“Lin, dah habis kerja belum?” soal tengku Badriah saat bertemuku di hadapan lif.
“dah” jawabku ringkas
“jom ikut bonda shopping barang hantaran. Banyak lagi barang yang bonda tak beli” ucap tengku Badariah. Semenjak Tengku Hairil bersetuju nak bertunang, hubungan aku dengan Tengku Badriah makin rapat. Dari bahasa saya dah tukar jadi bonda. Alhamdulillah, orangnya tidak menyombong diri dengan kekayaan.
“baik tengku” balasku. Aku hanya menurut. Apa salahnya jadi peneman.
“bonda, tak tahu nak cakap kat Lin. Lin, dah banyak bantu bonda. Bonda doakan mudah-mudahan suatu hari nanti Lin akan bertemu jodoh yang lebih baik dari Aril” ucap tengku Badriah saat kami sama-sama melangkah masuk ke shopping kompleks.
“saya tak buat apa pun” ucapku.
“bagi bonda, Lin yang selamatkan syarikat tu. Tanpa bantuan Lin, mungkin sekarang syarikat bonda dah tak ada” balas Tengku Badriah.
“tanggungjawab saya Tengku. Sebagai pekerja. Sekarang ni tengku nak beli apa dulu?” soalku. Malas nak touching-touching. Nanti tak pasal-pasal airmata meleleh. I ni anak mithali tau. Tak naklah tengok seorang ibu menangis. Walaupun Tengku Badriah bukan ibu aku. Tapi kalau ikut-ikut ex bakal mertua. Hihihihi… dah tak ada rezeki dan beribukan kerabat raja ni. Tulah jual mahal sangat. Korang jangan nak gelakkan aku k.
“kita tengok-tengok dulu. Pilih mana-mana berkenanlah ye” ucap tengku badriah. Aku hanya mengekori langkahnya. Memberi pendapat bila diperlukan. Dan mengangguk bila di Tanya cantik tak?. Rasa dah naik lenguh pusing satu shopping kompleks.
“apa pendapat awak tentang kasut ni, Lin. Ok tak dengan mallisa?” soal tengku badriah padaku. Aku angguk. Daripada pendapat yang panjang berjela-jela dah tinggal anggukan je. Bukan kaki je penat. Mulut pun sama-sama penat.
“penat sangat ke, Lin?” soal tengku Badriah. Alahai tak Nampak ke aku dah tersadai kat tepi kedai dengan muka berkerut ni. Lagi mau Tanya. Tapi aku senyum jelah. Tak boleh tunjuk sangat penat tu. Kecik hati orang tua. Macam mak aku cakap adab berguru. Kalau macam mana letih dan mengantuk pun bila dengar guru memberi ilmu, jangan tunjuk depan-depan. Terasa hati guru. Apa kaitan pulak dengan berguru ye. Sebenarnya konsepnya sama saja. Tapi situasinya sahaja yang berbeza. Yang penting adab.
“Jom saya belanja awak minum. Dah macam orang tak makan awak ni” tengku badriah terus tarik tanganku ke food court. Alhamdulillah akhirnya bonda memahami. Thank you bonda. I love you. Aik..lebih-lebih pulak. Bonda tak jadi. Tapi apa pun dia still majikan aku yang baik hati. Tak pilih bulu.
“assalamualaikum” sedang enak kami menjamu selera ada pulak suara yang menegur dari arah belakangku.
“waalaikumsalam. Tan Sri, buat apa kat sini?” soal Tengku Badriah. Aku bangun mengikut tingkah tengku Badriah. Mataku terpaku pada seraut wajah lelaki separuh umur di hadapanku kini. Mata bertentang mata. Namun tiada satu kata yang lahir dari kotak suara.
“Lin, kenalkan ni Tan Sri Idris, papa Mellisa” ucap Tengku Badriah. Aku ukirkan senyuman.
“apa khabar Tan sri?” soalku.
“baik, Lin?”
“you kenal Lin?” soal Tengku Badriah.
“mmm..”
“Lin pernah jumpa Tan Sri waktu seminar Pengurusan tahun lepas” balasku memotong kata Tan sri Idris. Perlahan lelaki itu mengukir senyuman dan mengangguk.
“k. I ada hal. Jumpa lagi” ujar Tan sri idris terus berlalu dari situ. Lega sedikit rasa hati. Maklumlah tadi berdepan dengan orang kenamaan. Cuak la jugak. Jom sambung makan. Nyum..nyum.. sedapnya.
**********
Dalam pekatan malam aku melangkah. Hatiku pilu. Sungguh aku tidak berdaya berbohong pada diri sendiri. Aku tak sanggup melihat cincin berlian itu tersarung pada jari Tengku Malissa.
“bahaya sorang-sorang dalam gelap ni” aku terkejut. Suara itu mengejutkan aku. Aku berpaling. Pantas airmata yang membasahi pipi ku sapu. Harap-harap keadaan yang gelap tak menampakkan mataku yang merah.
“kau buat apa kat sini?” soal Tengku Hairl.
“saya…saya nak balik. Ada hal” ucapku tersekat-sekat. Suara ku sudah serak.
“sakit tekak?”
“a’ah….kurang minum air”
“minum air banyak pun membazir je. Buang cam tu jugak.”
“apa maksud Tengku”
“kau ingat aku tak tahu kau menangis?” kata-kata itu cukup membuatkan aku terkelu.
“mana ada. Saya nak balik. Jumpa kat ofis esok ye” ujarku. Terus aku susun langkah pantas. Namun cepat pergelangan tangaanku ditarik. Terkejut bukan kepalang aku dibuatnya.
“apa ni?” marahku. Geram dengan tindakannya yang tiba-tiba. Ditambanh dengan rasa malu.
“aku hantar kau balik”
“tak nak lah”bangkang ku. Mana bisa aku bersamanya saat hati aku tidak merelakan.
“dah pandai lawan bos sekarang ye. Mentang-mentang bonda sayang kat ko” Tengku Hairil tarik tanganku masuk ke kereta. Mahu atau tidak aku terpaksa mengikutnya. Aku sendiri tidak tahu ke mana dia ingin membawaku.
“Bos nak bawa saya pergi mana ni?” soalku bimbang. Setahu aku jalan yang dilalui sekarang bukanlah jalan ke apartmennya dan bukan juga jalan ke villa milik Tengku badriah. Jauh sekali jalan ke rumahku. Adakah ini kes culik.
“Bos jangan buat saya takut. Kita nak ke mana ni” soalku tidak puas hati bila soalanku di biar sepi.
“diam. Ikut jew mana aku nak bawa kau”
“mana boleh ikut-ikut. Bos ingat saya siapa? Isteri bos?” marahku.
“jom kita nikah”
“Bos dah gila ke? Baru tadi bos tunang dengan Malisa. Bos sedar tak ni?” aku diamuk kerisauan melihat keadaan bos.
“apa aku peduli.”
“saya tak nak. Bos memang dah tak betul. Hantar saya balik sekarang. Saya nak balik” bentakku.
“Lin, sama ada kau suka atau tak, kau kena ikut aku” tegas suara bos.
“Bos saya rayu kat bos, janganlah buat saya macam ni. Mak saya mesti risau kalau saya tak balik. Tolonglah bos, hantar saya balik” tengku hairil pekakkan telinga.
“Bos” dah habis lembut suara aku. Geramnya aku sampai dah keluar airmata. Geram, takut, semua ada. Tapi Bos macam tak ada perasaan pun tengok perempuan macam aku nangis. Terus je dia pecut kereta laju-laju. Tak tahu kemana kereta bos menghala. Sedar-sedar je aku dah ada kat satu kawasan yang gelap dan semua nampak kabur dek kerana mata aku yg tidak berfungsi dengan baik. Itulah banyak sangat menangis.
“bos nak buat apa pada saya?” soalku takut.
“aku ajak kau kahwin kau tak nak kan” lain je aku dengar suara dia.
“Bos jangan buat saya macam ni. Saya tak salah apa-apa pun”
“siapa kata kau tak salah?”
“saya minta maaf bos. Tolong jangan apa-apa kan saya.” rayuku.
