THANK YOU

Monday, November 30, 2009

Pilihan


“Mail, Jom kita pergi main.” Ajak Su.

“nak main apa?” soal Mail sambil membaiki cermin mata yang hampir jatuh.

“kita main layang-layang nak? Abah Su ada buat layang-layang” Su tunjukkan layang-layang yang berada di beranda rumahnya.

“nak. Tapi nanti ajak Nomi sekali ye” ujar Mail. Sambil tersengih. Su diam. Bukan dia tidak tahu perangai kakaknya itu. Kakaknya manalah suka kat mail. Yelah, mail ni selekeh. Baju comot dengan cermin mata besarnya.

“Kak Nomi sibuklah. Kita main berdua jelah ye” ajak Su. Kali ni Mail pulak diam. Tak seronoklah tak ada Nomi. Entah kenapa Mail suka sangat bila Nomi ada. Mail tak kisah Nomi marah dia. Memang Dia suka usik Nomi.

“Su Tanya lah Nomi dulu” rayu mail. Nak tak nak Su panjat tangga ke dalam rumah papan.

“kak Nomi nak main tak?” soal Su.

“main apa?” soal Nomi malas. Dia sedang asyik menonton kartun di televisyen.

“layang-layang”

“dengan mail?” Su angguk.

“tak naklah. Tak suka” balas Nomi.

“tapi, Mail ajak Kak Nomi main sama”

“aku tak naklah. Kau pergi cakap kat mail tu, aku tak suka main dengan dia” Su diam. Tak tahu nak cakap apa.
**********************

“ Su, mengelamun ye?” soal mak. Pantas Su ukirkan senyuman. Teringat zaman kecilnya. Ketika itu umurnya baru 9 tahun. Asyik dia je jadi orang tengah untuk Nomi dan Mail. Selalu dia yang jadi mangsa kena marah dengan Nomi.

“Ni ada surat untuk Nomi” mak hulurkan sepucuk surat pada Su. Surat yang dinanti. Lihat saja cop pada surat itu. Kuala Lumpur. Dia sudah tahu siapa pengirimnya. Tentulah Mail. Waktu Su umur 10 tahun, mail pindah ke Kuala Lumpur ikut keluarganya. Maklumlah ayahnya dapat kerja di sana. Apa khabarlah mail sekarang. Dah hampir 2 bulan tiada khabar berita. Pantas sampul surat dibuka. Su ingat lagi kali pertama surat Mail untuk Nomi tiba, terus Nomi campak dalam tong sampah. Tengok saja nama Mail dia sudah benci. Meluat dengan budak hingusan seperti mail. Tanpa pengetahuan Nomi, Su kutip surat itu dan membalasnya hingga kini. Mail pun tak tahu siapa yang membalas suratnya kerana di setiap surat di catatkan nama Nurul Rozaimi a.k.a Nomi.

“Mak!!” terjerit Su membaca surat dari Mail. Mak yang asyik menyapu sampah terkejut.

“kenapa Su? Soal mak dengan penuh perasaan risau.

“tak ada apa-apa mak?” Su kembali menatap surat di tangan.

‘ nak balik kampung, minggu depan? Nak jumpa aku’ dia mengulangi ayat itu beberapa kali.

Matilah aku kali ni. Macam mana kalau dia tahu, bukan Kak Nomi yang balas surat dia? Mesti dia marah. Aduh. Kalau aku cakap kat kak Nomi mesti kak Nomi pulak marah aku. Apa yang kau dah buat ni Su. Kusut. Kusut kepala aku.
***********************

Su tarik nafas lega. Puas dimarah dan diherdik oleh Nomi, barulah gadis itu setuju. Selesai satu masalah. Esok ada lagi satu masalah. Jumpa Mail. Macam mana agaknya rupa dia? Dah hampir 15 tahun dia tidak jumpa Mail. Dia cam aku lagi tak? Su berangan sendiri. Mesti dah tak kenal.
Su bersiap ala kadar. Dengan baju kurung warna hijau dan tudung di pin kebawah warna hitam. Memang selalu pun Su pakai macam tu. Letak bedak sikit dan dioles pelembab di bibirnya. Cermin mata disarung kewajahnya. Setelah puas hati dengan penampilannya, dia mengetuk bilik Nomi.

