THANK YOU

Thursday, March 22, 2012

Bicara Rindu Memoriku 3


Bicara lagi tentang rinduku

Menghadirkan lagi rasa sayang

Beberapa kali cuba ku buang

Namun aku tewas membendung perasaan

Bicara rindu memoriku

Membawa aku jauh ke dasar hati

Mencari erti perasaan ini

Adakah ia cinta atau sekadar suka

Bicaralah rinduku….

Hari yang aku nanti tiba juga. Sudah hampir semua ibu bapa telah datang. Namun bayangan Zakrul masih tidak kelihatan. Aku lihat nabila resah menunggu di muka pintu. Perlahan aku hampiri

“Ayah nabila datang tak?” soalku padanya. Nabila hanya angkat bahu tanda tidak tahu.

“Ayah kata nak datang”

“sekejab lagi mesti ayah datang. Nabila tunggu dengan cikgu ye” nabila angguk.

“Nabila!” pantas kami berpaling ke arah suara itu. Seorang perempuan muda menghampiri.

“ibu!”

Ibu? Ini ke isteri Zakrul?. Cantiknya dia. Terasa bibirku beku untuk mengukir senyuman. Jika benar inilah isterinya, sungguh aku di amuk rasa cemburu entah kenapa.

“mana ayah?” soal Nabila petah.

“kejab lagi sampailah. Assalamualaikum cikgu” wanita itu memandangku.

“waalaikumsalam. Puan…” Aku sambut huluran tangannya

“Suzila.”

“Jemput masuk” pelawaku. Belum sempat kami melangkah, mataku terbuntang pada seraut wajah yang baru selesai menaiki tangga. Memang benar, dia.

“Aku sudah punya pilihan hati di sini”

“kirim salam pada buah hati kau. Katakan pada dia daripada ex ko”

“sejak bila pulak ko ex aku?” soalku. Sedikit bengang dengan pengakuannya. Ada hati mengaku ex. Bila masa pulak aku declare couple dengan dia.

“bukan ke?” sengal la mamat ni. Perasan sorang-sorang.

“Kita tak pernah ada apa-apa ok. Jangan nak perasan” balasku.

“kalau aku suka kau?”

“aku sekarang nak focus pada study. Tak ada masa nak main cinta-cinta dengan ko.” Balasku. Sungguh saat itu aku mengaku aku cukup sombong hanya kerana terasa diri ini melebihinya dari segala aspek. Dan perkenalanku dengan seorang lelaki dari kualan Lumpur membuatkan aku lupa, dia yang berharap

“Qiara” panggilnya. Pantas tangan yang menggeletar ku genggam erat. Dia kini betul-betul berada di hadapanku. Tersenyum memandang wajah terkejutku. Dia kini sudah berbeza. Sudah sedikit berisi daripada dahulu. Makin tinggi dan tampak lebih matang daripada dulu. Lamanya kami tidak bertemu. Dia Nampak bergaya dengan pakaian kasualnya.

“apa khabar?” ada getar pada bicaraku. Hatiku kian parah. Sangkaanku tepat. Dia sudah punya keluarga. Dan sekarang aku mendidik anaknya. Seperti yang pernah kami bicarakan dulu. Dia mahu aku mendidik anaknya. Tidak ku sangka. Dan tak pernah sekali pun aku terfikir.

“Alhamdulillah. Kau?” tenang saja riaknya. Tidak seperti aku yang resah bagai nak gila.

“aku ok. Macam biasa. dah lama kita tak jumpa kan?” ucapku tersenyum memandangnya. Getaran terasa makin menyakitkan dada. Dia tersenyum.

“kau buat apa sekarang?” soalnya bodoh.

“ buat apa? Mengajar la. Akukan cikgu. Kau?” balasku masih mengukir senyum dalam kepayahan.

