THANK YOU

Saturday, May 5, 2012

Janji, Kau sayang Aku 4


“dah puas merajuk?” Harith duduk disisi Alia. Alia menjeling. Tak habis-habis nak menyindir. Kayu ditangan makin galak menguis-guis bara api.

“aku nak kat kau, kau jual mahal. Sekarang nak marah-marah pulak orang tak layan dia” ucap harith menambahkan bara dihati Alia.

“kau, kalau datang sini, nak sakitkan hati aku, tak payahlah. Buang masa la.”marahku. tak suka bila dia seolah-olah menyindirku.

“eleh…ingat aku nak sangat duduk sini?” Harith membuang pandangan ke arah hutan tebal. Hari dah mula cerah.

“Dah tu? Tak reti-reti nak main jauh-jauh” sindir Alia.

“malas aku nak layan perempuan sombong macam kau. Memang betul cakap kau. Buang masa” terus Harith bangun menuju ke khemahnya. Alia mencebik.

“Hi” Alia pandang gadis manis di hadapannya.

“boleh I duduk?” soal Qistina.

“Duduklah”

“You dah lama kenal Harith?” soal Qistina

“lama. Tapi tak rapat pon” balasku. Ah, rasa ini datang lagi.

“you’ll couple ke?” soalku. Qistina senyum. Betullah tu.

“Harith tu lain. Dia baik, caring. Semua orang sukakan dia. Masa kitaorang kat university, ramai perempuan yang nakkan dia. Beruntungkan dapat dia” ucap Qistina.

“ye kot.” beruntung apa?. Menyakitkan hati adalah. Kalau hati dah suka kentut pun bau wangi.

“Alia dengan Harith ada apa-apa hubungan ke?” soalan Qistina terasa sukar benar untuk di jawab. Kenapa ye, tiba-tiba pulak lidah rasa kelu. Perlahan Alia gelengkan kepala

“you?” soal Alia. Qistina tersenyum.

“I rasa you tahu jawapannya” peliknya perempuan ni. Alia membalas dengan senyuman. Malas nak ambil tahu. Suka hati dioranglah nak ada hubungan ke tak.

*********************

Alia mundur-mandir di ruangan menunggu. Wajahnya pucat. Dia buru ketakutan. Sungguh dia tidak sengaja. Benar-benar tak sengaja. Kalau apa-apa terjadi bagaimana?. Tadi sedang dia pandu kereta tiba-tiba saja sebuah motorsikal muncul di hadapannya. Belum sempat dia menekan brek, bahagian hadapan keretanya terlebih dahulu melanggar motorsikal tersebut. Dahi budak tu berdarah. Dia pengsan sewaktu dibawa ke hospital.

“Alia, kenapa ni” soal Harith cemas. Alia pandang Harith dengan wajah bingung. Entah dari mana lelaki itu muncul.

“aku…aku tak sengaja” balas Alia. Renungannya kosong.

“tak sengaja apa?” Harith bimbang melihat wajah pucat Alia. Tubuh Alia menggeletar.

“relaks ok. Cerita kat aku kenapa. Apa dah jadi?” Harith paut bahu Alia. Dia cuba menenangkan gadis itu. Alia tiba-tiba memeluk lelaki didepannya. Menangis terisak-isak di dada itu melepaskan rasa takut di hatinya.

“Alia… it ok. Aku ada” bisik Harith. Harith hanya mampu membiarkan. Tak sampai hati melihat keadaan Alia begitu.

“aku tak sengaja langgar dia.”cerita Alia.

“kau ok ke, ada sakit mana?” soal Harith sedikit risau. Pantas dia memandang wajahku.

“Dahi kau bengkak ni. Kau ikut aku dulu. Nanti aku sapukan ubat” Harith tarik tangan Alia. Alia hanya mengekori. Otaknya benar-benar tidak dapat berfikir. Kepala pening. Akhirnya dunianya menjadi gelap gelita.


p/s : demi pembaca yang menyokong nani cuba hasilkan karya ini..... terima kasih sebab masih memberi sokongan pada penulisan nani.... rasa terharu sangat... selamat membaca wahai sayang-sayangku

Friday, May 4, 2012

KAWAN SAYA


Assalamualaikum dan Salam sejahtera.....

Terima kasih atas sokongan anda semua. ikhlas dari hati, rasa terharu sangat. masih ramai rupanya yang menyokong blog nani. cuma apa yang boleh nani katakan, jika nani terus berblog, nani takkan selalu dapat postkan entry karya2 nani di sini kerana sememangnya nani sudah mula kurang menulis. mungkin kerana kesibukkan dan masalah yang melanda menyebabkan otak nani kurang berfungsi untuk menulis.

tapi walau apa pun yang anda katakan, nani sangat hargai dan ucapkan jutaan terima kasih. hari ni nani nak cerita mengenai kawan nani. Nani punya ramai kawan, tapi hari ni nani nak cerita pasal kawan saya.

kawan saya orangnya dingin
susah nak tunjukkan rasa di hati
tapi saya tahu dia caring
cuma dia suka berlagak tidak tahu

kawan saya orangnya lembut
kadang-kala suka berleter
banyak cerita kami serupa
tapi kadang-kala bercanggah jua

kawan saya parasnya cantik
membuatkan saya tertarik
mulutnya kadang-kala lazer jugak
tapi saya tahu dia selalu inginkan yang terbaik

kawan saya selalu mendengar
setiap masalah dialah yang tukang bagi cadangan
duduk bersamanya kadang-kala rasa senang
tapi bimbang jua jika gelombang tiba

kawan saya, dua-dua saya sayang
saya tak pasti adakah dia tahu perasaan ini
tapi saya yakin dia selalu di sini
jadi hari ini biar saya bicarakan

"i alway luv u'll and remember our BFF"

di saat-saat akhir masa,
penghujung tahun ini kita bakal terpisah,
saya selalu doakan agar kita sentiasa bersama
biarpun saya rasakan kita makin goyah

kawan saya orangnya sukar di ramal
kerana itu selalu sangat berjauh hati
kalau hati saya boleh laras
nak je saya jadi manusia yg xda perasaan

kawan saya, jangan pernah berhenti
kerana saya tidak tahu bagaimana untuk mulakan
berbulan-bulan sudah saya rindu
tapi akhirnya rindu itu terbiar saja tanpa ada yang peduli.............