“Akak dah ke?” soal Su.

“bisinglah” marah Nomi dari dalam. Perlahan Su buka pintu. Su pandang Nomi yang sedang membetulkan tudung di kepala. Gadis itu cukup bergaya dengan blaus warna putih dan seluar slack senada dengan bajunya. Kak Nomi Nampak cantik di tambah dengan adanya makeup yang menyerikan lagi wajah nomi. Memang Su akui, kakaknya itu memang pandai bergaya. Kalah mak datin.

“cepat sikit, kak. Kita dah lambat” ucap Su.

“kau tak Nampak ke aku buat apa ni. Bising la”Nomi bagi jelingan maut pada Su.

“Su tunggu kat kereta ea” perlahan Su melangkah turun ke kereta myvi miliknya. Duit hasil titik peluhnya sebagai seorang pendidik. Kata mak orang rajin pasti Berjaya. Dan Su telah buktikan. Dan kak Nomi, dari dulu sampai sekarang kerja kat kilang batik yang terletak berhampiran rumah. Dulu malas belajar. SPM tak payah cakap. Semua atas tong. Cukup-cukup makan. Lagipun Nomi dah malas nak sambung belajar. Tak kisahlah, asalkan tak jadi perompak, pencuri. Sudah.

“ni pasal senyum sorang-sorang? dah tak sabar nak jumpa buah hati?” sindir Nomi. Aku hanya mampu tersenyum. Terus Myvi ku meluncur laju ke Bandar Kuala Terengganu. Hati Su makin kuat berdetak.

“so, si Mail tu kerja apa?” soal Nomi.

“mmm. Su tak pastilah. Tapi dia cakap dia buat bisness.” Jawab Su. Memang Mail jarang menceritakan mengenai pekerjaannya dalam surat-surat yang dikirim. Hanya banyak mencurahkan masalah dan meminta pendapat. Tak lupa juga rasa sayangnya buat Nomi. Su mengeluh.

“entah ye ke tak buat bisness. Mail tu pandai ke benda-benda camtu. Dari sekolah lagi lembab” Nomi mencebik. Tidak percaya.

“entahlah, kak. Rezeki masing-masing” ucap Su lembut. Biarlah apa yang Nomi mahu fikirkan yang penting satu bala dah lepas.
*******************************
Dari jauh Su Nampak dua jejaka sedang menanti. Seorang bewajah kacak memakai kemeja ungu dan jean dan seorang lagi Nampak santai dengan t-shirt biru dan jeans. Muka boleh tahanlah. Sedap mata memandang. Su cuba meneka.

“Hi” sapa pemuda yang pakai baju biru. Su senyum. Nomi asyik pandang pemuda yang satu lagi. Yelah, perempuan mana yang tak tertarik dengan paras rupa yang kacak.

“lama kita tak jumpa” tegur pemuda yang pakai baju biru lagi. Su yakin itulah Mail. Dah berubah dia sekarang. Kalau dulu bertubuh gempal, kini sudah menjadi pemuda yang segak. Kalau dulu baju comot kini dah Nampak kemas. Tapi yang tak berubah masih lagi bermata empat. Dia sudah pandai bergaya sekrang. Detik hati Su. Tak macam dulu lagi. Nomi senyum segaris.

“dah lama tunggu?” soal Nomi.

“tak lama sangat” jawab Mail sambil merenung lembut ke wajah Nomi. Nampak sangat dia masih meminati gadis itu walau bertahun sudah berlalu. Su hanya mampu ukirkan senyuman di belakang Nomi.

“Hi, Su.” Tegur Mail.

“Assalamualaikum” su menghulur salam. Tersipu-sipu Mail.

“waalaikumsalam. Eh, jemput duduk. Lupa pulak” su dan Nomi melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan dua jejaka tadi.

“kau tak nak kenalkan ke?” Nomi melirik anak mata kea rah pemuda yang sejak tadi diam dan hanya memandang.

