan keresahan. dan saya sangat sukakan alam kerana mereka selalu membisikkan ketenangan di telinga saya