THANK YOU

Tuesday, August 16, 2011

my boss my love 2


“apa semua ni bonda?” marah Tengku hairil.

“kenapa datang nak marah-marah bonda ni?” soal Tengku Badriah agak tersinggung dengan perbuatan anak bujangnya.

“Aril tak suka bonda aturkan pertemuan Aril dengan perempuan yang entah apa-apa tu. Please bonda. Aril dah besar. Aril tahu tentukan hidup Aril sendiri.”ucap Tengku Hairil tidak berpuas hati.

“Bonda tahu Aril dah besar sebab tu bonda nak carikan Aril teman. Sampai bila Aril nak membujang macam ni. Bonda nak juga tengok Aril ada isteri, ada anak” ucap Tengku Badriah. Tengku Hairil mengeluh. Kenapalah bonda tidak mahu mengerti. Bukan dia tidak mahu tapi belum masanya lagi.

“Aril boleh cari sendiri .”

“bila?” sampuk Tengku Badriah. Anaknya itu bukanlah masih muda lagi. Umurnya sudah hampir 30 tahun. Tapi sampai sekarang masih tiada teman wanita. Hati tuanya bimbang. Nak kata anaknya tidak hensome, mustahil. Kalau nak jadi model pun boleh. Tubuh sasa, tinggi. Memang memenuhi cirri-ciri lelaki idaman wanita. Tapi persoalannya kenapa sampai sekarang masih mengbujang. Atau mungkin anaknya…… isk. Kenapa sampai ke situ pulak. Tak ada tanda-tanda pun.

“pokoknya Aril tak nak Bonda aturkan pertemuan Aril dengan perempuan-perempuan tu. Aril tak suka”

“ok, kalau Aril dapat bawa seorang perempuan jumpa bonda waktu anniversary syarikat kita, bonda tak kan ganggu Aril lagi pasal hal ni. Tapi kalau tak, Aril kena pilih salah seorang calon yang bonda cadangkan.” Tegas Tengku Hafizah.

“but bonda….” memang tak masuk akal. mana sempat nak cari calon menantu untuk bondanya dalam tempoh tak sampai 24 jam. Bonda memang sengaja nak kenakannya

“setuju atau tak?” tekan Tengku Badriah. Kadang-kala anaknya itu tidak boleh diberi muka berlebih-lebih. Naik kepala.

“ok. Fine. Tapi bonda pegang janji bonda, takkan ganggu Aril dengan perempuan yang entah apa-apa tu”

“tapi pastikan dia adalah calon menantu bonda.” Tanpa banyak bicara lagi Tengku Hairil meninggalkan Tengku Badriah dengan senyuman manis. Tengku Badriah yakin anaknya tak mungkin dapat cari seorang perempuan dalam masa kurang dari 24 jam ini. Pasti cita-citanya untuk berbesan dengan sahabat arwah suami akan tercapai.

“Lin, masuk kejab” arah Tengku Hairil. Tanpa berlengah aku masuk mengadap. Bimbang nanti Tengku murka pulak. Yang susahnya aku. Bukan korang yang sedang membaca ni.

“ada apa tengku?” soalku dengan ragu-ragu. Maklumlah mamat ni dah macam nak tumbuh taring. Semacam je rupanya. Tengku Hairil tiba-tiba pandang mukaku lama.

“ada apa-apa yang tak kena dengan muka saya?” soalku cuak. Isk mamat ni buat aku seram pulak. Kenapa dia pandang aku macam nak telan ni. Apa salah aku?. Tengku Hairil berdiri. Matanya tidak berganjak dari wajahku. Aku rasa muka aku dah kebas ni. Pucat. Takut beb. Mamat ni dah gila ke lepas jumpa bonda dia.

“saya rasa, baik saya pergi ambilkan ubat untuk Tengku” terus aku ingin melangkah pergi. Tapi tanganku pantas ditarik. Apa ni main pegang-pegang. Mak aku kata hukumnya haram tahu. Dosa. Aku cuba merentap. Tapi pegangannya kemas. Mata helangnya merenung aku lama. Kalau waktu ni ada peti ais nak je aku masuk ke dalam. Malu la. Perlahan tangannya merayap ke pipiku.

“apa ni Tengku. Saya tak suka” marahku. Ni dah lebih ni. Sebelum ni tak ada sesiapa lagi berani sentuh anak Mak Biah ni. Ratu kebaya mak aku tu. Tapi kenapa tiba-tiba mamat ni jadi ulat bulu. Dah tukar profesion ke? Wajahnya makin mendekat. Tidakkkkkkk…. Mak tolong selamatkan anakmu ni. Secara automatik matanya tertutup rapat. Satu…dua…tiga…. Aik tak ada apa pun. Aku kembali membuka mataku. Tapi semua kabur. Aku tak Nampak apa-apa ni. Cuma bayang-bayang.