“oh, Ni Jefri. Jef, nilah orang yang aku selalu cerita tu, Nomi” Mail memperkenalkan. Selamba Jefri menghulurkan tangan. Nomi juga dengan selamba menyambut.

“nice to meet you” ucap Jefri. Nomi tersenyum manis.

“ni pulak Su, adik Nomi” Mail kenalkan aku pula pada Jefri. Aku hanya mengukir senyuman.

“hi.” Hanya itu yang diucapkan kepadaku.

“So, kenapa you tiba-tiba balik ke sini” soal Nomi.

“saja. Rindukan you” uweekk. Nak termuntah Nomi mendengar ucapan rindu dari mail. Entah kenapa dari dulu lagi dia alegik pada Mail. Nomi tunjuk muka selamba.

“Mak Jah dengan Pak Sob sihat?” soal Su. Memulakan perbualan.

“Mak dengan ayah sihat. Mak dengan abah Su?” soal mail pada Su.

“Alhamdulillah. Su buat apa sekarang. Dah jadi doctor?” soal mail. Su tersengih sambil menggeleng.

“ingat lagi pada cita-cita Su ye. Tak ada rezeki. Su jadi Cikgu je”ucap Su.

“Ok la tu.”

“you kerja apa?” soal Nomi.

“mmmm, i…i… I kerja kat Restoran” ucap Mail.

“pelayan?”

“up sikit”

“Manager?” Mail senyum dan angguk.

“oklah. Taklah teruk sangat. You?” soal Nomi pada Jefri.

“dia… dia bos I” pantas Mail tolong jawabkan sebelum Jefri buka mulut. Nomi ukir senyuman manis. Bos? Bunyi macam kaya je.

“You buka restoran apa Jef?” soal Nomi pada Jefri.

“Restoran nasi kukus” selamba Jefri menjawab.

“dulu Mak Jah suka buat nasi kukus kan” Su mengingat kembali peristiwa lama.

“Su ingat lagi?” mail menumpukan perhatian pada gadis di depannya. Gadis itu tak banyak berubah. Masih sama macam dulu. Suka mengalah dan lemah-lembut. Tapi sekarang wajahnya Nampak lebih matang. Yelah dah jadi anak dara pun.

“apa tak ingatnya.” Su balas pandangan Mail. Tapi tak lama sebab hatinya berdebar-debar. Sepetang itu mereka mengisi masa dengan sesi soal jawab. Yang pasti Nomi begitu teruja untuk mengenali Jefri daripada Mail.
*******************************

Su sibuk mengutip buah mangga yang dikaitnya tadi. Seronok kalau dapat makan mangga waktu petang sebegini. Penat seharian di sekolah bukanlah alas an untuk Su membuta pada waktu petang. Dia lebih suka berehat dipara dibawah pohon mempelam sambil lihat sawah padi yang terbentang luas di depan rumah. Tiba-tiba sebuah kereta Honda City memasuki perkarangan rumah. Su hanya memandang. Entah siapa yang dating ke rumahnya waktu begini.

“Assalamualaikum”

“waalaikumsalam” Su membalas. Mail tersenyum memandangnya.

“datang nak jumpa kakak ke?” soal Su.

“lebih kurang macam tulah. Tapi selebih nak melawat jiran lama. Mak ayah Su ada?”

“mak ada kat dapur. Abah tak balik lagi. Kakak pun tak balik lagi. Hari ni dia kerja syif petang” jawab Su. Mangga di tangan diletak atas para. Mail hanya memandang.

“nanti Su panggil Mak”

“kejab Su” Su pandang Mail.

“Nomi tu, dah ada boyfriend?” soal mail. Su angkat kening.

“entah. Tanyalah dia” Su sendiri tak pasti sebab Nomi selalu bertukar-tukar lelaki. Hari ini orang lain esok orang lain lagi. Sampai Su pun tak tahu yang mana satu yang special bagi Nomi.

“kenapa Tanya?” soal Su. Mail geleng.

“saja. Kalau abang nak mintak tolong, boleh tak?” soal mail. Abang? Gulp. Pertama kali perkataan itu keluar dari mulut mail. Agaknya dia anggap aku adik dia kot. Lagipun memang mail tua 3 tahun dari Su.

