THANK YOU

Sunday, November 14, 2010

Senandung Kasih, Rinduku yang Jauh

Terasa jahilnya diri kita………

Bila kita bertutur hilang agama dalam kata-kata…….

Jahilnya kita……

Bila merasakan perbuatan kita hebat tapi hilang adab dalam kenikmatan

Jahilnya kita……..

Menuding jari mencontohi kelakuan syaitan…..

Jahilnya kita………

Bila halal haram disepak terajang…….

Jahilnya kita……..

Pandangan barat jadi panduan hidup di alam ciptaan tuhan….

Betapa jahilnya kita…..

Hukum Allah di jadikan mainan……..

Hukum dan adab dicampak dibuang….

Hidup jadi rancak tanpa tegahan mak bapak….

Hidup tidak lagi berpegang pada sunnah dan hadis…..

Jika cumbuan dan pelukan jadi mainan mata……

Lantaklah apa yang orang nak kata…..

Asalkan kita bahagia…..

Tapi jangan lupa……

Ada yang murka……

Dengan perbuatan kita…….

Biar kita menangis di dunia ini…..

Selagi airmata mampu membasuh dosa….

Jangan meraung di dalam sana…..

Kerana sesalmu tiada guna….

Hidup ini jangan suka berbuat dosa….

Kelak kau yang sengsara….

Kembalilah kita pada sang pencipta…

Mengenal apa ertinya cinta…..

Pada Dia cinta yang kekal abadi.

Kekal didalam diri….

Kdg2 pns juga hati baca artikel kt mne2 page…… kelakuan sumbang macam dah tak ada apa-apa. Siapa tuduh lagi kenapa orang tu buat, korg tak ambil tahu pun, kenapa?? Kenapa?? Yg menyakitkan hati tu yang buat buknnya siapa, orang melayu…. Ya Allah…. Inilah dia jahiliah zaman siber. Bila bercakap dah tak kenal hukum hakam dah. Lantaklah. Cakap je. Tegakkan benang yang basah selagi mampu…… benarlah penjajah berjaya membawa misi mereka ke tanah melayu…… hidup kita di bumi Malaysia ini beragamakan islam, tapi cara hidup kita jauh terpesong dari agama….. Allah…. Ampunkan kami Ya Allah… kenapa??? Kenapa???

Sama-sama kita merenungkan diri…… kembalilah pada jalan tuhan mu….. sesunggunya Dia maha pemurah lagi maha pengasihani…….. Dialah Ar-Rahman…….. dia memberimu pancaindera untuk kau menilai….untuk kau tunduk dah patuh padaNya…. Bukan melakukan kemurkaan dan kecelaan. Sungguh aku khilaf dalam meniti hidup ini sendiri…… sama-samalah berpesan pada kebaikan…. Moga kita jauh dari ke sesatan…….

‘Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepada Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran ‘ (SURAH AL-BAQARAH, ayat 186)

Sama-sama renungkan…..

p/s : senandung kasih, rinduku yang jauh tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggalkan alam fana.... sekadar curahan hati yg ingin dikongsi bersama......

No comments: