THANK YOU

Tuesday, November 16, 2010

WARNA HATIKU 10


“good morning Ris” sapa Ekmal ramah. Awal-awal pagi dia dah terjegat kat depan pntu pejabatku.

“good morning. Mulai hari ini jgn panggil I macam tu lagi. I ni majikan you. You should call me Puan Batrisya” ucapku tegas. Langsug tidak kupndang wajah terkulat-kulatnya. Keliru dengan perubahanku yang terlalu mendadak. Bagiku antara kami tiada apa-apa lagi. Biarlah dia bahagia dengan tunangnya. Aku terus masuk ke bilikku. Dia masih mengekoriku.

“kenapa dengan awak ni. Tiba-tiba je. Saya call awak tak angkat”soalnya.

“urusan pejabat hanya di pejabat. Tak perlu you nak call i, k. Kalau ada apa-apa tinggalkan je pesan kat setiausaha i. Tahulah dia buat kerja” fail di meja ku belek.

“what wrong?. I ada buat salah ke?” soal Ekmal keliru.

“jangan tanya i apa salah you. Tanya diri you sendiri.” Aku masih bersikap serius.

“please Risya, kalau saya ada buat silap tolonglah cakap. Jangan buat saya macam ni?” pujuknya.

“apa yang i buat, tak sekejam dan seteruk apa yang you buat pada I” marahku. Entah kenapa rasa meluat melihat wajah Ekmal saat itu. Aku benci pada rasa sayang yang menggunung dalam hati. Kenapa harus aku menyerahkan rasa sayang ini padanya.

“Saya buat apa pada awak? Saya tak faham.” Aku pandang wajah Ekmal. Geram dengan soalannya yang bagai orang bodoh.

“You sembunyikan sesuatu dari I, Mal. Kenapa you tak nak berterus-terang”

“apa yang saya sembunyikan. Tolonglah jangan main teka-teki dengan saya”

“ok. Fine. I dah tahu kenapa you tinggalkan i dulu. Puas hati you?” ujarku perlahan. Aku lihat Ekmal nampak terkejut.

“sudahlah Ekmal. I dah tak nak dengar apa-apa lagi.” Rasa sedih kembali bertandang dihati kala ini.

“mana awak ta.....tahu?”dia gugup.

“mana i tahu tak penting. Yang penting i bukanlah perampas.”ujarku memandangnya tajam. Berkerut dahi Ekmal mendengar tuturku.

“Perampas? Bila masa pulak awak jadi perampas?”

“stop it. Boleh tak you hentikan lakonan you sekarang sebelum i jadi gila?” tinggi suaraku.

“macam mana saya nak berhenti kalau saya tak faham apa yang dah terjadi. Kenapa tiba-tiba awak bersikap macam ni dengan saya?” balas Ekmal tidak mahu mengalah.

“i tak nak cakap dan dengar apa-apa dari you. Mulai hari ini dan detik ini, you adalah pekerja I and please respect i as your bos, k. Sekarang I nak you keluar dari bilik I. I ada banyak kerja.”ujarku jelas.

“but....”

“please En Ekmal. I say i have many work to do.” Ekmal menurut dengan rasa berat hati. Langsung tidak ku pandang wajahnya yang meminta simpati. Aku mengeluh berat setelah dia pergi. Tak tahu nak buat apa. Aku langsung tak ada mood untuk menyiapkan kerjaku. Fail di mejaku yang bertimbun ku pandang sepi. Aku bangun menghadap jendela. Jalan-jalan di Terengganu tidaklah sesesak seperti Kuala Lumpur. Aku memandang Bukit Besar. Cantik pemandangan yang menghijau menghiasi ruang mataku. Lama aku sebegitu sebelum keluar dari bilikku. Berjalan pantas ke bilik Tg Iskandar. Aku masuk setelah setiausahanya membenarkan.

“yes, boleh aku tolong?” soal Tg Iskandar sambil menyandar badannya di kerusi. “aku nak cuti hari ni” ucapku berdiri dihadapannya.

“Cuti? Kenapa kau sakit?” pantas dia bangun dan berjalan menghampiriku. Tangannya di letakkan ke dahiku. Ku tempis lembut.

“aku ok. Cuma tak ada mood nak buat kerja.” Terus aku berjalan dan duduk di sofa. Tg iskandar mengekori. Dia duduk di sebelahku.

“sebab Ekmal lagi?” aku diam. Malas berbicara mengenai Ekmal dalam mood aku yang kurang baik.

“kalau aku cakap sikit kau jangan terasa hati ye”

“apa yang kau nak cakap. Cakap jelah.”aku pandang wajahnya.

“sebagai kawan aku nasihatkan jangan campurkan hal personal dengan hal pejabat. Aku tak nak nanti semua kerja terbengkalai” ujar Tg Iskandar. Lembut tapi terasa seperti sindiran.

“kalau kau tak nak bagi cuti, fine. Jangan nak sindir-sindir aku pulak.” Aku melenting. Geram dengan kata-katnya. Aku pantas bangun dari sofa.

“aku tidak bermaksud begitu.”

“habis, apa maksud kau. Aku tak pandai nak handle hal aku? Gitu?”soalku berang.

“No. Sebagai bos, aku nak yang terbaik untuk syarikat ni. Aku hanya bagi kau nasihat.” Tg Iskandar memujuk.

“Syarikat ni pun harta bapak aku k” ungkitku

“aku minta maaf kalau kau tersinggung” suaranya mula mengendur. Menyedari kehangatan suasana saat itu.

“aku tak nak dengar apa-apa lagi” pantas ku atur langkah keluar dari bilik Tg Iskandar. Aku masuk kembali ke bilikku. Kucapai beg dan terus berlalu dari situ. Tak guna aku berada di pejabat kalau hati aku bukan di situ.

p/s : SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.... terima kasih krn msh trus m'yokong.......... seronoknya da dpt pulng ke kmpung.......huhuhuhu.... slmt b'cuti kpd sesapa yg tgh b'cuti.....k..... komen......jgn lupa.......

4 comments:

IVORYGINGER said...

sambung lg... :)

Selamat Hari Raya Aidiladha too... ;)

miznza84 said...

thanks nanie...
sambung lagi... tak cukup ni...

MaY_LiN said...

bile ris nak sedar ni..
is makin menggoda yea

Zass said...

ish... geram sgt2 ngan batrisya ni... x leh ke x bertekak? kalau mati nanti.. tanpa diredhai suami...kan naya tu?
well... all the best nani.... good job!!!