“insyaallah. Kalau boleh su tolong.”

“kalau macam tu, Su pergi siap. Abang nak bawak Su pergi satu tempat” Su tunjuk muka keliru. Mail hanya tersengih.
*****************************************
“apa semua ni Mail?” soal Nomi. Cincin di tangan dibelek berulang kali.

“you suka cincin ni?” soal Mail. Bersusah payah dia bertanya pada Su tentang citarasa Nomi.

“I Tanya you apa semua ni?” Nomi dah mula panas melihat senyuman Mail.

“I nak pinang you. Sudi tak you jadi isteri i?” Mail pegang tangan Nomi. Dipandang anak mata galak itu.

“you gila ke?” pantas tangan Nomi ditepis.

“I tak gila. Serius. I cintakan you.” Ucap Mail. Dia yakin.

“tapi I tak cintakan you, mail” ucap Nomi.

“tapi selama ni, dalam surat-surat you tu apa?” Mail terkejut dengan kenyataan Nomi. Selama ini seringkali Nomi mengatakan sayang dan rindu dalam coretannya.

“biarlah I berterus-terang dengan you. I sebenarnya dah hampir lupa siapa you. I tak pernah terima pun surat you. Kalau ada pun I dah buangkannya dalam tong sampah. Dari dulu lagi I tak sukakan you, Mail. You tak faham-faham lagi ke?” ucap Nomi. Mail terpana.

“habis selama ni, siapa yang balas surat I kalau you kata you tak pernah terima?” hampir tersembul biji mata Mail merenung Nomi. Rasa marah tiba-tiba datang.

“Su. Selama ini you dah dibodohkan oleh dia. Takkan you tak rasa pelik, bila I balas surat you. Nak main dengan you pun I tak nak masa tu” Nomi sudah tidak fikir panjang. Dia serabut dengan tingkah Mail yang suka mengganggu. Rimas. Kalau Jefri tak apalah.

“dahlah, I nak balik. Penat” bentak Nomi. Dia masuk ke perut Honda City milik Mail. Mail terdiam. Langsung tak keluar sepatah kata dari mulutnya sepanjang perjalanan. Terasa diri bagai di perbodohkan.
*****************************

Su hanya memandang Honda City yang masuk ke perkarangan rumahnya. Sudah tahu siapa gerangan yang dating. Novel ditangan di tutup. Bersedia menerima tetamu.

“dah balik kak” Su menyambut. Nomi hanya menjeling. Terus dia masuk.

“masuk dulu, bang Mail” pelawa Su. Mail pandang Su. Tajam sekali pandangannya. Hendak saja dia memuntahkan kemarahannya pada Su.

“kenapa pandang Su macam tu?” Su dah mula kaget. Tidak pernah dia dipandang dengan pandangan sebegitu.

“sampai hati Su buat abang macam ni?” hanya itu yang lahir dari mulut Mail sebelum dia meninggalkan Su. Su pelik. Tidak faham apa sebenarnya yang terjadi.
**************************

Su berdiri betul-betul didepan Restoren Nasi Kukus. Dia perlu berdepan dengan Mail. Sudah hampir seminggu dia mencari pemuda itu. Selepas malam itu, Jefri kata Mail terus pulang ke Kuala Lumpur. Melalui alamat yang diberikan oleh Jefri, dia datang mencari Mail.

“boleh saya jumpa Encik Ismadi” Su Tanya pada pelayan di Restoren itu.

“Dia tak ada. Tapi kalau Cik nak jumpa dia, Cik boleh tunggu. Sekejab lagi mungkin Encik Ismadi sampai” pelayan tadi bawa Su ke ruang menunggu.
Lama Su menunggu disitu. Hampir satu jam. Tapi Mail masih belum muncul.

“Bos, ada orang tunggu”

“Siapa?” Su kenal suara itu. Hatinya berdebar-debar.

“Assalamualaikum. Boleh saya….” Kata-kata Mail terhenti apabila wajah gadis itu jelas dipandangannya. Terus dia melangkah meninggalkan Su.

“Mail, tolong dengar penjelasan Su dulu” rayu Su. Langkah Mail terhenti.

“Su nak kata apa lagi. Su dah malukan abang. Su dah perbodohkan abang. Abang maulu tau tak” Mail cuba kawal suaranya.

“please dengar dulu” rayu Su.

“abang tak nak dengar apa-apa. Abang nak Su balik” Mail terus masuk ke ruang kerjanya. Su mengekori.

“Su tahu Su salah. Tapi Su ada sebab buat semua tu”

“apa sebabnya. Kesian?. Abang tak perlukan simpati sesiapalah Su. Abang kesal dengan sikap Su” marah Mail. Kecut perut Su. Tak pernah dia melihat Mail marah.

“Su tak nak abang kecewa” Mail ketawa. Kelakar jawapan yang diberi.

“Su tak nak abang kecewa? Now, abang bukan je kecewa tapi abang rasa benci. Benci pada Su” tersentak Su mendengarnya. Tanpa sedar airmata mengalir dipipi.

“Sampai hati abang. Ni ke balasan yang Su harus terima hanya untuk menjaga hati abang?”

“kenapa Su nak sangat jaga hati abang? Su dah desperate sangat nak ada pakwe?”ucap Mail lancang.

“Abang!! Tak pernah terdetik sedikit pun dihati Su nak buat abang macam ni. Tapi tuduhan abang tu terlalu kejam.” Mail meraup wajahnya. Cuba menenangkan diri.

“Su minta maaf. Su tak berniat nak buat macam tu” pantas Su berlari keluar dari restoran itu. Hatinya terluka kini. Niatnya untuk mengembirakan hati Mail tapi dia silap langkah. Akhirnya perbuatannya memakan diri sendiri. Namanya langsung tiada dihati mail. Mail hanya cintakan Nomi. Walau sebanyak manapun dia bekorban, hati lelaki itu tak mungkin beralih
****************************

“Su, semalam ada orang risik, Su. Su macam mana?” soal Mak. Su diam. Kalau diikutkan ini adalah risikan yang ke 5. Selama ini dia setia menantikan Mail. Tapi kini, dia takkan menunggu lagi.

“Su terima” putus Su. Tidak mahu lagi berfikir panjang. Biarlah apapun yang akan terjadi.

“Su fikirlah dulu” pujuk mak. Tak yakin dengan jawapan Su. Selalunya bukan main lagi dia menolak. Pelbagai alas an diberikan. Tapi kali ini terus saja terima. Pelik.

“Su dah kata. Su terima.” Wajah Su serius. Dia takkan berganjak dengan keputusannya.

“Su yakin?” Su angguk.

“kalau mak rasa itu yang terbaik, mak terimalah”

“baik. Minggu depan diaorang datang meminang” ada garis senyuman di bibir mak. Riuh suara mak mengkhabarkan berita itu pada ayah dan seisi rumah. Su hanya berdiam diri di ruang bilik. Ada air jernih yang mengalir dari kolam matanya.
*************************************

“Terima kasih sebab terima lamaran saya” ucap Jefri. Pertama kali dia memandang Syuhada hatinya sudah terdetik rasa kasih untuk gadis itu. Gadis yang sederhana. Walaupun tidaklah secantik mana tapi tetap sedap mata memandang.

“kenapa awak nak buat macam ni? Kakak saya macam mana?” soal Su. Dia juga terkejut menerima panggilan dari tunangnya. Tidak disangka Jefri yang menjadi tunangnya.

“saya sukakan awak. Sejak kali pertama saya pandang awak.” Ucap Jefri.

“awak tak faham Jef” Su rungsing. Sejak Nomi tahu Jefri bakal menjadi adik iparnya perangai kakaknya makin menjadi-jadi. Balik lewat malam. Barannya juga makin menjadi. Pantang ditegur terus saja melenting.

“memang saya tak faham dan saya tak nak faham apa-apa. Yang saya faham, saya sukakan Nurul Syuhada bukan Nurul Rozaimi.”

“awak tahu tak awak ni selfish?” entah mengapa Su rasa geram.