“aku akan buat sampai kau sanggup merayu aku nikahi kau” apa sebenarnya yang lelaki ini ingin lakukan?. Tiba-tiba Tengku hairil berhenti di bahu jalan. Di kiri kanan jalan kelihatan sunyi. Hanya lalang yang tumbuh meninggi. Peluh dingin mula terbit di dahi. Aku pandang Tengku Hairil. Lelaki itu tersengih penuh makna. Perlahan tubuh itu berpusing mengadapku.
“Tolong jangan macam ni. Saya takut” ucapku perlahan.
“kau nak takutkan apa. Tak ada orang kat sini” perlahan tangannya merayap ke tanganku. Terus ku tepis
“tengku jangan jadi gila.” Tempikku. Tanganku meraba-raba membuka kunci keretanya. Aku ingin pergi dari situ. Namun lenganku di tarik kasar sehingga tubuhku berpusing menghadapnya.
“memang aku gila. Aku gila sebab kau. Kau tahu?” tengkingnya. Terkedu aku seketika.
“apa salah saya?” soalku dalam sendu yang mula tumbuh
“salah kau sebab kau dah curi hati aku. Kau tahu tak aku merana dengan semua ni. Aku benci kau” ucap Tengku Hairil. Lidahku terasa kelu. Matanya ku tatap mencari kebenaran pada tuturnya.
“apa yang boleh saya lakukan lagi tengku?” dalam esakan aku bertanya.
“kita nikah”
“tak nak.” Pantas aku menjawab. Mata Tengku Hairil tajam memandang. Jawapan yang mengecewakan hatinya. Terus tubuhku di tekan ke kusyen kereta. Terasa takut dengan apa yang bakal berlaku
“tolong jangan buat saya macam ni. Yakinlah pada qada dan qadar tuhan Tengku. Hantar saya balik.”rayuku cemas. Tengku Hairil menghentikan tindakannya bila tangisanku mula bertukar rentak. Perlahan dia beristigfar. Mungkin tadi dia telah tewas dengan bisikan syaitan. Mujurlah imannya masih teguh.
“aku minta maaf. Aku tak berniat nak buat semua ni. Sorry” suara tengku Hairil mula mengendur. Dia membetulkan kedudukannya.
“tolong hantar saya balik. Tolong jangan buat perasaan hormat saya bertukar menjadi benci” ucapku dalam tangisan. Tengku Hairil meraup wajahnya.
“Lin..”
“please” tekanku
“ok. Aku hantar kau balik” balasnya. Terus keretanya memecut laju meninggalkan kawasan tersebut
p/s : maaf jika nani selalu m'gecewakan anda sbb x postkn entry baru...... please don't cry honey..... ni nani dh postkn.... suka x????? tapi nani pelik la dengan korg ni, nani post entry selain drpd cerpen n novel ckt je yg komen....xske ea... nani pnye bebeln yg m'garut tu??? mmm.,... tp xpe... nani nk ucpkn tq, sbb korg supprt karya2 nani selama ni.... walaupun nani rasa nani bknlah pnulis yg baik..... huhuhuhu
12 comments:
waaaaaaaaaaaaa.... suke!!!
ehem3... tertarik ng cita ni.. weeee~~
hayooooo
lepas ni ada sambungan kan?
kekeke
hai naniii!
suke la cite ni
pakse2 org nak kat ye plak
ish2..
hehehehe
suke².jlnla majuk cik writer.bes² cite ni.nat post ag ek n3 bru.klu xkempunan hamba kt bumi eropah ni.huhu
best bila nak sambung lagi dah lama tau tunggu.
lama betul tunggu n3... suka cerita ni... ingatkan diorg kena tangkap basah...huhuhu
kesian LIN. kesian jugak kat TH...huhu...
sempat jugak die menulis..isnin ni exam cik nani sayang..hehehe..from bestfren rumate forever~hehehhe
Akhirnya...
huhuhu...sedih tengku bertunang juga
best cite ni..nak lagi.. Nani nak
tanya sikit bila lagi nak sambung
Warna hati... rindulah dgn WH dh
lama dh tak ada n3 baru. atau dh
nak ke versi cetak ke?
wah best cite baru
baru je nak feel .... dah habis esh ... too short-cepat lah continue
Post a Comment