“aku kerja jadi kuli je”

“ada-ada je la kau. Takkan la belajar susah-susah untuk jadi kuli je.” Balasku. Kalau dahulu aku memandang rendah padanya tapi kini ia sudah berubah. Semenjak dia melanjutkan diri ke menara gading persepsi aku padanya sudah tidak seperti dahulu. Dahulu dia remaja yang sangat pendiam dan kadang-kala aku tidak tahu apa yang bermain di mindanya.

“kenal ke?” terlupa pula di hadapan aku ada isterinya.

“kawan lama. Kawan sekolah” balasku. Suzila hanya angguk. Sakit pula rasa hati memandang perempuan yang Berjaya memilikinya. Cemburu? Tidak. Tapi kecewa. Kecewa kerana aku gagal. Sakit kerana aku terasa begitu menyesal. Bukan kerana dia. Tapi kerana kesombonganku suatu ketika dahulu. Dan pertemuan hari ini menjadikan aku cukup sedar khilafnya aku mendabik dada suatu ketika dahulu. Dia buat aku faham, senang untuk melukakan tapi sukar untuk menyembuhkan. Lalu aku berusaha mencari diri. Mencari ertinya aku sebagai seorang yang bernama manusia kerdil di muka bumi Allah ini. dan hari ini, aku berdepan dengan suatu peristiwa yang tidak sanggup aku hadapi. Lalu retaklah segala kesetiaan dan sayangku padanya. Memoriku masih panjang, namun satu per satu cuba ku padam. Berharap aku mampu membuka lembaran baru dan kekalkan ia sebagai memoriku dahulu.

Airmata laju membasahi pipi. Mengingati dia sebagai memori rinduku. Dia adalah memoriku tentang perasaan sayang….. dia adalah memoriku tentang kesombongan…. Dia adalah memoriku tentang kesetiaan…. Dia adalah memoriku tentang kelukaan… dan dia kekal menjadi memoriku sebagai seorang sahabat yang pernah mengajar aku erti menjadi manusia yang lebih baik. Pada hari ini aku telah mencoretkan cerita tentang kau, sahabatku. Dlu pernah kau tanyakan padaku, kisah siapa yang aku coretkan. Hari ini aku coretkan kisah kita menjadi lembaran cerita mengenai rahsia hatiku yang terbuku. Walaupun coretan ini tidak seindah memori kita. Tapi cukuplah. Dan seandainya dirimu ada, ketahuilah, aku melepaskan segala rasa yang sudah menjadi sia-sia antara kita. Kisah kita hanyalah kisah mengenai perjalanan hidup dua remaja yang baru mengenal erti kasih dan sayang.



Sudah cukup sudah… cukup sampai di sini saja…. Daripada batin tersiksa… lebih baik aku lepaskan saja….agar kau kekal sebagai seorang sahabat dalam ruangan memoriku. Sahabat yang pernah berjaya membuka pintu hati yang selama ini aku tutup rapat. Aku tidak pernah menyesal mencoretkan kisah kita di sini. Kerana kita saling tahu mengenai perasaan ini. kuburkan saja perasaan itu di sini. kuburkan segala rasa yang menyakitkan dan menyesakkan jiwa. Selepas ini kau hanyalah seorang sahabat. Tidak akan ada lagi kisah istemewa antara kita. kisah ini hanyalah sebuah kata-kata yang akan dilupakan bila tiba masanya. Tapi memori kita akan tetap kekal dalam ingatan. Aku ingin kembali menutup pintu hati ini hingga aku berjumpa dia sebagai Adamku yang dapat membimbing dan memberi aku erti bahagia dalam perjalanan dunia ini.


tamat

p/s : Kisah ini hanya 60% sahaja benar...... adakah dia membaca?? dia tak suka love story.... enjoy ur reading.... comment please... (dgr lagu tu kalau nak lebih feel)

1 comment:

Iffah Afeefah said...

sedih sgt endingnye

ceit

aku membayangkn panjang lg nan

waaaa