“awak juga sama saja Su” balas Jefri tenang. Selamba riak diwajahnya.

“apa maksud awak?” soal Su.

“Awak sedar tak yang awak juga telah patahkan hati orang.” Ucap Jefri. Su terdiam.

“Kita sama je Su. Awak kena belajar sayang diri awak dulu Su. Saya nak ajar awak macam mana nak sayangkan diri sendiri. Tak payah fikir orang lain. Sebab orang yang kita fikir tu, tak pernah fikir pun perasaan kita. Betul tak?” Su terdiam. Ada benarnya kata-kata Jefri. Teringat dia pada Mail. Bersusah-payah dia ingin menjaga hati lelaki itu, tapi akhirnya dia dituduh yang bukan-bukan. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu.

“So, sudi tak awak kahwin dengan saya?” soal Jefri. Su diam. Hatinya berbelah bagi.

“saya akan bahagiakan awak” su pandang wajah Jefri. Nampak kesungguhan lelaki itu. Sampai bila aku harus tunggu Mail. Sedangkan sudah terang-terang dia menolakku. Ada baiknya aku menerima orang yang sudi menyayangiku daripada aku terus memeluk bayang-bayang mail. Tapi andai aku memilih Jefri, pasti Nomi akan terluka. sedangkan aku tahu Nomi benar-benar menyukai Jefri.

Tolong Jawab :

Andai kata anda adalah Nurul Syuhada aka Su, adakah anda akan terus memujuk dan menanti Mail atau anda terima saja Jefri yang memang tulus menerima anda walau siapa anda atau mungkin anda ingin terus bekorban. korbankan apa saja demi saudara kandung anda Nomi. mana satu pilihan anda Mail, Jefri atau Nomi???????. Anda hanya boleh memilih salah seorang daripada mereka bertiga. Anda mesti sedar akibat yang akan anda terima atas pilihan anda. Anda sendiri yang memilih. fikir masak-masak dan buat pilihan yang tepat. Anda tentukan kesudahan cerita ini.......


p/s: tlg jwb ye

21 comments:

Mia Arisya said...

macam nk su dengan jeff...
reason...kekadang kita kna pentingkan diri gak...huhu...cm kejam la plak...

tapi kalo su ngan mail pun ok...sebab rasanya su sayang mail ni...

haha...pening dh...

Anonymous said...

ngan jeff laaa...
mail sombong...x reti nak menilai perasaan orang
biar dier rase kehilangan cket...hehehehe

nurul 0_^

miza said...

rasanya biarla ngn jeff je.. bila dh dekat nk hari kwin.. baru mail sedar dia pun suka su..tp dh terlambat...su bahagia dgn jeff..

Anonymous said...

rsenyer baex dye ngn mail...
lgp0om dye mmg suke kt mail dr dulu ag!
s0,she deserve it...
n mail sh0uld kn0w yg su tuhs
suke kt dye...
h0pe...
pe2po0m epy endim~
hehehe...

~lollip0p~

Anonymous said...

saye rase it's better to be grateful...kalo saye di tmpt su,saye akan pilih jefri...kte xperlu tunggu sesuatu yg belum pasti...kalo su x cintakan jefri...cinta tuh bole disemai selepas kahwin..it's not impossible....

pasal nomi tuh, kalo dilepaskan jefri pd nomi...ade ke jaminan yg nomi akan bahagia? dah tentu x cz jefri bknnye suke pd nomi....jz in case nomi ngn jefri kahwin...rase cinta jefri pada su ade kemungkinan akan merosakkan rumahtangga dorg gak...so, nomi mmg xde future ngan jefri...

pasal mail plak, xperlu ditunggu org yg dah membuang kte...kalo su cintakan mail,tp mail blom tentu sygkan su....towards the end su gak yg merana.....jz in case mail nak masok meminang su, baik tolak mentah2 jer....he deserves no 2nd chance.....

