THANK YOU

Friday, November 25, 2011

Perjalanan Baru Bermula


Tahun baru islam menjelma lagi. Apakah anda semua sudah bersedia dengan azam dan cita-cita untuk tahun yang bakal berganti? Atau masih tercari-cari siapakah anda?, Apa yang ingin anda capai?, Bagaimana kehidupan yang anda inginkan?. Sudah banyak perkara yang kita alami sepanjang perjalanan hidup kan. Ramai juga manusia yang telah pergi dari kehidupan kita. Mungkin antara kita masih mengenangi sejarah lama. Kenanglah. Tetapi jangan lupa terus pandang ke hadapan. Bina cita-cita dan impian anda. Jangan terus-terusan mensia-sia masa dengan kenangan lalu.

Jika ditanya pada nani

Apakah azam untuk tahun baru ini?

Nani dah sediakan jawapannya. Nani nak berusaha menukarkan manuskrip Cinta Darmia dalam bentuk buku dan melihat novel tersebut tersusun indah di kedai buku. Mungkin ramai yang bertanya, takkanlah masa setahun yang dah berlalu, nani masih tak habis-habis dengan CD. Untuk pengetahuan semua pembaca, nani juga tidak menyangka nani mengambil masa yang sangat lama untuk melengkapkan CD. Banyak perkara yang perlu dibaiki dan di tambah. Akhirnya idea yang bergumpal antara satu sama lain dapat nani rungkaikan. Terima kasih nani ucapkan pada Miss Ran yang terpaksa menadah telinga mendengar idea nani. Tak lupa pada rakan-rakan lain yang turut berkongsi rasa dalam nani menyiapkan manuskrip ini. Masz, Akma, Latifah dan rakan-rakan lain. Tak lupa pada pengomen yang setia. Nani sekarang tengah menunggu jawapan dari satu syarikat penerbitan. Jika mereka suka, Alhamdulillah. Jika tidak, terpaksalah nani cari syarikat lain yang berminat. Mohon anda doakan kejayaan CD k.

Perasaan sekarang?

Berdebar-debar tunggu jawapan dari syarikat penerbitan. Rasa bersalah buat semua tertunggu-tunggu karya nani di blog. Apa yang boleh nani katakan sekarang, Nani akan berusaha menyudahkan My Boss My Love di blog. Manakala Warna Hatiku dalam proses memanjangkan cerita ini dan nani nak bekukan dahulu cerita ini. Nani tahu ramai yang akan marah dan kecewa dengan keputusan ini tetapi sebagai seorang penulis, tipulah jika nani tiada perancangan masa depan. Nani punya cita-cita yang besar untuk melihat semua cerita nani di bukukan dan dikongsi dengan lebih ramai manusia di luar sana. Sekurang-kurang nani dapat menyimpan dan merasai hasil titik peluh nani memerah idea untuk menghasilkan sesuatu karya. Jika dahulu memang tujuan Nani buat blog semata-mata ingin berkongsi karya-karya nani dengan pembaca, tetapi sekarang Nani masih ingin berkongsi karya dengan anda tetapi ada sesetengah karya tak dapat nani kongsi sepenuhnya di blog. Kerana nani nak lebarkan sayap dalam dunia penulisan. Tak salah kan?

Apa yang nani ingin pinta dari semua pembaca adalah DOA agar nani berjaya mencapai cita-cita nani dan minta MAAF jika sepanjang nani berblog serta ada coretan nani yang menghiris hati mana-mana pihak.

Rasanya cukuplah nani bercerita perihal nani. Sekarang nani nak tahu pulak dan harap anda sudi menjawabnya. Mungkin nani bukankan blogger yang ramah tetapi untuk kali ini, jom kita berkenalan. Jadi silalah jawab soalan kat bawah ni.

Apakah azam anda untuk tahun baru ini? Dan perasaan anda lepas baca entry ni?

Ada tak yang kenal Naniey TJ kat sini?? hahahaha


p/s : esok perjalanan pulang ke kampung bermula. 8 jam akan berada di dalam kereta. nani mohon doa dari kalian. mudah-mudahan selamat sampai ke destinasi. AMIN.

3 comments:

Eqa Nur said...

sy setia menanti CD...hope yg terbaik untuk CD..

Unknown said...

sy tak kira

nk jugak cd dibukukan

cepat siapkan

saya tak nak beli

nak y free wakaka

Masz Mukhtar said...

Sayatak sabar menanti cerita CD diterbitkan. Kalau terbit, kompen aku beli even boleh pinjam je dr kau! Tu cara aku support. Mudah2an berjaya.