“Tengku jangan main-mainkan saya. Bagi balik cermin mata saya.” Aku separuh merayu. Tanpa cermin mata bulat hadiah dari ayah, pandanganku akan kabur. Memang dari kecil mataku rabun.

“you lah yang I cari” ceria je bunyinya. Apa yang dia cari sebenarnya? Cermin mata purba aku ke.

“Tengku… cermin mata saya please” aku dah mula nak jadi sentimental ni. Tak suka keadaanku yang dah macam orang buta + pekak.

“no. kau cantik kalau tak pakai cermin purba kau ni.”amboi seronok kutuk cermin mata aku ye. Ni dah dikira kes buli ni. Aku ingatkan kat sekolah je ada kes mcam ni. Takkan kat sini pon ada. Aku tahulah dia bos tapi janganlah nak buli insan yang lemah macam aku ni.

“kenapa pulak. Tu jelah harta yang saya ada Tengku” ucapku.

“melawan Nampak. Siapa bos? I atau you?” soal Tengku Hairil.

“mestilah Tengku. Tapi kenapa Tengku buat saya macam ni?” sedih pulak rasa hatiku.

“suka hati I lah. I kan bos you”balasnya dengan selamba. Kalau aku Nampak muka dia, nak je aku hantukkan kepala dia kat dinding. Sesuka hati nak mengarah.

“Lin, you nampak tak ni apa?” soal tengku Hairil. Nampak apa-apa? Semua kabur. Aku geleng.

“isk macam mana lah you jaga mata you ni. Umur tak sampai 50 dah rabun. Cuba you contahi bonda I tu, walaupun dah 65 tahun, mata dia tetap ok.”

“nak buat macam mana dah memang I rabun. Tak sempat nak jumpa bonda Tengku nak minta petua jaga mata” ucapku. Tanganku tergapai-gapai mencari sesuatu untuk di pegang.

“pandai you menjawab. You nak pergi mana ni?” soal Tengku Hairil. Lucu benar hatinya melihat setiausaha a.k.a pembantu peribadinya itu teraba-raba ke arah dinding. Sengaja dibiarkan. Aku hanya diam. Malas nak jawab.

“aduhh” aku usap kepalaku yang sakit. Terhantuk sesuatu yang keras. Aku dengar suara Tengku Hairil galak ketawa. Dah lama Tengku Hairil tidak ketawa segembira itu.

“kalau dah rabun tu, rabun juga. Nah ambil balik cermin mata you ni. Tapi petang ni you ikut I” ucap Tengku Hairil menyerahkan kembali cermin mata padaku. Ya Allah, aku terlanggar dinding rupanya. Macam mana boleh berada kat celah dinding konkrit ni. Aku beristigfar banyak-banyak dalam hati.

“pergi mana?” soalku.

“ikut je. Jangan banyak Tanya” tengku Hairil kembali ke mejanya. Fail di atas meja dibelek kembali.

“you buat apa lagi tu? Berangan?”

“tak” jawabku. Suka tuduh aku berangan. Aku bukan berangan tapi berfikir.

“dah, you boleh keluar. Ingat petang nanti.” Aku hanya mampu mengangguk sudahnya.

p/s : tq 4 ur support

10 comments:

fatim fatimah said...

SMBUNG LG CPT2

blinkalltheday said...

wahh,best2,,,,bile nk smbung warna hatiku?

Wilma said...

Best....

Ema Emaharuka said...

Akak mana cite my bos my l0ve 2?
Tak ada teksnya, yg terlihat hanya k0men jea..
Akak please repost kmbli, ema mau b'ca!

miznza84 said...

best.... nk lagi naniey...

just KD said...

heheeee...despret sgguh tngku Aril tu yea..nak lg lg lg lg..

Naniey TJ said...

ema : ye ke??? ok je....smua bleh bce... cuba bke lg.... xpon tgk kt akak pnye posting tu.....

Ema Emaharuka said...

Alahaii, betul kak...
Ne dah ema c0ba, tak ada pun..
Yg ada hanya k0men jea..
Repost balik kak;)

IVORYGINGER said...

ceta ni mmg best. menarik cara olahan. bsantai ja membaca. ;D

Iffah Afeefah said...

rm cte mcm dpt teke

ko kene olah lagi

jauhkan diri dr klise

aku da tau ape smbungan

cmne ni nan