Anonymous said...

amboi naniey nak buat kuiz ke? dapat hadiah ke kalau jawab
jangan pilih dua2, pilih je org lain, itu lebih baik.
su dan nomikan adik beradik, tak payah lah gaduh2 nak berebut lelaki, lebih baik putus cinta daripada putus saudara

Anonymous said...

takyah kesiankan sesiapa. baik la kesiankan diri sendri dulu. biar la su dgn jef.

Yeen said...

Buat sembahyang isthikarah....Mohon pada ALLAH...

Anonymous said...

pilih jefri la....

in_wired88 said...

ngan jeff

akira_toriyama said...

klo sy kat tmpat su, sy akan tggu mail....tp sy kene pk setiap baik buruknya...sy akan terpk..adakah mail tu sanggup menerima su dn duduk sebumbung ngn nomi sebagai kakak ipar?? sanggup ke su menerima mail selepas ape mail buat n cakap pada su??

klo ngn jeff plk, kemungkinan su akan bahagia....

keSENGALan teserlah.. said...

dgn jeff..
kalo dgn jeff,,hati nomi je terluka..
tp kalo dgn mail,,mybe byk hati terluka..
hati jeff,,hati su sbb mail takde hati ngn su..
n mybe hati mail sndiri sbb jdik adik ipar kpd wanita yg dia cinta iaitu nomi..
so,better ngn jeff..lagipon,,jeff cm sweet je..
hehe..sesuai ngn su..

ShAh said...

with jeff...kdg2 kita perlu menangkan hati sendiri dari terlalu menjaga perasaan org lain,lgpun tak semestinya dgn menajaga hati org lain, kita akan bahagia

fiza said...

sy ske su ngn jeff..blh bcinta lps kwin...lg sonok..biar pdn mke mail..sape surh tolak mentah2 cinta su tu...pape pn wish su ngn jeff gak...gud luck writer....

ema said...

lau sy mst la sy nk su ngan jeff sbb biar la kita pilih org y syg kita sbb org tu akn jg kita....
pasl nomi ngan mail tu biar la dia org cr cinta dia org sendiri...
ne lathu t satu ari mmg dia org berdua ada jodoh...
n ms tu su tentu dah bahagia ngan jeff,,,,,

jeff pilih su sbb su mmg pilihn y dia cr so btpe su nk tggu mail sedg kan mail x nmpk ape y su bt selama nie....


sy hrp su pilih jeff n bahagia tuk selama nye...

daaaaaaaaaaaa........

fzm2 said...

hurmmmmmm..k0mpius laa
kal0 ngn mail,sure mcm
kena amek mse utk mail bt0l2
syg su..kal0 ngn jeff,nnty
n0mi plak yg bmusuh ngn su..
haish! tatw laaaa

princess shinita said...

klu saya jd Su..saya akan pilih Jeff. Mmg Su suka ngan Mail, tp klu dah dituduh terdesak sgt nak ada pakwe,itu dah menghina namanya. Kadangkala dlm hidup ini kita kena jugak bersifat pentingkan diri sendiri. Sampai bila nak jaga hati org,sampai hati sendiri tak terjaga. Apa2pun,mintalah petunjuk dari Allah.

Anonymous said...

Yg pasti ngan Jeff la, kan Jeff 2 lagi kacak hehehe.....
tapikan Mail 2 saje ke nak uji Nomi kate die pelayan hah???

Nuril :=)

sinichies_girl88 said...

dengan jeff...
cz lbh baik kita trma org yg menyayangi kita
dari kita sayang kan org..
kan...kan...
itu lbh membhgiakan kita dari kita merana menunggu cinta y blum tntu kunjung jua dihati org yang kita tunggu slma ini..
huuhuh
* su + jeff=happy ending...*
:)

Anonymous said...

wif jeff...buat ape nak terhegeh-hegeh pada yang x sudi..lebih baik semai kasih pada yang memberi..heh.. keep up ur good work sis-wa

saadiah~~ said...

kalo sayer..sayer pilih jeff..
lebih baik kiter bersame org yg sayangkan kiter daripada bersame org yg kiter sayang tapi org tuh takde pape perasaan kat kiter..
mmg cinta tuh tak bole dipaksa tapi bole dipupuk kan..
so,better su ngan jeff je..
hohoho...